Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 23, 2010

Fungsi Bahagian & Unit PPAP

TELAH DITUKAR
dan akan diterbitkan dengan logo baru.

Kandungan
A. BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
B. BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN & MAKLUMAT
C. BAHAGIAN RANGKAIAN
D. UNIT PEMBINAAN KOLEKSI
E. UNIT PENDOKUMENTASIAN & TEKNIKAL
F. UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN
G. UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

A. BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Memikul amanah dan bertanggungjawab penuh kepada keseluruhan urusan pentadbiran jabatan. Ianya merangkumi urusan perkhidmatan, pengurusan personel dan kerja-kerja kewangan Perbadanan.

B. BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN & MAKLUMAT
Unit Pengurusan Maklumat dan Multimedia berperanan dan menyelia peralatan ICT sedia ada di PPAP dan merancang penggunaan peralatan ICT untuk perpustakaan- perpustakaan baru yang perlu dilengkapi kemudahan ICT sesuai dengan teknologi semasa.

Menyelenggara peralatan ICT supaya dapat beroperasi dengan baik serta melatih kakitangan PPAP untuk sentiasa peka terhadap penjagaan peralatan ICT dari aspek keselamatan alat dan penggunaan yang bijak. Selain dari itu, unit ini bertanggangjawab dalam memberi perkhidmatan latihan ICT kepada pengguna- pengguna perpustakaan dan masyarakat di negeri Pahang melalui perlaksanaan aktiviti celik IT di perpustakaan.

C. BAHAGIAN RANGKAIAN
Unit ini berperanan dalam merancang, mengurus dan menyelia Perkhidmatan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Bergerak dan Perpustakaan Desa (PD) seluruh Pahang.

Mengurus perkhidmatan perpustakaan daerah,cawangan, desa dan bergerak melalui konsep pemantau berpusat (Central Monitoring) dalam memastikan objektif jabatan tercapai.

D. UNIT PEMBINAAN KOLEKSI
Berperanan dalam mengenalpasti, memilih dan mengurus prosedur pembelian bahan-bahan perpustakaan serta memproses rekod bahan-bahan berkenaan. Unit ini juga bertanggungjawab mengumpul dan membuat kajian keperluan bahan/koleksi yang sesuai dan mem enuhi keperluan ilmu masyarakat dinegeri pahang.

E. UNIT PENDOKUMENTASIAN & TEKNIKAL
Unit ini bertanggungjawab untuk mengkatalog dan mengklasifikasikan serta memproses bahan-bahan perpustakaan (buku, laporan tahunan, akta dan CD-Rom) untuk perpustakaan pusat dan perpustakaan kelompok yang diterima daripada Unit Pembinaan Koleksi bagi memastikan bahan-bahan tersebut dikategorikan dan dikelaskan mengikut perkara yang betul agar mudah bagi pengguna mencari dan mendapatkan maklumat. Walaubagaiamanapun pada tahun 2006 unit pendokumentasian tidak menerima bahan perpustakaan kelompok untuk diproses.

Setelah bahan-bahan tersebut diproses, statistik bagi setiap penghantaran akan diambil untuk memastikan bilangan bahan bagi setiap perkara sebelum diserahkan kepada Unit Sirkulasi untuk edaran kepada ahli dan para pengguna perpustakaan.

Selain itu unit ini juga bertanggungjawab memastikan data bagi buku-buku terbaru sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa dengan menghapuskan data-data lama bagi buku-buku yang ingin dilupus dan dihapuskira daripada koleksi PPAP.

F. UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN
F1. Dasar dan Perancangan
-Menganalisa dan mengesan Dasar, Maklumat, Peraturan dan Amalan Kerajaan bagi membantu penggubalan dan penetapan dasar PPAP
-Mengenalpasti dan menkaji isu semasa yang mempunyai implikasi dasar terhadap aktiviti PPAP
-Mewujudkan bank data bagi membantu penggubalan dasar dan perlaksanaan program oleh PPAP
-Menjalankan kajian impak program/projek PPAP

F2. Pengurusan Projek
-Menyelaras program/projek dan cadangan pembangunan prasarana dan program baru/sedia ada
-Menyediakan kertas konsep dan perincian projek baru
-Melaksanakan aktiviti pemantauan pembangunan prasarana dan program

F3. Bajet Pembangunan
-Menyediakan perancangan 5 tahun (RMK)
-Menyediakan Kajian Separuh Penggal (KSP)
-Menyediakan keperluan bajet pembangunan tahunan PPAP
-Memantau prestasi projek dan bajet pembangunan

F4. Perancangan Korporat
-Urusan Dewan
-Menyediakan KPI PPAP
-Menyelaras aktiviti kualiti dan ICC
-Menyediakan Laporan Tahunan
-Perkongsian maklumat dalam atau luar PPAP
-Memberi latihan dalam bidang perpustakaan, kepustakawanan dan pembacaan.

G. UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Unit Teknologi Maklumat merupakan unit sokongan kepada perkhidmatan perpustakaan. Oleh yang demikian, peranan dan fungsi unit ini adalah untuk:
-Meyelia sistem aplikasi yang digunapakai di perpustakaan
-Memberi sokongan teknikal dan menyelenggara perkakasan ICT di bawah seliaan PPAP
-Menyelenggara laman web di bawah kawalan perbadanan mengikut keperluan
-Membangun/ menyelenggara sistem- sistem yang berkeperluan dari semasa ke semasa
-Menyelaras aktiviti literasi Teknologi Maklumat komuniti di perbadanan dan perpustakaan rangkaian

sumber: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan

No comments: