Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label PETIKAN. Show all posts
Showing posts with label PETIKAN. Show all posts
Sunday, November 16, 2014
1.6 juta buku untuk 1121 perpustakaan desa sejak 2006
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah membekalkan sebanyak 1.6 juta naskhah bahan bacaan terbitan dalam negara di 1,121 perpustakaan desa di seluruh negara sejak 2006.
Ketua Pengarah PNM, Nafisah Ahmad berkata, penyediaan bahan bacaan melibatkan 80 peratus dalam bahasa Melayu dan 20 peratus dalam bahasa Inggeris itu membabitkan peruntukan antara RM4 juta hingga RM6.5 juta setahun.
Beliau berkata, bahan bacaan yang disediakan juga terdiri daripada pelbagai kategori dan bidang ilmu bagi semua peringkat umur.
Pada tahun ini sahaja sejumlah RM6.5 juta disediakan untuk membeli bahan bacaan untuk perpustakaan desa bagi memastikan bahan bacaan yang dibeli itu dapat memberi manfaat kepada golongan sasar melibatkan masyarakat desa,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Bahasa Merentas Desa’ di Perpustakaan Desa PNM, Taman Seri Duyong di sini hari ini.
Beliau berkata, buat permulaan sebanyak 5,000 naskhah bahan bacaan akan dibekalkan di setiap perpustakaan desa yang baru ditubuhkan dan ia akan ditambah antara 400 hingga 500 naskhah dari masa ke semasa. - BERNAMA 9 Nov 2014
Monday, February 18, 2013
27 kesalahan bacaan Al-Fatihah
Berikut adalah petikan dari Blog Masjid An-Nur Ketapang.
http://masjidannurketapang.blogspot.com/
http://masjidannurketapang.blogspot.com/
Terdapat 27 kesalahan yang selalu terjadi dalam bacaan Al-Fatihah. Mari kita semak bacaan al-Fatihah kita.
sumber:
1. Sebutan huruf ﺏ berbaris bawah
tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak
dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama,
tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah
disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang
salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis)
kerana huruf ﻡ pada kalimah
ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf ﺭ tidak
disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang
sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada
nombor 3. Huruf ﺭ tidak
disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang
sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf ﻱ tidak
dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia
adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf ﺡ digantikan
dengan huruf ﻩ
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah
tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah
"Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan
sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya
"Rabbil"
.
9. Huruf ﻉ ditukar
menjadi huruf ﺃ
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi
"Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf ﻉ ditukar
menjadi huruf ﺃ
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila
sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir.
Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...".
Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf ﺹ tidak
disabdukan.
.
17. Huruf ﻁ ditukar
menjadi huruf ﺕ
.
18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf
ﻕ berbaris
bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan
kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan
perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang
membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang
juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
.
21. Huruf ﻉ ditukar
menjadi huruf ﺃ
.
22. Huruf ﺭ berbaris bawah
disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf ﻍ disebut dengan
qalqalah.
.
24. Huruf ﺽ tidak
ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
.
26. Huruf ﺽ tidak
disabdukan.
.
27.
Apabila
huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya
wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz
kurang daripada 6 harakat.
Link:
http://dlabellaz.blogspot.com/2012/04/al-fatihah.html
Tuesday, July 5, 2011
China mahu membeli Facebook
Menurut sumber Blog Forbes, Beijing dengan bantuan CitiBank dikatakan sedang berusaha untuk memiliki Facebook. Jika perancangan ini berjaya peminat facebook akan 'bertuankan' negara China.
Namun begitu peminat Facebook telah bermula mengeluarkan suara bantahan terhadap usaha negara China untuk memiliki Facebook. Kemungkinan ramai peminat Facebook akan bertukar kepada laman sosial lain jika Facebook benar-benar dimiliki oleh China. Adalah Facebook akan menjadi seperti MySpace setelah dijual oleh Rupert Murdoch dengan harga $35 juta kepada Orange County (digital media firm specializing in online advertising). Rupert Murdoch membeli MySpace dengan harga $580 juta pada tahun 2005.
Adakah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan menarik diri dari Facebook jika Facebook berjaya dibeli oleh China? Senarai Facebook kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang klik DISINI.
Samada Facebook dibeli oleh China atau tidak, Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bertegas mengingatkan kakitangan agar menggunakan laman sosial seperti Facebook atau yang seumpamanya seperti Tweeter dan lain-lain supaya mengunakannya dengan berhemah dan dengan tujuan yang berfaedah seperti bertukar- tukar pendapat dan kemahiran serta perkongsian maklumat berguna.
Kita semua amat ditegah menggunakannya untuk kegiatan yang tidak berfaedah apatah lagi yang mendatangkan kesan negatif seperti memburuk- burukkan orang lain atau menabur fitnah terutama di kalangan pegawai dan kakitangan di seluruh perpustakaan atau memburukkan imej jabatan.
Sama-samalah kita menggunakan kemudahan internet untuk menjadikan kita Satu Hati dalam Satu Pasukan.
Sumber berita: blogs.forbes.com-china wants to buy facebook

Tuesday, February 1, 2011
AMARAN BANJIR 7.55 pagi 01/02/2011
Amaran banjir 7.55 pagi 01/02/2011
NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 7.55 pagi 01/02/2011
Dikemaskini pada : 12.00 tengah malam, 1 Febuari 2011
Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah dan Jingga) yang dikeluarkan pada 3.50 petang, 30 Januari 2011 untuk negeri Johor diturun dan dilanjutkan kepada Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning).
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 3.50 petang, 30 Januari 2011 untuk negeri Pahang adalah dilanjutkan. Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Johor (Daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dan Pahang (Kuantan, Pekan, Bera dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Selasa, 1 Februari 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.
NASIHAT PARAS AIR SUNGAI
Lima tempat menyukat telah menunjukkan para melebihi biasa iaitu Sg.Jelai, Sg.Semantan, Sg.Pahang dan Sg.Triang. Kepada perpustakaan yang berhampiran sungai ini harap berjaga-berjaga.
Sg.Jelai di Jeram Bungor
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 59.07 (biasa-55.00) (berjaga-58.00) (bahaya-62.00)
Sg.Semantan di Kg. Lengkong
01/02/2011 - 06:00
Paras sekarang: 52.24
biasa-49.00
berjaga-51.00
bahaya-53.00
Sg.Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu)
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 29.18
biasa-26.00
berjaga-29.00
bahaya-33.00
Sg.Triang di Triang
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 33.76
biasa-31.00
berjaga-33.50
bahaya-34.50
Sg.Pahang di Lubuk Paku
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 17.21
biasa-14.00
berjaga-17.00
bahaya-19.00
RUJUKAN:
lamanpahang.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)