Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Jerantut 2017. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Jerantut 2017. Show all posts

Sunday, August 20, 2017

Buku DEMOKRASI DAN PROSES PILIHAN RAYA Pengarang FATIN FATIHA HASAN Penerbit PEKAN ILMU 2013

Buku DEMOKRASI DAN PROSES PILIHAN RAYA Pengarang FATIN FATIHA HASAN Penerbit PEKAN ILMU 2013

TAJUK BUKU : DEMOKRASI DAN PROSES PILIHAN RAYA
PENGARANG : FATIN FATIHA HASAN  
NO PANGGILAN : 959.5 FAT
ISBN : 978-967-5841-61-3
PENERBIT : PEKAN ILMU PUBLICATIONS
TAHUN TERBIT : 2013
EDISI BAHASA : BAHASA MELAYU
HARGA : RM 14.80
ULASAN BUKU ;
Malaysia mencipta sejarah baharu dari semasa ke semasa. Namun sejarah lama tidak wajar dilupakan. Hal ini kerana, sejarah silam banyak memberi iktibar dan pengajaran berguna buat negara. Malaysia Dalam Sejarah Moden merupakan sebuah siri yang bukan sahaja memaparkan lipatan sejarah lama, malah memperihalkan pula berlakunya episod sejarah baharu. Malaysia Dalam Sejarah Moden wajib menjadi rujukan pelajar untuk mengatahui sejarah lama dan terkini, seiring dengan dasar kerajaan mewajibkan mata pelajaran Sejarah diajar
 di sekolah-sekolah. Malaysia Dalam Sejarah Moden mengandungi maklumat terkini, gaya bahasa yang mudah difahami, sisipan informasi, glosari dan latihan.

Disediakan oleh                                                           Disahkan oleh

...................................... ......................................
(HAIRIL NIZAM BIN ABDUL MALEK)               (NORIZAN BT ABDULLAH)
  PEMBANTU PUSTAKAWAN S19 KETUA PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

Thursday, August 17, 2017

Buku KEHALUSAN SENI DALAM BOLA SEPAK Pengarang MOHD KAMIL ABDUL LATIFF Penerbit USAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA) 2008

Buku KEHALUSAN SENI DALAM BOLA SEPAK  Pengarang MOHD KAMIL ABDUL LATIFF   Penerbit USAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA) 2008

TAJUK BUKU : KEHALUSAN SENI DALAM BOLA SEPAK
PENGARANG : MOHD KAMIL ABDUL LATIFF
NO PANGGILAN : 796.334/MOH
ISBN : 978-967-305-125-0
PENERBIT : PUSAT PENERBITAN UNIVERSITI (UPENA), UITM
TAHUN TERBIT : 2008
EDISI BAHASA : BAHASA MELAYU
HARGA : HADIAH

ULASAN BUKU;
Bola sepak merupakan satu jenis sukan yang bukan sahaja sangat popular di Malaysia malah di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja dijadikan sebagai aktiviti riadah malah dianggap sebagai suatu bidang kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

Buku ini di tulis oleh dua orang pakar sukan yang membuat kajian tentang kehalusan seni dalam bola sepak iaitu Mohd Kamil Abdul Latiff, merupakan seorang yang aktif bermain bolasepak di peringkat kebangsaan antara sekolah – sekolah dan kelab di Singapura .

Mendapat pendidikan lanjutan peringkat Master In Science (information Technology)  UITM. Manakala Norshidah Mohd Noordin merupakan lulusan bidang Sains Kemasyarakatan (Pengkhususan Sains Politik ) di Universiti Sains Malaysia dan universiti tempatan yang lain.

Hasil penulisan buku ini beliau ingin menyatakan untuk mencapai tahap permainan bola sepak yangcemerlang dan terbilang seseorang pemain seharusnya mempunyai satu kesenian dan kemahiran yang tinggi dalam permainan ini . Menguasai skil dan teknik yang betul dalam permainan bola sepak adalah penting.

Maka buku ini di tulis hasil dari pengalaman saudara Majid Bin Arif sebagai seorang jurulatih dan pemain bola sepak suatu ketika dulu di peringkat nasional mahupun antarabangsa.Buku ini di tulis dengan harapan untuk memberi  serba sedikit panduan dan tips tentang permainan bola sepak melalui kaedah Kehalusan Seni Dalam Bola Sepak (“The Finer Art Of Footbal ).

Disediakan oleh                                                                  Disahkan oleh
......................................      ......................................
(HAIRIL NIZAM BIN ABDUL MALEK)      (NORIZAN BT ABDULLAH)
  PEMBANTU PUSTAKAWAN S19                    KETUA PERPUSTAKAN AWAM DAERAH JERANTUT

Tuesday, August 1, 2017

Buku SIHAT DARI MEJA MAKAN Pengarang NOR HANIS HASHIM PENERBIT SYNERGY MEDIA

Buku SIHAT DARI MEJA MAKAN Pengarang NOR HANIS HASHIM PENERBIT SYNERGY MEDIA

ULASAN BUKU BULAN JUN 2017 BUKU 2

TAJUK BUKU         :   SIHAT DARI MEJA MAKAN
PENGARANG        :    NOR HANIS HASHIM
NO.PANGGILAN  :    641.5631/SIH
ISBN                       :   978-967-371-885-6
PENERBIT              :   SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT     : 
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 32.90


ULASAN BUKU;

Makanan merupakan factor yang mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.

Pemilihan makanan yang kurang sihat dan tidak mengandungi zat mesti di kurangkan pengambilannya.

Jadikan makanan sebagai ubat, dengan mengambil makanan sihat, kita akan kelihatan awet muda dan segar.

