Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, September 30, 2017

Buku Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya Pengarang Ooi Kee Beng Penerbit Institute Of Southeast Asia (ISEAS) 2006

Buku Bukan Kerana Pangkat Tun Dr Ismail dan Masanya Pengarang Ooi Kee Beng Penerbit Institute Of Southeast Asia ISEAS 2006

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2017
No Perolehan: DMAR 07-031494
ISBN: 978-983-3782-18-5
Kategori: Sejarah

Ringkasan/ Ulasan:
Inilah biografai yang dinanti-nantikan tentang Tun Dr Ismail Abdul Rahman,Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berpengaruh, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2 Ogos 1973.Buku ini ditulis berdasarkan koleksi kertas peribadi brliau serta wawancara dengan saudara maranya dan mereka yang mengenalinya, termasuk Ghafar Baba,Musa Hitam,Tengku Razaleigh Hamzah,Robert Kuok,Lee Kuan Yew dan Ghazali Shafie.Perspektif baru diberikan tentang perjuangan menuju merdeka, hubungan Malaysia dengan Singapura, asal usul falsafah keserantauan Asia Tenggara, konflik dalaman UMNO, hubungan MCA-UMNO, masalah kesihatan Tun Abdul Razak Hussein, rusukan 13 Mei, dan Dasar Ekonomi Baru.Selain fakta baru tentang sejarah Malaysia dan Singapura, buku ini turut menyingkap proses menghapuskan penjajahan dan pembangunan negara.

Judul: Bukan Kerana Pangkat-Tun Dr Ismail dan Masanya
Pengarang: Ooi Kee Beng
Penerbit: Institute Of Southeast Asia (ISEAS)
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 32.00
Muka surat: 311
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

Zaiwadi bin Awang                                                               Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran                                                                           PAD Maran

Friday, September 29, 2017

Buku Menyembuh Sakit Mencerdas Hati Pengarang Ibnu Qayyim Al-Jauziyah Penerbit Al Mawardi 1995

Buku Menyembuh Sakit Mencerdas Hati Pengarang Ibnu Qayyim Al Jauziyah Penerbit Al Mawardi 1995

No Perolehan: DTEM 08505/14
ISBN: 978-079-3862-54-5
Kategori: 297.57 IBN

Ringkasan/ Ulasan
Dalam usaha mencari penawar bagi sakit ini, buku ini memberi ilham. Pasti semua penyakit ada ubatnya. Allah SWT memberikan sakit juga bersama ubatnya.
 
Agar manusia tidak mudah jatuh sakit, maka Allah memberi peringatan:
Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (QS al-A'raf: 31)

Bacalah buku ini agar dapat membantu anda mengetahui dan megubati sakit anda. Semoga kita mendapat kebaikan.

Judul: Menyembuh Sakit Mencerdas Hati
Pengarang: Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Penerbit: Al-Mawardi
Tahun Terbit: 1995
Harga: RM62.00
Muka surat: 297
Rating: 4

Thursday, September 28, 2017

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman Pengarang Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Penerbit Galeri Ilmu 2013

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman Pengarang Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Penerbit Galeri Ilmu 2013

No Perolehan: 14 - 03752
ISBN: 978-983-097-041-9
Kategori: 297.124 AHM
Ringkasan/ Ulasan

Buku Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman ini di tulis oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki yang berasal dari Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Edisi ini memaparkan judul 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, 40 Hadis Akhlak Mulia, 40 Hadis Penawar Hati dan 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Dengan garapan dan huraian kepada lebih 160 hadis yang antara intipatinya seperti Apakah kelebihan orang yang mempelajari Al-Quran? , Siapakah golongan yang dihalang daripada minum air telaga Al-Kautsar? Bagaimanakah menutup keaiban orang lain serta pelbagai lagi.

Justeru buku ini amat bagus dalam menjadi bahan rujukan dalam kehidupan kita dalam memahami pelbagai hadis untuk menambah dan memperbaiki lagi iman kita dalam kehidupan seharian.

Judul: Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman
Pengarang: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM56.00
Muka surat: 653
Rating: 5

Wednesday, September 27, 2017

Buku 101 Rekreasi Hati Pengarang Dr Zahazan Mohamed Penerbit Telaga Biru 2011

Buku 101 Rekreasi Hati Pengarang Dr Zahazan Mohamed Penerbit Telaga Biru 2011
No Perolehan: ESAN 002378
ISBN: 978-967-388-020-1
Kategori: 297.124
Ringkasan/ Ulasan

Buku 101 Rekreasi Hati ini  ini sangat menarik untuk dibaca tanpa mengira usia, Kandungan yang terdapat didalam buku ini mudah difahami kerana ianya dipersembahkan dalam bentuk santai dan disertakan dengan lukisan kartun berbentuk humor.

Didalam buku ini terdapat hadis-hadis peninggalan Rasulullah S.A.W yang senang difahami serta dihayati buat penenang jiwa disamping itu  terdapat pengajaran pada setiap hadis yang disertakan. Penyampaian hadis ini menjadi menarik kerana disertakan dengan lukisan kartun yang mana maksud penyampaiannya lebih mudah difahami daripada teori yang berjela-jela kerana sebuah lakonan akan cepat difahami daripada ucapan yang dilafaz.

Buku 101 Rekreasi Hati ini sesuai dibawa kemana-mana sebagai bacaan ringan Golongan remaja juga digalakkan membaca buku ini atau dijadikan koleksi peribadi kerana didalam buku ini banyak terdapat hadis-hadis  yang sesuai dijadikan pedoman buat remaja dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. Buku ini juga sesuai dijadikan cenderhati.

Kesimpulannya disini buku ini sungguh menarik dan setiap orang wajib membaca dan memilikinya.

Judul: 101 Rekreasi Hati
Pengarang: Dr. Zahazan Mohamed
Penerbit: Telaga Biru  Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM17.00
Muka surat: 212
Rating: 4

Tuesday, September 26, 2017

Buku KISAH ORANG KAUNTER Penulis RAFI HARUMIN Penerbit GALERI ILMU 2013

Buku KISAH ORANG KAUNTER Penulis RAFI HARUMIN Penerbit GALERI ILMU 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 13-05506
CALL NO. : 158.1
ISBN :978-983-097-414-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : MOTIVASI

ULASAN:
Kisah Orang Kaunter adalah perkongsian sebuah perasaan dan perhubungan dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi. Di sebalik semua itu, paling penting untuk kita tahu bahawa permulaan kita menjaga hubungan dengan Allah adalah dengan memelihara cara kita berhubungan sesama manusia.

Buku ini tidak lain sekadar bercerita mengenai pengalaman ringkas kehidupan seseorang yang bertugas di kaunter.Bermacam-macam pengalaman yang dilalui penulis, ada masa rasa geram, marah dan lucu bila berhadapan dengan masyarakat yang berbagai ragam.

JUDUL : KISAH ORANG KAUNTER
PENGARANG : RAFI HARUMIN
PENERBIT : GALERI ILMU SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM12.80
MUKA SURAT :210
RATING :4/5

Tuesday, September 19, 2017

BUKU Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya PENULIS Muhammad Muhyidin PENERBIT PTS MILLENIA 2009

ULASAN BUKU (PAD BENTONG)
BUKU Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya PENULIS Muhammad Muhyidin PENERBIT PTS MILLENIA  2009

No. Perolehan : EPEL 000426
Call No : 297.54 MUH
ISBN : 9789833372287
Bahasa : Melayu
Kategori         Agama
Ulasan :
Buku Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya Mengupas tentang keberuntungan orang yang bayak Bersedekah dari berbagai cara dan manfaat yang Diperolehi kesan dari amalan mulia ini. Berbagai contoh dan kisah diperlihatkan contohnya seperti kesan kepadakehidupan manusia, alam sekitar, karier, kesihatan, kewangan dan berbagai faedah dapat kita perolehi dariamalan bersedekah. Sungguh luar biasa.Ia juga memberikan penjelasan tentang hubungkait Antara amalan sedekah dan rezeki seseorang yang mana Dapat memanjangkan usia sesorang, menghindari dari Penyakit dan menghapuskan dosa.

Judul:Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya.

Pengarang :Muhammad Muhyidin
Penerbit : PTS MILLENIA  SDN. BHD.
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 11.90
Muka Surat : 171
Rating : 4/5

Disediakan Oleh:
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan
Desa Simpang Pelangai

BUKU: UNTUK KITA PENDOSA PENGARANG HILAL ASYRAF PENERBIT PTS MILLENNIA 2013

BUKU: UNTUK KITA PENDOSA PENGARANG HILAL ASYRAF PENERBIT PTS MILLENNIA 2013

JUDUL: UNTUK KITA PENDOSA
PENGARANG: HILAL ASYRAF
PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM14.40
JUMLAH MUKA SURAT: 230

