Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, April 22, 2019

BUKU Himpunan Kisah Sejarah Hidup Muhammad SAW OLEH Pengarang Ibnu Mussal

Judul: Himpunan Kisah  Sejarah Hidup Muhammad SAW
Pengarang: Ibnu Mussal
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 26.90
Muka surat: 235

Ringkasan / Umum : 

Nama insan agung ini akan sentiasa terpahat di sanubari setiap makhluk Allah SWT. Sesiapa yang pernah bersama baginda pasti amat merindui saat-saat manis ketika bersama baginda baik dalam suka atau duka.

Setiap sunnahnya menjadi ikutan,setiap tutur katanya menjadi panduan dan pesanan yang tersemat kukuh di ingatan. Setiap tingkah lakunya menjadi perhatian kerana di situ tersirat seribu satu pengajaran kerana baginda adalah Nabi yang diutus untuk menyempurnakan akhlak umat akhir zaman.

Berkat kesabaran dan kegigihan baginda selama lebih kurang 23 tahun memperjuangkan syariat Islam membuahkan kejayaan.Justeru,pemergian baginda ke sisi Allah SWT menjadi ratapan kerana tiada lagi kelibat manusia agung itu yang kini dirindui.

Justeru,bingkisan kenangan-kenangan indah ketika hayat baginda bersama para sahabat di coretkan dalam buku kecil ini sebagai tanda kasih dan kenangan bagi umatnya yang ingin mengenali insan agung bernama MUHAMMAD SAW.

Semoga setiap kenangan di dalam buku ini mampu menyemai benih rindu dalam sanubari kita terhadap baginda sebagaimana baginda sentiasa merindui umatnya yang tidak kesempatan untuk bersua muka
Semoga Allah SWT menemukan kita dengan Nabi Muhammad SAW di syurga kelak.

BUKU Ruqyah Asas Ayat Al Kursi, Keberkatan rezeki dan doa-doa mustajab OLEH Pengarang Ustaz Din Haron

Judul: Ruqyah Asas Ayat Al Kursi, Keberkatan rezeki & doa-doa mustajab
Pengarang: Ustaz Din Haron
Penerbit: Sri Saujana Marketing
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 15.00
Muka surat: 200

Ringkasan / Umum :

Buku Ruqyah Asas Ayat Al Kursi tulisan Ustaz Din Haron ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab, ia memuatkan  penulisan jawi serta makna ayat dan contoh doa serta makna yang berkaitan dengan surah Al Kursi sebagai rujukan yang mudah difahami.

Ruqyah Asas Ayat Al Kursi merupakan koleksi buku yang dapat membantu mencari penyembuhan ke atas segala musibah penyakit yang menimpa. Mudah-mudahan ayat-ayat Al-quran yang dibaca dan diamalkan memberi manfaat yang bermakna di dalam kehidupan kita didunia ini.

BUKU 18 Sahabat Di Hati Rasulullah OLEH Pengarang Mohd Harun Rashid Dan Ishrat J.Rumi

Judul: 18 Sahabat Di Hati Rasulullah
Pengarang: Mohd Harun Rashid Dan Ishrat J.Rumi
Penerbit: DARUL MUGHNI TRADING Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 39.92
Muka surat: 135

Ringkasan/ Ulasan:

18 Sahabat Di Hati Rasulullah Merupakan Pilihan Terbaik bagi setiap kanak-kanak yang rindu untuk mendengar cerita sebelum tidur yang berkualiti.

Buku ini memuatkan lapan belas kisah terpilih yang sangat menarik daripada kehidupan para sahabat Rasulullah SAW.

Semua kisah digarap dalam bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pembaca muda supaya mudah difahami. Teks yang ringkas dan ilustrasi berwarna yang menarik, yang membawa kisah-kisah itu dekat dengan kehidupan pembaca, menjadikan mesej daripada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda lebih bermakna kepada kanak-kanak.

Buku ini menawarkan dimensi yang istimewa kepada cerita-cerita sebelum tidur dan bertindak sebagai teras untuk membina pertumbuhan pengetahuan Islam.

Selain itu buku ini amat menarik kerana tulisannya yang mudah dibaca dan difahami buku ini dilengkapi dengan helaian bewarna yang amat menarik

BUKU Keajaiban dan Kehebatan Sedekah OLEH Pengarang MUHAMMAD ALI IMRAN

Judul: Keajaiban & Kehebatan Sedekah
Pengarang: MUHAMMAD ALI IMRAN
Penerbit: Pustaka Ilmuan
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 18.00
Muka surat: 262

Ringkasan/ Ulasan:

Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Zakat dan sedekah mengandungi unsur  mengharapkan kurnia,menyucikan jiwa dan menumbuhkan bermacam-macam kebaikan.Jadi mengeluarkan sedekah bererti mengeluarkan ataupun memisahkan suatu bahagian tertentu daripada harta tertentu selepas memenuhi syarat-syarat tertentu.

Sedekah bertujuan memperbaiki masyarakat dan memelihara kepentingan awam. Menjaga kepentingan awam ini wajib ditegakkan oleh umat Islam.Tidak boleh ada orang menggunakan hartanya hanya untuk kepentingannya sendiri. Dalam harta kekayaannya itu terdapat hak untuk anak yatim piatu,janda,orang miskin dan orang yang tidak mampu.

Sedekah mendidik manusia membersihkan rohani dan jiwanya daripada sifat bakhil,kikir,tamak dan rakus. Ini bererti menanamkan manusia dengan sifat-sifat yang mulia, seperti dermawan,pemurah,disiplin dalam menunaikan kewajiban dan amanah kepada yang berhak dan yang berkepentingan.

Seorang Muslim yang mampu tidak boleh menangguhkan sedekah walaupun dia sudah menunaikan zakatnya. Sedekah yang semestinya dikeluarkan itu bukan haknya lagi,tetapi adalah hak Allah yang seharusnya dia sampaikan kepada orang yang berhak menerimanya. Menahan ataupun enggan bersedekah bererti menahan hak orang lain.

BUKU Hai Handsome! OLEH Pengarang Dea Zoraya

Judul: Hai Handsome!
Pengarang: Dea Zoraya
Penerbit: Alaf 21
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 28.00
Mukasurat: 475

Ringkasan/ Ulasan:

Izzaz seorang Pilot berpangkat Kapten bertemu dengan Maya secara tidak sengaja. Izzaz membantu Maya menyelesaikan hutang dengan kawan baiknya. Sebagai balasan, Maya perlu menyamar sebagai adik kepada Izzaz yang hilang sejak kecil.

Izzaz mula jatuh cinta dan ingin mengahwini Maya. Namun begitu, agenda utama Izzaz mendekati Maya adalah kerana dendam telah diketahui oleh Maya. Maya berasa marah dan tertipu. Walau pun hakikatnya Maya juga mula menyukai Izzaz.

Perbuatan Izzaz yang mempergunakannya untuk membalas dendam menjadi benci buat Maya. Izzaz berusaha untuk menjernihkan keadaan supaya Maya mengetahui bahawa dia benar- benar sayangkan Maya. Izzaz juga menyesali perbuatannya itu.

BUKU Istimewa Hidangan Petang OLEH Pengarang Yon Abu Bakar

Judul : Istimewa Hidangan Petang
Pengarang : Yon Abu Bakar
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
TahunTerbit : 2006
Harga : RM 26.00
Muka surat : 191

Ringkasan/ Ulasan :

Ramai yang mengambil mudah dalam penyajian hidangan petang dan disajikan ala kadar sahaja. Pelbagai resipi terpilih disediakan dalam buku ini. Termasuklah kuih tradisional, desert, puding, kek, roti, bubur, aneka kuih-muih dan pelbagai lagi. Buku ini memberikan pilihan luas kepada anda untuk mencuba dan membawa kelainan dalam sajian seharian.

Apa yang pasti, buku ini bukanlah sekadar mengetengahkan hidangan petang yang lazim dibayangkan oleh anda. Bukan hanya suri rumah yang boleh menyajikannya malah mereka yang berkerja dan kesuntukan masa turut mampu menyediakan menu pilihan sebegini.

Sesungguhnya resipi-resipi di dalam buku ini desediakan untuk hidangan petang, ia juga boleh dicuba pada masa yang lain. Keluarga juga lebih gembira menikmatinya. Jika anda bijak menggabungkan menu ini sudah tentu hidangan menjadi lebih menarik,menyelerakan bahkan istimewa buat seisi keluarga.

BUKU Ulam dan Sayuran tempatan OLEH Pengarang Rukayah Aman

Judul: Ulam dan Sayuran tempatan
Pengarang: Rukayah Aman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 50.00
Muka surat: 316

Ringkasan / Umum :Sains Tumbuhan

Buku Ulam dan Sayuran tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua menerangkan ciri morfologi, kegunaan dan khasiat 119 spesies dengan bantuan gambar-gambar agar dapat dikenal pasti oleh sesiapa sahaja terutama generasi muda.

Selain untuk bacaan umum. Buku ini berguna sebagai bahan rujukan pelajar sekolah serta mereka yang meminati alam tumbuhan.

Buku KISAH DARIPADA HADIS BUKHARI oleh Pengarang Fatimah Abdul Nasir

Judul: KISAH DARIPADA HADIS BUKHARI
Pengarang: Fatimah Abdul Nasir
Penerbit: DARUL MUGHNI TRADING Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 34.90
Muka surat: 426

Ringkasan/ Ulasan:

Buku ini mengumpulkan kisah-kisah hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari. Setiap cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur nasihat dan nilai murni yang tinggi.

Selain itu buku ini amat menarik kerana tulisannya yang mudah dibaca dan difahami buku ini dilengkapi dengan helaian bewarna yang amat menarik dan juga buku ini mempunyai lukisan yang cantik.

Buku DI SUATU RUANG BERNAMA PENGADILAN oleh PENULIS MARSLI N.O.

Naskah Di Suatu Ruang Bernama Pengadilan menghimpunkan sebanyak empat buat skrip drama yang banyak memaparkan  unsur saspen dan mendebarkan.
Di samping itu ia juga banyak memaparkan situasi yang rasional dan mampu membena logik akal manusia.

Kalau ditelita buku ini cuba dimaparkan oleh pengarang berkisar tentang aspek kemanusiaan, ini dapat dilihat secara mendalam kepada pergolakan jiwa manusia termasuk punca, halangan, cabaran dan cara penyelesaianya sesuatu masalah atau konflik.

Selain itu tanpa kita sedari pegarang turut mengajak para pembaca untuk menginsafi diri serta berpegang kepada ajaran yang benar.
Untuk makluman, empat buat skrip drama tersebut adalah “Bulan”, “Di Suatu Ruang Bernama Pengadilan”, “Fragmen Tolong” dan “Tidak”. Selamat Membaca.

BUKU Hadiah Buat Muslimah OLEH Pengarang Siti Nor Bahyah Mahamood

Judul: Hadiah Buat Muslimah
Pengarang: Siti Nor Bahyah Mahamood
Penerbit: Telaga Biru
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM30.00
Muka surat: 200

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini ialah buku simpanan peribadi dan menjadi rujukan saya jika ada sebarang pertanyaan berkaitan ibadah bagi wanita. Buku ini juga pernah dijadikan hadiah kepada kawan-kawan saya mendirikan rumah tangga.

Buku ini sebagai panduan asas fiqah wanita yang mengandungi perkara asas fardu ain seperti bersuci, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, puasa, haji, perkahwinan dan banyak lagi. Persembahan di dalam buku ini menarik dan berilustrasi serta mudah difahami.

Dapatkan buku ini dan jadikan ia koleksi peribadi anda. Ia sangat baik untuk pembacaan para wanita.

