Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020. Show all posts

Thursday, July 18, 2024

Buku Trevelog Haji Mengubah Sempadan Iman / Muhd Kamil Ibrahim / PTS Publishing House / 2018

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Trevelog Haji Mengubah Sempadan Iman / Muhd Kamil Ibrahim / PTS Publishing House / 2018

No Panggilan : 297.352 MUH. ISBN : 9789674811488

Kategori : Agama Islam (dewasa)

Ringkasan/ Ulasan :

Buku judul Trevelog Haji; Mengubah Sempadan Iman (Edisi Terkini) ditulis oleh Saudara Muhd. Kamil Ibrahim berdasarkan pengalaman beliau sendiri mengerjakankan ibadat haji. Pada kulit buku ini juga tercatat ‘terjual lebih 100,000 naskhah’ telah menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku ini.  

Bab 1 hingga 14 penulis dengan tulus ikhlas berkongsi dan bercerita pengalaman sebenar beliau sebelum mendapat hidayah untuk mengerjakan ibadat haji. Penceritaannya disampaikan secara santai dan mudah dibaca tetapi mempunyai pelbagai pengertian yang tersirat dan tersurat. Misalnya, Bab 9, ‘Bertaubat di Florence’, bagaimana beliau tanpa berputus asa mula berdoa mohon keampunan walaupun belum lagi menjejak kaki di Tanah Suci. 

Secara keseluruhan beliau ingin sampaikan ibadat haji bermula bukan semasa kita berniat dan berpakaian ihram. Bukan pula berakhir sesudah meninggalkan Madinah ataupun Mekah. Pemahaman pada konsep haji melangkaui semata-mata bagi memenuhi rukun Islam yang kelima ternyata dapat mengubah perspektif ibadat haji itu sendiri.

Justeru itu, buku ini dapat memberi manfaat dari segi kesediaan mental dan fizikal, rohani dan jasmani serta zahir dan batin. Selamat membaca!!

Judul : Trevelog Haji; Mengubah Sempadan Iman

Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim

Penerbit : PTS Publishing House Sdn. Bhd

TahunTerbit : 2018

Harga : RM 20.90

Mukasurat : 262

Disediakan Oleh : Zulkepli Bin Haron. Ketua Perpustakaan Daerah. Perpustakaan Awm Daerah Maran.

Tuesday, January 19, 2021

BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK / WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS / UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN / 2020

BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK / WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS / UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN / 2020

ULASAN BUKU 

Nafkah kepada isteri adalah satu bentuk pemberian wajib rentetan daripada akad perkahwinan yang sah. 

Pemberian nafkah ini adalah satu bentuk tanggungjawab suami kepada isteri.Namun pada masa kini kebanyakan wanita sudah mula menceburi dunia pekerjaan dan mempunyai pendapatan sendiri. 

Oleh itu masyarakat terkeliru sama ada pemberian wajib nafkah kepada isteri masih relevan atau sebaliknya. Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan ini, buku ini hadir menjelaskan secara terperinci akan tanggungjawab suami kepada isteri.

Perbincangan dalam buku ini lebih memberi tumpuan kepada konsep dan falsafah nafkah dalam Islam. Selain itu, ia turut menyentuh tentang bentuk-bentuk dan ciri-ciri nafkah yang perlu diberikan kepada isteri. 

Perbincangan dalam buku ini juga turut meliputi  tentang pengguguran nafkah kepada isteri  serta nafkah dan hak isteri pada perkahwinan.

Moga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

JUDUL BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK

PENGARANG WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS

NO. PANGGILAN 340 . 59  /  WAN

ISBN 978 – 967 – 2231 – 34 - 9

PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

TARIKH / TAHUN TERBIT 2020

EDISI BAHASA BAHASA MELAYU

HARGA RM39.00

BUKU Di rahang sumpah / Abd. Talib Hassan / Creative Enterprise Sdn Bhd / 1992

ULASAN BUKU PAD JERANTUT SIRI SEPTEMBER 2020

BUKU Di rahang sumpah / Abd. Talib Hassan / Creative Enterprise Sdn Bhd / 1992

NO. PEROLEHAN : KOLEKSI SENDIRI

CALL. NO : F/ABD

ISBN : 983-893-073-3

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : FIKSYEN MELAYU

ULASAN : 

Kalau belum terlaksana apa yang dihajati, belum bermakna Allah tidak akan menunaikannya. Sabarlah, lebihkan tawakal dan usaha.

Cerita ini mengisahkan tentang Buyung @ Pengiran Abdul Kudus, yang berfikiran liberal pulang ke tanahair setelah menamatkan pengajian di luar negara. Sementara menunggu kawan yang terlewat menjemput di lapangan terbang, hatinya terpaut pada seoarang gadis yang menunggu kepulangan bapanya dari Mekah. 

Bergetar tulang rusuknya lalu dia mengambil peluang untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Namun perbualan itu tidak berpanjangan kerana kawannya hadir mencelah suasana. Hanya nama Auda yang bermain di sanubari.

Setibanya di rumah keluarga, ibunya mengejutkannya dengan wasiat dari almarhum ayahanda yang bertulis agar Buyung mencari kenalannya ketika berada Force 136. Dengan kesibukan perkerjaannya sebagai perunding di firma swasta melupakan Buyung buat seketika. 

Akan tetapi mimpi sama yang berulang kali mengejutkan dia dari tidurnya membuatkan Buyung mengorbankan cuti hujung minggu mencari kawasan air terjun yang mengalir dalam mimpinya dan dalam masa yang sama berharap dapat mencari Awangah yang ditulis dalam wasiat itu. 

Titik pencariannya berakhir di kampung Batu Ragi daerah Segamat. Dia berjaya mencari air terjun dalam mimpinya tetapi tidak berjaya menjumpai Awangah dan juga Auda. Sikap degil mendorong dia mencari jawapan mimpi di kawasan air terjun tersebut. Tragedi yang menimpanya di air terjun tersebut merungkai misteri yang berpuluh tahun terpendam. Kecewa kerana tidak dapat menemui Awangah dan Auda. 

Buyung kembali membawa jiwa kosong ke Ibukota. Kesian dengan keadaannya yang kusut, rakannya mecadangkan seorang ustaz untuk dia kembali mencari dirinya. Sekembalinya Buyung dari Mekah,lalu dia menyambung pencarian. Hatinya kuat untuk kembali ke kampung Batu Ragi. 

Seketika di kampung Batu Ragi, Buyung menziarah rumah ketua kampung yang banyak membantu dan menyelamatkannya ketika ditemui di air terjun itu. Dan disitu juga rahsia tentang Awangah terbongkar bersama-sama dengan kehadiran Auda.

JUDUL : Di rahang sumpah

PENGARANG : Abd. Talib Hassan

PENERBIT : Creative Enterprise Sdn Bhd

TAHUN TERBIT : 1992

HARGA : RM 8.00

MUKA SURAT : 180 muka surat 

RATING : 5.5/10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

BUKU Nabi Adam dan orang melayu 60,000 tahun lalu / Radzi Sapiee @ merah silu / Wasilah Merah Silu Enterprise / Mac 2018

ULASAN BUKU PAD JERANTUT SIRI OKTOBER 2020

BUKU Nabi Adam dan orang melayu 60,000 tahun lalu / Radzi Sapiee @ merah silu / Wasilah Merah Silu Enterprise / Mac 2018

NO. PEROLEHAN : DJER 005364

CALL. NO : 306.4209595/RAD

ISBN : 976-967-10641-1-5

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : SAINS MASYARAKAT

ULASAN :  

Buku ini adalah hasil tulisan seorang graduan matematik University College of London yang menulis tentang usia bangsa melayu. Dan yang menariknya hasil kajian ini berdasarkan  matematik dan sains. Hasil kajian beliau turut disokong pembentangan pakar serta pencarian bahan ilmiah. 

Sejak bermulanya projek Gnome, pelbagai maklumat tentang pergerakan dan perkembangan manusia telah diperolehi termasuk kelompok yang menjadi orang melayu membina tamadun di rantau ini sejak 60,000 tahun yang lalu. 

Penulis juga percaya bahawa masa dan saiz tubuh manusia beratus ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan masa dan saiz manusia pada zaman sekarang. Nabi Adam yang diturunkan ke bumi pada 5,872 SM menurut ilmu kitab adalah bersamaan dengan munculnya manusia Homo Sapiens terawal 209,000 tahun yang lampau berdasarkan sains. 

Beliau juga mengambil kira banjir nabi Nuh menurut kitab selari dengan letusan gunung berapi di Danau Toba 74,000 tahun yang lalu. Ini dijadikan asas kepada beliau untuk melakukan pengiraan matematik untuk mencari tahun kewujudan bangsa melayu. 

Pada pendapatnya yang bangsa melayu telah menghuni benua Sunda ini sekitar 60,000 tahun yang lalu dan menyebar benih-benih sejauh Madagascar, kepulauan Samoa dan kepulauan Hawaii.

JUDUL : Nabi Adam dan orang melayu 60,000 tahun lalu

PENGARANG : Radzi Sapiee @ merah silu

PENERBIT : Wasilah Merah Silu Enterprise

TAHUN TERBIT : Mac 2018

HARGA : RM 55.00

MUKA SURAT : 320 muka surat 

RATING : 5.5/10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT


BUKU Inteligensia penyuluh nusantara / Mohd Rashidi / Lestari Hikmah / 2020

PAD JERANTUT SIRI NOVEMBER 2020

BUKU Inteligensia penyuluh nusantara / Mohd Rashidi / Lestari Hikmah / 2020

 

NO. PEROLEHAN : Koleksi sendiri

CALL. NO : 320.5409595 / MOH

ISBN : 789671 777107

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : SAINS MASYARAKAT

ULASAN : Penulisan dalam buku ini mengungkap kembali kepahlawanan tokoh di nusantara dimana mereka bukan sahaja hebat berpencak silat berbunga falsafahnya tetapi mereka hadir bersama denyut nadi masyarakat dan seterusnya mengerakkan massa. 

Sudah tentu semangat itu tidak hadir dengan semata-mata semangat dan sentimen sahaja tetapi juga dituruti dengan kepekaan, keilmuan dan sifat kritis. Syed Sheikh al-Hadi, Dr.Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Muhamad Natsir, Haji Misbach dan juga Pak Hamka merupakan tokoh-tokoh yang tidak asing lagi di nusantara terutama sekali di Malaysia dan juga Indonesia. 

Hadirnya pemikiran, idea dan perjuangan mereka  secara langsung dan tidak langsung mencorak dan mewarnai sejarah kemerdekaan, perkembangan intelektual dan budaya kedua-dua buah negara serumpun ini.

JUDUL : Inteligensia penyuluh nusantara

PENGARANG : Mohd Rashidi

PENERBIT : Lestari Hikmah

TAHUN TERBIT : 2020

HARGA : RM -

MUKA SURAT : 122 muka surat

RATING : 5.0 / 10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

BUKU TOKSIN MASUK TOKSIN KELUAR / PENGARANG Dr.Yasmeen Farouk Mohamed

ULASAN BUKU BAGI BULAN NOVEMBER 2020

BUKU TOKSIN MASUK TOKSIN KELUAR / PENGARANG Dr.Yasmeen Farouk Mohamed


Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Tahun terbit : 2012

Harga : RM13.00

Muka surat : 150

No. Perolehan: 002168

Bulan Bacaan : November  2020

No.ISBN : 9789831246603


ULASAN:


Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku di dalam sistem badan yang boleh menyebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit.


Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab . Ia sebenarnya adalah hasil daripada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pemilihan makanan yang betul di samping mengamalkan pengambilan nutrisi suplemen dapat memberi harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.


Diulas oleh : Nor Afidah Anom bt Yunus, Perpustakaan Desa Balok

Disemak oleh : Ahmad Aziddin B Ahmad, Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Tuesday, December 1, 2020

Buku Kelebihan Berselawat Terhadap Rasulullah SAW / Mohammad Aiman Az-Zuhairi / Pustaka Al-Ehsan / 2019

ULASAN BUKU PD JERUAS – JAMALIAH BINTI MOHAMED

Buku Kelebihan Berselawat Terhadap Rasulullah SAW / Mohammad Aiman Az-Zuhairi / Pustaka Al-Ehsan / 2019


Nombor Panggilan: 297.382 MOH

ISBN: 978-983-3204-0

Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Ulasan :

Buku ini mengandungi panduan dan amalan kepada setiap individu muslim untuk mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Ia perlu dimiliki dan dibaca oleh semua kerana terdapat di dalamnya pelbagai kelebihan bila berselawat kepada Rasulullah SAW. 

Contoh kelebihan antaranya ialah sebagai penghapus dosa, tidak merasa kebingungan pada hari kiamat, dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat, mendapat syafaat dari Rasulullah, berpeluang minum di telaga nabi dan lain-lain lagi. 

Semoga amalan berselawat kepada Rasulullah setiap hari dan masa menjadi hadiah yang khusus untuk Nabi Muhammad SAW. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Judul: Kelebihan Berselawat Terhadap Rasulullah SAW

Pengarang: Mohammad Aiman Az-Zuhairi

Penerbit: Pustaka Al-Ehsan

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00

Muka Surat: 143

Buku Isteri Dominan / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2019

ULASAN BUKU PD JERUAS – JAMALIAH BINTI MOHAMED

Isteri Dominan / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2019


Nombor Panggilan: 306.8723 BON

ISBN: 978-983-097-808-6

Bahasa: Melayu

Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan  :

Buku ini merupakan buku yang paling menarik isi kandungan nya, ia memaparkan kisah-kisah menarik yang disampaikan secara santai. 

Untuk menjadi seorang isteri dan ibu itu tidak bermakna perlu mengorbankan segala kehendak dan menelan segala perasaan demi orang tersayang iaitu suami dan anak-anak yang akhirnya memakan diri sendiri. 

Selain daripada itu buku yang sederhana muka surat ini tidak membebankan pembaca kerana ia amat menarik untuk dibaca. Nashkah ini juga mengajar tentang cara untuk mendominasi pergurusan emosi dan rumahtangga agar tenang dan bahagia hingga ke syurga.

Judul: Isteri Dominan

Pengarang: Bonda Nor 

Penerbit:Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Tahun Terbit:2019

Harga: RM 20.00

Muka Surat: 206

Buku Bijak Melabur Selok: Belok Pelaburan Saham / Razali Razman / True Wealth / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – BAHAUDDIN BIN JAMALUDDIN 

Buku Bijak Melabur Selok: Belok Pelaburan Saham / Razali Razman / True Wealth / 2015


Nombor Panggilan:332.6 / ISBN:978-967-367-080-0 / Bahasa:Melayu

Kategori:Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan strategi melabur dalam pasaran saham meliputi penyelidikan dan perbandingan. 

Penulis juga menasihati supaya bakal pelabur tidak hanya mendengar nasihat broker, saudara mara atau bisikkan khabar angin semata-mata. Ramai yang membuat perbandingan harga barangan di pasaraya namun malas untuk membuat penilaian dan analisis sebelum membeli saham dengan sewajarnya. Keputusan pelaburan yang bijak penting bagi menjamin keuntungan. 

Buku ini akan membantu anda dalam membuat persediaan sebelum melabur sehingga anda mampu membina portfolio saham dan aset anda.

Judul:Bijak Melabur : Selok-Belok Pelaburan Saham

Pengarang:Razali Razman

Penerbit:True Wealth Sdn Bhd

Tahun: 2015

Harga: RM39.90

MukaSurat:238

Buku Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah / Azizi Ali / Zaid Mohamad / True Wealth / 2011

ULASAN BUKU PAD RAUB – BAHAUDDIN BIN JAMALUDDIN

Buku Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah / Azizi Ali / Zaid Mohamad / True Wealth / 2011


Nombor Panggilan:332.024

ISBN:978-67-416-072-2

Bahasa:Melayu

Kategori:Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan tentang strategi mudah bagi ibubapa membesarkan anak mereka supaya menjadi anak yang bijak, mewah dan lebih bertanggungjawab. Gabungan dua orang penulis sudah cukup memberi banyak idea yang penuh dengan informasi. 

