Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Minat Membaca. Show all posts
Showing posts with label Minat Membaca. Show all posts

Sunday, February 26, 2017

MOH SIHAT MOH KURUS, JOM SIHAT JOM KURUS dan NAK SIHAT NAK KURUS kita JOM BACA JOM KE PERPUSTAKAAN JOM CARI ILMU

Bila negara semakin maju. Orang makin ramai sakit kerana penyakit sudah makin bijak menyerang mangsanya. Kerajaan menyediakan pelbagai keadah untuk mendapatkan rawatan. Ada pusat penyelidikan. Ada hospital kerajaan, Ada poliklinik. Ada Klinik Desa Ada Klinik Bergerak dan ada Klinik 1Malaysia. Ekonomi semakin maju dan pendapat makin meningkat. Makin ramai merasakan layak mendapat perubatan yang lebih baik, lebih cepat, lebih kepakaran dan lebih maju teknologi. Kos perubatan makin meningkat.Klinik dan hospital swasta makin banyak. Malah pusat latihan perubatan swasta juga makin mendapat sambutan.

Kurus dan gemuk telah menjadi satu perkataan yang amat sensitif pada masa-masa sebelum ini, ia boleh buat orang suka atau marah. Tetapi bukan semua orang ambil peduli samada dia kurus atau gemuk, dia sihat atau sakit.

Dahulu orang selalu sebut orang gemuk orang sihat dan orang kurus orang sakit. Tetapi sebenarnya tak ada beza. Penyakit akan menyerang mangsanya tanpa si mangsa sedar. Tanpa mengira sang kurus atau sang gemuk. Kadang-kadang penyakit tersebut telah dihidapi telah bertahun-tahun. Sang penyakit sanggup duduk diam-diam dalam badan sang gemuk atau sang kurus sebelum menumbangkan si mangsa.

Akhirnya timbullah kesedaran untuk JOM SIHAT untuk orang kurus dan JOM KURUS untuk orang gemuk. Malah ada pelbagai usahawan mendapat peluang perniagaan dari harsat masyarakat yang terdesak NAK SIHAT NAK KURUS. Keluar juga bermacam-macam tip dan petua untuk kurus dan sihat dengan cepat. Keluar macam-macam cogankata.

Keinginan ini jadi wabak macam skim cepat kaya. Ramai orang tahu bahawa mereka boleh tertipu melalui skim cepat kaya. Tetapi masih ramai yang ingin mempertaruhkan duit simpanan malah membuat pinjaman. Begitulah juga cengan wabak nak sihat nak kurus.

Bagi memulakan misi MOH SIHAT MOH KURUS ianya perlu bermula dengan mencari maklumat tentang:
Kenapa perlu SIHAT DAN KURUS.
Siapa yang boleh membantu untuk SIHAT DAN KURUS
Bagaimanakan caranya untuk SIHAT DAN KURUS
Bila perlu dibuat untuk SIHAT DAN KURUS.
Apa yang perlu dibuat untuk SIHAT DAN KURUS

Amat perlu untuk kita mendapatkan maklumat asas mengenai SIHAT DAN KURUS supaya kita tidak terjebak dalam ajaran sesat nak sihat nak kurus ini. Apakah istilah-istilah penting yang kita perlu tahu. Kenapa istilah yang sama boleh digunakan untuk perkara yang berbeza atau istilah yang berbeza digunakan pada perkara yang sama.

Satu perkara yang kita tidak disedarkan adalah JOM KURUS JOM SIHAT adalah kesinambungan dari JOM NGAJI JOM PUASA.
JOM NGAJI maksudnya telah dinyatakan dalam Al-Quran tujuan kita hidup. Tetapi masih ada yang memilih cogankata Hidup Kerana Makan. Bukan Hidup Kerana Allah.

JOM PUASA pula bermaksud tiap tiap tahun selama sebulan kita akan diajar (dipaksa atau diwajibkan) untuk tidak makan disiang harinya dan menambah ibadat dimalam harinya. Tetapi masih ramai yang puasa kerana orang lain puasa dan masa berbuka adalah masa makan sepuas-puasnya.

Kepada sesiapa:
Yang TELAH memulakan JOM KURUS JOM SIHAT
Yang SEDANG menjalankan JOM KURUS JOM SIHAT
Yang SUDAH siap JOM KURUS JOM SIHAT atau
Yang KECIWA dengan JOM KURUS JOM SIHAT.
Kita mulakan dengan mencari maklumat di perpustakaan daerah atau perpustakaan desa dinegeri Pahang. Kita cari sendiri. Jangan minta-minta. Jangan malas-malas. Dengan harapan supaya Allah berikan hidayah supaya kita jumpa jawapannya.

MOH SIHAT MOH KURUS,
JOM SIHAT JOM KURUS dan
NAK SIHAT NAK KURUS kita
JOM BACA JOM KE PERPUSTAKAAN JOM CARI ILMU

Thursday, November 21, 2013

Budaya Membaca di Korea Merosot

Rakyat Korea tidak suka membaca buku-buku. Rakyat Korea tidak suka membaca surat khabar. Kerana Rakyat Korea suka tengok filem.

Inilah cakap-cakap mereka yang terlibat dalam industri buku kerana industri buku di Korea sedang menghampiri saat-saat nazak dan dijangkakan akan berkubur. Ini kerana minat membaca semakin pudar ditambah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea, kira-kira 94 peratus daripada 42157 penerbit di negara Korea telah gagal menerbitkan buku baru pada tahun 2012. Keadaan ini terjadi apabila pembelian buku jatuh ke tahap paling rendah dalam dekad ini.

Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea belum dapat mengeluarkan statistik untuk tahun 2013. Tetapi ianya dijangkakan ada sedikit peningkatan.

Dalam keadaan kebanyakan syarikat berkaitan buku menghadapi kerugian tetapi perkara sebaliknya berlaku kepada Kedai Buku Terpakai Aladin


Sumber gambar: http://visitkoreatown.org/olympic-aladdin-korean-book-store/

Aladin yang mula beroperasi pada tahun 2011, telah memiliki 16 buah kedai buku terpakai termasuk di Amerika Syarikat.

Kejayaan Aladin ini telah mendapat kritikan hebar dari orang-orang industri buku. Aladin telah menyebabkan persaingan harga yang tidak sihat untuk industri buku.

Ada penerbit telah meletakkan sebahagian besar  stok simpanan buku baru mereka di Aladin. Aladin telah menjual buku-buku tersebut dengan harga 50% lebih rendah dari harga pasaran.

Tetapi Pengurus Pemasaran Aladin Kim Seong Dong meredakan kebimbangan mereka dengan mengatakan bahawa buku baru yang berusia enam bulan hanya mewakili 2 % sahaja dari jumlah stok mereka.

Apabila difikirkan kejayaan Aladin dalam penjualan buku-buku terpakai ini menunjukkan minat membaca masih teguh di Korea. Masyarakat tidak terus tertarik kepada buku-buku baru. Adakalanya buku-buku yang telah lama terbit mempunyai maklumat dan nilai yang lebih diperlukan oleh pembaca.

Dari sudut ini kita tidak boleh menilai tahap minat membaca berdasarkan pembelian buku-buku baru. Statistik keahlian dan pinjaman buku di perpustakaan awam dan perpustakaan desa perlu juga diambil kira bagi menentukan tahap minat membaca.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa statistik sahaja tidak membawa banyak makna kepada penilian terhadap tahap minat membaca. Kerana ia hanya memberikan nombor sahaja tetapi tidak menunjukkan aliran minat tersebut dalam buku apa yang dibaca.