Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Siti Norbaya Zainal. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Siti Norbaya Zainal. Show all posts

Thursday, November 5, 2020

BUKU: SIRI MENITI TANGGA KEJAYAAN: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT

BUKU: SIRI MENITI TANGGA KEJAYAAN: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT

JUDUL: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT / PENGARANG: MENGHADAPI POLITIK PEJABAT/ PENTERJEMAHAN OLEH: TI LIAN CHEONG / PENERBIT: UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN. BHD. / TAHUN TERBIT: 2008 / HARGA: RM8.00 / JUMLAH MUKA SURAT: 88 / ISBN: 978-967-61-2115-0 / BAHASA: BAHASA MELAYU / KATEGORI: FIKSYEN DEWASA

ULASAN : Buku cerita ini berjudul Menghadapi Politik Pejabat. Didalam sesebuah organisasi pasti akan ada berlakunya pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi oleh setiap pekerja. Namun, bagaimanakah untuk tanganai masalah apabila berhadapan dengan pilitik pejabat?

Disini, buku ini ada berkongsi tips atau kefahaman tentang bagaimana hendak mengurus sesuatu situasi yang dimana dari berfikiran negatif akan beransur menjadi ke arah positif. Alangkah indahnya kehidupan sekiranya dapat berkhidmat di tempat kerja tanpa bimbang tentang orang lain dan apa yang mereka sedang lakukan. Akan tetapi, setiap orang mempunyai jalinan hubungan di seluruh organisasi. Sekiranya tidak dapat menanganinya dengan baik, ia mungkin akan mendatangkan masalah dalam kerjaya. Penting untuk mengenal dan faham situasi di kawasan tempat kerja dengan baik.

Sekiranya terlibat dalam suasana politik yang teruk, adalah lebih baik sekira ianya dapat diurus melalui saluran yang betul bagi mengelak daripada terus terjerumus ke dalam gejala ini. Sekiranya situasi ini melibatkan rakan sekerja minta nasihat ketua dan jelaskan setiap masalh serta minta nasihatnya tentang apa yang harus dilakukan selanjutnya.

Selain itu, bina hubungan dengan baik dan cari kaedah untuk menyumbang kemahiran serta pendapat yang akan dighargai oleh orang lain. Dengan cara seperti ini mereka akan menghormati, seterusnya membolehkan diri kita lebih maju dan menyerlahkan kebolehan diri. Sekiranya berada dalam organisai besar tetapi hendak mengelak daripada terlibat dengan politik dalam kerjaya, mungkin perlu ubah keadaan sekeliling tanpa meninggalkan organisasi tersebut. Unit yang lebih kecil biasanya mempunyai struktur lebih mudah dan kurang politik berbdanding dengan unit yang besar.

Namun, menonjolkan imej yang positif sangat berguna dalam kehidupan, terutamanya ditempat kerja. Walaupun ia memerlukan pemikiran yang mendalam, motivasi dan kesedaran diri, ia perlu dilatih supaya kita dapat berkomunikasi dengan baik, member motivasi kepada orang lain, mewujudkan suasana yang harmoni serta dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik.

Kesimpulannya, setiap masalah itu sama ada ditempat kerja mahupun diluar adalah bergantung kepada cara kita untuk menanganinya dengan baik. Tidak perlu tindakan yang drastik atau tergesa-gesa, fahami situasi, motivasi diri, lakukan perubahan demi perubahan secara positif, pasti akan menjadikan setiap masalah dan politik kerja itu diatasi dengan baik dan teratur. Tanamkan dalam diri untuk tidak terlibat dalam politik di tempat kerja malah, sentiasa niat dalam diri untuk sentiasa menghasilkan kualiti kerja yang baik agar menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya.

BUKU: SIRI SINARAN NILAI MURNI. KASIH SAYANG YANG TERINDAH

BUKU: SIRI SINARAN NILAI MURNI. KASIH SAYANG YANG TERINDAH

JUDUL: KASIH SAYANG YANG TERINDAH / PENGARANG: NOR ASLINA MAMAT / PENERBIT: MINDAMAX SDN.BHD. / TAHUN TERBIT: 2014 / HARGA: RM7.10 / JUMLAH MUKA SURAT: 32 / ISBN: 978-967-11349-5- / BAHASA: BAHASA MELAYU / KATEGORI: FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK

ULASAN : Buku cerita ini berjudul Kasih Sayang yang Terindah. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang serba kesusahan. Didalam sebuah keluarga yang mempunya dua orang adik beradik iaitu Syahir dan kakaknya. Mereka tinggal bersama ibunya yang bertungkus lumus untuk menyara kehidupan mereka dengan penuh kasih sayang

Syahir seorang anak yang degil dan tidak mendengar kata. Dia selalu datang lewat ke sekolah dan mempunyai keputusan yang teruk dalam peperiksaan. Ibunya sering bersedih dan kecewa dengan sikapnya, namun seorang ibu tidak mampu untuk menutup kasih sayang terhadap anaknya. Ibunya sering berusaha untuk memenuhi kehendak Syahir biarpun Syahir seringkali mengecewakannya.

Sikapnya itu juga menyebabkan kakaknya sering memarahi dan menasihatinya agar tidak berkelakuan sebagitu. Namun, Syahir sedikitpun tidak mengendahkannya malah lagi melawan kata-kata kakaknya. Kakaknya kasihan melihat ibu bersedih tetapi apa lagi yang harus dilakukan kakaknya untuk menyedarkan Syahir yang begitu keras kepala. Ibunya tetap tenang dengan sikap Syahir dan sentiasa berdoa agar Syahir berlembut hati dan berubah suatu hari nanti.

Pada suatu malam, hari sudah semakin lewat Syahir bergegas-gegas mahu keluar berjumpa rakannya. Ibu dan kakaknya cuba menghalang dan menasihatinya namun Syahir tidak peduli sama sekali. Malam itu juga mereka mendapat berita Syahir kemalangan jalanraya akibat daripada berlumba motorsikal bersama rakannya dan terlantar dihopital.

Sesampai ibunya dihospital memeluk erat Syahir yang terlantar diatas atas sambil menangis teresak mengenangkan nasib anakn ya itu. Setelah sedar Syahir mengenggam tangan ibunya dan memohon maaf diatas kekhilafan dan sikapnya selama ini. Syahir berasa insaf dan mahu berubah menjadi manusia yang berguna serta berbakti kepada org tua nya. Akhirnya, Syahir teruskan menuntut ilmu dan kini dia telah menyambung pengajiannya ke Jordan. Hari demi hari ibunya tidak sabar menanti kepulangan Syahir ke rumah setelah tamat tempoh pengajiannya.