BUKU Isteriku Bidadari OLEH Pengarang Ebit Lew

Judul: Isteriku Bidadari
Pengarang: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM28.00
Muka surat: 406

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini adalah berkaitan kaedah membimbing keluarga. Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga.
Kebahagiaan kita kecapi mencerminkan sebanyak mana kemampuan kita membahagiakan pasangan dan anak-anak. Ramai yang mengejar bahagia hanya untuk diri sendiri tanpa ada keinginan untuk membahagiakan orang lain. Bahagia yang di cari penderitaan yang menjengah.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang dikutip daripada 1001 kisah rumahtangga sepanjang menganjurkan seminar Keluarga Sunnah dan pelbagai program kekeluargaan. Maka semua kisah dan pengalaman dibukukan menjadi coretan emosi untuk panduan dan tauladan bagi yang ingin meraih kebahagiaan.

Buku Nama Saya Hasmah oleh Pengarang Dr. Siti Hasmah Mohd Ali

Judul: Nama Saya Hasmah
Pengarang: Dr. Siti Hasmah Mohd Ali
Penerbit: MT Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Harga: RM80.00
Mukasurat: 280

Ringkasan/ Ulasan

Buku Nama Saya Hasmah ini merupakan kisah hidup penulis iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, wanita pertama negara. Di dalam buku ini beliau menceritakan kisah kehidupan beliau bermula dari asal-usul kedua ibubapa, kisah alam persekolahanhinggakeperingkat yang tinggi dimana beliau berjaya menjadi seorang doktor wanita pertama pada ketika itu.

Kisah kehidupan beliau yang mempunyai pelbagai peranan  iaitu tanggungjawab sebagai seorang doktor, anak permpuan ,kakak, peranan sebagai penyokong kepada suami, ibu yang penyayang di dalam beliau menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Kepada pembaca semua kisah hidup yang beliau abadikan dalam buku ini dapat dijadikan motivasi buat kita.

BUKU Bijak Parenting oleh Pengarang Ustazah Isfadiah Dasuki

Judul: Bijak Parenting
Pengarang: Ustazah Isfadiah Dasuki
Penerbit: Karya Bestari
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 25.00
Mukasurat: 151

Ringkasan/ Ulasan

Buku Bijak Parenting ini ialah idea penulis mengenai ilmu keibubapaan yang amat diperlukan pada zaman in. Mendidik anak bukan hanya melalui pelajaran malah kasih saying dan cinta mampu menjadikan mereka anak yang hebat. Namun hari ini elemen ini jarang diterapkan oleh ibubapa masa kini.

Buku ini mendedahkan senarai kesalahan ibubapa ketika mendewasakan anak-anak. Disamping itu memberikan panduan kepada ibubapa agar dapat membantu dalam mendedahkan cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak.

BUKU Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia oleh Pengarang Hamdzah A.Rahman

Judul: Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia
Pengarang: Hamdzah A.Rahman
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 32.00
Muka surat: 130

Ringkasan/ Ulasan

Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia buku ini menceritakan tentang penduduk malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik telah menghimpunkan pelbagai jenis makanan tradisional yang beraneka rupa dan rasa.

Di dalam buku ini,makanan tradisional di Malaysia di bahagikan kepada dua iaitu makanan yang di peram dan tidak diperam.Makanan yang diperam seperti tapai,tempen dan pekasam dimana makanan yang tidak diperam pula seperti keropok,sata dan telur pinang dan pelbagai lagi.Buku ini mempertengahkan aspek penggunaan bahan mentah tempatan.

Kepada penggemar tegar makanan tradisional bolehlah mendapatkan serba sedikit tentang  bagai menyediakan makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang menonjolkan keunikan khazanah budaya negara. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

BUKU Bagaimana menjadi kaya dengan cepat yang diredai Allah SWT Oleh Pengarang Haji Muhammad Nasir, MA.

TAJUK:  Bagaimana menjadi kaya dengan cepat yang diredai Allah SWT.
Pengarang:  Haji Muhammad Nasir, MA.
Penerbit:  Sri Saujana Marketing
Tahun Terbit:  2018
Mukasurat:  381

ULASAN:

Semua manusia mempunyai impian dan harapan untuk menjadi kaya.  Tetapi kekayaan yang bagaimana?  Kekayaan hartabenda, budi bahasa, sahabat, adab, atau nikmat-nikmat kurniaan ALLAH yang tidak terhitung banyaknya.

Bagaimana pula cara pencapaian harta dan wang ringgit tersebut?  Ada yang menyanggah dan berpendapat wang ringgit tidak boleh dibawa mati.  Benarkah?  Adakah mengumpul kekayaan atau berusaha menjadi kaya ditentang atau bercanggah dalam Agama Islam? 

Apakah sifat Qanaah dan Mahmudah. Bukankah dunia ini laluan untuk  ke alam akhirat yang dipengujungnya adalah Syurga atau Neraka. 

Malah perlakuan di dunia akan memudahkan perkiraan di alam akhirat.  Malah dalam melaksanakan ibadah tertentu keadaan ekonomi yang mantap membolehkan ia dilakukan.  Haji dan Zakat misalnya memerlukan modal untuk dilaksanakan.  Malah dalam menangguhkan ibadah puasa kerana sakit diwajibkan membayar fidyah. 

Ini memerlukan wang atau yang setara untuk melunaskan perkara tersebut. Buku ini mengupas persolan tersebut.

Konsep tawakal tidak diketepikan dalam ikhtiar mencari nafkah hidup.  Bila membaca tajuk buku ini secara keseluruhan bermakna ada cara yang cepat yang diredhai ALLAH.  Siapa yang tak mau.  Ini juga memberi bayangan bahawa ada cara menjadi kaya dengan cepat tetapi tidak diredhai ALLAH. 

Di sinilah penelitian perlu agar tidak tergelincir dari landasan yang benar dan mencapai matlamat kewujudan manusia di muka bumi. 

Bab-bab awal buku ini menyajikan pembaca dengan aspek-aspek yang menjadi ‘kata laluan’ atau ‘ untuk memudahkan rezeki mendatang.  Iman, takwa, tawakal dan sebagainya.  Jika terlanjur berdosa hendaklah bertaubat.  Bersyukur, istiqamah dan berkahwin. 

Ditokok dengan sifat suka bersedekah agar dimurahkan rezeki, kauf kepada ALLAH dan tidak kufur nikmat, sekiranya terkabul apa yang dihajat.

BUKU Senaman Popular di dunia oleh Pengarang Ustaz Raflis Sabirin

Judul: Senaman Popular di dunia
Pengarang: Ustaz Raflis Sabirin
Penerbit: Sri Saujana Marketing
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 21.00
Muka surat: 174

Ringkasan / Umum :

Buku Senaman popular di dunia tulisan Ustaz Raflis Sabirin ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab, ia memuatkan  penulisan taksiran dan maksudnya serta contoh bergambar yang berkaitan dengan senaman sebagai rujukan yang mudah difahami.

Buku Senaman popular di dunia merupakan koleksi buku yang ingin sekurang-kurangnya dapat membantu umat islam menjalankan aktiviti senaman lebih-lebih lagi pada mereka yang sebelum ini tertarik dengan senaman yoga. Buku ini boleh dijadikan naskah panduan bagi mengisi kekosongan ilmu senaman yang mengandungi ciri-ciri islam selain menjawab pertanyaan umat islam yang mahukan panduan senaman yang tidak menjejaskan akidah.

Buku Berita Gembira Untuk Orang Berdosa : Allah Tempat Meminta Oleh Pengarang Jaafar As Siddiq

Judul: Berita Gembira Untuk Orang Berdosa : Allah Tempat Meminta
Pengarang: Jaafar As Siddiq
Penerbit: Sri Saujana Marketing (SSM)
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 24.00
Muka surat: 255

Ringkasan / Umum :

Buku Berita Gembira Untuk Orang Berdosa : Allah Tempat Meminta ini merumuskan antara tanda Allah itu maha penyayang, ialah apabila seseorang hamba terlanjur (dengan tidak sengaja) melakukan kejahatan, Allah tetap membuka pintu rahmat-Nya yang maha luas yang murka-Nya. Lantaran itu dianjurkan supaya iringi kejahatan dengan melakukan kebajikan kerana amalan kebajikan yang mengiringi kejahatan boleh menghapuskan dosa.

Dalam buku ini terdapat janji Allah dalam Al-Quran sepertimana difirmankan oleh-Nya dalam surah Hud ayat 114, maksudnya :

“Sesungguhnya (amalan) kebajikan itu menghilangkan (menghapus) kejahatan-kejahatan (dosa)”

Sementara Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

“Iringi kejahatan dengan amalan kebajikan, supaya ia (kebajikan) dapat menghapuskan kejahatan (dosa). (Riwayat At-Tirmizi)

Melalui buku ini telah dipaparkan beberapa amalan-amalan yang boleh menghapuskan dosa serta menjadi benteng daripada kejahatan. Semoga buku ini menjadi sebaik-baik panduan kepada semua yang ingin kembali ke jalan lurus dan semoga kita dalam golongan yang mendapat naungan Arash iaitu “seseorang yang apabila berada seorang diri, teringat dosanya, lalu dia menangis kerana takutkan (seksaan) Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Selamat Membaca!!!

Buku Laporan Sains. Diari Mat Despatch oleh Pengarang Bahruddin Bekri.

Judul: Buku Laporan Sains. Diari Mat Despatch.
Pengarang: Bahruddin Bekri.
Penerbit: Pts Publications
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 9.90
Muka surat: 156

Ringkasan / Umum :

Buku Diari Mat Despatch Merupakan Diri Sendiri Di Mana Mengisahkan Peringatan Kepada Sesiapa yang menjumpai buku ini,buku ini bukanlah buku laporan sains sekolah,tetapi oleh tidak mampu membeli buku diari jadi di gantikan sebagai buku diari yang di gunapakai oleh sekolah .

Oleh Kerana Tidak mampu beli jadi belilah buku laporan sains untuk di jadikan buku diari. Untuk pengetahuan semua jika sesiapa terjumpa buku diari ini anda di nasihatkan membuang atau membakar,kerana akan men\malukan aku sebabnya segala masalah perihal aku akan tulis dalam diari ini jadinya Tolong Jangan Baca.

Buku ULAM dan SAYURAN TEMPATAN oleh PENGARANG RUKAYAH AMAN

JUDUL : ULAM dan SAYURAN TEMPATAN
PENGARANG : RUKAYAH AMAN
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TAHUN TERBIT :2018
HARGA :RM50.00
MUKA SURAT :316

ULASAN:
Ulam ialah sayur-sayuarn yang dimakan, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga merupakan sebahagian daripada ulam-ulaman.

Buku ulam dan sayuaran tempatan ini menerangkan khasit pengambilan ulam-ulaman dan sayuran kepada tubuh badan manusia turut disertakan dengan gambar berwarna species sayuran dan ulaman agar mudah dikenali oleh pembaca. Buku ini telah dijadikan panduan rujukan  kepada pelajar jurusan botani dan hortikutur di pusat Pengajian tinggi di mana penulis buku ini Rukayah Aman yang berkhidmat di MARDI selama  31 Tahun telah menghasilkan buku berkenaan.

Buku panduan ini dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulma-ulaman.
Jadikanlah ulam-ulaman sebagai penawar bagi mencegah penyakit dan menjaga kesihatan kita.

Buku Khasiat Tumbuhan Hijau Untuk Perubatan Tradisional I Oleh Pengarang Smsi Fauziah Ar

Judul : Khasiat Tumbuhan Hijau Untuk Perubatan Tradisional I
Pengarang : Smsi Fauziah Ar
Penerbit : Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd
TahunTerbit : 2008
Harga : RM 39.90
Muka surat : 224

Ringkasan/Ulasan :
Buku ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dengan tumbuhan hijau yang terdapat disekeliling kita. Tumbuhan hijau ini sering digunakan sebagai ubat sejak zaman berzaman oleh nenek moyang kita.

Walaupun kajian saintifik masih belum dilakukan tetapi khasiatnya dalam mengubati beberapa jenis penyakit sama ada luaran atau dalaman berhasil tidak dinafikan terutamanya oleh masyarakat pendalaman.

Dalam buku ini juga kita dapat melihat perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu, China dan India di Malaysia. Di sini juga kita dapat mengetahui beberapa penyakit yang boleh diubati dengan menggunakan perubatan tradisional ini.

Namun begitu masih banyak kajian yang perlu dilakukan bagi mengesahkan khasiat tumbuhan hijau yang dikatakan sangat bernilai.Tumbahan hijau ini juga mungkin dapat menyembuhkan sesuatu penyakit secara kebetulan namun diyakini oleh masyarakat kampung sebagai alternative yang mujarab sebelum menemui doktor.

Nama-nama tubuhan yang dipaparkan dalam buku ini mungkin berbeza di tempat atau kawasan yang berbeza. Namun begitu,maklumat berkaitan tumbuhan di dalam buku ini amat bermanfaat untuk dijadikan rujukan para pelajar, guru-guru dan ahli-ahli masyarakat sekeliling kita. Disertakan gambar-gambar tumbuhan yang jelas menyenangkan kita untuk mendapati tumbuhan tersebut.

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur oleh Pengarang Abdul Rahman Ibrahim

Judul  : 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur
Pengarang: Abdul Rahman Ibrahim
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun terbitan:      2011       
Harga: 16.00
Mukasurat:    142ms

Ringkasan/ Ulasan

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 di Kuala Lumpur. Antaranya ialah dasar-dasar yang diamalkan oleh Britsh, layanan tentara Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu.

Buku ini juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut.

Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969.

Buku Membaca dan Mata oleh Pengarang Shahrin Ismail

Judul :   Membaca dan Mata
Pengarang: Shahrin Ismail
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun terbitan: 2009             
Harga: RM 15.00
Mukasurat: 135ms

Ringkasan/ Ulasan
Sesungguhnya membaca merupakan suatu aktiviti yang penting dalam hidup manusia. Namun, ramai orang tidak mengetahui bagaimana proses membaca terjadi dan hubung kaitnya dengan mata. Buku ini akan menjawab persoalan tersebut.

Istimewanya buku ini terletak kepada kepakaran penulis yang merupakan seorang ahli penjagaan penglihatan atau optometris yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang optometri klinikal dan sains penglihatan. Sebelum ini, penulis juga pernah menulis buku yang berjudul Mata dan Penglihatan dan buku Deria Penglihatan. Menerusi Membaca dan Mata pembaca dapat mengetahui dengan jelas dan terperinci pelbagai aspek dan isu yang berkaitan dengan masalah membaca dan kaitannya dengan masalah penglihatan.

Maklumat ini perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang menjadikan membaca sebagai agenda penting dalam kehidupannya. Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Ia berjaya dipersembahkan melalui kaedah penghujahan yang digarap mantap berdasarkan kajian saintifik dan sistematik. Maklumat yang diberikan berdasarkan analisis yang dibuat dari sedut ilmiah dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami agar mesej yang ingin disampaikan berjaya difahami oleh pembaca.

Semoga kehadiran buku ini dipasaran mampu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mata serta dapat menambahkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah penglihatan yang timbul daripada proses membaca. Sesungguhnya, dengan membaca dapat menyingkap rahsia ayat Iqra' di dalam Surah al-'Alaq yang merupakan firman Allah yang pertama di dalam dalam al-Quran.