Wednesday, December 22, 2010

Penubuhan PPAP

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen No. 11 pada 26 September 1973. Operasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang untuk masyarakat bermula di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976.

Pada tahun 1985 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berpindah ke bangunan lama Ibu Pejabat Polis Pahang. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Dewan Undangan Negeri Pahang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah telah merasmikannya pada 28 Oktober 1987.

Bangunan sekarang pernah digunakan untuk Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Yang Pertama Penggal Pertama yang telah diadakan pada 22 Ogos 1959. Pada akhir September 1969, bangunan baru Dewan Undangan Negeri yang terletak di dalam Bangunan Wisma Sri Pahang dan bangunan tujuh tingkat yang menempatkan sebahagian besar pejabat kerajaan negeri siap dibina dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al - Muadzam Shah pada 29 Mac 1971.

Setelah menggunakan bangunan ini sebagai Bangunan Dewan Undangan Negeri selama lebih kurang 10 tahun, 1959 hingga 1969. Seterusnya bangunan tersebut telah digunakan sebagai Ibu Pejabat Polis Pahang sebelum diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada tahun 1985. Hingga kini Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memberikan perkhidmatan kepada masyarakat selama 25 tahun menggunakan bangunan ini.

rujukan: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan

LINK:
- www.pahang.gov.my - Institusi Dewan Undangan Negeri Pahang
- dir.home.net.my - Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Pahang
- uqconnect.net - HRH Sultan Haji AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH bin al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah, 5th Sultan of Pahang
- ms.wikipedia.org - Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
- www.iium.edu.my - Constitutional Head
- www.pekan.my - Sejarah Kesultanan Pahang
- ms-my.facebook.com - Kesultanan Diraja Pahang
- www.contactmusic.com - The Sultan of Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri-ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
- www.malaysianmonarchy.org.my - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VII Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

No comments: