Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PZ5 Lipis 2015. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PZ5 Lipis 2015. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Buku: PEREMPUAN vs LELAKI oleh Malahayati

Buku: PEREMPUAN vs LELAKI oleh Malahayati

Ulasan:
Buku Perempuan vs Lelaki ini dapat membentuk seorang perempuan menikmati keistimewaan-keistimewaan seperti menguasai etika berkomunikasi secara lisan mahu pun tanpa lisan, mampu menawan lelaki ketika berbicara, mengetahui cara menghadapi ajakan nakal dan gangguan seksual serta bersikap positif terhadap kehidupan dan orang sekitar.

Dalam buku ini, wanita dapat belajar banyak hal tentang cara menghadapi pihak atasan, rakan sekerja lelaki, suami dan anak.Sebagai wanita yang pasti berbeza dengan lelaki, maka caranya tentu saja lebih lembut, lebih dekat dengan sifat-sifat semula jadi seorang wanita.

Tajuk: Perempuan vs Lelaki
Penulis: Malahayati
Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd
Harga: RM 17.00
Mukasurat: 209 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, August 11, 2015

Buku: TIRU MACAM KAMI oleh Dr. Wong Huey Siew & Mohd Nor

Buku: TIRU MACAM KAMI oleh Dr. Wong Huey Siew & Mohd Nor

Ulasan:
Naskah Dr Wong Huey Siew dan Mohd Nor ini menceritakan kisah mengenai kisah dua orang insan yang cukup istimewa. Mereka dikurniakan oleh Allah SWT dengan keupayaan yang sungguh luar biasa, walaupun masing-masing mengalami kecacatan penglihatan.

Kita seharusnya menjadikan kehebatan mereka sebagai contoh teladan.Kelemahan dan kecacatan yang mereka alami tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk berjaya.Cerita mereka wajar dibaca kerana memberi banyak suntikan baru kepada pembaca untuk mengharungi kehidupan dengan penuh keyakinan.

Cacat penglihatan bukanlah alasan untuk anda gagal dalam kehidupan tidak kiralah walau apa jenis kecacatan sekalipun.Semangat mereka sangat tinggi dan cukup mengkagumkan. Jatuh dan bangun dalam kehidupan itu adalah suatu lumrah kehidupan.Percayalah bahawa harapan dan kejayaan memang sentiasa ada disekeliling kita kalau kita inginkannya.

Tajuk: Tiru Macam Kami
Penulis: Dr. Wong Huey Siew & Mohd Nor
Penerbit: KarnaDya
Harga: RM 16.00
Mukasurat: 231 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, August 4, 2015

Buku: ONLINE DENGAN TUHAN oleh Zulkifli Khair

Buku: ONLINE DENGAN TUHAN oleh Zulkifli Khair

Ulasan:
Hasil nukilan Zulkifli Khair ini selain mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir alam semesta, pemberi nikmat dan rezeki serta syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi.

Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.

Cintakan bunga
bunga akan layu.
Cintakan manusia
manusia akan mati.
Cintakan teknologi
teknologi akan basi.
Cintakan Tuhan
Tuhan kekal abadi.

Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

Tajuk: Online Dengan Tuhan
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 114 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, July 28, 2015

Buku: CINTA, JODOH & PERKAHWINAN: KAEDAH KAJIAN POTENSI DINAMIK oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury

Buku: CINTA, JODOH & PERKAHWINAN: KAEDAH KAJIAN POTENSI DINAMIK oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury

Ulasan:
Buku ini adalah berkenaan pendedahan mengenai penggunaan kaedah astronumerologi dinamik sebagai satu cara ikhtiar di dalam merancang satu kehidupan kasih saying yang baik.Hidup manusia perlulah sentiasa memiliki strategi untuk menghadapi krisis dan konflik serta strategi untuk menyelesaikannya.

Dengan memiliki buku ini, kita boleh melihat pelbagai kaedah yang akan digunakan untuk mengenal pasti potensi yang positif dan negatif di dalam perihal cinta, jodoh dan perkahwinan.Jangan panik sekiranya anda melihat terdapatnya potensi negatif pada anda kerana ia sekadarsatu petunjuk untuk anda lakukan sesuatu dengan segera.Lagipun kebanyakan potensi negatif mampu dikawal atau diubah menjadi potensi positif.

Eddy Rosyadie berpengalaman di dalam mengendalikan perihal cinta jodoh dan perkahwinan menggunakan Kaedah Potensi Dinamik gubahan beliau sendiri hasil daripada kajian penyelidikan ke atas pelakuan manusia.Beliau juga telah membantu ramai individu dan pasangan mereka untuk mengenali potensi cinta mereka dengan lebih berkesan sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan.

Tajuk: Cinta, Jodoh & Perkahwinan : Kaedah Kajian Potensi Dinamik
Penulis: Eddy Rosyadie Mohd Samsury
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Harga: RM 19.90
Mukasurat: 383 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, July 21, 2015

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Ulasan:
Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita mengandungi 18 kisah penuh motivasi dan inspirasi yang disampaikan dalam gaya penulisan yang ringkas berceloteh, berjenaka seperti perbualan seharian.

Ia pasti menyentuh hati,mengusik minda dan menenangkan jiwa anda.Buku ini mengandungi pelbagai cara untuk hidup dengan lebih positif.Sesiapa yang dahagakan kejayaan, inspirasi, kemurahan rezeki dan cara untuk memperbaiki diri sendiri, buku ini ada jawapannya.

Ianya buku motovasi yang patut dimiliki oleh semua.

Tajuk: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita
Penulis: Zabrina A. Bakar
Penerbit: Wise Words Publishing
Harga: RM -
Mukasurat: 222 ms

Ulasan oleh
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis