Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Malaysia Ngaji 2016 PPAP. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Ngaji 2016 PPAP. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Tafsiran Surah Yassin (Malaysia Ngaji 2016)

Sempena dengan malaysia Ngaji pada 29hb Jun 2016 yang berlangsungnya di seluruh daerah di negeri Pahang bagi menyertai seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama mengaji pada hari tersebut. Di bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, selepas majlis Khatam Quran dan Klinik Al-Fatihah, majlis diteruskan dengan Ceramah Tafsiran Surah Yasin. Ceramah disampaikan oleh Tuan haji Hamdan b Ismail. Hadir bersama adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Bt Jaafar.
 49.
 50.
 51
 52.
 53.
 54.
55.

Klinik Al-Fatihah (Malaysia Ngaji 2016)

Pada 29hb Jun 2016 berlangsungnya Malaysia Ngaji di seluruh daerah di negeri Pahang bagi menyertai seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama mengaji pada hari tersebut. Bagi ibupejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, selepas majlis Khatam Quran, diteruskan dengan Klinik Al-Fatihah.
 37.
 38.
 39.
 40.
 41.
 42.
 43.
 44.
 45.
 46.
 47.
48.

Bunga Telor Sempena Majlis Khatam Quraan (Malaysia Ngaji 2016)

Pada 29hb Jun 2016 telah berlangsungnya Malaysia Ngaji 2016 yang dijalankan serentak di semua tempat di Negeri Pahang termasuk Malaysia. Bagi memeriahkan majlis ini bahagian-bahagian di PPAP telah menyediakan bunga telor yang sungguh cantik. Berikut adalah suasana keceriaan setelah selesai majlis Khatam Quraan bagi kakitangan PPAP. Alhamdulillah.
 21. Untuk apa menumbuk padi
Kalau padi ada sekamnya
 22. Untuk apa belajar mengaji
Kalau hati ada dendamnya
 23. Berjalan kaki ke Lubuk Terua
Hendak mencari pokok keranji
 24. Tenang hati di hari tua
Melihat anak pandai mengaji
 25. Pak Akob membeli gergaji
untuk memotong dahan rambutan
 26. Jangan lalai solat dan mengaji
Turuti juga hadis dan Al-Qur’an
 27. Adik membeli baju merah
Baju dibeli dari Pak Aman
 28. Kalau hidup ingin tak tentu arah
Bacalah Qur’an sebagai pedoman
 29. Kuala Gandah banyak gajah
Pelancong datang merata tempat
 30. Kalau hati sedang gelisah
Baca Al-Qur’an jadikan obat
 31. Dilangit penuh bintang
Warnanya kuning berkilauan
 32. Ibu bapak tersenyum senang
Mendengar anak baca Al-Qur’an
 33.. Masuk ke hutan dengan kapak dan baji
Terjumpa paya luas terbentang
 34. Rajin-rajinlah belajar mengaji
Supaya Allah menjadi sayang
 35. Tun Perak seorang bendahara
Hang Tuah seorang pahlawan
36. Ingatlah selalu dua perkara
Qur’an dan Hadis jadikan pedoman

rujukan pantun: bukupantun

Wednesday, June 29, 2016

Khatam Quraan Kakitangan PPAP (Malaysia Ngaji 2016)

Maka sampailah hari yang di tunggu-tunggu 29hb Jun 2016 Hari Malaysia Ngaji 2016. Ibupejabat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan acara pada hari malaysia Ngaji ini dengan Majlis Khatam Quraan bagi kakitangan. Majlis pagi ini turut dihadiri oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Bt Jaafar. Pada pagi ini bacaan dipimpin oleh seorang kakitangan PPAP iaitu En Zahid bin Idris dari Unit IT.
 01. Elok sekali anyaman rotan
Rotan di potong menjadi empat
 02. Jadikan Al Quran sebagai pedoman
Supaya diri tiada tersesat
 03. Pergi ke pasar membeli manggis
Dimakan pula bersama peria
 04. Marilah kita mengamalkan hadis
Agar hidup terasa bahagia
 05. Buah nangka buah appel
Buahnya banyak di ujung dahan
 06. Kalau selalu membaca novel
Selalulah juga membaca Al-Qur’an
 07. Kalaulah tidak ada kemauan
Tidakkan sampai saya ke disini
 08. Kalau tidak dengan keinginan
Tidakkan pandai saya mengaji
 09. Bunga mawar bunga melati
Bila dicium harum baunya
 10. Marilah kita sembuhkan hati
Baca Al-Qur’an faham maknanya
 11. Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
 12. Suruh makan saya makan
Suruh mengaji saya tak mahu
 13. Berkebun di musim hujan
Menanam duku dan durian
 14. Jika anda dalam kesibukan
Zikrullah jangan ditinggalkan
 15. Banyak sungguh batang jerami
Hanya satu yang aku cari
 16. Pandai sungguh engkau mengaji
Inilah anugerah yang Allah beri
 17. Buah salak dari Maran
Dijual pula ke Kampung Kandis
 18. Didiklah diri dengan ajaran Islam
Berpeganglah pada Al-qur’an dan Hadis
 19. Pagi-pagi berulang ke sawah padi
Sudah petang beralih ke padang
20. Dari kecil belajar mengaji
Jangan pula lupa sembahyang

Rujukan pantun: bukupantun