Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Bentong 2016. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Bentong 2016. Show all posts

Wednesday, February 8, 2017

BUKU Kanser Wanita Pencegahan dan Rawatan PENULIS Mohd Rushdan Md Noor PENERBIT Utusan Publications 2008

Buku: Kanser Wanita Pencegahan dan Rawatan oleh Mohd Rushdan Md Noor terbitan Utusan Publications 2008

No. Perolehan: 08-39491
Call No.: R 616.9940082 MOH
ISBN 978-967-61-2065-0
Bahasa: Melayu
Katagori: Kesihatan

Ulasan: Buku Kanser Wanita Pencegahan Dan Rawatan adalah merupakan buku yang terbaik untuk kaum wanita mengetahui dengan lebih dalam mengenai kanser-kanser yang menyerang wanita di dalam senyap.Semoga buku ini mendapat manfaat kepada seluruh wanita.

Judul: Kanser Wanita Pencegahan dan Rawatan
Pengarang: Mohd Rushdan Md Noor
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM56.00
Muka Surat: 367
Rating  : 10/10

Disediakan oleh
Yusniza Mohamad Arris
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Tuesday, February 7, 2017

Buku: Terapi Dengan Ibadah oleh Hassan Bin Ahmad Hammam terbitan Aqwam Jembatan Ilmu 2010

Buku: Terapi Dengan Ibadah oleh Hassan Bin Ahmad Hammam terbitan Aqwam Jembatan Ilmu 2010

No. Perolehan: DBEN08106
Call No.: 297.41 HAS
ISBN: 978-979-039-019-5
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan: Buku Terapi Dengan Ibadah ini adalah berkisar dengan amalan-amalan seharian kita sebagai umat islam. Melalui ibadah juga kita boleh memiliki kesihatan yang baik. Selain solat, berzikir juga adalah terapi yang paling untuk kita kekal sihat dan cergas.

Judul    : Terapi Dengan Ibadah
Pengarang      : Hassan Bin Ahmad Hammam ET A.L
Penerbit      : Aqwam Jembatan Ilmu
Tahun Terbit      : 2010
Harga    : RM80.00
Muka Surat      :430
Rating    : 3/10

Disediakan oleh
Yusniza Mohamad Arris
Perpustakaan Awam daerah Bentong

Monday, February 6, 2017

Buku: Meraih Cinta Ilahi oleh Syekh Abdul Qadir terbitan Khatulistiwa Press 2009

Buku: Meraih Cinta Ilahi oleh Syekh Abdul Qadir terbitan Khatulistiwa Press 2009

No. Perolehan : DBEN 08110
Call No. : R 297.23 SYE
ISBN    : 978-979-19372-3-8
Bahasa    : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan
Buku Meraih Cinta Ilahi ini adalah sesuai dibaca oleh semua golongan yang ingin meraih cinta dari Allah swt. Kita perlu sentiasa berpegang dengan tali Allah untuk mengecapi cinta daripada Nya. Kita juga perlu bersedia dari awal untuk menghadapi pelbagai ujian yang maha hebat dari Allah swt.Demi untuk meraih cinta terhadapNya, kita harus bersedia untuk menghadapi rintangan.

Judul   : Meraih Cinta Ilahi
Pengarang : Syekh Abdul Qadir Al-Jailani
Penerbit : Khatulistiwa Press
Tahun Terbit : 2009
Harga   : RM96.50
Muka Surat : 488
Rating   : 4/10

Disediakan oleh
Yusniza Mohamad Arris
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Sunday, February 5, 2017

Buku: Rabiatul Adawiyah oleh Zahiruddin Zabidi terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd

Buku: Rabiatul Adawiyah oleh Zahiruddin Zabidi terbitan PTS Litera  Utama Sdn. Bhd
No. Perolehan:    000192/15
Call No:    297.18 ZAH
ISBN:    9789833892747
Bahasa:    Melayu
Kategori:    Agama

Ulasan:    Buku Rabiatul Adawiyah menceritakan seorang wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan Negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya.Beliau merupakan anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik pula lalu dijadikan hamba. Beliau tidak menyesal takdir hidupnya begitu kerana berserah diri dan hanya mengadu kepada kepada Allah. Sampai akhir hayatnya, Rabiah tersenyum saat malaikat maut datang mengambil nyawa kerana terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.

Pengarang:    Zahiruddin Zabidi
Penerbit:    PTS Litera  Utama Sdn. Bhd.
Tahun Terbit:    2010
Harga:    RM 24.00
Muka Surat:    267
Rating:    5/10

Disediakan Oleh
Liza binti Che Omar
Perpustakaan Desa Simpang Pelangai
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Saturday, February 4, 2017

Buku Mendorong Diri Sendiri oleh Ainon Mohd.

Buku Mendorong Diri Sendiri oleh Ainon Mohd.
No. Perolehan:    000144/15
Call No:    158.1 AIN
ISBN:    9833640722
Bahasa:    Melayu
Kategori:    Falsafah

Ulasan:   

Buku Mendorong Diri Sendiri memuatkan  individu yang gagal lazimnya menyalahkan factor di luar diri mereka sebagai punca yang menyebabkan mereka gagal. Pelajar yang tidak lulus menyalahkan sekolah, guru dan soalan peperiksaan. Peniaga yang gagal menyalahkan pesaing, kerajaan dan lain-lain. Jarang sekali mereka menyalahkan diri sendiri. Benar Faktor luaran sedikit sebanyak mempengaruhi kegagalan, tetapi kejayaan juga didorong factor dalaman diri sendiri.

Buku ini mengandungi idea dan strategi bagi membantu anda mendorong diri sendiri mencapai kejayaan dengan memfokuskan kepada perubahan sikap, Mendorong Diri Sendiri memberi inspirasi kepada mereka yang ingin merealisasikan potensi diri. Sesuai dibaca oleh mereka yang ingin Berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan apa sahaja.

Buku Mendorong Diri Sendiri oleh Ainon Mohd.
Pengarang:    Ainon Mohd.
Penerbit:    PTS Millennia Sdn. Bhd.
Tahun Terbit:    2002
Harga:    RM 14.00
Muka Surat:    109
Rating:    5/10

Disediakan Oleh
Liza binti Che Omar
Perpustakaan Desa Simpang Pelangai
Perpustakaan Awam Daerah Bentong   

Friday, February 3, 2017

Buku: Joget Gamelan Terengganu dan Pahang oleh Ahmad Omar

Buku: Joget Gamelan Terengganu dan Pahang oleh Ahmad Omar

No. Perolehan:DBEN 03246
Call No:781.62993
ISBN:983-3374-00-X
Bahasa:Melayu
Kategori:KesenianWarisan

Ulasan
Buku hasil tulisan Haji Ahmad Omar yang berasal dari Terengganu ini adalah berkisahkan kepada minat beliau dalam memartabatkan senibudaya warisan khususnya dalam bidang senitari. Buku ini amat berguna kepada sesiapa yang amat meminati kesenian.

Judul:Joget Gamelan Terengganu dan Pahang
Pengarang:Ahmad Omar
Penerbit:    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
TahunTerbit:2005 ( cetakan pertama )
Harga:    RM78.00
MukaSurat    :    4213
Rating:    8/10

Disediakan oleh
Yusniza BInti Mohamad Arris
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Thursday, February 2, 2017

Buku: 400 Resepi Popular terbitan QAFF Publications

Buku: 400 Resepi Popular terbitan QAFF Publications

No. Perolehan:    DBEN 07977
Call No:    641.59
ISBN:    978-967-5015-81-6
Bahasa:    Melayu
Kategori:    Masakan
Ulasan

Buku 400 Resepi Popular ini adalah sebuah buku yang boleh memberi banyak manfaat kepada pembaca yang gemarkan aktiviti memasak di rumah.Terdapat 400 resepi popular di dalam buku ini. Disamping terdapat resepi, buku ini juga menerangkan langkah demi langkah cara pembuatan kek, serta tips cara memasak sesuatu masakan.

Judul: 400 Resepi Popular
Penerbit: QAFF Publications
Harga:    RM47.92
Muka Surat     471
Rating:    8/10

Disediakan oleh
Yusniza BInti Mohamad Arris
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Wednesday, February 1, 2017

Buku: Ayop Anak Tulakang oleh Nan

Buku: Ayop Anak Tulakang oleh Nan

No. Perolehan:08-39578
Call No.:R 741.5 NAN
ISBN:978-983-893-091-8
Bahasa:Melayu
Kategori:Komik

Ulasan
Buku Ayop Anak Tulakang adalah hasil tulisan dan lukisan daripada penulis Nan. Buku yang berunsurkan humor komedi ini adalah sangat menarik minat saya untuk membacanya. Lukisan dan tulisan di dalam buku ini begitu menarik minat saya. Buku ini boleh dibaca semua peringkat umur kerana tidak mempunyai unsur komedi yang terlalu berat.

Judul: Ayop AnakTulakang
Pengarang NAN
Penerbit:    Creative Enterprise
Tahun Terbit 1992 cetakan pertama
Harga:RM20.72
Muka Surat:121
Rating:    8/10

Disediakan oleh
Yusniza BInti Mohamad Arris
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Tuesday, January 31, 2017

Buku: AIR MATA IBU oleh NORAINI ABDUL HAMID

Buku: AIR MATA IBU oleh NORAINI ABDUL HAMID

TAJUK BUKU:  ‘AIR MATA IBU’
PENGARANG:  NORANI ABDUL HAMID
NO. PEROLEHAN:  EJAM 002402
NO. PANGGILAN:  297.577
ISBN:  9789670210124
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA

ULASAN

Air Mata Ibu merupakan buku yang membentuk sah siah diri setiap anak.  Sesuai dengan perintah agar anak tidak menderhaka kepada kedua ibubapa terutama ibu yang melahirkan.  Bahagian awal buku dimuatkan dengan kes-kes penderhakaan dan balasan yang setimpal kepada pelaku ketika masih di dunia ini. 

Penceritaan yang mudah dengan saiz teks yang sesuai membolehkan semua peringkat pembaca boleh menghayati buku ini dengan cepat.  Kesah-kesah ikhtibar dari sejarah juga dinyatakan bagi menambah peringatan sediada.  Penekanan berbuat baik kepada ibu melebihi bapa seperti apa yang dinyatakan olah Rasulullah s.a.w. 

Panduan untuk membentuk keluarga mawadah sakinah dangan melahirkan anak-anak yang berbakti kepada ibubapa dan menjauhi penderhakaan diberikan seawal merancang perkahwingan agar kejadian sudah terhantuk baru tegadah tidak terjadi kepada generasi sekarang. 

Dititipkan panduan kepada yang telah terlanjur melakukan penderhakaan agar kembali ke pangkal jalan semoga diberi pengampunan.  Tidak ketinggalan kesah mengenai fadhilat kepada anak soleh yang memuliakan ibubapa.  Betapa ganjaran syurga akan diberikan kepada anak soleh yang menghormati ibubapa dan menjalankan perintah serta suruhan Allah.   

Adalah diharapkan buku ini menjadi panduan kepada ibubapa dan anak-anak dalam mencari Keredhaan Allah dan berjaya dunia dan akhirat.  Mudah-mudahan kehidupan anak-anak akan diberkati Allah kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orangtua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua.

Pengarang:  Norani Abd Hamid
Penerbit:  Best Seller Publication
Tahun Terbit:  2011
Mukasurat:  135
Rating:  7/10

Disediakan oleh: 
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa Jambu Rias
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Sunday, January 22, 2017

Novel: Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid

Ulasan Novel: Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid

Tajuk Buku : Tombiruo
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
No perolehan: 00-00189
Kategori/call no: sastera /899.2333
Mukasurat :  517

Sinopsis Belakang Buku:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Ulasan:
Bermulanya kewujudan Tombiruo atau nama lainnya Ejim memang dah memberi tandatanya kepada saya. Adakah dia adalah manusia atau bukan. Ejim yang telah dibesarkan seorang pelarian perang memang mendapat tunjuk ajar yang baik. Rupa Ejim yang berlainan menyebabkan dia tetap kekal di dalam hutan dan menjadi menjaga sebahagian hutan yang dimiliki oleh Datuk Karim. Malapetaka yang telah menimpa Datuk Karim dan anaknya telah mengundang satu misteri kepada Amiruddin, menantu Datuk Karim dan keluarga.

Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama. Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.

ulasan oleh:
Armah Abas
Perpustakaan Desa Kemasul
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Thursday, December 22, 2016

Buku: Pembodek Parasit dalam organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

Buku: Pembodek Parasit dalam organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

NO. PEROLEHAN :  EJAM 002838

NO. PANGGILAN :  331.25

ISBN :  9789676125750

BAHASA:  MELAYU

KATEGORI:  SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN BUKU:
Pembodek Parasit dalam organisasi’ Perkataan ‘bodek’ juga bermaksud ampu atau mengangkat atau mengipas.  Sementara perkataan parasit pula bermakna sejenis hidupan bahaya yang memusnahkan sesuatu tempat ia bernaung. 

Buku ini dengan tegas dan tepat memberikan kefahaman mengenai perbuatan membodek dan implikasi akibat perbuatan keji. 

Perbuatan untuk memenangi hati seseorang dengan nawaitu untuk mendapatkan sesuatu sebagai jalan pintas yang licik dan tidak bermoral. 

Penulis menyentuh mengenai kesedaran perbuatan membodek boleh meruntuhkan sesebuah institutsi malah boleh meruntuhkan Negara jika berleluasa. 

Peringatan yang jelas agar pengamal perbuatan membodek bertaubat dan tidak bersikap tamak. 

Orang-orang yang teraniaya akibat kejahatan si pembodek yang memfitnah dan memburuk-burukkan anda sehingga hak dinafikan, rezeki disekat dan kemungkinan tindakan berbentuk hukuman dikenakan maka bersabarlah sesesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud ‘ Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya maka Dia menimpakan kepadanya musibah(ujian)’  (Riwayat Bukhari). 

Pepatah Melayu juga ada mengingatkan ‘berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’  Usaha gigih, jerih perih kepayahan yang sudah barang tentu akan membuahkan kesenangan di dunia dan akhirat yang abadi.

Pengarang:  Ahmad Faisol Haji Omar
Penerbit:  Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2012
Mukasurat:  267
Rating:  8/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan Desa Jambu Rias

Wednesday, December 21, 2016

Buku: Air Mata Ibu oleh Norani Abd Hamid

Buku: Air Mata Ibu oleh Norani Abd Hamid

NO. PEROLEHAN    :  EJAM 002402
NO. PANGGILAN    :  297.577
ISBN:  9789670210124
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA

ULASAN: Air Mata Ibu merupakan buku yang membentuk sah siah diri setiap anak.  Sesuai dengan perintah agar anak tidak menderhaka kepada kedua ibubapa terutama ibu yang melahirkan. 

Bahagian awal buku dimuatkan dengan kes-kes penderhakaan dan balasan yang setimpal kepada pelaku ketika masih di dunia ini.  Penceritaan yang mudah dengan saiz teks yang sesuai membolehkan semua peringkat pembaca boleh menghayati buku ini dengan cepat. 

Kesah-kesah ikhtibar dari sejarah juga dinyatakan bagi menambah peringatan sediada.  Penekanan berbuat baik kepada ibu melebihi bapa seperti apa yang dinyatakan olah Rasulullah s.a.w. 

Panduan untuk membentuk keluarga mawadah sakinah dangan melahirkan anak-anak yang berbakti kepada ibubapa dan menjauhi penderhakaan diberikan seawal merancang perkahwingan agar kejadian sudah terhantuk baru tegadah tidak terjadi kepada generasi sekarang. 

Dititipkan panduan kepada yang telah terlanjur melakukan penderhakaan agar kembali ke pangkal jalan semoga diberi pengampunan.  Tidak ketinggalan kesah mengenai fadhilat kepada anak soleh yang memuliakan ibubapa.  Betapa ganjaran syurga akan diberikan kepada anak soleh yang menghormati ibubapa dan menjalankan perintah serta suruhan Allah.   

Adalah diharapkan buku ini menjadi panduan kepada ibubapa dan anak-anak dalam mencari Keredhaan Allah dan berjaya dunia dan akhirat.  Mudah-mudahan kehidupan anak-anak akan diberkati Allah kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orangtua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua.

Pengarang  :  Norani Abd Hamid
Penerbit :  Best Seller Publication
Tahun Terbit :  2011
Mukasurat :  135
Rating  :  7/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias