Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2019. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2019. Show all posts

Friday, January 3, 2020

ULASAN BUKU 2019

ULASAN BUKU 2019

Program Galakan Membaca untuk kakitangan Perpustakaan Daerah, Cawangan dan Desa PPAP.
1. PAC Lanchang (8)
2. PAD Maran (14)
3. PAD Bera (9)
4. PAD Pekan (31)
5. PAD Bentong (56)
6. PAD Temerloh (32)
7. PAD Rompin (5)
8. PD Kuantan (12)
9. PAD Cameron (6)
10. PAD Jerantut (7)
11. PAC Jengka (3)
12. PAD Lipis (1)

Buku: Siri Bercakap Dengan Ultraman / Shaza Baharuddin / SJ Creative 2018 RM20

Buku: Siri Bercakap Dengan Ultraman / Shaza Baharuddin / SJ Creative  2018

No Perolehan: DTEM009144
ISBN: 9789671473986
Kategori: Psikologi
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengandungi perbualan harian penulis dengan dua orang anak lelakinya yang sedang membesar. Mereka sangat meminati Ultraman. Kerana itu Umi mereka memanggil mereka Ultraman.

Perbualan mereka membuat saya ketawa. Banyak cerita menarik yang dibualkan. Penuh dengan pandangan dan kejutan. Kepada ibubapa boleh meluaskan pegetahuan dengan membaca buku ini. Semoga ia berguna.

Judul: Siri Bercakap Dengan Ultraman
Pengarang: Shaza Baharuddin
Penerbit: SJ Creative
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM20.00
Muka surat: 226
Rating: 4

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Buku: Road To Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga / Miftahul Asror Malik / Pustaka Ilmuwan 2019

Buku: Road To Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga / Miftahul Asror Malik / Pustaka Ilmuwan 2019

No Perolehan: DTEM 006752/19
ISBN: 978-967-2119-26-5
Kategori: 297.23 MIF
Ringkasan/ Ulasan

Road to Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga sebuah buku mengisahkan tentang kematian dan kesengsaraannya, hari kiamat dan segala ahwal-nya, neraka dan seksanya,serta syurga dan kenikmatannya. Buku ini memberikan pengajaran kepada kita.Contoh kisah yang terkandung di dalam buku ini manusia dan penciptannya, perjalanan hidup manusia dan banyak lagi.

Buku ini bertujuan sebagai panduan kepada kaum muslimin untuk menghidupkan amal soleh dalam kehidupan seharian. Panduan ini dari segi perlaksanaan ibadah, tidur, makan dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang hari.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada pembaca. Selamat membaca.
                               
Judul: Road To Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga
Pengarang: Miftahul Asror Malik
Penerbit: Pustaka Ilmuwan
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 25.00
Muka surat: 229
Rating: 4
Ulasan oleh: Farah Naz Alia binti Rosli, Pembantu Pustakawan PAD Temerloh.

BUKU: AMPUNKAN AKU MAMA / K.A. RAZHIYAH / LC GRAPHIC SDN. BHD. / 2018

BUKU: AMPUNKAN AKU MAMA / K.A. RAZHIYAH / LC GRAPHIC SDN. BHD. / 2018

JUDUL: AMPUNKAN AKU MAMA
PENGARANG: K.A. RAZHIYAH
PENERBIT: LC GRAPHIC SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2018
HARGA: RM29.00
JUMLAH MUKA SURAT: 102

NO. PEROLEHAN: 18-001630
ISBN: 978-983-060-541-8
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK

ULASAN :
Buku cerita ini berjudul Ampunkan Aku Mama. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang sedang membesar telah melalui pengalaman dan pengajaran yang membuatkannya sedar akan kesilapan dan berasa insaf.

