Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Hari Kanak-kanak 2011. Show all posts
Showing posts with label Hari Kanak-kanak 2011. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

Hari kanak-kanak 2011 - penyampaian hadiah

 1. Puan Murni, Pegawai Tadbir PPAP yang mewakili Pangarah PPAP telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.
 2. Puan Murni dan Puan Maria bersama pemenang.
 3. Puan Huda dan Encik Saiful bertugas sebagai tukang pegang dulang dan tukang cakap pada sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 4. Inilah pemenang explorace yanh diadakan sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 5. Ahli silat mata turut diberikan cenderahati.
6. Ramai ibubapa dan guru turut mengiringi anak masing-masing.

Friday, December 9, 2011

Hari kanak-kanak 2011 - puppet

 1. Semua memberikan perhatian.
 2. Ada yang terlalu seronok
3. Saudara amin sedang kendalikan kuiz selepas persembahan puppet.

Thursday, December 8, 2011

Hari kanak-kanak 2011 - Penjagaan kucing

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada 3hb. November 2011. Ramai kanak-kanak yang hadir, hinggakan penuh dewan.
 1. Jabatan haiwan telah dijemput untuk menberikan penerangan kepada kanak-kanak tentang penjagaan kucing.
 2. Cara pegang kucing. Kucing ini namanya Si Manja.
 3. Berebut untuk mengusik Si Manja kucing yang menjadi tetamu jemputan.
 4. Buka setakat nak usik, ada juga yang nak merasa memeluk Si Manja.
 5. Inilah peralatan yang digunakan untuk menjaga Si Manja kucing kesayangan.
 6. Peralatan ini diperlukan untuk memastikan Si Manja sentiasa sihat dan tiada penyakit.
 7. Kalau Si Manja sakit kita pun susah hati. Kalau mandi, Si Manja nak mandi dengan shampoo.
 8. Bukan kanak-kanak sahaja yang geram melihat Si Manja tetapi orang dewasa juga merasa geram melihat telatah Si Manja kucing kesayangan.
 9. Kuku Si Manja perlu dipotong. Jangan tersilap potong, nanti berdarah pula Si Manja. Tujuan memotong kuku kucing adalah untuk menjaga kebersihan tubuh badannya. Kuman boleh melekat pada kuku kucing. Kuman tersebut boleh masuk dalam badan kucing dan boleh juga bahayakan kita. Kalau kucing perlu  potong kuku, kita pun perlu potong kuku juga. Tengok kuku masing-masing sekarang.
10. Si Manja ini adalah kucing yang dah biasa dengan suasana orang yang ramai. Kebanyakan kucing biasa takut melihat orang yang ramai. Kalau kita pandai belai kucing, kucing akan baik dengan kita. Begitu juga dengan kawan-kawan kita, kalau kita pandai jaga hati kawan-kawan kita, mereka akan baik dengan kita. Tengok, ada tak kawan yang sedang maran dengan kita, cepat pergi minta maaf.

Thursday, October 20, 2011

PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK SEDUNIA PPAP 2011

AKTIVITI- AKTIVITI & HADIAH MENARIK MENANTI ADIK-ADIK!!!
  • Pertandingan Mewarna (5-6 tahun)
  • Explorace Kids (7-12 tahun)
  • Penjagaan Si Comel bersama Jabatan Veterinar Pahang
  • Persembahan Silap Mata
  • Puppet Show
  • Pameran Agensi Kerajaan/ Swasta
  • Promosi Keahlian perpustakaan/ u-Pustaka
SEMUA IBU/ BAPA DIJEMPUT HADIR