Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Jerantut 2015. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Jerantut 2015. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

BUKU No.5: SAAT MENJADI TETAMU ALLAH oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

BUKU: SAAT MENJADI TETAMU ALLAH oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

JUDUL BUKU : SAAT MENJADI TETAMU ALLAH.
PENGARANG: SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
NO. PANGGILAN: 297 / MAH
ISBN: 978 -967 – 12434 – 7 - 3
PENERBIT:    GREEN DOME PUBLICATIONS SDN.BHD.
TARIKH / TAHUN:     CETAKAN PERTAMA  -  2014
EDISI BAHASA:      Bahasa Melayu
HARGA:     RM20.72

ULASAN:
Kisah-Kisah pengalaman para jemaah di tanah suci selalu menjadi perhatian ramai. Ada saja kisah yang dapat dikongsi sebagai iktibar semua.

Ada juga yang takut menjejakkan kaki ke sana kerana berasa dirinya bergelumang dosa. Mereka bimbang diberi balasan tunai oleh Allah.
                                                
Hakikatnya Allah sangat mencintai hamba-hambaNYA  Segala fitnah terhadap balasan daripada Allah itu adalah panah-panah syaitan yang tidak mahu kita melengkapkan lima rukun islam. Dan sekiranya Allah menguji kita disana, itu adalah peringatan daripada Allah tanda kasih sayangNYA terhadap kita.







Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI

Buku: SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA oleh AZHARUDIN MOHAMED DALI

JUDUL BUKU:SEJARAH PERISIKAN DI MALAYSIA.
PENGARANG:AZHARUDIN MOHAMED DALI
NO. PANGGILAN:327.1209595 / AZH
ISBN:978 – 983 – 46 – 1266 - 5
PENERBIT:DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TARIKH / TAHUN:CETAKAN PERTAMA  -  2014
EDISI BAHASA:Bahasa Melayu
HARGA:RM28.00

ULASAN:
Buku Sejarah Perisikan Di Malaysia ini membincangkan berbagai aspek berkaitan perisikanyang telah berlaku di Negara ini.

Hal ehwal dunia perisikan seperti aktiviti ejen perisikan,penyuluhan,tipu helah,sabotaj,subersif mahupun propaganda akan disentuh dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini.

Setiap bab melihat secara terperinci kisah-kisah sejarah perisikan. Meskipun kisah-kisah ini lebih merupakan kisah sejarah, namun dari sudut pengisiannya ia masih sangat relevan dengan perkembangan yang berlaku hari ini.
                                                
Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti bidang sejarah, pengajian strategic dan pertahanan,keselamatan dan hubungan antarabangsa.

Buku ini juga boleh menjadi bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan horizon pengetahuannya.

Tuesday, October 27, 2015

Buku 50 Kisah Sebelum Anak Tidur oleh Muhammad Abduh

Buku 50 Kisah Sebelum Anak Tidur oleh Muhammad Abduh

ULASAN BUKU BIL. 3/2015
TAJUK BUKU  ;  50 Kisah Sebelum Anak Tidur.
PENGARANG   ;  Muhammad Abduh.
NO. PANGGILAN  ;    297.16 / MUH
ISBN  ;    578 – 967 – 12434 – 4 – 2
PENERBIT   ;   Green Domie Pub.
TARIKH / TAHUN TERBIT   ;  Cetakan Pertama  -  2014
EDISI BAHASA   ;   Bahasa Melayu
HARGA   ;  RMRM36.00

ULASAN BUKU
Kisah-kisah zaman lampau dapat kita petik hikmah didalamnya.Semua kisah itu dapat kita sampaikan  kepada anak-anak kita sehingga mereka mampu meneladani kebaikan-kebaikan para pendahulu mereka.

50 Kisah Sebelum Anak Tidur mengandung kisah-kisah yang penuh hikmah dan dapat disampaikan kepada anak-anak ketika menjelang waktu tidur mereka. Semoga kisah-kisahnya dapat menjadi inspirasi kebaikan untuk anak-anak kita.

Ulasan oleh
En. Abdul Fataruddin Md Ari
Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Monday, October 26, 2015

Buku Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

Buku Memahami Komunikasi Orang Pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

TAJUK BUKU;  Memahami Komunikasi Orang Pekak.
PENGARANG;   Abdullah Bin Yusoff.
NO. PANGGILAN;   617.8 / abd
ISBN;    978 – 983 – 46 – 1571 – 0
PENERBIT;  Dewan Bahasa Dan Pustaka.
TARIKH / TAHUN TERBIT;   Cetakan Kedua  -  2014
EDISI BAHASA;   Bahasa Melayu.
HARGA;  RM20.00

ULASAN BUKU

Anda pernah bercakap atau berkomunikasi dengan orang pekak? Sama ada jawapan anda YA ataupun TIDAK , yang pasti adalah sukar untuk memahami mereka .

Disebabkan kita sukar memahami mereka, adakah wajar orang pekak disisihkan? Ketidakpeduliaan sesetengah anggota masyarakat terhadap orang pekak merupakan  penderitaan yang tidak tertanggung oleh golongan ini.

Oleh itu Memahami Komunikasi Orang Pekak  merupakan satu usaha murni atau jambatan bagi memudahkan proses perhubungan dengan mereka.

Buku ini adalah sebagai langkah permulaan penulis bagi membantu pembaca memahami orang pekak dalam pelbagai aspek. Selain memahami cara mereka berkomunikasi, pembaca juga didedahkan tentang kedudukan dan status bahasa isyarat mereka.

Di samping itu, mengklasfikasikan orang pekak  samaada cacat atau pengguna bahasa minority merupakan persoalan baharu yang dikemukakan penulis. Oleh hal yang demikian, buku ini wajar dibaca oleh semua, khususnya mereka yang berdamping dengan orang pekak bagi memudahkan kita memahami dan berkomunikasi dengan mereka.

Dengan terbitnya buku ini, diharapkan nasib warga pekak  akan lebih terbela.

Ulasan oleh
En. Abdul Fataruddin Md Ari
Pembantu Perpustakaan S22 (KUP)

Saturday, August 8, 2015

BUKU: MEKANIK INDUSTRI – Teori & Teknologi oleh Zakaria Saad


BUKU: MEKANIK INDUSTRI – Teori & Teknologi oleh Zakaria Saad

JUDUL BUKU: MEKANIK INDUSTRI – Teori & Teknologi
PENGARANG: Zakaria Saad
NO. PANGGILAN: 620.1/ZAK
ISBN:983-72-0503-2
PENERBIT: Golden Books Centre Sdn.Bhd.
TARIKH / TAHUN: Cetakan Ketiga  -  2008
EDISI BAHASA: Bahasa Melayu
HARGA:     RM28.00

ULASAN    :     
Buku ini diterbitkan untuk member panduan kepada pelajar tentang pelbagai teori dalam bidang mekanik industry khasnya dan kejuruteraan mekanikal amnya.Dalam buku ini dipaparkan pelbagai teori yang mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).Di samping itu buku ini dilengkapi dengan gambar rajah yang ringkas dan huraiannya pula diterangkan dalam bahasa yang mudah difahami.
                                   
Semoga dengan terbitnya buku ini akan dapat membantu pelajar di dalam pembelajaran di samping memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berguna untuk masa hadapan.