Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Pelatih. Show all posts
Showing posts with label Pelatih. Show all posts

Thursday, July 18, 2024

SENARAI PELAJAR PRAKTIKAL

SENARAI PELAJAR PRAKTIKAL YANG MENJALANI LATIHAN DALAM INDUSTRI DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Aida Mohawiah Bt Mohamed 2013
Badiah binti Bahrum 2018
Muhammad Nur Adden b Khairi 2018
Muhammad Zharfan b Mohd Zaki 2018
Nabilah Abd Rahman 2013
Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh 2017
Noraishah binti Ahmad  2018
Nur Adisalmayuni Alwani binti Mahadi 2018
Nur Fatihah binti Mat Daud  2018
Nur Fazila Binti Mohamad Nasir 2018
Nur Mas Suhaili binti Muhamad Ramli 2018
Nur Sakinan binti Ab Hamid 2018
Nur Syahirah binti Mohamad Razali 2018
Nurain binti Mat Yaman 2018
Nurul Nabila Syahida Binti Zulkifle 2017
Rabiatul Najwa binti Mohamad Yusmi 2018
Tuan Syahirah binti Tuan Abd Rahman 2018
Zanita binti Abdullah, Puan 2017
Zuraida Binti Akob 2015

Friday, August 9, 2019

Nur Ainna Izatie Bt Mohd Izani - Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science) - UiTM cawangan Rembau

 Assalamualaikum……nama diberi Nur Ainna Izatie Bt Mohd Izani
Lebih dikenali dengan panggilan Ainna. 

Dibesarkan oleh kedua orang tua tercinta iaitu En. Mohd Izani Bin Che Yusuff dan Puan Arbaiah Bt Karim.

Merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik. Mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan Pahang. Bermula dari prasekolah hingga darjah 4. Seterusnya, saya perpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Makmur, Maran Pahang kerana mengikut bapa yang bertukar tempat kerja.

Di peringkat menengah pula, saya melanjutkan pelajaran di SMK Seri Pekan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Saya juga meneruskan pelajaran di tingkatan enam iaitu di SMK Ahmad, Pekan Pahang.

Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran  pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM dalam jurusan Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science).

Pada awalnya, saya ditempatkan di kampus Puncak Perdana bagi semester 1. Lalu bertukar kampus ke UiTM cawangan Rembau dari semsester 2 hingga semester 6.
Kampus Rembau merupakan kampus cawangan yang baharu bagi Negeri Sembilan dan saya merupakan perantis atau “first batch” di Rembau.

Kehidupan sebagai seorang siswi banyak memberi manfaat dan pengetahuan terutamnaya dari segi persahabatan dan juga kehidupan. Semasa berada di semester 6 kami dikehendaki untuk memilih dan mencari tempat bagi tujuan latihan industri (practical).

Lalu, saya telah memilih Perbadanan Perpustakaan Awan Pahang sebagai tempat untuk melakukan latihan industri.

Pada tanggal 1 Ogos saya beserta enam orang rakan yang lain iaitu Radiah, Karimah, Hidayah, Masturah, Zein dan Qhairuel telah melaporkan diri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).

Kami akan menjalani latihan industri di PPAP selama 5 bulan. Selepas itu, kami telah ditetapkan di bahagian masing-masing secara berpasangan. Pasangan saya adalah Siti Karimah dan beliau merupakan rakan sekampus saya dari Kampus UiTM Rembau.

Bagi minggu pertama latihan kami telah ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan yang diketuai oleh Encik Ahmad Nizam dan Bahagian Perancangan Pembangunan dan Korporat yang diketuai oleh Encik Norshazlin atau lebih dikenali sebagai Encik Amir.


Antara perkara-perkara yang saya pelajari dan lakukan sepanjang berada di bahagian rangkaian perpustakaan adalah cara mengumpulkan maklumat di seluruh Rangkaian Perpustakaan di negeri Pahang melalui (data cloud). Di dalam data tersebut terdapat statistik perpustakaan dari segi semua aspek.