Kajian mengenai nutrisi membuktikan pengambilan makanan yang didominasi oleh karbohidrat menjadi punca terjadinya pelbagai penyakit.

Bermula dari diabetes, hipertensi sehinggalah kepada penyakit kanser.

Melalui buku ini, anda akan mendapat pelbagai informasi yang menggalakan anda untuk mengamalkan corak pemakanan yang sihat.

Monday, July 24, 2017

Buku RAHSIA KESIHATAN DARI JAMBU Penerbit SYNERGY MEDIA

Buku RAHSIA KESIHATAN DARI JAMBU Penerbit SYNERGY MEDIA

ULASAN BUKU BULAN MEI  2017 BUKU 1

TAJUK BUKU            :   RAHSIA KESIHATAN DARI JAMBU
PENGARANG        : 
NO.PANGGILAN  :    615.323765/IDE 
ISBN                       :   978-967-371-938-9
PENERBIT              :   SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT     : 
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 16.90

ULASAN BUKU;

Jambu batu dalam Bahasa Inggeris di sebut Guava dan memiliki banyak nama. 

Rasa buah jambu batu manis dan renyah di sukai ramai orang serta mengandungi vitamin c.
Ia juga menyimpan berjuta-juta manfaat. Hampir semua bahagian pokok jambu dapat dimanfaatkan seperti akar, batang dan daunnya dapat digunakan untuk mengubati beberapa masalah dan penyakit.

Jambu batu juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan  menurunkan tekanan darah tinggi serta antikanser.  Jambu batu juga enak di buat jem dan jus jambu batu yang berkhasiat

Tuesday, May 23, 2017

buku CHICKEN SOUP FOR THE SOUL penulis JACK CANFIELD, Mark Victor Hansen & Amy Newmark penerbit PTS PROFESSIONAL PUBLISHING 2013

ULASAN BUKU BULAN APRIL  2017 BUKU 2

TAJUK BUKU         :   CHICKEN SOUP FOR THE SOUL : Berfikir Positif Edisi Bahasa Melayu
PENGARANG        :    CANFIELD, JACK
NO.PANGGILAN  :    158.1/CAN
ISBN                       :   978-967-369-144-9
PENERBIT              :   PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BND
TAHUN TERBIT     :   2013
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 27.00

ULASAN BUKU  ;
Seringkali apabila diuji dengan dugaan dan cabaran, kita bertanya kepada diri, apakah hikmah di sebalik semua itu? Terlalu berat kepayahan dan penderitaan yang ditanggung sehingga kita putus harapan.

Tanpa kita sedari semuanya sudah direncanakan oleh Tuhan, dan pastinya ada yang terbaik buat kita. Cuma sinar cahayanya belum dapat kita lihat pada masa itu. Buku ini mengupas kisah-kisah benar yang berlaku kepada pelbagai kelompok masyarakat. Ia dapat memberi pengajaran kepada kita supaya lebih optimis, yakin dan positif dalam melayari kehidupan seharian.

Tuesday, May 16, 2017

Buku PANDUAN MENJADI BLOGGER TERKENAL oleh FATHUL HUSNAN penerbit SAM SYNERGY MEDIA SDN. BHD 2014

ULASAN BUKU BULAN MAC  2017 BUKU 1

TAJUK BUKU        :   PANDUAN MENJADI BLOGGER TERKENAL
PENGARANG        :    FATHUL HUSNAN
NO.PANGGILAN  :    005.7/FAT
ISBN                       :   978-967-444-005-3
PENERBIT              :    SAM SYNERGY MEDIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT     :   2014
EDISI BAHASA       :    BAHASA MELAYU
HARGA                   :    RM 18.32


ULASAN BUKU  ;
Dengan menghayati dan mempelajari buku ini, pasti anda akan mahir dalam membina dan memperhebatkan Blogger anda, kerana buku ini akan mengajar kaedah atau cara-cara yang ringkas supaya anda mudah memahaminya. Selain itu, buku ini bukan sekadar  mengajarkan tentang cara memperindahkan Bolgger, tetapi turut menjelaskan tentang cara-cara membuat online bookmark, mengetahui arahan Iframe dan banyak lagi. Diharapkan agar buku ini memberi manfaat kepada semua dalam mengharungi arus teknologi yang kian pesat supaya kita juga mampu bersaing dengan Negara-negara luar.

Tuesday, February 7, 2017

BUKU: Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim PENERBIT: Darul Mughni Trading

BUKU: Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim. Dilengkapi dengan zikir dan doa bagi solat fardu PENERBIT: Darul Mughni Trading

JERANTUT
JUDUL BUKU Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim
PENGARANG Sidang Pengarang
NO. PANGGILAN K  297.3822 / PAN
ISBN 9789670816395
PENERBIT Darul Mughni Trading
TARIKH / TAHUN TERBIT Cetakan Pertama-2014
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA RM18.32

ULASAN BUKU
Solat merupakan tiang agama.Solat fardhu diwajibkan keatas setiap Muslim yang baligh dan berakal sebanyak lima kali sehari. Cara solat yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat adik – adik diterima oleh Allah SWT.

Buku Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim menyediakan panduan lengkap lagi khusus bagi ibadah solat. Ini termasuklah persiapan sebelum solat seperti berwuduk dengan sempurna , pergerakan dan bacaan di dalam solat serta zikir dan doa selepas solat. Cara solat berjemaah , solat bagi orang sakit , solat jamak dan qasar turut dijelaskan. Tidak lupa juga tentang pelbagai jenis solat sunat.

Buku ini diharapkan dapat member manfaat yang maksimum kepada para pembaca. Ilustrasi yang berwarna dan berinformasi mampu menjana kefahaman yang lebih mendalam. Semoga akan  lahir generasi muda yang khusyuk di dalam solat. Insya Allah.