Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, September 22, 2020

Top Locations

Malaysia 341K

United States 53K

Russia 29.7K

Indonesia 8.44K

Germany 7K

Singapore 4.45K

Ukraine 3.98K

Romania 3.49K

India 2.97K

Other 35.6K

BUKU INDAHNYA PULAU SIPADAN / DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA / 2014

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2020. BUKU INDAHNYA PULAU SIPADAN / DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA / 2014

BUKU:  INDAHNYA PULAU SIPADAN

PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TAHUN TERBIT:  2014. HARGA:  RM 8.00. MUKA SURAT:  24

BULAN BACAAN:  SEPTEMBER 2020

NO. ISBN:  978-983-46-1933-6

ULASAN: Buku ini mengisahkan percutian dan pengalaman Amarul bercuti bersama bapanya.  Mereka bercuti di Pulau Sipadan.  Pulau Sipadan terletak di Sabah yang memang terkenal dengan keindahannya. 

Bapanya mengajak Amarul bersnorkel tetapi Amarul tidak mahu kerana tidak pandai berenang dan tidak suka air. Terjadi sesuatu yang aneh kepada Amarul sewaktu Amarul sedang tidur dan apabila terjaga dari tidur Amarul menjadi begitu bersemangat untuk mengikuti bapanya bersnokel. 

Amarul tidak mahu melepaskan peluang untuk menyelam ke dasar laut.  Sama-samalah kita membaca buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Diulas oleh : Irena Binti Hassan. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Desa Kg Seri Mahkota

Disemak oleh : Ahmad Aziddin B Ahmad. Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan


BUAT DUIT DENGAN HARTANAH / MOHD SAFUAN BIN ABD RAHMAN / QAISER VENTURES ENT. / 2014

BUKU BUAT DUIT DENGAN HARTANAH / MOHD SAFUAN BIN ABD RAHMAN / QAISER VENTURES ENT. / 2014

NOMBOR PANGGILAN: 332.6324 MOH. ISBN: 9789671246320. BAHASA: MALAYSIA. KATEGORI: SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN: Dalam mengharungi kos kehidupan yang kian meningkat, saban hari kita memerlukan semakin banyak wang untuk memenuhi keperluan seharian.  Bagi mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh tidak begitu merasai bebanan. Untuk tujuan mendapt pendapatan yang boleh memenuhi keperluan kewangan anda pengarang mempersembahkan buku ini sebagai solution atau katakunci.  Pengarang menitipkan ilmu untuk menjana pendapatan tidak kira ia akan dilakukan sebagai kegiatan sampingan selain kerja utama dan menghasilkan side income. 

Bahagian awal buku ini pengarang memberi kefahaman mengenai definisi hartanah.  Hartanah adalah sesuatu yang amat bernilai dan wajar dimiliki oleh sesiapa sebagai asset di dalam hidup ini.  Ia boleh dijadikan sebagai pelaburan atau simpanan yang tinggi nilainya.  Pengaran memberi lebih tumpuan dalam hartanah rumah.  Ini kerana permintaan melebihi dari penawaran.  Pun begitu untuk terjun ke dalam bidang ini  mermerlukan MODAL BIARPUN TIDAK BANYAK.

Selok belok ilmu membeli hartanah iaitu pejabat daerah dan tanah, pejabat tanah dan galian,  pihak guaman, menyemak status hartanah melalui carian rasmi, dan urusan berkaitan. Hartanah lelong yang diwartakan menjadi pilihan kerana sebutharga di bawah nilai tertinggi pasaran semasa. Tidak ketinggalan networking dengan broker atau ejen hartanah lain dalam mendapat pandangan yang jelas dan jitu bagi mengelakkan kerugian atau memaksimakan keuntungan.  System perundangan juga perlu dikaji kerana ada hartanah yang tidak boleh ditukar milik dalam tempoh tertentu.  

Antara cara membuat duit melalui hartanah ialah dengan cara flipping rumah lelong.  Melakukan ubahsuai dan baikpulih untuk mendapat harga yang tinggi selepas ditolak kos pembaikan atau hartanah ini disewakan atau dijual.

Penerbit:  QAISER VENTURES ENT.

Tahun Terbit:  2014

Mukasurat:  132

Rating: 8/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

[abangensem] [goodreads] [shopee]

BUKU ISU-ISU ALAM SEKITAR DEKAD 90AN / KHOR KOK PENG

Ulasan Buku, Ulasan Buku 2020, Ulasan Buku 2020 Alam Sekitar, Ulasan Buku 2020 Juriah Mohamed, Ulasan Buku PAD Bentong 2020,

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 10/2020. BUKU ISU-ISU ALAM SEKITAR DEKAD 90AN / KHOR KOK PENG

NOMBOR PANGGILAN:  363.7. ISBN:  983-104-013-9. BAHASA:  MALAYSIAKATEGORI:  SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN: Buku ini membincangkan secara terperinci mengenai setiap kes pencemaran yang terjadi, ia dapat memberi pencerahan yang diharapkan. Sedikit sebanyak ia menyentuh peranan manusia dalam mengembalikan kelastarian alam.  Pertembungan silang Antara pembangunan dan kemusnahan serta pencemaran alam sekitar dapat diatasi dengan teknologi dari Negara-negara maju.  Namun terdapat halangan-halangan yang ketat di bawah peruntukan Hak Harta Intelektual (IPR) dalam Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT).

Pengarang memaparkan lima belas artikel untuk pembaca. Berikut Antara tajuk tersebut ialah

1.Krisis ekologi terus berlarutan

2.Perdebatan isu perubahan cuaca.  Amerika Syarikat berdolak-dalik

3.Negara-negara maju haling pemindahan teknologi ke Selatan

4.Krisis air dunia semakin meruncing

5.Perlombongan burukkan lagi masalah alam sekitar dan social

6.Negara Asia Selatan kerugian US$10 bilion setahun 

7.Jerebu landa Negara

8.Kaedah pertanian perlu disemak

9.Beralih kepada pertanian organic

10.Kuman kebal kepad ubatan

11.Kebimbangan terhadap gen ganjil 

12.Kemunculan penyakit baru membimbangkan 

13.Kepahitan di sebalik paten ubatan

14.Keriuhan isu paten haiwan

15.Klon biri-biri cetuskan debat etika.

Isu-isu yang diketengahkan masih relevan dengan keadaan semasa.  Bagi pelajar buku ini sesuai sebagai bahan rujukan.  Adalah diharapkan agar selepas membaca buku ini kesedaran terhadap pentingnya menjaga alam sekitar untuk meningkatkan kualiti kehidupan.  Buku ini memberi isyarat betapa bahaya jika kemusnahan ekologi yang disebabkan oleh manusia, kemusnahan itu akan kembali melanda  kehidupan manusia bagai ombak tsunami.  Bersabatlah dengan alam kerana kita adalah sebahagian dari isi alam itu sendiri.  Dalam menyediakan pembangunan untuk meningkatkan kualiti kehidupan isu alam sekitar haruslah diutamakan. 

Pengarang:  KHOR KOK PENG

Penerbit:  PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG

Tahun Terbit:  

Mukasurat:  141

Rating:  9/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

BUKU SAMPAI BILA MAKAN GAJI? / MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN / 2016

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 9/2020. BUKU SAMPAI BILA MAKAN GAJI? / MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN / 2016

NOMBOR PANGGILAN:  153.8. ISBN:  9789675994524. BAHASA:  MALAYSIA. KATEGORI:  FALSAFAH DAN PSIKOLOGI

ULASAN: Pekerjaan makan gaji atau berkerja dengan majikan bererti mendapat gaji di hujung bulan.  Pendapatan untuk menyara keluarga tidak mencukupi kerana kos kehidupan yang meningkat.  Mungkin seseorang itu boleh menambah pendapatan dengan melakukan kerja lebih masa atau over time.  Bekerja part time pada waktu malam juga menjadi pilihan.  Namun itu dikira memeras tenaga tetapi hasilnya masih tidak mencukupi.  

Seperti kebanyakkan buku-buku motivasi, buku ini juga menyajikan pencerahan terhadap orang-orang yang mengalami situasi yang tidak begitu mewah dan lumayan pendapatan yang mereka perolehi.  Bagaimana mahu mencari penawar jika penyakitnya tidak dikenal pasti terlebih dahulu.  Malah punca sebenar penyakit itu lebih elok untuk diberi penekanan untuk dihapuskan agar ia tidak merebak bagai barah di dalam hati sanubari penghidapnya.  Melihat dari tajuknya kita dapat menelah bahawa ini adalah jajaran nasihat kepada mereka yang mempunyai kerjaya, berkerja dengan majikan atau lebih tepat bekerja dengan orang lain.

Pengarang mengajak pembaca untuk bangkit dan mengatur langkah dalam mencari rezeki lumayan seperti yang disarankan oleh agama Islam iatu berniaga.  Terdapat 10 sebab mengapa perlu menceburkan diri dalam perniagaan.  Antaranya ialah living cost yang tinggi, menyukai barangan branded atau berjenama,, pendidikan dan masa depan anak, persediaan untuk kemungkinan suami sakit atau meninggal, sampai bila makan gaji ,tidak mempunyai saving atau simpanan, masa bersama keluarga, mengubah masa depan generasi, glamour atau kemasyhuran.

Pengarang turut memberi pencerahan bagaimana menentukan perniagaan terbaik untuk anda.  Factor penting yang mendorong anda menjadi usahawan antaranya ialah mencari pendapatan untuk menyara hidup, mencontohi sunnah Nabi, menjadikan kekayaan satu keperluan, menjadi terkenal dan dihormati, bertanggungjawab untuk melahirkan usahawan baru, menyumbang kepada pendapatan Negara, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, manipulasi teknologi semasa, mengurang kadar kemiskinan, menguasai ekonomi dan memecah monopoli serta menaiktaraf kualiti kehidupan.

Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang keusahawanan buku ini boleh memberi seba sedikit panduan kearah menjadi usahawan yang berjaya.

Buku:  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 9/2020

Pengarang:  MEJAR [B] MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN

Tahun Terbit:  CETAKAN PERTAMA MEI 2016

Rating: 6/10

Disediakan oleh:  Juriah bt Mohamed

[shopee]

Buku APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL8/2020. Buku Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 8/2020. APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009

NOMBOR PANGGILAN:  297.44. ISBN:  9789675137044. BAHASA:  MALAYSIA. KATEGORI:  AGAMA

Islam adalah agama syumul yang memberikan garis panduan yang lengkap untuk penganutnya melayari kehidupan.  Ini termasuklah garis panduan dalam hubungan sosial.  Hubungan sosial yang dimaksudkan di sini ialah hubungan antara manusia dan manusia lain dan kemanusiaan.

Hubungan sosial ini adalah bertujuan menlidungi diri, mengangkat martabat dan memuliakan, tidak mengundang aib, menjaga hubungan sesama insan,dan menjaga fikrah manusia itu sendiri.  Penulis turut menitipkan dalil-dalil syarak yang berkaitan serta menghuraikan latar belakang dalil tersebut.

Sebermula dengan proses kelahiran manusia itu sendiri hinggalah mencapai usia dewasa dan memikul tanggungjawab dakwah terhadap diri, keluarga dan komuniti di sekitarnya.  Setelah kelahiran seorang bayi ke dunia diriringi lafaz azan di telinga kanak-kanak tersebut yang mempunyai tujuan antara lain supaya perkataan ALLAH adalah menjadi perkataan yang pertama dan terakhir dilafazkan terhadapnya.  Ini juga bertujuan agar syaitan menjauhi dan tidak mendekati kanak-kanak tersebut sentiasa dalam perlindungan ALLAH.

Islam turut menitik beratkan hak-hak umatnya tanpa mengira rakyat marhain atau pemimpin.  Semuanya mempunyai hak yang dilinduingi dan telah dijelaskan sebagai panduan agar tiada pihak yang merasa dirinya teraniaya. Buku ini turut memberi solusi bagaimana bentuk perdamaian dengan orang bukan islam.  Hak-hak orang bukan islam berdamai dengan orang islam. Hak dan kebebasan berpolitik, hak dan persamaan dalam undang-undang, hak dan kebebasan social, hak dan kebebasan ekonomi, hak dan kebebasan belajar, hak dan kebebasan berfikir, hak dan kebebasan tinggal dan bergerak, hak dan kebebasan peribadi, hak keselamatan.

Pengarang :  ZULKIFLY MUDA

Penerbit :  PTISLAMIKA /PTS PUBLICATION  SDN BHD

Tahun Terbit :  2009. Mukasurat :  227

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

Buku Berjuang Menuntut Merdeka / Fitri Azrin Ghazali / Pustaka Fitri / 2011

Buku Berjuang Menuntut Merdeka / Fitri Azrin Ghazali / Pustaka Fitri / 2011

ISBN: 978-967-0223-04-9. Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan: Kemerdekaan yang dikecapi pada masa ini bukanlah sesuatu yang mudah tanpa keringat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan pada masa lalu. Pembacaan buku ini akan memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca bagaimana negara kita telah mencapai kemerdekaan daripada pihak penjajah Inggeris. 

Detik kemerdekaan bermula apabila Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan berunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 di London. Pihak British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu melalui Perjanjian Merdeka dengan menetapkan tanggal 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan dengan syarat wujudnya kerjasama antara kaum. 

Sebelum kemerdekaan tercapai pelbagai rintangan perlu diatasi seperti penjajah pihak Jepun,penentangan penubuhan Malayan Union dan Darurat akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya. 

Selepas kemerdekaan pelbagai usaha dilakukan bagi meletakkan asas kukuh kepada rakyat yang berbilang kaum seperti pendidikan dan ekonomi. 

Buku ‘Berjuang Menuntut Merdeka’ merupakan sebuah buku berunsur fakta berkaitan sejarah yang amat sesuai dibaca oleh semua golongan bagi menanamkan semangat cintakan tanah air serta menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat.

Judul: Berjuang Menuntuk Merdeka

Pengarang: Fitri Azrin Ghazali

Penerbit: Pustaka Fitri

Tahun Terbit: 2011 . Harga: RM 24.40. Muka surat: 44

Ulasan oleh: Lizune a/l Met, Pembantu Pustakawan PAD Temerloh

Buku Keep What You Love / Irene Smit & Astrid van der Hulst / Workman / 2020

ISBN: 978-1-5235-0943-0. No. Pengkelasan: 158.1. Kategori: Psikologi

Ringkasan/ Ulasan: Warna dan saiz buku ini menarik minat saya untuk membacanya. Penulis menghasilkan buku yang cantik dengan susunan ayat yang mudah difahami dan ilustrasi yang menarik. Saya hanya mengambil masa 30 minit untuk menghabiskan pembacaan. Penulis memberikan kita cadangan bagi membuat keputusan mengendalikan benda/barang yang kita sayang yang ada di dalam simpanan kita selama ini. Setiap benda/barang yang kita simpan mungkin mempunyai nilai tersendiri tetapi jika ia menjadi lambakan yang tidak mampu diuruskan ia memerlukan tindakan untuk di strukturkan semula. Penulis memberikan pelbagai ‘tip’ yang kita boleh ikuti dan akan memberikan kesan yang positif kepada kita. People cannot change their habits without first changing their way of thinking-Marie Kondo

Judul: Keep What You Love: A Visual Decluttering Guide

Pengarang: Irene Smit & Astrid van der Hulst

Penerbit: Workman

Tahun Terbit: 2020

Harga: RM46.95

Muka surat: 235

Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

[scribdbook] [workman] [milliebotreads

AJK Penasihat PD Damak 2020

[sedang dikemaskini]

1. Khairul Akhma Bin Yusof

Penghulu Mukim Hulu Cheka

2. Yahya Bin Hasan

Pengerusi Mpkk

3. Mohd Aziri Bin Mohamad

Pegawai Teknologi Pendidikan 

4. Hazri Bin Hazmi

S/U Mpkk Kg Koi

5. Rosly Bin Abu Kassim

Pengerusi Mpkk

6. Mohamed Bin Said

Pengerusi Mpkk

7. Nazri Bin Che Husin

Pengerusi Mpkk

8. Rafiz Azwan Bin Ahmad

Pengerusi Mpkk

AJK Penasihat PAC Jengka 2020

[sedang dikemaskini]

1. Dato’ Wan Salman Bin wan Ismail

Bekas ADUN Jengka

2. Tuan Roswakhuzairi bin Ab. Wahab

Penghulu Mukim Jengka

3. Nasharuddin bin Mat Nasir

Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Jengka

4. Jalaluddin Haji Long

Pengerusi PAWE Jengka

AJK Penasihat PD Peramu Jaya 2020

[sedang dikemaskini]

1. Rohaizad B. Abdul Aziz

Penghulu Mukim Pahang Tua

2. Md Khairuddin B. Mohamed

Pengerusi JKKK Tanah Putih

3. Ustaz Nazli B. Mahmud

Pengetua Sek. Men. Dato’ Mahmud Mat

4. Nur Fahana Bt. Abu Bakar

Guru Besar Sek Ren Tanah Putih

5. Haji Mustafa Kamal B. Abd. Latif

Pengerusi JKKK Peramu Jaya 3

6. Mohd Sabri B. Ishak

Pengerusi JKKK Kampung  Langgar

7. Maria Bt. Raja Zainuddin

Pengurus Pusat Internet Peramu Jaya 3

8. Nor Aini Bt Yaakub

S.U JKKK Kg. Tanah Putih

9. Pauziah Bt. Abd Hadi

Biro Pendidikan JKKK Kg. Tanah Putih

10. Ahmad Halimee  B. Sulaiman

Biro Agama JKKK Kg. Tanah Putih

AJK Penasihat PAD Pekan 2020

 [sedang dikemaskini]

1. Dato’ Sri Haji Sh. Mohmed Puzi bin Sh Ali. ADUN Peramu Jaya

2. Dato’ Zaliza bin Zulkipli. Pegawai  Daerah Pekan

3. Dato' Rose Shamsul bin Abdul Raza. Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan

4. Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha. Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang

5. Muhammad Hafidz bin Abdul Halim. Pegawai MUIP Cawangan Pekan

6. Haji Yusuf b. Mohd Idrus. Pengerusi Persatuan JKKK Dun Peramu Jaya

7. Haji Mohd Nazri bin  Abd Kadir. Pengerusi Persatuan Pesara Daerah Pekan

8. Rohaizad bin Abdul Aziz. Penghulu Mukim Pahang Tua

9. Muhamad Yusuf bin Haji Hamzah. Penghulu Mukim Lepar

AJK Penasihat PD Paloh Hinai 2020

[sedang dikemaskini]

1. Muhamad Yusuf Bin Haji Hamzah

Penghulu Mukin Lepar


2. Norlida Binti Mokhtar

Guru Besar SK Paloh Hinai


3. Abdul Aziz Bin Kamaruddin

Pengetua SMK Paloh Hinai


4. Shamshuha Bt Salleh

Guru Tabika KEMAS Paloh Hinai


5. Nor Habibah Binti Muhammad

Guru Pusat Sumber SK Paloh Hinai


6. Norlaili Binti Abdul Manan

Guru Pusat Sumber SMK Paloh Hinai


7. Sakini Binti Md. Shariff

Pusat Sumber KEMAS Lepar


Thursday, September 17, 2020

AJK Penasihat PD Pulau Tawar 2020

[sedang dikemaskini]

1. Encik Amir Hamzah Bin Othman. Penghulu Mukim Pulau Tawar

2. Encik Amran Bin Majid. Ketua Kampung Perian

3. Encik Sharuddin Bin Idris. Ketua Kampung Bukit Rang

4. Encik Anuar Bin Yudin. Guru Besar SK Pulau Tawar

5. Puan Roshidah Binti Abd. Aziz. Pemaju Pusat Sumber Kemas Bukit Rang

6. Norhayati Binti Abdul Zahid. SMK Pulau Tawar

AJK Perpustakaan Desa Lepar Hilir 1 2020

[sedang dikemaskini]
1. Encik Noor Jamaan bin Abd. Rahman
Penghulu Mukim Ulu Lepar

2. Encik Zaid Safuan bin Md. Hanafiah
Pemangku Pengurus

3. Puan Anita bt Othman
Guru Besar

4. Puan Hajah Siti Aminah
Guru
5. Tuan Haji Sarijan bin Ali
Ketua Peneroka

6. Cik Rosmaria bt Awang
Pengurus

7. Puan Anne bt Abu Hader
Guru Tabika Kemas

8. Puan Hasmita bt Kamaruddin
Guru Tabika Kemas

9. Puan Junainah bt Adam
Penyelia PDK

10. Puan Norizan bt Abdul Kadir
Ketua GPW

11. Ustaz Zaidi bin Zakaria
Mudir

12. Encik Kamaruzaman bin Abdul Ghani
Peneroka

Buku Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat / Ustaz Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ULASAN BUKU OGOS 2020. Buku Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat / Ustaz Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ISBN: 978-967-0716-744-2. Kategori: Agama

Ringkasan : Ustaz Ghazali Ibrahim telah berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Ilmu Faraid adalah kunci untuk kita mengurus, membahagi, dan merancang harta.Namun ramai umat islam hari ini mengabaikan ilmu tersebut. Banyak Kes pembahagian hatra pusaka yang masih tidak selesai walaupun pemiliknya telah lama meninggal dunia.(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?

Bahkan jika kita bertanya soalan berkenaan faraid dan harta pusaka kepada mereka yang bergelar imam atau ustaz sekalipun, jawapan yang mungkin diberikan ialah, “Nanti saya rujuk kitab dahulu.” atau, “Saya rasa pejabat pusaka lagi mahir dalam hal ini. 

Miliki ilmu yang tertinggal untuk kita mengetahui hak setiap waris yang ditinggalkan. Jangan sampai kita terambil hak yang bukan kita punya. Merbahaya! Selesaikan hutang piutang si mati terlebih dahulu. Moga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat dunia dan akhirat.

Semoga bermanafaat.

Pengarang: Ustaz Ghazali Ibrahim

Penerbit: Must Read Sdn. Bhd

TahunTerbit: 2015. Harga: RM 30.00. Mukasurat: 348

Disediakan Oleh: Isham bin Hamzah, Pembantu Pustakawan, PD Peramu Jaya 

Buku BRITISH MALAYA / Frank Swettenham / Geroda Merah / Press / 2018

ISBN: 9789671377796. Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan: BRITISH MALAYA. Idea utama adalah untuk membentang semua maklumat penting secara tepat yang membawa kepada campur tangan Britsh ke atas urusan dalaman negeri-negeri melayu bersekutu dan mencatat dengan tepat langkah-langkah yang menyebabkan mereka menjadi wilayah tangugan kota British. 

Keunikan ciri eksperimen dan kejayaanyang dilaluinya sudah cukup menjadi sebab untukmemperincikan usaha-usaha yang telah mengangkat Melayu ke satu tahap yang selesa dan kebahagiaan yang tidak pernah dikecapi di dalam sejarah mereka dan ini telah menguniakan faedah yang sama kepada kaum Cina, India dan British sambil membuka peluang perniagaan baru dan beharga buat pengilang British. 

Banyak lagi kisah yang menarik tentang sejarah buku ini , jangan lepaskan peluang untuk membaca sejarah negara kita supaya akan rasa cinta tentang tanah air.

Judul: BRITISH MALAYA

Pengarang: Frank Swettenham 

Penerbit: Geroda Merah Press

Tahun Terbit: 2018, Harga: RM 60.00 , Muka surat: 429

Disediakan oleh : Muhammad Shahril, Pembantu Pustakawan

Buku Hadis 40 Imam An-Nawawi / Penyusun Mohd Aiman Az Zuhairi / Pustaka Al Ehsan / 2019

Ulasan Buku Ogos 2020. Buku Hadis 40 Imam An-Nawawi / Penyusun Mohd Aiman Az Zuhairi / Pustaka Al Ehsan / 2019

Call No. : 297.124 ISBN : 978-967-0482-200. Bahasa :Bahasa Melayu. Kategori : Agama Islam

Penerbit : Pustaka Al-Ehsan

Tahun Terbit :2019. Harga :Rm13.00. Muka Surat :228

ULASAN: Buku ini menghuraikan secara ringkas 42 hadis koleksi Imam An-Nawawi yang dikenali di dunia Islam sebagai Hadith Arba’in Nawawiyyah. Istimewanya hadis-hadis ini merangkumi pokok-pokok ajaran Islam yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.Hadis 

1: Setiap amalan bergantung pada niat, 

Hadis 2:Islam, Iman dan Ihsan, 

Hadis 3:Rukun Islam dan dasar-dasarnya yang agung, 

Hadis 4:Tahap penciptaan manusia dan amalan terakhirnya, 

Hadis 5:Melenyapkan kemungkaran dan melenyapkan bidaah dan seterusnya hingga hadis ke 42. 

Sebagai seorang muslim, wajib untuk memahami dan mengamalkan pokok-pokok ajaran Islam tersebut. Disinilah letaknya betapa pentingnya buku ini bagi sesiapa yang mengaku muslim.

Diulas Oleh: Amizan Bin Ramli

[goodreads]

Buku Kahwin Bukan Suko-Suko Jo, Jang / Shamsul Debat

ULASAN BUKU JULAI. Buku Kahwin Bukan Suko-Suko Jo, Jang / Shamsul Debat

TAJUK BUKU : KAHWIN BUKAN SUKO-SUKO JO, JANG

PENGARANG : SHAMSUL DEBAT

ISBN: 987-967-0886-60-2. KATEGORI : AGAMA. MUKA SURAT : 136

Ringkasan/ Ulasan: Buku ini memaparkan impian sebuah keluarga yang tenang dan bahagia.


Dikurnikan pasangan yang ideal, serta anak-anak yang soleh dan solehah, yang bukan sahaja menjadi peneman setia di dunia, malah menjadi pendamping paling rapat di syurga firdaus kelak.


Dalam melangsungkan pernikahan dan melayari bahtera rumahtangga, kita memerlukan ilmu pengetahuian sedari awal memilih pasangan, bertunang, melangsungkan pernikahan, hubungan suami isteri, tanggungjawab sebagai ibu bapa dan seterusnya bersama-sama keluarga kita memimpin tangan menuju ke syurga Firdaus Allah SWT.





DISEDIAKAN OLEH

ZAIWADI BIN AWANG

PEMBANTU PUSTAKAWAN

PAD ROMPIN

Buku: You Can Call Me Monster ! / Aein Dhiyauddin / KarmaDya Publishing / 2019

BAGI BULAN JULAI 2020. Buku: You Can Call Me Monster ! / Aein Dhiyauddin /  KarmaDya Publishing / 2019

Buku: You Can Call Me Monster !

Pengarang: Aein Dhiyauddin

Penerbit : KarmaDya Publishing Sdn Bhd

Tahun terbit : 2019. Harga : RM26.00. Muka surat : 525. No.ISBN : 9789674062880

ULASAN: Berkisarkan tentang seorang gadis bernama Najla Atikah yang menghadapi kemelut rumahtangga. Dia telah mengahwini seorang duda yang bernama Nur Hasnul Hisham yang kematian isteri. 

Dia mempunyai deria keenam iaitu boleh melihat bayangan ghaib dan ini telah mendorongnya menolong duda tersebut. Di saat bahagianya, telah hadir seorang wanita iaitu bekas adik ipar suaminya telah mengakui bahawa dia perlu berkahwin dengan bekas abang iparnya atas wasiat kakaknya. 

Walau bagaimanapun, usaha itu gagal tetapi menyebabkan kandungannya gugur. Suaminya telah menyelesaikan masalah ini dan mereka telah kembali bersatu semula.

Diulas oleh :Nor Afidah Anom bt Yunus. Perpustakaan Desa Balok.

Disemak oleh :Ahmad Aziddin B Ahmad. Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

[belidiskaun] [aeindhiyauddin] [shopee sold out]

Buku Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara / Hasanuddin Yusof

BAGI BULAN JUN 2020. Buku Sultan-Sultan Soleh Di Nusantara / Hasanuddin Yusof

Nama Buku: Sultan – Sultan Soleh Di Nusantara

Mukasurat: 353 mukasurat

Penulis : Hasanuddin Yusof

Harga: RM 24.00

No Pengelasan : D 922.97 HAS

Masyarakat Islam di dunia lain begitu berbangga dengan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang soleh. Jika ditanya pada orang-orang Syiria tentang Sultan Nuruddin Al Zanki , pasti mereka akan mengenalinya dan mengetahui sejarah tentangnya. 

Begitu juga sejarah Sultan Salahuddin Al Ayyubi bagi orang Mesir, Sultan Muhammad  Al Fateh bagi orang Turki, Maharaja Aurangzeb bagi orang India dan Sultan (Mansa) Musa bagi orang Mali. Masyarakat Islam di dunia yang lain amat memelihara sejarah sultan-sultan mereka yang soleh. 

Namun, perkara sedemikian tidak berlaku dalam masyarakat Melayu Islam Di Malaysia khususnya. Ramai di kalangan orang-orang Melayu tidak mengetahui bahawa telah lahir ramai sultan yang soleh di wilayah-wilayah Nusantara ini. Malah nama-nama mereka juga tidak pernah didengar oleh kita.

Karya ini merungkai sejarah tentang 24 orang sultan soleh yang pernah berkuasa memerintah kerajaan-kerajaan Islam  di Nusantara. Mereka telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai pada masyarakat Nusantara. Sebahagian daripada mereka menjadi pemangkin bagi penyebaran dakwah Islam . Sebahagian daripada mereka yang lain pula menjadi tonggak kekuatan dalam menangkis usaha jahat penjajah barat. 

Atas jasa-jasa mereka yang amat bernilai ini akidah masyarakat Islam di Nusantara dapat dijaga sehingga ke hari ini walaupun wilayah Nusantara ini terjajah lebih 500 tahun.  

Diulas oleh :

Siti Nooor Hasmah Bt Tahir

Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Desa Sungai Lembing


Disemak oleh :

Ahmad Aziddin B Ahmad

Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Buku Up To You / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2018

ISBN: 978-983-097-724-9. No. Pengelasan: 808.882 BON. Kategori:  Motivasi

Ringkasan/ Ulasan

Buku Up To You ini merupakan kisah sebenar yang terjadi dalam kehidupan manusia dan telah diolah dalam bentuk cerpen. 

Buku ini sangat menarik disamping kita membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam setiap tajuk, pengarang juga menitipkan nasihat yang sangat berguna bagi mengatasi masalah tersebut. Kisar berdasarkan pengalaman anak-anak remaja dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri, hitam atau putih itu jalan yang dipilih. 

Bagi golongan remaja buku ini sangat sesuai untuk dibaca, nasihat yang penulis berikan amat bermanfaat dijadikan panduan hidup.

Bagi golongan dewasa. Membaca buku ini bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja kita, tidak berpuas hati, memberontak salah faham itulah sifat kita diusia itu. 

Maka gunakanlah pengalaman itu bagi membantu serta mengendalikan mereka supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Judul: Up To You / Pengarang:  Bonda Nor / Penerbit: Galeri Ilmu Sendirian Berhad / Tahun Terbit:  2018 / Harga: RM20.00 / Muka surat: 193

Ulasan oleh:  Juwahi Binti Md Amin, Perpustakaan Desa Siber  Sanggang

Buku UP To You / Bonda Nor / Galeri Ilmu / 2018

ISBN: 978-983-097-724-9. No. Pengelasan: 808.882 BON. Kategori:  Masyarakat

Ringkasan: Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Bila membaca buku ini banyak sangat yang boleh kita jadikan pengajaran .

Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Kita pernah alami di titik kehidupan yang sama, memberontak dan salah faham.  

Dengan pengalaman tersebut ianya boleh dijadikan alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya.

Judul: UP To You / Pengarang:  Bonda Nor / Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd

Tahun Terbit:  2018 / Harga: RM20.00 / Muka surat: 193

Ulasan oleh:  Norzini binti Majid PD Jenderak Loop

Buku Jangan Menangis Teja / Rahimah Muda / Nusa Centre / 2020

ISBN: 978-967-4228-03-9. No. Pengkelasan: F RAH. Kategori: Fiksyen

Ringkasan: Membaca novel ini seperti menelusuri zaman dahulu kala di Inderapura dan Melaka. Kisah Teja puteri Pahang yang dilarikan dengan helah dan sihir oleh Hang Nadim untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka. 

Saya suka dengan penggunaan bahasa klasik di dalam buku ini. 

Apabila membaca tersenyum sendiri. Indah bahasanya contohnya, ‘Cantiknya tuan macam purnama mengambang. Berseri-seri’. 

Dapatkan buku ini dan selamat membaca.

Judul: Jangan Menangis, Teja

Pengarang: Rahimah Muda

Penerbit: Nusa Centre

Tahun Terbit: 2020 . Harga: RM35.00. Muka surat: 215

Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

Buku Cup!Pinjam 5 Minit Boleh? / Kamaruddin Ismail / Grup Buku Karangkraf / 2019

ULASAN BUKU NOVEMBER 2020. Buku Cup!Pinjam 5 Minit Boleh? / Kamaruddin Ismail / Grup Buku Karangkraf / 2019

ISBN: 978-967-86-0881-7

Ringkasan : Buku ‘Cup! Pinjam 5 Minit Boleh?’ mengandungi kisah-kisah pendek yang berkaitan dengan kehidupan kita yang perlu dibaca kerana ia sarat dengan segala pengajaran. 

Untuk menghadam setiap kisah tidak perlu ambil masa yang lama, 5 minit sudah cukup! Kita faham cerita, lalu dapat explore hikmah di sebaliknya. 

Manalah tahu kalau cerita itu terkena juga atas batang hidung kita walaupun ia sebenarnya berlaku kepada orang lain. 

Harap-harap ada yang berbekas di hati, boleh jadi turning point hijrah kita menjadi seorang yang lebih baik. Semoga buku ini member pedoman kepada kita dalam membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan ummah untuk Islam,kemulian, kebahagian dan kejayaan di dunia serta akhirat kelak.

Judul: Cup! Pinjam 5 Minit Boleh?

Pengarang: Kamaruddin Ismail

Penerbit: Grup Buku Karangkraf SDN.BHD.

Tahun Terbit : 2019

Harga: Rm 24.00

Muka Surat: 166

Disediakan Oleh ; Farah Naz Alia Binti Rosli Pembantu Pustakawan PAD Pekan

Disemak Oleh : Norkamila binti Mahmud Ketua Perpustakaan Daerah PAD Pekan

[obsesbuku] [shopee]

Buku Rejuvenasi Hati / Aiman Banna / AQADA International / 2019

ULASAN BUKU OGOS 2020. Buku Rejuvenasi Hati / Aiman Banna / AQADA International / 2019

ISBN: 978-967-14-7538-6

Ringkasan : Rejuvenasi Hati sebuah buku mengisahkan soal hati dan segala yang berkaitan dengan hati.Mati dan hidupnya ,tenat dan semangat, dan paling penting bagaimana kita ingin rejuvenasikan hati kerana kita akan merasa iman kita dalam keadaan yang tinggi melangit degupan kesolehan padahal hakikat yang sebenarnya hati kita sudah mati,mereput dalm dalam ego dan kesombongan.

Buku ini mengajar hati kita bagaimana menghilangakn titik hitam dalam hati dan mengubah diri kita dan membersihkan hati kita yang diredhai oleh ALLAH S.W.T.

Semoga buku ini memberi panduan untuk kita Rejuvenasi Hati kita sentiasa  agar hati  kita mekar mencintai Allah DAN Rasulullah tanpa sebarang penghalang. 

Judul: Rejuvenasi Hati

Pengarang: Aiman Banna

Penerbit: AQADA International Sdn.Bhd

Tahun Terbit : 2019. Harga: Rm 25.00. Muka Surat: 220

Disediakan Oleh ; 

Farah Naz Alia Binti Rosli

Pembantu Pustakawan

PAD Pekan


Disemak Oleh :

Norkamila binti Mahmud

Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan

Buku Ada Apa Dengan Ujian / Farrawati Sabli / Grup Buku Karangkraf / 2019

ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Ada Apa Dengan Ujian / Farrawati Sabli / Grup Buku Karangkraf / 2019

ISBN: 978-967-86-0876-3

Ringkasan : Buku ini mengisahkan ada apa dengan ujian dan cara kita untuk menghadapi ujian yang diberikan pada kita.

Buku ini mengajar kita untuk lebih sabar, syukur, tetap bersemangat dan redha atas segala ketentuan  kerana tiada siapa yang dapat membantu diri sendiri ketika kita menempuh ujian yang menimpa dan janganlah kita terlalu larut dalam kesedihan sehingga  kita lupa kepada siapa yang mencipta ujian yang sedang diharung.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi motivasi kepada semua untuk memahami putaran hidup yang dinamakan sebagai kejayaan dan kegagalan dan sentiasa bersyukur nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T

Judul: Ada Apa Dengan Ujian

Pengarang: Farrawati Sabli

Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd

Tahun Terbit : 2019. Harga: Rm 20.00. Muka Surat: 129

 Disediakan Oleh ; Farah Naz Alia Binti Rosli, Pembantu Pustakawan, PAD Pekan

Disemak Oleh :Norkamila binti Mahmud, Ketua Perpustakaan Daerah, PAD Pekan

Tuesday, September 15, 2020

Buku Sujud yang terakhir / Aizuddin Hamid / Sentap Press / 2019

Buku sujud yang terakhir / aizuddin hamid / sentap press / 2019

Call no. : fmd aiz. Isbn : 978-967-2118-17-6

Bahasa :bahasa melayu

Kategori : fiksyen melayu dewasa(koleksi tarbiah sentap)

Ulasan:  Buku ini banyak menekankan kehidupan yang berlandaskan agama dimainkan oleh watak faizal dan asyraf sehingga membawa penghijrahan hidup rakan-rakan kolejnya iaitu malik dan kalai. 

Malik yang sebelumnya hanyut dalam percintaan bersama ika telah kembali mengikut landasan islam dengan meninggalkan dunia percintaan yang melalaikan dengan fokus belajar dan mencari redha allah, faizal pula ditakdirkan meninggal dunia sebelum sempat melihat perubahan hidup malik. 

Kalai telah memeluk agama islam setelah melihat keindahan islam melalui asyraf dan meneruskan aktiviti dakwah untuk menarik lebih ramai non muslim menghayati keindahan islam seperti dirinya.

