Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label PPAP Kuantan. Show all posts
Showing posts with label PPAP Kuantan. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Seminar Pembinaan Sahsiah Cemerlang

Pada 22 Ogos 2011 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan Seminar Pembinaan Sahsiah Cemerlang Menjana Tranformasi Insan. Turut diadakan pada tarikh yang sama adalah Majlis Anugerah Cemerlang Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Turut hadir adalah YB Dato' Shahaniza Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul Maran.
 
Ceramah disampaikan oleh Y.Bhg.Ustaz Badli Shah bin Alauddin. Bagi menghargai Ustaz Badli Shah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Badli Shah.

Antara pesanan Y.Bhg.Ustaz Badli Shah bin Alauddin adalah bukan senang nak jalankan tugas sebagai kakitangan kerajaan. Masyarakat akan sentiasa memerhati pergerakan seseorang kakitangan. Apa yang tak kena akan dengan mudah dijadikan isu. kalau seseorang kakitangan kerajaan tidak menjada imej dan perlakuannya, masyarakat akan menunding jari kepada semua kakitangan kerajaan.

Bila orang melihat kakitangan kerajaan 'nampak macam' tak buat kerja, meraka akan segera kata. "macam tu lah kakitangan kerajaan". Sedangkan perlakuan tersebut tidak melambangkan keseluruhan kakitangan kerajaan.

Sama-samalah kita berhati-hati dengan perlakuan dan percakapan kita. Jangan perlakuan dan percakapan kita akan merosakkan nama baik Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tegur menegur dan saling menasihati adalah amalan yang akan menjadikan kita Satu Hati.


Friday, November 25, 2011

Sumbangan Komputer Riba DIGI (2)

 1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
9.

Friday, October 21, 2011

Sumbangan Komputer Riba DIGI (1)

Suka cita dimaklumkan bahawa DIGI Telekomunikasi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah membangunkan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Daerah Kuantan. Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Kumputer Riba kepada perpustakaan desa terpilih telah diadakan pada 21hb. November, 2011 (Jumaat) jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat  Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Puan Hajjah Faridzah binti Jaafar, AMP, telah menerima sumbangan komputer riba tersebut bagi pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Terima kasih kepada DIGI Telekomunikasi Sdn. Bhd.


Monday, March 7, 2011

Buku Rosak 2010

Kakitangan wanita sedang sibuk menguruskan buku-buku rosak untuk duat proses pelupusan. Kerja ini dilakukan pada 12 April 2010.
05
Banyak juga buku-buku yang kena diangkut.
04
Gotomg-royong mengangkat buku-buku yang berat.
03
Sampai duduk bersila.
02
Jaga-jaga jangan sampai kena runtuhan buku
01
Bila kerja ramai-ramai, langsung tak nampak penat.

Thursday, February 24, 2011

Ceramah Sempena Maulud Nabi

Satu ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Asmawi Abu Bakar diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) pada 24/2/2011 pd jam 9.30 pagi. Ustaz Asmawi Abu Bakar dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan telah menyampaikan ceramah bertajuk "Jihad Rasulullah SAW dalam menuntut ilmu".

Ceramah ini telah disiarkan melalui sesi webinar yang boleh diikuti menggunakan Internet (Mozilla Firefox). ( http://webinar.u-library.gov.my/ppap24022011 )

Cerama ini diadakan sempena
Maulid Nabi Muhammad SAW.

Thursday, December 30, 2010

Koleksi Gambar Program 30.12.2010

Inilah koleksi gambar Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada hari ini 31.12.2010 (Khamis). Sebanyak 64 keping gambar telah sempat dirakamkan pada hari ini. Sebanyak 19 keping adalah gambar terbaik yang sesuai deletak dalam Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
19
Jururawat yang membuat pemeriksaan tekanan darah
18
Puan Liza dan Puan Hawa sedeng mendengar penerangan tentang kelebihan kolestrol.
17
Puan Suzi (suzila-anggun) sedang melakukan pemeriksaan tahap gula dalam darah.
16
jururawat yang membuat pemeriksaan tekanan darah.
15
Puan Liza sedang mendengar penerangan tentang tahap kesihatan Encik Amin Cini.
14
Puan Ros dan Cik Hawa sedang menunggu giliran untuk diperiksa tekanan darah. Encik Izam berdebar-debar ketika hendak diperiksa oleh jururawat yang comel.
13
Encik Saiful, Encik Amin dan Puan Ros sedang memikirkan cara pemakanan yang sihat untuk masa depan bersama.
12
Jururawat yang ditugaskan memeriksa tekanan darah. Ada ketikanya mesin ni tak boleh baca tekanan darah.
11
Merancang yang terbaik untuk masa depan anak yang bakal lahir.
10
Gemuruh ketika membuat pemeriksaan kesihatan.
09
Puan Nurul sedang disukat ketinggiannya.
08
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, AMP sedang menyampaikan cenderamata kepada penceramah 'Pemakanan Sihat' Cik Noor Adzha Yusoof Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Afzan.
07
Mendengar ceramah dengan penuh perhatian.
06
Cik Noor Adzha Yusoof Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Afzan sedang menerangkan tentang obesiti di Malaysia. 29 peratus orang dewasa berlebih berat badan. 14 perastus orang dewasa adalah obes. Peratus antara orang lelaki dan wanita adalah 10 dan 17.4 peratus.
05
Cik Noor Adzha Yusoof juga menerangkan maksud Pemakanan Sihat dan Seimbang. Corak pemakanan yang membolehkan badan memperolehi semua jenis nutrian yang diperlukan dalam jumlah yang mencukupi dan bersesuaian.
04
"Ya Allah berikan kesihatan yang baik dan akan yang waras kepada kami dan keluarga kami."
03
Puan Murni telah menyambut kedatangan Cik Noor Adzha.
02
Ustaz Isham sedang membaca doa.
01
Peserta dikalangan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Persatuan Warga Emas sedang bersiap untuk mendengar ceramah Pemakanan Sihat.

Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan



Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan adalah program yang terakhir yang dijalankan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Kuantan. Program ini telah berlangsung pada:

Tarikh: 30 Disember (Khamis)
Masa: 9.00 - 12.00 th
Tempat: Dewan PPAP.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Puan Hajjah Faridzah Jaafar AMP, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Selain kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, turut dijemput adalah Persatuan Warga Emas.