Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Sunday, May 24, 2015

Perpustakaan Mini Kejiranan - Berita Harian 2 Mac 2015 Isnin

petikan berita
Littel Free Library diperkenalkan di Australia kini ada di Nilai Impaian menurut Berita Harian 2 Mac 2015 Isnin dalam Ruangan Sastera.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nor Azzah Momin tampil dengan inisiatif baharu sejak Disember tahun lalu dengan meletakkan rak di perkarangan rumahnya di Nilai yang dinamakan Little Free Library Nilai Impian.

Beliau mendapat ilham mewujudkan perpustakaan mini selepas mengatahui kewujudan komuniti Little Free Library di Australia yang berjaya mewujudkan jaringan secara dalam talian sehingga diperluaskan di serata dunia.

Kini beliau adalah pelopor pertama konsep ini di Malaysia.

Sedikit ralat daripada berita tersebut.
LFL Nilai Impian ditubuhkan setelah membaca berita mengenai gerakan seumpamanya di Wisconsin, USA. 

Thursday, March 7, 2013

Yb Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad Bersama Anak-Anak Yatim Di Perpustakaan Awam Daerah Pekan

YB. Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad, SIMP., DSAP., DIMP., AMP., PKC., PPN. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri telah memghadiri program bersama anak-anak yatim di Perpustakaan Awam daerah Pekan. Seramai 150 anak-anak yatim di daerah Pekan telah dikumpulkan di Perpustakaan Awam daerah Pekan pada 5hb. Mac 2013.

Berita yang ditulis oleh Wartawan Sinar Harian Pekan.

Turut diadakan adalah kempen keahlian perpustakaan.

YB. Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad juga Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang (Pekaya) telah menaja pembayaran keahlian perpustakaan untuk 150 orang  anak yatim. Turut hadir adalah setiausaha Pekaya Puan Siti Salmah Ibrahim.
 
keratan akhbar Sinar Harian Pekan 7.3.2013

Peserta pada hari ini dihidangkan dengan resensi buku oleh pelajat sekolah. buku yang dipilih adalah Kolestrol, Kecemerlangan Pendidikan dan Angan-angan Mat Soad. Seterusnya semua peserta termasuk ibubapa, penjaga, guru-guru, ketua kampung dan penghulu.telah dihidangkan dengan KFC,

Wednesday, January 12, 2011

Senarai Tajuk Perkara Keratan Akhbar

Akhbar selalunya dianggap sebagai bacaan santai setiap hari. Kita membaca akhbar untuk mengatahui isu-isu semasa. Selain itu akhbar juga terkandung pelbagai maklumat ilmiah dan boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan. Untuk menyimpan kesemua akhbar-akhbar kita tidak mampu. Untuk itu digunakan keadah keratan akhbar bagi memilih bahan-bahan yang mahu disimpah sahaja. Bahan-bahan tersebut dijangkakan menjadi bahan rujukan yang akan dicari oleh masyarakat.

Bagi orang perpustakaan, keratan akhbar juga boleh digunakan untuk menambah jumlah koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan. Jika dapat difikirkan cara yang kreatif, bahan ini menjadi cantik dan kemas apabila disimpan. Seterusnya memudahkan pencarian maklumat yang bersumberkan akhbar. Masyarakat akan berminat menjadikan perpustakaan sebagai sumber rujukan bahan-bahan dari akhbar. Perkara sebegini sudah tentu tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan masyarakat yang suka mambaca akhbar.

(sumber gambar inventors.about.com)

Untuk memudahkan penyimpanan keratan akhbar ini, kita perlu sediakan suatu tajuk perkara bagi memudahkan pengkelasan. Berikut adalah 46 tajuk perkara yang digunakan oleh pihak pusat.

Bil TAJUK PERKARA
ABC
01- AGAMA
02- AGENSI KERAJAAN
03- ALAM SEKITAR
04- ANUGERAH
05- ASEAN
06- BAHASA & SASTERA
07- BAGET
08- BELIA
09- BENCANA ALAM
10- EKONOMI
DEF GHI
11- GEJALA SOSIAL
12- HARTA INTELEK MALAYSIA
JKL
13- JABATAN KERAJAAN
14- KEBAJIKAN DAN SOSIAL
15- KEMERDEKAAN
16- KEPENGGUNAAN
17- KERETA
18- KESIHATAN
MNO PQR
19- PELABURAN
20- PELANCONGAN DAN PERHOTELAN
21- PEMBANGUNAN & PENTADBIRAN TANAH
22- PENDERAAN / CERAI / POLIGAMI
23- PENDIDIKAN
24- PENGANGKUTAN AWAM
25- PENTERNAKAN
26- PERBANKAN
27- PERIKANAN
28- PERINDUSTRIAN
29- PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN AWAM
30- PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN
31- PERPUSTAKAAN
32- PERTAHANAN & KESELAMATAN
33- PERTANIAN
34- PERUNDANGAN & PERLEMBAGAAN
35- POLITIK
36- PROGRAM KHIDMAT NEGARA
STU
37- SAINS & TEKNOLOGI MAKLUMAT
38- SASTERA & BUDAYA
39- SEJARAH
40- SENI & BUDAYA
41- SPRM
42- SUKAN & REKREASI
43- TOKOH
VWXYZ
44- UMUM
45- WANITA
46- WARGA EMAS