Intan ialah seorang anak yang baik kepada kedua ibubapa nya. Ibubapa Intan sering menasihati dan mendidik Intan dengan ilmu yang baik. Namun, disekolah Intan telah dipengaruhi oleh rakan sebayanya iaitu Ida dan Asmah. Mereka mempengaruhi Intan untuk ponteng kelas, menipu ibubapa nya, serta mencuri. Ibubapa Intan menasihatinya namun Intan tetap berkeras dan berdegil serta terus melakukan perkara yang sama tanpa menghiraukan nasihat ibubapanya.

Lama-kelamaan, bapa Intan tidak dapat menahan sabar lalu menamparnya berkali-kali. Ibunya berpesan pada Intan supaya pulang dari sekolah lalu mengikut jalan dihadapan rumah orang supaya tidak berbahaya dan menggelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Intan sedikit tidak menghiraukan nasihat ibunya lalu berkeras untuk lalu di jalan belakang supaya cepat sampai ke rumah.

Nasibnya tidak baik, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dijalan belakang yang sunyi dan tiada orang, Intan didatangi dua orang lelaki yang berbadan besar dan menculiknya serta dibawa masuk ke dalam sebuah van. Didalam van tersebut bukan sahaja Intan tetapi ada lagi dua orang budak yang masih berpakaian sekolah sedang berpelukan ketakutan. Intan mencuri dengar perbualan telefon lelaki tersebut bahawa mereka akan dijual ke sempadan. Intan menjadi ketakutan dan lantas terus mengingati akan kedua ibubapanya yang pasti sedang risau.

Tiba-tiba, van tersebut berhenti disebuah kedai kopi. Lelaki tersebut memberi peluang kepada Intan untuk turun ke tandas. Intan mengambil peluang ini memikirkan cara untuk melarikan diri. Intan meminta bantuan daripada pelayan kedai kopi tersebut yang bernama Tambi. Intan mengatakan bahawa dia telah diculik dan meminta bantuan dari Tambi untuk membantu melarikan diri.Tambi membantu Intan bersembunyi dan berpura-pura tidak tahu akan perihal Intan. Keadaan menjadi semakin kecoh, lelaki tersebut berlalu pergi menaiki van tanpa mengetahui Intan masih bersembunyi di kedai kopi itu.

Tambi  dan taukey kedai itu membantu menghubungi polis dan ibubapa Intan. Intan menunggu ibubapanya datang. Tidak lama kemudian muncul trak polis yang membawa dua orang lelaki tersebut yang telah tertangkap. Manakala dua orang budak itu selamat dan mereka berpelukan menangis memanjatkan rasa syukur. Sejak dari peristiwa hitam itu Intan mula sedar dan insaf atas apa yang telah dilakukannya dan memohon ampun maaf kepada ibubapa nya.

oleh
PD Mengkarak

Thursday, December 26, 2019

Buku: Pengurusan Kewangan Keluarga Dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media

Buku: Pengurusan Kewangan Keluarga Dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media
No Perolehan:EPAL 19/002205

ISBN: 978-967-16994-3-0

Kategori:SainsKemasyarakatan

Ringkasan / Umum:

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga Dalam Islam ini merumuskan anak adalah harta yang paling berga bagi ibubapa. Tidak ada ibubapa yang mengharapkan keburukan dan kegagalan berlaku pada pelengkap jiwa mereka.

Apa yang pasti, ibubapa sedaya upaya berusaha demi kebaikan anak-anak,termasuklah urusan pendidikan mereka.

Bidang pendidikan yang perlu diberi perhatian pada masakini adalah pendidikan kewangan. Mengapa subjek ini penting?

Perbincangan mengenai masalah kewangan kadangkala dapat menimbulkan ketegangan dan kesannya berpanjangan jika tidak berhati-hati. Olehitu, pendidikan kewangan adalah subjek yang digalakkandantanggungjawabmendidik yang utamaterletakpadaibubapa.Pentingbagianak-anak mempelajari urusan kewangan keluarga supaya mereka dapt membentuk wawasandalam pengurusan kewanganperibadi.

Diharap juga anak-anak tidak hanya tahumem belanjakan wang yang mereka dapat daripada ibubapa, malahmerekahendaklahtahucaramenguruskandenganbaik, mengikutteladanNabi Muhammad SAW.

Anak yang bijaklahirdaripadaibubapa yang bijak.Didikanibubapapastimemberikesankepadaanak-anaksehinggamerekadewasakelak.Semogabukuinibermanfaatuntukparapembaca.Selamatmembaca!!!

Judul : Pengurusan Kewangan Keluarga Dalam Islam
Pengarang : Aditya Akbar Hakim
Penerbit : Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd.
TahunTerbit : 2019
Harga : RM 24.90
Mukasurat : 178
Rating :-

DisediakanOleh: DisemakOleh :
NoraziahBintiAbd.Razak NorkamilaBinti Mahmud
PembantuPustakawan KetuaPerpustakaan Daerah
PD PalohHinai PAD Pekan

Ikhtiar penyembuhan penyakit Pengubatan Al-Quran / Ustaz Raflis Sabirin / Sri Saujana

Ikhtiar penyembuhan penyakit Pengubatan Al-Quran / Ustaz Raflis Sabirin / Sri Saujana

No Perolehan :EPER 18-001364
ISBN: 978-967-2133-37-7
Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :

Buku Ikhtiar penyembuh penyakit tulisan Ustaz Raflis Sabirin ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh – contoh penulisan fakta, pengumuman dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Buku ikhtiar penyembuhan penyakit merupakan ikhtiar kita untuk mengubati penyakit mengunakan Al-quran dan herba. Buku ini dapat memberi panduan, pedoman dan iktibar kepada pembaca dalam penjagaan kesihatan jasmani dan rohani. Ia satu rujukan mudah untuk pembaca.

Buku: Ikhtiar penyembuhan penyakit
Judul: Pengubatan Al-Quran
Pengarang: Ustaz Raflis Sabirin
Penerbit: Sri Saujana Marketing
TahunTerbit: 2018
Harga: Rm 34.00
Mukasurat: 260
Rating:-

DisediakanOleh: Di semakOleh :
MuhamadNurSyukran Bin MuhamadHanafiah Norkamilabinti Mahmud
PembantuPustakawan KetuaPerpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

Buku: Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati / Bahruddin Bekri / PTS Publications

Buku: Diari Mat Despatch Edisi Patah Hati / Bahruddin Bekri / PTS Publications

No Perolehan :  DPEK-04372
ISBN: 978-967-401-066-9
Kategori: Fiksyen Melayu

Ringkasan / Umum :

Ini Merupakan bukan kisah saya, tetapi sebaliknya adalah kisah sepupu saya, mana mungkin mat dispatch patah hati. Merupakan seorang lelaki kacak yang patah hati, yang di suruh oleh ibunya supaya memulihkan semamgatnya.

Kisah ini bukan berkenan sepupu saya sahaja, malah melibatkan diri saya yang membuatkan hidup saya huru hara oleh kisah perempuan-perempuan cantik serta banyak pengajaran yang saya dapat. Hendak tahu lagi bacalah sendiri huhu…

Buku: Diari Mat Despatch
Pengarang: Bahruddin Bekri
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 9.90
Muka surat: 164
Rating:-


Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Mohammad Humaizi Hamzah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Operasi Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

Tuesday, December 24, 2019

Buku: Make Yourself Cozy

Buku: Make Yourself Cozy

No Perolehan: 009268
ISBN: 9781449493684
Kategori: Psikologi
Ringkasan/ Ulasan

Membaca buku yang cantik ini memberikan rasa yang mempersona. Penulis menyampaikan cerita bangaimana beliau menggembirakan hatinya sendiri dengan melakukan pelbagai rutin harian yang mudah, menarik dan menyenangkannya. Beliau minum secawan kopi panas menggunakan cawan yang cantik, beliau membuat pastri dan memasak.

Kita mungkin boleh mengambil serba sedikit pengalamannya untuk menyamankan diri kita seharian.

Ada perkara yang beliau lakukan sama dengan diri kita. Mungkin boleh kita memahami maksud yang ingin disampaikan penulis dalam kehidupan kita. Selamat membaca.

Judul: Make Yourself Cozy
Pengarang: Kattie Vaz
Penerbit: Andrews McMeel Publishing
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM70.50
Muka surat: 123
Rating: 5

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Buku: Gaya Untuk Berjaya

Buku: Gaya Untuk Berjaya

No Perolehan: 001844
ISBN: 978-967-0703-27-5
Kategori: 646.704
Ringkasan/ Ulasan
Buku GAYA UNTUK BERJAYA buku ini adalah mengisahkan tentang bagaimana gaya dalam kehidupan yang diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T.Di dalam buku ini juga mengajar  kita cara bagaimana cara kita bergaya seharian kita.Buku ini banyak mengajar cara kita berpakaian,berhadapan dengan orang ramai sehingga kitra boleh berjaya.

Kepada yang suka atau ingin belajar atau mengetahui tentang sebuah kehidupan yang harmoni atau ingin berubah mejadi lebih baik  boleh membaca buku ini sebahagai bahan rujukan untuk dijadikan panduan.Semoga buku ini dapat memberikan kita inspirasi untuk mengamalkan perkara-perkara yang boleh menafaatkan kehidupan dengan  penuh berkat.

Judul: Gaya Untuk Berjaya
Pengarang: Hafiz Mustafa
Penerbit: Richworks Publicatios Sdn Bhd
Tahun Terbit: 
Harga: RM 50.00
Muka surat: 121
Rating: 4

Ulasan oleh:
Puan Norasuryanti Binti Abdul Rapar,
PD Kerdau

To My Dearest Family

To My Dearest Family

No Perolehan: EJEN002245
ISBN: 978-967-2038-66-5
Kategori: 808.882
Ringkasan/ Ulasan
Membentuk keluarga bahagia itu bukan mudah tetapi tidak mustahil.
Bahagia tidak mampu dicapai seorang diri. Ianya datang daripada orang disekeliling kita, orang yang paling rapat dengan kita iaitu keluaga kita
Untuk mempunyai keluarga yang baik, seorang ibu mahupun ayah mestilah berusaha memberi yang terbaik.

Judul: To My Dearest Family
Pengarang:  Amiza Khusyri Yusof
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2018
Harga: RM20.00
Muka surat: 120
Rating: 3

Ulasan oleh:  Puan Norzini binti Majid, PD Jenderak Loop


Buku: Cikgu Kelas Sebelah

Buku: Cikgu Kelas Sebelah

No Perolehan: ESAN 000916
ISBN: 978-967-2062-07-3
Kategori: D 371.3 FAD

Ringkasan/ Ulasan

Buku Cikgu Kelas Sebelah ini sungguh menarik sekali, membacanya membuatkan kita tersenyum sendirian dan adakala terasa hiba, manakan tidak didalamnya sarat dengan kisah kerenah anak murid yang pelbagai ragam. Sebagai seorang pendidik penulis memceritakan pengalaman beliau menangani segala karenah anak muridnya dengan penuh berhemah.

Dengan adanya buku ini saya sebagai seorang ibu dapat memahami jerih perih seorang guru dalam mendidik anak-anak kita. Syabas buat penulis kerana menghasilkan karya yang sangat bagus dari kisah pengalaman sendiri sebagai seorang guru.

Judul: Cikgu Kelas Sebelah
Pengarang: Fadli Salleh
Penerbit: KOMRAD
Harga: RM20.00
Muka surat: 183
Rating: 4

Ulasan oleh :
Puan Juwahi Md Amin,
PD Siber Sanggang

Buku: Siri Kaum Unik Malaysia: Orang Asli /Maruwiah Ahmat

Buku: Siri Kaum Unik Malaysia: Orang Asli /Maruwiah Ahmat

No Perolehan: DTEM00885/19                                           
ISBN: 978-967-0768-59-5
Kategori: 959.5
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mencatatkan maklumat mengenai Orang Asli yang terangkum dalam kaum Bumiputera di Semenanjung Malaysia.Pelbagai topik dicatatkan pada buku ini seperti latar belakang tiga kumpulan suku kaum iaitu Negrito,Senoi dan Melayu-Proto,kegiatan ekonomi,organisasi sosial ,agama dan kepercayaan,adat resat dan kebudayaan,perayaan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Senoi Praaq.

Pembaca juga boleh mengetahui kepelbagaian dari aspek adat kehidupan seharian seperti kelahiran,perkahwinan dan kematian mengikut suku kaum masyarakat Orang Asli.Selain daripada itu perubahan kegiatan ekonomi pada masa dahulu dan kini boleh diketahui dengan membaca buku ini.

Dengan membaca buku ini diharapkan dapat mendedahkan masyarakat terutamanya para pelajar kepada asal usul kaum ,adat dan budaya masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Judul: Siri Kaum Unik Malaysia: Orang Asli
Pengarang: Maruwiah Ahmat
Penerbit: Goodwill Publications
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM56.25
Muka surat: 92
Rating: 4

Ulasan oleh: Lizune a/l Met,
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
 

Bila Ku Petik Gitar / Fahmi Faiz

Judul Buku :  Bila Ku Petik Gitar
No Panggilan   :  910.4
ISBN :  9789831240287
Pengarang :   Fahmi Faiz
Tahun  :   2013
Edisi Bahasa :  Bahasa Malaysia
Harga :  Rm8.00
Bil M.S :  113 Muka Surat

Buku ini mengandungi jurnal pengalaman penulis mengembara ke Thailand, Kemboja, Vietnam dan Loas secara berseorangan. 

Berbekalkan semangat dan kemahuan diri yang kuat walaupun dengan persiapan yang kurang rapi dan sumber kewangan yang terhad.
Penulis  nekad berhenti kerja , setelah memohon restu ibu bapa beliau memulakan misi pengembaraan dengan berbekalkan wang RM500.00.

Segala pahit getir dihadapi penulis untuk merealisasikan pengembaraan beliau yang bermotifkan ‘pencarian jiwa’,  itu diceritakan beliau dengan jelas dalam buku ini dan sesuai dijadikan panduan bagi yang gemar menggembara secara ‘back packer’. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan pembakar semangat dalam menguji potensi diri.

Diulas oleh :
Mahani Binti Abdullah
Pembantu Pustakawan
PD Lepar Hilir 1

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Kekasih Halal Dato / Mum Linz / Cute Publication

Buku: Kekasih Halal Dato
Pengarang: Mum Linz
Penerbit : Cute Publication
Tahun Terbit : 2019
Harga : RM30.00
Muka Surat : 306
No. Perolehan: EBA L002022
No.ISBN : 9789672069409

Perkahwinan pertama Zaman yang penuh beronak liku amat terkesan dalam kehidupan mendatang sehingga Zaman sendiri tidak  mahu mendirikan rumah tangga untuk kesekian kalinya. Perwatakan Zaman juga berubah menjadi seorang lelaki yang dingin dan serius. Namun qada qadar dari tuhan telah tertulis.

Zaman berkahwin buat kali kedua walaupun tanpa cinta. Perkahwinan kedua juga Zaman diuji. Namun ujian itu mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.

Diulas oleh :
Lilidalila Binti Ropa
Pembantu Pustakawan
PD Balok

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Tokoh-Tokoh Pemikir Islam / Mohamad Kamil Hj Ab Majid

Nama Buku       : Tokoh-Tokoh Pemikir Islam
Mukasurat       : 296 ms
Penulis         : Mohamad Kamil Hj Ab Majid
Harga           : RM 21.90
No Pengelasan : D 922.97 MOH

Buku ini memuatkan kajian penulis terhadap tokoh-tokoh pemikir Islam yang tidak asing dalam dunia Islam masa kini yang dikaji dan diselidik oleh generasi muda sebagai generasi pelanjut bagi mengikut jejak langkah mereka membawa obor kebenaran bagi menentukan pesanan Nabi Muhammad S.A.W. :

Islam itu tinggi dan  tidak ada yang lebih tinggi ke atasnya.”

Cabaran yang dihadapi oleh generasi hari ini ialah memahami kaedah setepat-tepatnya kepada pemikiran Islam yang luhur dan aplikasi kepada reality kehidupan yang moden yang serba -serbinya  canggih itu .

Maka riwayat hidup pemikiran tokoh-tokoh dapat membantu kaedah amal Islami dengan tafsiran sesuai menurut reality semasa.

Buku ini walaupun mengandungi pelbagai tajuk , tetapi mempunyai intergrasi makna dan tujuan yang sama iaitu menyerlahkan sifat dinamisme  Islam dan tokoh –tokoh pemikirnya . Dinamika itulah yang menjadi rahsia kelanjutan Islam beroperasi tengah-tengah masyarakat.

Diulas oleh :
Siti Norhasmah Binti Tahir
Pembantu Pustakawan
PD Sungai Lembing

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Hidup & Mati Menurut Islam & Neurosains / Azizan Baharuddin, Norkumala Awang

Judul Buku : Hidup & Mati Menurut Islam & Neurosains
Penulis Buku : Azizan Baharuddin, Norkumala Awang
Tahun Terbitan : 2018
Penerbit : Institut Kefahaman Islam Malaysia.
No Panggilan : 297.321567

“Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur (atas nikmat-nikmat Allah) – Surah al–Hajj 22:66.

Perbahasan mengenai kehidupan dan kematian seseorang manusia harus dilihat dari dimensi yang selari dengan pandangan dalam Islam, iaitu prinsip tauhid dengan meletakkan keesaan Allah sebagai asas tertinggi dan juga akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan manusia. Ia merupakan kehidupan sebenar manusia.

Dalam ilmu sains, dengan berakhirnya fungsi biologi yang menyebabkan kematian jasad, kehidupan seseorang manusia tiba kepada noktah penamat.

Perkhabaran yang benar daripada al-Quran menegaskan bahawa kematian jasad hanyalah permulaan kepada satu kehidupan yang lebih abadi. Maka, persoalan berkaitan hidup dan mati yang menjadi teras kepada fahaman kemanusiaan dan kejiwaan dalam Islam seharusnya mampu diharmonikan dengan penemuan-penemuan dalam bidang sains moden terutama sekali dalam neurosains.

Justeru,

Buku ini menukilkan perbahasan yang menjadi amanah besar kepada pakar-pakar neurosains Muslim dan ilmuwan agama bagi mencari keharmonian antara sains dan agama demi  umat sejagat.

Diulas oleh :
Mohamad Yusmi Bin Mohamed Yunus
Pembantu Pustakawan
PD Lepar Hilir 1

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Hessa it’s Me! ./ Jaja Ahmad / Anaasa Publication

Buku : Hessa it’s Me!
Pengarang : Jaja Ahmad
Penerbit : Anaasa Publication
No. Perolehan : EBAL 000084
N0. ISBN : 978-967-0870-42-7

Hessa melamar Niya kerana rasa bersalah di atas kemalangan yang menimpa mummy Tia. Nessa yang manis dan manja membuatkan kehidupan Niyaz lebih bermakna dan bahagia. Namun kepulangan Nurul sahabat baik Niyaz dan Neylie adik Niyaz telah membuatkan semuanya berubah.

Cemburu, marah, dan sedih bercampur menjadi satu. Rahsia yang ditutup juga mula terbongkar. Walau bagaimanapun kehidupan rumah tangga mereka akhirnya bahagia disampaing kehadiran seorang cahaya mata.

Diulas oleh :
Lilidalila Binti Ropa
Pembantu Pustakawan
PD Balok

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Musang dan Gagak serta cerita lain

Buku   : Musang dan Gagak serta cerita lain
Penerbit:  EDUKID Publication Sdn.Bhd
Tahun terbit:  2017
Harga:  Rm 3.90
Muka surat:  16
No. Perolehan:  EMAH001253
No. ISBN:  978-967-364-403-2 (set)

Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak untuk dijadikan teladan dan diri sendiri.
Cerita mengenai seekor anjing yang tamak dan cuai. Tidak cukup dengan apa yang diperolehinya.  Akhirnya anjing itu yang rugi.  Selain itu mengenai burung gagak yang menjadi leka apabila dipuji dan ditipu dengan pujian oleh musang.  Banyak pengajaran di dalam cerita ini dan jangan ketinggalan untuk membaca banyak lagi cerita-cerita di dalam siri ini.

Diulas oleh :
Irena Bt Hassan
Pembantu Pustakawan
PD Kg. Seri Mahkota

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Musafir Duniawi / Faiz Hajmi

Nama buku : Musafir Duniawi
Muka surat: 187ms
Penulis : Faiz Hajmi
Harga: RM 25.00
No Pengelasan : D 910.4 Faz

Musafir Duniawi adalah sebuah buku hybrid petua pengembaraan dan trevalog musafir yang menjelaskan bagaiman seorang musafir duniawi kecekalan dan ketabahan dalam hati. Segala petua 5 benua , 60 negara, pelbagai sejarah,agama dan budaya , berjuta rupa manusia, serta berbagai jenis perjalananyang diambil sejak berusia dewasa18 tahun. Susah senang, suka duka , tangis tawa segalanya telah dibukukan sebagai petua dan pengalaman dalam buku ini.


Bumi Allah ini maha luas untuk dijelajah. Seluruh kehidupan pun belum tentu cukup untuk melalui dan mengalami semuanya . Cuma jika manusia tidak mula mengembara , seolah-olah satu halaman buku sahaja yang dibacanya. Halaman lain yang barangkali lebih indah, penuh kisah akan ditinggalkannya. Bumi Allah terlampau indah bagaikan alam mimpi. Hanya kesungguhan untuk bermusafir akan menjadikannya reality!

Diulas oleh :
Siti Norhasmah Binti Tahir
Pembantu Pustakawan
PD Sungai Lembing

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

100 Soalan Panas Perkahwinan / Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

100 Soalan Panas Perkahwinan / Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

Buku Ringkasan 100 Soalan Panas Perkahwinan
Penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd
No Perolehan: DPEK 18- 004957
Isbn: 978-983-097-698-3

Ringkasan / Umum
Buku ini menyenaraikan 120 panduan berumah tangga berbentuk soal jawab sebagai pengetahuan dan panduan pembaca sama ada yang belum berumah tangga atau telah berumah tangga.
Malah buku 100 Soalan Panas Perkahwinan juga sesuai untuk yang telah bercerai dan ingin berumah tangga semula.

Antaranya:
- Kahwin lelaki muda
- Berkahwin di Thailand
- Berkahwin setelah terlanjur
- Hukum pak sanggup
- Agensi mencari jodoh
- Jodoh media sosial
- Perkahwinan dengan warga asing
- Layanan terhadap suami/ isteri
- Perbezaan cerai dan fasakh
- Ibu bapa campur tangan urusan rumah tangga 

Sudah menjadi asam garam berumah tangga pelbagai masalah akan melanda kepada setiap pasangan, di harapkan buku ini dapat mejadi panduan kepada setiap pasangan dan membantu menjawab setiap persoalan berkaitan masalah rumah tangga kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga  atau yang telah lama berumah tangga.

Judul: 100 Soalan Panas Perkahwinan
Pengarang: Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun Terbit : 2018
Harga: Rm 20.00
Muka Surat: 155
Rating:-

Disediakan Oleh ;
Isham bin Hamzah
Pembantu Pustakawan
PAD Pekan

Disemak Oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan