Tuesday, July 10, 2018

BUKU Untunglah Malaysia Masih Aman PENULIS Khairul Abdullah PENERBIT Komrad Buku 2017

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 4/2018
BUKU Untunglah Malaysia Masih Aman PENULIS Khairul Abdullah PENERBIT Komrad Buku 2017

TAJUK BUKU:  Untunglah Malaysia masih aman
PENGARANG:  Khairul Abdullah
NO. PEROLEHAN:  EJAM 000920
NO. PANGGILAN:  306.09595
ISBN:  978-967-2062-15-8
BAHASA:  Melayu
KATEGORI:  Sains kemasyarakatan

ULASAN
Pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘Jauh perjalanan luas pemandangan.’  Pun begitu jika kita mempunyai kemampuan bolehlah menimba pengalaman di negeri orang.  Pengarang mengajak pembaca untuk berkongsi pengalaman dan berfikir sejenak kiasan dan sindiran tajam yang dikemukakan sebagai sajian untuk pembaca.  Buku ini adalah cerminan kelakuan atau sikap, cara kita hidup bermasyarakat dan dan jatidiri masyarakat Malaysia hari ini. 

Secara sinis buku ini menegur sikap bangsa Malaysia.  Dalam bab dua yang diberi tajuk “Tuan Besar’, pengarang menegur sikap Rakyat Malaysia yang terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing, walhal kerja tersebut lebih elok dan selamat serta menjimatkan jika dilakukan sendiri.  Betapa semua berlumba-lumba nak jadi bos dan terjadilah lambakan buruh asing.  Nah!, ini baru menepati tagline ‘Malaysia Truly Asia’.  Macam Astro juga ‘macam-macam ada.’   Dibandingkan dengan rakyat Jepun mereka melakukan semua perkerjaan dari yang kecil sehingga yang besar.  Dari pekerja pembersihan sehinggalah jawatan CEO.  Tapi rugilah bangsa Jepun kerana mereka tak dapat melihat perangai rakyat asing.  Untuk melihat ragam mereka, rakyat Jepun sudah barang tentu kena melancong ke Nepal, Indonesia dan Bangladesh. 

Sebuah lagi Negara maju yang mempunyai sikap seperti rakyat Jepun adalah Jerman.  Perkerjaan tukang sapu, pembersih tandas, pengangkat sampah semua dilakukan sendiri.  Nah rugi juga rakyat Jerman tidak merasa menjadi tuan besar di negara sendiri.  Apabila semua kerja dilakukan sendiri maka tidak dapatlah mereka berborak-borak kosong di kedai kopi seharian sambil melayari internet atau merempit sepanjang malam seperti apa yang rakyat Malaysia lakukan.  Mereka juga keletihan kerana semua kerja dibuat sendiri jadi semua kedai ditutup seawal jam 7.00 malam dan komplek membeli belah ditutup seawal jam 8.00 malam.  Ini bagi memberi peluang kepada rakyat Jerman untuk berehat .  Hari ahad semua kedai ditutup bagi memberikan rehat secukupnya bagi memulakan tugas pada hari isnin.  Bertambahlah kerugiannya di situ.  Kalau boleh kerja yang besar-besar seperti CEO pun diberikan kepada warga asing.  Maklumlah ilmu belum cukup untuk kendalikan syarikat besar-besar.  Jadi kalau tak ada rakyat asing ini maka lumpuhlah ekonomi negara.

Dalam bab 21 di bawah tanjuk ‘Nasib Pokok’ pengarang membuat perbandingan mengenai layanan kita kepada tumbuhan.  Pokok di luar Negara mendapat layanan yang setimpal dan lebih dikasihi.  Diletakkan di bawah undang-undang khas.  Menjadi teman penyeri ketika perayaan dihiasi dan dilindungi dari cuaca.  Tidak seperti pokok di Malaysia nasibnya seperti nasib tiang-tiang lampu dan telefon.  Di conteng, dipaku dengan segala bunting dan nombor telefon lori terpakai hendak dijual dan sebagainya.  Ya pokok-pokok di Malaysia membuat lebih pahala dan menjalankan tugas pengiklanan percuma.

Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 2/2018

Pengarang :  Khairul Abdullah
Penerbit :  Komrad Buku
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  167
Rating :  8/10
Disediakan oleh :  Ismail Mohamed
   Pembantu Operasi
   PAD Bentong

No comments: