Wednesday, July 11, 2018

Buku RASULULLAH BUAH HATIKU Penulis Mohd Faiz Abidin Peberbit GREEN DOME PUBLICATIONS 2017 RM65

Buku RASULULLAH BUAH HATIKU Penulis Mohd Faiz Abidin Peberbit GREEN DOME PUBLICATIONS 2017 RM65

No Perolehan:     2017 CLAN 000688   
ISBN  9789670728216 
Bahasa: B.Malaysia
Kategori: dewasa



Ringkasan/ Ulasan

Melalui karya ini, kisah-kisah kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w lahir bukan sahaja melalui para sahabat, tetapi makhluk seluruh alam tetap merasai lazatnya kemanisan itu.

Justeru, berbahagialah bagi mereka yang benar-benar menjadikan Rasulullah s.a.w itu buah hatinya dalam hidup menuju syurga yang kekal abadi.

Buah kecintaan hanya lahir kepada yang benar-benar ingin dicintai dan mencintai.

Judul :    RASULULLAH BUAH HATIKU
Pengarang:.Mohd. Faiz Abidin
Penerbit: GREEN DOME PUBLICATIONS SDN BHD KUALA LUMPUR.
Tahun terbitan: 2017           
Harga: RM 65.00
Mukasurat:  XVII,478   ms                           
Rating:

Buku PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA Pengarang ZIMIE Penerbit PEKAN ILMU 2017

Buku PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA Pengarang ZIMIE Penerbit PEKAN ILMU 2017

No Perolehan: 2017CLAN000686 
ISBN  9789674380380   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa



Ringkasan/ Ulasan

Buku PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA ini disediakan untuk pelajar sekolah menengah yang akan mengambil subjek Lukisan dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Praktis yang disediakan diharap dapat membantu pelajar kelak. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini mampu melatih skit asas dalam bidang lukisan.

Lakaran yang ditunjukkan di dalam buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu
- lakaran alam manusia,
- haiwan dan
- benda.
ialah elemen yang paling asas dalam lukisan.

Praktis dalam buku ini menumpukan sepenuhnya terhadap elemen terpenting ini.

Judul  : PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA
Pengarang: ZIMIE
Penerbit: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN BHD AMPANG SELANGOR.
Tahun terbitan:  2017       
Harga: RM 21.90
Mukasurat: 200 ms           
Rating:

BUKU: TRAVELOG MR.TRAVELLER Untold Stories 50 Kisah Realiti Motivasi Inspirasi Kembara Diri Penulis MEOR FARID ASYRADI Penerbit MYTRAVELOG 2015

BUKU: TRAVELOG MR.TRAVELLER Penulis MEOR FARID ASYRADI Penerbit MYTRAVELOG 2015

NO. PEROLEHAN :17-EBAN001004
CALL NO. :910.4 MEO
ISBN :978-967-13337-0-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :PENULISAN PENGEMBARAAN


ULASAN:
Travelog Mr. Traveller -  Untold Stories: 50 Kisah Realiti, Motivasi, Inspirasi dan Kembara Diri adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua eropah.dengan menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. Menaiki 50 buah keretapi dalam masa 15 hari.segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi.pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah ‘throwback ketika mengembara di negara-negara lain.

Pengembaraan beliau bermula pada pagi 19 februari 2014 jam 3.00 pagi dari sweden dengan menaiki kereta api di stockholm central.sepanjang perjalanan pelbagai karenah dah kejadian yang berlaku.keretapi menaiki feri fs deutschland yang merupakan feri mewah untuk digunakan menyeberangi kota roedby faerge ,denmark dan memasuki puttgarden jerman.sesuatu yang sangat luar biasa hebatnya. perjalanan pada hari itu berakhir pada 11 malam.dan penulis telah bermalam di rumah abe mat.

Sepanjang penembaraan beliau,pelbagai cabaran ditempuhi antaranaya cabaran mencari makanan halal,perancangan yang di aturdengan sempurna terpaksa di ubah ke peranangan lain di sebabkan kelewatan kereta api yang di naiki.begitu juga dengan masalah pertututan semasa di turki,dimana penduduk di turki kurang memahami bahasa inggeris. tapi bagi traveller,itu adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.sepanjang pengembaraannya ada perasaan cemas,gembira,kelakar,syukur dan sebagainya.

Paling menarik,traveller turut ada target untuk khatam al-quran sepanjang pengembaraannya.traveller sangat bagus orangnya kerana mencabar diri sendiri khatam al-quran dalam tempoh tertentu.buku ini dapat memberi inspirasi kepada traveller lain kerana buku ini menceritakan perjalanan yang mengujakan,lengkap dengan maklumat yang berkaitan.                                                                                                                 

JUDUL : TRAVELOG MR.TRAVELLER
PENGARANG : MEOR FARID ASYRADI
PENERBIT :MYTRAVELOG
TAHUN TERBIT :2015
HARGA :RM25.00
MUKA SURAT :308
RATING :5/5

BUKU Panduan Senaman untuk Kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT Hairul Anuar Hashim dan Asmadi Ishak 2017 RM22

ULASAN BUKU Jun 2018
BUKU Panduan Senaman untuk Kesihatan PENULIS Hairul Anuar Hashim PENERBIT  Hairul Anuar Hashim dan Asmadi Ishak 2017 RM22

No Perolehan :  EPER 17-000843
ISBN: 978-983-49-1354-0
Kategori: Teknologi

Ringkasan / Umum :
Buku Panduan Senaman untuk Kesihatan tulisan Hairul Anuar Hashim ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh jadual, statistik dan panduan bergambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan untuk senaman.

Panduan Senaman untuk Kesihatan merupakan koleksi buku yang tujuan asal untuk memberi tunjuk ajar senaman. Bersukan dan bersenam dapat memberikan kesejahteraan yang menyeluruh dari segi kesihatan, fizikal, mental, social, emosi dan juga rohani.

Panduan yang disediakan adalah bagaimana menjadikan senaman sebagai satu ibadat, bagaimana hendak memulakan sesi senaman, teknik senaman kalistenik dan lain-lain.

Diharapkan panduan yang diketengahkan dalam buku ini dapat mencetuskan minat dan mengubah sikap masyarakat dalam membudayakan aktiviti senaman dan sukan dalam kehidupan seharian.

Judul: Panduan Senaman untuk Kesihatan
Pengarang: Hairul Anuar Hashim
Penerbit: Hairul Anuar Hashim dan Asmadi Ishak
Tahun Terbit: 2017
Harga: Rm 22.00
Muka surat: 138
Rating:-

Disediakan Oleh:
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah
Pembantu Pustakawan
PD Peramu Jaya 3

Di semak Oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan

BUKU Open Your Heart, Follow Your Prophet PENERBIT Green Dome Publication 2016 RM25

ULASAN BUKU BULAN JUN 2018
BUKU Open Your Heart, Follow Your Prophet PENERBIT Green Dome Publication 2016 RM25

No Perolehan    :    EPAL 17/00384
ISBN    :    978-983-0728-15-5
Kategori    :    Agama 

Ringkasan / Umum :
Buku “Open Your Heart, Follow Your Prophet” Kalau boleh di usia muda… Kenapa perlu tunggu hingga ke tua?

Buat temanku yang dicintai Allah, sebaik-baik umur untuk mengejar cita-cita dan kejayaan adalah ketika usia muda. Dan sebaik-baik contoh yang boleh kita teladani adalah Rasulullah S.A.W.

Betapa hebat generasi sekarang dan betapa cemerlang generasi akan dating, jika semua generasi muda umat Islam menjadikan baginda sebagai teladan.

Kupasan buku ini adalah satu usaha kecil untuk menghadirkan contoh teladan Rasulullah S.A.W. yang perlu kita contoh dalam hidup seharian. Bagaimana baginda membangunkan impian dan bagaimana pula baginda meraihnya, ia jelaskan melalui buku ini.

Semoga buku ini pembaca dapat membawa keberkatan dan manfaat buat kita semua. Aamiin. Selamat Membaca!!!

Judul :    “Open Your Heart, Follow Your Prophet”
Pengarang    :    -
Penerbit    :     Green Dome Publication Sdn. Bhd.
Tahun Terbit    :    2016
Harga    :    RM 25.00
Muka surat    :    191
Rating   :-

Disediakan Oleh:
Noraziah Binti Abd. Razak
Pembantu Pustakawan
PD Paloh Hinai

Disemak Oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan

BUKU Isteriku Bidadari PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016 RM28

ULASAN BUKU JUN 2018
BUKU Isteriku Bidadari PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication  2016 RM28

No Perolehan :  DPEK 17-002193
ISBN: 978-967-11555-3-0
Kategori: Agama 

Ringkasan / Umum :
Buku ini mengisahkan tentang 11 kaedah untuk membimbing keluarga.

Buku Isteriku Bidadari ini ditulis oleh penceramah bebas Ebit Lew yang berdasarkan daripada seminar Keluarga Sunnah dan pelbagai program kekeluargaan. Buku Isteriku Bidadari membincangkan tentang kaedah dan cara-cara bagi membimbing keluarga yang bahagia.

Melalui buku Isteriku Bidadari, pembaca boleh mendapatkan maklumat dalam membina hubungan yang baik dalam keluarga.

Judul: Isteriku Bidadari
Pengarang: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 28.00
Muka surat: 406
Rating:-

Disediakan Oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan

Tuesday, July 10, 2018

BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu Penulis H Saifuddin Aman Penerbit Darul Mughni Trading 2014

ULASAN BUKU JUN 2018
BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu Penulis H Saifuddin Aman Penerbit Darul Mughni Trading 2014

No Perolehan : 004682
ISBN: 978-967-0618-29-6
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini ditulis dan disusun untuk bacaan dan perkembangan anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun. Kandungan utama buku ini terdiri daripada tiga topik utama iaitu berkenaan Islam, Iman dan Ihsan.

Ketiga-tiga perkara ini amat dititikberatkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana Allah memberi kepada kita kenikmatan utama iaitu, kecerdasan otak, emosi dan juga kecerdasan sosial.

Buku ini mengajak anak-anak untuk berfikir secara logik dan kritis serta berorientasikan pada masa hadapan. Anak-anak juga digalakkan berfikir impian dan cita-cita pada masa hadapan.

Oleh itu,ibu bapa berperanan membentuk perkembangan anak-anak supaya mereka membesar mengenali Islam, rasul dan amal ibadat. Buku ini adalah amat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar dan mengenali Islam dengan lebih mudah dan faham.

Buku ini dilengkapi dengan kalimah Allah, Rukun Islam,Rukun Iman serta asas pendidikan Islam.Ianya juga menepati sukatan pelajaran Pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah.Mudah –mudahan pembaca serta ibu bapa mendapat manfaat melalui buku ini.

Judul: Jom kenali Islam bersama Ayah &Ibu
Pengarangn: H. Saifuddin Aman
Penerbit: Darul Mughni Trading
TahunTerbit: 2014
Harga: RM 23.92
Mukasurat: 176
Rating: -

Di sediakan oleh
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

BUKU Mudahnya menjemput jodoh Pengarang Mejar B Mohammad Qayyum A Badaruddin Penerbit Casamas Resources 2017 RM21

ULASAN BUKU JUN 2018
BUKU Mudahnya menjemput jodoh Pengarang  Mejar B Mohammad Qayyum A Badaruddin Penerbit Casamas Resources 2017 RM21

No Perolehan: 17-001574
ISBN: 978-967-5994-74-6
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/Ulasan:
Harapan tinggi diletakkan agar memiliki jodoh yang soleh, tampan, mapan, hafal Al-Quran sekian juz, ibadah hariannya bagus, dari keturunan yang baik-baik. Ramai orang yang risau tentang jodohnya, tak sedikit yang risau salah pilih jodohnya.

Kenapa banyak yang gelisah ketika memilih jodoh? Kerana kebanyakkan di antara kita memaksakan definisi dan persepsi peribadi kita tentang jodoh, mengikuti ego yang bahkan sudah bercampur dengan nafsu syahwat dalam menentukan jodoh. Jodoh memang misteri, tidak ada yang tahu tentang siapa jodoh kita, namun kabar baiknya Allah sudah kasi sedikit kebocoran tentang jodoh kita yang mana jika hal ini kita jadikan sebagai acuan tentu akan menjadi isolusi utama kerisauan dan kegelisahan.