NO. PEROLEHAN: 13-003570
ISBN: 978-967-411-076-5
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN: Buku yang berjudul Untuk Kita Pendosa ini membuka cerita mengenai kisah kita sebagai seorang umat islam yang tidak terlepas dari melakukan dosa atau terpalit dari najis dosa. Namun begitu, kita masih sentiasa mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikkan dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
    Menurut buku motivasi oleh seorang hamba Allah yang bernama Hilal Asyarf, dalam penulisannya bahawa jangan sesekali kita berasa tidak mempunyai harapan. Jangan sesekali kita berasa bahawa kita diciptakan menjadi manusia yang derhaka kepada Allah s.w.t kerana kita semua mampu menjadi yang lebih baik dan tidak mustahil hati manusia tidak akan berubah.
    Pelbagai impak kepada diri kita dan juga setiap hari-hari kehidupan kita sekiranya kita masih hanyut bergelumang dengan najis dosa. Namun, kita mampu untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat keji dan perbuatan dosa ini. Perubahan boleh berlaku dalam setiap diri masing-masing tidak kira siapa pun anda setelah Allah menggerakkan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikkan, tidak akan ada sesiapa yang menjadi penghalang.
    Niat dan keazaman yang betul mampu menjadikan seseorang itu istiqamah menjadi seorang hamba yang sejati. Di sini permulaannya, membersihkan diri kita bergerak menjadi hamba yang sejati. Bumi kini semakin hari semakin tua dan goyah. Kiamat juga pasti akan muncul tiba. Marilah bersama kita berubah ke arahNya dan sentiasa terus istiqamah untuk menjadi mukmin sejati. AMIN..

Saturday, September 16, 2017

BUKU PERJALANAN ROH MANUSIA MELALUI 4 ALAM PENGARANG: MUHAMMAD BAIHAQI PENERBIT: AL-HIDAYAH PUBLICATIONS 2012

BUKU PERJALANAN ROH MANUSIA MELALUI 4 ALAM PENGARANG: MUHAMMAD BAIHAQI PENERBIT: AL-HIDAYAH PUBLICATIONS 2012

TAJUK: PERJALANAN ROH MANUSIA MELALUI 4 ALAM
NO. PEROLEHAN: DRAU 04483
NO. PANGGILAN: 297.21 PER
ISBN: 978-983-9188-31-3
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku yang bertajuk Perjalanan Roh Manusia Melalui 4 Alam yang ditulis oleh Muhammad Baihaqi mengisahkan tentang kejadian manusia dan peringkat-peringkat sebelum terjadinya manusia, seterusnya perkembangan hidup manusia mengikut peringat umur.  Penulis juga ada menceritakan perihal kewajipan manusia di muka bumi ini.  Terdapat 18 tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.  Akhir sekali, penulis menceritakan tentang kehidupan manusia di alam barzakh termasuklah bagaimana keadaan Munkar dan Nakir serta perihal azab di dalam kubur kelak.
Buku yang mempunyai 229 halaman ini amat sesuai dijadikan panduan agar para pembaca dapat muhasabah diri agar menjadi lebih baik dari hari ke hari. 

PENGARANG: MUHAMMAD BAIHAQI
PENERBIT: AL-HIDAYAH PUBLICATIONS
TAHUN TERBIT: 2012
HARGA: RM 11
MUKA SURAT: 229

DIULAS OLEH:
ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

BUKU Survavil Kit Pelajar IPT PENERBIT Mustread Sdn.Bhd 2012

BUKU Survavil Kit Pelajar IPT PENERBIT Mustread Sdn.Bhd 2012

ULASAN BUKU OGOS 2017
No Perolehan : 13-003447
ISBN: 978-967-0392-25-7
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:

Survival Kit Pelajar IPT merupakan satu perkongsian dengan para pelajar IPT mengenai kemahiran ‘celik diri’ atau ’eksplorasi diri’. Ia bertujuan untuk menggali potensi diri yang dimiliki.  Asas ini diperkukuhkan lagi dengan  pertimbangan universal tentang manusia iaitu, tidak ada seorang pun di dunia  ini yang mahu hidup susah, jiwa yang resah serta hati yang sentiasa sakit.

Secara umumnya, setiap manusia inginkan satu kehidupan yang serba sempurna,terancang dan bahagia.  Oleh yang demikian, usaha berterusan amat diperlukan supaya impian menjadi kenyataan. Justeru itu, buku ini boleh dijadikan sumber inspirasi dan maklumat. Penulisannya yang segar, ringkas dan bersahaja amat menarik untuk dibaca. Buku ini amat membantu golongan pelajar yang berada di IPT supaya impian memburu kejayaan dapat dikecapi.

