Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Suara warga. Show all posts
Showing posts with label Suara warga. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang - Suara warga 5


Encik Rosli bin Jamil
Pengurus PBUN (Pembimbing Usahawan Negeri)
Kompleks Dagangan Indera Mahkota Kuantan

"Saya seorang yang minat buku, saya suka membeli buku, membeli secara online memudahkan saya mendapatkan bahan. Amalan membeli secara online telah banyak membantu saya dalam mendapatkan buku-buku rujukan untuk saya.

Saya lebih suka membeli buku kerana saya boleh menyimpan buku tersebut. Buku yang dimiliki boleh diserahkan kepada anak-anak kita pada suatu masa nanti. Mereka boleh membaca apa yang telah kita baca. Melalui cara ini kita akan mempunya persamaan pemikiran dengan anak-anak kerana kita telah merujuk kepada bahan yang sama. Seronok kalau kita dapat bercerita perkara yang sama dengan anak-anak.

Membeli buku sendiri membolehkan kita menulis maklumat tentang pembelian buku tersebut pada buku tersebut. Kalau buku yang dipinjam tentu kita tidak dapat membuat macam itu. Seronok rasanya apabila kita dapat menurunkan tandatangan pada buku yang kita beli.

Tetapi perkhidmatan u-pustaka teleh memberi skop baru kepada minat saya. Sebenarnya masih ada banyak lagi buku-buku yang baik-baik dan perlu saya baca. Mungkin buku-buku tersebut saya minat untuk baca tetapi tidak minat untuk menyimpannya. Melalui u-pustaka saya boleh mendapatkan buku-buku tersebut. Setelah membaca buku tersebut, dirasakan ianya buku yang menarik dan perlu disimpan untuk anak-anak saya. Saya boleh membeli buku tersebut.

Kalau sebelum ini saya membuat pembelian buku secara online, kini saya berpeluang untuk membuat pinjaman secara online. Amat memudahkan saya bagi mendapatkan bahan rujukan.

Ditemui selepas pelancaran u-Pustaka Negeri Pahang pada 16 Mei 2011.

Friday, July 1, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang - Suara warga 4



Mohd Aseri Abdul Malik
Ketua Perpustakaan Daerah Bentong

"Melalui u-pustaka saya dapat membantu ahli Perpustakaan Awam Daerah Bentong mendapatkan buku yang tiada ditempat saya tetapi ada di perpustakaan lain. Pencarian bahan untuk ahli dapat diperluaskan, melalui u-pustaka ahli tidak akan keciwa"

Kadang-kada ada ahli perpustakaan yang mengharapkan semua buku yang dia perlukan ada di perpustakaan. Bila buku tersebut tiada mereka akan rasa keciwa dengan perkhidmatan perpustakaan.

Kini dengan perkhidmatan yang disediakan oleh u-pustaka ahli perpustakaan tidak akan keciwa lagi. Jika buku yang dicari tiada di Perpustakaan Awam Daerah Bentong, mereka boleh dibantu untuk menjadi ahli u-pustaka dan seterusnya memeriksa buku tersebut di perpustakaan lain.

Lebih memudahkan lagi, mereka tidak perlu datang ke Perpustakaan Awam Daerah Bentong untuk melayari portal u-pustaka. Mereka boleh lakukan dimana-mana tempat yang ada talian internet.






Wednesday, June 29, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang -Suara warga 3


Warga KWSP Pahang.

"Sebagai orang Pahang, rasa dihargai kerana dipilih menjadi negeri yang pertama melancarkan u-pustaka. Keadah pinjaman melalui u-pustaka ini amat memudahkan ibubapa yang berminat untuk menyemai budaya membaca dikalangan keluarga mereka.

Saya adalah seorang yang minat membaca. Saya mahu anak-anak saya menersakan minat membaca ini.

Sebelum ini saya terpaksa melapangkan masa untuk ke perpustakaan awam bagi menghantar anak-anak atau meminjamkan buku untuk anak-anak saya. Terpaksa membazirkan masa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Terpaksa juga berpusing-pusaing mencari tempat untuk 'parking' kereta. Masa habis dan duit pun habis. Bukan setakat duti inyak petrol untuk kereta kadang duit untuk membeli macam-macam benda dalam perjalanan balik dari perpustakaan awam.

Dengan u-pustakan ini saya boleh mendapatkan buku-buku untuk anak-anak saya melalui internet. Tiada masa dibazirkan untuk mencari 'parking'. Tidak perlu isi minyak. Dengan sedikit wang yang perlu dibayarkan buku tersebut boleh sampai kerumah kita.

Sedikit perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan tidak menjadi halangan bagi saya untuk tujuan ini.

Monday, June 27, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang - Suara warga 2


Maryani Ismail,
Pembantu Tadbir
Pejabat RISDA Negeri Pahang

Ucapkan tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana dapat menyediakan perkhidmatan pinjaman buku melalui internet. Keadah ini amat memudahkan mereka yang benar-benar tiada kesempatan untuk berkunjung ke perpustakaan.

Saya memang minat mambaca, minat ini memang tidak pernah pudar. Tetapi alasan kesibukan dengan pelbagai tugas harian menyebabkan saya abaikan minat membaca saya.

Kemudahan yang disediakan oleh u-pustaka ini sebenarnya amat memudahkan saya untuk meminjam buku. Saya cuma perlu menjadi ahli u-pustaka, log in dalam portan u-pustaka, seterusnya boleh memilih buku yang saya minat dan buku tersebut boleh ditempah. Selepas itu saya perlu tunggu buku tersebut dihantar kerumah saya.

U-pustaka memberi skop baru untuk orang yang terlalu sibuk untuk meminjam buku ke Perpustakaan Awam Pahang. Mungkin tiada alasan untuk tidak meneruskan minat membaca. Terutama membaca buku-buku popular dan buku-buku yang ditulis oleh penulis popular.

Saturday, June 25, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang - suara warga 1


Zainal Abidin bin Mat Rabit, PKC
Ketua Pembantu Tadbir
Pejabat RISDA Negeri Pahang

Saya sangat teruja dengan pelancaran u-Pustaka Negeri Pahang. Lebih-lebih lagi apabila Negeri Pahang adalah negeri yang pertama melancarkan u-Pustaka. Melalui usaha sebegini Pahang diharap akan dapat melahirkan lebih ramai penulus dan sasterawan.

Saya sendiri sangat minat membaca dan membeli buku. Jika ada buku-buku yang popular saya akan berusaha mendapatkannya. Saya suka buku yang ditulis tentang pengalaman penulis dalam satu-satu peristiwa.

Minat membaca dan membeli buku ini turut diminati oleh isteri saya. Beliau lebih meminati majalah dan buku-buku masakan. Jika ada buku masakan yang terbaru dan popular isteri saya akan meminta saya membeli buku tersebut.

Hasil dari minat kami suami isteri dalam minat membaca dan minat membeli buku turut berkembang kepada anak-anak saya. Anak saya akan membeli pelbagi buku yang ada dipasaran. Bagi saya saya tiada suatu sistem khas untuk menjaga koleksi buku-buku saya. Tetapi anak saya akan membalut setiap buku yang dibeli. Mungkin amalan membalut buku-buku sekolah telah berkembang setelah tamat belajar. Semua buku yang dibelinya dibalut dan dijaga dengan baik.

Saya berharap minat saya, isteri saya dan anak saya akan turut diminati oleh cucu-cucu saya.

Dengan kemudahan yang disediakan oleh u-pustaka saya dapat melihat senarai buku-buku yang berada di perpustakaan yang jauh dari rumah saya. Ada beberapa buah buku lama yang saya sedang cari rupanya ada banyak di perpustakaan dinegeri lain.

Tarikh: 16 Mei 2011
Tempat: Dewan Dagangan Indera Mahkota, Kuantan.
Program: Perasmian u-Pustaka negeri Pahang