Allah membocorkan rahsia tentang jodoh didalam surah An-nur Ayat 26:
“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik untuk wanita-wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Ayat diatas Allah jelaskan laki-laki yang baik hanya untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya. Disini kita mendapatkan “clue” keluar jodoh itu adalah cerminan diri kita, sebagaimana diri kita. Jika kita soleh, taat, rajin membaca Al-Quran,baik akhlak dan perilakunya Insha Allah, Allah akan pertemukan juga dengan orang yang seperti itu.

Judul:  Mudahnya menjemput jodoh.
Pengarang:  MEJAR(B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin
Penerbit:  Casamas Resources SdnBhd
Tahun terbit:  2017
Harga:  RM 21.00
Muka  surat:  242
Rating:

Disediakan oleh:                                                                          Disemak oleh:
Nor Hailah bt Baharom                                                               Zulkepli b Haron
Pembantu Operasi                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Buku NOTA AJAL SEORANG MUKMIN Penulis AHMAD DUSUKI ABD RANI Penerbit KARANGKRAF 2017 RM26

ULASAN BUKU BULAN JUN  2018
Buku NOTA AJAL SEORANG MUKMIN Penulis AHMAD DUSUKI ABD RANI Penerbit KARANGKRAF 2017 RM26

TAJUK BUKU:   NOTA AJAL SEORANG MUKMIN
PENGARANG:   AHMAD DUSUKI ABD RANI
NO.PANGGILAN:   297.23 / AHM
ISBN:   978-967-86-0772-8
PENERBIT:   KARANGKRAF
TAHUN TERBIT:   2017
EDISI BAHASA:   BAHASA MELAYU
HARGA:   RM 26.00



ULASAN BUKU  :
Buku ini membicarakan mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya.

Sebelum kita kembali mengadap Allah, pastikan kita memelihara akhlak dengan orang yang hidup seperti kaum keluarga, jiran tetangga dan mereka yang rapat dengan diri kita. Jangan dibiarkan hidup bergelombang dosa, tetapi hiduplah di dalam ketaatan kepada Allah SAW. 

Jika kita sudah bersiap sedia dengan segala bekalan yang telah kita kumpul, ia akan memudahkan semasa proses mencabut nyawa dan semasa sesi soal jawab bersama 2 malaikat. 

Bagi setiap mukmin, mohonlah keampunan daripada Allah daripada dosa yang lalu, dosa akan datang, dosa tersembunyi dan dosa yang dilakukan dalam keadaan sedar. Sebagai orang mukmin kita pastinya impikan untuk menghembuskan nafas terakhir kita dalam keadaan husnul khatimah.     

BUKU Sedapnya Donat PENULIS Ruzita Idias Ismail PENERBIT Group Buku Karangkraf 2017 RM26

BUKU Sedapnya Donat PENULIS Ruzita Idias Ismail PENERBIT Group Buku Karangkraf 2017 RM26

No Perolehan: 17 - 000663
ISBN: 978-967-86-0807-7
Kategori: 641.8653 RUZ

Ringkasan/ Ulasan
Buku ini menceritakan mengenai kepelbagaian resepi dan variasi donat. Donat tidak semestinya bulat! Ia juga tidak semestinya berlubang di tengah-tengah seperti bentuk cincin mahupun gelang! Malah ia lebih dari itu.

Manisan ini terkenal dan popular di seluruh dunia. Namun bentuk dan namanya saja yang berbeza. Juga sedikit bahan lain yang membezakan donat ini. Hakikatnya ia tetap makanan yang disukai setiap lapisan umur dan berlainan bangsa!

Kini terdapat pelbagai variasi donat dengan deko yang catchy dan menarik. Malah rasanya juga sudah pelbagai. Jika dahulu donat dinikmati sebagai sarapan atau minum petang, namun kini ia turut dihidang di majlis-majlis istimewa seperti ulang tahun, perkahwinan, cukur jambul dan sebagainya.

Apa yang perlu hanya kreativiti anda menghias donat. Justeru itu, buku ini sebagai amat sesuai sebagai kitab rujukan donat terbaik untuk anda!

Judul: Sedapnya Donat
Pengarang: Ruzita Idias Ismail
Penerbit: Group Buku Karangkraf
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM26.00
Muka surat: 160
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop.