Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 31, 2017

Buku: AIR MATA IBU oleh NORAINI ABDUL HAMID

Buku: AIR MATA IBU oleh NORAINI ABDUL HAMID

TAJUK BUKU:  ‘AIR MATA IBU’
PENGARANG:  NORANI ABDUL HAMID
NO. PEROLEHAN:  EJAM 002402
NO. PANGGILAN:  297.577
ISBN:  9789670210124
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA

ULASAN

Air Mata Ibu merupakan buku yang membentuk sah siah diri setiap anak.  Sesuai dengan perintah agar anak tidak menderhaka kepada kedua ibubapa terutama ibu yang melahirkan.  Bahagian awal buku dimuatkan dengan kes-kes penderhakaan dan balasan yang setimpal kepada pelaku ketika masih di dunia ini. 

Penceritaan yang mudah dengan saiz teks yang sesuai membolehkan semua peringkat pembaca boleh menghayati buku ini dengan cepat.  Kesah-kesah ikhtibar dari sejarah juga dinyatakan bagi menambah peringatan sediada.  Penekanan berbuat baik kepada ibu melebihi bapa seperti apa yang dinyatakan olah Rasulullah s.a.w. 

Panduan untuk membentuk keluarga mawadah sakinah dangan melahirkan anak-anak yang berbakti kepada ibubapa dan menjauhi penderhakaan diberikan seawal merancang perkahwingan agar kejadian sudah terhantuk baru tegadah tidak terjadi kepada generasi sekarang. 

Dititipkan panduan kepada yang telah terlanjur melakukan penderhakaan agar kembali ke pangkal jalan semoga diberi pengampunan.  Tidak ketinggalan kesah mengenai fadhilat kepada anak soleh yang memuliakan ibubapa.  Betapa ganjaran syurga akan diberikan kepada anak soleh yang menghormati ibubapa dan menjalankan perintah serta suruhan Allah.   

Adalah diharapkan buku ini menjadi panduan kepada ibubapa dan anak-anak dalam mencari Keredhaan Allah dan berjaya dunia dan akhirat.  Mudah-mudahan kehidupan anak-anak akan diberkati Allah kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orangtua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua.

Pengarang:  Norani Abd Hamid
Penerbit:  Best Seller Publication
Tahun Terbit:  2011
Mukasurat:  135
Rating:  7/10

Disediakan oleh: 
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa Jambu Rias
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Selamat Bersara Kak Noreha Ab. Rahman


SELAMAT BERSARA pada 1hb Februari 2017.

Puan Noreha binti Ab. Rahman dilantik sebagai Jurutaip di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 2hb Mei 1984. Kak Nor adalah antara orang lama yang mewarni susah senang bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP). Selain Kak Nor adalah arwah Abu Hashim, Mustafa Ali, Hasdan Hot, Zainuddin Azahari, Alias Abd Latif. dan tidak ketinggalan Azman Zulkifli.

Hasil kegigihan Kak Nor bekerja, beliau telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) pada 2 September 2003. Dengan jawatan tersebut, Kak Nor semakin tekun bekerja maka Kak Nor naikkan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Kanan pada 1hb Disember 2015.

Kak Nor  merasa gembira kerana sempat meneruskan khidmat di bangunan baru PPAP sebelum berpencen.

Sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang, Kak Nor telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1992 dan 2012.

Pada 1hb Februari 2017, sampailah usia Kak Nor untuk bersara wajib pada usia yang ke 60. Bahagian Khidmat Pengurusan banyak meninggalkan kenangan manis untuk Kak Nor. Selain kenangan manis, banyak juga pengalaman yang telah ditimba bersama PPAP serta banyak juga pengalaman yang Kak Nor telah curahkan kepada orang-orang muda di PPAP bagi meneruskan kecemerlangan PPAP. Terima Kasih Kak Nor.

Bagi meraikan kakitangan yang akan pencen, satu Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan pada 16hb Disember 2016 di Hotel Mega View Kuantan.


Gambar ketika Perasmian UTC oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kenangan bersama rakan seperjuangan akan terus menjadi kenangan indah. Pesan Kak Nor kepada warga PPAP: "Kalau jumpa di mana-mana tegur-tegurlah. Kadang-kadang Kak Nor tak perasan, maklumlah ..."

MOGA PERSARAAN MENJADIKAN KITA LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH.

