Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Lawatan PNM 1/2013. Show all posts
Showing posts with label Lawatan PNM 1/2013. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

01 PD Sanggang. Lawatan KP PNM

Tempat singgahan pertama adalah Perpustakaan Desa Sanggang, Temerloh, Pahang.
 Bergambar kenangan dengan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia di depan Perpustakaan Desa Sanggang.
 Mendengar cadangan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
 Membincangkan pelbagai cadangan.
Perancangan tetap perlu dilakukan walaupun kejadian banjir adalah bencana alam yang sering kali tidak boleh diduga oleh manusia.

Wednesday, April 17, 2013

PD Felda Tersang 1 (Lawatan PNM PD 7/2013)

Lawatan selama dua hari bermula pada 15hb di PD Batu Papan dan berakhir pada 16hb April 2013 di PD Felda Tersang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Bahagian Rangkaian PNM, Bahagian Khidmat Teknik, PD Batu Papan, PD Sri Buntar, PD Sri Hamzah, PD Relong, PD Bukit Betong, PD Kuala Medang, PD Tersang dan bahagian khidmat pemandu. Semoga berjumpa lagi.

Inilah lokasi terakhir lawatan, PD Felda Tersang 1.

 01. Papan tanda di PD Tersang ini masih cantik. Ada sesetengan tempat, papan tandanya telah tinggal rangka sahaja.
 02. Pintu masuk PD Tersang.
 03. PD Tersang ini bersebelahan dengan Pusat Literasi Felda Tersang 1.
 04. Buku pameran.
 05. fail-fail yang akan diperiksa.
 06. Memberikan jawapan.
 07. Encik Aziddin sedang memeriksa keadah melebal yang digunakan di PD Tersang.
 08. Cik Rokiah Mohd Kassim sedang merenung masalah-masalah yang dihadapi oleh PD Felda Tersang.
 09. N1 sedang memberikan penerangan bagi menggantikan S17 yang sedang cuti bersalin.
 10. Mencari cadangan terbaik.
 11. "Silalah makan meehon dan karipap kegemaran suami saya"
 12. pengguna kanak-kanak sedang melayari internet.
13. Bakal graduan sedang mengulang kaji pelajaran.

PD Kuala Medang (Lawatan PNM PD 6/2013)

Dari PD Bukit Betong lawatan 16.4.2013 ini diteruskan ke PD Kuala Medang. Sebenarnya Kuala Medang dengan Cameroh Highland hanyalah 45 minit sahaja. Tetapi orang kuala medang ramai yang belum pernah sampai ke Cameron Highland. Penduduk Kuala Medang ini kebanyakannya berasal dari kampung-kampung sekitar seperti, Tanjung Besar, Ulu Cheka dan Bukit Betong. Kuala Medang ini terkenal dengan HomeStay dan mendulang emas.

Penempatan Kampung Kuala Medang dibuka oleh suku kaum asli Semai pada tahun 1900. Nama Kuala Medang diberi berasaskan sebatang pokok medang yang saiz lilitannya begitu besar dan ditemui tumbuh di kuala sungai.Pokok kayu medang tersebut ditemui oleh suku kaum asli Semai dan menebangnya menggunakan kapak dan beliung. Segala kerja yang dilakukan mengambil masa selama empat puluh (40) hari. Pokok yang tumbang telah merentangi sungai dan dijadikan titi oleh penduduk-penduduk kampung.

Oleh kerana pokok tersebut terletak dipinggir kuala sebatang sungai, maka sungai tersebut dipanggil sungai Medang dan kampung ini pula telah diberi nama. Kuala Medang.

Pada tahun 1972, pihak LKPP Negeri Pahang telah membuka pula Penempatan Rancangan Pengumpulan Semula mangsa-mangsa banjir (PRPS) . Pada tahun 1986 pula, YB. Kol (K) Dato' Hj. Omar bin Hj. Othman DSAP., DIMP., PJN, telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi mmbuka pula penempatan Perumahan Awam  Kos Rendah Kerajaan (PAKR).
 01. Banyak fail yang perlu diperiksa.
 02. Memikirkan apa yang terlupa.
 03. Menjawab persoalan
 04. Fail-fail sedang menanti giliran untuk disemak.
 05. Menerangkan keperluan pemantauan.
 06. Fail-fail yang telah siap diperiksa.
 07. Ada makanan tengahari.
 08. Mari berihat sekejap sebelum menyambung perbincangan.
 09. Ada kek coklat dan pisang masak kuning
 10. Masa makan.
 11.Hidangan istimewa orang Kuala Medang. Gulai ikan patin, gulai daging, ikan sungai goreng, kerabu dan ulam.
 12. Kerabu Kuala Medang
 13. Ikan Patin Kuala Medang, sunggu berbeza. Ikan Patin Kuala Medang diternak dalam kolan yang mengalir airnya.
 14. Menghantar laporan semasa kepada orang tersayang.
 14. Bersiap untuk meninggalkan Kuala Medag dan menuju ke Felda Tersang 1.
 15. Tukan masak Kuala Medang.
16. Berpuas hat.

PD Bukit Betong (Lawatan PNM PD 5/2013)

Seterusnya pada 16hb April 2013 ini kumpulan pelawat meninggalkan PD Relong dan menuju ke PD Relong.

 01. Mendengar penerangan.
 02. Memberikan penerangan
 03. Memeriksa laporan
 04. Meneliti satu demi satu
 05. Mencari penyelesaian.
 06. Masih banyak yang perlu diperiksa.
07. Semua boleh diatasi.

PD Relong (Lawatan PNM PD 4/2013)

Pada 16hb April, lawatan diteruskan ke PD Relong. Rombongan pelawat terkejut melihat loaksi PD Relong ini yang bersebelahan dengan Tanah Perkuburan Islam Kampung Relong. Keadaan ini berlaku kerana PD Relong adalah Masjid Lama Kampung Relong yang telh di baiki dan dijadikan perpustakaan desa.

 01. Memeriksa suasana keliling PD Relong.
 02. Memeriksa fail laporan.
 03. Mengesahkan laporan
 04. Menunggu
 05. Mendengar penerangan.
 06. Menunggu penerangan.
 07. Berihat seketika.
08. Bergambar dengan pengunjung tetap PD Relong. Yang datang dan balik serempak dengan kakitangan. Pengunjung ini turut menghadiahkan beberapa barang keperluan untuk kegunaan PD Relong. Masih ada orang yang sayangkan perpustakaan.

DValley Lipis

Rombongan pelawat dari Bahagian Rangkaian PNM dan Bahagian Rangkaian PPAP telah sampai ke Daerah Lipis pada jam 9.00 malam.

 01. Menunggu nasi goreng cendawan.
 02. Nasi goreng biasa aja.
 03. Matahari pagi.
 04. Nasi goreng DValley Lipis
 05. Cafe DValley Lipis
 06. Hiasan di Cafe DValley Lipis menggunakan warna Merah dan Putih. Mungkin kerana bangunan hotel DValley ini adalah bekas bangunan Umno Lipis.
 07. Pemandangan dari Cafe DValley Lipis
 08. Ruang Santai di tingkat tiga Hotel DValley Lipis.
 09. Kaunter pendaftaran DValley Inn Lipis.
 10. DValley Inn Lipis ada menyediakan Basikal Oscar untuk disewa oleh penyewa di hotel ini. Bawarannya RM5.00 sejam.
 11. Ruang depan pintu masuk DValley Inn Lipis
 12. Bangunan DValley Inn Lipis
 13. Masakan khas Lipis, boleh makan dengan nasi atau pulut.
14. Daging istimewa Orang Lipis.