Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Bas Perpustakaan. Show all posts
Showing posts with label Bas Perpustakaan. Show all posts

Thursday, February 2, 2017

Aktiviti Bersama Bas Perpustakaan

Beberapa lokasi di Pahang masih mempunyai Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Tetapi bas ini tidak lagi digunakan untuk memberikan pinjaman buku kepada pelajar-pelajar disekolah dan kampung. Perkhidmatan ini telah ditukar kepada nama Perkhidmatan Kelompok. Bas ini akan menghantar sebanyak 100 buah buku kepada mereka yang membuat pinjaman kelompok. Kumpulan yang meminjam ini akan memberikan pinjaman buku tersebut kepada ahli mereka. Setiap dua atau tiga bulan, bas ini akan datang untuk menukur buku-buku tersebut.
01.
02.

Sunday, August 1, 2010

Penjenamaan Semula Perkhidmatan Bergerak

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah melakukan penjenamaan semula Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak. Melalui penggunaan bas bergerak, perkhidmatan yang ditawarkan adalah pinjaman kelompok dan penghantaran buku pinjaman kelompok tersebut. Serentak dengan ini semua jadual perkhidmatan ke hentian-hentian bergerak di seluh negeri pahang dihentikan. Pihak yang masih berminat dengan pinjaman buku boleh memohon Perkhidmatan Pinjaman Kelompok.


(Bas Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Jerantut)

Sebelum ini Perkhidmatan Pinjaman Kelompok tiada perkhidmatan penghantaran. Dengan penjenamaan semula maka digabungankan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak dengan Pinjaman Kelompok. Tetapi perkhidmatan penghantaran ini diberikan kepada organisasi seperti JKKK, KRT, rumah anak yatim dan seumpamanya. Bagi Jabatan kerajaan, mereka masih perlu mengambil dan menghantar sendiri buku pinjaman kelompok yang dipinjam.

Kepada JKKK, KRT, rumah anak yatim, pemilik perpustakaan keluarga dan seumpamanya boleh mendapatkan Perkhidmatan Pinjaman Kelompok dengan berhubung dengan perpustakaan awam daerah yang paling hampir dengan tempat anda.

PERBANDINGAN ANTARA PERPUSTAKAAN BERGERAK DAN PINJAMAN KELOMPOK

1
DULU - Individu yang menjadi sasaran keahlian
KINI - Organisasi yang menjadi sasaran keahlian ahli
2
DULU - Buku dipinjamkan kepada individu
KINI - Buku dipinjamkan kepada organisasi
3
DULU - Satu orang ahli meminjam dua buah buku
KINI - Satu organisasi meminjam 100 buah buku
4
DULU - Individu meminjam selama 2 minggu
KINI - Organisasi meminjam selama 1 bulan
5
DULU - Buku diletakkan dalam bas
KINI - Buku diletakkan dalam kampung
6
DULU - Membaca disasarkan secara individu
KINI - Membaca disasarkan secara kelompok

DULU lain, KINI Lain.
Serupa tetapi tak sama.


Beberapa syarat dan borang perjanjian perlu dipatuhi dan dilengkapkan.

Saturday, March 6, 2010

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak adalah salah satu kemudahan yang disediakan untuk masyarakat luar bandar bagi mendapatkan pelbagai bahan bacaan. Perbadanan Perpustakaan Awam pahang telah memulakan perkhidmatan perpustakaan bergerak ini pada tahun 1983. Berikut adalah sejarah penubuhan bas tersebut:
01 Perpustakaan Bergerak 1(Kuantan -1983) tamat
02 Perpustakaan Bergerak 2 (Kuantan -1984) tamat
03 Perpustakaan Bergerak 3 (Bentong - 1990 )
04 Perpustakaan Bergerak 4 (Jerantut - 1999)
05 Perpustakaan Bergerak 5 (Maran - 1992)
06 Perpustakaan Bergerak 6 (Lipis -1993) tamat
07 Perpustakaan Bergerak 7 (Temerloh - 1995)
08 Perpustakaan Bergerak 8 (Rompin - 1994) tamat
09 Perpustakaan Bergerak 9 (Pekan - 1995) tamat
10 Perpustakaan Bergerak 10 (Kuantan -1997)
11 Perpustakaan Bergerak 11 (Bentong -1998)
12 Perpustakaan Bergerak 12 (Kuantan) tamat
13 Perpustakaan Bergerak 13 (Raub - 1999)
01.