Satu bacaan yang berguna bagi yang ingin menamatkan kesusahan dalam perbelanjaan dan mengejar kebahagian. Mereka berdua berkongsi perjalanan keluarga menuju kejayaan dalam kewangan dengan mengunakan strategi 8S. 

Selepas membaca keseluruhan buku ini kita akan dapat mempraktikkan strategi-strategi yang terkandung dan membina satu asas kewangan yang kukuh dan mampu mendatangkan kegembiraan untuk keluarga.

Judul:Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah

Pengarang:Azizi Ali ( MBA ChFc )& Zaid Mohamad ( BSC )

Penerbit: True Wealth SdnBhd

Tahun:2011

Harga:RM39.90

MukaSurat:218


Buku Pesara Jutawan / Azizi Ali / True Wealth / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – JAMALUDDIN BIN SHAFIIE

Buku Pesara Jutawan / Azizi Ali / True Wealth / 2015

Nombor Panggilan: 332.024014

ISBN: 978-67-416-072-2

Bahasa: Melayu

Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini merupakan panduan bagi bakal pesara menjadi seorang pesara yang berjaya. 90% kemungkinan bahawa pesara tidak akan mempuyai wang yang cukup selepas persaraan. 

Pertama sekali kos kehidupan telah mendahului pencen. 

Kedua 90% pesara yang mencarum KWSP mempunyai kurang daripada RM 100,000 di dalam akaun mereka. 

Lebih teruk 38% para pekerja tidak dilindungi oleh pencaruman KWSP. 

Zaman keemasan mereka mungkin menjadi sebuah penjara bagi mereka. Buku ini akan memberi panduan kepada bakal pesara mengelak daripada situasi kejatuhan tersebut. Penulis juga memberi langkah-langkah praktikal yang boleh diambil sebelum bersara supaya bakal pesara tidak rugi di kemudian hari.

Judul:Pesara Jutawan

Pengarang:Azizi Ali ( MBA ChFc )

Penerbit:True Wealth SdnBhd

Tahun:2015

Harga:RM39.90

MukaSurat:165


Buku Tambah Duit Dengan Kerja Part Time / Mohd Aliff Mohd Nor / PTS Professional / 2011

ULASAN BUKU PAD RAUB – JAMALUDDIN BIN SHAFIIE

Buku Tambah Duit Dengan Kerja Part Time / Mohd Aliff Mohd Nor / PTS Professional / 2011


Nombor Panggilan :331.25727

ISBN :978-967-367-080-0

Bahasa :Melayu

Kategori :Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan langkah mengatasi masalah tersebut. 

Penulis cuba memberi langkah yang pratikal bagi mencari jalan penyelesaian. Buku ini lebih menekankan kerja menambah pendapatan melalui kerja sampingan. 

Penulis cuba membantu anda memilih kerja-kerja sampingan yang bersesuaian. Contohnya beliau sendiri memberi ceramah, menulis buku dan menjadi tutor Bahasa Inggeris. 

Beliau sekarang bekerja sepenuh masa sebagai Pemantau Media Penyiaran bagi Malaysia dan Singapura di sebuah organisasi Pemantau Media di ibukota.

Judul: Tambah Duit Dengan Kerja Part Time

Pengarang: Mohd Aliff Mohd Nor

Penerbit: PTS Frofessional PublishingSdnBhd

Tahun: 2011

Harga: RM15.50

MukaSurat: 142


Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran / Raflis Sabirin / Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana / 2018

ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran / Raflis Sabirin /  Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana / 2018

Nombor Panggilan:  297.122861 RAF / ISBN:  978-967-2133-37-7 / Bahasa:  Melayu / Kategori:  Agama

Ulasan:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah ALLAH SWT menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia turunkan penyembuhnya (ubatnya). (Riwayat Bukhari dan Ibnu Majah).

Tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.  Kita perlu berusaha untuk mencari ikhtiar untuk penyakit tersebut samaada perubatan medik mahupun perubatan Islam.

Di dalam buku ini ada menerangkan mengenai lebih sepuluh penyakit dan kaedah penjagaannya. Penulis juga turut berkongsi dengan pembaca tentang kaedah pengubatan menggunakan ayat-ayat Suci.

Selain berubat dan mendapatkan rawatan moden, kita perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan aktiviti yang sihat.Walaubagaimanapun, sekuat mana kita berusaha untuk mencari penawar penyakit tersebut, kita perlulah bersandar dan bergantung kepada Allah SWT yang memberikan penyakit dan menurunkan ubatnya.

Judul: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran

Pengarang: Ustaz Raflis Sabirin

Penerbit: Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana Sdn. Bhd.

TahunTerbit: 2018

Harga: RM34.00

Muka Surat: 260

Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID

Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015


Nombor Panggilan: 297.14 GHA / ISBN: 978-967-0716-44-2 / Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Ulasan:

Ilmu Faraid sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam. Jika kita mengambil tahu atau mahir dalam ilmu faraid secara tidak langsung kita akan tahu sedikit sebanyak tentang ilmu berkaitan hukum agama, khususnya ilmu dan hokum dalam bab fiqah. 


Hal ini demikian kerana, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa ilmu antaranya ilmu hisab (matematik), ilmu syarak, ilmu nasab dan persoalan zakat, wakaf, hibah dan seumpanya.  Masih ada segelintir pihak yang masih memandang remeh untuk mempelajari ilmu ini.


Acap kali kita melihat di dada akhbar dan media, bahkan di sekeliling kita juga, berlaku kes perebutan harta pusaka antara adik-beradik selepas kematian ibubapa.


Mereka merasakan ilmu faraid ini hanya berguna apabila seseorang telah meninggal dunia sahaja.


Oleh hal yang demikian, umat Islam digalakkan mempelajari ilmu ini sedikit sebanyak agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris agar boleh diguna pakai ilmu tersebut di kemudian hari.


Judul:Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat

Pengarang:Ustaz Ghazali Ibrahim

Penerbit:Must Read SdnBhd

TahunTerbit:2015

Harga:RM30.00

Muka Surat:348

Buku Urus Rumah With Hani / Hani Mynis / Open Bridge / 2019

ULASAN BUKU PAD RAUB – SALIZAN BINTI SIDEK

Buku Urus Rumah With Hani / Hani Mynis / Open Bridge / 2019

Nombor Panggilan: 648.5 / ISBN: 9789673694150 / Bahasa: Melayu / Kategori: Sains Teknologi

Ulasan :

Buku ini menceritakan tentang menguruskan rumah. Dari pengurusan makanan sehingga pengurusan kewangan. 

Buku ini amat sesuai di baca kerana ia dapat membantu kita semua secara keseluruhan dan berjadual dalam menguruskan urusan kita di rumah seharian. 

Penulis juga menyediakan beberapa tips, seperti tips membeli buah buahan, tips membeli barang dapur dan sebagainya. Di belakang buku tersebut ada diselitkan tips kekalkan kekemasan rumah.

Judul: Urus Rumah With Hani

Pengarang: DR. Hani Mynis

Penerbit: Open Bridge Publication 

Tahun: 2019

Harga: RM 25.00

Muka Surat: 247

Buku Aku Anak Punk / Khai Aziz / Buku Pojok PLT / 2017

ULASAN BUKU PAD RAUB – SALIZAN BINTI SIDEK

Buku Aku Anak Punk / Khai Aziz / Buku Pojok PLT / 2017

Nombor Panggilan: 362.2915309595 / ISBN: 090910279688 / Bahasa: Melayu / Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan :

Buku ini mengisahkan pengalaman penulis tentang gaya hidup seorang PUNK. PUNK bukan sahaja berkenaan muzik, PUNK juga berkenaan gaya hidup seorang remaja.

Pencorak hidup remaja walaupun ianya bersifat sementara, bagi penulis hardcore PUNK dan straight edge telah menyelamat beliau dan rakan-rakan dari masalah dunia.

Sekarang penulis sudah ada sebuah DIY record label, United Front Records dan mempunyai sebuah band Hardcore Punk, Second Combat. Beliau juga seorang aktivis sosial.


Judul: Aku Anak Punk

Pengarang: Khai Aziz

Penerbit: Buku Pojok PLT

Tahun: 2017

Harga: RM 20.00

Muka Surat: 140


Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu / Kolonel Ramli Abu Bakar / UPNM Press / 2015

ULASAN BUKU SIRI DISEMBER 2020. Buku Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu / Kolonel Ramli Abu Bakar / UPNM Press / 2015

KOLEKSI SENDIRI / CALL. NO : 923.5595 / RAM / ISBN : 978-967-5985-35-5 / BAHASA : MALAYSIA / KATEGORI : SEJARAH

ULASAN :  Buku ini mengkisahkan tentang Leftenan Adnan bin Saidi, salah seorang wira yang terkorban memertahankan tanah air daripada serangan tentera Imperial Jepun.

Anak sulung kepada pasangan Saidi dan Ramlah ini yang berketurunan suku Koto, Bukit Tinggi Sumatera. Pintar, berakhlak baik dan mempunyai didkan agama yang tinggi dari kecil menginjak dewasa menyenangkan hati semua orang . Usai sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran di sekolah agama. Setelah menamatkan pengajian agama, beliau memasuki tentera walaupun dibantah oleh ayahnya.

Pada tahun 1933,beliau menyertai latihan tentera. Dan pada tahun 1937,beliau terpilih menyertai perbarisan memberi hormat sempena pertabalan Raja Geogre VI. Kemudian beliau dilantik sebagai Leftenan Muda dan berkhidmat sebagai ketua Platun ke-7,Kompeni C. Beliau menamatkan zaman bujang dengan berkhawin dengan Sophia Pakih Muda,seorang guru dan memperolehi tiga orang anak.

Kemaraan tentera Jepun yang pantas dikaitkan dengan sumber risikan dan strategi yang mantap mengusarkan tentera Bristish yang akhirnya bertahan di pulau Singapura. Walaupun Tambak Johor telah diletupkan tapi semangat banzai Jepun ini dapat menjejak kaki di pulau Singapura. 

Tentera Imperial Jepun bersunguh-sunguh membedil Pasir Panjang yang menempatkan Platun 7 yang diketuai Leftenan Adnan Cubaan ini berhasil menyebabkan Platun 7 diarahkan berkubu di Bukit Chandu pada tarikh 14 Februari 1942.Tentera Jepun giat meyerang bukit Chandu kerana disini sahaja pihak tentera askar melayu yang masih bertahan sedangkan seluruh Singapura telah ditawan. 

Akhirnya sehingga titisan darah terakhir,Leftenan Adnan dan pasukannya berjuang sehingga menimbulkan rasa marah pada tentera Jepun. Askar-askar melayu yang terkorban dipenggal kepalanya manakala jenazah Lefenan Adnan digantung pada pokok ceri, ditikam dengan bayonet dan lehernya dikelar. 

Al-fatihah buat semua perwira yang terkorban mempertahankan negara.


JUDUL : Leftenan Adnan Saidi : Pahlawan Bukit Chandu

PENGARANG : Ramli Abu Bakar, Kolonel

PENERBIT : UPNM Press

TAHUN TERBIT : 2015

HARGA : RM -

MUKA SURAT : 180 muka surat 


DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN BERGERAK S19

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

Buku KHUBLAI KHAN / Abdul Latip Talib / HIJJAJ RECORD PUBLISHING / 2019

Buku KHUBLAI KHAN / Abdul Latip Talib / HIJJAJ RECORD PUBLISHING / 2019

No Perolehan: 11508 / ISBN: 9789675391996 / Kategori:Kesihatan 297.18

Ringkasan/ Ulasan: 

KHUBLAI KHAN

Beliau memerintah Cina sepenuhnya setelah berjaya menakluk Dinasti Song di Cina Selatan. Khublai Khan akhirnya berjaya menyatupadukan Cina dan mentadbir 58 juta rakyat Cina pada zamannya. 

Khublai Khan berjaya memajukan ekonomi dengan memajukan sistem persawahan dan saliran air.  Beliau melantik pegawai yang berkelayakan, mendirikan sekolah, memberi penghargaan kepada cendekiawan, beliau galakan diadakan pertukaran ekonomi dan kebudayaan dengan negara luar. 

