Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Gambar Kawin. Show all posts
Showing posts with label Gambar Kawin. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Gambar Kawin Siti Afizah 26.5.2011

Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali telah mula bertugas dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 1.7.2009. Telah ditugaskan di Unit Koporat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
11
Setelah lebih kurang 22 bulan berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang maka Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali telah memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada 26.5.2011. Jejaka bertuah yang menjadi pilihan Puan Siti Afizah adalah Encik Rizai bin Awang. Pasangan ini telah bertunang pada 27.11.2010.
10
Majlis persandingan pasangan Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali dan Encik Rizai bin Awang telah berlangsung pada 28.5.2011. Majlis ini diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampung Chengal Lempong Balok, 26100 Kuantan Pahang Darul Makmur. Turut memeriahkan majlis persandingan ini adalah Shaikh Ali, Ramlah, Siti Afitah, Siti Nadia, Siti Afizah dan Sheikh Saufee.
09
Sementara majlis sambut menantu pula akan diadakan pada 11.6.2011. Berlangsungnya majlis sambut menantu untuk pasangan Puan Siti Afizah bt Shaikh Ali dan Encik Rizai bin Awang adalah di Kampung Lingai, Batu Rakit, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Turut memeriahkan majlis sambut menantu ini adalah Rizal, Awang@Ramli dan Che Sare.
08

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم apabila mendoakan seseorang yang berkahwin, baginda menyatakan:



(Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan.)

sumber: http://el-ilmy.net/2009/05/29/doa-buat-pengantin/
07
Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada mereka,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
06
Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan mereka dengan ridlo-Mu
Jadikanlah mereka Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
05
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan perkawinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.
04
Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertalian mereka.
03
Ya Allah…
Abadikan kasih sayang mereka, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dada dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.
02
Ya Allah…
Dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Mereka tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridha dan maghfirah-Mu. Mereka tahu, amat berat bagi mereka untuk mengayuh perahu rumah tangga dengan taufan godaan. Karena itulah, mereka datang memohon rahman dan rahim-Mu.
01
Tunjukilah mereka jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati mereka dengan cahaya petunjuk-Mu.

sumber: http://titikbalik.wordpress.com/doa-cinta-sang-pengantin/

Thursday, April 21, 2011

Gambar kawin Shah (4)

Bila dan siap acara bersanding, tibalah masa acara makan beradap Raja Sehari. Kalau ikut susunan betullah pengantin lelaki duduk belah kanan. Sebelah pengantin lelaki eloknya adalah ayah pengantin perempuan. Pastu mak pengantin perempuan. Kat belah perempuan pula eloknya mak pengantin lelaki (mak mertua), disebelahnya baru ayah pengantin lelaki.
05
Kalau ikut cara ni barulah nampak akrab pengantin perempaun dengan mak mertua. Akrab juga pengantin lelaki dengan ayah pengantin perempuan (ayah mertua).
04
Tapi kerap kali juga saya lihat, keluarga pengantin tak mahu atau segan nak duduk makan di meja pengantin. Kawan saya yang jadi jurugambar pernah diminta makan bersama pengantin kerana masing-masing tak nak duduk makan bersama dengan pengantin.
03
Kalau sapa-sapa yang bercadang nak kenduri pas ni tunjukkan persepakatan kepada orang-orang kampung yang keluarga kita bersatu hati. saya cerita ni bukan ada kaitan dengan majlid kenduri Shah tetapi tetiba timbul idea nak cerita pasal penonjolan kemaufakatan keluarga dapat dilihat pada masa makan beradap pengantin.
02
Ada tempat pula, berebut-rebut nak duduk makan di meja pengantin. Ada yang sampai merajuk kerana tak dipelawa makan di menja pengantin. Kadang-kadang tu terlalu ramai sebelah pihak yang nak tompang makan di meja pengantin. Hinggkan dipenuhi oleh keluarga sebelah pihak sahaja. Maklumlah makan Raja Sehari di meja pengantin ni berbeza dengan makanan yang dihidangkan untuk orang ramai.
01
Kadang-kadang sian juga jika kita terdengar bebudak kecik kata "Mak nak udang kat meja tu". mak terpaksa jawab "Hisss tu orang punya, kita tak boleh makan". Kalau bebudak kecik tu jawab "Makkkk! nak jugak". Apa kita nak jawab. Mungkin ada mak yang dengan segan silu mintak juga pada orang di meja pengantin seketul udang pengantin.

Apa lagi cerita semasa makan beradap pengantin ...?

Wednesday, April 20, 2011

Gambar kawin Shah (3)

07
Peluk kuat-kuat
06
Peluk rapat-rapat
05
Duduk pulak
04
Shahrizan b Hassan
03
Senget sikit kepala
02
Nurun Najibah bt Mohamad Rosli
01
kenangan terindah

Tuesday, April 19, 2011

Gambar Kawin Shah (2)

12
Membakar arang asap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati (1)
11
Ke Buntut Pulau membeli cermin
Beli ikan patin dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai (1)
10
Dari Lanchang ke Kuala Semantan
Datang memancing batu-batu
Surat dan SMS pembina ingatan
Sudah kawin teruskan begitu (1)
09
Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas (1)
08
Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar (1)
07
Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya (1)
06
Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul (1)
05
Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati (2)
04
Pokok pulai tidak berduri
Dibuat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar (2)
03
Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan (4)
02
Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding (4)
01
Tatang puan tatang cerana
Tatang biduk Seri Rama
Datanglah tuan datanglah nyawa
Datanglah duduk bersama-sama (3)

SUMBER PANTUN:
1. istimewa2u.blogspot.com
2. nukilan2u.my
3. hikmah.azhad.com
4. zurinahhassan.blogspot.com

Monday, April 18, 2011

Gambar Kawin Shah pada 17.4.2011

SELAMAT PENGANTIN BARU
Shahrizan bin Hassan telah berjaya dengan cemerlangnya menjalani proses Akad Nikah dan Persandingan. Pasangan Shahrizan dan Nurun Najibah bt Mohamad Rosli telah disandingkan pada hari Sabtu, 16hb April 2011. Pasangan bahagia ini telah bersanding di Kampung Buntut Pulau, Temerloh Pahang Darul Makmur.

Dikawasan inilah lahirnya Pak Sako pada tahun 1909. (Nama tempat sebenarnya adalah Kampung Bukit Seguntang yang terletak antara Kampung Tengah dengan Kampung Buntut Pulau.) [sukns.blogspot.com] [wanmohdsyazwan.blogspot.com]
06
"Emmm wanginya tangan abanggg"
05
"Langkah pandek sikit wahai pengantin. Tak larinya tuan puteri"
04
"Jauh lagi ke nak sampai?"
03
"Kompang dah siap nak berkompang, kita tunggu apa lagi?"
02
"Merasa juga koi ... bersanding ... dengan dia"
01
"Inilah keluarga koi yang ditugaskan membawa hantaran"

Friday, February 11, 2011

Gambar Perkahwinan Mus-Mila 2

Gambar perkahwinan Mus-Mila yang telah disiarkan dalam Blog Perbadanan perpustakaan Awam Pahang telah berada di tangga teratas dalam Popular Posts. Maka Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang mengeluarkan sekali lagi koleksi gambar perkahwinan Mus-Mila,
15
Bertambah sayang
14
Biar malu-malu, Biar segan-segan
13
Hingga nanti akhir nafasku ini
12
Kau masih menjadi pilihan ku
11
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
10
Hati aku penuh mengharapkan
Walaupun dikau jauh dariku
09
Dan sebenarnya ku mengharapkan
08
Gaya pasangan sehati sejiwa.
07
Gaya raja dan permisuri.
06
Kenangan terindah.
05
Yang ku ada hanya kamu saja
04
Berpeluh dan berdoa.
03
Kau yang ku sayang.
02
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
01
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu