Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Penulis. Show all posts
Showing posts with label Penulis. Show all posts

Thursday, February 25, 2016

Penulis Syikin Zainal Anak Murid SK Permatang Badak Kuantan Pahang.

Norasyikin Zainal adalah Penulis Pahang yang dilahirkan oleh Sekolah Kebangasaan Permatang Badak Kuantan Pahang. Ketika itu ayah dan ibu Norasyikin Zainal menetap di Kuantan. Seterusnya SK Permatang Badak terpaksa ditinggalkan apabila ayah dan ibu berpindah ke Felda Selendang Rompin Pahang dan menetap disana hingga kini.

Sebagai penulis Norasyikin Zainal menggunakan nam pena Syikin Zainal. Nama Syikin Zainal ini meletup apabila novel Suamiku Encik Sotong tiba-tiba dijadikan drama bersiri dengan menggunakan judul yang sama.

Syikin Zainal mula menulis pada tahun 2010 dan terus berusaha mengeluarkan sebuah novel setahun. Antara novel yang diterbitkan adalah Cinta Itu Ini, Bukan Taste Aku, Indahnya Takdir dan Isteriku Naik Hantu.

Sebagai penulis Syikin Zainal mahu peka terhadap karya-karya penulis lain. Supaya apa yang ditulis nanti tidak bersamaan dengan novel yang telah terbit.

Ibu kepada seorang anak ini nbanyak belajar dari novel beliau yang telah terbit.
BUAT SEBELUM ORANG LAIN BUAT:
Syikin Zainal
Sinar Harian. Ahad 2 Januari 2016.

Novel Syikin Zainal yang bertajuk Suamiku Encik Sotong telah mendapat perhatian sejak drama tersebut disiarkan di televisyen.

Diawalnya drama Suamiku Encik Sotong 20 episod mendapat sambutan hebat daripada penonton. Tetapi ada yang menimbulkan desas desus kurang enak mengenai drama ini.

Penulis Syikin Zainal terpaksa menerima apa jua tanggapan penonton dan peminat terhadap drama Suamiku Encik Sotong. Bagi Syikin Zainal, terpulang kepada mereka untuk memberikan pelbagai pendapat sama ada positif atau negatif.

Namun begitu Syikin Zainal gembira dengan pihak penerbitan, pengarah, produksi dan pelakon yang telah memberikan komitmen terbaik untuk menjayakan drama Suamiku Encik Sotong.

Disebabkan drama bersiri Suamiku Encik Sotong mengandungi 20 episod sahaja. Maka bukan semua jalan cerita dapat dimuatkan dan ini mungkin penyebab penonton yang menjadi pembaca novel berasa kurang seronik dengan jalan cerita yang dijalin.

Sebagai penulis, sudah pasti karya yang Syikin Zainal sampaikan mempunyai mesej yang baik kepada pembaca dan penonton. terserah kepada pembaca dan penonton untuk menerimanya. Beliau tetap gembira kerana pembaca dan penonton peka dengan apa yang terjadi kepada karya beliau.

Drama Suamiku Encik Sotong telah disiarkan pada siaran Astro Prima, Ria dan Maya HD. Drama ini dijayakan oleh Hanis Zalikha sebagai teraju utama serta Shaarnaz Ahmad, Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Sebagai penulis Syikin Zainal mahu terus belajar dari kesilapan yang terjadi. Beliau akan terus mengkaji novel yang telah diterbitkan supaya dapat diperbaiki pada novel akan datang.

Syikin Zainal yang telah berusia 39 tahun masih tidak mahu terus dikenali sebagai penulis novel percintaan. Beliau berhasrat untuk menulis novel seram atau lain-lain genre pada novel-novel yang akan datang. Semoga beliau berjaya mempelbagaikan genre karya beliau untuk dihidangkan kepada masyarakat Malaysia.

RUJUKAN
1. Senarai Penulis-penulis Pahang
2. sinarharian.com.my - Suamiku Encik Sotong: Syikin terbuka dikritik

ULASAN
1. hanishaimibuku.blogspot.my
2. mutiara-online13.blogspot.my
3. limauasam.blogspot.my
4. mstar.com.my
5. alaf21.karangkraf.com

Monday, February 22, 2016

Cikgu Suhaili Samsudin Penulis Yang Menjana Transformasi Melalui Perpustakaan Keluarga Yusly

Cikgu Suhaili Penulis Yang Menubuhkan Perpustakaan Keluarga Yusly pada tahun 2011. Perpustakaan yang bertempat di Kampung Bentan Pekan Pahang ini telah diusahakan bersama suami.

Cikgu Suhaili bt Samsudin merupakan guru Cemerlang Pendidikan Khas Integrasi. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Gong Halt, Kuala Mai Jerantut Pahang. Kini menabur bakti di  Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang. Beliau berpengalaman selama 13 tahun dalam Pendidikan Khas Integrasi dan Program NILAM. 

Cikgu Suhaili menjadi fasilatitator bagi KUNTUM Dalam Darjah di Peringkat Kebangasaan selain sebagai penulis majalah KUNTUM.

Kecemerlangan Cikgu Suhaili di sekolah Seri Biram Pekan Pahang diteruskan sampai dirumah. Sehingga berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan keluarga yang dinamakan Perpustakaan Keluarga Yusly.
 01. Ledakan infomasi adalah faktor utama yang mengerakkan Cikgu Suhaili menubuhkan Perpustakaan Keluarga Yusly. Ianya boleh mengubah sikap dan pandangan yang harus dimainkan oleh para guru dizaman whatapp ini.
 02. Perpustakaan Keluarga Yusly mahu meningkatkan tahap kecemerlangan dan melakukan berbagai pembenihan idea yang perlu dikembangkan. Sesuai dengan  perkembangan teknologi whatapp dan facebook yang membentuk informasi global
 03. Usaha memanafaatkan berbagar sumber teknologi informasi suatu perkara  yang tidak dapat dielakkan dalam membudayaakan perpustakaan. Perpustakaan Keluarga Yusly dapat memberi nafas baru kepada rakyat Malaysia. Ia berpotensi untuk membawa masyarakat untuk melihat sumber maklumat dari sudut lebih luas. Bukan dianggap sebagai bahan bacaan mengisi masa lapang.
 04. Perpustakaan Keluarga memiliki fungsi strategis yang boleh mengerakkan bangsa Malaysia yang sedang berjuang melaksanakan pembangunan disegala bidang. Keupayaan memaksimumkan perpustakaan keluarga adalah suatu tuntutan diera informasi globalisasi.
 05. Sistem Perpustakaan Keluarga adalah merupakan suatu kesatuan yang terpadu dari berbagai keperluan masyarakat. Ianya perlu berhubung dengan suatu rangkaian perpustakaan keluarga yang lebih meluas. Cikgu Suhaili bersedia berkongsi dengan mana-mana pihak yang berminat dengan sistem ini.
 06. Perpustakaan keluarga berfungsi meningkatkan kualiti daya usaha manusia dan meningkatkan mutu kehidupan masyarakat dan bangsa.
 07. Di era whatapp dan facebook ini, perpustakaan keluarga dan para guru haruslah mampu menyesuaikan diri dengan perkembangan ilmu dan teknologi sebagaimana yang sentiasa diusahakan oleh pemimpin negara.
 08. Karena itu setiap guru terdorong melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan minat. Perlu meningkatkan kemampuan profesional sesuai dengan tuntutan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi serta pembangunan bangsa.
 09. 'Orang kampung' tidak lagi dilihat sekadar tempat untuk meningkatkan promosi dan kuasa beli. Pengguna perpustakaan keluarga semakin dilihat sebagai 'sumber manusia' yang perlu dibangunkan.
 10. Melalui pemikiran sebegini diyakini bahwa  melalui pembangunan sumber manusia akan menghasilkan cara berfikir dan nilai terhadap satu satu perkara.
 11. Perpustakaan keluarga mampu berperanan dalam melakukan peralihan informasi (information transmission) kepada masyarakat. Boleh juga dianggap Perpustakaan Keluarga antar-muka (interface) antara sumber-sumber informasi yang digunakan oleh masyarakat.
 12. Dalam usaha penyaluran maklumat, amat penting ada suatu pertolongan dalam memudahkan pencapaian maklumat yang diminta ahli komuniti setempat. Inilah peranan halus perpustakaan keluarga.
 13. "Seorang pemberi maklumat iaitu pengusaha Perpustakaan Keluarga adalah pemberi 'nafas informasi' kepada kelompok penggunanya. Makanya pengusaha perpustakaan keluarga perlu meluaskan penggunaannya kepada keluarga-keluarga sekitarnya. Ini Kerana tidak semua keluarga mampu menyediakan perpustakaan keluarga.
 14. Perpustakaan keluarga juga perlu memberikan 'layanan informasi' kepada kumpulan sasaran masing-masing. Layanan ini perlu kerana sering kali dilihat'pencari maklumat' hilang punca dalam mendapatkan informasi. Amat membingungkan apabila tercari-cari maklumat yang tidak tersenarai dalam internet.
 15. Perpustakaan keluarga juga boleh memberikan pelbagai maklumat setempat yang lebih tepat. Walaupun sesetangah maklumat telah ada dalam internet tetapi maklumat yang ada masih membingungkan 'pencari maklumat'.
 16. Perpustakaan keluarga sebagai gudang informasi untuk komuniti kecil. Namun tingkat dan tahap informasi yang diperlukan tersebut tergantung pada individu. Seseorang yang profesional seperti guru, mempunyai lebih banyak data, fakta dan keadah yang boleh disalurkan kepada masyarakat.
17. Mendapatkan maklumat dan menguasi maklumat adalah dua perkara yang amat berbeza. Melalui perpustakaan keluarga, perkara ini dapat disampaikan terus dalam sanubari masyarakat.

Masyarakt sedar bahawa mereka boleh mendapatkan pelbagai maklumat. Tetapi mereka tidak sedar maklumat tersebut amat rapoh ketepatannya dan hanya boleh disandar pada satu-satu keadaan sahaja bukan semua keadaan.

Maka perpustakaan keluarga boleh mendidik bagaimana masyarakat boleh menguasi maklumat. Setiap maklumat ada FAKTA dan AUTA. Jika masyarakat boleh membezakan benda ini mereka sudah menguasi maklumat tersebut. Kerana mereka boleh berkongsi FAKTA dangan memberikan penerangan yang betul. Mereka tidak akan berkongsi AUTA walaupun penerangannya ada logik.


Rujukan:

Sunday, February 21, 2016

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak Cemerlang Bersama Pengawas Pusat Sumber SK Seri Biram Pekan.

Cikgu Norafizah sentiasa berusaha untuk Cemerlang Bersama Pengawas Pusat Sumber SK Seri Biram Pekan. Cikgu Norafizah bt Abdul Razak telah memberikan ceramah dalam Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama 15 tahun. Cikgu Norafizah sememangnya guru yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun. Di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang beliau giat menjalankan tugas sebagai Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media.

Antara tugas utama adalah mengangkat martabat Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangasaan Seri Biram Pekan Pahang. Mereka perlu tahu batapa luasnya peranan yang boleh dimainkan oleh pusat sumber sekolah. Pengguan atau pembaca tidak akan datang dengan sendiri mencari buku-buku di pusat sumber. Buku-buku teks pun tidak habis dikaji dan di baca. Tetapi jika pelajar atau pengguna tahu kepentingan mengembangkan minda melalui pembacaan maka mereka akan memanggil buku datang kepada mereka.
 01. Pusat sumber sekolah sebenarnya mempunyai jaringan yang amat besar lan luas. Jika jaringan ini digabungkan dengan jaringan perpustakaan awam di peringkat daerah, cawangan dan desa diseluruh negeri Pahang ianya akan menjadi satu struktur yang amat manpat dengan pelbagai ilmu dan kepakaran.
 02. Hari ini setiap sekolah di seluruh Malaysia telah dilengkapkan dengan kemudahan Pusat Sumber Sekolah (PSS).  PSS memainkan peranan penting dalam pendidikan kerana merupakan satu sumber bagi keperluan murid-murid mendapatkan ilmu. Malah kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi memastikan perlaksanaan PSS di sekolah supaya dapat membantu dalam menigkatkan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) murid di sekolah. Antara kemudahan PSS yang standard di sekolah adalah seperti Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Tayang, Bilik Alat Bantu Mengajar(ABM) dan Makmal Komputer.  Bagi memastikan keberkesanan pengurusan dan penggunaan PSS maka pemantauan berkala harus dilaksanakan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaiannya Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri serta Pusat Kegiatan Guru . Maka pihak KPM mendapati aktiviti pemantauan merupakan suatu agenda yang penting dalam pedidikan bagi memastikan kelangsungan system pendidikan pada masa depan.

 03. Perpustakaan sekolah juga dapat mengelakkan murid daripada membazir masa atas perkara yang sia-sia seperti lepak. Murid dapat mengisi masa lapang mereka di perpustakaan sekolah. Dengan ini, amalan membaca juga boleh dipupuk di kalangan murid. Di samping itu, murid juga dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan di perpustakaan. Sekiranya seseorang murid pergi ke perpustakaan, dia boleh berjumpa dengan kawannya di sana. Perpustakaan ialah tempat yang sesuai untuk murid-murid berjumpa dan membuat kerja sekolah bersama-sama.
04. Murid dapat membaca pelbagai jenis bahan bacaan.  Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan rujukan spt.  buku teks, buku ulasan, buku ulang kaji, kertas model, surat khabar, jurnal, majalah, dll. Bahan-bahan ini dapat meningkatkan pengetahuan murid/remaja. Khususnya murid yang akan menduduki peperiksaan utama spt PMR, SPM, STPM.Bahan disediakan secara percuma dan boleh dipinjam oleh murid.Sesuai dengan Peribahasa yang berbunyi Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Tuesday, February 16, 2016

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media SK Seri Biram

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media. Cikgu Norafiziah yang dilahirkan di Kampung Rengai Lipis Pahang berpengalaman selama 13 tahun dalam pembangunan Pusat Sumber sekolah dan program Nilam.

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak telah memberikan ceramah dalam Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama 15 tahun.

Cikgu Norafizah binti Abdul Razak adalah guru yang telah berpengalaman mengajar lebih 20 tahun. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang dengan menjalankan tugas sebagai Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media. Berpengalama sebagai GPM selama 10 tahun.
Cikgu Norafizah juga memegang Jawatan Tugas Khas Penyelaras Sekolah SBT SK Seri Biram Pekan Pahang dan Penyelaras Program Pengantarabgsaan.


Atas kesungguhan ini Cikgu Norafizah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1999, 2006 dan 2015. Seterusnya Cikgu Norafizah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ‘New Deal’ pada tahun 2011 dan 2012.

Pengalaman Cikgu Norafizah turut dicurahkan sebagai Jurulatih Program NILAM Negeri Pahang,   Fasilitator Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang, Jurulatih Program Tunas NILAM Negeri Pahang dan Fasilitator Project Based Learning(PBL) Negeri Pahang.

Bertepatan dengan peranan Cikgu Norafizah bt Abdul Razak sebagai Guru Cemerlang beliau mahu berkongsi pengalaman mengajarnya dengan menjadi   Penulis Majalah KUNTUM terbitan STAR Publications (M) Berhad. Kata beliau guru sepatutnya berupaya menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran dengan menjadi penulis. Kerana para guru yang berjaya menemuai keadan pembelajaran yang lebih kreatif perlu berkongsi dengan menulis.


Cikgu Norafizah bt Abdul Razak juga berpeluang menjadi Panel Penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Pahang, AJK Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang, Pembina Modul Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Kebangsaan, Fasilitator Bengkel KUNTUM Dalam Darjah (KDD) Anjuran STAR Publications (M) Berhad, Pembentang Kertas Kerja Peringkat Kebangasaan dan Antarabangsa serta berbakti sebagai AJK PERPUSPA Daerah Pekan.

Facebook: Feeza Noor

Cikgu Norafizah bt Abdul Razak kini menyambung pengajiannya di peringkat sarjana. Beliau ditemui ketika Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian dan Peralatan Sekolah oleh YB Dato Seri Sh. Mohamed Puzi Bin Sh Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Pekan.

Rujukan: pssskseribiram.blogspot.my

Cikgu Suhaili bt Samsudin Anak kelahiran Kampung Gong Halt Berbakti di SK Seri Biram Pekan.

Cikgu Suhaili bt Samsudin merupakan guru Cemerlang Pendidikan Khas Integrasi. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Gong Halt, Kuala Mai Jerantut Pahang. Kini menabur bakti di daerah Pekan.

Cikgu Suhaili  kini berkhidmat di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang. Beliau berpengalaman selama 13 tahun dalam Pendidikan Khas Integrasi dan Program NILAM.

Selama 5 tahun Cikgu Suhaili menjadi penceramah dalam Kursus Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Cikgu Suhaili turut menjadi Guru Pembimbing Program Mutiara NILAM iaitu Program Bacaan Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.

Sumbangan Cikgu Suhaili dikembangkan lagi apabila beliau menjadi fasilatitator bagi KUNTUM dalam Darjah di Peringkat Kebangasaan. Cikgu Suhaili adalah penulis majalah KUNTUM.
Beliau ditemui ketika Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian dan Peralatan Sekolah oleh YB Dato Seri Sh. Mohamed Puzi Bin Sh Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Pekan.
Email: yusly2014@gmail.com.

Disenaraikan Dalam SENARAI PENULIS-PENULIS PAHANG.
Karya Beliau: SIRI BUKU BESAR TUNAS NILAM

Sunday, March 22, 2015

Kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan (MOHAMED NOOR OTHMAN)

Tajuk: Kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan
Oleh: MOHAMED NOOR OTHMAN

    Tidak banyak buku seni visual dalam bahasa Melayu diterbitkan berbanding kebanyakannya dalam bahasa Inggeris menjadi rujukan utama. Namun penghasilan buku seni visual dalam lain-lain bahasa terutamanya dalam bahasa Cina begitu mengalakkan. Ini terbukti dalam pasaran dan pameran-pameran buku.

    Usaha menghasilkan buku Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual adalah sumbangan awal oleh pengarang yang diimbas kembali secara horizontal, menyentuh sifat prolifik tokoh-tokoh pembuat seni tempatan dalam berkarya dan secara vertikal pula menyentuh sejauh mana karya yang bernilai tinggi diangkat menjadikan wawasan untuk kesinambungan bangsa.

    Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual ini mengenengahkan hasil karya sepanjang zaman pembuat seni tempatan. Antaranya Choong Kam Kow, Khalil Ibrahim, Awang Damit, Yusof Ghani, Bayu Otomo, Susylawati Sulaiman, Wu Peng Yi, Raja Shahriman, Kok Yew Puah, Yeoh Jin Leng, Datuk Syed Ahmad Jamal, Lui Cheng Tak, Dato’ Sharifah Fatimah Syed Zubir, Piyadasa dan ramai lagi sekadar menyebut beberapa nama.

Kebanyakan tokoh-tokoh seni visual ini telah menduduki hirarki bertaraf seniman yang mencapai martabat sifu dan hasil adikarya mereka dirujuk sebagai hasil seni bertaraf tinggi dalam khazanah tamadun bangsa. Malah mencapai taraf antarabangsa. Maka karya-karya zaman Renaisan, era klasik, moden dan kontemporari dari Barat dijadikan perbandingan sudut budaya dan jati diri bangsa yang berkait dalam kehidupan.

    Semoga seni visual tidak diabaikan dalam membina generasi kreatif maka pengarang mengaitkan kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan. Jika seni itu ada kaitannya dengan kehidupan, maka siapakah kita sebagai khalayak (pemerhati, peminat, pengkritik) dan siapakah seniman sebagai pengkarya yang masing-masing berperanan dalam menghidupkan kepentingan seni itu dalam kehidupan.

    Akhir kata dari pengarang, semoga dengan membaca bahasa visual dalam buku ini dapat mencetuskan keinsafan. Sesungguhnya keindahan dalam seni visual mendekatkan kita dengan kebesaran Allah. Penciptaan-Nya untuk keindahan dunia buat manusia insaf dan bersyukur. Sesuai dengan firman-Nya.

    “Maha Berkat (serta Maha tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” – Surah Al-Mulk, ayat 1.