Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Kursus 2016. Show all posts
Showing posts with label Kursus 2016. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

Bengkel Eksplorasi Perkhidmatan Perpustakaan Digital Perpustakaan Negara Malaysia

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang  akan menganjurkan bangkel ini pada:
Tarikh: 22 hingga 23 November 2016 (Selasa-Rabu)
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC), Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu, 25350 KUANTAN.
Anjuran: Perustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Bangkel ini turut dihadiri oleh seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang diperingkatiaitu ibupejabat, daerah, cawangan dan desa. Mereka akan diberikan pendedahan mengenai perpustakaan digital. Antara perkara yang akan dikongsi adalah:

1.    PENGENALAN

1.1    Portal  Perkhidmatan  Sumber  Elektronik  PNM  (PNM  Digital)  mula  diperkenalkan
pada April 2012 dan portal ini merupakan portal utama yang  membolehkan  rakyat  Malaysia  mengakses  pelbagai  maklumat  dari  pangkalan  data  yang  dilanggan  dan  juga  inisiatif  digital  PNM.  Perkhidmatan ini boleh diakses melalui url: www.pnmdigital.gov.my

1.2    Pada tahun 2015, Perkhidmatan Perpustakaan Digital PNM telah dijadikan  sebagai
salah satu daripada Pelan Transformasi  MOTAC di bawah inisiatif  Merakyatkan  Perkhidmatan  Awam.  Sasaran  pencapaian  yang  perlu  dicapai  ialah  sebanyak  2,341,642  juta  penggunaan.  Sehingga  akhir  berakhir  Disember  2015,  sasaran  yang  dicapai  ialah  sebanyak  4.1  juta penggunaan.

1.3    Pada  tahun  2016,  Perpustakaan  Digital  PNM  yang  merupakan  kesinambungan 
daripada  Perkhidmatan  Perpustakaan  Digital  PNM  di bawah Pelan Transformasi MOTAC 2015.   Walau bagaimanapun, sasaran  promosi  perkhidmatan  ini  bagi  tahun  2016  lebih    difokuskan  kepada Penjawat  Awam  dan  sasaran  yang  ditetapkan  ialah  sebanyak  3  juta penggunaan.   Kajian  impak  penggunaan  juga  perlu  dilaksanakan  pada penghujung tahun 2016. 

2.  OBJEKTIF BENGKEL
2.1    Menjadikan  Perpustakaan  Digital  PNM  sebagai  medium  utama  rujukan  maklumat
         oleh semua penjawat awam di Malaysia.

2.2    Meningkatkan  usaha  bagi  menggalakkan  lebih  ramai  pengguna  merujuk kepada
         maklumat yang sahih.

2.3    Berusaha  meningkatkan  statistik  penggunaan  selaras  dengan  sasaran yang  telah 
ditetapkan  oleh  Kementerian  Pelancongan  dan  Kebudayaan Malaysia iaitu pencapaian sebanyak 3 juta pengguna pada tahun 2016.
2.4    Meningkatkan  kesedaran  terhadap  pentingnya  amalan  membaca  dan literasi
         maklumat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tuesday, November 15, 2016

PROGRAM KEM AULAD BESTARI Kolej Yayasan Pahang

Pihak Kolej Yayasan Pahang akan mengadakan:
Program: KEM AULAD BESTARI
Tarikh: 30hb November - 2hb Disember 2016 (3H2M) (Rabu, Khamis dan Jumaat)
Tempat: Kempville Beach Resort, Kampung Kempadang Kuantan, pahang.
Peserta: Kanak-kanak berusia antara 10 tahun hingga 14 tahun.
 Jurulatih Khas Kem Aulad Bestari:
IMAM MUDA 
NURI ALI

Pengisian KEM AULAD BESTARI:
1. Taaruf & Minda Bestari
2. Stesen Smart Aulad
3. Praktikal Wuduk & Solat
4. Literasi Al-Quraan
5. Riadah Bestari
6. Himpunan Doa dan Zikir
7. 1 Rumah 1 Imam
8. Pertandingan Azan dan Iqamat
9. Keluarga Sunnah Anak Soleh

Yuran KEM AULAD BESTARI: RM290 seorang
Harga Istimewa KEM AULAD BESTARI: RM750 bagi 3 orang

Untuk maklumat lanjut tentang KEM AULAD BESTARI Ssila hubungi:
Pn Norabidah bt Zainol Abidin (Kak Abidah) 019-345 3386
Cik Zulaikha bt Zainudin (Kak Zulaikha) 011-1994 5252
Cik Wan Zarifah bt Hassan (Kak W.Zarifah) 019-987 5848

Wednesday, March 30, 2016

Seminar Tranformasi Image Profesional di INTAN Kemaman bersama Raihan Abdul Rahman

Seminar telah diadakan pada 29hb Mac 2016 di Dewan Samudera INTAN Kampus Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu. Seminar ini berlangsung selama satu hari penuh.

Seminar Tranformasi Image Profesional dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Raihan Abdul Rahman dari Perunding Image Muslimah. Seminar disampaikan dalam suasana yang santai dan menarik.

Permulaan seminar ini, peserta diingatkan akan kepentingan 'Pandangan Pertama = First Impression'. Perkara ini berlangsung amat pantas iaitu antara tiga hingga empat saat sahaja. Apabila cukup tempoh 30 saat, penilai sudah yakin dengan apa yang dilihat semasa Pandangan Pertama = First Impression.

Sumber gambar: [raihan.awaken-image.com]

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa syarikat-syarikat besar di dunia menilia pemohon kerja melalui Resume yang diterima oleh syarikat. Seorang pemohon boleh mengupah orang yang lebih mahir untuk membuat resume yang hebat dan dia juga perlu mengupah seorang yang pakar untuk menyiapkan imeg dirinya untuk menghadiri temuduga. Aspek 'Pandangan Pertama = First Impression' menjadi keutamaan yang boleh menentukan adakah dia akan diambil bekerja atau tidak. Ramai yang tidak sedar bahawa keputusan untuk mengambil atau tidak seseorang pemohon dibuat dalam tempoh 30 saat setelah pemohon memasuki bilik temuduga.

'Pandangan Pertama = First Impression' bukan sekadar menunjukkan image kita kepada orang lain. Tetapi 'Pandangan Pertama = First Impression' sebenarnya adalah apa yang kita akan tinggalkan dalam ingatan orang lain.

Kita tidak boleh mengubah rupa paras kita untuk disesuaikan dengan pelbagai keadaan. Tetapi kita boleh mengubah cara kita berpakaian, cara kita bersuara, cara kita berkelakuan dan perkataan yang kita gunakan.

Pakar-pakar berpakaian telah mengkelaskan cara orang berpakaian dalam pelbagai kategori. Tetapi dalam Seminar Tranformasi Image Profesional 2016 ini, Puan Raihan Abdul Rahman memilih empat kategori sahaja. Iaitu:
A. Natural - Natural Sporty - Sporty Casual
B. Klasik - Tailored Classic - Classic Elegant
C. Romantik - Feminine Romantic
D. Dramatik - High Fashion Dramatic - Exotic Dramatic
Rujuk: books.google.com.my

Semasa sesi ini, empat orang model lelaki dan empat orang model perempuan telah dipilih untuk membuat pertunjukan. Disini ditunjukkan contoh terbaik cara berpakaian. Tetapi orang yang berpakaian kemas segak cantik dan lawa perlu diimbangkan dengan cara berkomunikasi yang baik.

Seterusnya peserta seminat Seminar Tranformasi Image Profesional telah diterangkan dengan konsep 3V.

Selama ini kakitangan kerajaan mungkin lebih menitikberatkan pada kesopanan dalam pemilihan kata-kata iaitu apa yang hendak ucapkan atau lebih dikenal dengan elemen verbal.

Seterusnya Puan Raihan Abdul Rahman menerangkan keadaan sebenarnya 'Pandangan Pertama' oleh pelanggan. Kakitangan awam hanya memberi tumpuan sebanyak  7% sahaja kepada perkataan yang mereka pilih. Selebihnya kepada aspek non verbal seperti intonasi suara iaitu voice sebanyak 38% dan bahasa tubuh atau ekspresi iaitu visual sebanyak 55%.

Sebab itulah kakitangan awam perlu memberikan pehatian kepada aspek visual termasuklah gaya kita berpakaian.

Walau apa pun gaya yang ada dalam diri kita samada:
A. Natural - Natural Sporty - Sporty Casual
B. Klasik - Tailored Classic - Classic Elegant
C. Romantik - Feminine Romantic
D. Dramatik - High Fashion Dramatic - Exotic Dramatic

Sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri atau dengan kerajaan persekutuan perlu memilih untuk berubah menjadi KLASIK sahaja. Gaya ini perlu diterapkan semasa waktu bekerja di pejabat. Diluar pejabat atau luar waktu pejabat masing-masing boleh berubah kepada 'gaya semula jadi' masing-masing.

Kesimpulan kakitangan perlu BERUBAH menjadi klasik semasa di pejabat dan BERUBAH menjadi diri masing-masing diluar waktu pejabat atau ketika bertugas luar pejabat.

Puan Raihan Abdul Rahman adalah seorang Perunding dan Jurulatih Imej Bertauliah.

Puan Raihan Abdul Rahman merupakan International Certified Style & Colour Consultant daripada By Ferial Image Consulting.

Puan Raihan Abdul Rahman juga telah menerima pengiktirafan sebagai Certified NLP Practitioner National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau turut menerima Mastery Learning Fasilitator di bawah Take Charge! Learning Facilitator System.

Puan Raihan Abdul Rahman adalah ahli kepada Malaysian Association Of Professional Speakers (MAPS) dan ahli kepada Pertubuhan Perunding & Motivasi Malaysia (TAMRIN).

Puan Raihan Abdul Rahman memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih dari 10 tahun sebagai perunding dan jurulatih di dalam kursus- kursus berkaitan pengurusan imej organisasi, pengurusan pelanggan, pengucapan awam, protokol,etiket, pengendalian majlis, pengacaraan majlis, pengurusan mesyuarat dan kepimpinan.

Pengalaman selama 10 tahun Puan Raihan Abdul Rahman bertemu dengan ramai pelanggan dan peserta dari pelbagai latar belakang memberikan kelebihan dan kemahiran kepada beliau dalam mengendalikan sesi latihan dan rundingan imej yang kendalikan.

Tajuk-tajuk program yang pernah dikendalikan oleh Puan Raihan Abdul Rahman adalah seperti berikut:
• Corporate Image Grooming
• The Power of Professional Appearance
• Create and Master your Self Brand
• Business & Social Etiquette
• Excellent Customer Services
• Transformasi Penampilan & Etika Dalam Imej Profesional
• Profesional Image Branding

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Puan Raihana Abdul Rahman sila klik [raihan.awaken-image.com]. Awaken Training  Consultancy beralamat di 319 Blok A, Lobby B, Kompleks Kelana Centre Point, Jalan SS7/19, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor..

Wednesday, March 2, 2016

SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER bersama YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor


SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER
YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
 sember gambar: dteconsult.com.my

Permulaan sesi ini YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor mengajak semua peserta membuat andaian bahawa mereka mereke diberi peluang untuk memilih mahukan seorang anak lelaki atau seorang perempuan.

Peserta pilihan ditanya kenapa mereka memilih untuk mendapatkan seorang anak lelaki atau seorang anak perempuan.

Pelbagai jawapan diterima, antaranya (1) penyambung zuriat (2) merasa lebih stabil (3) pembahagian harta (4) boleh dibuat kawan (5) boleh menjaga masa tua (6) rasa selamat (7) dan macam-macam lagi.

Dalam sesi 'games' ini 75 peratus memilih untuk mendapatkan anak lelaki manakala selebihnya mahukan anak perempuan.

YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor membuat kesimpulan ringkas dari 'games' ini adalah, bukan anak mana yang penting. Perkara yang mahu ditekankan adalah kenapa membuat pilihan tersebut.

Memilih untuk mendapat anak lelaki atau anak perempuan adalah isu jantina.

Tetapi sebab kenapa memilih untuk mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan adalah isu gender.

Isu jantina dan Isu Gender ini perlu dipandang dari sudut yang berbeza.

Isu jantina sesuai dikatakan sebagai ketentuan atau takdir atau kehendek tuhan. Bukan perkara yang mudah untuk kita menukar jantina seseorang setelah ditakdirkan itulah jantinanya. Mungkin kita boleh berdoa atau mengawal permakanan untuk membolehkan kita mendapatkan jantina anak yang dihajati. Setelah seseorang itu dilahirkan dengan jantinanya dia boleh memilih untuk melakukan pembedahan untuk menukar jantina.

Menurut YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Isu Gender sesuai dikatakan sebagai pengaruh budaya satu-satu masyarakat. Dari sudut budaya, ada situasi yang memang mendorong supaya kita lebih menghargai anak lelaki. Isu Gender ini kita boleh juga anggap sebagai pandangan masyarakat.

Pandangan masyarakat ini boleh diubah dengan mudah jika anggota masyarakat mahu menukar pandangan masing-masing terhadap isu ini. Seterusnya menukar budaya masyarakat. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh Dr. Tengku Naufal.

Isu Gender disini bukan bermaksud merendahkan hukum Islam. Islam telah menghangkat martabat wanita kepada kedudukan yang amat tinggi berbanding dengan sebelum kedatangan Nabi dan Rasul yang akhir.

Amerika syarikat yang dianggap maju baru sahaja membenarkan kaum wanitanya mengundi pada tahun 1920. Dengan kata lain mereka baru sahaja memperbaiki Isu Gender ini pada tahun 1920 iaitu belum sampai 100 tahun.

Bagi melihat perkara ini dari sudut lebih luas, YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor menceritakan statistik pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun 2015. Lebih kurang 210,000 adalah perempuan manakala 230,00 adalah lelaki. Perbandingan ini adalah hampir-hampir sama.

Tetapi apabila dilihat peratus pelajar yang mendapat tempat di universiti pada tahun 2015 menjadi terbalik. 70 peratus adalah pelajar perempuan manakala 30 peratus adalah pelajar lelaki.

Sepintas lalu, jika kita lihat kesan jangka panjangnya akan muncul lebih ramai pemimpin wanita yang memegang tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Tambahan jika syarat kelulusan akademik menjadi syarat utama.

Seterusnya YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor menceritakan statistik pencapaian 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam pernah dicapai.

Seterusnya beliau mahu kita merujuk kepada Gender Developement Index (GDI). Bagi tahun 2013, Malaysia berada pada kedudukan 91 dikalangan 148 negara. Untuk info terbaru kita perlu merujuk GDI 2015.

Sebenarnya banyak perkara telah dikongsi oleh beliau dalam sesi yang menyeronokkan. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah telah menghantar 5 orang pegawai bagi menghadiri seminar ini.

SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER
1 Mac 2016 (Selasa)
8.00 pagi - 1.00 petang
Dewan Samudera, INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
24007 Kemaman.

Sesi 1:
Gender vs Jantina: Satu Kupusan Berkenaan Kerelevenan Gender Dalam Kepimpinan
Sesi 2:
Peranan Penjawat Awam Dalam Mengarusperdanakan Gender

Rujukan:
DTeC designs and develop training options which are tailored to meet specific needs of the organization. These are based on an in depth assessment and analysis of the existing level of performance, and the level of performance which the organization wishes to achieve..[dteconsult.com.my]

Links:
1.  KESAKSAMAAN Gender adalah satu daripada agenda penting dalam usaha kerajaan mencapai objektif menjadi sebuah Negara maju berlandaskan pembangunan yang seimbang dalam arus globalisasi  pada masa kini. [umk.edu.my]
2. “The ultimate goal of gender mainstreaming is to achieve gender equality. Both men and women play roles to complement each other because each bring in different values, views, capabilities, and ways of doing things.” [niew.gov.my]
3. Tengku Dr Naufal Tengku Mansor said most women were taken advantage of because of a flawed concept where women were regarded as weak, unable to defend or make decisions for themselves. [thestar.com.my]
4. Yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. [gpmsuitm.wordpress.com]
5. Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender - PowerPoint PPT Presentation [powershow.com]
6. Majlis dimulakan dengan 'Ceramah Motivasi' berkaitan dengan 'Keganasan Terhadap Wanita' oleh Dr Tengku Naufal bin Tengku Mansor. Sila rujuk biodata beliau di bahagian bawah page ini.  Aku perolehi dari internet.  Menarik juga ceramah beliau.  Memberikan penjelasan tentang apa itu keganasan terhadap kaum wanita dari segi perundangan dan sosiologi.[coltoras1959.blogspot.my]
7. Artikel-artikel yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. [kes2syariah.blogspot.my]
8. Victorian Personalities (Past & Present)- Over 2,100 names - Here is the reason why the Victoria Institution is great - its Old Boys and Old Girls, in every field of endeavour!  [viweb.freehosting.net]