Monday, January 30, 2017

Ulasan Novel: Selagi Ada Dia oleh Aisya Sofea

Ulasan Novel: Selagi Ada Dia oleh Aisya Sofea

Tajuk buku: Selagi Ada Dia
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf21
Kategori/call no: sastera/ 899.2333
M/S : 503

SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Pertemuan  tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

ULASAN:
Selepas dikecewakan oleh lelaki yang tiada pendirian dan dituduh menjadi perampas kekasih kakaknya sendiri, Arianni membawa diri ke luar negara. Lebih-lebih lagi kerana melanjutkan pelajarannya keperingkat yang lebih tinggi. Setelah 3 tahun diperantauan, Arianni pulang semula ke Malaysia kerana ingin menjaga kedua ibu bapanya. Perjalanan pulang menitipkan perkenalan baru dengan seorang duda yang telah kematian isteri dan umurnya agak jauh lebih tua daripada Arianni.

Kepulangan Arianni ke Malaysia memberi tamparan hebat kepadanya kerana kekasih yang ditinggalkan dulu kembali merayu kepadanya. Hubungan Arianni dengan kakaknya semakin 'parah' sehingga kakaknya sanggup melakukan apa saja untuk memenangi kekasihnya semula walaupun dia sendiri pernah membatalkan pertunangan.

Namun Arianni sayang dan kasih Arianni kepadanya telah pudar dengan kehadiran Idris yang dikenalinya selama beberapa jam sahaja. Idrislah yang menjadi pendengar setia masalah-masalah yang dihadapinya. Namun permintaan mak tidak dapat ditolak. Arianni 'terpaksa rela' berkahwin dengan pilihan maknya sendiri.

Arianni pasrah kerana baginya tidak ada yang lebih membahagiakan seorang anak selain daripada membuat Ibu Bapa gembira. Tetapi, takdir telah ditentukan dan Arianni bahagia disamping suami yang tercinta walaupun banyak dugaan yang telah menimpa.

ulasan oleh:
Armah Abas
Perpustakaan Desa Kemasul
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

BUKU: A GUIDE TO SALAT: A STEP BY STEP GUIDE TO PRAYER IN ISLAM susunan Nur Syafiqa Yusoff

Ulasan Buku: A GUIDE TO SALAT: A STEP BY STEP GUIDE TO PRAYER IN ISLAM susunan Nur Syafiqa Yusoff

Solat adalah tiang agama.

Solat perlu dilakukan dengan betul untuk memperoleh ganjaran pahala.

Buku ini sangatlah sesuai bagi kanak-kanak dan saudara baru Islam (Muallaf) untuk mengetahui cara mengerjakan solat dengan betul kerana buku ini memaparkan langkah-langkah dan rujukan yang lengkap iaitu langkah berwudhuk dengan sempurna,bacaan dalam solat dan doa selepas solat.

Segala bacaan dan doa disertakan dengan maksudnya sekali untuk memudahkan pembaca memahami apa yang mereka baca semasa menunaikan solat. Ini kerana jika kita memahami apa yang kit baca kita akan khusyuk dalam mengerjakan solat. 

Penerbit: Darul Mughni Trading, 2014
Penyusun: Nur Syafiqa Yusoff
No Panggilan: DROM 07159

ulasan oleh
NORHIDAYAH BINTI SALLEH
Ketua Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Saturday, January 28, 2017

BUKU: DOA-DOA MUSTAJAB susunan Ustaz Drs. Zainuddin MM

Ulasan Buku: DOA-DOA MUSTAJAB susunan Ustaz Drs. Zainuddin MM

Buku doa-doa mustajab ini menghimpunkan koleksi doa-doa harian yang boleh  dijadikan amalan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.

Illustrasi yang menarik dan berwarna warni digunakan di dalam buku ini untuk memudahkan kanak-kanak menghafal dan mengamalkan doa-doa tersebut.

Setiap doa di dalam buku ini disertakan dengan maksud untuk memudahkan kanak-kanak memahami apa yang mereka baca.

Buku ini turut menyenaraikan adab-adab berdoa,masa- masa yang mustajab untuk berdoa, doa-doa yang tiada hijab dan tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa.

Penerbit: Darul Mughni Trading, 2013   
Penyusun: Ustaz Drs. Zainuddin MM.
No Panggilan : DROM 05911

ulasan oleh
NORHIDAYAH BINTI SALLEH
Ketua Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Buku : Fiqah Anak Soleh oleh Musthofa Al Adawi

Ulasan Buku : Fiqah Anak Soleh oleh Musthofa Al Adawi

No Perolehan : DPEK 03523
Call No. : 297.577 MUS
ISBN : 978-967-0156-70-5
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :

Buku “Fiqah Anak Soleh” ini menghuraikan secara terperinci mengenai hak kedua ibu bapa. Tidak mustahil, seorang individu yang taat melaksanakan kewajipan sembahyang, puasa, zakat dan haji, namun masih tetap derhaka terhadap kedua orang tuanya sehingga dapat menghilangkan pahala semua amal baiknya, sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadis berhubung tentang orang yang muflis, serta hadis-hadis yang lain.