Khublai Khan juga mewujudkan sistem lalu lintas kenderaan berkuda. Setelah kerajaannya kuat maka Khublai Khan meluaskan tanah jajahannya ke luar Cina. 

Mereka menakluk Korea, Tibet dan Vietnam. Kemudia memasuki Eropah dan mengalahkan Rusia, Poland dan Hungari. Cerita ini sangat menarik dan mempunyai sejarah yang besar dan menarik

Judul: KHUBLAI KHAN

Pengarang: Abdul Latip Talib

Penerbit: HIJJAJ RECORD PUBLISHING

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM27.90 

Muka surat: 405

Rating: 5


Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan

Buku A Walk To Remember / Nicholas Sparks / Grand Central Publishing / 1999

Buku A Walk To Remember / Nicholas Sparks / Grand Central Publishing / 1999

No Perolehan: DTEM 010996 / ISBN: 978-1-5387-6470-1 / No. Pengkelasan: F SPA / Kategori: Fiksyen

Ringkasan/ Ulasan:

Membaca novel ini seperti mengimbau kembali filem A Walk To Remember lakonan Mandy Moore dan Shane West yang saya tonton bersama teman di universiti suatu ketika dulu.

Filem romantik yang menyentuh hati ini diadaptasi daripada novel A Walk To Remember nukilan Nicolas Sparks ini sangat menarik untuk dibaca. Penulis menulis kisah cinta London Carter dan Jamie Sullivan. Jamie ditakdirkan untuk London dan mengajarnya erti kasih sayang suka duka di dalam kehidupan.

Dapatkan novel menarik ini dan tambahkan koleksi bacaan anda.

Judul: A Walk To Remember

Pengarang: Nicholas Sparks

Penerbit: Grand Central Publishing

Tahun Terbit: 1999

Harga: RM44.90

Muka surat: 237

Rating: 5


Ulasan Oleh : 

Puan Zulaiha Ahmad, 

PAD Temerloh

Buku: Subuh Warrior Pejuang Fajar / Fatimah Syarha / Farhan Hadi / Sebarkan Bahagia / 2019

ULASAN BUKU OKTOBER 2020

Buku: Subuh Warrior Pejuang Fajar / Fatimah Syarha / Farhan Hadi / Sebarkan Bahagia / 2019

No Perolehan :EPER002075 / ISBN: 978-967-15982-3-8 / Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :


Pejuang Fajar:

"Pejuang fajar,

Subuhnya selalu diulit mimpi,

sehingga dia tekad berdiri,

menukar subuhnya menjadi realiti,

biar gagal berkali kali,

pejuang fajar tak akan berhenti."


Kisah pemuda yang asalnya liat bangun pagi ini mewakili kisah permasalahan generasi muda hari ini. Namun, dia bangkit memajukan diri, menjadi Pejuang Fajar.

Novel berilustrasi ini membawa beberapa pesan:

Setiap pagi, kita ada 2 pilihan:

- Terus bermimpi atau 

- Bangkit mengejar mimpi.

Setiap pagi, rancanglah 7 minit, ia akan selamatkan 24 jam hari ini dari bingung tiada arah.

Setip pagi, berazamlah mengejar segala tawaran Ilahi, produktif sepanjang hari, dan malam ini tidur awal seperti Nabi agar kuat hidupkan malam bersama Ilahi.

Ayuh! Bangkit seawal pagi dengan kerelaan bukan lagi dengan paksaan dan kejutan.

Buku yang disampaikan secara santai dan seronok dibaca dselitkan dengan hadis-hadis Rasulullah dan kata-kata ulama menjadi sandaran serta penuh dengan pengajaran mengajak kita menghargai masa sangat sesuai menjadi bacaan masyarakat sebagai modul pengurusan masa.

Selamat membaca


Judul: Pejuang Fajar

Pengarang: Fatimah Syarha

Penerbit: Sebarkan Bahagia Sdn Bhd

TahunTerbit: 2019

Harga: RM 26.00

Mukasurat: 303


Disediakan Oleh:              Di semak Oleh :

Isham bin Hamzah Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan              Ketua Perpustakaan Daerah

PD Peramu Jaya                                                               PAD Pekan