Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, February 24, 2015

01 PD Sanggang. Lawatan KP PNM

Tempat singgahan pertama adalah Perpustakaan Desa Sanggang, Temerloh, Pahang.
 Bergambar kenangan dengan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia di depan Perpustakaan Desa Sanggang.
 Mendengar cadangan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
 Membincangkan pelbagai cadangan.
Perancangan tetap perlu dilakukan walaupun kejadian banjir adalah bencana alam yang sering kali tidak boleh diduga oleh manusia.

Buku: Kisah dan Tauladan Membina Jati Diri Muslim Sejati oleh Siti Saujah Hj Mashuri dan To'at Amrullah Hj T. Syarfi

Buku: Kisah dan Tauladan Membina Jati Diri Muslim Sejati oleh Siti Saujah Hj Mashuri dan To’at Amrullah Hj T. Syarfi

Ringkasan/ Ulasan :
 Buku ini disusun bertujuan untuk menambah pengetahuan kita tentang akhlak dan kehidupan Nabi dan Para sahabatnya agar kita boleh mengambil Ibrah daripadanya. Sebab Nabi telah bersabda bahawa

"Sahabat-sahabatku bagaikan bintang-bintang kepada sesiapapun engkau ikut nescaya engkau akan mendapat petunjuk."

Peribadi dan kehidupan Rasulullah saw adalah teladan ( uswah hasanah) bagi umat islam kerana akhlaknya yang agung.Keteladanan baginda telah memancarkan sinar terang yang menyinari jiwa dan kehidupan para sahabat dan pengikut-pengikutnya serta ulama –ulama pewarisnya yang dikenal dengan ahli hikmah.

Telah banyak buku-buku tentang kisah Nabi dan sahabat, namun buku ini ada kelainan sedikit, sebab kisah-kisahnya tidak sahaja mengandungi petua dari ahli hikmah tapi dikelompokkan ke dalam tajuk-tajuk yang merujuk kepada sudut-sudut kehidupan tertentu agar pembaca boleh memilih mengikut minatnya masing-masing. Kisah-kisah ini bukanlah khayalan kerana ai diambil dari kitab-kitab yang disusun oleh para ulama muktabar dan merupakan sebahagian dari sejarah islam.

Judul:  Kisah dan Tauladan Membina Jati Diri Muslim Sejati
Pengarang:   Siti Saujah Hj Mashuri dan To’at Amrullah Hj T. Syarfi
Penerbit:  Crescent News ( K.L ) sdn bhd.
Tahun terbitan :  2012             
Harga : RM 19.12
Mukasurat : xiii,346 ms
No Perolehan: 2014- 05255  
ISBN 978-967-409-020-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori : dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

Tuesday, February 17, 2015

Kelas Mengaji dan Tafsir Quraan

Seperti kebanyakan jabatan lain, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang selalu mengadakan kelas mengaji dan tafsir Al-Quran pada setiap hari Jumaat.
 Aktiviti ini mendapat sambutan kakitangan lelaki dan wanita.
Usaha ini diharap dapat membantu kakitangan menjiwai kefahaman yang lebih mendalam tentang Al-Quraan, terutamanya kaitan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai kakitangan.

Buku: Pencarian Haji Mabrur oleh Ali Hassan

Buku: Pencarian Haji Mabrur oleh Ali Hassan

Ringkasan/ Ulasan
Ibadah haji merupakan impian setiap umat Islam. Menunaikan rukun Islam yang kelima pastinya telah terpateri didalam jiwa setiap umat Muhammad tetapi ramai yang tidak sanggup untuk menyahut cabaran haji. Cukup ramai umat Muhammad yang tidak berani untuk melakukan hijrah ini. Mengapa perkara ini berlaku, sedangkan kita mengimani Allah sebagai pencipta kita dan kita meyakini insan bernama Muhammad itu rasul Allah.

Begitulah dengan kisah hidup penulis yang cukup liat dan takut untuk menyahut cabaran haji. Perasaan penulis yang sentiasa dihambat dengan dosa-dosa silamnya dan tidak begitu yakin untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Bagaimana penulis mendapat kekuatan untuk menyahut cabaran haji, Dari mana penulis mendapat hidayah untuk menyisih kisah silam yang sering menghantuinya. Buku ini akan merungkai segala-galanya.

Buku ini adalah sebuah catatan perjalanan yang menuntut matahati memainkan peranan sewaktu membacanya. Banyak kisah-kisah yang dipaparkan mampu menjadi pengajaran buat kita semua dalam melayari bahtera kehidupan. Pengalaman penulis selama 40 hari ditanah haram yang mungkin boleh mencairkan keegoan diri. Keegoan  yang selama ini memerangkap diri tanpa kita sedari.

Judul  :  Pencarian Haji Mabrur
Pengarang  : Ali Hassan
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Tahun terbitan: 2013
Harga: RM 20.72
Mukasurat: 247 ms
No Perolehan: 2014- 05694  
ISBN 978-967-5391-24-8    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

Monday, February 16, 2015

Taklimat ringkas KOHA Library Software open source

Pada 8.2.2015 pegawai di Perbadanan perpustakaan Awam Pahang telah berpeluang mendapat pendedahan tentang KOHA Library Software open source. Pembangunan KOHA Library Software ini dibangunkan bersama oleh perpustakaan diseluruh dunia dengan pengelibatan sukarelawan, dan syarikat-syarikat sokongan di seluruh dunia.
 Sejarah pembangunan KOHA Library Software bermula pada tahun 1999 berikutan kemunculan y2k bug.
 Tarikh sebenar adalah 6 September 1999 setalah dikenalpasti bahawa tiada Opensource for ILS. Pada 21 Julai 2000 Koha 1.00 telah boleh di 'download'. Pada 17 Oktober 2000 Koha telah memenangi Anugerah 3M Innovation in Libraries. Pada 27 Oktober 2000 Koha sekali lagi menang katogari “The best example of interactive media specifically made for community and not for profit organisations.” dalam Interactive NZ Award.

Pada 15 jun 2002 'bug' yang pertama telah dilaporkan pada jam 1.15pm dan ianya dengan pantas diselesaikan pada jam 2pm.
Pada 26 Ogos 2002 Nelsonville Public Library mengumumkan hasrat mereka untuk menggunakan KOHA. Pada 16 April 2003 Paul Poulain telah membentangkan tajuk “Open Source Software in Libraries” di French National School for librarians. Pada 1 April 2004 Koha 2.0 telah dilancarkan. Pada 24 Disember 2014 telah dilancarkan Koha yang terbaru iaitu Koha 3.16.6.

 Banyak nama-nama yang terlibat diperingkat awal, antaranya adalah Chris Cormack, Pawel Skuza, Gerrit Niestij, Nicolas Rosasco, Tonesse, Stephen Hedges, Paul Poulain, Joshua Ferraro, Roger Buck, Pat Eyler, Gynn Lomax, Alan Millar, Rachel Hamilton, orian Meid, David Strainchamps, Henri-Damien Lauren, Francisco M. Marzoa Alonso,  Ambrose L, Mike Hansen,  Al Banks,  MJ Ray, Serge Renaux, Jerome Vizcaino, Michel Lerenard, Joshua Ferraro, Pierre Cauchois , Richard Anderson dan Owen Leonard.

Rujukan:
http://koha-community.org/about/history/

Tuesday, February 10, 2015

Arwah Mohd Zukri B Othman

Pada hari ahad 8.2.2015 Mohd Zukri telah dimasukkan ke Hospital Kuantan. Pada 9.2.2015 Isnin beliau telah dipindahkan unit Rawatan Rapi. Ramai kakitangan serta Pengarah telah melawat beliau. Pada 10.2.2015, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bercadang mengadakan solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT moga Mohd Zukri cepat sembuh. Belum sempat majlis tersebut diadakan pengarah dan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah dikejutkan dengan berita arwah Mohd Zukri telah kembali kepada Allah.
 Menghadiri majlis perkahwinan
 Bersama kakitangan
 Majlis perkahwinan.
 Masa kecil
 Zaman kanak-kanak.
 Kakitangan PPAP menunggu untuk solat jenazah.
 Kerja menyiapkan keranda.
 Ramai keluarga yang terasa kehilangan arwah.
 Suasana suram menyelumbungi rumah arwah.
 Gembira teringat kenangan manis bersama arwah.
 Sedih mengenangkan semuanya tinggal kenangan.
Turut menziarah adalah En Saharuddin dan En Zainuddin yang telah bersara.
 Kesedihan menyelumbungi sanak saudara.
 Jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.
 Bagi yang masih hidup...hidup perlu diteruskan.
Moga Arwah Mohd Zukri ditempatkan disamping orang-orang mukmin. Al-Fatihah.

Buku: Tersungkur di Pintu Neraka: Pengakuan Seorang Melayu Murtad oleh Aminuddin Yahaya

Buku: Tersungkur di Pintu Neraka: Pengakuan Seorang Melayu Murtad oleh Aminuddin Yahaya

Ringkasan/ Ulasan   :

Walaupun kes murtad ini telah berlaku lama di kalangan bangsa Melayu tetapi penafian oleh sebahagian pemimpin politik ini menggambarkan sikap dangkal ilmu dan gelojoh politik sehingga menolak kebenaran.

Pengalaman penulis berbincang dengan pelbagai NGO islam yang berusaha siang dan malam menyelamatkan anak Melayu dari murtad telah menggerakkan penulisan buku ini.

Bilangan murtad yang semakin hari semakin berleluasa sedangkan masyarakat Melayu islam masih lagi leka dengan kehidupan dunia dan kancah pergolakan politik menyebabkan isu ini dipandang sepi.

Judul: Tersungkur di Pintu Neraka: Pengakuan Seorang Melayu Murtad
Pengarang: Aminuddin Yahaya
Penerbit:    Global Thinkers
Tahun terbitan:  2013  
Harga:12.00
Mukasurat:    143 ms
No Perolehan : 2014 - 05720  
ISBN  : 978-967-5473-34-0     
Bahasa : Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

Tuesday, February 3, 2015

Buku: Asas Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak oleh Zainun Ishak

Buku: Asas Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak oleh Zainun Ishak

Ringkasan/ Ulasan
Buku ini merupakan sebuah buku yang memberikan panduan yang lengkap tentang kesihatan, keselamatan dan pemakanan kanak-kanak. Buku ini sesuai untuk ibu bapa, guru Pendidikan Awal Kanak-kanak, pengusaha tadika dan taska dan juga mereka yang terlibat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan prasekolah. Buku ini juga boleh dijadikan teks rujukan oleh guru pelatih yang mengikuti Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak, sama ada di universiti atau di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.

Buku ini mengandungi 10 Bab kesemuanya.
Bab 1 menjelaskan tentang Konsep Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan.
Bab 2 Membincangkan aspek kesihatan diri dan gaya hidup yang aktif.
Bab 3 dan 4 membincangkan konsep kecergasan fizikal kanak-kanak.
Bab 5 menjelaskan konsep makanan dan pemakanan Piramid.
Bab 6 dan 7 menjelaskan asas penjagaan kesihatan dan jenis-jenis penyakit kanak-kanak.
Bab 8 pula menjelaskan peranan guru-guru dalam program kesihatan dan keselamatan serta pelbagai program seperti melindungi kanak-kanak dari pencemaran dan penderaan.
Bab 9 dan 10 menjelaskan cara-cara bertindak pada masa kecemasan dan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan Kanak-kanak.

Judul: Asas Kesihatan, Keselamatan dan Pemakanan Awal Kanak-Kanak
Pengarang: Zainun Ishak
Penerbit: Zit Publishing
Tahun terbitan: 2013
Harga: RM 23.92
Mukasurat: 192 ms
No Perolehan: 2014- 05696  
ISBN 978-967-5905-03-2     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

ulasan disediakan oleh:
Puan Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

Buku: Kontroversi Marlee oleh Rositaa Aman Ramlie

Buku: Kontroversi Marlee oleh Rositaa Aman Ramlie

Ulasan:
Keakrabandankemesraanduaberadik yang telahterpisahselamatigapuluhtahuntelahmencetuskankontroversidikalanganteman-temanmereka. KebaikanhatiMarsitauntukmenerimasemulaabangnyaMarleemendapathulurantangan yang baikdariMarlee.Dalamseramaitujuhbelasberadikitu, MarleememilihMarsitauntukdijadikandahanuntuknyaberpautsebagaipermulaanbaginyauntukmengeratkansemulasilaturrahim yang terputus.Marsita, perjalananhidup yang sukarsebagaiibutunggaltidakmenggugatpendiriannyauntukterusberjayadalamhidupnyawalauterasakecilberhadapandenganadikberadik yang lain. Kehadiran Rudy Khalid dalamhidupMarsitabanyakmengubahperjalananhidupMarsita yang terpaksamenghadapilelaki yang mementingkandirisendiri.

No Perolehan: 12/00629
Call No: D
ISBN: 9789671114100
Bahasa:Melayu
Kategori:Fiksyen
Judul:Kontroversi Marlee
Pengarang:Rositaa Aman Ramlie
Penerbit: Rey Publishing
TahunTerbit: 2012
Harga:RM25.90
Mukasurat: 569
Rating : ?/5

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Pekan
Pahang

Monday, February 2, 2015

Buku: Tunnels Terowong oleh Roderick Gordon

Buku: Tunnels Terowong oleh Roderick Gordon

Ulasan:
Will Burrows remajaberusia 14 tahun yang tinggal di Bandar Metropolitan London. Will Burrows merasakandirinyatiadapersamaandenganahlikeluarganya yang lain. Apabilaayahnyatiba-tibamenghilangkandiri di dalamsebuahterowongmisteri, Will membuatkeputusanuntukmenyiasatbersamatemanbaiknya Chester.Merekamulamenerokasehinggalahmerekatelahjatuhkedalamterowong.Satu demi saturahsiaterbongkar.Rahsia yang sungguhdahsyatsehinggatelahmeletakkannyawamerekadalam bahaya.

No Perolehan: 08/06306
Call No: D
ISBN: 9789833592068
Bahasa:Melayu
Kategori:Fiksyen
Judul: Tunnels Terowong
Pengarang: Roderick Gordon
Penerbit: PTS LiteraUtamaSdnBhd
TahunTerbit: 2008
Harga:RM29.90
Mukasurat: 458

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Pekan
Pahang

Sunday, February 1, 2015

Buku: Rantaian Cinta oleh Kusyi Hirdan

Buku: Rantaian Cinta oleh Kusyi Hirdan

Kategori:Fiksyen
Ulasan:

Bukuinimenceritakantentangkisahseorangbudakperempuanremaja yang masihbersekolah yang telahkematianibunya. Kinidiatinggalbersamaayahnyadandijagaolehibusaudaranya.Kisahinijugamerupakansebuahkisahcinta yang bolehdikatakancintamonyet yang manaremajaperempuaninitelahdiambilkesempatanoleh “kekasihhatinya”.Remaja yang bernama Ami iniberasamenyesal di ataskejadiantersebutdanmenganggapdirinya yang bersalahkeranaberbohongdengan orang tuanya.Diamembawadiripada yang lebihmenyintainya yang kononnyasebagaipengakhirkisahdukanyanamunsemuanyaitubarubermula.Diadirantaikenangan, cintadan rasa bersalah.Dosa yang menghantui, walausabanharidiabertaubatnamundiagagaluntuk lupa.

No Perolehan: 08/03415
Call No: D
ISBN: 9833880002
Bahasa: Melayu
Judul: Rantaian Cinta
Pengarang:Kusyi Hirdan
Penerbit: NHF Media Corp SdnBhd
TahunTerbit: 2007
Harga:RM12.90
Mukasurat: 299

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Pekan
Pahang