Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Show all posts

Tuesday, September 15, 2020

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat / Dr.Handrawan Nadesul / SAM Synergy Media / 2018

ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat / Dr.Handrawan Nadesul / SAM Synergy Media / 2018

ISBN: 978-967-444-347-4

Kategori: Teknologi

Ringkasan / Umum :

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat tulisan Dr. Handrawan Nadesul ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh – contoh penulisan fakta, pengumuman dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat mengisahkan cara untuk menjadikan seseorang kelihatan lebih muda dari usianya. Semua rakyat di negara ini perlu mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Buku ini dapat membantu dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Semoga segala informasi dalam buku ini dapat dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan pembaca.

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat

Pengarang: Dr.Handrawan Nadesul

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

TahunTerbit: 2018. Harga: Rm 27.90. Mukasurat: 224

Disediakan Oleh :Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media / 2019

ULASAN BUKU FEBRUARI 2020. Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media / 2019

ISBN: 978-967-16994-3-0 / Kategori: Sains Kemasyarakatan (dewasa)

Ringkasan / Umum :

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam tulisan Jaafar Aditya Akbar Hakim dapat membantu pembaca dengan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan nasihat sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Bidang pendidikan yang perlu diberi perhatian pada masa kini adalah pendidikan kewangan. Oleh sebab itu, pendidikan kewangan adalah subjek yang digalakkan dan tanggungjawab mendidik yang utama terletak pada ibubapa. Penting bagi anak-anak mempelajari urusan kewangan keluarga supaya mereka dapat membentuk wawasan dalam pengurusan kewangan peribadi. Melalui buku ini diharapkan pembaca dapat menguruskan kewangan dengan baik, mengikut teladan Nabi Muhammad SAW. Buku ini sesuai dibaca pada setiap peringkat umur dan mudah difahami.

Judul: Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam

Pengarang: Aditya Akbar Hakim

Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd

TahunTerbit: 2019. Harga: Rm 24.90. Mukasurat: 178

Disediakan Oleh :Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[Noraziah Abd Razak] [Yusniza Mohamad Arris] [shopee]