Judul:  Survavil Kit Pelajar IPT
Pengarangn:
Penerbit: mustread Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 18.40
Muka surat: 276
Rating:

Di sediakan oleh :                    Disemak oleh:                       
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan                  Norkamila binti Mahmud       
Pembantu Perpustakaan                Ketua Perpustakaan Daerah       
Perpustakaan Desa Luit                         PAD Maran

Thursday, September 14, 2017

BUKU Permata Hatiku PENGARANG Aizat Hilmi PENERBIT Semangat Integrasi Enterprise 2005

BUKU Permata Hatiku PENGARANG Aizat Hilmi PENERBIT Semangat Integrasi Enterprise 2005

ULASAN BUKU OGOS 2017
No Perolehan : 14-05070
No Panggilan : FM AIZ
ISBN : 9789675463747
Kategori :  Fiskyen Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
Menceritakan seorang anak bernama Farahani iaitu anak kepada seorang Datuk Rahim dan Datin Faridah.Sejak dari kecil lagi keluarga ahli Datuk dan Datin selalu bertukar-tukar sekolah.Masalah ini adalah disebabkan oleh Datuk seringkali ditukarkan tempat kerja yang baru.Pada masa yang sama Farahani yang mengenali seorang lelaki yang bernama Pakcik Osman.Farahani sangat baik dan sangat selesa berkawan dengan Pakcik Osman tetapi Datuk dan Datin kurang selesa dan bimbang akan anaknya yang terlalu baik dan rapat dengan Pakcik Osman.Pada Suatu hari disambutan hari lahir Farahani, die terjumpa gambar mamanya iaitu gambar Datin bersama Pakcik Osman.Farahani sangat terkejut dan tertanya-tanya bagaimana mamanya boleh mengenali Pakcik Osman dan mamanya menceritakan bagaimana mamanya mengenali Pakcik Osman ini.Pada suatu hari Farahani telah diculik ketika sedang menunggu papa dan mamanya menjemput dari pulang ke sekolah.Pada masa kejadian Pakcik Osman ternampak kejadian ini dan bertindak sendirian untuk menyelamatkan Farahani.Selepas kejadian tersebut barulah Datin mengaku yang Farahani adalah anak kepada Pakcik Osman yang terpisah dari kecil dan Mamanya telah berkahwin dengan papanya iaitu Datuk Rahim.Farahani adalah anak kandung Pakcik Osman.

Judul : Permata hATIKU
Pengarang : Aizat Hilmi
Penerbit : Semangat Integrasi Enterprise
Tahun Terbit : 2005
Harga : Rm 16.80
Muka surat : 60
Rating: -

Disediakan Oleh :                            Disemak oleh :

Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah                                                    Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                         PAD Maran

Tuesday, September 12, 2017

BUKU Mr Right Berkopiah PENULIS Ain Maisarah PENERBIT Blink Book 2014

PD SIMPANG PELANGAI – BIL. 1 2017
BUKU Mr Right Berkopiah PENULIS Ain Maisarah PENERBIT Blink Book 2014

No. Perolehan : EPEL 005144
Call No : F AIN (899.2333)
ISBN : 9789670411286
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu
Ulasan :Buku Mr. Right Berkopiah mengisahkan seorang gadis Yang cantik, moden, lincah  pintardan lepas laku ketika zaman remaja. Pada usianya yang muda, beliau telah menikmati kehidupan yang bebas bermula semasa belajar
di kolej.

Judul : Mr. Right Berkopiah.
Pengarang :Ain Maisarah
Penerbit : Blink Book Sdn Bhd.
Tahun Terbit :2014
Harga : RM 20.00
Muka Surat : 430
Rating : 7/10

Disediakan Oleh :
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan
Desa Simpang Pelangai


Buku Sejarah Perguruan Malaysia Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

Buku Sejarah Perguruan Malaysia Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia 2008

ULASAN BUKU OGOS 2017
No Perolehan: DMAR 14-07799
ISBN: 987-9264-10-4
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ringkasan/ Ulasan:
Pembaca boleh mengetahui tentang Sejarah Latihan Perguruan di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah; Latihan Perguruan Berdasarkan Laporan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru dan maktab Perguruan di Malaysia. Buku ini sesuai dibaca keran buku ini mesra pembaca yang kandungannya dimuatkan dengan pelbagai dokumen dan gambar yang ebrkaitan bagi menjelaskan huraian yang diungkapkan. Penampilan buku Sejarah berbentuk baharu ini diharapkan dapat menarik minat masyarakat umum membaca dan menghargai Sejarah negara ini. 

Judul: Sejarah Perguruan Malaysia
Pengarang:
Penerbit: Kementerian Pelajaran Malaysia
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 79.20
Muka surat: 364
Rating: -

Disediakan Oleh :                    Disemak oleh :

Zaiwadi bin Awang                                             Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                      Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran                                                         PAD Maran

Monday, September 11, 2017

BUKU 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita PENERBIT Education Matters 2008

BUKU 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita PENERBIT Education Matters 2008

No Perolehan: 001432/08/PNM
ISBN: 978-983-3866-42-7
Kategori: 615.88
Ringkasan/ Ulasan
   
Buku 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita ini sangat sesuai untuk dibaca oleh kaum wanita memandangkan kaum wanita lebih cenderung dalam menguruskan rumahtangga, kesihatan seisi keluarga dan sebagainya . Didalam buku ini banyak terdapat petua-petua yang berguna. Bahan-bahannya pula mudah didapati serta banyak terdapat di persekitaran kita.
   
Koleksi petua yang terdapat didalam buku ini merangkumi petua untuk kecantikan dan kesihatan perkongsian petua-petua boleh diamalkan oleh pelbagai golongan seawal usia bayi, kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Walaupun tajuk buku ini khas untuk wanita tetapi ianya boleh digunakan oleh kaum lelaki kerana didalam buku ini terselit juga beberapa petua untuk golongan lelaki.
   
Buku 195 Koleksi Petua-Petua Untuk Wanita ini sesuai dijadikan koleksi kerana didalamnya terdapat pelbagai petua yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang.


Judul: 195 Koleksi Petua-petua Untuk Wanita
Pengarang: -
Penerbit: Education Matters Sdn Bhd.
Tahun Terbit: 2008   
Harga: RM29.90
Muka surat: 146
Rating: -

Sunday, September 10, 2017

BUKU Menu Lengkap 100 Resipi PENGARANG Suwardi M Arukin PENERBIT Grup Buku Karangkaraf 2011

BUKU Menu Lengkap 100 Resipi PENGARANG Suwardi M Arukin PENERBIT Grup Buku Karangkaraf 2011
No Perolehan: 11-02497
ISBN: 978-983-124-591-0
Kategori: 641.59595 SUW
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini memberi panduan lengkap hidangan seharian yang enak.Buku ini lengkap makanan pagi,tengahari dan malam.Resepi yang ada dalam buku ini meliputi makanan timur dan barat.Buku ini bukan sekadar menu ringan dan utama,buku ini juga menawarkan segmen khusus terhadap menu sihat dan berkhasiat tetapi tetap mengekalkan keenakan hidangan.

Lebih menarik lagi buku ini juga berkongsi idea kreatif mempelbagaikan masakan daripada lebihan nasi,lauk-pauk dan pencuci mulut.Sudah tentu kreativiti ini dapat mengelak daripada pembaziran.Pastikan anda memiliki buku ini kerana ia sungguh berbaloi dengan wang yang kita belanjakan.

Judul: Menu Lengkap 100 Resipi
Pengarang: Suwardi M.Arukin
Penerbit: Grup Buku Karangkaraf Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 25.00
Muka surat: 223
Rating: 4

BUKU: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI? PENGARANG: HAMRUDIN HAMIDI PENERBIT: MUSTREAD 2011

BUKU: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI? PENGARANG: HAMRUDIN HAMIDI PENERBIT: MUSTREAD 2011

JUDUL: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI?
PENGARANG: HAMRUDIN HAMIDI
PENERBIT: MUSTREAD SDN. BHD
TAHUN TERBIT: 2011
HARGA: RM15.92
JUMLAH MUKA SURAT: 201

NO. PEROLEHAN: 13-003418
ISBN: 978-967-5426-69-8
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: FALSAFAH DAN PSIKOLOGI

ULASAN : Dalam zaman era globalisasi ini, adakah kita pernah terlintas difikiran untuk berfikir sejenak, siapakah kita 10 tahun lagi? Pilihan semestinya ada ditangan kita, sama ada kita mahu ada peningkatan didalam hidup atau sepuluh tahun lagi kita terus-terusan berada dalam kedudukan kita sekarang.
    Seperti yang kita tahu, kita sentiasa diberikan dayung ditangan untuk kita mendayung kemana-mana yang kita suka sama ada dayung ke hulu atau berdayaung ke tengah lautan. Kita boleh menjadi sesiapa sahaja asalkan pilihan kita itu mampu untuk member manfaat kepada orang lain. Bagi seseorang yang telah banyak menggapai kejayaan dalam hidupnya, pastinya mereka tidak akan memandang kehidupan mereka setakat hari esok atau lusa sahaja, malah mereka akan memandang siapa diri mereka pada 10 tahun yang akan datang.
    Untuk menggapai sesuatu kejayaan, kita pastinya perlu mengharungi pelbagai jalan yang berliku. Malahan, untuk memperoleh kejayaan ini kita sudah tentu menghadapi pelbagai ujian yang membuat diri kita adakalanya berada diatas dan adakalanya berada jatuh dibawah. Justeru, dengan ujian sebeginilah mampu menaikkan kembali semangat dan keyakinan diri untuk membuat satu peningkatan yang lebih lagi untuk memastikan kejayaan itu berada dalam genggaman. Disamping itu juga, perlu menanamkan sifat-sifat dan nilai murni yang baik dalam diri. Kejayaan itu tidak mustahil boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, perlulah ada keyakinan diri dan semangat iltizam yang baik bagi meneliti setiap langkah dan merancang strategi yang baik untuk mencapai sesuatu kejayaan yang luar biasa. Setiap rezeki kejayaan itu adalah dari Allah s.w.t, namun usaha yang gigih amatlah diperlukan.

BUKU: EMERGENCY TAUBAT MENGAPA DAN BAGAIMANA? PENULIS:MUHAMMAD RAMZI OMAR PENERBIT: PSN Publication

BUKU: EMERGENCY TAUBAT MENGAPA DAN BAGAIMANA? PENULIS:MUHAMMAD RAMZI OMAR PENERBIT: PSN Publication

Buku EMERGENCY TAUBAT MENGAPA DAN BAGAIMANA? ini merupakan saringan kitab Ihya’ Ulumiddin tulisan Imam al-Ghazali. Dalam buku ini  Imam al-Ghazali menerangkan hakikat taubat yang kewajipannya meliputi semua orang dan keadaan.

Sekiranya taubat  dilaksanakan dengan sempurna sudah tentu taubat itu diterimanya. Selain itu,sebab-sebab yang mewajibkan taubat,pembahagian dosa besar dan dosa kecil,dosa yang berkaitan dengan manusia dan yang berkaitan dengan Allah SWT turut diceritakan dalam buku ini.

Buku ini juga menjelaskan syarat-syarat taubat dan kekekalannya,kaedah menebus apa-apa yang telah luput kembali,kaedah mengkifaratkan dosa,faktor yang mendorong manusia bertaubat  dan cara untuk merungkaikan kekekalan membuat dosa.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan dan bimbingan mengenai taubat supaya kita sentiasa hidup dalam diredhai Allah SWT kerana pintu taubat sentiasa terbuka sebelum tibanya ajal.

PENULIS:MUHAMMAD RAMZI OMAR
PENERBIT :PSN Publication Sdn.Bhd
TAHUN TERBITAN:2014
JUMLAH MUKA SURAT:270
HARGA:RM 28.00
NO PEROLEHAN:297.22  MUH
NO ISBN: 978 967 11599 3 4

Disediakan Oleh:
Farah Naz Alia Rosli
Pembantu Perpustakaan
Pd Muadzam Shah

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Saturday, September 9, 2017

BUKU Ikan Air Tawar Resepi Warisan Turun Temurun PENGARANG Chef Hanieliza PENERBIT PTS Millennia 2013

BUKU Ikan Air Tawar Resepi Warisan Turun Temurun PENGARANG Chef Hanieliza PENERBIT PTS Millennia 2013

No Perolehan: 13-003561
ISBN:  978-976-411-091-8
Kategori: 641.5
Ringkasan/ Ulasan

Buku Masakan Ikan Air Tawar ini di tulis oleh penulis buku resepi yang aktif Chef Hanieliza, di mana buku ini menghidangkan resepi turun temurun orang melayu sejak zaman berzaman lagi.
Namun sesepi yang terdapat di dalam buku ini mudah untuk dipelajari oleh kaum wanita dan ibu-ibu khususnya untuk mereka yng mahukan kelainan dalam sajian harian keluarga mereka.

Terdapat 23 jenis resepi yang berasaskan ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan tilapia,ikan haruan dan lain-lain lagi beserta dengan foto-foto yang menarik untuk menarik minat kaum wanita untuk membeli buku ini dan mencuba resepi-resepi yang terdapat di dalam buku tersebut.

Judul: Ikan Air Tawar Resepi Warisan Turun Temurun
Pengarang: Chef Hanieliza
Penerbit: PTS Millennia
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM4.40
Muka surat: 48
Rating: 4

Friday, September 8, 2017

BUKU 100 Best Fresh Soups PENERBIT Parragon Books Ltd 2010

BUKU 100 Best Fresh Soups PENERBIT Parragon Books Ltd 2010

No Perolehan: 11 - 001592
ISBN: 978-1-4454-0384-7
Kategori: 640.15 BES
Ringkasan/ Ulasan
This book very amazing to celebration of great homemade soup. There are simple everyday soups made from staple ingredients, many of which are a meal in themselves, as well as light and refreshing broths and comforting chowders.
The contents have many kinds of soup from classic soups, hearty soups, spicy soups, light and refreshing soups until luxury soups. The illustrations and picture are more awesome and delicious. Also with the simple step-by-step instructions.
Everyone can try more recipes from this book because it’s very amazing and simple homemade soup because using exciting ingredients from all over the world that are now readily available. This book is a pleasure to use and an indispensable volume in any cook’s kitchen.

Judul: 100 Best Fresh Soups
Pengarang: -
Penerbit: Parragon Books Ltd.
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM29.90
Muka surat: 222
Rating: 4

KONVOI KEMERDEKAAN PPAP 2017

Pada 7hb September 2017 bersempena permulaan operasi perpustakaan di bangunan baru PPAP Konvoi Kemerdekaan dari perpustakaan seluruh negeri Pahang telah tiba. Konvoi ini disertai oleh seramai 57 orang dan 16 buah kenderaan. Menyambut ketibaan konvoi ini adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah Jaafar dengan diiringi oleh Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Desa Kuantan. Turut menyambut adalah peserta Khemah Membaca bagi Tokoh Nilam Peringkat Negeri Pahang.

Turut serta dalam Konvoi Kemerdekaan PPAP 2017  adalah:

Encik Muhammad Nooramin bin Mohd Hassan
Ketua Perpustakaan Daerah Bentong

Puan Norizan Abdullah
Ketua Perpustakaan Daerah Jerantut

Puan Zulaiha Binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah Temerloh

Encik Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

Puan Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Encik Muhamad Radzi b Ibrahim
Ketua Perpustakaan Daerah Lipis

Encik Azmi b Haji Ahmad
Ketua Perpustakaan Cawangan Jengka

Puan Faridah bt Jusoh
Penyelia Zon 1 Kuantan

Puan Suraya Bt Sulaiman @ Abd Kari
Penyelia Zon 2 Temerloh

Encik Zulkifli b Mohd Ali
Penyelia Zon 7 Pekan
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 12
 13
14

Tuesday, September 5, 2017

BUKU Rebab Bertali Tiga PENULIS Aripin Said PENERBIT Dewan Bahasa dan Pustaka 1998

ULASAN BUKU APRIL 2017
BUKU Rebab Bertali Tiga PENULIS Aripin Said PENERBIT Dewan Bahasa dan Pustaka 1998

No Perolehan : 98-07200
No Panggilan : F ARI
ISBN : 983-62-5983-X
Kategori :  Fiskyen Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Cerita ini menceritakan kisah tentang seseorang pemuda yang bermimpi  akan seseorang yang bernama Pak Doman.Pak Doman datang dengan memakai jubah bewarna putih serta berserban putih manakala janggutnya panjang hingga ke paras dada yang juga semuanya telah putih.Air mukanya yang sangat jernih dan beliau sentiasa tersenyum.Dalam mimpinya itu Pak Doman mengajar bagaimana cara-cara untuk menggesek rebab dan bagaimana cara menyanyikan lagu zikir namun pemuda ini tidak pernah menceritakan pada orang lain mengenai mimpi yang dia telah alami ini.Namun begitu rebab bertali tiga itu adalah kepunyaan Pak Doman.Pak Doman telah menghadiahkan pada beliau sebelum beliau pergi ke Makkah.

Judul : Rebab Bertali Tiga
Pengarang : Aripin Said
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
Tahun Terbit : 1998
Harga :
Muka surat : 141
Rating: -

Disediakan Oleh :                       Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah                                                   Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                                    Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                     PAD Maran

Monday, September 4, 2017

BUKU Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak PENGARANG Raisya Maula Ibnu Rusyd PENERBIT Al Hidayah 2012

BUKU Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak PENGARANG Raisya Maula Ibnu Rusyd PENERBIT Al Hidayah 2012

No Perolehan: DCAM 03617
ISBN: 9789670267500
Kategori: 297.577
Ringkasan/ Ulasan: Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
Buku ini membahaskan kesalahan ibu bapa dalm mendidik anak-anak. Terdapat dua bentuk kederhakaan atau dosa-dosa  orang tua terhadap anak iaitu kekerasan secara psikologi dan emosi, secara fizikal. Kedua bentuk  kederhakaan ini memberi impak yang sangat buruk terhadap fizikal dan psikologi seorang anak. Akibatnya, perkembangan dan pertumbuhan anak serta kekerasan menjadi tidak normal. Dua jenis dosa inilah yang  dibahas secara menyeluruh dalam buku ini. Orang tua yang bijaksana adalah yang orang tua yang tidak melepaskan atau melalaikan semua tangungjawabnya yang harus dipikul dalam rumahtangga, terutama dalam hal mendidik dan membimbing  anak menuju jalan yang lurus. Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak- anak dengan cara yang  betul dan mengetahui kelemahan dan kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa. Dengan mengetahui kesalahan ini mudah untuk kita menghindarinya

Judul: Kesalahan Dalam Mendidik Ibu Bapa Anak
Pengarang: Raisya Maula Ibnu Rusyd
Penerbit: Al-Hidayah
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM14.00
Muka surat: 201
Rating: 5

Disediakan oleh
ROSNIZA BT ELIAS

Friday, September 1, 2017

KHEMAH MEMBACA BAGI TOKOH NILAM NEGERI PAHANG DAN KONVOI KEMERDEKAAN PPAP 2017

Program: KHEMAH MEMBACA BAGI TOKOH NILAM NEGERI PAHANG DAN KONVOI KEMERDEKAAN PPAP 2017

Tarikh: 7 September 2017 (Khamis)
Masa: 11.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

ATURCARA

11.00 pagi 
- Kenali Perpustakaan

11.30 pagi 
- Literasi Digital (Guru-guru)
- Jom Kenali Literasi Digital (pelajar sekolah menengah)
- jejak maklumat (Pelajar sekolah rendah)

12.40 tengahari
- Ketibaan Konvoi Kemerdekaan PPAP 2017 dari daerah Bentong, Temerloh, Maran dan Pekan.

1.00 tengahari
Rehat/Solat

2.30 petang
- Petrosains Playsmart (Peserta Khemah Membaca Bagi Tokoh Nilam Negeri Pahang)
- 'Library Tour' (Peserta Konvoi Kemerdekaan PPAP 2017)

5.00 petang
Bersurai

Buku MENYUSU SI PERMATA HATI Editor Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia

Buku MENYUSU SI PERMATA HATI EDITOR Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia

Buku ini adalah panduan bagi para ibu dan bakal ibu yang ingin menyusukan bayi secara eksklusif . Penyampaian yang ringkas dan mudah difahami menjadikan buku ini sesuai dijadikan rujukan. Isi kandungannya berdasarkan pengalaman para ibu dalam menjalani rutin kehidupan bersama dengan bayi dari saat persediaan menanti kelahiran sehinggalah pengurusan bayi setelah lahir. Buku ini banyak membantu para ibu yang betul-betul serius untuk menyusukan bayi dengan jayanya.

Bukan mudah untuk menjadi ibu yang betul-betul berjaya menyusukan bayi mereka secara eksklusif terutamanya kepada mereka yang baharu sahaja melahirkan anak pertama. Kurangnya pengalaman dan pengetahuan akan membantutkan usaha ke arah tersebut.

Oleh itu, memiliki buku ini penting kerana segala permasalahan diceritakan berdasarkan pengalaman para ibu dan boleh dijadikan rujukan dalam menjayakan penyusuan. Melalui buku ini, kita boleh belajar untuk mengendalikan bayi, kaedah penyusuan, dan kerjaya bagi ibu yang kembali bertugas setelah habis pantang tanpa perlu menghentikan proses penyusuan susu ibu.

Editor: Intan Nazrahayu Nasir
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
No Panggilan: 649.33
Harga: RM22.50

Disediakan Oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

DIBUKA UNTUK BACAAN DALAMAN

MAKLUMAN
Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting Kuantan
Telah Dibuka Pada

5hb September 2017

Bahagian yang dibuka untuk kunjungan umum adalah

1. KANAK-KANAK
2. FIKSYEN
3. PINJAMAN UMUM
4. PUSAT WARISAN INTELEK NEGERI

Hanya untuk bacaan dalaman sahaja yang dibenarkan pada masa ini.

WAKTU OPERASi
Isnin-Jumaat 9 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat Jumaat 12 tengahari hinggan 2.30 petang