Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Rompin 2014. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Rompin 2014. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Buku: Super Science oleh Chris Oxlade

Buku: Super Science oleh Chris Oxlade

Super Science Experiments merupakan sebuah buku amali/praktikal yang
amat bersesuaian dengan peminat subjek sains terutamanya peringkat kanak-
kanak. Buku ini memuatkan lebih 90 jenis eksperimen yang  yang dipecahkan
dari beberapa teras, iaitu seperti elektik, air dan udara, bunyi dan cahaya
dan juga benda. Eksperimens sains yang dimuatkan adalah amat mudah
dan menyeronokkan. Pembaca buku ini mampu membuat eksperimen tersebut
di rumah. Tambahan, bahan-bahan eksperimen yang digunakan adalah yang
terdapat di persekitaran rumah. Penggunaan foto dalam turutan langkah
demi langkah, membantu pembaca buku ini, untuk melakukan eksperimen ini
dengan lebih mudah.

Penerbit: Miles Kelly, 2011
RM45.50

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

Thursday, January 1, 2015

Buku: Sukses mengurus industri ikan tilapia oleh Synergy Media

Buku: Sukses mengurus industri ikan tilapia oleh Synergy Media

Ikan Tilapia adalah di antara ikan yang mempunyai permintaan yang yang tinggi.
Sama ada untuk pasaran tempatan mahupun untuk dieksport. Maka semakin
ramailah pengusaha-pengusaha tempatan cuba menceburi ternakan ikan
tilapia ini. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman seorang pengusaha
ternakan ikan tilapa yang berjaya di negara kita. Buku ini sangat sesuai bagi
mereka yang baru bermula hendak mengusahakan ternakan ini. Bab-bab yang
diberikan merangkumi dari peringkat awal perancangan sehinggalah bagaimana
hendak memasarkan hasil ternakan.

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

 Ulasan Buku, Ulasan Buku 2014, ulasan Buku PAD Rompin, Ulasan Buku PAD Rompin 2014

Wednesday, December 31, 2014

Buku: Menguasai fotografi & DSLR untuk bisnes oleh Synergy Media

Buku: Menguasai fotografi & DSLR untuk bisnes oleh Synergy Media

Bidang fotografi tiba-tiba sahaja menjadi fenomena di Malaysia. Dapat dilihat
ramai anak-anak muda yang menggantung kamera di leher bagi menandakan
mereka terjebak dalam bidang fotografi. Buku yang diterjemahkan oleh Ibrahim
Khalid ini adalah satu bacaan tambahan bagi pengguna DSLR di luar sana
dalam menguasai bidang tersebut. Buku ini memberi pendedehan dari peringkat
asas untuk berjinak-jinak di dalam bidang fotografi. Contoh-contoh gambar yang
disertakan bersama dengan panduan-panduan yang mana membolehkan
pembaca mengambil gambar yang sama dengan sendiri. Susunan bab yang
teratur membolehkan pembaca mahir menggunakan DSLR yang ada dalam masa
yang singkat.

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

 Ulasan Buku, Ulasan Buku 2014, ulasan Buku PAD Rompin, Ulasan Buku PAD Rompin 2014

Tuesday, December 30, 2014

Buku: iPhone 4s For Seniors for Dummies oleh Nancy Muir

Buku: iPhone 4s For Seniors for Dummies oleh Nancy Muir

Satu lagi judul yang bagus untuk siri " ... for Dummies" yang dikeluarkan
oleh penerbit buku ini. Arus teknlogi sentiasa berkembang dengan pesat.
Sehinggakan tidak mampu untuk sesetengah daripada kita untuk berada
di dalam tahap yang sama. Antara teknlogi tersebut adalah telefon pintar.
Dengan persaingan antara pengeluar-pengeluar gergasi telefon, yang berlum
dalam menghasilkan telefon pintar yang paling canggih dari masa ke semasa.
Dengan itu degan wujudnya buku ini, yang lebih kepada manual, mampu
membantu pemilik iPhone 4s untuk menyelami sebaik mungkin gadjet yang
mereka miliki. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab dari mula-mula
pembelian i-Phone sehinggalah bagaimana hendak mengatasi kerosakan pada
gadjet tersebut. Penggunaan imej yang bersesuaian juga dapat membantu
pemilik iPhone untuk menggunakanya dengan lebih mudah dan effisien.

DROM 04088
9781848103184

iPhone 4s For Seniors for Dummies

Nancy Muir

John Wiley & Sons, Inc

2012

RM45.50

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

Sunday, December 28, 2014

Buku: Ahmad Said : Dari rakyat untuk rakyat oleh Dato' Aziz Deraman

Buku: Ahmad Said : Dari rakyat untuk rakyat oleh Dato' Aziz Deraman

Dato' Ahmad Said merupakan tokoh politik yang tidak asing lagi di negara kita. Kelantangan beliau menyuarakan pendapat dan pandangannya, menjadikan beliau seorang yang berkaliber.

Buku ini yang berbentuk biografi memaparkan kehidupan serta latar belakang Dato' Seri Ahmad Said. Biografi ini digarap dengan bermula kisah diawal persekolahan sehinggalah kisah-kisah
menjadi Menteri Besar Terengganu.

Biografi ini disertakan juga dengan gambar-gambar yang jarang-jarang dapat kita lihat di akhbar mahupun di ruangan internet terhadap gambaran keperibadian beliau.

Bagi yang ingin mengenali lebih dekat dengan beliau, buku ini adalah tatapan yang terbaik
dalam menambah maklumat yang sahih terhadap beliau.

Ahmad Said : Dari rakyat untuk rakyat

Aziz Deraman, Dato'.

Universiti Malaysia Terengganu

DROM 04776

9789675366727

ulasan oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning
PAD Rompin