Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, May 30, 2017

BUKU Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat dan Yahudi dan Janji Allah PENULIS Safrihadi PENERBIT Mustread 2015

BUKU Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat dan Yahudi dan Janji Allah PENULIS Safrihadi PENERBIT Mustread 2015

No Perolehan : DPEK 07986
Call No. : 297.272 SAF
ISBN : 978-967-0716-20-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :

Buku yang bertajuk Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat & Yahudi Dan Janji Allah ini memperkatakan tentang Islam yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kuasa besar yang digeruni, dan pada masa yang sama, dicemburui dan dimusuhi. Dendam ini tidak pernah sekali-kali malap, malah perancangan dan taktik licik sentiasa diatur bagi mencalarkan maruah Islam di mata dunia.

Kini, dunia Islam sedang menghadapi sisi sukar yang getir dan mencabar. Saban detik, ada sahaja misi jahat daripada puak Barat dan Yahudi yang dicatur rapi bagi merobek maruah Islam. Penduduk seisi dunia dimomokkan dengan pelbagai tuduhan negatif tentang Islam. Bahkan dendam kesumat dan benci kedua-dua pihak ini semakin menjadi-jadi, bagaikan tidak terbendung lagi.

Buku ini membawa kita kepada beberapa persoalan untuk dikongsi bersama. Antara persoalan yang dirungkai dalam buku ini ialah ; Apakah punca kelemahan umat Islam? Mengapa Israel begitu ingin menguasai Palestin?Apakah lima strategi utama dalam penjajahan Barat? Apakah tiga rancangan Yahudi pada zaman Rasulullah SAW? Siapakah empat Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh oleh Yahudi? Bagaimanakah caranya untuk mengembalikan kegemilangan Islam?

Diharapkan dengan membaca buku ini, para pembaca mendapat banyak perkongsian ilmu serta persoalan mengenai tajuk buku ini iaitu Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat &Yahudi dan Janji Allah akan terjawab. Selamat membaca.

Judul : Islam Yang Tercalar Antara Konspirasi Barat & Yahudi Dan Janji Allah
Pengarang : Safrihadi
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 19.20
Muka surat : 242
Rating : 4/5

Disediakan Oleh : Isham Bin Hamzah
                                Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh     : Rohaida Binti Zainudin
                                Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Friday, May 26, 2017

MALAYSIANGAJI 2017 Akan Berlangsung pada 19 Jun 2017 (24 Ramadhan 1438H)

Sekali lagi rakyat Negeri Pahang berpeluang membaca Al-Quraan serentak seluruh Pahang pada 19hb jun 2017 bersamaan 24 Ramadhan 1438H. Marilah sama-sama kita di seluruh Pahang membuat persediaan ini. moga usaha ini mendapat hidayah dari Allah SWT.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan meneruskan usaha ini sabagai program berterusan bagi membantu masyarakat supaya saling ingat dan mengingati bahawa kita MESTI sentiasa berpegang pada kitab yang satu iaitu Al-Quraan.

Didalam Al-Quraan terdapat pelbagai ilmu, panduan, pengajaran, peringatan dan cerita. Jika kita selalu merujuk kepadaNYA maka dengan izin Allah SWT kita akan selalu berada dijalanNYA yang lurus dan benar.

Pelbagai cabaran pada hari ini akan dapat kita harungi dengan tenang dan bijaksana,


Jom Ngaji

Nafas Baru Bermula Ramadhan - Hijrah hidup tanpa rokok

Hari ini adalah hari terakhir tahun ini sebelum umat Islam melangkah ke Bulan Puasa. pada hari ini YB. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, SSAP., DJMK., DSAP., DIMP., AMP., PKC. Adun Peramu Jaya, juga sebagai Pengerusi Jawatan kuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Pekan.
 01. Persediaan diawal pagi bagi Program Nafas Baru Bermula Ramadhan berjalan lancar.
 02. Gerai pameran Program Nafas Baru Bermula Ramadhan sedia menanti kedatangan pengunjung.
 03. Dengan izin Allah SWT didoakan semuanya berjalan lancar sempena Program Nafas Baru Bermula Ramadhan.
 04. YB. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, SSAP., DJMK., DSAP., DIMP., AMP., PKC. Adun Peramu Jaya, juga sebagai Pengerusi Jawatan kuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Pekan adalah tokoh perasmi Program Nafas Baru Bermula Ramadhan.- Hijrah hidup tanpa rokok.
 05. Pengunjung mula datang untuk Hijrah hidup tanpa rokok
 06. Program Nafas Baru Bermula Ramadhan mula menerima kedatangan pengunjung.
 07. Semua siap sedia menanti kedatangan pengunjung dan YB. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali.
 08. Ramadhan adalah bulan untuk berhijrah ke Bulan Tanpa Rokok, Jom Berhenti Merokok. Moh Berhenti Merokok.
 09. Jom Kurus Jom Sihat.
 10. Pengisian Program Nafas Baru Bermula Ramadhan.- Hijrah hidup tanpa rokok.
 11. Program Nafas Baru Bermula Ramadhan.- Hijrah hidup tanpa rokok
 12. Program Nafas Baru Bermula Ramadhan.- Hijrah hidup tanpa rokok
13. Peringatan supaya memilih kedai makan yang bersih dan sihat. elakkan keracunan makanan.

Tuesday, May 23, 2017

buku CHICKEN SOUP FOR THE SOUL penulis JACK CANFIELD, Mark Victor Hansen & Amy Newmark penerbit PTS PROFESSIONAL PUBLISHING 2013

ULASAN BUKU BULAN APRIL  2017 BUKU 2

TAJUK BUKU         :   CHICKEN SOUP FOR THE SOUL : Berfikir Positif Edisi Bahasa Melayu
PENGARANG        :    CANFIELD, JACK
NO.PANGGILAN  :    158.1/CAN
ISBN                       :   978-967-369-144-9
PENERBIT              :   PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BND
TAHUN TERBIT     :   2013
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 27.00

ULASAN BUKU  ;
Seringkali apabila diuji dengan dugaan dan cabaran, kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik semua itu? Terlalu berat kepayahan dan penderitaan yang ditanggung sehingga kita putus harapan.

Tanpa kita sedari semuanya sudah direncanakan oleh Tuhan, dan pastinya ada yang terbaik buat kita. Cuma sinar cahayanya belum dapat kita lihat pada masa itu. Buku ini mengupas kisah-kisah benar yang berlaku kepada pelbagai kelompok masyarakat. Ia dapat memberi pengajaran kepada kita supaya lebih optimis, yakin dan positif dalam melayari kehidupan seharian.

Mesyuarat JK Penasihat PAD Raub 1/2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT PAD RAUB BIL. 1/2017

Tarikh Mesyuarat: 23 Mei 2017:

PENGERUSI
WAKIL YB - En. Zulkofli bin Sulaiman - Pegawai Penerangan

Kehadiran: AJK:
1. En. Zulkifli bin Hussin - Wakil Pengetua SMK Dato' Shahbandar Hussain
2. En. Mohd Khaidzir bin Arshad - Penolong Kanan Pentadbiran SMK(P) Methodist
3. Pn. Norhafizah bin Sharuddin - Wakil Guru Besar SK Kuala Dong
4. En. Ishak bin Hassan - Wakil Guru Besar SK Bandar Raub
5. En. Ghazali bin Ismail - Naib Pengerusi AJK Masjid Tengku Abu Bakar Raub
6. En. Abdul Hakim bin Abdul Rashid - Ketua Perpustakaan Daerah Raub (Setiausaha)

Wednesday, May 17, 2017

Lawatan Pemantauan 2017 Oleh KPD Raub

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang melalui Perpustakaan Daerah menjalankan pemantauan berjadual ke semua lokasi perpustakaan di daerah ini. Lawatan tersebut meliputi mesyuarat dan pemeriksaan.

17.05.2017 - Perpustakaan Desa Jeruas, Raub, Pahang.

Tuesday, May 16, 2017

Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Daerah Temerloh Bil 2/2017

Rujukan: 05/2017
Daerah: Temerloh
Tarikh Mesyuarat: 4 April 2017
Mesyuarat Pengurusan Daerah PAD Temerloh Bil 2/2017
Pengerusi: Puan Zulaiha binti Ahmad
Kehadiran:      
1.  Encik Lizune A/L Met                                                        
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Temerloh)
2.  Puan Norasuryanti binti Abd Rapar
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Temerloh)
3.  Encik Mohd Napi bin Haji Abu
(Pembantu Operasi Perpustakaan Awam Daerah Temerloh)
4.  Encik Hamidi bin Deraman
(Pemandu Perpustakaan Awam Daerah Temerloh)
5.  Puan Juwahi binti Mohd Amin
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Siber Sanggang)
6.  Puan Norzini binti Majid
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Kerdau)
7.  Puan Norjuliana binti Abdullah
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Jenderak Loop)
8.  Puan Norfahizah binti Abdul Aziz
(Ketua Perpustakaan Cawangan Lanchang)
9.  Puan Suraya binti Sulaiman @ Kari
(Penolong Pustakawan Perpustakaan Desa Teluk Sentang)
10. Puan Nurmazira Binti Ramli
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Tanjung Kerayong)
11. Puan Munirah Binti Ismail
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Kampung Bintang)
12. Encik Muhammad Akbar Bin Aniwar
(Pembantu Operasi Perpustakaan Desa Tanjung Kerayong)
13. Encik Ku Mohd Nor Habib Bin Ku Yakub
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Batu Sawar)
14. Encik Muhammad Sapawi Bin Adam@Ahmad
(Pembantu Pustakawan Perpustakaan Desa Teluk Sentang)

BUKU Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri PENULIS Mohd Najib dan Nur Fayizah PENERBIT Berlian Publications

BUKU Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri PENULIS Mohd Najib dan Nur Fayizah PENERBIT Berlian Publications

No Perolehan : DPEK 01113
Call No. : 158.1 RAH
ISBN : 983-2179-21-1
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :
Banyak kejayaan luar biasa boleh dicapai apabila anda sedar bahawa anda adalah Khalifah Allad di bumi, jadi buanglah fikiran negatif dan isikan minda dengan perkara yang anda mahu sahaja.
Buku ini mencakupi dua puluh satu bahagian yang memperkatakan formula dan teknik untuk mendorong setiap insan mencapai puncak kejayaan dalam hidupnya. Isi buku ini merupakan gabungan daripada beberapa buku yang dikarang oleh para penulis terkenal yang berhubungan dengan langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan pragmatik mencapai puncak kejayaan itu.
Ramai orang berada di puncak kejayaan yang kita pernah dengar dan kenali tetapi sedikit sekali yang kita ketahui tentang latar belakang dan bahagian dalaman diri mereka. Buku ini akan menyingkap rahsia dan peristiwa yang menyebabkan mereka berada di puncak kejayaan.
Itulah sebabnya buku ini dinamakan Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri kerana semua bahagian yang ada didalamnya membahas tentang usaha yang berkesan untuk sampai ke puncak kejayaan dalam hidup.
Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada semua lapisan masyarakat. Diharapkan dengan membaca buku ini dapat memanfaatkan kehidupan dunia dan  akhirat kita. InsyaAllah.

Judul : Rahsia Menjana Kekayaan dengan Keajaiban Diri
Pengarang/Penyusun : Mohd. Najib dan Nur Fayizah
Penerbit : Berlian Publications
Tahun Terbit : 2002
Harga : RM 25.90
Muka surat : 332
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh    :
Rohaida binti Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Buku PANDUAN MENJADI BLOGGER TERKENAL oleh FATHUL HUSNAN penerbit SAM SYNERGY MEDIA SDN. BHD 2014

ULASAN BUKU BULAN MAC  2017 BUKU 1

TAJUK BUKU        :   PANDUAN MENJADI BLOGGER TERKENAL
PENGARANG        :    FATHUL HUSNAN
NO.PANGGILAN  :    005.7/FAT
ISBN                       :   978-967-444-005-3
PENERBIT              :    SAM SYNERGY MEDIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT     :   2014
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 18.32


ULASAN BUKU  ;
Dengan menghayati dan mempelajari buku ini, pasti anda akan mahir dalam membina dan memperhebatkan Blogger anda, kerana buku ini akan mengajar kaedah atau cara-cara yang ringkas supaya anda mudah memahaminya. Selain itu, buku ini bukan sekadar  mengajarkan tentang cara memperindahkan Bolgger, tetapi turut menjelaskan tentang cara-cara membuat online bookmark, mengetahui arahan Iframe dan banyak lagi. Diharapkan agar buku ini memberi manfaat kepada semua dalam mengharungi arus teknologi yang kian pesat supaya kita juga mampu bersaing dengan Negara-negara luar.

Tuesday, May 2, 2017

Album 07 Jom Baca Pahang 2017

Album gambar Jom Baca Pahang 2017.
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
20

Monday, May 1, 2017

Album 06 Jom Baca Pahang 2017

Album gambar Jom Baca sekitar negeri Pahang 2017.
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
19