Setelah malik tamat belajar dan mendapat pekerjaan guru, malik telah melamar ika melalui orang tua ika dan ika pula terpaksa memilih kerana pada masa yang sama irfan turut melamar ika melalui yana rakan sekolah ika. Setelah istikharah dan istisyarah ika memilih malik sehingga menimbulkan kemarahan di hati irfan sehingga sanggup  mengupah nina untuk mengfitnah malik. 

Semua terlerai dengan berkat kesabaran malik mencari bukti untuk mempertahankan perkhawinan yang bakal dibina. Asyraf pula dengan berkat keikhlasan dan pendekatan yang baik telah menyelamatkan empat orang anak muda bernama aqil, hafiz, amirun dan syauqi dari terus hanyut tidak bersekolah dan sering melepak untuk mencari kebahagiaan sendiri akibat masalah kekeluargaan. 

Asyraf dan malik juga berjaya menyedarkan seorang transgender bernama sally atau nama sebenarnya saleh sehingga saleh ditakdirkan allah meninggal sewaktu sujud solat maghrib dengan penuh keinsafan.dan kematiannya dicemburui ramai orang yang hadir menyempurnakan jenazahnya.

Judul : sujud yang terakhir

Pengarang :  aizuddin hamid

Penerbit : sentap press sdn bhd

Tahun terbit :2019. Harga :rm30.00. Muka surat :390

Ulasan Buku, Ulasan Buku 2020, Ulasan Buku 2020 Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah, Ulasan Buku Kewangan Islam, Ulasan Buku PAD Maran 2020,

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat / Dr.Handrawan Nadesul / SAM Synergy Media / 2018

ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat / Dr.Handrawan Nadesul / SAM Synergy Media / 2018

ISBN: 978-967-444-347-4

Kategori: Teknologi

Ringkasan / Umum :

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat tulisan Dr. Handrawan Nadesul ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh – contoh penulisan fakta, pengumuman dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat mengisahkan cara untuk menjadikan seseorang kelihatan lebih muda dari usianya. Semua rakyat di negara ini perlu mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Buku ini dapat membantu dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Semoga segala informasi dalam buku ini dapat dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan pembaca.

Buku Rawatan Kesihatan Sepanjang Hayat

Pengarang: Dr.Handrawan Nadesul

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

TahunTerbit: 2018. Harga: Rm 27.90. Mukasurat: 224

Disediakan Oleh :Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

Buku Perang Khandaq Pengepungan Madinah / Abdul Latip Talib / Latip Dan Keluarga Enterprise / 2019

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Perang Khandaq Pengepungan Madinah / Abdul Latip Talib / Latip Dan Keluarga Enterprise / 2019

ISBN: 9789672 234098

Kategori: Novel Sejarah Islam

Ringkasan/ Ulasan:

Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah iaitu pada 31 Mac 627 Masihi.Perang Khandaq ialah peristiwa pengepungan Madinah. Dinamakan khandaq (parit) kerana pasukah muslimin menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang menyerang Madinah terdiri dari beberapa kabilah Arab,Yahudi dan Habsyi. Kekuatan pihak bersekutu dianggarkan seramai 10,000 orang dan 600 ekor kuda. Manakala pertahanan Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang. Mereka diketuai oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah memberikan kemenangan kepada pasukan muslimin bukan secara mudah dan percuma. Mereka berusaha keras dengan membina sistem pertahanan yang paling canggih pada masa itu. Kepakaran mengatur pasukan dan keberanian menghadapi musuh yang tiada tandingan,ketaatan dan kepatuhan kepada Rasulullah serta peranan pasukan perisik yang berjaya memecah belahkan pihak musuh sangat membantu.

Perang Khandaq juga memberi pangajaran yang Allah pasti memberi pertolongan kepada hambaNYA yang bertakwa. Semasa kekurangan makanan, maka berlaku mukjizat buah kurma yang sedikit dapat dimakan beramai-ramai. Dalam peristiwa Perang Khandaq juga Allah member harapan kepada Rasulullah dan pengikutnya bahawa mereka dapat mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi.

Judul:  Perang Khandaq (Pengepungan Madinah)

Pengarang:  Abdul Latip Talib

Penerbit:  Latip Dan Keluarga Enterprise

Tahun Terbit:  2019. Harga:  RM 36.00. Muka surat: 309 

Disediakan Oleh :Nor Hailah binti Baharom. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awm Daerah Maran

[shopee]

Buku Berbisnes dengan Tuhan / Putera / Rimbunan Islamik Media / 2019

ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Berbisnes dengan Tuhan / Putera / Rimbunan Islamik Media / 2019

ISBN:978-967-16994-6-1

Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:

“Tuhan berjanji akan memberikan keuntungan yang besar asalkan kita selalu beramal dengan-Nya. Sekecil-kecil yang kita keluarkan akan dibalas dengan keuntungan yang berlipat ganda. Tidak ada satu pun daripada impian kita yang tidak menjadi realiti jika kita selalu mengingati tuhan. Sekalipun kita ingin berada di bulan, itu bukan hal yang mustahil bagi-Nya.” 

Rezeki ialah salah satu anugerah Tuhan. Manusia diciptakan oleh Tuhan lengkap dengan rezeki masing-masing. Rezeki kita tidak akan bertukar dengan rezeki orang lain. Tanggungjawab manusia ialah menjemput rezeki dengan usaha dan doa. Kejar  berkat rezeki, bukan bilangan semata-mata. Kejar rezeki dengan cara yang halal.

Usah dipandang kuantiti rezeki, namun pandanglah kualiti keberkatan rezeki itu. Usah mencari kesempurnaan, namun sempurnakanlah perkara yang sudah ada dalam tangan. Hakikatnya tidak ada kesempurnaan yang sejati, yang ada hanya keikhlasan menerima segala kekurangan. Semoga kita dimasukkan dalam golongan orang yang bertakwa. 

Semua cerita dalam buku ini ditulis menggunakan perkataan dan ayat yang mudah kita fahami. Penulis berusaha untuk memberi pemahaman kepada pembaca supaya berfikir bagaimana datangnya rezeki. Allah sentiasa memberi rezeki kepada kita.  Kiata sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha untuk mendapat ganjaran Allah. Buku ini boleh memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan.

Judul: Berbisnes dengan Tuhan

Pengarangn: Putera

Penerbit: Rimbunan Islamik media Sdn. Bhd

Tahun Terbit:2019. Harga: RM 24.90. Mukasurat: 224

Disediakan Oleh :Nurulain Binti Mahidin @ Mahasan. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[shopee

Buku Nota Kewangan Sentap / Harith Faisal / Galeri Ilmu / 2018

ULASAN BUKU FEBRUARI 2020. Buku Nota Kewangan Sentap / Harith Faisal / Galeri Ilmu / 2018

No Panggilan : 323.3409595 HAR. ISBN : 978-9830977362

Kategori : Dewasa

Ringkasan/ Ulasan :

Setiap manusia inginkan ilmu dan kedudukan kewangan yang kukuh dalam kehidupan seharian, Buku ini sangat bagus bagi mereka yang sudah berkahwin dan juga yang belum berkahwin untuk mengurus kewangan dengan baik. 

Buku ini juga di hasilkan sebagai buah tangan kepada anak muda,digarap khas secara santai untuk anak muda yang sedang mencari jalan memiliki rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik.

Judul : Nota Kewangan Sentap

Pengarang : Harith Faisal

Penerbit : Galeri Ilmu

TahunTerbit : 2018. Harga : RM 30.00. Mukasurat : 153

Disediakan Oleh :Ruzimah Binti Muhamad. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[bukugaleri] [minainailaaina] [harithfaisal] [lazada]

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media / 2019

ULASAN BUKU FEBRUARI 2020. Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam / Aditya Akbar Hakim / Rimbunan Islamik Media / 2019

ISBN: 978-967-16994-3-0 / Kategori: Sains Kemasyarakatan (dewasa)

Ringkasan / Umum :

Buku Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam tulisan Jaafar Aditya Akbar Hakim dapat membantu pembaca dengan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan nasihat sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Bidang pendidikan yang perlu diberi perhatian pada masa kini adalah pendidikan kewangan. Oleh sebab itu, pendidikan kewangan adalah subjek yang digalakkan dan tanggungjawab mendidik yang utama terletak pada ibubapa. Penting bagi anak-anak mempelajari urusan kewangan keluarga supaya mereka dapat membentuk wawasan dalam pengurusan kewangan peribadi. Melalui buku ini diharapkan pembaca dapat menguruskan kewangan dengan baik, mengikut teladan Nabi Muhammad SAW. Buku ini sesuai dibaca pada setiap peringkat umur dan mudah difahami.

Judul: Pengurusan Kewangan Keluarga dalam Islam

Pengarang: Aditya Akbar Hakim

Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn Bhd

TahunTerbit: 2019. Harga: Rm 24.90. Mukasurat: 178

Disediakan Oleh :Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[Noraziah Abd Razak] [Yusniza Mohamad Arris] [shopee]

Buku Panduan Haji, Umrah dan Ziarah dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya / Haji Abu Mazaya Al-Hafiz / Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd / 2018

ULASAN BUKU JANUARI 2020. Buku Panduan Haji, Umrah dan Ziarah dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya / Haji Abu Mazaya Al-Hafiz / Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd / 2018

No Panggilan : 297.352 ABU. ISBN : 978-697-439-314-4. Kategori : Agama Islam (dewasa)

Ringkasan/ Ulasan :

Buku judul Panduan Haji, Umrah dan Ziarah; dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya ditulis oleh Haji Abu Mazaya Al-Hafiz sangat sesuai dibaca atau ulangkaji untuk persediaan kepada pembaca yang berhasrat untuk menunaikan Ibadah Haji atau Umrah.   

Setiap Bab diperjelaskan tatacara dan dilengkapi doa. Setiap helaian doa dan makna berwarna berlainan mudah untuk dirujuk. Semua gambar dan grafik yang disertakan adalah berwarna.

Justeru itu, saya syorkan sangat sesuai untuk dibaca dan dirujuk sebagai ulangkaji  persediaan untuk menunaikan Ibadah Haji dan Umrah ke Tanah Suci. 

Judul : Panduan Haji, Umrah dan Ziarah; dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya

Pengarang : Haji Abu Mazaya Al-Hafiz

Penerbit : Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd

Tahun Terbit : 2018. Harga : RM 19.90. Mukasurat : 244

Disediakan Oleh :Zulkepli Bin Haron. Ketua Perpustakaan Daerah. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[shopee] [Fataruddin Mohd Ari]

Friday, September 11, 2020

Buku Rahsia Kesihatan Dari Durian / Pangkalan Ide / SAM Synergy Media / 2013

Buku Rahsia Kesihatan Dari Durian / Pangkalan Ide / SAM Synergy Media / 2013

Ringkasan/ Ulasan: Rahsia Kesihatan Dari Durian. Merenung mitos dan fakta tentang durian yang dapat melambatkan proses penuaan dan hipotensi secara bijak. Buah durian matang yang merupakan bahagian yang boleh dimakan, umumnya diambil dalam keadaan segar. Di pasar buah durian ini mengiklankan dirinya melalui bau yang kuat dan unik.buah durian sangat disukai oleh masyarakat umum sedangkan orang barat kebanyakannya kurang menyukaibau durian. Meskipun mendapat gelaran “the king of the Fruit”, atau raja buah durian tetap menjadi buah yang kontroversi. Ternyata buah yang berzat tinggi ini bukanlah buah terlarang kerana kadar lemaknya jauh lebih rendah berbanding lemak haiwan. Jadi jangan gentar makan banyak durian sebab lemak dalam buah ini ergolong dalam lemak tak tepu dan menyihatkan.

Judul: Rahsia Kesihatan Dari Durian

Pengarang: Pangkalan Ide

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM16.90 

Muka surat: 133

Rating: 5

ISBN: 9789673719372. Kategori:Kesihatan 634.65

Disediakan oleh :Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Link [shopee]

Buku Rahsia Kesihatan Dari Mempelam / Pangkalan Ide / SAM Synergy Media / 2013

Rahsia Kesihatan Dari Mempelam

Ringkasan/ Ulasan:  Rahsia Kesihatan Dari Mempelam. Mangga terdiri lebih dari 1000 spesis di dunia dengan nama latinnya mangifera indica dan boleh tumbuh subur di kawasan tropika. Buah mangga banyak mengandungi vitamin A, C, dan E, polifenol, mineal, asid amino, karotenoid. Setiap kandungan tersebut sangat berguna untuk dinutrisi oleh kita. Rasa buah mangga yang manis dan masam sangat menyegarkan, Buah mangga juga boleh diolah mengikut selera penggemaranya sama ada unbtuk dijadikan jus, jeruk, kuih dan sebagainya. Tidak salah untuk meminati buah ni kerana mangga mempunyai banyak khasiat.

Judul: Rahsia Kesihatan Dari Mempelam

Pengarang: Pangkalan Ide

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM16.90 

Muka surat: 144

ISBN: 9789673719433. Kategori:Kesihatan 634.44

Disediakan oleh : Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Link [synergymedia]

Buku: UBATAN DAN KESAN FARMAKOLOGI / Dr. Wan Adesul / SAM Synergy Media / 2018

ISBN: 9789674443481. Kategori:Kesihatan 615 

Ringkasan/ Ulasan: UBATAN DAN KESAN FARMAKOLOGI. Jika dibaca tentang buku ini, opasti sudah ramai yang dapat mengetahui bahawa buku ini berkisarkan tentang pengambilan ubat ubatan yang salah dan cara untuk membetulkannya. 

Ia juga membicarakan tentang kebaikan dan keburukan ubat kepada manusia serta makna ubat dalam kehidupan manusia. Buku ini juga mengupas pelbagai permasalahan lain yang di samping memberi pendedahan awal kepada pesakit tentang pentingnya pemilihan ubat ubatan dengan danya pemantauan daripada doktor supaya tidak barcanggah dengan proses perubatan. 

Buku ini juga memberi pendidikan kepada pembaca untuk membantu para doktor untuk menyesuaikan pengambilan ubat ubatan kepada pesakit sesuai dengan keadaan atau sakit yang dihidapi oleh seseorang itu.

Jom dapatkan buku ini untuk dapatkan banyak lagi informasi yang berguna untuk kesihatan anda!

Judul: UBATAN DAN KESAN FARMAKOLOGI

Pengarang: Dr. Wan Adesul

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM27.90 

Muka surat: 207

Disediakan oleh : Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Buku: Hindari Kanser / DR. NORMAN M.NORAWI MBBS / True Wealth / 2011

ISBN: 9789633364589. Kategori: 616.07

Ringkasan/ Ulasan: Hindari Kanser. Kanser boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup sihat dan juga dengan mengambil antioksidan yang tertentu. 

Pilihan di tangan anda dan informasi yang penting ini amat perlu difahami dalam usaha seseorang untuk mencegah Kanser. 

Judul: Hindari Kanser

Pengarang: DR. NORMAN M.NORAWI MBBS

Penerbit: True Wealth Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM29.90

Muka surat: 87

Disediakan oleh :Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Link [doknorm]

Buku: Doktor Sakit / DR. Atikah Razali / Must Read / 2018

Buku: Doktor Sakit / DR. Atikah Razali / Must Read / 2018

Kategori:808.882

Ringkasan/ Ulasan: 

Doktor Sakit: Keadaan bahagian trauma dan kecemasan hospital daerah itu sedikit kelam-kabut walaupun jam hamper menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pesakit tidak putus-putus datang. Ada pula seorang pesakit yang mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumah, tidak sedarkan diri pula di hospital akibat serangan jantung yang serius. Di tengah kekalutan berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut (dengan izin Allah SWT), tiba-tia terdengar suara seseorang memarahi seorang staf,”Hoi boleh cepat tak buat kerja tu? Saya demam dah dua jam tunggu ni!” Walaupun saat itu matanya boleh melihat jelas doctor, pembantu pegawai perubatan dan jururawat berlari-lari dalam kesibukan. Bagaimana jika ahli keluarga mereka pula di tempat pesakit yang sedang bertarung nyawa? Cuba anda fikirkan kembali, ANDA RASA DOKTOR ADA MASA UNTUK SAKIT? 

ISBN: 9789672038689

Judul: Doktor Sakit

Pengarang: DR. Atikah Razali

Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM21.00 

Muka surat: 200

Rating: 5


Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan

Islam Adil Untuk Semua / Abdul Hadi Awang / PTS Islamika / 2009

ULASAN BUKU APRIL. Islam Adil Untuk Semua / Abdul Hadi Awang / PTS Islamika / 2009

Judul: Islam Adil Untuk Semua

Pengarang: Abdul Hadi Awang

Penerbit:  PTS Islamika Sdn. Bhd.

Tahun Terbit: 2009

Harga: RM14.00

Muka surat: 120 ms

No. Panggilan: 297.27

Keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa dan pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi. 

Menurut orientalis Barat, “Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik”. Kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta.

Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam dan memelihara keadilan kepada kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Disediakan oleh:

Mohd Khalib bin Abdul Manaf

Perpustakaan Desa Leban Chondong

Link [bookkeeperuwise]

Buku UBAH SEDIHMU JADI SENYUM / Kumpulan Desa Fikir / 2019

ULASAN BUKU BULAN MEI 2020. Buku UBAH SEDIHMU JADI SENYUM / Kumpulan Desa Fikir / 2019

Buku:  UBAH SEDIHMU JADI SENYUM

Penerbit:  Kumpulan Desa Fikir Sdn.Bhd

Tahun Terbit:  2019

Harga:  Rm 29.90

Muka surat:  125

No.Perolehan:  EMAH002197

No. ISBN:  978-967-2070-18-4

Bulan Bacaan : Mei 2020

ULASAN. Buku ini memberi kata-kata semangat agar kita tidak cepat berputus asa di dalam kehidupan kita. Apa yang terjadi akan kita jadikan teladan dan tidak ada perkara yang sukar dapat kita elakkan dari kehidupan kita. Jadi kita kena kuatkan semangat untuk bangkit dari kegagalan dan berubah menjadi lebih kuat serta berani. Orang yang berani pasti akan berjaya. Banyak perkara yang dapat kita pelajari apabila membaca buku ini. Kita mampu menjadi orang yang lebih baik. Oleh itu janganlah kita bersedih dan buatlah sesuatu supaya kita sentiasa tersenyum.

Diulas oleh:

Irena Bt Hassan

Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Desa Kg. Seri Mahkota


Disemak oleh :

Ahmad Aziddin B Ahmad

Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

BUKU BANI PRODUK SAMPAH / DR. RUSYAINIE RAMLI

ULASAN BUKU BULAN APRIL 2020. BUKU BANI PRODUK SAMPAH / DR. RUSYAINIE RAMLI

NO PANGGILAN 615.321. ISBN 9789673694129. JUDUL BUKU BANI PRODUK SAMPAH. PENGARANG DR. RUSYAINIE RAMLI. EDISI BAHASA BAHASA MALAYSIA. HARGA RM25.00. BIL M/S 247 MUKA SURAT. BULAN BACAAN Apr-20

ULASAN. Ini adalah buku yang cuba memberikan kesedaran dan ilmu kepada pengguna tentang bahaya produk-produk  yang  banyak terdapat di pasaran.  

Produk-produk yang menjanjikan kesan segera kepada masalah yang dihadapi seperti segera kurus, segera putih , pil minda dan sebagainya.Pembaca didedahkan kepada maksud nombor mal pada produk kesihatan dan not pada produk kecantikan.  

Ini juga termasuk penggunaan  bahan terlarang  yang boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk. 

Penulis yang juga seorang doktor seboleh mungkin cuba memberikan kesedaran ini kepada pengguna.

Diulas oleh :

Mahani Binti Abdullah. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Desa Lepar Hilir

Disemak oleh : 

Ahmad Aziddin B Ahmad. Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

Link [malaysiakinokuniya] [lazada]

BUKU UBAT DARI DAPUR / DR.SURI ROOWI / GALERI ILMU / 2019

ULASAN BUKU MAC 2020. BUKU UBAT DARI DAPUR / DR.SURI ROOWI / GALERI ILMU / 2019

BUKU: UBAT DARI DAPUR. PENGARANG: DR.SURI ROOWI. PENERBIT : GALERI ILMU SDN BHD. TAHUN TERBIT : 2019. HARGA : RM25.00. MUKA SURAT : 128

NO.ISBN : 9789830977591

ULASAN:Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza mengikut jenis bahan, teknik memasak serta formulasi produk yang dihasilkan. Kita perlu bijak dalam membuat pilihan . 

Pemilihan minuman dan pemanis haruslah mengikut kadar yang bersesuaian. Kesihatan yang baik amat diperlukan bagi memudahkan kita menjalani kehidupan seharian dan beribadah kepada Allah.

Diulas oleh :

Nor Afidah Anom Bt Yunus

Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Desa Kg.Seri Mahkota


Disemak oleh :

Ahmad Aziddin B Ahmad

Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan.

Buku Pantang Menyerah / Bonda Nur / Galeri Ilmu / 2019

ULASAN BUKU MAC 2019. Buku Pantang Menyerah / Bonda Nur / Galeri Ilmu / 2019

ISBN: 978-983-097-726-3. Kategori: Agama

Ringkasan / Umum : Buku Pantang

Menyerah memperkatakan tentang satu hal yang sangat penting dalam kehidupan.Tentang Perjuangan. Daripada sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin biasa, hinggalah kepada sebesar besar perkara yang melibatkan nyawa. 

Sebutlah apa-apa perjuangan sekalipun hakikatnya, bergelutlah dengan apa-apa perjuangan sekalipun, hakikatnya, manusia tidak akan mudah mengalah jika fokusnya jelas untuk menadah redha Allah. 

Terus kuat! 

Pantang Menyerah

Judul: Pantang Menyerah. Pengarang: Bonda Nur. Penerbit:Galeri Ilmu Sdn. Bhd. TahunTerbit: 2019. Harga: RM 20.00. Mukasurat: 230

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Isham bin Hamzah                             Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PD Peramu Jaya                                              PAD Pekan

Link [bookjannah]

Buku Peringkat Zaman / ABU Muhammad Arafah ADHA / Hijjaz Records Publishing / 2019

ULASAN BUKU DISEMBER 2020. Buku Peringkat Zaman / ABU Muhammad Arafah ADHA / Hijjaz Records Publishing / 2019

ISBN: 978-987-2278-05-4. 

Kategori:  Agama. 

Ringkasan / Umum : 

Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas muka bumi ini,penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman yang telah diisyaratkan oleh rasullah saw.baginda membahagikan zaman di dunia ini kepada lima peringkat 

- zaman kenabian  (Minhajnubuwwah),

- zaman khalifah (khalifah al rasyidin),

- zaman pemerintahan yang mengigit (mulkan adhan),

- zaman pemerintahan kuku besi (mulkan jabariah) dan 

- zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian (khalifah al minhaj nubuwwah). 

Selain memaparkan peringkat-peringkat zaman,ia juga mengandungi panduan-panduan untuk menjadikan insane yang selamat di dunia dan akhirat

Judul:  : Membongkar Rashsia Hadith peringkat zaman Hingga hari kiamat. Pengarang:  ABU Muhammad Arafah ADHA. Penerbit: Hijjaz Records Publishing. Tahun Terbit: 2019. Harga: RM45.90. Muka surat: 382

Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Mohammad Humaizi Bin hmzah     Norkamila binti Mahmud

Pembantu Operasi             Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

Buku: Segelas Air Segenggam Kopi. Dato Ustaz Badli Shah Alauddin. Galeri Ilmu. 2017

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2020. Buku: Segelas Air Segenggam Kopi. Dato Ustaz Badli Shah Alauddin. Galeri Ilmu. 2017

ISBN: 9-789830-976464. Kategori: Motivasi. 

Ramai orang suka makan ketam Tapi tak ramai orang tahu bahawa ketam adalah binatang yang memiliki sifat dengki yang sangat kuat jika ketam-ketam yang masih hidup di masukkan kedalam baldi,kita akan dapati pekara yang menghairankan iaitu tidak ada seekor pun ketam yang akan merangkak atau memanjat keluar.kenape tidak ada ketam yang berjaya keluar? 

Kisah bukan sebarang kisah tetapi kisah penuh pengajaran.Membacanya membuatkan fikiran yang tepu jadi terhibur kisah-kisah ini Nampak kecil atau biasa-biasa sahaja,tetapi sapa tahu ia bakal member kesan yang besar kepada individu yang benar-benar memerlukannya untuk kelangsungan hidupnya.

Judul:  : Segelas Air Segenggam Kopi. Pengarang:  Dato Ustaz Badli Shah Alauddin. Penerbit: Galeri Ilmu. Tahun Terbit: 2017. Harga: RM20.00. Muka surat: 140

Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Mohammad Humaizi Bin Hamzah Norkamila binti Mahmud

Pembantu Operasi Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

Link [Juwahi Md Amin]

Buku Amalan Sedikit Pahala Berganda. Ustaz Mohd Faez Mohd Shah Al-Hashimi. Penerbit: SSM. Tahun Terbit: 2019

ULASAN BUKU JUN 2020. Buku Amalan Sedikit Pahala Berganda. Ustaz Mohd Faez Mohd Shah Al-Hashimi. Penerbit: SSM. Tahun Terbit: 2019

ISBN: 978 -  978-967-2133-82-7. Kategori:  Agama

Ringkasan / Umum : Buku Ini memuatkan beberapa amalan yang utama sebagai persediaan setiap orang mukmin yang tidak ternilai harganya jika di bahagikan dengan seluruh harta benda dunia yang ade.Nilai pahala itu di kurniakan oleh ALLAH S.W.Tkepada sesiapa yang beramal dengan istiqamah dan iklas.

Sifat Hamba allah yang mukmin akan terangsang jiwanya untuk berusaha merebut ganjaran yang tinggi itu dalam masa seminima mungkin dan berusaha mempeerbanyak atau meningkatkan produktiviti amal soleh bagi merebutnya.

Judul :   Amalan Sedikit Pahala Berganda. Pengarang:  Ustaz Mohd Faez Mohd Shah Al-Hashimi. Penerbit: SSM. Tahun Terbit: 2019. Harga: RM 17.00. Muka surat: 250

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Mohammad Humaizi Bin Hamzah         Norkamila binti Mahmud

Pembantu Operasi Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

Buku Mengurus Diri dan Masa Ramai Yang Kata Mereka Pandai Urus Diri Dan Masanya Betul Ke / Nurul Aini K Azhari / PTS Millennia Sdn Bhd / 2006

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Mengurus Diri dan Masa Ramai Yang Kata Mereka Pandai Urus Diri Dan Masanya Betul Ke / Nurul Aini K Azhari / PTS Millennia Sdn Bhd / 2006

ISBN: 983-3603-08-4. Kategori:  Motivasi

Ringkasan / Umum :Cuba Kalau Sya Suruh Anda Tejun Lombong nak tak? Mesti Tak nak kan? Cam Mnana Pulak kalau saya suruh anda tampar muka sendiri nak ? lagi ramai yang tak nak kan? Saya sendiri pun tak nak!

Berapa ramai yang kata mereka tak cukup masa ramai bukan?

Berapa Ramai yang takde semamngat untuk menang, ramai bukan?

Berapa ramai yang selalu stress kerana hidup mereka tak terurus ramai bukan? Bagi saya enough is enough.

Judul:   Ramai Yang Kata Mereka Pandai Urus Diri Dan Masanya Betul Ke. Pengarang:   Nurul Aini K.Azhari. Penerbit:  PTS Millennia Sdn Bhd. Tahun Terbit:  2006. Harga:  RM 11.92. Muka surat:  242

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :


Mohammad Humaizi Bin Hamzah                           Norkamila binti Mahmud

Pembantu Operasi Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

Buku: Persoalan Tentang Resdung / Zuraida Zainun / Universiti Malaysia Terengganu / 2015

ULASAN BUKU OKTOBER 2020. Buku:  Persoalan Tentang Resdung / Zuraida Zainun / Universiti Malaysia Terengganu / 2015

ISBN: 978 -  967– 0524– 97 – 9

Kategori:  Perubatan

Ringkasan / Umum :  

Buku ini berkisar tentang persoalan tentang resdung.

Resdung atau secara saintifik dikenali sebagai allergic rinitis.Penyakit ini merupakan penyakit yang seringkali dialami masyarakat kita di setiap lapisan umur.  Resdung seringkali dialami golongan dewasa dan ianya merupakan salah satu penyakit keturunan. 

Secara umum penyakit ini berhubung kait dengan hypersensitive sistem autoimun badan manusia dan kebiasaannya melibatkan alahan terhadap sesetengah makanan laut.Walaupun penyakit ini seringkali dihidapi pesakit ,pengetahuan terhadap penyakit ini masih rendah dan kurang di kalangan masyarakat kita. 

