Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Perpindahan PD Simpang Pelangai. Show all posts
Showing posts with label Perpindahan PD Simpang Pelangai. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Perpindahan PD Simpang Pelangai - makan

Seperti biasa peserta yang terlibat dalam gotong royong dihidangkan dengan makantengahari ala kampung Simpang Pelangai.

 01. Encik Zukri
 02. Penduduk kampung yang masih segan-segan nak makan.
 03 lauk makan tengahari
 04 Ayam masak dengan nangka
 05 Ikan keli goreng berlada.
 06 Kerabu
07. Encik Amer

Monday, April 8, 2013

Perpindahan PD Simpang Pelangai - Gotong royong

Pada 5hb April 2013 (Khamis) Perpustakaan Desa Simpang Pelangai telah berpindah ke bangunan baru yang lebih selesa. Kerja gotong royong perpindahan ini telah di bantu oleh Penduduk Kampung Simpang pelangai.

Turut serta dalam gotong royong ini adalah Pengarah perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Binti Jaafar, Pegawai Tadbir Puan Murni dan Ketua Perpustakaan Daerah Bentong.

Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga Perpustakaan Awam Pahang dengan penduduk Kampung Simpang Pelangai telah melancarkan kerja memindahkan barang dari bangunan lama PD Simpang Pelangai ke bangunan baru PD Simpang Pelangai.


 01. Dari bas ke lori
 02. dari luar ke dalam bangunan
 03. termenong seketika melihat makin banyak buku yang masuk
 04. Dari lori ke dalam bangunan
 05. Lelaki dan perempuan sama-sama bekerja
 06.Dari pintu ke atas meja
 07. Berbincang sekejap bagi menentukan nombor rak.
 08. Puan Liza Pembantu Perpustakaan PD Simpang Pelangai berpeloh 'otak' memikirkan bagaimana nak selesaikan semua kerja-kerja menyusun buku.
09.Atas lantai atas meja , semuanya penuh dengan buku.

Sunday, April 7, 2013

Perpindahan PD Simpang Pelangai - Bangunan Baru

Ini adalah rupa bahagian luar bangunan baru Perpustakaan Desa Simpang Pelangai. Perpustakaan ini terletak dibawah pentadbiran Perpustakaan Awam Daerah Bentong yang diketua oleh Encik Mohd Aseri bin Abd Malek,PKC. Perpustakaan Desa Simpang Pelangai ini diuruskan oleh Puan Liza bt Che Omar.

 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
06.

Saturday, April 6, 2013

Perpindahan PD Simpang Pelangai - Bangunan Lama

Ini adalah keadaan bangunan lama Perpustakaan Desa Simpang Pelangai. PD ini diuruskan oleh Puan Liza Bt Che Omar.

 01. Bahagian dalam setelah kerja perpindahan.
 02. Keadaan siling di anjung
 03. Wakaf yang menjadi tinggalan PD Simpang Pelangai.
 04. Keadaan dinding yang sudah berkulat.
 05. Kerja perpindahan menggunakan bas E-Pustaka.
06. Keadaan di luar bangunan.