Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, August 23, 2019

BUKU: Kuliyah Subuh Terakhir Ayah

No. Perolehan : 12-001976
Call No : F ASF
ISBN : 9789670287706
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu
Ulasan : Buku bertajuk Kuliyyah Subuh Teakhir Ayah  Karya Azfa Razfa ini mengisahkan tentang seorang budak Hakimi. Kisah Hakimi seorang budak tahun Enam yang akan Menduduki peperiksaan UPSR telah diduga dengan Kematian ayahnya yang amat disayangi . Ayah Hakimi Adalah seorang Imam Masjid di tempat beliau. Ayahnya Juga merupakan seorang Tukang Kebun yang berdedikasi Di sekolah Hakimi. Kehidupan Hakimi lebih mencabar apabila mula menjadi  Seorang anak yatim. Ujian  demi ujian terpaksa dihadapiNya.

Tetapi dengan sifat jujur dan didikan agama yang cukup  yang telah diterapkan oleh arwahnya, Hakimi dapat  melalui segala dugaan yang dihadapi  dengan sokongan dari ibunya.

Judul : Kuliyah Subuh Terakhir Ayah
Pengarang : Asfa Razfa
Penerbit : Nukilan Unggul Publication Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 9.50
Muka Surat : 171
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan Desa Simpang Pelangai

BUKU : JANGAN GANGGU JODOHKU!

BUKU :  JANGAN GANGGU JODOHKU!

NO. PEROLEHAN :DBER 19-007610
CALL NO. : FMD UMI
ISBN : 978-967-2102-71-7
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
BUKU INI MEMPUNYAI KELAINAN DARI NOVEL LAIN KERANA KISAH PERCINTAANNYA ANTARA MANUSIA DAN GOLONGAN JIN. ALIZA SEORANG GADIS YANG ISTIMEWA KERANA BERUPAYA BERINTERAKSI DENGAN MAKHLUK ALAM GHAIB NAMUN KEADAAN MENJADI RUMIT KERANA ALIZA SERING DIGANGGU DAN SAKIT APABILA SOAL PERKHAWINAN DIBANGKITKAN.

DARIPADA SEORANG GADIS LEMAH LEMBUT ALIZA MENJADI SEORANG GADIS YANG KURANG AJAR DAN PERENGUS.SEMUA INI ADALAH ANGKARA ABU IAITU JIN JANTAN YANG MENYUKAI ALIZA DAN AKAN MARAH JIKA ADA LELAKI MANUSIA YANG INGINKAN ALIZA DAN JUGA JIN SAKA NENEK SAUDARA ALIZA YANG MENURUNKAN ILMU KEBIDANAN KEPADA ALIZA.

PENYAKIT ALIZA SEMAKIN MENJADI-JADI APABILA ALIZA JATUH HATI PADA IMRAN SEORANG DOKTOR YANG BERGITU ANGKUH DAN SANGAT TIDAK MEMPERCAYAI DUNIA ALAM JIN. IMRAN MENGANGGAP ALIZA SAKIT MENTAL DAN HANYA MENGAMBIL KESEMPATAN KEATAS MAJIKANYA,PUAN SHAHIDA MERANGKAP KAKAK KEPADA IMRAN.

AKHIRNYA ATAS PENGALAMAN IMRAN DIGANGGU SAKA MAKCIK RATU LEMPENG,IMRAN SEDAR AKAN KESALAHANNYA DAN MULA MEMBANTU ALIZA DALAM MELAWAN DARI TERUS DIKUASAI OLEH JIN-JIN TERSEBUT DENGAN MENJADIKAN ALIZA SEBAGAI ISTERINYA.BUKU INI BANYAK PENGAJARAN DAN UNSUR-UNSUR ISLAMIK BUAT KITA SEBAGAI UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK TERJERUMUS KEARAH PERLAKUAN MENYEKUTUKAN ALLAH

JUDUL : JANGAN GANGGU JODOHKU!
PENGARANG : UMIE NADZIMAH
PENERBIT : PENULISAN ENTERPRISE
TAHUN TERBIT :2018
HARGA :RM22.00
MUKA SURAT :462
RATING :4/5

Thursday, August 22, 2019

Buku: CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 3.0

Buku: CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 3.0

No Perolehan: EJEN000731
ISBN: 978-967-2014-15-7
Kategori: 808.882

Ringkasan/ Ulasan

Buku Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0 ini ini sesuai untuk bacaan pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Penulisannya disumbang oleh 4 orang doctor perubatan, seorang ahli diet dan seorang ahli farmasi.

Penulisan buku  ini berkisar tentang perkara yang dilalui oleh para penulis sehari-hari, yang menyelitkan unsur jenaka dan adakalanya kita menangis dengan sentuhan realiti.

Sesungguhnya doktor ialah insan yang sangat istimewa. Pendidikan dan latihan yang dilaluinya menyediakannya lasak mental dan fizikal disamping berkemahiran membantu manusia lain baik secara perubatan mahupun secara psikologi.

Judul: CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 3.0
Pengarang:  DR Kamarul Ariffin
Penerbit: Penerbitan KataPilar Books
Tahun Terbit:  2017
Harga: RM30.00
Muka surat: 253
Rating: 3

Ulasan oleh: 
Norzini binti Majid PD Kerdau


Wednesday, August 21, 2019

Buku: Menu Sihat Sesuai Kumpulan Darah AB

Buku: Menu Sihat Sesuai Kumpulan Darah AB

No Perolehan: ESAN 003582
ISBN: 978-967-371-910-5
Kategori: D 641.563

Ringkasan/ Ulasan

Rasa terpanggil untukmengulas buku ini disebabkan  saya mempunyai kumpulan  darah AB. Banyak manfaat yang saya perolehi setelah selesai saya membacanya. Lebih teruja lagi kumpulan darah AB ini adalah kumpulan darah paling akhir muncul dan bilangan pemilik darah ini paling sedikit.

Pelbagai manfaat kesihatan dapat diperolehi apabila menerapkan diet yang disarankan oleh penulis berdasarkan kumpulan darah.

Antara manfaatnya pemilik darah AB ini akan tampil awet muda dan terhindar dari pelbagai masalah kesihatan yang kronik serta dapat menstabilkan emosi supaya tidak mudah tertekan dan murung. Didalam buku ini disediakan resipi mudah menu sihat dan sesuai dalam 7 hari untuk diamalkan.

Saranan saya khas buat pemilik darah kumpulan AB buku ini amat sesuai untuk dibaca dan manfaatkanlah apa yang penulis sarankan.

Judul: Menu Sihat Sesuai Kumpulan Darah AB
Pengarang: Prof. Dr. Ir. Ali Khomsan, MS Bayu Indrakusuma
Penerbit: Synergy Media
Harga: RM 20.40
Mukasurat: 87
Rating: -

Ulasanoleh:
Puan Juwahi Md Amin,
PD Siber Sanggang

Tuesday, August 20, 2019

Buku: Sihat Dengan Minyak Zaitun

Buku: Sihat Dengan Minyak Zaitun

No Perolehan: 003725
ISBN: 978-967-0268-79-8
Kategori: 600

Ringkasan/ Ulasan
Buku SIHAT DENGAN MINYAK ZAITUN Berserta Resepi-resipi Pilihan ini adalah mengisahkan tentang buah zaitun merupakan pohon yang penuh dengan keberkatan dan khasiat tersendiri.Selain daripada itu dia juga boleh digunakan sebagai bahan makanan dan juga ramuan penting dalam proses perubatan dan penyembuhan penyakit.
Buah zaitun juga didalam menu pemakanan atau diet seharian buah atau minyak zaitun merupakan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan.
Kepada yang suka atau ingin menjaga kesihatan dengan lebih baik atau teratur boleh membaca buku ini sebahagai bahan rujukan untuk dijadikan panduan.Semoga buku ini dapat memberikan kita inspirasi untuk mengamalkan diet dan pemakan yang lebih sihat dan penuh berkat.

Judul: Sihat Dengan Minyak Zaitun Beserta Resepi-Resepi Pilihan
Pengarang: Prof.Dr.Sa’id Hammad
Penerbit: Ar-Risalah Product Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2013
Harga: RM12.00
Muka surat: 130
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norasuryanti Binti Abdul Rapar, PD Kerdau

Monday, August 19, 2019

Buku: Kiriman Daripada Tuhan

Buku: Kiriman Daripada Tuhan

No Perolehan: DTEM 007774
ISBN: 978-967-203-857-3
Kategori: Kesusasteraan
Ringkasan/ Ulasan:
Membaca buku ini seperti berkongsi pengalaman dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang hidup ini. Meneliti semula takdir dan hikmah yang sangat besar telah Allah S.W.T. kurniakan kepada diri ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
Kisah penulis disampaikan melalui 27 surat menggambarkan kehidupan beliau yang boleh dijadikan tauladan buat pembaca.
Dapatkan buku ini dan semoga dapat membuka mata seluasnya.

Judul: Kiriman Daripada Tuhan
Pengarang: Thoyba Mursyidah
Penerbit: Musread Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM25.00
Muka surat: 180
Rating: 5

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

BUKU: Bila Allah Menduga Kita

ULASAN BUKU PAD Bentong – BIL. 7/ 2019
BUKU: Bila Allah Menduga Kita

No. Perolehan : DBEN 004454
Call No : 297.57 (ALW)
ISBN : 9789675426063
Bahasa : Melayu
Kategori : Keagamaan

Ulasan :
Buku Bila Allah Menduga Kita mengisahkan Kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah di mukabumi ini tidak lari dari ujian dan dugaan untuk menilai setakat mana keimanan dan keupayaan kita menghadapinya.

Ujian yang diberikan oleh Allah kepada setiap hambanya adalah bersesuaian dengan kemampuan masing-masing mengharunginya. Dari sejak kita wujud, dilahirkan ke dunia sehinggalah kita kembali kepadaNya tidak akan terlepas dari ujian yang bersesuaian dengan keadaan usia kita.

Allah ingin melihat sikap dan tindakbalas dan bagaimana cara kita berikhtiar dalam menghadapi setiap ujian yang diberikan. Adakah kita redha atau merungut dengan setiap ujian yang menimpa kerana setiap ujian yang dating adalah berbeza dan kadang-kadang ianya tanpa diduga oleh fikiran kita.

Persoalannya adalah kenapa kita diberikan ujian dan diduga dengan berbagai perkara tersebut. Sebenarnya Allah ingin setiap hambanya sentiasa mengingati setiap nikmat yang dianugerahkan dan sentiasa mengingatiNya dan Dia Maha Mengetahui kenapa kita diberi dugaan sedemikian rupa.

Adakah kita sentiasa berwaspada dan mempersiapkan diri menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba.
Tujuan segala dugaan diberikan adalah untuk memberikan kita pengertian tentang erti kehidupan kita di bumi Allah ini. Allah menjadikan kita bukanlah sia-sia. Allah ingin melihat tindakan kita yang seringkali lalai, bagaimana kita mengisi masa kita, menguatkan diri dan dalaman kita dan mengambil iktibar dan mensyukuri setiap dugaan yang dihadapi samada kita suka ataupun tidak.

Kita juga hendaklah berprasangka baik kepada Allah dengan setiap dugaan yang datang kerana kita adalah manusia yang suka mengeluh dan sering meyalahkan takdir. Kita juga disarankan mengambil pelajaran berpandukan Al-Quran dan Hadis agar kita menghindari sikap suka berandaian dan tidak bersyukur.
Setiap dugaan dan ujian yang diturunkan Allah ingin menjadikan kita kuat, sabar, berprasangka baik dan sentiasa bersiap sedia agar menjadi hamba Allah yang diredhai dan disayangiNya.

Judul : Bila Allah Menduga Kita
Pengarang : Syed Alwi Alatas
Penerbit : Mustread Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 15.92
Muka Surat : 189 ms
Rating : 8/10

Disediakan Oleh :
Halid bin Zainal
Perpustakaan Awan
Daerah Bentong

Sunday, August 18, 2019

BUKU: Waris Dukun Hitam

ULASAN BUKU PAD BENTONG – Bil. 7/2019
BUKU: Waris Dukun Hitam

No. Perolehan : DBEN 001443
Call No : F SYI
ISBN : 9789674062460
Bahasa : Melayu
Kategori : NOVEL SERAM

Ulasan : “ WARIS DUKUN HITAM” adalah buku novel seram dimana
  penulis membawa pembaca mengembara ke dunia ilmu
     hitam. Buku ini mengisahkan pengamal ilmu hitam iaitu
    watak Nek Kuntum yang mencari waris untuk mewarisi ilmu
    yang diperolehi olehnya turun-temurun,namun orang yang
dipilih tidak mahu menerimanya. Siapakah yang bakal
mewarisi ilmu dukun hitam?dan siapa yang akan menjadi
mangsa kepada perjanjian syaitan,oleh itu nikmatilah cerita
“WARIS DUKUN HITAM” sehingga ke penghujungnya untuk
mengetahui jawapan kepada persoalan. Mari kita sama-sama
mencari jawapan.

Judul : Waris Dukun Hitam
Pengarang : syikin zainal
Penerbit : karnaDya
Tahun Terbit : 2017
Harga : RM 22.00
Muka Surat : 387
RATING : 5/5

Disediakan Oleh :
Norazmah Binti Abdul Rani
  Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Saturday, August 17, 2019

BUKU: RAHSIA HERBA

ULASAN BUKU BULAN JULAI 2019 PD KEMASUL
BUKU: RAHSIA HERBA

Penulis :Theressa Ong
Kategori : 615.32109595
ISBN : 983-124-259-9
Halaman : 196
Harga : RM14.40

Buku ini memaparkan pelbagai jenis herba seperti aprikot, asparagus, biji sawi,  cekur, dukung anak dan banyak lagi dengan nama saintifik masing-masing, sifat-sifat dan nilai zat makanan yang terkandung di dalamnya. Di samping itu, didedahkan juga cara penyediaan setiap herba ini dan menitikberatkan nilai-nilai zat makanan dan kandungan  fitokimia dalam herba untuk tujuan perubatan.

Kaedah penyediaan dan pengambilannya juga dinyatakan secara terperinci agar dapat digunakan dengan cara yang betul. Ada juga dinyatakan herba ini beracun atau tidak dan adakah sukar atau mudah didapati di sekitar kampung.

Sebagai contoh, buah pala dengan nama saintifiknya Myristica fragrans sangat berguna untuk dijadikan minyak bagi merawat kegatalan, jeragat dan bau mulut. Selain itu, buah pala juga merawat masalah gastrik dan membantu meredakan masalah penghadaman.

Berbagai-bagai herba terdiri daripada buah-buahan boleh dimanafaatkan menjadi ubatan harian jika diamalkan dengan cara yang betul.  Banyak ilmu yang terdapat dalam buku rahsia herba ini.

Disediakan oleh,
(ARMAH BINTI ABAS)
PERPUSTAKAAN DESA  F.KEMASUL.

Buku 25 CENDEKIAWAN ISLAM

JUDUL BUKU : 25 Cendekiawan  Islam
N0.PENGKELASAN : 150.194  AZI
ISBN : 978-967-5426-79-7
PENGARANG : SHAFIQ ABDUL RAHMAN
TARIKH / TAHUN : -
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM 20.00

ULASAN :
Kelahiran cendekiawan-cendekiawan Islam ini adalah hasil daripada ‘generasi al-Quran’ yang bukan setakat menhafal ayat-ayat al-Quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan kitab tersebut, lalu berusaha menjelmakan ‘mukjizatnya’ dalam kehidupan harian.

Antara tokoh cendekiawan yang diceritakan dalam buku ini ialah, Al-Jazari atau nama sebenarnya Badi Al-Zaman Abulezz bin Ismail bin Al-Razzaz Al-Jazari. Beliau merupakan perintis kejuruteraan mekanikal dan ilmu robotik. Al-Jazari dilahirkan pada tahun 1136 di Iraq. Ketika Al-Jazari berkhidmat dengan kerajaan Turki, beliau menghasilkan banyak ciptaan hingga menyebabkan beliau dikagumi dan diiktiraf sebagai perintis kepada kejuruteraan mekanikal moden oleh cendekiawan barat. Al-Jazari meninggal dunia pada tahun 1206 ketika berusia 70 tahun. Beliau telah banyak meninggalkan jasa pada umat Islam terutamanya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sistem robotik. Maka tidak hairanlah jika beliau dianggap sebagai pelopor kejuruteraan mekanikal moden.

    Seterusnya, antara tokoh lain yang disebutkan dalam buku ini ialah, Ibnu Bajjah atau nama sebenarnya ialah Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin Al-Sayigh. Beliau dilahirkan pada tahun 1095 di Saragossa, Sepanyol. Ibnu Bajjah merupakan ahli falsafah terkenal dari bumi Sepanyol. Beliau pandai berpuisi dan turut meminati bidang muzik. Ibnu Bajjah juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang astronomi, perubatan, fizik dan lain-lain. Kerana pengetahun beliau yang luas dalam pelbagai bidang, beliau telah dilantik menjadi seorang menteri kepada Amir Abu Bakar bin Ibrahim. Akhir sekali, Ibnu Bajjah juga turut menyumbang dalam bidang psikologi Islam. Beliau membuat kajian terhadap ilmu psikologi berdasarkan kepada pengetahuannya dalam ilmu fizik. Ibnu Bajjah meninggal dunia pada tahun 1138 di usia yang muda iaitu ketika berusia 43 tahun. Menurut sesetengah ahli sejarah, Ibnu Bajjah mati akibat diracun oleh musuh-musuhya.

Banyak lagi kisah-kisah cendekiawan, namun pengulas hanya senaraikan 2 sahaja. Semoga kisah-kisah insan yang istimewa ini dapat menyedarkan kita semua umat Islam khususnya generasi muda, tentang perlunya bagi umat Islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran.

DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI
DISAHKAN OLEH :

Friday, August 16, 2019

Buku: Pulang

ULASAN BUKU PAD BENTONG – Bil. 7/2019
Buku: Pulang

No. Perolehan : EJAN001776
Call No : F LIL
ISBN : 9789674690861
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel

Ulasan : Novel melayu yang bertajuk “ Pulang “ ini mengisahkan
  tentang suami isteri iaitu Che Thom dan Othman Alias yang
  terpisah berpuluh-puluh tahun setelah Othman pergi menjadi
  kelasi kapal. Othman pergi meninggal anak lelaki seorang.
  Othman pergi tidak kembali sehingga mereka menerima
  seorang cucu lelaki.

  Berbagai kisah suka dan duka mengenai kehidupan Che Thom
  Dan kehidupan Othman sepanjang mereka terpisah jauh.

  Ikuti kesudahan cerita sedih ini dengan mendapatkan novel
  ini di mana-mana perpustakaan yang berdekatan dengan
  anda.

Judul : Pulang
Pengarang : Lily Haslina Nasir
Penerbit : Karya Seni Sdn.Bhd.
Tahun Terbit : 2018
Harga : RM 25.00
Muka Surat : 512
RATING : 5/5

Disediakan Oleh : Yusniza Mohamad Arris
  Pembantu Pustakawan
  Perpustakaan Desa Kampung Janda Baik

Thursday, August 15, 2019

Buku: Sepahit Kopi

ULASAN BUKU JULAI 2019

No Perolehan :  EPER 18-001319
ISBN: 978-967-86-0836-7
Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :

Buku Sepahit Kopi tulisan Anwar Nursi ini dapat membantu pembaca dengan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh pandangan dan nasihat sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai maklumat.

Buku Sepahit Kopi menyediakan baitnasihat, teguran dan pandangan yang menenangkan hati. Ada kisah, ada pengalaman da nada cerita yang lunak untuk dibaca dan tegas untuk diterima. Semuanya digarap menjadirangkai bicara yang diharap mampu mengetuk pintu hati. Buku ini menjadi panduan yang amat berguna kepada para pembaca.

Judul: Sepahit Kopi
Pengarang: Anwar Nursi
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 25.00
Muka surat: 171
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya PAD Pekan 

BUKU Misteri Pembunuhan Sawako

ULASAN BUKU PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 7/2019

TAJUK BUKU: Misteri Pembunuhan Sawako
PENGARANG:  Jiro Akagawa
NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM000929
NOMBOR PANGGILAN :  895.63
ISBN :  9789675270796
BAHASA :  MELAYU TERJEMAHAN DARI BAHASA JEPUN
KATEGORI :  Fiksyen
ULASAN :

Kronologi cerita Misteri Pembunuhan Sawako lebih mirip kepada cerita-cerita penyiasatan seperti siri TV Detektif Conan.  Sawako Kanegasaki seorang gadis cantik yang tinggal bersendirian di sebuah kondominium mewah, Daerah Meguro.  Pembunuhan Sawako diikuti dengan beberapa kejadian bunuh yang lain melibatkan orang-orang yang ada perkaitan dengan Sawako.

Yoshitaro Katayama, abang Harumi bertugas sebagai detektif dan beliaulah yang merungkai misteri pembunuhan Sawako.  Cerita ini berkisar di kalangan petugas-petugas kolej tempat Harumi bekerja.   Ini kerana Kolej Pusat Akademi Bandar Baru menyediakan pendidikan kelas menengah untuk golongan elit.  Diantara kelas yang diadakan ialah gubahan bunga atau ikebana, bahasa, tarian dan drama.

Pengarang sebenarnya mengajak pembaca membaca secara teliti buku-buku tulisan beliau.  Semua jawaban ada dalam buku ini jika kita membaca secara waspada dan cepat menangkap apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.  Pembaca perlu peka dan cepat merungkai jalinan cerita.

Bagaikan tepat dan kena dengan waktunya ketika isu-isu panas LGBT yang hangat diperkatakan, buku ini sedikit sebanyak menggariskan natijah dari perlakuan songsang tersebut.  Sawako menjalin hubungan cinta dan beliau kehidupan mewahnya di biaya oleh beberapa orang lelaki.  Pun begitu Sawako tidak dibunuh oleh lelaki-lelaki tersebut.  Beliau dibunuh oleh seorang wanita yang menyintainya.  Siapakah wanita tersebut.  Untuk mengetahui jawabannya wajarlah membaca buku ini.

Pengarang :  Jiro Akagawa
Penerbit                 :  Mustread
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  280
Rating :  7/10
Disediakan oleh                 :  Juriah bt Mohamed
                                   Pembantu Pustakawan
                                                   Desa Jambu

Wednesday, August 14, 2019

Buku Bijak Parenting

ULASAN BUKU JULAI 2019

No Perolehan :   EPAL 18/001813
ISBN         :   978-967-86-0861-9
Kategori           :   Agama

Ringkasan / Umum :

Buku Bijak Parenting ini merumuskan ilmu keibubapaan yang amat diperlukan pada zaman ini. Hal ini berdasarkan pemerhatian penulis terhadap situasi yang berlaku betapa anak-anak yang sedang meningkat dewasa memerlukan sentuhan keramat dan sentuhan emas daripada ibu bapa mereka.

Buku ini juga dapat membantu ibu bapa dalam  :
memperbaiki cara betul mendidik anak,
mempererat dua hubungan yang semakin dingin,
mengetahui formula mengurus konflik anak,
membentuk diri menjadi ibu bapa penyayang, bukan pemarah,
membantu ibu bapa mendi best friend terbaik untuk anak.

Di samping itu, ia memberi panduan kepada ibu bapa agar sedikit sebanyak membantu dalam mendedahkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak. Begitu juga dengan penggunaan gajet terutamanya telefon pintar, harus punyai matlamat yang jelas agar tidak tersasar daripada tujuan sebenar.

Oleh itu, sebagai insan yang paling hampir dengan anak-anak, jadikanlah pengalaman ketika bersama mereka walau dalam apa jua situasi sekalipun, sebagai waktu terpenting dan termahal untuk dilepaskan. Dari situlah mereka mendapat pengajaran yang sebenar-benarnya daripada penjaga mereka. Lahirnya buku ini untuk mengembalikan perkara sebetulnya yang perlu dilakukan ibu bapa bagi meraih keturunan yang soleh dan solehan serta mampu menjadi pemimpin yang bertakwa. Selamat membaca!!!

Judul    : Bijak Parenting
Pengarang    : Ustazah Isfadiah Dasuki
Penerbit    : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Tahun Terbit    : 2018
Harga    : RM 25.00
Mukasurat    : 151
Rating    :         -


Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

Buku: YouTube for Dummies

Jun 2019
Buku: YouTube for Dummies

No Perolehan:19 clan 005525
ISBN : 9789672070177   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Youtube adalah medium yang boleh mengembirakan sesiapa sahaja, termasuk lah golongan kanak-kanak dan dewasa. Kita dapat melihat kanak-kanak sering merengek mahu menonton Youtube. Malah ,kita juga selalu melihat setengah golongan ibu ketawa semasa menontonYouTube. Banyak lagi contoh yang kita dapat lihat tentang YouTube dan gelagat para penontonya.

Begitu juga dengan aktiviti kreatif di YouTube. Mudah dan menyeronokkan. Namun, aktiviti ini boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih, seperti yang terjadi kepada pengguna platform media social yang lain. Apabila seseorang  sudah terjebak, kadangkala mereka tidak lagi mengikut batas agama juga.

Bawa bertenang! Pada mulanya, saya juga sama seperti anda, kekok dan masih baru dengan YouTube. Segala kandungan buku ini datang daripada proses kreativiti saya sebagai seorang penguna Youtube. Paparan langkah demi langkah untuk menjadi pengguna YouTube. Sasaran utama adalah menjadi pengguna YouTube yang Berjaya. Proses ke arah itu akan diajar bermula dengan langkah pertama yang sangat mudah dilakukan.

Bukan itu sahaja, anda juga akan diajar menjadi pengguna YouTube yang professional.

Jadi,
Jom Lakukan bersama!

Judul  : YouTube for Dummies
Pengarang: Deddy Corbuzier
Penerbit: kumpulan desa fikir sdn.bhd
Tahun terbitan:  2019     
Harga:49.90
Mukasurat:  196ms       
Rating: 

Tuesday, August 13, 2019

Buku: 12 Tip Mengelak Ketagihan Gajet

ULASAN BUKU JULAI 2019

No Perolehan :  DPEK 18 - 005944
ISBN: 978 -  967– 461– 168 – 2
Kategori:  Sains Kemasyakatan

Ringkasan / Umum :   Buku ini adalah hasil daripada pengalaman penulis menangani anak-anak  di Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja,Klinik Psikiatri Hospital USM.
Kandungannya memberi fokus kepada masalah ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak yang semakin parah dan menimbulkan banyak kesan buruk kepada kehidupan merreka sendiri serta orang di sekelilingnya.

Penulis menerangkan juga tentang konsep ketagihan secara am, apa yang berlaku di otak dan gejala-gejala ketagihan.Seterusnya memperincikan 12 tip untuk mengelakkan ketagihan gajet.

Akhir sekali tidak lupa penulis berkongsi kaedah mudah untuk mengubah tingkah laku kanak-kanak menggunakan  sistem ganjaran dan senarai semak yang ibu bapa boleh lakukan untuk mencapai
Matlamat bebas daripada ketagihan gajet.

Judul:  12 Tip Mengelak Ketagihan Gajet
Pengarang:  Norzila Zakaria
Penerbit: Universiti Sains Malaysia
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM16.00
Muka surat: 62
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

Buku: Sunnah gigit kuat-kuat

Mei 2019
Buku: Sunnah gigit kuat-kuat

No Perolehan: 19 clan 005571 
ISBN : 9789672107033   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Meningkatkan kualiti hidup sangat bergantung kepada kebiasaan yang kita jalani sehari-hari. Sebuah kebiasaan mampu mengiringi kita pada kejayaan atau kegagalan. Sesungguhnya seorang muslim telah kejayaan atau kepada kegagalan. Sesungguhnya, seorang muslim telah memiliki susuk teladan dalam membentuk kebiasaan sehari-harinya.

Ya, sejak terdahulu Rasulullah SAW telah memberi cntoh amalan-amalan sunnah jika dikerjakan banyak manfaat bagi kualiti hidup kita seperti kejayaan, kekayaan dan yang paling utama adalah nilai-nilai spiritual.

Kehidupan seharian kitasebenarnya merupakan hasil dari apa yang kita lihat, kita rasakan serta apa yang kita dengar. Kebiasaan-kebiasaan kita tumbuh berkembang sejajar dengan lingkungan yang membentuk kita iaitu orang tua, saudara dan teman-teman dekat kita. Bahkan, besar kemungkinan, kebiasaan-kebiasaan kita sekarang ini terwujud dari kebiasaan yang ditanamkan orang tua kita sejak kecil.

Meskipun sederhana, Sembilan sunnah Rasulullah ini memiliki keluarbiasaan kerana setiap yang dikerjakan Baginda bersumber dari kecintaan kepada Allah SWT.

9 keajaiban Sunnah Rasulullah SAW :
1- Keajaiban Solat Dhuha.
2- Keajaiban Solat Tahajud.
3- Keajaiban membaca Al-Qur'an dan maknanya.
4- Keajaiban Istighfar.
5- Keajaiban Sedekah.
6- Keajaiban Silatuirrahim.
7- Keajaiban Puasa Isnin Khamis.
8- Keajaiban Solat Berjemaah.
9- Keajaiban Wudhu.

Judul  : Sunnah gigit kuat-kuat
Pengarang: mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit: Casamas Resourses Sdn Bhd
Tahun terbitan:  2018     
Harga:21.00 Mukasurat:  136 ms       
Rating: 

Buku Hai Handsome

ULASAN BUKU BAGI BULAN JULAI 2019

Buku : Hai handsome
Pengarang : Dea Zoraya
Penerbit : Grup buku karangkraf sdn bhd
Tahun  terbit:  2017
Harga : RM 38.00
Muka surat :466
No. Perolehan : EBAL 00646
N0. ISBN : 9789678608121

Ulasan:
Izzaz mendekati Maya kerana dendam, namun segalanya berubah apabila Izzaz jatuh cinta kepada Maya. Pelbagai rancangan yang di aturkan oleh Izzaz untul memiliki Maya. 

Namun di saat mereka hampir dinikahkan  rahsia Izzaz terbongkar. Maya terasa dipermainkan dan dikhianati. 

Majlis perkahwinan mereka tetap diteruskan demi papa Maya dan umi Izzaz. Walaupun bayak dugaan yang melanda perkahwinan mereka tetap hidup bahagia. Izzaz yang kuat cmburu dan gila-gila.

Maya suka melawan kata tetapi baik hati menjadikan perkahwinan mereka penuh dengan warna warni.

Disediakan Oleh :
LILIDALILA BINTI ROPA
Perpustakaan Desa Balok

Disemak Oleh :
Ahmad Aziddin Bin Ahmad
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

Monday, August 12, 2019

Buku Ketenteraan Dan Peperangan Senjata Tektikal dan Teknologi.

KETENTERAAN DAN PEPERANGAN

JUDUL BUKU : Ketenteraan Dan Peperangan
N0.PENGKELASAN : 355.4 ABU
ISBN : 978-983-46-1366-2
PENGARANG : ABU AD AL-HAKIM
TARIKH / TAHUN : 2014
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM
ULASAN :

Buku ini memberikan pandangan menyeluruh berkaitan aspek ketenteraan dan peperangan. Huraian buku ini disertakan dengan gambar untuk membantu pembaca memahami situasi perang yang pernah berlaku, khususnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Penjelasan buku ini terhad kepada peringkat taktik Yang terendah. Oleh itu, ia sedikit sebanyak dapat membuka minda tentang bagaimanapun pertahankan diurus dan senjata yang bakal digunakan dalam pertikaian antarabangsa.

Antara isi yang dibincangkan dalam buku ini adalah penggunaan armor dalam peperangan. Armor menjadi penting setelah Wehrmacht mendemostrasikan betapa pantas dan efisiennya armor Jerman menakluki Eropah. Seiring dengan kemajuan teknologi, kereta kebal moden kini bergerak dengan lebih laju, menembak dengan kuasa tembakan yang lebih jitu dan yang penting, boleh menentang pasukan penggempur yang datang dengan pelbagai bentuk mekanisme pertahanan diri. Selain itu, hampir kesemua kereta kebal moden hari ini dipacu oleh enjin diesel. Enjin diesel juga tidak memerlukan kuantiti bahan api yang banyak berbanding enjin gasoline.

Akhir sekali, penggunaan kuasa udara. Salah satu realiti yang dihadapi oleh pakar strategi ketenteraan ialah tanggapan yang dominan, iaitu pihak yang mendominasi ruang udara, laut dan darat. Walaupun hal ini bukan satu fakta yang umum, Perang Teluk telah membuktikan bahawa kelebihan kuasa udara boleh memberikan kelebihan ketenteraan yang berlipat ganda.

DISEDIAKAN OLEH : EN. HALID BIN ZAINAL
DISAHKAN OLEH :

Buku : KEREPEK –KEREPEK HIKMAH

April 2019
Buku  : KEREPEK –KEREPEK HIKMAH

No Perolehan:CLAN 005509 
ISBN :9789671502341     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini sahaja tidak mampu mengubah dunia. Manusia sendiri perlu berusaha mengubah dirinya dan persekitarannya. Mengapa dinamakan kerepek? Persis makanan kita seharian, ada hidangan utamanya, ada pembuka seleranya dan ada pula manisannya.

Tetapi selalunya, kita akan terliur juga dengan kudapan ringan. Kerepek dan keropok jadi pilihan, untuk dikunyah sendirian mahupun bersama keluarga, eman dan taulan. Begitulah juga buku ini. Ibarat kerepek di celah hidangan.”

Judul  : KEREPEK –KEREPEK HIKMAH
Pengarang: AHMAD HUSNI ABD RAHMAN
Penerbit: RIMBUNAN ISLAMIK MEDIA SDN.BHD
Tahun terbitan:  2019     
Harga:11.90 Mukasurat:  100ms       
Rating: 

Sunday, August 11, 2019

Buku Jibam

ULASAN BUKU PD JANDA BAIK SIRI 6/2019

NO. PEROLEHAN : KOLEKSI SENDIRI
CALL. NO :
ISBN : 978-983-893-748-1
BAHASA : MALAYSIA
KATEGORI : FIKSYEN

ULASAN :”Bila tamak menguasai diri,memusnahkan segalanya”.
               
Anda semua mengenali Asraf bin Suman?Penduduk kampung Belulang pun tidak mengenali Asraf bin Suman.Tetapi bila disebut nama Jibam,seluruh rakyat Malaysia mengenalinya.Novel ini mengisahkan tentang Jibam,seorang anak yang tidak tahu dimana bapanya  Suman berada,tinggal dia bersama ibunya Piah dan abang ngahnya Kadir.Fakir abang sulung bekerja di bandar sedang sibuk memikat hati Zamiah,anak dara Tuk Ngah Sudin.
                 
Tuk Ngah Sudin ini pula memikirkan masa depan anak daranya sanggup menolak Suman jatuh ke dalam gaung dan menganiaya Piah anak beranak kerana sebidang tanah.Jibam selalu menjadi sasaran kaki dan tangannya.Jibam pula bagaikan tahu Tuk Ngah Sudin khianat terhadap ayahnya dan membalasnya dengan cara sendiri.Walau seteruk manapun tumbuk terajang Tuk Ngah Sudin,Jibam tetap menghantuinya sehingga Tuk Ngah Sudin menjadi gila.Begitulah kiranya kita buat jahat,di dunia pun Allah bayar tunai. Terpaksalah Zamiah bercuti dari pengajiannya menjaga ayahnya disamping memujuk hati Fakir yang gundah gendala.
                 
Kecoh kampung Belulang akibat Usop Kidung,jiran terdekat Piah terjumpa akan rangka manusia di dalam hutan bersama pisau lipat bertangkai merah serta kad pengenalan Tuk Ngah Sudin.Banyak persoalan yang terbit dari penduduk kampung…apa yang berlaku?.Begitulah kisahnya bila tanah menjadi rebutan,bikin nafsu mengila.

JUDUL : JIBAM
PENGARANG : UJANG
PENERBIT : CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
TAHUN TERBIT : 2018
HARGA : RM 18.90
MUKA SURAT : 188 muka surat
RATING : 7/10

DI SEDIAKAN OLEH :
HARUL AZAM BIN MAT NOOR
                                     PEMBANTU PUSTAKAWAN
                                     PERPUSTAKAAN DESA JANDA BAIK

Buku: CINTA DI BAIT DOA

Mac 2019
No Perolehan:CLAN 005535  ISBN 9789671699454     
Bahasa: Bahasa Malaysia

Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Seandainya seseorang yang kita cintai pada saat ini telah ditetapkan oleh tuhan untuk diri kita, sejauh mana pun kita terpisah,sejauh itu juga dia melipatkan jarak itu sehingga kita berada dekat dengannya,

Buku ini mengandungi jawapan bagi persoalan hati dan perasaan yang dirasakan oleh pembaca.Semoga pembaca dapat melihat hakikat cinta – mencintai adalah umpama menenun benang-benang bagi menjadi sehelai kain dan hakikat apabila tenunan itu terurai semula.

Kisah cinta selalu menjadi misteri dalam kehidupan. Semoga buku ini dapat membongkar misteri cinta, lalu membawakan pengertian sederhana.

Buku: CINTA DI BAIT DOA
Pengarang: MOHD. ADRIZAL
Penerbit: RIMBUNAN ISLAMIK MEDIA SDN.BHD
Tahun terbitan: 2019       
Harga: RM 24.90 
Mukasurat:180 MS         
Rating:

Saturday, August 10, 2019

Buku Bijak Parenting

ULASAN BUKU PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 6/2019)

TAJUK BUKU :  Bijak Parenting     
PENGARANG :  Ustazah Isfadiah Dasuki
NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM001813
NOMBOR PANGGILAN :  297.577
ISBN :  9789672038139
BAHASA :  MELAYU
KATEGORI :  Agama
ULASAN :


Setiap ibubapa tentunya mahukan zuriat yang menjadi penyeri rumahtangga.  Penyejuk jika ketika lara dan berduka, pelindung dan pembela di hari tua.  Sekali imbas buku ini, saya menelah ianya ditulis mengikut acuan agama, penulisnya Ustazah!.

Sebelum memberikan tip-tip yang akan menjadi panduan kepada ibubapa pembaca diberi pengertian untuk memahami fitrah anak-anak.  Memahami sikap dan sifat anak-anak amat penting dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan dan mencari keserasian untuk diterapkan dalam system pendidikan jasmani dan rohani mereka.  Tindakan ini umpama mengenali penyakit kemudian memberikan ubat serta rawatan yang sesuai.

Bab kedua buku ini mengenai rahsia menawan hati anak.  Untuk menawan hati seseorang perlu kita mengetahui rahsia yang memikat mereka.  Tak perlukan modal. Cuma melalui sentuhan, ciuman , usapan, pujian dan panggilan bermakna.  Dititipkan terjemahan surah al-Hujarat:11 iaitu  “Dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran buruk.” 

Tidak lengkap sekiranya buku ini tidak menyentuh mengenai aspek terpenting dalam pembentukan keperibadian anak-anak iaitu asuhan. Jika membuat kuih memerlukan teknik bancuhan dan sukatan maka asuhan adalah teknik dan sukatan dalam mendidik anak-anak.  Akidah adalah tunjang utama untuk diterapkan di awal usia agar ia subur dan mantap.  Membentuk jiwa yang sentiasa berharap dan berdoa kepada yang Esa, menyebut dan memujiNYA.  Mengenali dan mencintai ALLAH SWT.  Mendidik mereka dengan menceritakan kehebatan ALLAH dan bertapa kita sangat bergantung kepada ALLAH serta perlukanNYA. 

Ibubapa juga perlukan ilmu untuk itu buku ini menekankan ilmu mendidik anak.  Ibubapa perlu faham apa itu konsep keibubapaan Islam.  Peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa.  Buku ini juga menerangkan kesalahan ibubapa dalam mendidik anak.  Ini juga baik untuk memperbetulkan kesilapan dalam membentuk sahsiah anak-anak.  Cabaran-cabaran terkini selaras dengan perkembangan teknologi yang sepatutnya dikekang atau diberi galakan agar tidak tersalah pilih. 

Pengarang :  Ustazah Isfadiah Dasuki
Penerbit :  Karya Bestari
Tahun Terbit :  2018
Mukasurat :  151
Rating :  8/10
Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed
   Pembantu Pustakawan
   Desa Jambu Rias

Friday, August 9, 2019

BUKU : TASJIL ANIS SALATIN

NO. PEROLEHAN :DBER 19-007723
CALL NO. : 959.5118
ISBN : 978-967-15394-3-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : SEJARAH

ULASAN:
“Barang siapa yang menguasai Melaka,maka dialah yang akan memegang leher Venice”. Itulah ungkapan Pires yang menunjukkan keunggulan Melaka sebagai pusat perdagangan laut yang setanding dengan Venice seteru Portugal dalam merebut perdagangan barang-barang Timur.

Pada kemuncak kegemilangan Melaka, jumlah populasi kota Melaka dikatakan mencecah 100,000 orang dan lebih ramai dari penduduk kota London pada ketika itu. Melaka umpama kota Shanghai dan Singapura pada hari ini yang merupakan pelabuhan entrepot utama di antara laluan perdagangan Barat dan Timur, menjadi tarikan kepada para pedagang dari seluruh pelusuk dunia.Akibatnya budaya
kosmopolitan terbentuk di Melaka dimana 84 bahasa ditutur dan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantara.

Aspek yang dibincangkan dalam buku ini termasuk rupa bentuk kota, sistem pewaris takhta, sistem pentadbiran,ekonomi, peperangan, pengangkutan, permainan, rasuah, percintaan istana, undang-undang dan agama.

JUDUL : TASJIL ANIS SALATIN:RAHSIA AGUNG MELAKA
PENGARANG : FARAHANA SHUHAIMI
PENERBIT : PATRIOTS PUBLICATIONS
TAHUN TERBIT :2018
HARGA :RM28.00
MUKA SURAT :255
RATING :4/5

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2

ULASAN BUKU PAD BENTONG – Bil. 6/2019

No. Perolehan : DBEN 002252
Call No : 297.273 / FAT
ISBN : 9789671173411
Bahasa : Melayu

Kategori : AGAMA

Ulasan : Buku “ Mudahnya Menjemput Rezeki 2 “  ini mengisahkan
  perbuatan baik kita kepada Allah swt yang membolehkan
  kita menjemput rezeki dengan mudah. Kita juga harus yakin
  bahawa, jika kita rajin bersedekah, Allah pastikan akan
  melipat kali gandakan rezeki untuk kita.
  Saya suka membaca buku ini kerana ada banyak kebaikan
  Yang ditunjukkan untuk kita ikuti.
  Dapatkan buku ini disetiap perpustakaan di negeri Pahang ini.

Judul : Mudahnya Menjemput Rezeki 2
Pengarang : Fathuri Salehuddin
Penerbit : Fathuri Salehuddin
Tahun Terbit : 2017
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 181
RATING : 5/5

Disediakan Oleh : Yusniza Mohamad Arris
  Pembantu Pustakawan
  Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

BUKU : 100 persoalan mengenai leukemia

ULASAN BUKU UNTUK PAD JERANTUT SIRI JULAI/2019

NO. PEROLEHAN : DJER 001697
CALL. NO : 616.99419
ISBN : 978-983-49-0327-5
BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : KESIHATAN
ULASAN : Anda semua tahu mengenai penyakit leukemia?.Saya akui tidak mengetahui banyak tentang penyakit ini sehingga anak saudara saya menghidap penyakit ini.Dia menghidap kanser darah tahap 1.

Biar pun dia telah disahkan bebas dari penyakit itu,kami sekeluarga tetap berhati-hati.Leukemia ini dikenali sebagai barah darah atau sum-sum tulang.Penyakit ini terjadi apabila sel darah putih melebihi sel darah merah dalam badan.

Punca penyakit ini tidak dapat dipastikan tetapi faktor radiasi,leukemogenik,genetik dan virus adalah faktor penyebabnya.Jika dikesan lebih awal,rawatan kemoterapi,terapi radiasi,pemindahan sel induk,terapi sokongan dan rawatan susulan adalah antara cara penyembuhan yang dicadangkan.
                 

JUDUL : 100 persoalan mengenai leukemia
PENGARANG : Dr. Wan Haslindawani binti Wan Mahmood
PENERBIT : Dewan Bahasa dan Pustaka
TAHUN TERBIT : 2017
HARGA : RM 24.00
MUKA SURAT : 120 muka surat
RATING : 7/10

DI SEDIAKAN OLEH :
HARUL AZAM BIN MAT NOOR
PEMBANTU PUSTAKAWAN BERGERAK S19
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

Buku Membaca dan Mata

Buku Membaca dan Mata

No Perolehan: 2012-02613  ISBN 978-983-46-0250-5     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Sesungguhnya membaca merupakan suatu aktiviti yang penting dalam hidup manusia. Namun, ramai orang tidak mengetahui bagaimana proses membaca terjadi dan hubung kaitnya dengan mata. Buku ini akan menjawab persoalan tersebut.

Istimewanya buku ini terletak kepada kepakaran penulis yang merupakan seorang ahli penjagaan penglihatan atau optometris yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang optometri klinikal dan sains penglihatan. Sebelum ini, penulis juga pernah menulis buku yang berjudul Mata dan Penglihatan dan buku Deria Penglihatan. Menerusi Membaca dan Mata pembaca dapat mengetahui dengan jelas dan terperinci pelbagai aspek dan isu yang berkaitan dengan masalah membaca dan kaitannya dengan masalah penglihatan.

Maklumat ini perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang menjadikan membaca sebagai agenda penting dalam kehidupannya. Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia berjaya dipersembahkan melalui kaedah penghujahan yang digarap mantap berdasarkan kajian saintifik dan sistematik.

Maklumat yang diberikan berdasarkan analisis yang dibuat dari sedut ilmiah dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami agar mesej yang ingin disampaikan berjaya difahami oleh pembaca. Semoga kehadiran buku ini dipasaran mampu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mata serta dapat menambahkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah penglihatan yang timbul daripada proses membaca.

Sesungguhnya, dengan membaca dapat menyingkap rahsia ayat Iqra' di dalam Surah al-'Alaq yang merupakan firman Allah yang pertama di dalam dalam al-Quran.

Buku Membaca dan mata
Pengarang: Shahrin Ismail
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun terbitan: 2009              Harga: RM 15.00
Mukasurat: 135ms   Rating: 

Nur Ainna Izatie Bt Mohd Izani - Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science) - UiTM cawangan Rembau

 Assalamualaikum……nama diberi Nur Ainna Izatie Bt Mohd Izani
Lebih dikenali dengan panggilan Ainna. 

Dibesarkan oleh kedua orang tua tercinta iaitu En. Mohd Izani Bin Che Yusuff dan Puan Arbaiah Bt Karim.

Merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik. Mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan Pahang. Bermula dari prasekolah hingga darjah 4. Seterusnya, saya perpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Makmur, Maran Pahang kerana mengikut bapa yang bertukar tempat kerja.

Di peringkat menengah pula, saya melanjutkan pelajaran di SMK Seri Pekan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Saya juga meneruskan pelajaran di tingkatan enam iaitu di SMK Ahmad, Pekan Pahang.

Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran  pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM dalam jurusan Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science).

Pada awalnya, saya ditempatkan di kampus Puncak Perdana bagi semester 1. Lalu bertukar kampus ke UiTM cawangan Rembau dari semsester 2 hingga semester 6.
Kampus Rembau merupakan kampus cawangan yang baharu bagi Negeri Sembilan dan saya merupakan perantis atau “first batch” di Rembau.

Kehidupan sebagai seorang siswi banyak memberi manfaat dan pengetahuan terutamnaya dari segi persahabatan dan juga kehidupan. Semasa berada di semester 6 kami dikehendaki untuk memilih dan mencari tempat bagi tujuan latihan industri (practical).

Lalu, saya telah memilih Perbadanan Perpustakaan Awan Pahang sebagai tempat untuk melakukan latihan industri.

Pada tanggal 1 Ogos saya beserta enam orang rakan yang lain iaitu Radiah, Karimah, Hidayah, Masturah, Zein dan Qhairuel telah melaporkan diri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).

Kami akan menjalani latihan industri di PPAP selama 5 bulan. Selepas itu, kami telah ditetapkan di bahagian masing-masing secara berpasangan. Pasangan saya adalah Siti Karimah dan beliau merupakan rakan sekampus saya dari Kampus UiTM Rembau.

Bagi minggu pertama latihan kami telah ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan yang diketuai oleh Encik Ahmad Nizam dan Bahagian Perancangan Pembangunan dan Korporat yang diketuai oleh Encik Norshazlin atau lebih dikenali sebagai Encik Amir.


Antara perkara-perkara yang saya pelajari dan lakukan sepanjang berada di bahagian rangkaian perpustakaan adalah cara mengumpulkan maklumat di seluruh Rangkaian Perpustakaan di negeri Pahang melalui (data cloud). Di dalam data tersebut terdapat statistik perpustakaan dari segi semua aspek.

Selain itu, kami juga telah dibawa melawat oleh Encik Ahmad Aziddin selaku Ketua Unit Rangkaian merangkap Ketua Perpustakaan Desa Kuantan ke perpustakaan desa Kg. Mahkota bagi menyiapkan projek penubuhan galeri di sana. Di sana kami mempelajari mengenai bagaimana pengurusan di sesebuah perpustakaan desa dijalankan.

Seterusnya, saya dan karimah juga turut membantu Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi mengendalikan program lawatan pelajar tabika kemas dari tabika perpaduan inderapura dan tabika tanah putih.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah melawat perpustakaan kanak-kanak. Di situ terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya ialah pertunjukkan “puppet show”, slot menari lagu kanak-kanak dan sesi membaca.

Seterusnya, kami juga megetuai kumpulan kanak-kanak tersebut ke bahagian Petrosains pula. Akhir kata saya berharap agar proses latihan dan pembelajaran saya di sini akan berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua staff dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini. Sekian terima kasih……  

Siti Karimah binti Ahmad - Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science) - UiTM Rembau



Manis bicara, Indah tutur kata,
Manis kalimah, Pembuka bicara,
Hati yang bersih, bercahaya,
Ukhuwah terjalin dengan bismillah…

Assalamualaikum wbt. Hai awak semua 😊,
salam perkenalan daripada saya.

Nama diberi Siti Karimah binti Ahmad.
Biasanya orang panggil saya Karimah atau Imah.
Saya berasal dari Gua Musang, Kelantan.

Nama bidadari syurga di sebelah saya ini adalah Haminah binti Mahmood, beliau adalah bonda tercinta saya yang saya panggil beliau ‘Ma’ dan jejaka hensem di sebelah kiri saya adalah Ahmad bin Abd Wahab yang merupakan tulang belakang kepada keluarga kami.

Saya panggil beliau dengan panggilan ‘Ayoh’.  Mereka berdua adalah orang yang banyak memberi sokongan kepada saya sepanjang saya berada di dunia ini daripada saya di lahirkan pada 13 Julai 1997 hingga sekarang 2019.

Haa, pasti kalian boleh kira kan umur saya berapa?? Silalah kira kalau nak tahu..huhuhu… Teringat potongan ayat Quran berkenaan dengan ibu bapa:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:

" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman 31:13-14)

Awal pendidkan saya bermula di Tadika Sg. Asap B.

Banyak kenangan di sini di mana permulaan saya mengenal dunia berkawan, dunia membaca dan lain-lain.

Pada pendapat saya, pendidikan awal kanak-kanaklah penting untuk membentuk generasi sekarang kerana daripadanya saya mengenal huruf, nombor dan lain-lain.

Terima Kasih Cikgu! seterusnya, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Renok Baru (SKRB) daripada darjah 1 hingga darjah 6. Pada tahun 2009, iaitu ketika saya berada di darjah 6, saya menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Alhamdulillah keputusaan UPSR saya baik dan saya terpilih untuk sambung pengajian saya di peringkat menengah di sekolah rancangan khas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Perdana.

Bermula di sekolah menengah, saya mula belajar berada berjauhan dengan keluarga kerana saya perlu tinggal di asrama. Saya belajar berdikari di mana segala keperluan perlu dibuat sendiri seperti pakaian, makan minum dan juga perbelanjaan harian saya.

Saya akui, daripada pengalaman daripada sekolah dulu lah yang menjadikan siapa saya pada hari ini.

Terima kasih para guru sekalian kerana mereka tidak pernah jemu melayan kerenah pelajar-pelajarnya yang berbeza-beza.

Terima Kasih Cikgu kerana sentiasa bersabar dengan karenah kami semua dan merestui ilmu cikgu selama ini.

2010 ketika saya berada di tingkatan 1


2013 ketika saya berada di tingkatan 4

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga
(Hadith Riwayat Muslim)

Saya meneruskan lagi pengajian saya di peringkat matrikulasi iaitu Matrikulasi Kelantan (KMKT) selama setahun.

Saya mengambil jurusan sains iaitu modul 1 yang merangkumi subjek biologi, fizik dan kimia. Saya tak nafikan, pelajar yang belajar di matrikulasi ini antara pelajar yang boleh dikatakan sibuk kerana setiap hari kelas bermula daripada pukul 8 pagi hinga 5 petang dan dengan aktiviti-aktiviti luar yang lain.

Tetapi, dalam kesibukan itu, saya sangat lah gembira dan seronok kerana adanya sahabat-sahabat yang tidak jemu membantu saya dalam pelajaran dan pensyarah yang sangat memahami saya. Pengalaman di matrikulasi sangatlah seronok dan tidak boleh dilupakan, hanya yang pernah belajar di matrikulasi sahaja yang tahu seronoknya macam mana😊.

Seterusnya, selepas tamat pengajian saya di peringkat matrikulasi, saya menyambung pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Puncak Perdana selama satu sem dan berpindah ke UiTM Rembau untuk sem 2 hingga tamat pengajian.

Saya mengambil jurusan Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science). Pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah dilalui sepanjang pengajian. Pengalaman yang pernah saya hadapi itu, bukan untuk melemahkan saya tetapi untuk menguatkan lagi fizikal dan mental saya.

Nasihat saya pada yang kalian semua, ketika berada di kampus jangan boros dan didiklah diri untuk menabung dan berjimat cermat kerana hasilnya bukan sekarang, tetapi ketika kalian berada pada tahun akhir nanti (ini pandangan daripada pengalaman saya lah sebagai pelajar tahun akhir).

Segala pengalaman pahit ketika itu tetap menjadi manis untuk dikenang kerana daripada pengalaman itu mampu meningkatkan kematangan seseorang. Seorang sahabat saya pernah cakap “maturity comes with experience, not age”.

Ketika saya berada di sem 6, saya perlu membuat pilihan di mana tempat untuk saya membuat latihan industri nanti ketika berada di sem 7. Selepas berbincang dengan sahabat-sahabat yang lain, akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP). Saya memilih PPAP sebagai tempat latihan industri saya kerana saya tertarik dengan reka bentuk bangunannya, warna bangunannya dan kemudahan yang disediakan di sini. Saya percaya yang saya akan belajar banyak perkara di perpustakaan ini.

Saya melaporkan diri di PPAP pada 1 Ogos 2019 (Khamis).

Saya menjalankan latihan industri bersama kawan-kawan saya yang lain daripada kampus yang sama iaitu Zein Azrai, Nur Ainna Izatie, Radhiah, Masturah, Hidayah dan seorang dari UiTM Puncak Perdana iaitu Qhuiruel Syahidbullah.

Penyelia kami di sini adalah Encik Norshazlin atau nama samarannya (En. Amer). Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada dua orang setiap kumpulan.

Pasangan saya adalah Nur Ainna Izatie (Ainna) yang sangat cantik dan mudah mesra dengan orang. Pada minggu pertama, saya dan Ainna ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan (BRP) yang diketua oleh En. Ahmad Nizam. Banyak input yang saya dapat seperti cara mengumpulkan maklumat (Big Data) di semua rangkaian  perpustakaan yang ada di Negeri Pahang seperti perpustakaan desa, daerah dan cawangan.

Selain itu, kami juga mengikut En. Ahmad Aziddin bin Haji Ahmad yang merupakan Ketua Perpustakaan Desa di daerah kuantan iaitu di Perpustakaan Desa Kg. Mahkota. Kami telah belajar secara praktikal cara pengurusan perpustakaan di desa tersebut.

Seterusnya, kami juga turut membantu kawan-kawan yang berada di Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi iaitu Zein Azrai dan Radhiah dalam program bersama kanak-kanak daripada Tabika Perpaduan Inderapura dan Tabika Tanah Putih.

Di bahagian ini, kami banyak belajar tentang cara mengendalikan program yang berkaitan dengan kanak-kanak. Seronok sangat sebab kita macam masuk dalam dunia kanak-kanak. walaupun kami berbeza bahagian/ unit, tetapi kami adalah satu pasukan yang akan membantu antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah pertunjukan ‘puppet show’, menari bersama kanak-kanak dan sesi membaca. Seterusnya, kami mengetuai kumpulan kanak-kanak ini menuju ke tempat Petrosains.

 Akhir kata, terima kasih kepada para staff di sini yang sudi menerima kami (pelajar praktikal) dengan baik.

Terima kasih juga kepada mereka kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sebagai orang baru dalam organisasi ini. Sesungguhnya, pengalaman menjalankan latihan industri di perpustakaan awam sangatlah seronok kerana banyak ilmu baru dapat dipelajari secara teori dan praktikal. Banyak lagi pengalaman yang saya akan dapat sepanjang berada di sini selama 5 bulan .

Terima Kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)😊

Thursday, August 8, 2019

Buku Penanda Kubur Anira

ULASAN BUKU UNTUK DILETAKKAN DI WEB PPAP PAD BENTONG – Bil. 6/2019

No. Perolehan : DBEN 001219
Call No : F HAF
ISBN : 9789674463007
Bahasa : Melayu
Kategori : NOVEL SERAM

Ulasan : Buku “PENANDA KUBUR ANIRA” mengisahkan tentang
      Anira yang terlalu taksub kepada kecantikan sehingga
  menggunakan jalan yang singkat untuk memiliki kecantikan,
  akhirnya memakan diri sendiri. Perjanjian dengan syaitan
  menuntut supaya Anira membunuh dan menghisap darah
  manusia untuk mengekalkan kecantikan. Oleh itu jika mahu
  mengetahui apakah kesudahan cerita ini mari kita sama-sama
  membaca untuk mengetahui apakah yang terjadi kepada
  ANIRA……..

Judul : Penanda Kubur Anira
Pengarang : Hafiz Aziz
Penerbit : Buku Prima
Tahun Terbit : 2017
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 192
RATING : 5/5

Disediakan Oleh :
Norazmah Binti Abdul Rani
Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Wednesday, August 7, 2019

Buku: Bukan Senang Nak Tenang

No Perolehan: DTEM 004528/18
ISBN: 978-967-86-0867-1
Kategori: 297.57 PAH
Ringkasan/ Ulasan

Bukan Senang Nak Tenang buku ini menceritakan tentang perjalanan untuk tenang bukanlah suatu yang mudah.Ia perlu melalui satu perjuangan yang getir bernama mujahadah.

Di dalam buku ini, juga menceritakan untuk bermujahadah kita perlu menghargai diri sendiri untuk menghadapi ketakutan itu demi memburu kekuatan hidup. Kita tidak perlu mengalah untuk bermujahadah dimana selangkah kita menuju kepada Allah seribu langkah Allah menuju ke arah kita.

Kepada sesiapa yang sedang belajar atau untuk berubah boelhlah membaca buku ini dan menghayati apa yang tercatat didalamnya. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua. 

Judul: Bukan Senang Nak Tenang
Pengarang: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 26.00
Muka surat: 206
Rating: 4

Ulasan Oleh : Norasuryanti binti Abdul Rapar, PAD Temerloh

Buku PUNCA DAN RAWATAN KECELARUAN TINGKAH LAKU

PUNCA DAN RAWATAN KECELARUAN TINGKAH LAKU
JUDUL BUKU : Punca Dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku
N0.PENGKELASAN :150.194  AZI
ISBN :978-983-3376-81-0
PENGARANG :AZIZI YAHAYA
TARIKH / TAHUN :2005
EDISI BAHASA :Bahasa Malaysia
HARGA :RM 30.00

ULASAN :
Kecelaruan tingkah Laku sudah lama wujud, cuma ia lebih dikenali sebagai masalah jiwa atau mental oleh masyarakat kita. Kecelaruan tingkah laku akan mengganggu perjalanan hidup individual yang mengalaminya dan juga mereka yang berada di sisinya.

Perlu diingatkan bahawa kecelaruan tingkah laku ini tidak ada kaitan dengan lemah Iman! Mereka mempunyai masalah jiwa tanpa mereka sendiri sedari. Jadi buku ini akan menjawab kemusykilan dalam memahami kecelaruan tingkah laku. Pembaca juga akan didedahkan dengan kaedah rawatan dan terapi bagi merawat kecelaruan tingkah laku.

Antara kecelaruan tingkah laku yang terdapat dalam buku ini adalah Disleksia. Definisi bagi sindrom disleksia adalah kecelaruan perkembangan membaca. Kecelaruan jenis ini berpunca daripada kerosakan bahagian korteks terpenting dalam memproses simbol-simbol pada bahagian otak manusia. Seseorang yang mengalami disleksia sukar mengenali rentak, bunyi, irama dan memisahkan suku kata dalam sebutan dan pembacaan.

Selain itu, kecelaruan mood dan bunuh diri. Secara amnya gangguan mood adalah kecelaruan afektif. Penghidap biasanya mengalami keadaan emosi yang tertekan dan keadaan mania. Antara faktor kecelaruan mood adalah disebabkan kekusutan dalam pemikiran yang tidak mampu diatasi. Individu yang mengalami kemurungan biasanya melihat diri, dunia dan masa depan mereka dalam perspektif negatif. Jika individu ini tidak dibantu, mereka cenderung untuk bunuh diri.

Kesimpulannya terapi biologi dan psikoterapi dijalankan secara meluas bagi mengembalikan kesihatan mental individu. Kajian-kajian rawatan untuk pesakit kecelaruan mental masih lagi hebat diusahakan. Namun, pada masa kini, jumlah penderita kecelaruan mental semakin bertambah. Justeru itu, jagalah kesihatan mental dan sentiasa peka dengan keadaan mental sendiri dan keadaan orang sekeliling.

DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI
DISAHKAN OLEH :

Tuesday, August 6, 2019

Novel Jangan Menangis Cinta / Siti Rosmizah / SR Publication / 2017

Call No. : F Sit. ISBN :978-967-5822-53-7. Bahasa :Bahasa Melayu. Kategori :Fiksyen Melayu

Ulasan: Novel ini mengisahkan mengenai riyana yang berasal dari keluarga sederhana.riyana merupakan seorang pelajar yang bijak dan sedang menunut di universiti tempatan.pertemuan tanpa diduga dengan zafran zahim telah menghuru-harakan hidupnya.pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, hariz makin mendekatkan riyana dengan musuh utamanya.

Takdir tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riayana bertemu jodoh dengan zafran zahim. Tetapi dia tidak bahagia. Dalam riyana mengharungi dugaan hidupnya, Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya.zafran zahim jatuh cinta dengan isterinya. Namun bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta aryana mengikat kasih mereka lahir dengan tidak sempurna. Riyana redha tetapi zafran zahim tidak boleh menerima kecacatan anaknya. 

Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!.

Ya Allah! Luluh hati riyana melihat nasib anaknya. Demi cinta, riyana sanggup berkorban apa sahaja. Oleh itu zafran zahim telah menceraikan riyana kerana riyana telah memilih anaknya cinta aryana berbanding zafran zahim suaminya sendiri.

Di pengakhiran novel ini akhirnya riyana dan zafran zahim bahagia bersama 3 orang cahaya mata mereka setelah mereka rujuk kembali demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Judul : Jangan Menangis Cinta

Pengarang : Siti Rosmizah

Penerbit : SR Publication

Tahun Terbit : 2017. Harga : RM33.90. Muka Surat : 987

[mybizsantaishop] [carousell] [lazada] [nourayuadieb]

Buku Kronologi Mesteri Iman Mahadi dan kedatangan Nabi Isa

ULASAN BUKU BULAN JUN 2019

No Perolehan :  DPEK-004775
ISBN: 978-967-5391-27-9
Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :

Menjelang Kemunculan Iman Mahadi dan kedatangan Nabi Isa menjadi salah satu bukti kehebatan islam di mata dunia.Mengikut Salah satu Hadis Yang Menakjukkan ialah kemunculan seorang lelaki ahli bait yang bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman.

Rasulullah s.a.w bersabda mengenai Al-Makhamah,Al-Kubra iaitu sebuah peperangan yang paling dahsyat antara pihat islam dan kufar.Pelbagai tragedy dan kejadian akan belaku sebagai petunjuk sebelum semua itu belaku

Judul: Iman Mahadi dan kedatangan Nabi Isa
Pengarang: Mohammad Suhair Asyaraf
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 37.90
Muka surat: 264
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Mohammad Humaizi Hamzah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Operasi Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

Buku Jibam

PD JANDA BAIK SIRI 6/2019

NO. PEROLEHAN : KOLEKSI SENDIRI
CALL. NO :
ISBN : 978-983-893-748-1
BAHASA : MALAYSIA
KATEGORI : FIKSYEN

ULASAN :”Bila tamak menguasai diri, memusnahkan segalanya”. Anda semua mengenali Asraf bin Suman? Penduduk kampung Belulang pun tidak mengenali Asraf bin Suman.

Tetapi bila disebut nama Jibam,seluruh rakyat Malaysia mengenalinya.Novel ini mengisahkan tentang Jibam,seorang anak yang tidak tahu dimana bapanya  Suman berada,tinggal dia bersama ibunya Piah dan abang ngahnya Kadir.Fakir abang sulung bekerja di bandar sedang sibuk memikat hati Zamiah,anak dara Tuk Ngah Sudin.

Tuk Ngah Sudin ini pula memikirkan masa depan anak daranya sanggup menolak Suman jatuh ke dalam gaung dan menganiaya Piah anak beranak kerana sebidang tanah.Jibam selalu menjadi sasaran kaki dan tangannya.Jibam pula bagaikan tahu Tuk Ngah Sudin khianat terhadap ayahnya dan membalasnya dengan cara sendiri.

Walau seteruk manapun tumbuk terajang Tuk Ngah Sudin,Jibam tetap menghantuinya sehingga Tuk Ngah Sudin menjadi gila.Begitulah kiranya kita buat jahat,di dunia pun Allah bayar tunai. Terpaksalah Zamiah bercuti dari pengajiannya menjaga ayahnya disamping memujuk hati Fakir yang gundah gendala.

Kecoh kampung Belulang akibat Usop Kidung, jiran terdekat Piah terjumpa akan rangka manusia di dalam hutan bersama pisau lipat bertangkai merah serta kad pengenalan Tuk Ngah Sudin.Banyak persoalan yang terbit dari penduduk kampung…apa yang berlaku?.

Begitulah kisahnya bila tanah menjadi rebutan,bikin nafsu mengila.

JUDUL : JIBAM
PENGARANG : UJANG
PENERBIT : CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD
TAHUN TERBIT : 2018
HARGA : RM 18.90
MUKA SURAT : 188 muka surat
RATING : 7/10

DI SEDIAKAN OLEH :
HARUL AZAM BIN MAT NOOR
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA JANDA BAIK

Monday, August 5, 2019

Buku: Falsafah, matematik dan puisi

No Perolehan: 19 - 005730
ISBN: 978-983-49-1521-6
Kategori: 510.1 ABD

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini membicarakan hakikat falsafah, sedikit ungkapan puisi yang berkaitan, dan hakikat matematik, khususnya dari perspektif perkembangan asas pemikirannya dalam menangani masalah kerana hidup kita setiap hari sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah.

Buku ini meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita tentang betapa pentingnya mendalami ilmu matematik untuk menyelesaikan masalah dan memperolehi kebahagiaan hidup.

Judul: FALSAFAH, MATEMATIK DAN PUISI
Pengarang: Abdul Latif Samian
Penerbit: DBP
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM26.00
Muka surat: 269
Rating: 4

BUKU MISTERI RUMAH HANTU (NOVEL SEKOLAH RENDAH)

ULASAN BUKU

NO. PEROLEHAN :18-EBAN001531
CALL NO. :FM MIS
ISBN :978-967-444-704-5
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK

ULASAN:

BUKU INI MENGISAHKAN MENGENAI SEORANG KANAK-KANAK BERNAMA AIMAN MENYELESAIKAN MISTERI HANTU DI RUMAH KOSONG PINGGIR KAMPUNG PARIT TUA.PELBAGAI CERITA TENTANG KEWUJUDAN HANTU DI RUMAH KOSONG ITU TELAH DI SAMPAIKAN KE TELINGA PENDUDUK SEKITAR.NAMUN KESAHIHANNYA BELUM TENTU LAGI.HAL ITU TELAH MEMBUATKAN AIMAN MERASA CURIGA DAN MEREKA TELAH BERJUMPA DENGAN EN.DANIEL YANG MERUPAKAN PENJAGA KEPADA RUMAH KOSONG TERSEBUT.EN.DANIEL TELAH MECERITAKAN CERITA SEBENAR MENGENAI RUMAH TERSEBUT.SEMASA PERJALANAN BALIK DARI RUMAH EN.DANIEL,MEREKA TELAH MELALUI HADAPAN RUMAH KOSONG TERSEBUT DAN AIMAN TELAH TERNAMPAK CAHAYA BERWARNA MERAH DARI DALAM RUMAH KOSONG TERSEBUT.

AIMAN TELAH PERGI MENYIASAT MENGENAI RUMAH KOSONG TERSEBUT BERSAMA PAK CIKNYA BERNAMA PAK CIK AZMIL.AIMAN DAN PAK CIK AZMIL TELAH MELIHAT HANTU POCONG DI DALAM RUMAH TERSEBUT.MEREKA LARI LINTANG PUKANG.PADA KEESOKANNYA,AIMAN TELAH PERGI SEMULA KE RUMAH TERSEBUT UNTUK MENYIASAT RUMAH KOSONG TERSEBUT.AIMAN TERNAMPAK SEORANG LELAKI MEMASUKI RUMAH TERSEBUT MELALUI JALAN BELAKANG DAN TERDENGAR SUARA PERBUALAN LELAKI TERSEBUT BERSAMA SESEORANG DARI DALAM RUMAH.AIMAN AMAT MENGENALI SUARA TERSEBUT.SUARA EN.DANIEL DAN LELAKI TERSEBUT BERNAMA MAHIZAN,ANAK ANGKAT KEPADA PEMILIK RUMAH KOSONG TERSEBUT.

AIMAN TELAH MASUK KE DALAM RUMAH TERSEBUT UNTUK MENYIASAT MENGENAI KEGIATAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH EN.DANIEL DAN MAHIZAN.DAN AIMAN TELAH DI TANGKAP.SEBELUM AIMAN DIAPA-APAKAN PIHAK POLIS TELAH DATANG MENYELAMATKAN AIMAN.RUPA-RUPANYA EN.DANIEL,MAHIZAN DAN TEMAN WANITA MAHIZAN MERUPAKAN PENGEDAR DAN MENYIMPAN PIL EKSTASI(ECSTASY) SERTA UBAT-UBAT TERLARANG LAIN DI DALAM RUMAH KOSONG TERSEBUT.MENGENAI RUMAH KOSONG BERHANTU ITU ADALAH CERITA REKAAN SEMATA-MATA UNTUK MENAKUTKAN PENDUDUK DISEKITAR KAWASAN RUMAH TERSEBUT.

JUDUL : : NOVEL SEKOLAH RENDAH:MISTERI RUMAH HANTU
PENGARANG : ENGKU FARIS
PENERBIT :SAM SYNERGY MEDIA SDN BHD
TAHUN TERBIT :2018
HARGA :RM12.90
MUKA SURAT :160 MUKA SURAT
RATING :5/5

Buku 7 Benua

ULASAN BUKU BAGI BULAN JUN 2019

Nama buku : 7 BENUA
Muka surat: 210 ms
Penulis : Badrul Hisyam
Harga: RM 25.00
No Pengelasan : D 910.4 BAD

Walaupun buku ini bertajuk ‘ 7 Benua ‘, tetapi cerita yang dipersembahkan bukanlah daripada kesemua tujuh benua yang ada di muka bumi. Ianya sekadar merujuk kepada ruangan bumi yang menjadi destinasi mana-mana pengembara.

Dengan gaya penulisan tersendiri, setiap artikel yang disumbangkan mempunyai kekuatan jalan cerita  dan pengalaman  yang berbeza. Suka dinyatakan di sini , setiap artikel bukanlah cerita lengkap dari pengembaraan mereka.

Ia hanya sedikit bingkisan atau ringkasan pendek yang diambil daripada karya lengkap mereka yang bakal diterbitkan sendiri oleh mereka di masa akan datang.
Semoga semua pembaca terinspirasi dengan kisah dan ilmu yang ingin dikongsikan di dalam buku ini. Selamat membaca.

Disediakan Oleh :

Siti Norhasmah Bt Tahir
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa Sungai Lembing

Disemak Oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

Buku: Siri Blogger Masakan Masakan Thai

No Perolehan: DTEM 005436
ISBN: 978-967-415-351-9
Kategori: Teknologi
Ringkasan/ Ulasan:

Pengalaman makan di Warung Aja dengan pelbagai menu hidangan membuatkan hati terpaut dengan Ayam Pandan buatan mereka, sedap! Mula berlegar di kepala ‘macam mana nak buat ayam pandan ni?’.

Terpandang buku resepi Masakan Thai di Pameran Buku Juadah Ramadan Perpustakaan Awam Daerah Temerloh menarik minat untuk melihatnya. Mulanya kecurkan somtam, tiba-tiba jumpa pula resepi Ayam Pandan. Terus mengukir senyuman, saya dah jumpa!

Buku ini menyampaikan 25 resepi masakan Thai yang enak dan mudah disediakan. Pelbagai resepi yang biasa kita tempah di restoran makanan Thai ada di dalam buku ini. Resepi yang dilampirkan dengan ilustrasi menarik dan menyelerakan.

Dapatkan buku ini dan marilah menambah ilmu masakan anda.

Judul: Siri Blogger Masakan Masakan Thai
Pengarang: Mamadee
Penerbit: MPH Publishing
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM11.90
Muka surat: 55
Rating: 5

Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

Buku Dapour Lazadaious Juadah Kuih Muih

ULASAN BUKU Jun 2019

No Perolehan :  EPER 18-001511
ISBN: 978-967-444-806-6
Kategori: Teknologi
Ringkasan / Umum :

Buku Juadah Kuih Muih tulisan Azreen Sofea ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh kegunaan bahan, cara memasak dan panduan bergambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Buku Juadah Kuih Muih merupakan koleksi buku yang tujuan asal untuk memberi tunjuk ajar untuk membuat kuih. Terdapat pelbagai jenis resepi kuih-muih serta langkah-langkah yang ringkas dapat membantu untuk menyediakan kuih-muih yang enak. Semoga buku ini dapat menemani anda sewaktu  berada di dapur. Jadikan buku ini sebagai panduan dalam menyediakan sajian istimewa untuk keluarga tercinta.

Judul: Juadah Kuih Muih
Pengarang: Azreen Sofea
Penerbit: Sam Synergy Media Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 15.90
Muka surat: 64
Rating:

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

Buku Gaya Untuk Berjaya

ULASAN BUKU JUN 2019

No Perolehan :   EPAL 18/001844
ISBN         :   978-967-0703-27-5
Kategori           :   Teknologi

Ringkasan / Umum :

Buku Gaya Untuk Berjaya ini merumuskan kesedaran tentang kurangnya buku genre imej atau penampilan diri yang ditulis oleh orang Malaysia.

Anda ingin berjaya tetapi imej anda menghalang diri. Mungkin anda usahawan produk atau perkhidmatan yang sudah mempunyai jenama tetapi sayangnya anda sendiri tiada jenama. Jika anda bekerja, susah hendak naik pangkat sebab orang tidak perasan, buku ini boleh membantu anda. Semua orang yang Berjaya ada AURA tersendiri, mereka anda BRANDING DIRI.

Imej bergantung kepada 4 elemen utama iaitu :
Appearance (Penampilan)
Behaviour (Pratokol/Etika)
Communication (Komunikasi)
Development (Pembangunan)

Buku ini dihasilkan daripada pengalaman penulis mengendalikan beratus-ratus bengkel imej dan dihadiri ribuan peserta. Pelbagai isu yang dihadapi oleh peserta. Analisa terhadap permasalahan telah dibuat dan penyelesaiannya ada di dalam buku ini.

Naskhah ini diolah dengan mudah dan bersesuaian dengan agama, budaya dan acara masyarakat Malaysia. Negara kita yang berbilang bangsa dengan protocol yang pelbagai. Etika pemakaian majlis rasmi sehingga kepada tidak rasmi. Teknik kebersihan diri sehingga kepada suai pada aksesori.

Buku ini juga menganalisis protokol dan etika seharian, daripada cara makan sehinggalah ketika bersama dengan orang ramai. Komunikasi yang betul juga membantu memberi impak terhadap diri. Inilah masanya untuk berubah! InsyaAllah. Selamat Membaca!!!

Judul    : Gaya Untuk Berjaya
Pengarang    : Hafiz Mustaphha
Penerbit    : Richworks Publications Sdn Bhd
Tahun Terbit    : 2018
Harga    : RM 50.00
Muka Surat    : 221
Rating    :           -

Disediakan Oleh:                       Disemak Oleh :

Noraziah Binti Abd. Razak          Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                     Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai          PAD Pekan

Buku R & R Di Lebuh Raya Kehidupan

ULASAN BUKU BULAN JUN  2019 PD KEMASUL

Judul : R & R Di Lebuh Raya Kehidupan
Kategori : Motivasi
Penulis :  Zul Ramli Ahmad Razali
ISBN : 978-983-097-288-6
Harga :  RM25.00
Mukasurat : 360

Kealpaan membilang hari membuatkan manusia lupa kepada perhentian...
Penulis membantu kita berhenti sejenak dan memerhati adakah laluan kita ke destinasi yang betul atau sebalik. Kita juga dipandu agar sentiasa menyeimbangkan kehidupan terhadap diri sendiri,Allah swt, Rasulullah saw, ibu dan ayah, pasangan, anak-anak, kerjaya, rakan dan seterusnya masyarakat.
Kehidupan ini indah sekiranya kita tahu menghargainya. Orang yang tenang hatinya, sentiasa ingat bahawa setiap yang berlaku atas ketentuan Allah. Jangan terlalu menyalahkan orang lain apabila perkara yang diingini bertentangan dengan kemahuan. Dan ketika itu, ambil masa untuk diam dan renung di mana kesilapan selama ini menyebabkan keresahan yang memuncak dalam hati. Buku yang mampu mengajak manusia berfikir kedalam kehidupan dengan cerita menghidupkan pengajaran yang berkesan. Banyak menggunakan firman dalam Al-Quran dalam bukunya.

Realitinya begitu banyak tarikan dan tolakan yang memesongkan  cabaran sebenar  dalam membina keseimbangan hidup ini. Akibatnya banyak tenaga dihabiskan dan komitmen dikerah untuk sesuatu yang tidak berbaloi sama sekali.
Buku ini juga mengajak kita memecut kehadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti.... bermuhasabah diri  buat mendapat kelegaan untuk terus memecut  kehadapan....ke lebuh raya kehidupan hingga ke akhir hayat ..

Disediakan oleh;
Armah binti Abas,
Pembantu Pustakawan Desa Kemasul