Selain itu, kami juga telah dibawa melawat oleh Encik Ahmad Aziddin selaku Ketua Unit Rangkaian merangkap Ketua Perpustakaan Desa Kuantan ke perpustakaan desa Kg. Mahkota bagi menyiapkan projek penubuhan galeri di sana. Di sana kami mempelajari mengenai bagaimana pengurusan di sesebuah perpustakaan desa dijalankan.

Seterusnya, saya dan karimah juga turut membantu Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi mengendalikan program lawatan pelajar tabika kemas dari tabika perpaduan inderapura dan tabika tanah putih.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah melawat perpustakaan kanak-kanak. Di situ terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya ialah pertunjukkan “puppet show”, slot menari lagu kanak-kanak dan sesi membaca.

Seterusnya, kami juga megetuai kumpulan kanak-kanak tersebut ke bahagian Petrosains pula. Akhir kata saya berharap agar proses latihan dan pembelajaran saya di sini akan berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua staff dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini. Sekian terima kasih……  

Siti Karimah binti Ahmad - Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science) - UiTM Rembau



Manis bicara, Indah tutur kata,
Manis kalimah, Pembuka bicara,
Hati yang bersih, bercahaya,
Ukhuwah terjalin dengan bismillah…

Assalamualaikum wbt. Hai awak semua 😊,
salam perkenalan daripada saya.

Nama diberi Siti Karimah binti Ahmad.
Biasanya orang panggil saya Karimah atau Imah.
Saya berasal dari Gua Musang, Kelantan.

Nama bidadari syurga di sebelah saya ini adalah Haminah binti Mahmood, beliau adalah bonda tercinta saya yang saya panggil beliau ‘Ma’ dan jejaka hensem di sebelah kiri saya adalah Ahmad bin Abd Wahab yang merupakan tulang belakang kepada keluarga kami.

Saya panggil beliau dengan panggilan ‘Ayoh’.  Mereka berdua adalah orang yang banyak memberi sokongan kepada saya sepanjang saya berada di dunia ini daripada saya di lahirkan pada 13 Julai 1997 hingga sekarang 2019.

Haa, pasti kalian boleh kira kan umur saya berapa?? Silalah kira kalau nak tahu..huhuhu… Teringat potongan ayat Quran berkenaan dengan ibu bapa:

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:

" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman 31:13-14)

Awal pendidkan saya bermula di Tadika Sg. Asap B.

Banyak kenangan di sini di mana permulaan saya mengenal dunia berkawan, dunia membaca dan lain-lain.

Pada pendapat saya, pendidikan awal kanak-kanaklah penting untuk membentuk generasi sekarang kerana daripadanya saya mengenal huruf, nombor dan lain-lain.

Terima Kasih Cikgu! seterusnya, saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Renok Baru (SKRB) daripada darjah 1 hingga darjah 6. Pada tahun 2009, iaitu ketika saya berada di darjah 6, saya menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Alhamdulillah keputusaan UPSR saya baik dan saya terpilih untuk sambung pengajian saya di peringkat menengah di sekolah rancangan khas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Perdana.

Bermula di sekolah menengah, saya mula belajar berada berjauhan dengan keluarga kerana saya perlu tinggal di asrama. Saya belajar berdikari di mana segala keperluan perlu dibuat sendiri seperti pakaian, makan minum dan juga perbelanjaan harian saya.

Saya akui, daripada pengalaman daripada sekolah dulu lah yang menjadikan siapa saya pada hari ini.

Terima kasih para guru sekalian kerana mereka tidak pernah jemu melayan kerenah pelajar-pelajarnya yang berbeza-beza.

Terima Kasih Cikgu kerana sentiasa bersabar dengan karenah kami semua dan merestui ilmu cikgu selama ini.

2010 ketika saya berada di tingkatan 1


2013 ketika saya berada di tingkatan 4

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga
(Hadith Riwayat Muslim)

Saya meneruskan lagi pengajian saya di peringkat matrikulasi iaitu Matrikulasi Kelantan (KMKT) selama setahun.

Saya mengambil jurusan sains iaitu modul 1 yang merangkumi subjek biologi, fizik dan kimia. Saya tak nafikan, pelajar yang belajar di matrikulasi ini antara pelajar yang boleh dikatakan sibuk kerana setiap hari kelas bermula daripada pukul 8 pagi hinga 5 petang dan dengan aktiviti-aktiviti luar yang lain.

Tetapi, dalam kesibukan itu, saya sangat lah gembira dan seronok kerana adanya sahabat-sahabat yang tidak jemu membantu saya dalam pelajaran dan pensyarah yang sangat memahami saya. Pengalaman di matrikulasi sangatlah seronok dan tidak boleh dilupakan, hanya yang pernah belajar di matrikulasi sahaja yang tahu seronoknya macam mana😊.

Seterusnya, selepas tamat pengajian saya di peringkat matrikulasi, saya menyambung pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Puncak Perdana selama satu sem dan berpindah ke UiTM Rembau untuk sem 2 hingga tamat pengajian.

Saya mengambil jurusan Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science). Pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah dilalui sepanjang pengajian. Pengalaman yang pernah saya hadapi itu, bukan untuk melemahkan saya tetapi untuk menguatkan lagi fizikal dan mental saya.

Nasihat saya pada yang kalian semua, ketika berada di kampus jangan boros dan didiklah diri untuk menabung dan berjimat cermat kerana hasilnya bukan sekarang, tetapi ketika kalian berada pada tahun akhir nanti (ini pandangan daripada pengalaman saya lah sebagai pelajar tahun akhir).

Segala pengalaman pahit ketika itu tetap menjadi manis untuk dikenang kerana daripada pengalaman itu mampu meningkatkan kematangan seseorang. Seorang sahabat saya pernah cakap “maturity comes with experience, not age”.

Ketika saya berada di sem 6, saya perlu membuat pilihan di mana tempat untuk saya membuat latihan industri nanti ketika berada di sem 7. Selepas berbincang dengan sahabat-sahabat yang lain, akhirnya saya membuat keputusan untuk memilih Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP). Saya memilih PPAP sebagai tempat latihan industri saya kerana saya tertarik dengan reka bentuk bangunannya, warna bangunannya dan kemudahan yang disediakan di sini. Saya percaya yang saya akan belajar banyak perkara di perpustakaan ini.

Saya melaporkan diri di PPAP pada 1 Ogos 2019 (Khamis).

Saya menjalankan latihan industri bersama kawan-kawan saya yang lain daripada kampus yang sama iaitu Zein Azrai, Nur Ainna Izatie, Radhiah, Masturah, Hidayah dan seorang dari UiTM Puncak Perdana iaitu Qhuiruel Syahidbullah.

Penyelia kami di sini adalah Encik Norshazlin atau nama samarannya (En. Amer). Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada dua orang setiap kumpulan.

Pasangan saya adalah Nur Ainna Izatie (Ainna) yang sangat cantik dan mudah mesra dengan orang. Pada minggu pertama, saya dan Ainna ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan (BRP) yang diketua oleh En. Ahmad Nizam. Banyak input yang saya dapat seperti cara mengumpulkan maklumat (Big Data) di semua rangkaian  perpustakaan yang ada di Negeri Pahang seperti perpustakaan desa, daerah dan cawangan.

Selain itu, kami juga mengikut En. Ahmad Aziddin bin Haji Ahmad yang merupakan Ketua Perpustakaan Desa di daerah kuantan iaitu di Perpustakaan Desa Kg. Mahkota. Kami telah belajar secara praktikal cara pengurusan perpustakaan di desa tersebut.

Seterusnya, kami juga turut membantu kawan-kawan yang berada di Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi iaitu Zein Azrai dan Radhiah dalam program bersama kanak-kanak daripada Tabika Perpaduan Inderapura dan Tabika Tanah Putih.

Di bahagian ini, kami banyak belajar tentang cara mengendalikan program yang berkaitan dengan kanak-kanak. Seronok sangat sebab kita macam masuk dalam dunia kanak-kanak. walaupun kami berbeza bahagian/ unit, tetapi kami adalah satu pasukan yang akan membantu antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah pertunjukan ‘puppet show’, menari bersama kanak-kanak dan sesi membaca. Seterusnya, kami mengetuai kumpulan kanak-kanak ini menuju ke tempat Petrosains.

 Akhir kata, terima kasih kepada para staff di sini yang sudi menerima kami (pelajar praktikal) dengan baik.

Terima kasih juga kepada mereka kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sebagai orang baru dalam organisasi ini. Sesungguhnya, pengalaman menjalankan latihan industri di perpustakaan awam sangatlah seronok kerana banyak ilmu baru dapat dipelajari secara teori dan praktikal. Banyak lagi pengalaman yang saya akan dapat sepanjang berada di sini selama 5 bulan .

Terima Kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)😊

Monday, July 23, 2018

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber

PENEMPATAN PELAJAR PRAKTIKAL

Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pusat Sumber

Cik Nur Syahirah binti Mohamad Razali
Cik Nur Mas Suhaili binti Muhamad Ramli

Akan menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2018.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan

PENEMPATAN PELAJAR PRAKTIKAL

Pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan

Cik Nur Fatihah binti Mat Daud
Cik Nur Adisalmayuni Alwani binti Mahadi
Cik Noraishah binti Ahmad
Cik Nur Fazila Binti Mohamad Nasir

Akan menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2018.

Cik Tuan Syahirah binti Tuan Abd Rahman. Diploma Pengurusan Perpustakaan UiTM Kedah

PENEMPATAN PELAJAR PRAKTIKAL
Cik Tuan Syahirah binti Tuan Abd Rahman

Diploma Pengurusan Perpustakaan UiTM Kedah akan menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula 23 Julai 2018 hingga 30 Ogos 2018.

Monday, July 16, 2018

GARIS PANDUAN BAGI PROJEK INOVASI “BUKU PERTAMA SAYA” (Nur Sakirah Bt Ab Hamid)

GARIS PANDUAN BAGI PROJEK INOVASI “BUKU PERTAMA SAYA”

Tajuk

“Buku Pertama Saya”, (BPS) adalah projek yang dipilih untuk dijalankan bg melakukan inovasi di perpustakaan. Projek inovasi ini dipilih untuk membantu golongan kanak-kanak bagi memudahkan proses pembelajaran mereka. “Buku Pertama Saya”, (BPS) ini dapat meningkatkan semangat membaca dalam diri mereka.

Pengenalan

“Buku Pertama Saya”, (BPS) adalah projek yang telah dijalankan oleh saya (Nur Sakirah Bt Ab Hamid) bersama dengan empat orang lagi kawan seperjuangan semasa di semester akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan di UiTM Sungai Petani, Kedah.

“Buku Pertama Saya”, (BPS) adalah sebuah buku yang direka bagi memenuhi keperluan subjek.

Selain itu, BPS telah mendapat anugerah Silver di Pertandingan International Innovation & Design in Library & Information Science Competition 2017 (InDeLib 2017) pada 13 September 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.

BPS adalah bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka membaca dengan memberi gambaran dengan lebih realiti.  BPS ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun kebawah. Kerana ia membantu mereka di dalam proses pembelajaran.

Konsep dilaksanakan

Konsep BPS adalah belajar, membaca sambil bermain. Konsep BPS adalah:
1. Kanak-kanak akan dapat mengenali abjad, warna, nombor, saiz, dan pelbagai.
2. Setiap helaian muka surat mempunyai ciri berbeza. Sebagai contoh, jika muka surat pertama dan kedua mengunakan kain felt maka helaian seterusnya harusla mengunakan ciri berbeza seperti mengunakan manik atau butang dan sebagainya.
3. Jika mereka menghayati setiap helaian mereka akan mudah faham dan ingat apa yang mereka baca dan pelajari kerana ianya gambaran sebenar.
4. Mesti menerapkan unsur-unsur nyata bagi memudahkan lagi untuk mereka faham.

Proses Pelaksanaan
 
Cara Pelaksanaan
1.
Sediakan kotak yang terpakai dan masih dalam keadaan baik. Kemudian, potong ia mengikut saiz yang dikehendaki sebagai contoh saiz A5.

2.
Kemudian balutkan kotak tersebut dengan kain. Setelah itu, jahitkan bahagian tepi kain tersebut dengan kemas.

3.
Pastikan setiap helaian muka surat yang ingin di buat mempunyai ciri-ciri yang berbeza bagi menaikkan lagi semangat membaca sambil santai dikalangan kanak-kanak. Sebagai contoh, ade bahagian yang mengunakan butang katup, zip zac dan selotape. Ianya bertujuan untuk memberi kelainan dan menarik minat untuk mereka mencuba.

4.
Setelah selesai setiap helaian, sediakan kotak yang besar dari saiz tadi untuk dijadikan kulit buku.

5.
Akhir sekali, lekatkan kesemua bahagian tadi dengan menjahit di tengah-tengah buku tersebut bersama.

Anggaran Perbelanjaan


Barang
Harga (RM)
Kotak
**
Kain felt
**
Benang & Jarum
**
Gunting
**
Butang Katup
**
Jumlah
50.00

Rajah 1: Balutkan kotak tersebut dengan kain

Rajah 2:  Permainan yang dilekatkan di atas kain

Rajah 3: Manik yang disusun mengikut bilangan nombor.

Rajah 4: Permainan yang dibeli di Mr.Diy dan dilekatkan.

Rajah 5: Butang

Tuesday, February 27, 2018

Senarai Pelajar Praktikal 2018

Berikut adalah pelajar yang menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang:

1. Cik Nurain binti Mat Yaman
29 Januari hingga 9 Mac 2018.
Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kedah

2. Cik Rabiatul Najwa binti Mohamad Yusmi
29 Januari hingga 9 Mac 2018.
Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kedah

3. Encik Muhammad Zharfan b Mohd Zaki
1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

4. Cik Nur Sakinan binti Ab Hamid
1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

5. Cik Badiah binti Bahrum
1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber

6. Encik Muhammad Nur Adden b Khairi
5 Februari 2018 hingga 25 Mei 2018.
Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat

Monday, February 5, 2018

Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat

Pelajar Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan Pengurusan Maklumat Dengan Kepujuan

Encik Muhammad Nur Adden b Khairi

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 5 Februari 2018 hingga 25 Mei 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

Bahagian Khidmat Pengurusan
-Unit Teknologi maklumat

Bahagian Rangkaian Perpustakaan

Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Thursday, February 1, 2018

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pusat Sumber

Cik Badiah binti Bahrum

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

FEBRUARI - MAC
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

MAC - APRIL
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

APRIL - MEI
Unit Teknologi maklumat

MEI - JUN
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

JUN
Bahagian Khidmat Pengurusan

JUN
Bahagian Rangkaian Perpustakaan

JUN
Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Cik Nur Sakinan binti Ab Hamid

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

FEB - MAC
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

APRIL
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

MEI - JUN
Unit Teknologi maklumat

MAC - APRIL
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

JUN
Bahagian Khidmat Pengurusan

JUN
Bahagian Rangkaian Perpustakaan

JUN
Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan

Encik Muhammad Zharfan b Mohd Zaki

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula 1 Februari 2018 hingga 29 Jun 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

FEBRUARI - MAC
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

MAC
Unit Teknologi maklumat

MEI
Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

MEi - JUN
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

JUN
Bahagian Khidmat Pengurusan

JUN
Bahagian Rangkaian Perpustakaan

JUN
Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Monday, January 29, 2018

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kedah

Pelajar Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Kedah

Cik Nurain binti Mat Yaman
Cik Rabiatul Najwa binti Mohamad Yusmi

akan menjalankan latihan dalam industri di Perpustakaan Awam Pahang
bermula pada 29 Januari hingga 9 Mac 2018.

Dalam tempoh tersebut, beliau akan ditempatkan di bahagian dan unit berikut:

JANUARI
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan
-Unit Perolehan Koleksi
-Unit Pendokumentasian dn Teknikal

Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi
-Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Unit Pembelajaran Kreatif
-Unit Gerakan membaca dan Literasi

MAC
Bahagian Rujukan dan Maklumat
-Pusat Warisan Intelek Negeri
-Unit Perpustakaan Digital dan Sumber Media
-Unit Rujukan

Bahagian Khidmat Pengurusan
-Unit Teknologi maklumat

Bahagian Rangkaian Perpustakaan

Bahagian Perancangan, Pembangunan dan Korporat

Monday, January 22, 2018

Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Perpustakaan) UITM KAMPUS REMBAU

PELATIH PERTAMA DARI UITM KAMPUS REMBAU
Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh
Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat
(Pengurusan Perpustakaan)

Assalamualaikum,

Nama diberi Nik Nureqmaaezayu binti Nik Soh dan orang di sekeliling saya memanggil saya dengan panggilan Eqmaa. Saya dilahirkan di Kuantan Pahang pada 5 April 1993. Hingga kini saya berumur 24 tahun. Ayah saya bernama Nik Soh bin Mohd Isa manakala ibu saya pula bernama Nik Nura binti Nik Jid. Mereka berdua berasal dari Kelantan. Mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. 4 perempuan dan seorang lelaki. Saya merupakan anak ke tiga daripada 5 orang adik beradik saya.
Pendidikan awal saya bermula di Tadika Kemas TLDM, Kuantan Pahang pada tahun 1999. Pada tahun 2000-2005, saya bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Merbau di Kelantan. Kemudian, pada tahun 2006 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 dan cuma setahun saja di sana. Naik tingkatan 2 sehingga tingkatan 5 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 pada tahun 2007-2010.
Setelah tamat sekolah menengah, saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Diploma di Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak. Saya mengambil jurusan Diploma Sains Geomatik (ukur tanah) dan berjaya menamatkanya dalam tempoh masa 3 tahun (2011-2014). Setelah itu, saya ditawarkan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di dalam jurusan Pengurusan Perpustakaan (IM244) bermula tahun 2014-2018. Pada mulanya, saya ditempatkan di UiTM Puncak Perdana, Selangor. Tapi, pada tahun 2017, semua pelajar IM 244 diarahkan untuk berpindah ke kampus yang baru dibuka di UiTM, Kampus Rembau, Negeri Sembilan. Saya merupakan “first Batch” yang melangkah ke sana semasa di semester 6.

Saya berpeluang menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) selama 5 bulan bermula 1 Ogos 2017 sehingga 29 September 2017. Saya merupakan satu-satunya pelajar dari UiTM Kampus Rembau yang menjalani latihan industri di sini. En Amer Shazlin merupakan Penyelia saya di PPAP manakala En Azmi Ab Rahman merupakan penyelia saya di UiTM Rembau.

Bahagian pertama saya ditempatkan ialah di Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Koleksi selama sebulan satu minggu. Di bahagian ini saya telah belajar cara-cara proses buku (melabel call number, membalut buku dan membuat statistik jumlah proses buku), proses mengkatalog buku dan proses perolehan bahan (menyemak senarai buku dari pembekal dan menampal nombor perolehan buku). Staff-staff di bahagian ini terdiri daripada Puan Zalina, Puan Hawa, Puan Siti, En Rusydi, Kak Sheila, Kak Fizah, En Koh, En Amro, En Zul, En Rezza, Kak Mahani, Kak Anom, Kak Ti, En Faizal dan En Firdaus serta 2 orang lagi staff yang baru masuk iaitu En Syukran dan En Affifudin. Mereka semua sangat baik dan banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di bahagian ini.

Kemudian, pada bulan September saya telah ditempatkan di Unit Teknologi Maklumat selama satu bulan. Di unit ini saya sempat design banner program “Night @de Library”, broucher Kelas Gamelan, sijil penyertaan program “My Chid’s Day” dan “kelas tarian”. Selain itu saya juga mengupdate book review ke dalam website PPAP serta mengumpul statistik penggunaan komputer dan internet di setiap perpustakaan daerah, cawangan dan desa. Puan Rose, Pn Nazirah, En Zahid dan En Shah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berada di unit ini.

 Pada bulan Oktober, saya telah ditempatkan di Bahagian Perkhidmatan Perputakaan dan Literasi selama satu bulan. Sepanjang berada di bahagian ini banyak aktiviti yang saya turut serta bersama. Antaranya ialah aktiviti mewarna sempena “Warga Emas Disayangi dan Disanjungi”, Puppet Show, Storytelling (saya dan kawan saya yang bercerita), Aktiviti Kolaj, My Child’, Hari Sukan Negara dan Aktiviti cuti sekolah pada bulan 12. Saya dikehendaki membuat satu projek untuk ditunjukkan kepada pensyarah saya dan projek saya ialah Night @de Library dimana peserta dan urusetia akan tidur di dalam khemah di perkarangan perpustakaan selama 2 hari 1 malam.

 Selain itu, tugas-tugas lain yang saya buat di sini ialah saya mengumpul statistik pengunjung dan bilangan pengeluaran buku, bertugas di kaunter dan sebagainya. Antara staff-staff yang banyak membantu saya dalam melakukan kerja-kerja di sini ialah Puan Maria, Puan Shamsila, Puan Normah (Ummi), En Aseri, Kak Zura, En Amin, En Din, Kak Saira, En Faiz dan Kak wati.







 Kemudian, saya ditempatkan pula di Bahagian Rujukan dan Maklumat selama sebulan. 3 minggu pertama di PWIN (Pusat Warisan Intelek Negeri) dan 2 minggu kemudian di unit Rujukan.
 Semasa di PWIN, saya diberi tugas untuk scan surat khabar di mana saya dikehendaki mencari maklumat berkaitan negeri Pahang sahaja. Saya juga berkesempatan turut serta dalam program temu ramah bersama Hj Alang dalam menerokai sejarah Mat Kilau.
 Kemudian semasa di unit rujukan saya juga belajar membuat cutting paper memalui e-Browse. Saya juga bertugas di kaunter untuk merekod statistik pengunjung di samping membantu pelanggan jika mereka bertanyakan soalan. Staff-staff inilah yang sentiasa membantu saya semasa di bahagian ini antaranya ialah En Mohd Noor, Kak Fazilla, En Tuan Khairul (En TK), En Saiful, Kak Linda, En Mus dan En Firdaus.

Setelah itu saya ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan selama seminggu.
Di sini saya diberi tugasan untuk menyediakan satu laporan berkaitan cadangan penambahbaikan hubungan dua hala antara bahagian rangkaian dengan bahagian-bahagian dan unit-unit lain. Bahagian Rangkaian berfungsi memantau 41 lokasi perpustakaan daerah, cawangan dan desa di negeri Pahang. Serta menjadi perantaraan antara perpustakaan tersebut dengan bahagian-bahagian di ibupejabat.

Saya juga diberi kesempatan untuk menyertai gotong royong Galeri Khat bersama-sama dengan Puan Hajjah Faridzah Jaafar Pengarah Perbadanan perpustakaan Awam Pahang dan staf-staf PPAP di Perpustakaan Awam Daerah Pekan dengan menaiki coster/van.
Kemudian saya dibawa ke ladang En. Anas untuk melihat haiwan ternakan seperti ayam, kambing, rusa, burung merak, dan itik. Kami membawa pulang telur organik dari sana sebagai buah tangan. Sebelum pulang, kami bersama-sama ke Kuala Pahang untuk makan ikan bakar bersama. Antara staff-staff yang banyak bagi tunjuk ajar pada saya di bahagian ini  ialah Encik Ahmad Nizam, En Aziddin dan En Fadhrunizam.


 Minggu akhir saya di PPAP berakhir di Bahagian Korporat dan Pembangunan Perpustakaan selama seminggu.
 Di sini, saya telah diberi pendedahan cara-cara untuk mengendalikan  tetamu yang datang membuat lawatan di perpustakaan. Di samping itu juga, saya diberi kesempatan melawat dua buah perpustakaan desa yang terletak di Panching dan Sg Lembing.
 Tidak lupa juga di bahagian Pentadbiran walaupun saya tidak menjalani praktikal saya di situ, tapi mereka juga banyak membantu saya dalam kerja-kerja di sini. Staff-staff yang berada di bahagian ini adalah Pn Murni, En EO, Kak Liza, En Kama, En Rahaja, En Mizi, En Han, En Izam, Kak Nurul, Kak Nida, Kak Ija dan ramai lagi.

Sepanjang saya menjadi pelatih di sini, banyak pengalaman baru yang saya dapat pelajari daripada staff-staff di sini. Staff- staff di sini sangat baik, peramah dan suka berkongsi ilmu. Mereka sentiasa mengajar saya sesuatu yang baru dan memberi peluang kepada saya untuk mencuba melakukannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff di sini kerana telah menerima saya sebagai pelatih di PPAP. Tak lupa juga kepada penyelia saya di PPAP, En Amer banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya disini.

Alhamdulillah, Allah telah tempatkan saya di sini dan mempertemukan saya dengan orang-orang yang baik. Saya juga ingin memohon maaf di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang saya di sini. Doakan saya semoga saya berjaya mendapat pekerjaan yang baik selepas ini dan dipermudahkan segala urursan. Saya doakan PPAP sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa maju jaya. PPAP memang terbaik!

Sebelum saya akhiri kata-kata saya, izinkan saya memperkenalkan rakan seperjuangan saya yang sama-sama menjalani latihan industri di PPAP. Namanya Zanita binti Abdullah merupakan anak kelahiran Kelantan. 

Dia merupakan pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan mengambil jurusan Hadis dan Pengurusan Maklumat. Dia masuk praktikal di PPAP selepas sebulan saya di PPAP. 

Alhamdulillah, saya dipertemukan dengannya sebagai peneman saya di sini. Segala susah dan senang kami tempuhi bersama. Walaupun saya baru mengenali dia dalam tempoh 4 bulan, banyak persamaan antara kami sehinggakan ke mana-maana saya pergi mesti ada dia. Kalau saya gelabah dia cuba tenangkan saya dan kalau dia gelabah saya juga turut gelabah (haha). Kami diibaratkan Upin Ipin. Dia Upin dan saya Ipin. Saya doakan semoga dia dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. inshaaAllah.


Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Eqmaa berasa sangat gelisah,
tengok makanan habis di dalam peti,
Walau kita terpaksa berpisah
PPAP sentiasa terpahat di hati

Sekian, terima kasih

“PPAP SENTIASA DI HATI”

Thursday, December 29, 2016

Nurul Nabila Syahida Binti Zulkifle pelajar Pengurusan Perpustakaan



Assalamualaikum

Saya Nurul Nabila Syahida Binti Zulkifle berusia 22 tahun. 
Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 15 September 1994. 

Saya mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Gombak Setia. 

Pada tahun 2001, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya, Temerloh dari darjah 1 hingga darjah 5. 

Pada akhir tahun 2005, saya berpindah ke Kuantan dan meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak

Pada tahun 2007, saya meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan. 

Pada tahun 2012, saya ditawarkan untuk meyambung pelajaran di Kolej MatrikulasiPahang. Seterusnya, pada tahun 2013, saya menyambung pendidikan di UniversitiTeknologi Mara (UiTM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Perpustakaan. 

Oleh itu, saya telah menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan AwamPahang (PPAP) selama 5 bulan iaitu dari 1 Ogos 2016 hingga 30 Disember 2016 dan bakal menamatkan pengajian pada tahun ini.