Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 30, 2018

IFLA WLIC 2018 PPA Pahang - Aktiviti kanak-kanak

Seterusnya peserta IFLA 2018 Kuala Lumpur Malaysia telah dibawa melawat ke Bahagian Kanak-kanak. Disini peserta IFLA 2018 Kuala Lumpur Malaysia telah disediakan demonstrasi membuat bookmark dengan batang pisang oleh kanak-kanak sekolah.
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
11

IFLA WLIC 2018 PPA Pahang - Selamat datang

Ketibaan rombongan peserta IFLA 2018 Kuala Lumpur Malaysia ke bangunan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang disambut dengan meriah oleh Puan Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama pegawai dan kakitangan.
 01
 02
 03
04

Wednesday, August 29, 2018

Bookcafe Perpustakaan Awam Pahang

15.8.2018
Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting ada menyediakan kantin yang dinamakan Bookcafe. Kini Bookcafe ini telah beroperasi dengan menjual minuman panas dan sejuk serta berberapa jenis makanan dan kueh. Beroperasi dari hari Selasa hingga Sabtu. Ditutup pada hari Ahad, Isnin dan Cuti Umum. Sama seperti warku perkhidmatan perpustakaan.
 01. Bookcafe ini adalah usaha pihak Perpustakaan Awam Pahang untuk mempelbagaikan kemudahan di perpustakaan termasuk menyediakan kemudahan untuk makan dan minum.
 02. Bagi mereka yang mempunyai banyak masa lapang seperti pesara atau pelajar, mereka boleh datang diawal pagi hingga petang. Kalau lapar, ada Bookcafe.
 03. Bookcafe boleh juga dijadikan tempat pertemuan pencinta buku dan pencari maklumat. Boleh makan, minum dan bincang.
04. Jika merancang untuk membuat rombongan ke perpustakaan, boleh juga membuat tempahan makanan dengan Bookcafe ini.

sumber gambar:
FB PPAP

IFLA WLIC 2018 - Pahang Poster Presentations

 01. Pengunjung gembira dengan penerangan Cik Rosniza Elias (Ketua Perpustakaan Daerah Cameron) dan Tuan Khairul Azhar Tuan Kuning (Ketua Unit Pusat Warisan Intelek Negeri Pahang).

 02. Mohd Norshazlin Sa’adun Nazir (Ketua Bahagian Korporat) memberikan penerangan kepada pengunjung.

 03. Let’s Do Homework At The Libraries
[1] Muhammad Nooramin bin Mohd Hassan  [2] Abdul Hakim Abdul Rashid [3] Rosniza Elias [4] Norhidayah Salleh

03. Pahang Public Library Senior Citizen Club
[1] Maria Hamzah [2] Mohd Norshazlin Sa’adun Nazir [3] Tuan Khairul Azhar Tuan Kuning

04. Libraries Change Lives

sumber:
Official PPAP

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Malaysian Poster Presentations

1. Indigenous voices in the land of the head-
hunters: local content development of
Sarawak’s Northern Region
[1] Ahmad Bin Samsudin
[2] Lilian Baun Pulo
[3] Mohd Awis Abu Bakar

2. Library engagement with community
[1] Firdausiah Ahamad
[2] Mohd Hizam Samin

3. Healthy body, healthy mind
[1] Mastura Muhamad
[2] Siti Fatyhah Sulaiman
[3] Nur Izzani Abdul Manaf
[4] Mohamed Nabeel Sidek

4. UNIMAS IR – Repository, Visibility and
Excellence
[1] Karen Kornalius

5. #SmartSelangor Mobile Library: The trojan
horse of books
[1] Mastura Muhamad
[2] Meor Muhammad Fawaz Meor Latip
[3] Mohamed Fadzli Mohd Fauzi
[4] Laily Hafidzun Shukri
[5] Norelmin Sapuan

6. IMU Library App for Android users-reaching
the Gen Y from a click at the fingertips
[1] Mohamad Syahrul Nizam Md Ishak
[2] Norzilamazni Saniman
[3] Mohd Fadzil Kemat
[4] Nur Hafizah Hussain
[5] Norhalim Mohd Nor

7. Islamic literacy camp
[1] Mohd Azizi Zainudin

8. Al-Qur’an Braille: Brilliant trail
[1] Nihayah Ebni Hajar
[2] Norafidah Muhamad Wirsat
[3] Haiziah Abu


[1] Maria Hamzah
[2] Mohd Norshazlin Sa’adun Nazir
[3] Tuan Khairul Azhar Tuan Kuning

11. Lets have fun : Edutainment @ Raja Tun
Uda Library
[1] Mastura Muhamad
[2] Suzliana Abdul Hamid
[3] Mohamed Fadzli Mohd Fauzi
[4] Noor Asmah Azan

12. Let’s read together for 10 minutes with
welfare recipients @Development
Committee & coordination of the
Legislative Assembly (JAPERUN) of
Melaka
[1] Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris
[2] Suhaimi Sarijan
[3] Nurul Hidayah Che’ Man
[4] Muhammad Fahmi Azri Mustafa
[5] Hong Chia Ling

13. Green neighbourhood @library
[1] Noorazura Ab Wahab
[2] Airin Noor Ab Majid

14. Transforming students’ lives
[1] Wei Haan Goh

15. Library to you on car free day
[1] A Wirda Dalina

Sumber Rujukan:

International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) 2018

1. MAKLUMAT PENGANJURAN: IFLA WLIC 2018

2. MAJLIS PRA PELANCARAN IFLA WLIC 2018

3. APLIKASI TELEFON PINTAR IFLA WLIC 2018 MUDAHKAN AKSES MAKLUMAT MENGIKUT KEPERLUAN PENGGUNA

4. PPM PUBLICATIONS AND MERCHANDISE

5. IFLA WLIC 2018 OPENING CEREMONY

6. #WLIC2018 Session 068 Newcomers Session
IFLA WLIC KUALA LUMPUR: PANDUAN UNTUK PENGALAMAN YANG MENARIK DAN BERMAKNA
17th CONGRESS OF SOUTHEAST ASIAN LIBRARIANS: NEXT GENERATION LIBRARIES: COLLABORATE AND CONNECT
Records and Archives Seminar 2016

7. Malaysian Poster Presentations

8. IFLA WLIC 2018 CULTURAL EVENING

IFLA WLIC 2018 - Malaysia Negara Kelima di Asia

IFLA WLIC 2018
International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA),
World Library and Information Congress (WLIC)

TARIKH: 24 – 30 Ogos 2018
LOKASI: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

IFLA (International Federation of Library Associations and Institutions) adalah Persekutuan Antarabangsa Persatuan Institusi Perpustakaan adalah badan antarabangsa yang mewakili perpustakaan, perkhidmatan maklumat, persatuan perpustakaan dan pengguna perpustakaan di seluruh dunia. IFLA adalah suara yang mewakili lebih 1,400 ahli di hampir 150 negara di dunia. IFLA adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan akses sejagat dan saksama kepada maklumat sebagai satu cara untuk mempromosikan kesejahteraan sosial, pendidikan, budaya, demokratik dan ekonomi dan mempunyai misi untuk mempromosikan piawaian yang tinggi dalam penyediaan dan penyampaian perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di seluruh dunia.

WLIC World Library and Information Congress (Kongres SeDunia Perpustakaan dan Maklumat) adalah persidangan tahunan yang dianjuran bulan Ogos. Ianya membincangkan bidang kepustakawanan  dan maklumat di peringkat antarabangsa. Peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sebagai perkongsian dan kaloborasi di peringkat  antarabangsa dengan 3,000 ke 4,000 peserta daripada lebih 140 buah negara.

Pada tahun ini, kongres yang dianjurkan oleh IFLA, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (My CEB).

Peluang menganjurkan  IFLA WLIC adalah bukan mudah untuk diperolehi kerana ini adalah penganjuran kali ke 84.  Malaysia ialah negara ketiga di kalangan negara anggota  ASEAN  yang menjadi hos IFLA WLIC selepas Thailand pada tahun 1999 dan Singapura pada tahun 2013. Malaysia merupakan negara kelima di Asia setelah China, Thailand, Korea Selatan dan Singapura.

Sumber Rujukan:
beritappm

IFLA WLIC 2018 - Objektif

OBJEKTIF IFLA

Memperkukuhkan kepimpinan profesional di Malaysia dalam mempromosikan perpustakaan dan pustakawan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa;

Memberi peluang kepada pustakawan Malaysia untuk mempamerkan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang pengurusan pustakawan dan maklumat serta teknologi komunikasi (ICT);
Menyokong aspirasi kerajaan Malaysia dalam memenuhi cabaran berkembang melalui inovasi, meningkatkan produktiviti, penggunaan pengetahuan yang lebih berkesan untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang lebih tinggi;

Memberi peluang kepada pustakawan muda Malaysia untuk mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka ke arah profesionalisme yang lebih besar; dan

Mengadakan persidangan itu juga menyokong salah satu objektif utama Persatuan Pustakawan Malaysia iaitu untuk memeterai pakatan strategik dengan organisasi nasional, serantau dan antarabangsa yang membawa kepada globalisasi perpustakaan dan profesion dan perkhidmatan maklumat.

Penganjuran melibatkan perbelanjan yang besar kerana melibatkan penyertaan dan jentera kerja yang ramai. Dana diperolehi daripada Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, MyCEB, SKMM, DBKL dan pihak penaja yang lain dari pelbagai syarikat dan organisasi dan juga pihak IFLA juga.

Pihak IFLA dan K.I.T. Core Professional Congress Organizer (PCO) akan mengendalikan lokasi/kemudahan di KLCC, pendaftaran, kertas persidangan, penajaan antarabangsa, pameran, protokol dan kawalan kualiti.

Sumber Rujukan:
beritappm

IFLA WLIC 2018 - Jawatankuasa Kebangsaan

JAWATANKUASA KEBANGASAAN IFLA 2018

Jawatankuasa Kebangsaan (NC) yang dipengerusi bersama oleh YBhg. Dato’ Nafisah Ahmad sebagai Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia dan Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia dan YBhg. Dato’ Dr. Zaiton Osman yang merupakan penasihat Persatuan Pustakawan Malaysia dan juga merupakan mantan Ketua Pustakawan Universiti Malaya. NC mengendalikan majlis sosial; upacara pembukaan/penutup dan malam kebudayaan; host kepada resepsi Lembaga Pengurusan (GB) IFLA, sukarelawan, lawatan ke perpustakaan, penajaan serta promosi dalam negara.

NC yang bermesyuarat setiap bulan terdiri dari 25 orang ahli yang mewakili Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Fakulti Sains Perpustakaan, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Awam, Pusat Sumber Sekolah dan meliputi jawatankuasa kecil pemasaran, promosi, teknologi maklumat, sekarelawan, lawatan,  Library Boulevard, Mesyuarat Satelit, Logistik, penerbitan, sosial/malam kebudayaan.

Sumber Rujukan:
beritappm

IFLA WLIC 2018 - Program Kesedaran

PROGRAM KESEDARAN IFLA 2018

Program kesedaran IFLA WLIC 2018 telah bermula seawal Disember 2016 yang dengan lebih dari 20 aktiviti kesedaran dan Roadshow yang melibatkan lebih 1000 penyertaan. Ahli Majlis PPM, Jawatankuasa Tetap dan Kumpulan Persatuan Pustakawan Malaysia juga digerakkan untuk membantu memberi kesedaran dan mempromosi penganjuran. Warga perpustakaan perlu tahu  aktiviti yang melibatkan WLIC yang mana bukan hanya sebagai peserta sahaja malah sebagai pembentang kertas kerja, boulevard perpustakaan, pertandingan poster, lawatan ke perpustakaan, sukarelawan, mesyuarat satelit, mesyuarat profesional IFLA dan lain-lain yang berkaitan dengan WLIC. Kesedaran ini dapat memberi pemahaman tentang IFLA dan WLIC serta meningkatkan penglibatan dan penyertan warga perpustakaan. Pihak perpustakaan juga boleh membuat perancangan teliti dalam setiap penglibatan ini.

Perjumpaan dengan ketua perpustakaan dan syarikat serta organisasi yang berkaitan dalam bidang diadakan dari masa ke semasa. Surat dihantar kepada ketua pentadbiran yang boleh memberi kelulusan untuk mempelawa penyertaan.

Aktiviti promosi dan pameran di lebih 33  lokasi di dalam dan luar negara semasa di persidangan/seminar/mesyuarat anjuran pelbagai pihak seperti di Amerika Syarikat, China, Hong Kong, India, Myanmar,  Filipina, Poland, Thailand, Japan, Azerbaijan, Indonesia, Korea dan juga di Malaysia. Promosi melalui media sosial, penerbitan buku berjudul Libraries in Malaysia: TowardsTransformation and Community Outreach, pelbagai penulisan untuk mempromosi IFLA WLIC 2018 dan juga mengenai perpustakaan di Malaysia. Sidang media telah diadakan dan promosi juga diadakan dalam media elektronik dan cetak  dari masa ke semasa.

Penawaran geran lebih 200 kepada warga perpustakaan dalam negara dan negara Asean samada dengan pembiayaan penuh atau sebahagiaan telah memberi peluang kepada peserta untuk menyertai persidangan. Ini juga merupakan ganjaran kepada ahli Persatuan Pustakawan Malaysia dan mereka yang telah menabur bakti kepada persatuan yang telah berusia lebih dari 60 tahun.

Baca:
2018/02/28/iflawlic2018-khusus

Sumber Rujukan:
beritappm

IFLA WLIC 2018 - Kertas Kerja

KERTAS KERJA IFLA 2018

Warga perpustakaan mengambil peluang untuk membentangkan kertas kerja sebagai perkongsian dengan peserta persidangan. Peserta boleh menghadiri sebanyak 260 sesi profesional yang dijalankan secara serentak dimana pembentangan kertas kerja mempunyai 46 sub-tema yang meliputi semua jenis perpustakaan dan hal berkaitan bidang kepustakawanan dan maklumat. Seramai 665 orang pembentang yang akan terlibat.

TEMA PERSIDANGAN ADALAH TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN, TRANFORMASI MASYARAKAT (TRANSFORM LIBRARIES, TRANSFORM SOCIETIES)

dengan tagline

MENCAPAI YANG SUKAR DICAPAI (REACHING OUT TO THE HARD TO REACH)

 dipilih sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh perpustakaan dalam pembangunan sebuah negara terutama dalam kemampuan untuk mengubah masyarakat. Perkhidmatan dan sumber daya perpustakaan yang menyumbang kepada rancangan pembangunan nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan dipertimbangkan.

Antara tajuk perbincangan dalam persidangan ini adalah berkaitan penyelidikan; literasi media dan maklumat; pengurusan pengetahuan; teknologi maklumat; analisis subjek dan akses; media baru dalam pengetahuan; teknologi maklumat; kepimpinan; pengurusan dan pemasaran; perpustakaan digital; pemeliharaan dan pemuliharaan bahan; manuskrip;  serta pembangunan dan perkhidmatan perpustakaan khusus dalam pebagai bidang termasuk undang-undang, parlimen, pendidikan, kesihatan dan perubatan, agama, pertanian, sains dan teknologi, sejarah dan sebagainya.

Sumber Rujukan:
beritappm

IFLA WLIC 2018 - Pengisian

PENGISIAN IFLA 2018

Ucaptama oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Pembentang planeri ialah YBhg. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dan YBhg. Dato’ Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Diadakan juga MESYUARAT PROFESIONAL IFLA 2018 yang melibatkan Jawatankuasa Profesional (PC); Lembaga Pengarah (GB) dan Jawatankuasa Tetap (SC) yang ada terbuka dan tertutup kepada peserta WLIC yang berminat. Mesyuarat ini memberi peluang ahli untuk melaporkan aktiviti dan peristiwa; membincangkan isu semasa yang penting; meninjau anugerah dan penerbitan; dan merancang tindakan untuk tahun yang akan datang. Peserta dapat memerhatikan pakar-pakar antarabangsa IFLA dalam tindakan mereka mengikut tajuk yang diminati.

CAUCUS  IFLA 2018 pula adalah perbincangan kumpulan berdasarkan lokasi geografi atau bahasa untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan kawasan mereka.

FIVE MINUTES LIGHTNING TALK  IFLA 2018 adalah  adalah format terbaharu  yang mana merupakan sesi perkongsian pengetahuan dan berkongsi projek inovatif masing-masing  sama ada projek kumpulan terpinggir, usaha menambah keahlian persatuan, idea untuk menyelesaikan masalah di perpustakaan tertentu dan semangat untuk berkongsi,  selepas 5 minit, mereka perlu menyerahkan mikrofon.

Terdapat juga EXPO PAVILION  IFLA 2018 yang mempamerkan produk serta perkhidmatan perpustakaan dan maklumat tempatan dan antarabangsa terkini dan yang terdapat dalam bidang ini yang melibatkan 70 pempamer. Persatuan Pustakawan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Sarawak, Selangor & Johor juga menyertai reruai pameran. Terdapat juga sesi perkongsian produk dan perkhidmatan semasa Expo tersebut.  Peserta juga boleh mendapatkan t-shirt IFLA WLIC 2018, barangan cenderahati PPM, setem/sampul hari pertama IFLA WLIC 2018, jualan buku terbitan PPM dan Book Drop (sumbangan buku kepada sekolah dan perpustakaan awam) di reruai pameran Persatuan Pustakawan Malaysia.

MALAM KEBUDAYAAN  IFLA 2018 diadakan pada 27 Ogos di MaTIC dan WOWKL merupakan satu majlis untuk rangkaian dengan rakan perpustakaan di seluruh dunia.

PERTANDINGAN POSTER  IFLA 2018 disertai lebih 120 peserta dari seluruh dunia yang dikendalikan oleh pihak IFLA. Boulevard perpustakaan tempatan juga disertai oleh 116 pameran poster tentang produk serta perkhidmatan perpustakaan di Malaysia sahaja. Perkongsian poster ini adalah bagi meningkatkan kesedaran dan  mempamerkan aplikasi dengan idea-idea inovatif bagi sektor perkhidmatan perpustakaan dan maklumat tempatan dan antarabangsa; pengiktirafan oleh komuniti perpustakaan antarabangsa mengenai pembangunan perpustakaan; meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan mengenai kepentingan dan perkaitan perpustakaan kepada pihak berkepentingan; dan pembangunan diri dan organisasi.

Turut diadakan sebanyak 17 MESYUARAT SATELITE IFLA 2018 termasuk 13 di Lembah Kelang,  satu (1) Pulau Pinang, satu (1) di Sarawak, satu (1) di Singapura dan (1) di Kolkata, India sebelum dan sesudah persidangan. Anjuran Seksyen IFLA (terdapat 44 seksyen) dan Special Interest Groups (SIGs) (terdapat 17 SIGs) dan organisasi host tempatan yang fokus kepada perbincangan tajuk yang lebih spesifik.  Ini juga merupakan peluang bagi peserta untuk menyertai jika tiada dapat  menyertai IFLA WLIC.

LAWATANPESERTA   IFLA 2018 KE PERPUSTAKAAN TERPILIH. Peserta boleh mengikuti lawatan ke 44 buah perpustakaan terpilih di Lembah Kelang, Kuantan, Melaka dan Pulau Pinang pada hari akhir persidangan. Kita juga boleh mempromosi perpustakaan dan bidang kepustakawanan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa serta berkongsi amalan terbaik perpustakaan di Malaysia.

SUKARELEWAN IFLA 2018. Seramai 305 sukarelawan telah dilantik untuk membantu melancarkan penganjuran yang melibatkan  tugasan seperti sambutan di lapangan terbang; pengedaran kertas persidangan; majlis pembukaan/penutup/ malam kebudayaan; sesi pameran, poster; sokongan IFLA dan pembentang; meja maklumat/pengendalian VIP; lawatan ke perpustakaan; tunjuk arah; pendaftaran/ dan Zone Internet; pembantu bilik/kawalan badge; sokongan terjemahan  dan pembantu media sosial.

Kriteria pemilihan sukarelawan adalah komited, yakin, bermotivasi, empati, kemahiran komunikasi, kesihatan fizikal  kerana mereka akan mewujudkan suasana yang positif dan mesra kepada peserta dalam membantu tuan rumah menganjurkanya secara professional.Ini adalah peluang kepada warga perpustakaan dan pelajar dalam bidang sains perpustakaan dan maklumat untuk menyertai persidangan kerana mereka hanya perlu bertugas selama 3 hari sahaja. Mereka juga dapat membuat rangkaian dengan warga perpustakaan dan pusat maklumat di seluruh dunia dan pengiktifaran bertugas di peringkat antarabangsa.

WELLNESS PROGRAMME IFLA 2018 iaitu senaman pagi diadakan pada pada  25 hingga 28 Ogos 2018. Ianya adalah simbol kepada kepentingan kesihatan kepada warga di perpustakaan.

Sumber Rujukan:
beritappm

IFLA WLIC 2018 - Berkongsi Pengalaman Bersama Pustakawan Antarabangsa

RUMUSAN

Kejayaan  ini harus dibanggakan dan dikongsi bersama. PPM dan PNM sebagai peneraju utama dan akan dibantu oleh pelbagai pihak serta perpustakaan di Malaysia. Ini merupakan satu pencapaian yang amat  tinggi dalam bidang kepustakawan di negara kita. Ini dapat meningkatkan visibiliti dan peranan perpustakaan dan pusat maklumat di Malaysia.

Ini adalah peluang bagi negara tuan rumah untuk mempamerkan status perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di negara dan rantau ini  selain berkongsi pengalaman profesional mereka bersama pustakawan antarabangsa dan menjalin hubungan antarabangsa dengan cara yang unik.

Semoga semua yang terlibat dalam dunia kepustakawanan samada organisasi kerajaan mahupun swasta dapat mengembeling tenaga untuk menjayakan persidangan yang berprestij ini dan semoga penganjuran ini dapat menaiktaraf lagi bidang kepustakawanan.

Peserta akan memperolehi ilmu yang tidak ternilai dan akan didedahkan kepada trend terkini, inisiatif utama dan juga mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pemimpin pemikir dalam profesion kita.

Persidangan yang diharap menjana pendapatan sebanyak RM44.4 juta kepada negara Malaysia dengan kemasukan peserta dari seluruh dunia kerana ini merupakan acara professional dan perdagangan antarabangsa yang berprestij  bagi  sektor perpustakaan dan perkhidmatan  maklumat.

Syarikat dan organisasi dalam bidang kepustakawanan dan maklumat juga dialu-alukan untuk terlibat.

Semoga semua warga perpustakaan tidak melepaskan menyertai dan turut terlibat dengan persidangan yang julung kali di adakan di Malaysia. Persidangan selama 6 (enam) hari dengan yuran hanya EUR 595 (ahli IFLA), terdapat yuran pelajar dan tiket harian juga.

Sebarang maklumat dan pelbagai artikel mengenai IFLA WLIC 2018: https://2018.ifla.org/

Tarikh kemaskini: 20 Ogos 2018

Sumber Rujukan:
beritappm

Thursday, August 23, 2018

BUKU Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia PENULIS Hamdzah A Rahman PENERBIT Percetakan Bumi Restu 2016 RM32

ULASAN BUKU OGOS 2018
BUKU Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia PENULIS Hamdzah A Rahman PENERBIT Percetakan Bumi Restu 2016 RM32

No Perolehan :  EPER 17-000912
ISBN: 978-983-46-1592-5
Kategori: Teknologi

Ringkasan / Umum :
Buku Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia tulisan Hamdzah A.Rahman ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh hasil, pembuatan dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh penyediaan sumber maklumat.

Buku Makanan Tradisional Masyarakat memaparkan topic-topik tentang himpunan makanan tradisional di Malaysia. Setiap kaum di Negara ini mempunyai makanan tradisional masing-masing. Buku ini mengetengahkan aspek penggunaan bahan mentah tempatan, pemprosesan dan penyediaan makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang dapat menonjolkan keunikan khazanah budaya Negara. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar IPT, ahli akademik, usahawan dan pencinta makanan tradisional.

Judul: Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia
Pengarang: Hamdzah A.Rahman
Penerbit: Percetakan Bumi Restu Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2016
Harga: Rm 32.00
Muka surat: 130
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya PAD Pekan 

BUKU Triangle Of Love Allah Aku dan Kamu PENERBIT Green Dome Publication 2016 RM25

ULASAN BUKU BULAN OGOS 2018
BUKU Triangle Of Love Allah Aku dan Kamu PENERBIT Green Dome Publication 2016 RM25

No Perolehan    :    EPAL 17/000385
ISBN    :    978-967-0728-16-2
Kategori    :     Agama 

Ringkasan / Umum :

Buku Triangle Of Love : Allah, Aku & Kamu! ini berkisar mengenai perkara-perkara yang berkait dengan cinta, berpasangan, bujang, ta’aruf(berkenalan) dan pernikahan menurut pandanagn Islam.

Fitrah setiap manusia ingin hidup secara berpasang-pasangan. Namun hal ini tidak bererti kita boleh sewenang-wenangnya mewujudkan hal tersebut. Sebesar apapun cinta kita terhadap pasangan, janganlah cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah swt.

Ini kerana ‘cinta’ itu bukan sekadar urusan aku dan kamu sahaja, tetapi juga melibatkan Allah swt yang meredhai perhubungan tersebut. Selamat Membaca!!!

Judul :    Triangle Of Love : Allah, Aku & Kamu!
Pengarang    :   
Penerbit    :     Green Dome Publication Sdn. Bhd.
Tahun Terbit    :    2016
Harga    :    RM 25.00
Muka surat    :    192
Rating   :-

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

BUKU RUMAH MUSLIM 40 Nasihat Dengan Panduan Al-Quran dan Sunnah PENULIS Muhammad Salih Al Munajjid PENERBIT Dakwah Corner Publications 2018 RM13

ULASAN BUKU OGOS 2018
BUKU RUMAH MUSLIM 40 Nasihat Dengan Panduan Al-Quran dan Sunnah PENULIS Muhammad Salih Al Munajjid PENERBIT Dakwah Corner Publications 2018 RM13

No Perolehan :  DPEK 17-002446
ISBN: 978 - 967 – 5699– 40 - 5
Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :
Rumah  merupakan tempat di mana anda dan keluarga anda berteduh dari panas dan hujan serta menghabiskan masa bersama. Justeru ia haruslah selesa dan memuaskan hati penghuninya. Untuk menjadikan ia sedemikian,hendaklah ia berasaskan kepada keintiman,kecintaan,keikhlasan, Kebenaran,kejujuran dan lain-lain yang serupa dengannya.Kesemua konsep ini hanyalah merupakan penerapan prinsip-prinsip Islam yang Agung.

Isi kandungan buku ini : RUMAH  MUSLIM: 40 Nasihat Dengan Panduan Al-Quran dan Sunnah membentangkan cadangan dan nasihat yang perlu dalam membina sebuah rumah yang sebegini. Dengan meperolehi maklumat-maklumat ini akan membolehkan anda menjadikan rumah anda tempat yang paling menyeronokkan dan syurga  keluarga .

Judul: RUMAH MUSLIM: 40 Nasihat Dengan Panduan Al-Quran dan Sunnah
Pengarang: Al-Munajjid,Muhammad Salih
Penerbit: Dakwah Corner Publications Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 13.50
Muka surat: 90
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :


Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

BUKU Ingin Hidup 4000 Tahun PENULIS Muhammad Abu Anwar PENERBIT PT Aqwam Media Profetika 2010 RM25

ULASAN BUKU PAD BENTONG - BIL. 8/2018
BUKU Ingin Hidup 4000 Tahun PENULIS Muhammad Abu Anwar PENERBIT PT Aqwam Media Profetika 2010 RM25
No. Perolehan : 000055/15
Call No: MUH (297.41)
ISBN: 9789790390782
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama
Ulasan:

Buku Ingin Hidup 4.000 Tahun? Mengupas tentang amalan-amalan yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai hamba di sisi Allah SWT dalam erti kata hakiki atau secara maknawi akan memberikan imbuhan pahala yang berpanjangan.

Antara amalan-amalan yang dituntut bagi mendapat pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT ialah Mengerjakan solat berjamaah di masjid, solat sunat, solat dhuha, mengerjakan ibadah haji di Baitullah, menjadi Muazinatau Menjawab Seruan Azan, Puasa, jihad fi Sabilillah, Zikir, Istighfar.

Selain dari itu, amalan-amalan yang dijanjikan pahalanya terus mengalir setelah kita meninggal dunia adalah seperti mengajarkan Ilmu kepada sesame manusia, menjadi anak yang soleh, mewakafkan harta (Sedekah Jariyah).

Buku ini juga menceritakan bagaimana cara untuk melakukan segala amalan yang dituntut satu persatu dengan jelas agar kita dapat menjaga amalan tersebut dan melazimi agar menjadi kebiasaan.

Amalan-amalan yang dinyatakan haruslah berterusan dilakukan dan haruslah ditinggalkan segala larangan-larangan agar pahala yang dikutip tidak menjadisia-sia.

Buku PAD Bentong Bil. 8/ 2018

Judul :Ingin Hidup 4.000 Tahun?
Pengarang:Muhammad Abu Anwar
Penerbit:PT Aqwam Media Profetika
TahunTerbit:2010
Harga :RM 25.00
MukaSurat:125
Rating :7/10

Disediakan Oleh :
Halid bin Zainal
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

BUKU Berdua Lebih Baik PENULIS Rohani Abdul Rahman PENERBIT Galeri Ilmu 2012 RM17

BUKU Berdua Lebih Baik PENULIS Rohani Abdul Rahman PENERBIT Galeri Ilmu 2012 RM17

Pengarang: Rohani Abdul Rahman
No. perolehan: 0601001014409
No. panggilan: D 306.8 ROH
ISBN: 978-983-097-359-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Masyarakat( Psikologi)
Penerbit: Galeri Ilmu
Tahun terbit: 2012
Harga: RM 17.00
Mukasurat : 180 Helaian

ULASAN

Buku ini menerangkan tentang motivasi kepada para pencari jodoh untuk terus berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana dalam islam tiada istilah ‘putus asa’.Ada beberape kereteria dan panduan untuk memikat pasangan sehinggalah melangkah menjadi suami isteri,antaranya ialah penampilan,sikap amanah,rahsia solat dan pikat ibubapa calon.

Penulis percaya masih ramai para pencari jodoh masih buntu untuk memilih pasangan tambahan pula keinginan berkahwin sudah ada,namun masih kabur bagaimana harus berusaha.
Di samping itu penulis mencadangkan agar perbanyakkan solat hajat mohon diperudahkan segala urusan. Perlu diutamakan memohon maaf dari Ibubapa agar segala kesulitan dapat diatasi.

Buku ini memberitahu bahawa akhlak yang rendah petanda iman yang lemah , iman yang kuat akan menghasilkan akhlak yang tinggi. Seharusnya kita mempunyai sifat malu yang tinggi untuk melakukan perkara yang tidak bermoral dan tidak berakhlak.

Beberapa tips untuk menampakkan sifat seseorang muslim yang baik antaranya pakaian,bau badan,tingkah laku,tutur kata,tempat tinggal dan termasuk juga hati. Yakinlah Allah akan menolong kita selagi kita berada dijalan yang lurus.

Ulasan Oleh :
SAUDIN BIN KASSIM @ ABDUL RAHMAN Perpustakaan Komuniti UTC Pahang

Disemak Oleh :
AHMAD AZIDDIN BIN AHMAD
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

BUKU Syoknya solat PENULIS Ustaz Syed Abdul kadir Aljoofre PENERBIT Nur El-Hikmah Publications 2017

BUKU Syoknya solat PENULIS Ustaz Syed Abdul kadir Aljoofre PENERBIT Nur El-Hikmah Publications 2017
Buku: Syoknya solat
Pengarang: Syed Abdul kadir Aljoofre , Ustaz
No. perolehan: P000034562
No. panggilan: 297.3822 SYE
ISBN: 9789671337752
Penerbit: Nur El-Hikmah Publications
Tahun terbit: 2017
Mukasurat : 212 Helaian
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

ULASAN

Buku ini menerangkan tentang solat yakni meruakan hi,punan kebaikan dalam kehidupan seseorang muslim , buku ini jugak menerangkan kepada muslim langkah demi langkah kea rah menjadikan solat muslim lebih baik dan lebih dirasai. Pengarang ingin menerangkan kepada pembaca langkah-langkah permulaan solat dari bersugi hinggalah dirikan solat .

Pada peringkat kedua menerangkan tentang indahnya munajat kepada Allah s.w t dengan permulaan iqamah menghadap kiblat dan seterusnya solat dengan penuh khusyuk tawaduk kepada allah s.w.t

Pada peringkat ketiga menerangkan juga tentang kesan solat pada akhlak dan peribadi mukmin ,syarat-syarat dan juga tanda penerimaan solat .Solat juga membuatkan kita merasai kehidupan dengan penuh tawadhuk dengan keanggunan Allah,dengan solat membuatkan kita membuangkan sifat mazmumah dalam diri dan jauh dari dari maksiat.

Akhir kata, marilah kita mencari syoknya solat dengan ini dapat menjaga solat yang telah difardukan oleh Allah dari segenap sudut dengan melakukan persediaan terbaik.

Diulas  Oleh :
SAUDIN BIN KASSIM @ ABDUL RAHMAN
 
Disemak Oleh :
AHMAD AZIDDIN B AHMAD
Ketua Unit Rangkaian

BUKU ANATOMI AKU BUDAK MEDIK 1.0 KATA PILAR BOOKS 2016

BUKU ANATOMI AKU BUDAK MEDIK  1.0 KATA PILAR BOOKS 2016

NO. PEROLEHAN :DBER 17-002161
CALL NO. : 899.233010803 ANA
ISBN :978-967-13913-3-4
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :KESUSASTERAAN

ULASAN:
Buku ini menyajikan catatan dari beberapa pelajar medik telah melalui pelbagai keperitan sebelum berjaya bergelar seorang doktor.yang menariknya mereka ini bukan hanya pakar dalam bidang yang mereka pelajarimalah mereka perlu menyelami permasalahan pesakit supaya mereka lebih mudah menjalankan amanah yang dipikul.

Kejayaan menjadi seorang doktor bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan asalnya bukanlah kerana kerelaan hati tetapi desakan orang sekeliling terutama ibubapa. Tetapi setelah mendalami ilmu perubatan dan berdepan dengan pelbagai pesakit menjadikan jiwa para pelajar medik yang berbaur rasa menjadi tekad meneruskan kerjaya sebagai seorang doktor yang memikul tanggungjawab berat.buku ini sangat membantu individu yang ingin melangkah masuk ke dunia perubatan supaya lebih bersedia.

JUDUL :ANATOMI AKU BUDAK MEDIK 1.0
PENGARANG :
PENERBIT :KATA PILAR BOOKS & GRUP KARYAWAN LUAR NEGARA
TAHUN TERBIT :2016
HARGA :RM25.00
MUKA SURAT :186
RATING :4/5

Friday, August 17, 2018

BUKU Cerita Bangsa Gemok PENULIS Rafiuddin Rabu PENERBIT Komrad Buku

BUKU Cerita Bangsa Gemok PENULIS Rafiuddin Rabu PENERBIT Komrad Buku

Ulasan Buku:

Buku ‘Cerita Bangsa Gemok’ ini disampaikan secara ringkas dan mudah difahami. Penulisnya saudara Rafiuddin Rabu menjadikan pengalaman seorang yang dikategorikan sebagai gemok untuk dituliskan di dalam buku ini.

Menariknya buku ini, pembaca didedahkan dengan pelbagai aspek kehidupan insan-insan gemok seperti yang dilalui sendiri oleh penulis. Ini termasuklah corak kehidupan dan permasalahan yang timbul. Cara kupasan yang bersahaja tetapi masih boleh bermain dengan emosi pembacanya. Adakalanya terasa bermakna bagi insan normal untuk memahami pelbagai situasi dalam kehidupan harian mereka yang berbadan besar atau gemok.

Pendedahan penulis membawa pembaca bermain dengan emosi seperti terharu, sedih,  dan adakalanya semangat yang terdapat pada insan – insan gemok ini. Buku ini boleh dijadikan salah satu bahan bacaan yang menarik.  Melalui buku ini, kita akan lebih memahami perasaan, pemasalahan dan liku-liku kehidupan yang dilalui oleh mereka.

Penulis:  Rafiuddin Rabu
Penerbit:  Komrad Buku
No Panggilan:  808.882
Harga:  RM20.00 / RM23.00

Pengulas: 
Nur Diana binti Abdullah,
PD Bukit Ibam

Disemak:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Thursday, August 16, 2018

Pageviews by Countries 16.8.2018

Malaysia 301,908
United States 33,772
Russia 28,290
Indonesia 7,556
Germany 6,103
Singapore 4,159
India 2,719
Brunei 1,932
Ukraine 1,900
France 1,810

JADUAL AKTIVITI PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT 2018

JAN
Pameran buku sempena Bulan Agama 03.01.18 - 31.01.2018
Program Galakan Membaca
1. Kuiz Agama 2. Jom Buat Kerja Sekolah Di  Perpustakaan 12.01.2018
Promosi Perpustakaan Dan Penyerahan Buku Pinjaman Kelompok 23/01/2018
Program Galakan Membaca 1. Kuiz Pengatahuan Agama 2. Tayangan Video Mempelajari Cara Azan Dan Iqamah dengan cara yang betul (ICT) 26/01/2018

FEB
Pameran Buku Tema Kebudayaan 01/02/2018 – 28/02/2018
Program Galakan Membaca
(Peraduan Kebudayaan) 09/02/2018
Pertandingan Mewarna Tadika Perpaduan Daerah Jerantut Peringkat Daerah Jerantut 07/02/2018
Program Galakan Membaca 1. Lawatan Tadika Sinaran Jaya 2. Mari mengenal perkataan 14/02/2018
Mari mengenal kebudyaan kaum di Malaysia (ICT) 14/02/2018

MAC
Pameran Buku Tema Wanita 01/03/2018 – 31/03/2018
Program Galakan Membaca bersama Tadika Sinaran Jaya Jerantut1. Bacaan Kegemaran Saya 2. Mari Bercerita 07/03/2018
Program Cergas & Sihat 09/03/2018
Program ICT PAD Jerantut 1. Pencarian Maklumat Kursus Pengajian AM STPM 09/03/2018
Program Cergas & Sihat 16/03/2018
Program ICT PAD Jerantut 1. Mencari Maklumat Menggunakan Internet 16/03/18
Promosi Perpustakaan 1. Taklimat Operasi Baru Perpustakaan 2. Sayangi Ibu sempena bulan Wanita 16/03/2018
Program Galakan Membaca 1. Jom buat kerja Sekolah di Perpustakaan 16/03/2018
Penghantaran Pinjaman Kelompok di SK Pulau Mansok 26/03/2018
Promosi Perpustakaan dan Perkhidmatan Kelompok 30/03/2018

APR
Pameran buku sempena Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 03/04/18 - 28/04/18
Kem Membaca 1 Malaysia 03/04/18
Promosi Perpustakaan Dan Penghantaran Pinjaman Kelompok 10/04/2018
Program Nilam & Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 12/04/2018
Promosi Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 19/04/2018
Program Jom Riders – Benteras Dadah Habis – habisan 3.0 21/04/2018
Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit 24/04/2018

MEI
Pameran Buku Tema Kekeluargaan 02/05/2018 – 31/05/2018
Mesyuarat JK Penasihat PAD Jerantut 25/05/2018
Lawatan Galakan Membaca Tadika Perpaduan Jerantut 31/05/2018

JUN
Pameran buku bertemakan Sosial 05/06/18 - 30/06/18
Program World Quran Hour 2018 Peringkat Daerah Jerantut 07/06/2018
Program Galakan Membaca (Tadika Sungai Jan) 07/06/2018

JUL
Pameran buku bertemakan Kesihatan 03/07/18 - 31/07/18
Mencari Maklumat Penjagaan Kesihatan (ICT) 13/07/2018
Program Cergas & Sihat 13/07/2018
Project Based Learning(Proses Kajian Dalam Penyelidikan Menggunakan Bahan Sumber Perpustakaan Bercetak  18/07/2018
Aktiviti Mewarna Kanak-Kanak 20/07/2018

OGO
Pameran Buku Tema Kemerdekaan 01/08/18 – 31/08/18
Nilam Cilik 02/08/2018
Jelajah Tokoh Nilam 1017/08/2018
Tazirah dan Majlis Tahlil ( Mati Itu Pasti) 17/08/2018
Program Sayangi Malaysia 30/08/2018

SEP
Pameran Buku Tentang Malaysia 29/9/2018
Sain Hero 7/9/2018
Kuiz Kenegaraan 21/9/2018
Tokoh Kenegaraan Malaysia 27/9/2018

OKT
Pameran Buku Tema Bahasa 30.10.2018
Pertandingan Sebut dan Tulis 5.10.2018
Pertandingan Bercerita 12/10/2018
Pertandingan Mewarna 13/10/2018
Mencari Makna Perkataan Inggeris dalam bahasa Melayu 26/10/2018

NOV
Pameran Buku 30/11/2018
Bercerita pengalaman hidup warga emas 2/11/2018
Pertandingan Dam Aji 8/11/2018
Pertandingan Mewarna 9/11/2018
Kuiz Pengetahuan Am 16/11/2018
Ringkasan karangan tentang datuk nenek 27/11/2018

DIS
Pameran Buku Sains dan teknologi 31/12/2018
Kuiz sains dan teknologi 7/12/2018
Experimen sains dan teknologi 14/12/2018
Reka cipta sains dan teknologi 21/12/2018
Mencari dan menamakan alatan sains 28/12/2018

JADUAL AKTIVITI PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR JERANTUT 2018

JAN
Pameran Buku Sempena Bulan Agama 03.01.18 - 31.01.2018
Bijak Jawi 12.01.2018
Kolaj Jawi 19.01.2018
Jawab Dan Menang Setiap Hari Jumaat
Kuiz Bijak IT 27.01.2018

FEB
Mari Mewarna 13/02/18
Gali Kata 13/02/18
Pameran Buku Sempena Bulan Kebudayaan 01/02/18 - 28/02/18
Kids Craft & Art 10/02/18
Program Cergas Minda 06/02/18
Bijak IT 24/02/18

MAC
Bijak IT :-Klik Dengan Bijak & Maklumat Dihujung Jari 10/03/18
Pameran Buku Sempena Bulan Wanita 01/03/18 - 31/03/18
Mari Mewarna 10/03/18
Jejari Kreatif 16/03/18
Program Gaya Hidup Sihat 12/03/18

APR
Pameran Buku Sempena Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 03/04/18 - 28/04/18
Jom Baca Bersama 24/04/18
Pertandingan Mewarna 28/04/18
Cabut Dan Menang 20 Dan 28/04/18
Pameran Dunia It 03/04/18 - 28/04/18
Maklumat Di Hujung Jari 4/4/2018

MEI
Guruku Sayang 16 Mei 2018
Pameran Buku Sempena Bulan Kekeluargaan 02/05/18 - 31/05/18
Pameran Berkisarkan Kampung Pulau Tawar 02/05/18 - 31/05/18
Pameran Dunia IT 02/05/18 - 31/05/18

JUN
Pameran Buku Bertemakan Sosial 05/06/18 - 30/06/18
Promosi Satu Jam Bersama Al-Quran 05/06/18
Program Satu Jam Bersama Al-Quran 07/06/08
Warna-Warni Aidilfitri 08/06/18
Pameran Buku Berkisarkan IT 05/06/18 - 30/06/18
Pameran Komponen Komputer 05/06/18 - 30/06/18
Menaip Kad Ucapan Selamat Hari Raya Dan Print 9/6/2018

JUL
Pameran Buku Sempena Bulan Kesihatan 03/07/18 – 31/07/18
Majlis Bacaan Yassin 01/07/18
Aktiviti Cerdas Cergas 07/07/18
Menaip Menu Sihat 14/07/18
Gali Kata Kesihatan 21/07/18
Pertandingan Melukis Poster Kesihatan 21/07/18

OGO
Pameran Buku Sempena Bulan Kemerdekaan 01/08/18 – 40/08/18
Mari Melukis Dan Mewarna Jalurgemilang 04/08/18
Kolaj Jalur Gemilang 11/08/18
Mewarna Bunga Kebangsaan Menggunakan Paint 17/08/18
Gali Kata Kemerdekaan 18/08/18
Pameran Dunia IT 01/08/18 – 40/08/18

SEP
Pameran Buku Sempena Bulan Kenegaraan 01/09/18 – 29/09/18
Tekadanmenang 01/09/18 – 29/09/18
Pertandingan Melukis Poster “Negaraku Tercinta” 08/09/18
Kuiz Bijak IT 15/09/18
Gali Kata Kenegaraan 21/09/18
Jom Bermain Dengan Paint 29/09/18

OKT
Pameran Buku Sempena Bulan Kanak-Kanak Di Sayangi Warga Emas Di Sanjungi 02/10/18 – 31/10/18
Minggu Permainan 09/10/18 – 13/10/18
Pertandingan Melukis 06/10/18
Pertandingan Mewarna 06/10/18
Pertandingan Silangkata ICT 20/10/18
Mengenal Komputer 02/10/18 – 31/10/18
Cabutdan Menang Setiap Hari Jumaat Bulan Oktober

NOV
Pameran Buku Sempena Bulan Bahasa 01/11/18 – 30/11/18
Teka Dan Menang 01/11/18 – 30/11/18
Kuiz Spontan 10/11/18
Pertandingan Menyusun Perkataan ICT 17/11/18
Sebut Dan Tulis 24/11/18
Kuiz Bijak IT 30/11/18

DIS
Pameran Buku Sempena Bulan Sains Dan Teknologi 01/12/18 – 31/12/18
Melukis Haiwan Karnivor 01/12/18
Mengenali Ahli-Ahli Sains ( Carian Internet ) 08/12/18
Melukis Poster Sains Dan Teknologi 13/12/18
Cabut Da Nmenang Setiap Hari Jumaat Bulan Disember
Sebut Dan Tulis Sains 29/12/18

Monday, August 13, 2018

P 91 Parlimen Rompin

P 91 Rompin

N 40 Bukit Ibam

PD Bandar Tun Razak,
d/a Bangunan Pusat Sumber
26900 Rompin (2005)

PD Bukit Ibam
26670 Rompin
Pahang

N 41 Muadzam Shah

PD Muadzam Shah
Jalan Sentosa, Desa Kenanga,
26700 Muadzam Shah
Pahang

PD Leban Chondong
26810 Kuala Rompin
Pahang

N 42 Tioman

PD Kampung Tanjung Gemok,
D/A Pusat Siber Kg Tg Gemok
26820 Kuala Rompin
Pahang (2005)

Perpustakaan Awam Daerah Rompin
26800 Kuala Rompin
Pahang

PD Kampung Simpang Sepayang
26800 Rompin
Pahang (2006)

PD Kampung Perpat
d/a Balairaya JKKK Kampung Perpat
26800 Kuala Rompin
Pahang (2006)

P 90 Parlimen Bera

P 90 Bera

N 37 Guai

PD Kampung Batu Papan,
28200 Bera
Pahang (2005)

Perpustakaan Awam Daerah Bera
28300 Bandar Bera
Pahang

PD Mengkarak
28200 Bera, Mengkarak
Pahang

N 38 Triang

PD Kampung Seri Buntar,
28300 Triang,
Pahang (2005)

N 39 Kemayan

PD Kampung Dato’ Seri Hamzah,
28300 Kemayan,
Bera, Pahang (2005)

PD Bandar 32
28200 Bera
Pahang

P 89 Parlimen Bentong

P 89 Bentong

N 33 Bilut

PD Kampung Lebu
2880 Bentong
Pahang (2016)

PD Felda Lurah Bilut
28730 Bentong
Pahang

N 34 Ketari

Perpustakaan Awam Daerah Bentong,
212 Kampung Baru
28700 Bentong
Pahang

PD Kg. Janda Baik
28750 Bentong
Pahang

N 35 Sabai

PD Jambu Rias, Karak
28700  Bentong
Pahang

N 36 Pelangai

PD Felda Kemasul
28750 Bentong
Pahang

PD Simpang Pelangai
28700 Bentong
Pahang

P 88 Parlimen Temerloh

P 88 Temerloh

N 30 Mentakab

PD Kampung Tanjung Kerayong
28400 Mentakab,
Pahang (2005)

PD Kampung Bintang
KampungBintang,
28000 Temerloh,
Pahang (2006)

N 31 Lanchang

Perpustakaan Cawangan Lanchang
Batu 1, Jalan Karak
28500 Lanchang
Pahang

N 32 Kuala Semantan

Perpustakaan Awam Daerah Temerloh,
Jalan Dato’ Awang Ngah
28000 Temerloh
Pahang

PD Sanggang
Kampung Sanggang
28020 Temerloh
Pahang

P 87 Parlimen Kuala Krau

P 87 Kuala Krau

N 27 Jenderak

PD Kampung Kuala Mai
Kampung Kuala Mai, Kuala Krau,
28050, Temerloh,
Pahang (2005)

PD Jenderak Loop
28050 Kuala Krau, Temerloh
Pahang

N 28 Kerdau

PD Kampung Batu Sawar
Kampung Batu Sawar,
28050 Kuala Krau,
Pahang (2005)

PD Kerdau
28000 Temerloh
Pahang

PD Kampung Teluk Sentang
28000 Temerloh,
Pahang (2006)

N 29 Jengka

Perpustakaan Awam Cawangan Jengka,
Nadikota,
26400 Bandar Pusat Jengka
Pahang

P 85 Parlimen Pekan

P 85 Pekan           

N 20 Pulau Manis

PD Kampung Pulau Rusa,
d/a Balairaya Kampung Pulau Rusa,
Jalan Alor Rawa,
26630 Pekan,
Pahang (2006)

N 21 Peramu Jaya

PD Kampung Lamir
Pusat Pemindahan Banjir Kg Lamir
26620 Pekan,
Pahang (2005)

Perpustakaan Awam Daerah Pekan
Jalan Tengku Besar Sulaiman
26600 Pekan
Pahang

PD Peramu Jaya 3
Peramu Jaya,
26060 Pekan
Pahang

N 22 Bebar

PD Runchang,
Kampung RPS Runchang,
26800 Pekan,
Pahang.(2005)

N 23 Chini         

PD Kampung Dusun
26000 Pekan
Pahang (2006)

PD Paloh Hinai
25250 Pekan
Pahang

P 86 Parlimen Maran

P 86 Maran

N 24 Luit

Perpustakaan Awam Daerah Maran
Jalan Perpustakaan
26500 Maran
Pahang

PD Luit
Kampung Luit
26500 Maran
Pahang

PD Kampung New Zealand
26500 Maran
Pahang (2007)

PD Kampung Senggora
26500 Maran
Pahang  (2007)

N 25 Kuala Sentul

PD Kampung Kuala Sentul,
d/a Balai Raya Kg. Kuala Sentul
26500 Maran
Pahang (2005)

N 26 Chenor

PD Bukit Kening
28100 Chenor, Maran
Pahang.(2006)

PD Chenor
25150 Chenor, Maran
Pahang

PD Pekan Awah
Jalan Maran,
28030 Temerloh,
Pahang.(2006)

PD Seberang Chenor,
28100 Chenor, Maran
Pahang.(2007)

P 84 Parlimen Paya Besar

P 84 Paya Besar

N 17 Sungai Lembing

PD Sg. Lembing
Jalan Sungai Lembing
26200 Kuantan
Pahang

N 18 Lepar

PD Felda Lepar Hilir 1
25150 Gambang
Kuantan
Pahang

PD Kg. Mahkota
26070 Kuantan
Pahang

N 19 Panching

MyLIKE Kampung Panching
PAKR Kampung Panching,
Jalan Sungai Lembing
26090 Kuantan,
Pahang (2005)

P 83 Parlimen Kuantan

P 83 Kuantan

N 14 Teruntum
-

N 15 Tanjung Lumpur

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kemunting
25000 Kuantan
Pahang

N 16 Inderapura
-

P 82 Parlimen Indera Mahkota

P 82 Indera Mahkota

N 12 Beserah

PD Kampung Cherating
Balairaya Pondok Harmoni K3P Kg Cherating
26080 Kuantan,
Pahang (2005)

PD Balok
Jalan Beserah
26100 Balok, Kuantan
Pahang

N 13 Semambu

PD Indera Mahkota
Lorong IM 1/9
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,
Pahang (2005)

P 81 Parlimen Jerantut

P 81 Jerantut

N 9 Tahan
-

N 10 Damak

Perpustakaan Awam Daerah Jerantut,
27800 Jerantut
Pahang

PD Damak
27030 Jerantut
Pahang

N 11 Pulau Tawar

PD Kampung Bukit Nikmat
Kampung Bukit Nikmat,
27090 Jerantut,
Pahang (2005)

PD Pulau Tawar
27040 Jerantut
Pahang

P 80 Parlimen Raub

P 80 Raub

N 6 Batu Talam

PD Felda Tersang
Bangunan Balairaya Felda Tersang 1
27600 Raub
Pahang (2006)

PD Jeruas
25300 Sega, Raub
Pahang

N 7 Teras
-

N 8 Dong
Perpustakaan Awam Daerah Raub
Jalan Dato’ Abdullah
27600 Raub
Pahang

PD Ulu Gali
Kg. Ulu Gali, 27600 Raub
Pahang

P 79 Parlimen Lipis

P 79 Lipis

N 3 Padang Tengku

PD Masjid Kampung Relong
27200 Kuala Lipis,
Pahang (2005)

Perpustakaan Awam Daerah Lipis,
27200 Kuala Lipis
Pahang PD Merapoh
27200 Merapoh, Kuala Lipis
Pahang

Perpustakaan Desa
Kg Gua
27100 Kuala Lipis

N 4 Cheka

PD Kampung Mela
Kampung Mela,
27010 lipis,
Pahang (2005)

N 5 Benta

PD Kampung Tanjung Besar
Kampung Tanjung Besar,
27130 Benta,
Pahang (2005)

PD Benta
27300 Benta Kuala Lipis
Pahang

P 78 Parlimen Cameron Highlands

P 78 Cameron Highlands

N 1 Tanah Rata

Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands
39000 Tanah Rata
Pahang

N 2 Jelai
PD Kampung Bukit Betong
27200 Kuala Lipis
Pahang (2005)
PD Kampung Kuala Medang 
Bangunan Dewan Serbaguna
Kampung Kuala Medang
27200 Kuala Lipis,
Pahang (2005)

Senarai Perpustakaan Dalam Kawasan Parliment di Pahang (PRU14)

P078: CAMERON HIGHLANDS
P079: LIPIS
P080: RAUB
P081: JERANTUT
P082: INDERA MAHKOTA
P083: KUANTAN
P084: PAYA BESAR
P085: PEKAN
P086: MARAN
P087: KUALA KRAU
P088: TEMERLOH
P089: BENTONG
P090: BERA
P091: ROMPIN

JADUAL AKTIVITI PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH LIPIS 2018

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan maklumat terkini dari perpustakaan yang berkenaan.

JAN
Aktiviti Sains " Mencipta Roket Air " 11.01.2018
Word Search " Penjodoh Bilangan" 12.01.2018
Movie Time "Baby Boss" 18.01.2018
Program ICT "Cross Word - Computer Internal Component" 19.01.2018
Program ICT "Online Colouring" 31.01.2018

FEB
Bicara Penulis "Sejarah Kuala Lipis" 05.02.2018
Aktiviti Permainan Congkak 09.02.2018
Program ICT "Online Colouring" 09.02.2018
Lawatan Kanak-Kanak Tadika Tempoyang 27.02.2018

MAC
Majlis Pelancaran Nilam "Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim" 05.03.2018
Lawatan Tadika Kemas Kerambit 06.03.2018
Lawatan Tadika Kemas Mela 09.03.2018
Lawatan Tadika Kemas KTMB 15.03.2018
Program ICT "Online Colouring" 16.03.2018

APR
Program Lawatan Pelajar Sekolah Rendah Kebangssan Kuala Lanar 10.04.2018
Hari Informasi Bersama Pelajar Lepasan Pelajar Lepasan SPM 14.04.2018
Lawatan Tadika Kemas Penjom 19.04.2018
Program Jom Membaca bersama 10 Minit 24.04.2018
Program ICT "Cross Word - Computer Internal Component" 10.04.2018

MEI
Pameran Bersama Pusat Internet 1 Malaysia 05.05.2018

JUN
WORLD #QURAN HOUR 06.07.2018
Lawatan Tadika Az-Zahrah 12.07.2018
Program Pemilihan Tokoh Nilam 18.07.2018

JUL
Pameran Buku Tokoh Negara 15.08.2018-31.08.2018
Pertandingan Bercerita di Sekolah Rendah Kuala Lanar 08.08.2018
Program Khidmat Bantu SK Kuala Lanar 09.08.2018
Program ICT " Word Search - Computer Component" 10.08.2018
Pertandingan Bercerita dan Mewarna Di SK (J) Tamil Kuala Lipis 15.08.2018
Program Khidmat Bantu SK (J) Tamil Kuala Lipis 16.08.2018
Permainan  Dalaman 18.08.2018
Lawatan Tadika Taman Cahaya 30.08.2018

OGO
Pameran Buku Bulan Kebangsaan 01.09.2018 - 30.09.2018
Science Hero 07.09.2018
Permainan  Dalaman 08.09.2018
Kuiz Sayangi Malaysiaku 15.09.2018
Program ICT " Lost Thing" 21.09.2018
Program U-Pustaka dan Database 2018 26.09.2018

SEP
Pemeran Fakta Menarik 01.10.2018 - 31.10.2018
Sambutan Hari Kanak-Kanak 11.10.2018
Word Search " Penjodoh Bilangan" 12.10.2018
Permainan Dalaman 13.10.2018
Program ICT " Online Colouring " 18.10.2018
Padankan Simpulan Bahasa 19.10.2018
Pertandingan Mewarna 20.10.2018
Program ICT " Who Can Do It Fast" 26.10.2018
Movie Time 27.10.2018

OKT
Pameran " Library History" 01.11.2018 - 30.11.2018
Program ICT "Kuiz ICT" 03.11.2018
Pertandingan Catur 08.11.2018
Permainan Dalaman 10.11.2018
Pertandingan Congkak Kanak-Kanak 16.11.2018
Pertandingan Sambung Pantun 17.11.2018
Program ICT " Karangan Mengenai Keluarga Saya 23.11.2018
Mencipta Kad Ucapan "Deepavali" 27.11.2018
Bicara Sejarah Artileri Daripada Perspektif Veteran ATM 29.11.2018

NOV
Pameran Dunia Sains dan Teknologi 01.12.2018-31.12.2018
Kuiz Sains 01.12.2018
Movie Time 06.12.2018
Permainan Dalaman 07.12.2018
Program ICT " Kuiz ICT" 08.12.2018
Program ICT " Online Colouring " 13.12.2018
Program ICT "Word Search" 14.12.2018
Pertandingan Congkak Dewasa bersama Ahli PUSPANITA 15.12.2018

JADUAL AKTIVITI PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN LANCHANG 2018

Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan maklumat terkini dari perpustakaan yang berkenaan.

JAN
1. Jom Rumikan 5/1/2018
2. Pertandingan Bercerita 13/1/2018
3. Mewarna 20/1/2018
4. Bijak IT 27/1/2018

FEB
1. Chekmate-Chess 2/2/2018
2. Mencari Benda Tersembunyi 10/2/2018
3. Mewarna 23/2/2018
4. Permainan Congkak 28/2/2018

MAC
1. Mewarna 9/3/2018
2. Jom Tambah Ilmu IT 10/3/2018
3. Tentang Wanita 17/3/2018

APR
1. Cekap Minda 7/4/2018
2. Mewarna 13/4/2018
3. Jari Pantas (IT) 14/4/2018
4. Bacaan Kegemaran Saya 14/4/2018
5.Jom Baca Bersama 10 Minit 24/4/2018
6.Jom Bercerita 24/4/2018

MEI
1. Mari Mewarna    04/05/2018
2. Music Chair      05/05/2018
3. Word Search      11/05/2018
4. Congkak      12/05/2018
5. Kreatif-Ikan      19/05/2018
6.Jom Google      26/05/2018

JUN
1. JomMewarna 6/6/2018
2. Malaysia Quran Hour 7/6/2018
3. Puzzle 9/6/2018
4. Kad Kreatif Hari Raya 12/6/2018
5. Carrom Game 23/6/2018
6. Silang-Kata 29/6/2018

JUL
1. Mewarna 6/7/2018
2.Cari  Perkataan Tesembunyi 12/7/2018
3.Origami 14/7/2018
4. Liga Carrom 18/7/2018
5. Pantas Mengeja 21/7/2018

OGO
1.Mewarna: Kemerdekaan 3/8/2018
2. Melukis Jalur Gemilang 9/8/2018
3.Sejarah Kemerdekaan (IT) 10/8/2018
4.Jom Kibarkan Jalur Gemilang 11/8/2018
5. Pertandingan Bercerita 15/8/2018
6.  Kuiz Kemerdekaan 17/8/2018
7.Sajak Kemerdekaan 25/8/2018

SEP
1. Mewarna Sempena Hari Malaysia 1/9/2018
2. Bina Perkataan 7/9/2018
3.Kreatif-Jam 15/9/2018
4.Congkak 20/9/2018

OKT
1. Jom Membaca 4/10/2018
2. Mari Mewarna 5/10/2018
3. Cekap Minda 11/10/2018
4. Word Search 13/10/2018
5.Bina Ayat 18/10/2018
6. Melukis Menggunakan Paint Tools 20/10/2018
7. Jom Google 27/10/2018

NOV
1. Jom Mewarna 3/11/2018
2. Seni Kreatif 9/11/2018
3. Bijak IT 10/11/2018
4. Taip Pantas 17/11/2018
5. Library Explorace 24/11/2018
6.Permainan Tradisional 28/11/2018

DIS
1. Bercerita Bersama Boneka 1/12/2018
2. Kreativiti-Tanah Liat 5/12/2018
3. Mengenal Komponen Komputer 6/12/2018
4. Asas Perisian Microsoft Word 8/12/2018
5.Taip Pantas 14/12/2018
6.Spelling Test 15/12/2018
7.Variety Bingo 19/12/2018
8.Baca Dan Cari 22/12/2018
9.Menguji Minda 27/12/2018
10.Mewarna 28/12/2018