Tidak kira apakah tujuan penggunaannya, kita mahukan yang terbaik berdasarkan kewangan kita. Jika ada diantara kita yang masih tercari-cari jenama laptop yang terbaik, berikut adalah panduan yang bersumberkan dari mycetc.blogspot.com:
PERTAMA
Buat kajian melalui google apakan 'top laptop'. Kajian dibuat berdasarkan laptop yang paling anda suka:
Berikut adalah contohnya contoh top 10:
1. Asus
2. Fujitsu
3. Apple
4. Dell
5. Toshiba
6. HP
7. Lenovo
8. NEC
9. Samsung
10. Sony
KEDUA
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.Berikut disenaraikan 5 contoh pilihan.
1. Asus
2. Dell
3. Samsung
4. NEC
5. Fujitsu
KETIGA
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai. Contoh pilihan 3 terbaik adalah:
1. Asus
2. Dell
3. Fujitsu
KEEMPAT
Pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.
Cara membuat pilihan adalah berdasarkan:
1. Jenama
2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM, ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )
4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
KELIMA
Perkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop adalah:
1. Jangan beli ikut kawan yang membeli jenama tersebut kerana ianya banyak di kedai-kedai komputer.
2. Jangan beli kerana 'ayat-ayat power' dari penjual/promoter kedai komputer tersebut. Rujuk kepada rujukan yang telah dilakukan.
3. Jangan beranggapan semua laptop sama yang berbeza adalah nama dan harga.
4. Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan grafik pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi
OS DAN PERKAKASAN
3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.)
1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya. Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.
2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Processor AMD ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri. Serta amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz.
3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. (PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan 12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat )
LINKS:
1. computers.toptenreviews.com
2. pcmag.com
3. reviews.cnet.com
4. businessinsider.com
5. techradar.com (top-laptops-25-best-laptops-in-the-world)
Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Asas Komputer. Show all posts

Saturday, January 26, 2013
Saturday, January 19, 2013
Komputer mudah rosak kerana cara penggunaan kita
Pertamanya, kebanyakan pengguna komputer, tidak kiralah anda menggunakan Laptop, Netbook mahupun PC....ada dikalangan anda hanya menekan 'shutdown' dan terus bangun ke tempat lain. Sepatutnya, selepas shutdown, anda mesti....bukan mesti la, kira wajib la tutup suis plug dan cabut plug. Amalan ini dapat menyelamatkan power supply dan monitor agar berfungsi baik sepanjang hayat....cheewah! Taklah sepanjang hayat, tapi bolehlah bertahan melebihi 5 tahun... Keduanya, mampu mengelakkan daripada sambaran petir. Anda patut tahu bahawa, 90% kerosakan besar berlaku terhadap komputer, monitor, radio, TV dan peralatan elektrik yang lain adalah berpunca dari KEGAGALAN ANDA TIDAK MENCABUT PLUG!!! atau erti kata lain, tak alert!. Apabila berlaku ketidakstabilan voltan, atau lebih faham disambar petir, komponen dalaman komputer menerima sejumlah cas elektrik yang tinggi. Jadi, faham-faham jela bila anda lihat pokok kelapa selepas disambar petir...bagaimana rupa dia ye? hemmm... macam tu la komponen PC...
Saya ada juga lihat sesetengah orang selamba je guna komputer ketika hujan lebat dengan pakej kilat dan petir...macam tak sayang komputer je? Bukan sahaja komputer, Telefon rumah @ pejabat, TV, radio serta laptop amat mudah disambar petir oleh kerana ianya mempunyai Frekuensi paling tinggi berbanding peralatan elektrik yang lain. Sebab tu juga, jarang kita lihat mesin basuh, peti ais, kipas angin atau lampu rosak disambar petir walaupun ketika ianya masih ON atau tak cabut plug pun...huhu.
Frekuensi tu ape? Ok, frekuensi ni nak mudah faham gelombang radio / isyarat radio. Bagi maksud radio disini, bukan radio yang jual kat kedai tu...tetapi istilah isyarat atau gelombang ( radiowave / signalwave ). Frekuensi ini berlegar di aras bumi hingga ke paras satelit angkasa. Ia umpama gas petrol yang ada di udara....bayangkan apabila berlaku sambaran petir? Petir tu percikan api, bila api bertemu petrol, ape jadi? Kebaboom la jawabnya...huhu.
Ini sekadar teori bagi nak mudah faham hubungan frekuensi dengan peralatan elektrik yang berhubung sesamanya. Maka, peralatan elektrik yang menggunkan frekuensi tinggi amat mudah disambar petir...tu je maksud yang saya nak sampaikan..
Mungkin anda nak tahu berapakah kos sesuatu perkakasan komputer sekiranya rosak disambar petir? Baiklah, jika rosak motherboard PC kos sekitar RM250 - RM400.
Motherboard Laptop, RM500 - RM800.
LCD Screen \ monitor CRT, kos sekitar RM300 - RM450 saiz 17 inci - 19 inci.
Power supply PC, kos RM60 - RM160. Power adapter laptop RM80 - RM120.
Bateri laptop / netbook RM70 - RM180.
Kebiasaanya, sambaran petir juga boleh menyebabkan kerosan perkakasan lain seperti RAM, Hard Disk dan Graphic card. Kos ketiga-tiga jenis peranti ini masing-masing sekitar melebihi RM100. Maka,fikir-fikirkan dulu keburukan yang mungkin berlaku ye sebelum anda meninggalkan PC / Lappy..fuh!
SUMBER
mycetc.blogspot.com(Amalan harian anda)

Tuesday, January 17, 2012
Perisian percuma terkini yang digunakan oleh juruteknik komputer.
.
Laman web yang banyak membantu juruteknik komputer mendapatkan perisian percuma terkini.http://www.softpedia.com/
http://www.filehippo.com/
http://www.filehorse.com/
http://www.brothersoft.com/
http://www.freewarezoom.com/
http://www.softworld.com/

Perkara penting sebelum download:
i - Pastikan pilih yang Freeware SAHAJA.
ii - Lihat dahulu Preview atau More details pada perisian yang dipilih.
iii - Baca dahulu sinopsis perisian sekiranya anda kurang jelas fungsinya.
iv - Pilih yang support dengan OS pada komputer anda.
Perkataan penting sebelum download:
*Freeware - perisian percuma 100% dan lengkap 1 tahun lesen
*Preview / more details - fungsi atau gambaran ringkasan keupayaan sesuatu perisian
*Support - perkakasan dan perisian minima yang diperlukan bagi menjalankangnya
*OS - operating system yang diperlukan untuk perisian tersebut berfungsi. (Windows XP/Windows 7/dll)
" Gunalah perisian yang perlu sahaja bagi PC anda... "
Teks ditulis oleh juruteknik komputer Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan diedit oleh Laman Perpustakaan.

Tuesday, January 4, 2011
Format PC tu macam mana?
Bile sebut je format PC, ramai yang menyangka macam install-install program je kot? Tak pun macam delete semua fail, kemudian copy balik...ataupun cuci-cuci dalam PC, tukar-tukar wayar kot? Ataupun buang virus, lepastu dah siap lah kot?? Ape-ape pun andaian orang, saya siapkan kerja dulu, barulah terangkan balik proses format... melainkan ada lah betol sikit-sikit andaian beliau.
Format PC ni sebenarnya servis berjadual. 3 bulan adalah masa paling ideal. Tapi ade juge saye jumpe PC tak pernah diservis sampai 2 tahun, tapi prestasi PC ok lagi. Kenapa ok? sebab PC tu PC baru, perkakasan (hardware) semuanya baru dan yang penting, pemilik PC pandai jaga.. Ok lupekan pasal PC baru. Kita fokus pada PC lama-lama ( tak lah lama sangat maksud saye...zaman 2001 - 2006 lah contoh )
PC umpama kereta, timing belt, aircond belt, minyak hitam, spark plug perlu tukar...pun ikut jadual ( speedo meter ) . PC pun sama juge perlu diservis bile sampai time dia. Fuh..panjangnya intro..
Kat bawah ni, saya senaraikan ape bende saya buat time nak format PC.
1- Sebelum PC di format, saya akan pastikan PC tu ade 2 partition iaitu C:\ dan D:\.
2- Pastu, kalo takde 2 partition, saya akan bahagikan saiz hard disk kepada 2 bahagian menggunakan software Partition Magic Pro v7.0.
3- Kemudian, saya akan copy semua files penting sahaja( dikenali sebagai backup files ). Biasanya fail ni duduknya dalam My Documents, Desktop, dalam C:\ dan dataBase fail. Saya akan copy fail-fail masuk kedalam folder khas, duduknya dalam drive D:\ yang awal-awal lagi saya dah create.
Tapi macamana kalo OS tak boleh masuk? Maksud saya, Windows tak boleh masuk ke desktop...dah tentu nak backup files tak boleh kan? Ok, bile dah kene situasi begini, saya perlu re-install windows menggunakan CD dengan gelaran 'Repair Windows'. Ia bukan format, tapi lebih kepada menampal fail-fail windows yang rosak/hilang...sebabtu PC tak boleh load windows, PC akan asyik restart...restart...restart aje. Cara lain, cabut hard disk PC tu, masuk ke PC lain dan set sebagai Secondary/Slave. Copy fail guna PC kedua tu.
4- Bile PC dah boleh load windows, saya akan buat backup files.
5- Pastu, saya akan sedut driver PC tu menggunakan software Driver Grabber v3.5. Juga disimpan dalam Drive D:\. Driver = sejenis perisian untuk support semua hardware dalam PC. Contohnya, driver display, sound, network port, system, dan lain-lain.
6- Bila semua dah setle, restart PC dan masuk ke BIOS. Benda ape BIOS ni? Nama penuhnya Basic Input-Output System. Ia adalah software khas duduknya dalam Chipset yang melekat kukuh pada Motherboard. Nama chipset ni CMOS. Ia dijana oleh bateri sekuat 0.5Watt je. Nama penuhnya Complimentary Metal Oxcide Semiconductor. Fuh...macam nama asid sulfida!! Chipset ni kawal semua aktiviti hardware PC. Kira macam 'kepala' la dan pembantunya pemproses ( Processor ) ( seperti AMD, Intel, Cyrix dan Via ).
7- Dalam BIOS, saya akan setting balik hardware kasi berfungsi dengan baik. Pastu, sebelum format, saya set First Boot Device = CD ROM, Second Boot Device = IDE 0, iaitu hard disk.
8- Kemudian, masukkan CD Windows XP Original dalam CD Drive, restart PC.
9- Bermulalah proses Format Install O.S. Langkah no.9 ni akan mengambil masa 40 - 60 minit.
10- Bila dah setle, install semula driver grafik, sound, sistem dan network.
11- Pastu restart PC, install pula software seperti Antivirus, Open Office Oxygen atau Office 2007, Acrobat Reader, Winzip, video/MP3 player dan berbagai lagi ikut keperluan.
12- Bila dah siap, saya register pula antivirus dan update versinya supaya terkini dan stabil.
13- Kemudian, restart PC. Pastu, saya scan folder backup files yang dalam drive D:\ tu kot-kot ada virus mana tau kan? Kalo ada virus, delete je.
14- Pastu restart PC lagi....saya setting pula windows, antaranya block sebarang update-update yang tak perlu, taruk autorun killer ( efektif tak kasi virus execute ), setting bagi laju lagi dan macam-macam lah.
15- Bila semua dah setle, saya test tiap fungsi hardware, saya test resolusi grafik, test bunyi, test internet, test USB port dan segalanya lah.
Sekarang, siap sudah langkah format PC dari 1 sampai 15. Semua ni biasanya mengambil masa antara 1 jam setengah hingga 2 jam setengah ( kalo PC tak banyak ragam ). Kalo yang membabitkan masalah yang rumit seperti driver hilang, saya perlu download dari internet satu per satu driver. Kadang kala versi tak sama, terpaksa download semula hinggalah jumpe versi yang sama. Kasi masa 2 jam pun tak dan siap.
Ada juga yang rumit seperti fail penting hilang disebabkan oleh virus, saya lagi suka pakai command untuk lawan/hack virus dan dapatkan semula fail hilang. Saya kene setlekan dulu kes fail hilang, mana boleh main format-format je ( kes begini banyak berlaku di kedai-kedai komputer, diorang format je..bukan nak tolong selamatkan fail )Tapi bukan semua kedai, cuma segelintir je lah.
Ade juge kes windows tak boleh load, pastu fail hilang sebab virus terlalu banyak dan setahun tak pernah servis, kena pulak PC slow sangat.. Bila kene kes macam ni, proses nak format bertambah sukar kerana fail penting perlu diselamatkan dulu malah memakan masa hingga 5 jam untuk disiapkan.
Kesimpulanya, proses format install O.S ni bukan mudah jika membabitkan berbagai masalah, namum tidaklah susah mana jika PC tu ok lagi dan menepati rutin jadual setiap 3 bulan. Macam saya cakap tadi lah, kalo pemilik PC tu reti jaga dan PC masih baru, tak servis 1 tahun, 2 tahun pun takpe. Tapi nak still laju dan sedap pakai, format lah setiap 3 bulan. Tapi jika jarang pakai, format tiap 6 bulan pun ok dah tu.
**Servis tiap 3 bulan khas untuk anda yang memang guna PC untuk layari internet dan kerja menaip melebihi 7 jam sehari.
Oleh : Ijan Lanchang.

Wednesday, December 22, 2010
Bahagian 1( USB Port )
USB - 01 ( Traditional USB )Pada zaman sekarang, hampir semua komputer menggunakan USB Port menggantikan Serial Port. USB adalah ringkasan perkataan Universal Serial Bus yang mempunyai versi 1.1 (12Mbits/second), 2.0 (480Mbits/second) dan terbaru 3.0 (3.2 hingga 4.8Gb/second). Setiap versi mempunyai kelajuan tersendiri dalam pemindahan data per saat.
USB banyak digunakan oleh aksesori komputer seperti Pencetak, Pengimbas, Thumdrive, Tetikus, Papan kekunci, Kamera Digital, Pemain MP3 dan sebagainya. USB ini mempunyai pelbagai saiz, ada digelar Mini USB, Micro USB dan Standard USB yang biasa anda lihat dan pakai di komputer mahupun Komputer riba. Panjang maksimum wayar USB versi 1.0 adalah dihadkan kepada 3 meter sahaja, manakala bagi versi 2.0 adalah 5 meter dan versi 3.0 diturunkan kepada 3 meter.
USB - 02 ( Jenis USB )USB Hub adalah aksesori komputer yang cukup popular untuk menghubungkan satu komputer dengan lebih daripada 3 unit aksesori seperti Pendrive, Printer, speaker dan sebagainya. USB Hub biasanya mempunyai 3 hingga 8 port yang banyak membantu sekiranya sesebuah PC hanya mempunyai 2 port sahaja. Jangan tak tau, 1 Port USB boleh menampung sehingga 127 peranti !!
USB - 03 ( USB Hub )
Subscribe to:
Posts (Atom)