Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Pemantauan 2018. Show all posts
Showing posts with label Pemantauan 2018. Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

PANDUAN PENYEDIAAN JADUAL KERJA TAHUNAN (MyJadual)

Berikut adalah Nota Penerangan MyJadual.

Setiap kakitangan perlu mempunyai perancangan kerja yang disediakan dalam bentuk jadual kerja tahunan. Kerja tersebut PERLU ada kekerapan melakukannya. Iaitu harian minguan, bulanan atau tahunan. Kerja yang dijadualkan MESTILAH kerja yang benar-benar penting dan boleh menunjukkan tahap potensi setiap kakitangan.

Proses kerja MyJadual ini melibatkan penyediaan jadual kerja tahunan berdasarkan beberapa format termasuk format  'Tracking Form'. Ianya bertujuan menyimpan bukti bagi pencapaian setiap kakitangan. Seterusnya bukti tersebut digunakan untuk melakukan tambah baik terhadap potensi masing-masing.

Prosesnya bermula dengan penyediaan jadual, pengukuran perlaksanaan jadual, melapor hasil pengukuran seterusnya sampai kepada tindakan pembetulan.

MyJadual
DISEDIAKAN SENDIRI OLEH KAKITANGAN
DIUKUR SENDIRI OLEH KAKITANGAN
DILAPOR SENDIRI OLEH KAKITANGAN

DIPERIKSA DAN DIREKODKAN OLEH KETUA

Matlamat adalah melakukan Tambah Baik Berterusan.

------------------------------------
Kandungan MyJadual
1. KONSEP
2. PENYEDIAAN
3. PEMERIKSAAN
4. PERLAKSANAAN
------------------
1. KONSEP
------------------
Menyediakan perancangan kerja tahunan yang boleh diukur supaya boleh dilakukan tambah baik secara berterusan. Perlu disediakan sebelum masuk tahun perlaksanaan. Sebelum melaksanakannya, terdapat LIMA PERKARA iaitu A,B,C,D dan E yang perlu difahami.

Apakah Perkara A,B,C,D dan E?
A - Jadual Kerja Tahunan - Setahun sekali
B - Laporan Kerja Bulanan - Setiap bulan
C - Purata Sasaran Bulanan - Setiap bulan 
D - Semakan setengah tahun - Bulan Jun
E - Semasa Lawatan Pemantauan - Ikut Jadual

------------------
2. PENYEDIAAN
------------------
Bagaimana Perkara  A Disediakan?
A - Setahun sekali - Jadual Kerja Tahunan
Format A1 : Jadual Kerja Tahunan
Format A2 : Pengukuran Jadual Kerja Tahunan
Format A3 : Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan

Disediakan sendiri oleh semua kakitangan dengan
- persetujuan ketua
- persefahaman orang yang berkait kerja dengannya

DISEDIAKAN SEKALI SETAHUN
Penyediaan A1 melibatkan satu atau dua keping kertas.
Penyediaan A2 dan A3 melibatkan dua hingga lima keping kertas

Perlu disediakan sebelum masuk tahun perlaksanaan.

Bagaimana Perkara Disediakan?
B - Setiap bulan - Laporan Kerja Bulanan
Format B1 : Disediakan sendiri oleh kakitangan dan diserahkan kepada ketua.

Format B2 : Disediakan oleh KPD/C BERDASARKAN B1

Format B3 : Disediakan oleh KPD/C BERDASARKAN B2

Format B4 : Disediakan oleh KPD/C BERDASARKAN B3 dan dilaporkan kepada KBR setiap bulan.

Format B5 : Disediakan oleh KBR BERDASARKAN B4

Bagaimana Perkara Disediakan?
C - Setiap bulan - Purata Sasaran Bulanan
Format C1 : Sasaran  ditetapkan oleh ibupejabat.
Format C2 : Disediakan berdasarkan C1 dan dipantau oleh setiap lokasi.

Bagaimana Perkara D?
D - semakan setengah tahun

Bagaimana Perkara E Disediakan?
E - Semasa Lawatan Pemantauan
Format E1 : Senarai Tugas dan Kekerapannya.
Format E2 : Tindakan Pembetulan oleh KBR
Format E3 : Tindakan Pembetulan oleh KPD/KPC
Format E4 : Tindakan Pembetulan oleh petugas

------------------
3. PEMERIKSAAN
------------------
Bilakah Perkara  A Diperiksa?
A - Setahun sekali - Jadual Kerja Tahunan
- Format A1 : Jadual Kerja Tahunan
- Format A2 : Pengukuran Jadual Kerja Tahunan
- Format A3 : Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan

Bilakah Perkara Diperiksa?
B - Setiap bulan - Laporan Kerja Bulanan
- Format B1 : Disediakan sendiri oleh kakitangan dan diserahkan kepada ketua.
-- Format B1A2 : Laporan Jadual Kerja Bulanan (Setiap kakitangan)
-- Format B1A3 : Laporan Jadual Aktiviti Bulanan (Setiap lokasi)

- Format B2 : Disediakan oleh KPD/C BERDASARKAN B1
-- Format B2A2 : Laporan Pencapaian Kerja Bulanan Kakitangan

- Format B3 : Disediakan oleh KPD/C BERDASARKAN B2
-- Format B3A2 : Laporan Jadual Kerja Bulanan dilaporan kepada KBR pada akhir tahun.
-- Format B3A3 : Laporan Jadual Aktiviti Bulanan dilaporan kepada KBR setiap bulan.

- Format B4 : Disediakan oleh KPD/C BERDASARKAN B3
dan dilaporkan kepada KBR setiap bulan.

- Format B5 : Disediakan oleh KBR BERDASARKAN B4

Bilakah Perkara Diperiksa?
C - Apabila Perlu - Purata Sasaran Bulanan
- Format C1 : Jumlah Sasaran
- Format C2 : Berdasarkan purata sasaran bulanan

Bilakah Perkara D Diperiksa?
D - semakan setengah tahun (Bulan Jun)

Bilakah Perkara E Diperiksa?
E - Semasa Lawatan Pemantauan
- Format E1 : Senarai Tugas dan Kekerapannya.
- Format E2 : Tindakan Pembetulan oleh KBR
Format E3 : Tindakan Pembetulan oleh KPD/KPC
Format E4 : Tindakan Pembetulan oleh petugas

------------------
4. PERLAKSANAAN
------------------
Ada berapa A?
A - Setahun sekali - Jadual Kerja Tahunan
SATU KALI SETAHUN
Ada SATU Atau DUA KEPING KERTAS
FORMAT:
Ada BULAN JANUARI hingga DISEMBER (Tegak)
Ada TUGAS 1 hingga TUGAS 10 Atau Seterusnya (Lintang)

Ada berapa B?
B - Setiap bulan - Laporan Kerja Bulanan

- Format B1 :
DUA BELAS keping SETAHUN BAGI SETIAP KAKITANGAN
Dari BULAN JANUARI hingga  DISEMBER

- Format B2 :
DUA BELAS keping SETAHUN BAGI SETIAP DAERAH/CAWANGAN
Dari BULAN JANUARI hingga DISEMBER

- Format B3 :
SATU keping SETAHUN BAGI SETIAP DAERAH/CAWANGAN
--ADA BULAN JANUARI hingga DISEMBER (Lintang)
--ADA NAMA SEMUA KAKITANGAN (Tegak)

- Format B4 : Disediakan oleh KPD/C dan dilaporkan kepada KBR setiap bulan.
SATU KEPING SETAHUN BAGI SETIAP DAERAH/CAWANGAN
--ADA BULAN JANUARI hingga DISEMBER (Lintang)
--ADA NAMA DAERAH/CAWANGAN MASING-MASING SAHAJA

- Format B5 : Disediakan oleh KBR.
ADA BULAN JANUARI hingga DISEMBER (Lintang)
ADA NAMA DAERAH/CAWANGAN (Tegak)

Ada berapa C?
C - Setiap bulan - Purata Sasaran Bulanan
- Format C1 :
SEKEPING SAHAJA bagi setiap lokasi
DISEMAK DUA KALI SETAHUN
Ada KATEGORI LOKASI (Tegak)
Ada PERKARA SASARAN (Lintang)

- Format C2 :
SEKEPING SAHAJA bagi setiap lokasi
DISEMAK SETIAP MINGGU
Ada Bulan Januari - Disember (Tegak)
Ada Nama Perkara Yang Disasarkan (Lintang)

Ada berapa D?
D - semakan setengah tahun

Ada berapa E?
E - Ikut Jadual - Semasa Lawatan Pemantauan

- Format E1 :
DISEDIAKAN SETAHUN SEKALI
Ada bilangan tugas
Ada kekerapan tugas

- Format E2 :
DISEMAK OLEH KPD/KBR SEMASA LAWATAN PEMANTAUAN BERJADUAL
KE PAD atau PAC atau PD.


Format E2 :
Direkodkan oleh KBR semasa lawatan berjadual.
Diperiksa oleh Pengarah selepas lawatan.

Format E3 :
Direkodkan oleh KPD/KPC semasa lawatan berjadual.
Diperiksa oleh KBR semasa lawatan berjadual.

Format E4 :
Direkodkan oleh semua petugas berdasarkan jadual masing-masing.
Diperiksa oleh KPD/KPC/KBR semasa lawatan berjadual.

Bagi Format E2, E3 dan E4
Ada catatan - perkara yang perlukan tindakan (PERKARA)
Ada catatan - tindakan yang perlu dilakukan (TINDAKAN)
Ada catatan - tempoh bagi tindakan tersebut (TEMPOH)

Friday, March 30, 2018

Jadual Lawatan Pemantauan Ke Daerah, Cawangan dan Desa 2018

[PANDUAN PENYEDIAAN JADUAL KERJA TAHUNAN]
[ATURCARA SEMASA LAWATAN]

KUANTAN 

4.4.2018 (Rabu)
9.00 pg : Mesyuarat Desa Kuantan Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

2.30 pt : Lawatan Pemantauan PD Mahkota

19.04.2018 (Khamis)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Lepar Hilir 1

2.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Sungai Lembing

20.04.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Balok

TEMERLOH

17.4.2018 (Selasa)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Temerloh Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

18.4.2018 (Rabu)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Jenderak Loop

2.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Kerdau

4.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Sanggang

27.6.2018 (Rabu)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PAC Lanchang

BENTONG

23.5.2018 (Rabu)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Bentong Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

29.6.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Simpang Pelangai

1.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Kemasul

27.6.2018 (Rabu)
3.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Jambu Rias

28.6.2018 (Khamis)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Lurah Bilut

3.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Janda Baik

JERANTUT

30.5.2018 (Khamis)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Jerantut Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

3.8.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Damak

6.7.2018 (Jumaat)
2.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Pulau Tawar

RAUB 

19.9.2018 (Rabu)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Raub Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

20.21.2018 (Khamis)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Jeruas 

1.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Ulu Gali

CAMERON 

__._.2018 (_)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Cameron Bersama KBR ðŸ”»
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

MARAN

9.8.2018 (Khamis)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Maran Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

5.7.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Luit

3.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Chenor

6.7.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PAC Jengka

PEKAN

18.7.2018 (Rabu)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Pekan Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

_._.2018 (_)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Paloh Hinai ðŸ”»

2.00 pt : Lawatan Pemantauan PD Peramu Jaya 1 ðŸ”»

LIPIS

1.8.2018 (Rabu)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Lipis Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

2.8.2018 (Khamis)
9.30 pg : Lawatan Pemantauan PD Merapoh

3.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Gua

3.8.2018 (Jumaat)
2.30 pt : Lawatan Pemantauan PD Benta

ROMPIN

15.8.2018 (Rabu)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Rompin Bersama KBR
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

16.8.2018 (Khamis)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Leban Chondong

17.8.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Bukit Ibam

2.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Muadzam

BERA 

27.9.2018 (Khamis)
9.00 pg : Mesyuarat Daerah Bera Bersama KBR ðŸ”»
11.30 pg : Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
2.30 pt : Pemantauan PAD

28.9.2018 (Jumaat)
9.00 pg : Lawatan Pemantauan PD Bandar 32 ðŸ”»

2.30 pt : Lawatan Pemantauan PD Mengkarak ðŸ”»

Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap

Garis Panduan
BANGKEL LATIHAN DALAMAN
BAHAGIAN RANGKAIAN PERPUSTAKAAN

BANGKEL KREATIVITI DAN KECERIAAN LANDSKAP PERPUSTAKAAN
A. PENDAHULUAN
B. LATAR BELAKANG
C. JANGKAAN MASALAH
D. OBJEKTIF BANGKEL
E. MODUEL LATIHAN
 1. KONSEP LANDSKAP
 2. PELAN LAKAR
 3. KEPERLUAN PENYELANGGARAAN
 4. ANGGARAN KOS
 5. KERJA GOTONG ROYONG
 6. PELAN TINDAKAN
 7. PERSEMBAHAN
 8. ATURCARA BANGKEL
 9. KEPERLUAN BANGKEL
Penceramah: KBR
Fasilitator: KPD

A. PENDAHULUAN
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Perkhidmatan bil 1/2018 pada 27 Februari 2018 telah membincangkan mengenai Landskap dan Keceriaan di Perpustakaan Daerah.Mesyuarat mencadangkan supaya mengindahkan landskap dan keceriaan di setiap perpustakaan daerah bagi menarik minat pengunjung ke perpustakaan awam seluruh Negeri Pahang. Permohonan pokok bagi keceriaan landskap boleh dimohon kepada Pejabat Perhutanan dan Majlis Daerah/ Perbandaran.

Bagi melaksanakan keputusan ini, Bahagian Rangkaian menjadikan Keceriaan landskap ini sebagai bangkel latihan dalaman bagi menjana kreativiti dan potensi kakitangan.

B. LATAR BELAKANG

Keceriaan Landskap merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian oleh petugas di daerah cawangan dan desa. Bangkel Keceriaan Landskap ini mendedahkan kakitangan tentang perancangan asas untuk menyediakan Laman Landskap. Pada masa ini keceriaan landskap perpustakaan adalah pada tahap serdahana dan boleh ditingkatkan.

Kejayaan proses Keceriaan landskap mungkin dikaitkan dengan individu yang kreatif dan mempunyai minat terhadap landskap. Petugas yang kurang terserlah dalam perkara ini sering menganggap diri mereka tidak tiada kemampuan kerana kurang kreatif dan minat.

Kreativiti bukanlah sesuatu yang dimiliki oleh petugas yang bergelar “bijak pandai”. Kita semua mampu meningkatkan kreativiti dan potensi dalam situasi yang sesuai jika kita benar-benar memberikan fokus.

Kreativiti adalah aktiviti hasil daripada proses pemikiran orang-orang yang biasa macam kita semua.Penjanaan minda yang kreatif boleh bermula dari mereka yang banyak latihan, tekun dan sabar untuk menjelmakan kreativiti dari imaginasi menjadi kenyataan. Diakui bahawa setiap individu berbeza keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menganalisis dan bakat. Keupayaan minda mungkin meningkat seiring dengan peningkatan fokus dan pengalaman kerja. Tahap penerimaan ilmu juga berbeza bagi setiap petugas. Petugas yang ada minat dan pengalaman serta pernah mempelajari ilmu landskap akan lebih mudah menerima dan memahami tugaan ini berbanding individu yang tidak berminat dengan landskap.

Sehubungan itu bangkel latihan ini diadakan bagi membolehkan individu yang merasa tidak kreatif dapat merangsang idea kreatif mereka dan membuat perancangan landskap. Kefahaman tentang proses kerja dalam perancangan lanskap adalah penting bagi memudahkan sesuatu rekabentuk landskap dirancang.

Tempoh masa bangkel ini yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan tidak terhasil satu rekabentuk landskap yang sesuai. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau tiba-tiba. Sebaliknya ia adalah proses yang memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun sebelum dapat memberikan hasil yang betul-betul menarik. Ianya termasuklah proses berfikir, mencuba dan ujian sehingga terhasil landskap yang ceria. Tetapi ianya perlu bermula sekarang.

Lanjutan kepada bangkel ini perlu diusahakan di peringkat daerah/cawangan masing-masing.Seperti Program Galakan Membaca dikalangan kakitangan iaitu Ulasan Buku boleh dijadikan lanjutan kepada Bangkel Keceriaan Landskap. Petugas boleh membuat ulasan buku berkaitan landskap. Inilah keadah latihan dalaman yang tidak melibatkan pihak luar.

C. JANGKAAN MASALAH
Antara halangan yang paling ketara adalah tidak mempunyai cukup masa bagi memberikan tumpuan kepada landskap. Kerja yang ada sekarang dirasakan terlampau banyak dan bagi sesetengan petugas hampir-hampir tidak mampu dilaksanakan semuanya.

Ketiadaan pelan perancangan landskap juga antara faktor penyebab kurangnya tumpuan kepada aspek keceriaan landskap. Kontraktor mencuci dan membersih tidak boleh diharapkan sepenuhnya untuk membuat perancangan landskap. Kerana kerja mencuci dan membersih tidak sama dengan kerja landskap.

Motivasi juga perkara yang perlu diberikan tumpuan. Motivasi merupakan proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku petugas kearah satu-satu tujuan. Maka dengan mengadakan bangkel ini diharap dapat menjana motivasi petugas untuk menghargai dan menikmati keceriaan.

Seterusnya memasukkan pemeriksaan landskap dalam Jadual Kerja Tahunan adalah keadah terbaik.

D. OBJEKTIF BANGKEL
Hasil dari bangkel ini diharap dapat membantu peserta supaya:
1. Boleh mengerakkan minda kreativiti peserta.
2. Boleh menyediakan konsep dan pelan lakar landskap.
3. Boleh mengenal pasti keperluan kos dan pasukan untuk kerjasama
4. Boleh menerangkan perancangan kepada pihak lain seperti JK Penasihat.
5. Boleh menyediakan jadual tindakan

E. MODUEL LATIHAN

1. KONSEP LANDSKAP
Peserta perlu menyediakan satu konsep untuk diberi nama kepada landskap mereka. Antara konsep yang boleh dinamakan adalah:
- Landskap herba tanah tinggi
- Landskap dengan terowong masa sejarah daerah
- Landskap perpustakaan dalam dusun
- Landskap bunga raya

2. PELAN LAKAR
Peserta diminta menyediakan pelan lakar bagi perpustakaan masing-masing yang terdiri dari:
1. Lakaran tapak kosong
2. Lakaran element sedia ada
3. Lakaran element dirancang

3. JADUAL PENYELANGGARAAN
- Harian
- Mingguan
- Bulanan
- Tahunan

4. ANGGARAN KOS
Peserta perlu menyediakan anggaran kos bagi:
- Pokok
- Bukan pokok
- Upah kerja

5. KERJA GOTONG ROYONG
Peserta perlu menyediakan cadangan mengenai perkara yang boleh diperolehi tanpa kos.
- Pokok
- Bukan pokok
- Kumpulan atau individu yang akan membantu

6. PELAN TINDAKAN
-Semakan dengan KPD
-Pembentangan kepada JK Penasihat
-Surat permohonan pokok
-Surat permohonan bantuan landskap

7. PEMBENTANGAN
Diakhir Bangkel Keceriaan Landskap ini, peserta akan membuat persembahan mengenai idea dan kreativiti yang dijana semasa bangkel ini. Perkara yang boleh diterangkan adalah:
- Apakah konsep landskap
- Kenapa konsep tersebut sesuai dengan perpustakaan.
- Dimanakah susunan pokok dan bukan pokok
- Siapakah yang akan berkerjasama
- Bagaimanakah projek ini dijalankan
- Bilakah akan dimulakan.

8. ATURCARA BANGKEL
11.00 pg - Menjana Kreativiti dan Menceriakan Landskap.
11.10 pg - Penyediaan konsep landskap
11.20 pg - Penyediaan pelan lakar tapak
11.35 pg - Penyediaan anggaran kos dan kerja gotong royong
11.45 pg - Pembentangan
12.00 tgh - Rumusan.

PENCERAMAH: KBR
FASILITATOR: KPD

9. KEPERLUAN ALAT TULIS
-Kertas A4 atau A3
-Pen hitam, biru dan merah
-Pensil

10. PERLAKSANAAN
KBR mengadakan lawatan pemantauan berjadual ke 13 lokasi daerah dan cawangan. Bangkel ini akan dijalankan di 13 lokasi lawatan tersebut. Pada hari yang sama diadakan Mesyuarat Pengurusan Daerah/Cawangan Bersama KBR yang dipengerusikan oleh KBR. Bangkel ini diadakan selepas mesyuarat tersebut. Permohona  dibuat kepada Bahagian Khidmat Pengurusan untuk memasukkan bangkel ini sebagai satu hari latihan.

Lawatan Pemantauan Ke Daerah, Cawangan dan Desa 2018

Garis Panduan
PENGISIAN LAWATAN PEMANTAUAN KETUA BAHAGIAN RANGKAIAN
Tujuan: Bagi melihat lebih dekat situasi semasa dan kreativiti petugas.
1. Mesyuarat Pengurusan Daerah /Cawangan
2. Bangkel Kreativiti dan Keceriaan Landskap
3. Lawatan Pemantauan

ATURCARA LAWATAN

1. MESYUARAT PENGURUSAN DAERAH /CAWANGAN
Tujuan: Membantu KPD/C membincangkan keberkesanan perancangan kerja kakitangan.

AGENDA MESYUARAT
9.30 pg - Ucapan aluan
 - Laporan Kakitangan
--- A1, A2, A3, B1A2, B1A3, C2 dan E1
--- Tarikh dan Pengerusi Mesyuarat JK Penasihat Desa (2016-2018)
 - Laporan KPD/C
--- B2A2, B3A2 dan B4A2
 --- B2A3, B3A3
--- Tarikh dan Kehadiran Mesyuarat Daerah/Caw (2016-2018)
--- Tarikh dan Pengerusi Mesyuarat JK Penasihat (2016-2018)
 - Ulasan KBR
 - Panduan Penyediaan Jadual Kerja Tahunan
 - Penjenamaan Semula Papan Kenyataan
 - Hal-hal Lain
11.15pg - Penutup

2. BANGKEL KREATIVITI DAN KECERIAAN LANDSKAP
Tujuan: Membantu KPD/C  menjana kreativiti dan potensi  kakitangan
11.30 pg - Tajuk Menjana Kreativiti Menceriakan Landskap (oleh: KBR)
11.40 pg - Bangkel penyedian pelan lakar, anggaran kos dan jadual kerja (Fasi: KPD)
12.10 tgh - Pembentangan (oleh petugas PAD/PAC/PD)
12.30 - Rumusan (KBR/KPD)

3. PEMANTAUAN  DAERAH /CAWANGAN
Tujuan: Membantu KPD melihat situasi dilokasi kawalan.
2.30 pt - Memeriksa B1 dan C2
2.45 pt - Memeriksa E2
3.00 pt - Memeriksa Minit Mesyuarat Daerah/Caw (2016-2018)
3.30 pt - Memeriksa Minit Mesyuarat JK Penasihat (2016-2018)
4.00 pt - Memeriksa kebersihan, keselamatan, keceriaan dan kerosakan.
4.30 pt - Rumusan

4. PEMANTAUAN DESA
-seperti Perkara 3-