Pengetahuan dan maklumat terperinci mampu membantu mendapatkan rawatan seawal mungkin. Di samping itu ia mampu mengelak dan mengurangkan komplikasi yang lebih kronik terhadap pesakit.

Buku ini juga mengupas dan menjawab persoalan yang timbul berkaitan symptom,punca, penyiasatan dan rawatan berkaitan penyakit resdung.

Judul:  : Persoalan Tentang Resdung

Pengarang:  Zuraida Zainun

Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM21.00

Muka surat: 45


Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Kamariah Bt Omar         Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan


ULASAN BUKU JULAI 2020. Buku: Bahasaku Belum Merdeka / Hasan Baseri Budiman / Dewan Bahasa & Pustaka / 2019

ISBN: 978  -  983 – 49 – 1576  – 9

Kategori:  Bahasa

Ringkasan / Umum :   Saban masa kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih dipersoalkan oleh mereka yang mengaku menjadi warga di negara ini.

Sepatutnya bahasa Melayu yang merupakan idealism dan wawasan untuk mewujudkan masyarakat yang padu ini mesti terus menjadi bahasa mercu tanda dan bahasa kejayaan yang boleh menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia. 

Sayangnya terjadi pula sebaliknya,menuturnya mereka tidak mahu malah disisih dan diperlekehkan oleh bukan sahaja majoriti rakyat tetapi oleh segelintir pemimpin yang masih menganggap bahasa Melayu bukannya bahsa kemajuan rakyat dan negara. 

Akhirnya jadilah bahasa Melayu,bahasa anak tiri di tanah air sendiri.Lebih teruk lagi bahasa Melayu mutakhir ini diracuni oleh gelagat pengguna bahasa Malaylish ekoran daripada kebanggaan mereka untuk menerima tsunami globalisasi dan ekonomi digital yang sedang menggila melanda negara ini. 

Sehingga menjadikan mereka akhirnya tidak takut untuk membunuh bahasa mereka sendiri. Oleh itu sedarlah wahai bangsaku sesungguhnya : Bahasa Melambangkan Bangsa

Judul:  :  Bahasaku Belum Merdeka

Pengarang:  Hasan Baseri Budiman

Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM20.00

Muka surat: 211


Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

ULASAN BUKU APRIL 2020. Buku: Rahsia Surah Al- Mulk / Abdul Fatah Zakaria / Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd. / 2018

ISBN: 978 -  967– 15023 – 5 – 8

Kategori:  Agama

Ringkasan / Umum : 


 Buku “Rahsia Surah Al- Mulk” ini wajar dimiliki kerana di dalamnya banyak terkandung pesanan yang arus direnungi setiap mukmin.


Menerusi buku ini, penulis menterjemahkan satu persatu ayat disamping membincangankan makna dan tadabbur untuk dihayati beserta dalil-dalil sokonganyang sahih daripada al-Quran dan hadis Rasullullah S.A.W dengan bahasa yang mudah difahami. 

Pada bahagian awal buku ini disertakan teks qurani yang lengkap bagi Surah Al-Mulk untuk memudahkan pembacaan dan 

Semoga buku ini membawa manfaat yang sebanyak mungkin kepada masayarakat khususnya dalam menghayati dan mengamalkan surah ini .Sebarkanlah segala kebaikan daripada buku iniagar setiap daripada kita mendapat ganjaran yang besar dan berpanjangan daripada Allah SWT.

Judul:   Rahsia Surah Al- Mulk

Pengarang:  Abdul Fatah Zakaria

Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd.

Tahun Terbit: 2018. Harga: RM 22.90. Muka surat: 100

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

Buku: Percaya Aku Boleh, Pasti Berjaya Jangan Putus Asa / Ustaz Habib Zainal Abidin / Sri Saujana Marketing / 2019

ULASAN BUKU JANUARI 2020. Buku: Percaya Aku Boleh, Pasti Berjaya Jangan Putus Asa  / Ustaz Habib Zainal Abidin / Sri Saujana Marketing / 2019

ISBN: 978 -  983 – 967 – 2133 – 78  – 0

Kategori:  Motivasi

Ringkasan / Umum :

Di antara dua jenis hamba Allah itu,satu golongan yang diberi kebaikan melalui ketaatan merak melakukan ibadah,siang dan malam,mereka dipancarkan oleh cahaya solat malam,bacan al-Quran,wirid dan zikir lalu dipenuhi oleh keceriaan.

Namun golongan lain bagi Allah kurniakan kebaikan melalui cabaran dan dugaan. Lalu dengannya hati mereka menjadi hidup,jiwa semakin mantap dengan keimanan dan ketakwaan,lantaran asakan cabaran dan ujian.

Inilah persoalan pokok yang dibincangkan dalam buku ini. Buku yang memuatkan  dengan petikan daripada 

al-Qura n dan hadis,serta pandangan para sahabat Rasullullah S.A.W  yang boleh membangkitkan dorongan dan semangat untuk terus maju meredah segala cabaran dan ujian dalam hidup ini.

Sesungguhnya,buku ini juga mengajak anda mengenal lebih dekat lagi akan hakikat cabaran,musibah dan ujian yang Allah turunkan ke atas sesiapa  di kalangan hamba-Nya yang dikehendaki di kalangan para nabi-Nya,para sahabat Rasullullah S.A.W  serta tokoh pejuangan kebenaran yang mampu dan berjaya berhadapan dengan ujin getir dalam perjungan tanpa ada tempoh waktunya.Mereka berjaya mengukir sejarah kebaikan dan kebahagiaan yang dapat dicontohi oleh genarasi sezaman mereka dan selepas meraka.

Judul:   Percaya Aku Boleh, Pasti Berjaya Jangan Putus Asa. Pengarang:   Ustaz Habib Zainal Abidin. Penerbit:  Sri Saujana Marketing. Tahun Terbit:  2019. Harga:  RM 22.00. Muka surat:  250

Disediakan Oleh: Di semak Oleh : 

Kamariah Bt Omar         Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA / HADI FAYYADH / IQES TIJARAH TRADING / 2017

CALL NO. : 899.2333 HAD

ISBN : 978-967-14276-1-3

BAHASA :BAHASA MELAYU

KATEGORI : AGAMA ISLAM


ULASAN: 

Buku ini mengisahkan tentang seorang kembara saintis astronomi atheis yang tidak percaya kewujudan tuhan.


Prof Dr. Fayyadh bersama kawan-kawannya mengalami peristiwa proses jajaran matahari yang mengimbangi 8 planet tidak selari dengan sistem suria bumi satu penyebab gelombang hitam kosmos.


Walhal dunia sudah mula menyedari hakikat saat kehancuran semakin menghampiri kehidupan dan peradapan manusia. Apatah lagi kebuntuan membuatkan hati akhirnya membolak balikan setiap hari.


Apabila datangnya musibah kemarau dan kebuluran adalah kemuncak fitnah dan penipuan.Seseorang yang melihat dunia dari pandangan akhirat maka dia selamat manakala melihat akhirat dari pandangan dunia barangkali akan jadi sebahagian dari pengikutnya seperti kedatangan dajjal, baginya neraka itu syurga dan syurga itu neraka dan dajjal menggelarnya the great god bagi menyambung perjuangan nenek moyang mereka iblis Azazil.


Dengan kedatangan Imam Al Mahdi dan Nabi Isa a.s. merungkai kezaliman dengan keadilan.Dikala ini puak Yahudi Zionis banyak menanam pokok dikenali gharqad bagi membantu menyembunyi diri dicelah-celah pokok dari tentangan kaum muslimin.


Atheis yang dahulu tak mempercayai ujudnya Allah mendapat bimbingan dengan mengenali karyanya iaitu Al-Quran.


Tidak ada yang selamat melainkan mereka yang teguh menjaga akidahnya.Akan tetapi setiap manusia dimana perhatianya adalah perutnya,kebanggan mereka adalah harta benda dan qiblatnya adalah wanita,agama mereka adalah wang dan mereka itulah paling hina dan tidak mendapat disisi Allah.


Prof DR.Fayyadh bermakna limpahan rezeki dan dermawan akan bersiri kedua menuju ke timur bagi menjulang ketauhidan Allah.


JUDUL : KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA

PENGARANG : HADI FAYYADH

PENERBIT : IQES TIJARAH TRADING

TAHUN TERBIT :2017

HARGA :RM20.90

MUKA SURAT :300

PENGULAS: ZAINI BIN MOHAMED

ULASAN BUKU MAC. Kisah-Kisah Teragung Al-Quran / Saniyasnain Khan / DARUL MUGHNI TRADING / 2019

ULASAN BUKU MAC. Kisah-Kisah Teragung Al-Quran / Saniyasnain Khan / DARUL MUGHNI TRADING /  2019


Judul: Kisah-Kisah Teragung Al-Quran

Pengarang: Saniyasnain Khan

Penerbit: DARUL MUGHNI TRADING

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM9.80

Muka surat: 317ms

No. Panggilan: K 297.1222


Buku ini menghimpunkan 42 buah cerita teladan yang dipetik dalam A Quran. Setiap kisah diselitkan dengan pengajaran yang boleh dijadikan pedoman dan iktibar.


Bahasa yang digunakan mudah difahami oleh kanak-kanak. 


Terdapat juga ilustrasi yang berwarna warni untuk menarik minat kanak-kanak membacanya. 


Di akhir seriap kisah turut disertakan rujukan di dalam Al-Quran bagi memudahkan ibu bapa menyemak serta membuat rujukan. 


Terdapat juga perkatannya yang dicetak dengan dua warna mengikut suka kata. Ini dapat membantu anak- anak walaupun masih dalam proses belajar.


Disediakan oleh:

Mohd Khalib bin Abdul Manaf

Perpustakaan Desa Leban Chondong


Disemak Oleh:

Norhidayah Binti Salleh

PAD Rompin