Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Thursday, March 15, 2018

Perubahan Jadual Operasi Perpustakaan Awam Di Negeri Pahang (3.4.2018)

BERMULA 3 APRIL 2018

Selasa - Sabtu
9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat Tutup
12.00 tengahari - 2.30 petang

Ahad, Isnin dan Cuti Umum
TUTUP

Thursday, March 1, 2018

Pendaftaran Ahli dan Pinjaman Buku

MAKLUMAN
Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting Kuantan
Akan Dibuka Untuk
Pendaftaran Ahli dan Pinjaman Buku
bermula pada
5hb Mac 2018 (Isnin)

PENDAFTARAN AHLI
Bayaran Warganegara: RM 10.00
Bayaran Bukan Warganegara: RM 20.00
Untuk tempoh 1 tahun.
Perlu bawa: Kad Pengenalan atau MyKid, atau pasport
Urusan dikaunter utama.
PINJAMAN BUKU
Boleh meminjam 5 buah buku
bagi tempoh 2 minggu dan
boleh mohon lanjut tempoh 1 kali sahaja.

WAKTU OPERASI SEKARANG
Isnin-Jumaat 9 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat Jumaat 12 tengahari hinggan 2.30 petang

BERMULA 3 APRIL 2018
Selasa - Sabtu
9.00 pagi - 5.00 petang

Jumaat Tutup
12.00 tengahari - 2.30 petang

Ahad, Isnin dan Cuti Umum
TUTUP

Sunday, December 31, 2017

Notis Penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi
Notis Penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Kepada Pelanggan yang dihormati,
Pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ( PPAP ) meletakkan kepentingan untuk mengikuti sebarang perubahan perundangan dan peraturan termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang sedang berkuatkuasa. Notis ini adalah untuk memaklumkan anda tentang usaha kami dalam memastikan kami mematuhi Akta ini dan untuk memberitahu maklumat-maklumat peribadi anda yang mungkin kami proses dan cara kami berbuat demikian.

PPAP akan memproses data peribadi seperti berikut, seperti yang diberikan oleh anda atau pembekal perkhidmatan yang diupah oleh PPAP:

Nama;
Nombor Mykad, Mykid, MyPR, Passport;
Butir-butir untuk dihubungi seperti nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat; dan
Semua data peribadi lain yang diberikan oleh anda atau pembekal dari domain awam.
Kami akan memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:-

Pendaftaran Keahlian Perpustakaan;
Pendaftaran Keahlian u-Pustaka.
Maklumat anda adalah diperlukan oleh pihak kami. Jika anda tidak memberikan maklumat seperti yang dimohon, kami tidak berupaya untuk menyimpan rekod yang lengkap tentang anda dan ini akan menjejeaskan keupayaan kami untuk menyempurnakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

Penzahiran Data Peribadi Anda

Kami mungkin akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di bawah bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan:

Ejen dan pembekal perkhidmatan yang membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan di mana data peribadi diberikan;
Pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang membekalkan servis pemprosesan data; dan
Sesiapa yang berada di bawah kewajipan kerahsian yang telah berjanji akan menyimpan data tersebut sebagai sulit.
Kami mungkin juga akan menzahirkan data peribadi anda jikalau dikehendaki oleh undang-undang atau secara suci hati, jikalau penzahiran tersebut adalah perlu untuk:

(i) mengikut keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang dan

(ii) melindungi dan membela hak-hak atau harta PPAP

Akses, Pembetulan dan Aduan

Anda boleh meminta akses untuk membuat pembetulan kepada atau untuk menghapuskan maklumat peribadi anda atau untuk menghadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan maklumat peribadi, anda boleh salurkan kepada pihak PPAP dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada alamat berikut;

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting
25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No. Telefon: 09-5155050

Friday, September 1, 2017

DIBUKA UNTUK BACAAN DALAMAN

MAKLUMAN
Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting Kuantan
Telah Dibuka Pada

5hb September 2017

Bahagian yang dibuka untuk kunjungan umum adalah

1. KANAK-KANAK
2. FIKSYEN
3. PINJAMAN UMUM
4. PUSAT WARISAN INTELEK NEGERI

Hanya untuk bacaan dalaman sahaja yang dibenarkan pada masa ini.

WAKTU OPERASi
Isnin-Jumaat 9 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat Jumaat 12 tengahari hinggan 2.30 petang

Thursday, February 25, 2016

Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) terperinci bertajuk “ Proposed Integrated Iron and Steel Plant on Lot PT19584

MAKLUMAN

Dimaklumkan  bahawa Laporan Penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) terperinci bertajuk “ Proposed Integrated Iron and Steel Plant on Lot PT19584 ( HSD 45228) at Malaysia –China  Kuantan Industrial Park , Mukim Sungai Karang, Daerah Kuantan ,Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan oleh Alliance Steel Sdn Bhd ada dipamer di ruang Pameran Sirkulasi di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.Sehubungan itu,sekiranya tuan/puan berminat untuk membaca laporan tersebut tuan/puan dipersilakan datang ke Unit Sirkulasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di alamat berikut :

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut ,25000 kuantan,
Pahang Darul Makmur.
09-5163411/5141606

Laporan  'Proposed Integrated Iron and Steel Plant' ini turut dipamerkan di Perpustakaan UTC Kuantan.

Monday, December 14, 2015

PENANGGUHAN PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG



MAKLUMAN
Kepada pelanggan Perpustakaan Awam Pahang,

PENANGGUHAN PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Buku di Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur akan dihentikan buat sementara waktu bermula pada 01/01/2016 bagi tujuan persiapan perpindahan ke bangunan baharu perpustakaan. Tuan/puan bolehlah membuat pemulangan buku melalui Kaunter Perkhidmatan dan Gelongsor Buku (Bookdrop) yang disediakan oleh pihak PPAP.

PERKHIDMATAN LAIN DI PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
Di sepanjang penutupan tersebut, Tuan/Puan masih boleh menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak PPAP sehinggalah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi:-
1)  Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat di talian 09-5163411/09-5141606

Sekian, terima kasih.

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.