Ibu bapa adalah permata mulia yang mampu membawa sianak menuju ke syurga seandainya dia membuat kebaikandan kemuliaan kepada kedua orang tuanya. Namun ibu bapa juga dapat mengheret anak ke neraka , yakni apabila si anak bernuat derhaka dan tidak memuliakan kedua mereka.

Di dalam buku ini juga, pelbagai permasalahan fikah di bawah ini akan dibahas secara terperinci beserta dalil-dalil daripada pendapat yang muktabar.
•Adakah anak dikira menderhaka apabila menolak sesuatu yang dipaksa oleh kedua ibu bapanya?
•Bolehkah ibu bapa memaksa anak-anak menikahi orang yang dia tidak suka?
•Adakah seorang gadis atau janda yang bernikah tanpa izin walinya dikira sebagai derhaka?
•Adakah seorang wanita patut taat kepada kedua ibu bapa apabila disuruh meminta cerai daripada suaminya?
Semoga buku ini dapat membantu kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan. In syaa Allah. Selamat membaca.

Judul : Fiqah Anak Soleh
Pengarang : Musthofa Al Adawi
Penerbit : Pustaka Azhar
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 28.00
Muka surat : 378
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Alias Bin A.Latif
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Friday, January 27, 2017

Buku: 400 Resipi Popular terbitan QAFF Publications

Ulasan Buku: 400 Resipi Popular terbitan QAFF Publications

No Perolehan : DPEK 08254
Call No. : 641.59 RES
ISBN : 978-967-5015-81-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Gunaan

Ulasan :

Buku “400 Resipi Popular” ini merupakan buku yang menghimpunkan 400 resipi popular yang terdiri daripada kek, biskut, pudina, macaroon dan pelbagai masakan lain.

Buku ini juga turut menerangkan langkah demi langkah serta tips dan cara-cara memasak sesuatu masakan. Malah, bahan-bahan yang diperlukan juga turut disertakan sekali. Antara hidangan yang popular ialah kek, keju karamel, kek keju coklat, biskut kopi kapucino, biskut coklat badam,  puding coklat caramel, puding lapis coklat, macaroon tiramisu, macaroon black forest serta pelbagai jenis kuih yang bukan sahaja boleh dicuba di rumah malah boleh dikomersialkan juga.

Diyakini setiap resipi yang dihidangkan di dalam buku ini merupakan hidangan kegemaran ramai. Buku ini wajar dimiliki oleh mereka yang meminati bidang kulinari dan juga sebagai koleksi untuk dicuba di rumah.

Selamat membaca dan mencuba pelbagai resipi.
   
Judul : 400 Resipi Popular
Penerbit : QAFF Publications
Tahun Terbit : 2014
Harga : RM 47.92
Muka surat : 471
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Alias Bin A.Latif
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Thursday, January 26, 2017

Ulasan Buku: 10 Kisah Haiwan Menceritakan Kemuliaan Nama Allah SWT terbitan Darul Mughni Trading

Ulasan Buku: 10 Kisah Haiwan Menceritakan Kemuliaan Nama Allah SWT terbitan Darul Mughni Trading

No Perolehan : DPEK 08267
Call No. : K 297.18 KUT
ISBN : 978-967-0618-58-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :

Buku “10 Kisah Haiwan Menceritakan Kemuliaan Nama Allah SWT’ ini sangat penting kepada kita semua. Sebagai ibu bapa buku ini dapat dijadikan panduan untuk kita mengajar anak-anak kita tentang keindahan nama-nama Allah.
 Di samping itu juga buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan kerana memudahkan anak-anak untuk lebih memahami nama-nama Allah beserta maksudnya dan sekali gus dapat membentuk akhlak mulia anak-anak anda dalam menjadi muslim sejati. In syaa Allah.

Marilah kita bersama anak-anak membaca buku ini dan mengikuti pengembaraan haiwan-haiwan yang dijadikan watak utama dalam buku ini untuk mengenali serta mendekati Allah SWT, Pencipta kita.
Selamat membaca.
   
Judul : 10 Kisah Haiwan Menceritakan Kemuliaan Nama Allah SWT
Penerbit : Darul Mughni Trading
Tahun Terbit : 2013
Harga : RM 23.92
Muka surat : 324
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Alias Bin A.Latif
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Wednesday, January 25, 2017

Ulasan Buku : 99 Resep Sehat Dengan Madu oleh Prof. Dr. Said Hammad

Ulasan Buku : 99 Resep Sehat Dengan Madu oleh Prof. Dr. Said Hammad

No Perolehan : DPEK 08448
Call No. : 297.6177 SAI
ISBN : 978-979-039-042-3
Bahasa : Melayu
Kategori : agama

Ulasan :

Buku ini bertajuk “ 99 Resep Sehat Dengan Madu”ditulis oleh Prof Dr. Said Hammad . Madu adalah makanan bila dijadikan makanan. Madu adalah ubat bila dijadikan ubat. Di dalamnya terdapat khasiat yang sangat banyak. Madu merupakan makanan bergizi, penenang jiwa, pembersih hati dan jantung serta dapat melancarkan proses pembuangan air kecil. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

Unsur zink dalam madu mempunyai khasiat untuk melawan sel-sel kanser. (Dr. zakaria Al-Khayyath, guru besar ilmu pengetahuan medis di Pusat Riset Nasional Mesir)
    Buku ini mengandungi 6 bab. Iaitu:-
1)    Bab 1 : Madu Dalam Al-Quran Dan As-Sunnah
2)    Bab 2 : Lebah Yang Menakjubkan
3)    Bab 3 : Madu
4)    Bab 4 : Khasiat Madu
5)    Bab 5 : Terapi Penyakit
6)    Bab 6 : 99 Resep Sehat Dengan Madu
Semoga dengan membaca buku ini, kita dapat memahami dan mengetahui dengan lebih jelas kepentingan dan khasiat madu dalam menjaga kesihatan kita.

Judul : 99 Resep Sehat Dengan Madu
Pengarang : Prof. Dr. Said Hammad
Penerbit : Aqwamedika
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 11.00
Muka surat : 168
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Alias Bin A.Latif
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Tuesday, January 24, 2017

Buku : Aku Rindu Naik Haji oleh Dr. Khalid Abu Syadi

Ulasan Buku: Aku Rindu Naik Haji oleh Dr. Khalid Abu Syadi

No Perolehan : DPEK 08450
Call No. : 297.415 KHA
ISBN : 978-979-039-024-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :

Buku “Aku Rindu Naik Haji’ ini ditulis oleh penulis dari Indonesia iaitu Dr. Khalid Abu Syadi. Menurut penulis ini, Syaikhul Islam Sufyan bin uyainah telah melakukan wukuf di Arafah sebanyak 80 kali. Imam hambali rela menjadi pekerja bawahan untuk membiayai hajinya kerana rindunya ia kepada Baitullah. Abdullah bin Abbas berkata, “ Aku sama sekali tidak merasa berduka atas dunia yang terlewatkan olehku, kecuali aku tidak sempat mengerjakan haji dengan berjalan kaki hingga aku telah lanjut usia!
    Ibadah haji termasuk amalan jihad yang besar. Bagaimana tidak?Anda rela meninggalkan keluarga tercinta, mengeluarkan perbelanjaan yang besar serta mempertaruhkan jiwa dan raga demi menyahut panggilan-NYA.
    Disamping itu juga, buku ini menyingkap pelbagai hikmah, rahsia dan keutamaan disebalik setiap ritual ibadah dalam haji dan umrah. Membimbing anda untuk meraih kemabruran dalam ibadah haji.
    Selamat membaca.

Judul : Aku Rindu Naik Haji
Pengarang : Dr. Khalid Abu Syadi
Penerbit : AQWAM Jembatan Ilmu
Tahun Terbit : 2008
Harga : RM 31.25
Muka surat : 199
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Alias Bin A.Latif
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Monday, January 23, 2017

Buku : Teknik Menyembunyikan Fail Rahsia oleh Mohd Faiz

Ulasan Buku: Teknik Menyembunyikan Fail Rahsia oleh Mohd Faiz

No Perolehan : DPEK 07824
Call No. : 005.446 AMP
ISBN : 978-967-0585-20-8
Bahasa : Melayu
Kategori : Karya Am

Ulasan :
Buku bertajuk “Teknik Menyembunyikan Fail Rahsia” ini mendedahkan tentang bagaimana perlunya kita mengambil berat mengenai tahap keselamatan data rahsia atau peribadi yang kita miliki. Buku ini juga membongkar rahsia anda untuk melindungi dan menyembunyikan data-data peribadi anda tersebut.
   
Buku ini juga membincangkan mengenai beberapa cara praktis dalam melindungi data peribadi seperti memaparkan dan menyembunyikan data dengan Folder Options, pengaturan permission sehingga anda dapat mengunci dan membuka fail yang diperlukan, membuat fail rahsia dengan CLSID Class ID Windows, serta penyembunyian data plus encryption dengan menggunakan beberapa program khas.
   
Selain itu, anda akan dapat mengetahui cara untuk melindungi data disebalik imej yang berada di dalam fail gambar tanpa disedari oleh pengguna lain. Menarik bukan! Namun, yang lebih menarik, anda akan menemui teknik perlindungan data secara ekstrem dengan menyembunyikan satu partition atau drive dengan bantuan program di bawah Windows group policy editor, diskpart, computer management mahupun dengan program pihak ketiga.
   
Selamat membaca dan mencuba.
    .
Judul : Teknik Menyembunyikan Fail Rahsia
Pengarang : Mohd Faiz
Penerbit : Synergy Media
Tahun Terbit : 2014
Harga : RM 17.52
Muka surat : 190
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Alias Bin A.Latif
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Sunday, January 22, 2017

Novel: Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid

Ulasan Novel: Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid

Tajuk Buku : Tombiruo
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
No perolehan: 00-00189
Kategori/call no: sastera /899.2333
Mukasurat :  517

Sinopsis Belakang Buku:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Ulasan:
Bermulanya kewujudan Tombiruo atau nama lainnya Ejim memang dah memberi tandatanya kepada saya. Adakah dia adalah manusia atau bukan. Ejim yang telah dibesarkan seorang pelarian perang memang mendapat tunjuk ajar yang baik. Rupa Ejim yang berlainan menyebabkan dia tetap kekal di dalam hutan dan menjadi menjaga sebahagian hutan yang dimiliki oleh Datuk Karim. Malapetaka yang telah menimpa Datuk Karim dan anaknya telah mengundang satu misteri kepada Amiruddin, menantu Datuk Karim dan keluarga.

Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama. Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.

ulasan oleh:
Armah Abas
Perpustakaan Desa Kemasul
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Buku: Ingin Hidup 4.000 Tahun? oleh Muhammad Abu Anwar

Ulasan Buku: Ingin Hidup 4.000 Tahun? oleh Muhammad Abu Anwar

No Perolehan: DCAM 08052
ISBN: 978-979-039-078-2
Kategori: 297.41

Ringkasan/ Ulasan:
Ingin Hidup 4.000 Tahun?

Selain menjelaskan berbagai amal yang pahalanya berlipat, buku ini juga mengupas amal-amal yang pahalanya terus mengalir abadi, sekalipun pelakunya telah tutup usia. Sebuah keistimewaan yang hanya di miliki oleh kita, umat Nabi Muhammad. Tentu, tak hanya penambahan umur secara maknawi.

Buku ini juga menjelaskan amal-amal yang dapat memperpanjang usia kita secara hakiki. Dari misalnya hanya 40 tahun bertambah 5 atau 10 tahun lagi.

Bukankah umur sudah Allah tentukan sebelum kita lahir? Uraikan dalil-dalil shahih yang dilengkapi penjelasan para ulama tepercaya daalm buku ini menjawab tuntas pertanyaan semacam itu.

Tak lupa, penulis juga menjelaskan amal-amal tertentu yang mengakibatkan amal saleh yang telah kita bangun sedemikian rupa hancur berantakan. Apa saja? Temukan semauanya dalam buku ini.

Judul: Ingin Hidup 4.000 Tahun?
Pengarang: Muhammad Abu Anwar
Penerbit: Aqwam
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM25.00
Muka surat: 128
Rating: 5

ulasan oleh
Muhammad Shahril Bin Samsuddin
PAD Cameron

Tuesday, January 3, 2017

NOTIS KEAHLIAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

NOTIS KEAHLIAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Setiap ahli perpustakaan perlu memperbaharui keahlian berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Perpustakaan Awam Pahang 2016.

TUNTUTAN WANG PERTARUHAN (DEPOSIT)
Pengguna boleh menuntut wang pertaruhan (deposit) dengan membawa bersama resit asal pendaftaran keahlian dengan kadar seperti berikut:
•Kanak-kanak: RM5
•Remaja: RM7
•Dewasa: RM10
* Tuntutan wang pertaruhan akan dibayar menggunakan Wang Pos.

KEAHLIAN KATEGORI DAN BAYARAN (RM) / SETAHUN
WARGANEGARA :
Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM10.00

BUKAN WARGANEGARA :
Dewasa RM20.00
Kanak-kanak RM20.00

PINJAMAN BAHAN
•Setiap ahli dibenarkan meminjam 5 buah buku dalam tempoh 2 minggu (14 hari).

LANJUTAN PINJAMAN
•Lanjutan pinjaman boleh dibuat sekiranya buku tersebut tidak diminta oleh pengguna yang lain.
•Lanjutan pinjaman hanya dibenarkan sekali sahaja (14 hari).
•Lanjutan pinjaman boleh dibuat sama ada secara datang sendiri ke kaunter, atau melalui telefon atau secara dalam talian.

TEMPAH SIMPAN
•Pihak perpustakaan akan menyimpan buku yang ditempah simpan oleh pengguna dalam tempoh 3 hari bekerja.

DENDA
•Lewat pulang - RM 0.50 / 1 hari
•Buku rosak / tidak dipulangkan - dibayar mengikut harga asal buku

---------------------------------------------------------------------
PERATURAN PERPUSTAKAAN
Pengguna adalah dilarang :-

1)    Membawa masuk beg, fail, topi keledar, peralatan tajam atau peralatan yang seumpama dengannya. Ianya hendaklah ditinggalkan di kabinet yang disediakan.
2)    Menggunakan telefon bimbit di dalam perpustakaan kecuali di kawasan yang telah ditentukan oleh pihak perpustakaan.
3)    Makan, minum kecuali bagi minuman yang disediakan oleh pihak perpustakaan di ruangan yang ditetapkan serta membuat kotor di dalam perpustakaan.
4)    Merokok atau vaping di dalam dan di sekitar kawasan perpustakaan.
5)    Berbual, berkelakuan tidak senonoh/kurang sopan, menimbulkan kacau ganggu terhadap ketenteraman pengguna di perpustakaan.
6)    Bertaruh atau berjudi di dalam atau di sekitar kawasan perpustakaan.
7)    Menyalahgunakan bahan-bahan seperti mengoyak, mengotor, menconteng dan sebagainya.
8)    Menempah tempat duduk.
9)    Mengalih perabot atau merosakkannya.
10)    Meninggalkan bahan-bahan perpustakaan yang telah digunakan bersepah di atas meja. Ianya hendaklah diletakkan di atas troli yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
11)    Berpakaian tidak sopan
•    Jarang, ketat serta menjolok mata.
•    Skirt, seluar atau sarung di atas paras lutut.
•    Singlet/berbaju tanpa lengan atau seumpama dengannya.
12)    Tidak sesiapa dibenarkan :
•    Menawarkan apa-apa barang untuk jualan dalam perpustakaan kecuali dengan kebenaran Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
•    Mengambil gambar perpustakaan/orang di dalam perpustakaan.
•    Menjalankan apa jua temuramah di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
•    Mempamer, mengedar, melekat/menampal apa-apa iklan, pelekat/notis di mana-mana bahagaian perpustakaan.

Monday, January 2, 2017

Selamat Bersara En Azman Zulkifli

En Azman Zulkifli berkhidmat sebagai pemandu kenderaan secara tetap di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula pada 28hb Ogos 1983. Beliau ditempatkan di Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

En Azman Zulkifli telah memerah keringatnya untuk berkhidmat dengan Perbadana perpustakaan Awam Pahang selama 35 tahun.

Pada 2hb Januari 2017, sampailah ketikanya untuk En Azman Zulkifli bersara wajib pada usia 60 tahun.

Sebagai seseorang yang banyak memikirkan masalah orang lain, En Azman Zulkifli terus menabur baktinya dalam JKKK di Kampung Beliau.

Bagi menghargai kakitangan yang akan bersara, satu majlis telah diadakan untuk beliau di Hotel Mega View pada 16hb Disember 2016. Turut diraikan pada hari tersebut adalah Pn Noreha bt Ab. Rahman yang akan bersara pada 1hb Februari 2017.

Sunday, January 1, 2017

Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan

Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan adalah cetusan idea Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ianya tercetus apabila Puan Pengarah mendapat maklumat bahawa masih banyak ibubapa bercerita pasal anak-anak tidak siap kerja sekolah. Puan pengarah merasakan ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh Perpustakaan Awam Di Pahang.

Maka tercetuslah idea bagi membantu pelajar-pelajar ini menyelesaikan kerja sekolah mereka. Satu garis panduan Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan telah dikeluarkan oleh Bahagian Rangkaian Perpustakaan Awam Pahang.

Program ini mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan di semua lokasi.
 01.Ibubapa digalakkan menghantar anak-anak mereka ke perpustakaan bagi menyiapkan kerja sekolah.
 02.Sebagai peserta Program Buat Kerja Sekolah Di perpustakaan, mereka perlu mendaftarkan nama setiap kali datang.
 03.Ibubapa boleh memeriksa rekod kedatangan tersebut.
 04. Petugas akan memberikan bantuan sedaya termampu kepada pelajar yang datang sebagai peserta Program Buat Kerja Sekolah Di perpustakaan.
 05. Ada petugas yang membuatkan kelas pembelajaran menggunakan sisipan akhbar seperti TUTUR.
 06. Ada juga petugas yang membuatkan kelas tambahan untuk membantu pelajar linus.
07. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menghargai bantuan yang diusahakan oleh petugas perpustakaan di daerah dan desa di Pahang.

Al Fatihah Buat Arwah-arwah

SEDANG DIKEMASKINI SEMULA
Berikut adalah senarai mereka yang telah meningga dunia dikalangan waris dan warga PPAP.

1994
- Ibrahim b Bai: Pemandu.

2008
- Juniza bt Mat Lazim - Pembantu Perpustakaan - Meninggal dunia semasa hari keluarga PPAP di Sempurna Resort Kuantan. Perkuburan Islam Taman Sri Cedong, Maran.

20__
Azian bt Abd Rahman - Penolong Pegawai Perpustakaan.

2015
9.2.2015  (Isnin) Mohd Zukri b Othman. (Pemandu). Meninggal di Hospital Kuantan setelah dimasukkan ke ICU. Jenazah telah dibawa balik ke rumahnya di Pantai Sepat. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Penor. [ KLIK ]

2017
- Jamaluddin b Ahmad. Suami kepada Pn Saira Sabrina. Dikebumikan di Tanah perkuburan Bukit Rangin.

- Ibu kepada Puan Norisma. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Penor.

- Ayah kepada Junaidah bt Abd Rahim. Dikebumikan di Kota Baharu Kelantan.

- 27.03.2017 (Isnin) Munah binti Awang. Ibu kepada Puan Mahani bt Abdullah Unit Perolehan. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Cenderawasih.

- Zamree Sham b Ismail. Tanah Perkuburan Islam Kampung Pandan.

2018
- 31.7.2018 Ramlah bt Awang ibu kepada Siti Afizah (Bahagian Koporat).

- 7.8.2018 Natipah binti Bakar - Unit Pengkelasan. Pernah bertugas di Perpustakaan Daerah Raub. Sebelum bertugas dengan perpustakaan, arwan berkhidmat di Rumah Menteri Besar Pahang. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Islam Kampung Ubai.

- 12.8.2018 Adzimah bt Uda (82 tahun) ibu kepada Zolkeplo Mat Nor. Kampung Bawang, Senggora, 26500 Maran.

- 23.8.2018 2.45 pagi. Hospital Kuantan. Ayah Amrul Nor Azli b Abd Manaf (Bahagian Perolehan dan Dokumentasi). Telah dibawa ke Masjid As Syakirin dan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Berjaya Permai.

Jadual Lawatan Pemantauan 2017

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang melalui Bahagian Rangkaian menjalankan pemantauan berjadual ke semua lokasi perpustakaan kami di Pahang. Lawatan tersebut meliputi mesyuarat dan pemeriksaan. Berikut adalah tarikh lawatan pada tahun 2017:

JANUARI 2017
-Kuantan 4-5hb SIAP
-Temerloh 17-18hb SIAP
-Lanchang 19hb SIAP

FEBRUARI 2017
-Bentong 1-2hb SIAP
-Jerantut 14-15hb
-Raub 28hb dan

MAC 2017
-Raub 1hb
-Maran 14-15hb
-Jengka 16hb

APRIL 2017
-Pekan 4-5hb
-Lipis 18-19hb
-Cameron 20hb

MEI 2017
-Rompin 2-3hb
-Bera 16-17hb

JUN 2017

JULAI 2017
-Kuantan 4-5hb
-Temerloh 18-19hb
-Lanchang 20hb

OGOS 2017
-Bentong 1-2hb
-Jerantut 15-16hb

SEPTEMBER 2017
-Raub 5-6hb
-Jengka 18hb
-Maran 19-20hb

OKTOBER 2017
-Pekan 3-4hb
-Lipis 16-17hb
-Cameron 18hb

NOVEMBER 2017
-Rompin 2-3hb
-Bera 14-15hb

DISEMBER 2017

Lihat Lawatan Yang Telah Dijalankan

Aktiviti Sepanjang Tahun 2017

Semua aktiviti ini tertakluk pada pindaan. Sila rujuk kepada perpustakaan berhampiran untuk maklumat lanjut.

JANUARI 2017 (AGAMA) KARNIVAL KANAK-KANAK
•    Pertandingan Bercerita KK
•    Fesyen Show KK
•    Seni Kreatif KK
•    Pameran Buku KK
•    Jualan Buku KK
•    Persembahan Kebudayaan KK
•    Senam Anakku Comel
•    Pertandingan Bersajak
•    Pertandingan Mewarna
•    Ceramah : Kekeluargaan
•    Perasmian
Ceramah Keagamaan
Semarak Jawi
Program Back To School
Bengkel KOHA
Promosi Perkhidmatan PPAP

FEBRUARI 2017 (SAINS DAN TEKNOLOGI)
Ceramah : Bengkel Pencarian Maklumat
Jejak Maklumat
Literasi Digital
Book Donation
Bas e-Pustaka
My Science Challenge (Eksperimen Sains)
Promosi Perkhidmatan PPAP

MAC 2017 (WANITA)   
Bengkel Ketrampilan Diri
Ceramah : Wanita dan Kesihatan
Promosi Perkhidmatan PPAP
Bengkel Asas Pemprosesan Bahan

APRIL 2017 (SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA)
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
•    Give a book, take a book.
•    Dailog dan sesi bersama penulis buku terkenal.
•    Diskusi dan pelancaran buku baru.
•    Kempen keahlian Perpustakaan.
•    Program Sejarah Lisan dan Pengkisahan Sejarah
•    Pameran dan Jualan Buku
•    Perasmian Program Jom Baca 2017
•    BKS (Bacaan Kegemaran Saya)
•    Bengkel Penulisan
•    Kempen Keahlian
•    Bedah Buku
•    Resensi Buku
•    Ceramah
•    Hari Bebas Denda
•    Kempen Keahlian
Promosi PPAP
Promosi Perkhidmatan PPAP
SAHABAT PERPUSTAKAAN AWAM (SPA) PERINGKAT DAERAH BERA

MEI 2017 (KEKELUARGAAN)
•    Ceramah Agama : Rumahku Ketenanganku, Ibubapaku Syurgaku
•    Sambutan Hari Ibu
•    Colouring With Parents
•    Bengkel Perpustakaan Keluarga (Daerah Rompin)
•    Bengkel Literasi Maklumat
•    Kursus Pengurusan Jenazah  (untuk Remaja)
•    Program Sukaneka Keluarga
•    Sambutan Hari Guru
ONE NIGHT AT LIBRARY
•    Perkhemahan @PPAP
•    Let’s Read 4 Me
•    Senam Sihat
•    Info Hunt
•    Hear Your Voice
•    Jom Solat
Promosi Perkhidmatan PPAP

JUN 2017 (SOSIAL)MALAYSIA NGAJI
•    Ceramah : Ramadhan
•    Tadabbur
•    Tafsiran Al-Quran
•    Bengkel Faham Bahasa Arab Al-Quran
•    Tadarus dan Khatam Al-Quran
•    Majlis Berbuka Puasa KWE
CSR
Promosi Perkhidmatan PPAP

JULAI 2017 (KESIHATAN)
•    Ceramah Kesihatan
•    Pemeriksaan Kesihatan Percuma
•    Kempen Derma Darah@PPAP
•    Pameran dan Jualan Produk kesihatan @PPAP
•    Free Newspaper Day
•    Malam Santai Puisi
•    Computer Help

OGOS 2017 (KEMERDEKAAN) SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
•    Pameran Kemerdekaan
•    Konvoi Kemerdekaan
•    Sembang Merdeka
•    Lambaian Kemerdekaan
•    Pertandingan Mewarna Kemerdekaan
•    Seminar Sejarah Lisan Cameron Highland
•    Pertandingan Family Tree KWE
Library Orientation
Promosi Perkhidmatan PPAP
EKSPO BUKU ISLAM
SAHABAT PERPUSTAKAAN AWAM (SPA) PERINGKAT DAERAH ROMPIN

SEPTEMBER 2017 (KENEGARAAN)
Pameran Kenegaraan
Sejarah Lisan
Kuiz Kenegaraan
Pertandingan Pidato Kenegaraan
Bicara Penulis Pahang
Promosi Perkhidmatan PPAP

OKTOBER 2017 (KANAK-KANAK DISAYANGI, WARGA EMAS DISANJUNGI)
Sambutan Hari Warga Emas
•    Lawatan KWE
•    Pertandingan Pantun KWE
•    Cinta JAWI
•    Pertandingan Mewarna Warga Emas
•    Senamrobik Warga Emas
IT for Senior
Promosi Perkhidmatan PPAP

NOVEMBER 2017 (BAHASA) SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
•    Bengkel Penulisan Kreatif
•    Spell It Right
•    Pertandingan Bersajak
•    Pertandingan Menulis Esei
•    Pertandingan Bercerita
•    Fun Kids @ Library
•    Computer Help (Kids)
Program Kembara Bahasa
Promosi Perkhidmatan PPAP

DISEMBER 2017 (KEBUDAYAAN)
Ceramah Agama sempena Sambutan Maulidur Rasul
Pertandingan Mewarna
Aktiviti Rekacipta:
•    Paper Plate Fish
•    Origami
•    Fun and Creative
•    DIY
Program Cuti Sekolah (School Break Programme)
Musical @Library (Class)
Promosi Perkhidmatan PPAP

Semua aktiviti ini tertakluk pada pindaan. Sila rujuk kepada perpustakaan berhampiran untuk maklumat lanjut.

Ulasan Buku 2013

Ulasan Buku 2014

Ulasan Buku 2015

ULASAN BUKU 2016