Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Maran 2018. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Maran 2018. Show all posts

Thursday, November 8, 2018

BUKU Soal jawab agama Akidah PENULIS Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi PENERBIT Fargoes Books 2017

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan : ELUI0000908
ISBN: 978-967-459-472-5
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan / Ulasan:

Buku ini  membincangkan pelbagai masalah agama yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat kita. Buku ini menghimpunkan serba sedikit  permasalahan tersebut. Buku ini terbahagi kepada  beberapa  aspek  soal jawab seperti isu kekeluargaan, isu akidah, ibadah, isu politik dan masyarakat, dan juga perubatan Islam.

Setiap soalan dan permasalahan dijawab berdasarkan sumber hukum yang empat iaitu daripada Al-Quran, sunnah, ijma’Tarah ulama dan Qiyas.

Buku ini juga ada membincangkan  tentang kesempurnaan iman, saudara baru dalam Islam, Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Buku ini amat menarik untuk dibaca kerana banyak persoalan yang kita tidak tahu terkandung dalam buku ini. Sebagai contoh,apakah hukum bertaqlid?, apakah hukum menerima  gaji daripada hasil yang haram?.

Secara kesimpulannya, buku ini banyak merungkai  persoalan-persoalan yang kita  sebagai pembaca tidak tahu.

Judul: Soal jawab agama :Akidah
Pengarangn:Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit: Fargoes Books Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 3.90
Mukasurat: 61
Rating: -

Di sediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemakoleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Thursday, November 1, 2018

BUKU Kembara Teladan Pengarang UCHOT Penerbit Humaira 2017

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan: DMAR 18-005059
ISBN: 978-983-0714-3
Kategori: Kesihatan

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan fokus utama terhadap penyakit kanser kolorektal. Pengalaman berharga yang ditimba dalam dunia pembedahan kolorektal memberikan inspirasi kepada para penulis untuk menterjemahkannya menjadi suatu bentuk bacaan yang boleh  menjadi sumber maklumat  dan ilmu buat masyarakat di luar sana.

tanpa disedari, kanser kolorektal telah menjadi antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematian seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Bermula dari pengenalan kepada kanser kolorektal sehinggalah langkah pencegahan, setiap isi diulas dalam bahasa yang mudah dan ringkas.

Turut diselitkan bersama-sama ialah cerita pendek yang telah diadaptasi daripada pengalaman sebenar pesakit kanser kolorektal dengan harapan mampu menyuntikkan semangat kepada pesakit dan ahli keluarga untuk terus melawan penyakit kanser kolorektal ini.

Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG) (ZULKEPLI BIN HARON)
PEMBANTU PUSTAKAWAN KETUA PERPUSTAKAAN
PAD MARAN DAERAH MARAN

BUKU Menyusu Si Permata Hati PENULIS Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia 2006 RM29

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan : 06-07637
No Panggilan : 649.33 MEN
ISBN: 9833372392
Kategori: Dewasa

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian utama, setiap bahagian mengandungi beberapa bab yang merangkumi aspek-aspek berkaitan pengalaman penyusuan pada peringkat tertentu.

Dalam setiap bab terdapat pelbagai cerita ibu-ibu yang berpengalaman serta khidmat nasihat pakar. Buku ini mempunyai wawasan bagi memberikan gambaran positif kebaikan susu ibu lantas mempromosikan penyusuan susu ibu secara khusus atau eksklusif.

Selain daripada itu, diselitkan juga petua-petua tradisional dan perubatan moden bagi mengatasi cabaran dan masalah yang timbul semasa menyusu.

Sesuai dibaca oleh ibu-ibu yang bercadang membari atau pun meneruskan penyusuan badan secara eksklusif kepada permatahati. Buku ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca.

BUKU Menyusu Si Permata Hati
Pengarang: Intan Nazrahayu Nasir
Penerbit: PTS Millennia Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2006
Harga: RM 29.90
Mukasurat: 170
Rating: -

DisediakanOleh :                             Disemakoleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran

Tuesday, July 31, 2018

Buku Solat Sunat Pengarang Abdul Rahman Mohamed Penerbit Telaga Biru 2007

ULASAN BUKU JULAI 2018
No Perolehan : 08-00447
No Panggilan : 297.382 ARM
ISBN: 9833494870
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan:
Dalam banyak-banyak amalan, solat merupakan antara amalan yang sama sekali tidak boleh direka-reka. Ibadah solat adalah ibadah besar dan penting dalam islam.

Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang boleh mensyariatkan ibadah solat. Didalam buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam islam.

Dilengkapi dengan paparan situasi masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat sunat tertentu. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar cara melaksanakan solat sunat supaya lebih mudah difahami dan praktikal.

Kemusykilan atau kes-kes contoh disertakan dengan jawapan untuk pembaca. Tuntutan dalam niat, lafaz niat yang akan dilafazkan dalam hatidi susun berdasarkan kesedaran, pengetahuan dan keikhlasan, Solat sunat dan solat fardhu sama dari segi syarat dan rukunnya.

Tidak ada perbezaan solat antara solat lelaki dan perempuan, anak-anak dan orang dewasa, dari segi Rukun dan bacaannya, Cuma terdapat sedikit perbezaan dari sudut aurat dan beberapa cara pelaksaannya serta perbezaan kedudukan imam dan makmum juga kenyaringan bacaan.

Semua solat yang boleh dilakukan secara berjemaah boleh dilakukan secara sendiri tetapi tidak semua solat yang boleh dilakukan sendiri boleh dilalukan secara berjemaah. Doa-doa cadangan sebagaia malan disediakan seperti doa hajat , doa taubat dan do istikharah.

Buku ini member manfaat kepada kita dan adanya solat sunat yang ditetapkan dalam agama islam tidak boleh disangsikan kerana dalilnya yang banyak dan sangat jelas.

Judul: Solat Sunat
Pengarang: Abdul Rahman Mohamed
Penerbit: TelagaBiru
TahunTerbit: 2007
Harga: RM 29.90
Mukasurat: 170
Rating: -

Disediakan oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah
Pembantu Pustakawan
PD Chenor
                                             
Disemak oleh :
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

BUKU Ensiklopedia Herba Kegunaa dan Khasiat Perubatan Tradisi PENULIS Maznah Ismail 2007 RM49

BUKU Ensiklopedia Herba Kegunaa dan Khasiat Perubatan Tradisi PENULIS Maznah Ismail 2007 RM49
ULASAN BUKU JUN 2018
No Perolehan : 07-00111
No Panggilan : 615.3202 MAZ

ISBN: 9789830372174
Kategori: Dewasa
Ringkasan / Ulasan:
Penggunaan herba dalam perubatan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Herba ialah sebahagian tumbuhan sama ada daun, buah, pucuk, putik, batang atau akar. Penggunaan herba ialah penggunaan sesuatu tanaman itu secara langsung tanpa mengekstrak bahan aktif atau bahan kimia daripada tanaman berkenaan. Penggunaan herba dibahagi kepada dua kategori sama ada berbentuk rempah atau bukan rempah.

Antara kegunaannya ialah sebagai bahan asas kepada minyak wangi, makanan, perisa, ubat pembasmi kuman dan juga sebagai mata ang. Secara umum, tamadun manusia telah mengiktiraf khasiat herba. Contohnya Tamadun Mesir Purba telah mengabungkan herba dan sihir dalam perawatan penyakit, manakala Tamadun Cina Purba telah menggunakan herba dengan cara yang lebih saintifik. Malaysia adalah Negara yang kaya dengan sumber asli herba.

Lebih 6000 sepsis herba dikenal pasti memiliki unsure perubatan. Namun hanya separuh sepsis sahaja yang digunakan dalam perubatan tradisional Melayu, India, dan Cina. Buku ensiklopedia herba membincangkan tentang pelbagai jenis pokok herba sama ada yang boleh dimakan sebagai ulam atau pun yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional.
Pelbagai aspek tumbuhan herba dihuraikan seperti nama saintifik dan asal keluarga, asal-usul pokok, habitat semulaja dipokok, cara pembiakan dan penanaman pokok dan penggunaan pokok sebagai ubat tradisional. Disamping itu, gambar-gambar juga disertakan supaya para pembaca dapat mengenali sesuatu pokok dengan lebih jelas.

Judul: Ensiklopedia Herba Kegunaa & Khasiat Perubatan Tradisi
Pengarang: Maznah Ismail
Penerbit:
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM 49.00
Mukasurat: 141
Rating: -

Disediakan oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah
Pembantu Pustakawan 
PD Chenor                                                                                   

Disemak oleh :
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu PENULIS H Saifuddin Aman PENERBIT Darul Mughni Trading 2014 RM23

BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu PENULIS H Saifuddin Aman PENERBIT Darul Mughni Trading 2014 RM23

ULASAN BUKU JUN 2018
No Perolehan : 004682
ISBN: 978-967-0618-29-6
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini ditulis dan disusun untuk bacaan dan perkembangan anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun. Kandungan utama buku ini terdiri daripada tiga topik utama iaitu berkenaan Islam, Iman dan Ihsan. Ketiga-tiga perkara ini amat dititikberatkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana Allah memberi kepada kita kenikmatan utama iaitu, kecerdasan otak, emosi dan juga kecerdasan sosial.

Buku ini mengajak anak-anak untuk berfikir secara logik dan kritis serta berorientasikan pada masa hadapan. Anak-anak juga digalakkan berfikir impian dan cita-cita pada masa hadapan.

Oleh itu,ibu bapa berperanan membentuk perkembangan anak-anak supaya mereka membesar mengenali Islam, rasul dan amal ibadat. Buku ini adalah amat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar dan mengenali Islam dengan lebih mudah dan faham.

Buku ini dilengkapi dengan kalimah Allah, Rukun Islam,Rukun Iman serta asas pendidikan Islam.Ianya juga menepati sukatan pelajaran Pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah.Mudah –mudahan pembaca serta ibu bapa mendapat manfaat melalui buku ini.

Judul: Jom kenali Islam bersama Ayah &Ibu
Pengarangn: H. Saifuddin Aman
Penerbit: Darul Mughni Trading
TahunTerbit: 2014
Harga: RM 23.92
Mukasurat: 176
Rating: -

Disediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

BUKU Kembara Teladan PENULIS UCHOT PENERBIT Humaira Publication 2017 RM12

BUKU Kembara Teladan PENULIS UCHOT PENERBIT Humaira Publication 2017 RM12

ULASAN BUKU MEI 2018
No Perolehan: DMAR 18002273
ISBN: 978-967-0886-62-6
Kategori: Kemasyarakatan

Ringkasan/ Ulasan:

Buku ini memaparkan kura-kura dan keluarganya dalam perjalanan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Sewaktu dalam perjalanan, kura-kura yang minat melukis berasa bosan duduk di dalam lori yang mereka tumpang telah secara sengaja menconteng sebuah beg tangan berjenama milik ibunya.

Berang dengan kejadian itu, bapa tirinya telah memarahi kura-kura dan secara tidak sengaja telah tertolak si kura-kura keluar dari lori dan mereka akhirnya terpisah.

Si kura-kura bertekad untuk mencari keluarganya maka bermulalah pengembaraanya ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur, dia bertemu dengan banyak binatang yang mempunyai masalah dan mengambil keputusan membantu mereka.
Dapatkah kura-kura membantu haiwan-haiwan yang ditemuinya? Dapatkah dia mencari ahli keluarganya semula? Sama-sama kita ikuti kisah teladan: ikhlaskan hati, pasti disenangi yang penuh dengan unsure humor dan emosi.

Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -

DISEDIAKAN OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG)
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PAD MARAN

DISEMAK OLEH
(ZULKEPLI BIN HARON)
KETUA PERPUSTAKAAN DAERAH,
PAD MARAN

BUKU Jom Makan Untuk Sihat PENULIS Haryati Mat Deris PENERBIT Alaf 21 Grup Buku Karangkraf 2011 RM13

BUKU Jom Makan Untuk Sihat PENULIS Haryati Mat Deris PENERBIT Alaf 21 Grup Buku Karangkraf 2011 RM13
ULASAN BUKU MEI 2018
No Perolehan : 12-02917
No Panggilan : 641.563 JOM

ISBN: 9789831246542
Kategori: Teknologi
Ringkasan/ Ulasan:

Buku yang memberi panduan kepada kita untuk menyediakan menu masakan yang lebih berkhasiat kepada keluarga. Dibahagikan enam bab dengan resepi pilihan terbaik. Antara pengisiannya ialah ramuan alternative sihat, menu seimbangkan berat badan, tambah darah elakan emia, sihat seperti si vegetarian, menu ala hospital dan anti oksidan dalam makanan.

Buku ini membantu kita mengubah cara masakan kepada gaya pemakanan yang lebih baik. Terdapat juga info-info berguna dalam setiap masakan sebagai panduan pemakanan makanan yang sihat masih boleh kekal lazat sekiranya kreatif mencipta resepi. Paling penting sejauh mana pengetahuan kita dalam soal pemilihan makanan kerana yang dimakan itulah menjadi punca kondisi tubuh. Ramai yang tidak sedar bahawa dalam kekayaan makanan yang wujud sekarang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Penggunaan herba bagi menggantikan bahan perasa seperti MSG yang mana ia masih mampu mengekalkan keenakan masakan, hanya perlu tambahkan sedikit garam dan rasai kehebatannya. Pengetahuan mengenai pemakanan dikalangan masyarakat dapat membantu dalam memupuk tabiat makan yang betul.

Pepatah ‘mencegah lebih baik dari merawat’ ada kebenarannya, Sayangilah badan kita dan cegah penyakit sebelum ia menyerang. Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat.

Judul: Jom Makan Untuk Sihat
Pengarang: Haryati Mat Deris
Penerbit: Alaf 21 Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2011
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 124
Rating: -

Disediakan Oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                 
Pembantu Pustakawan                                                                     
PD Chenor                                                                                       

Disemak oleh :
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

BUKU Haatus Sahabah 20 Kisah Sahabat PENULIS Ustaz Mohd Hazri Hashim Al Bindany PENERBIT Galeri Ilmu 2017 RM20

ULASAN BUKU MEI 2018
No Perolehan : ELUI001042
ISBN: 978-983-097-648-8
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini memaparkan gambaran kehidupan para sahabat yang merupakan insan mulia yang dipilih Allah untuk menjadi sahabat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah generasi pertama yang mendapat bimbingan langsung dari Nabi. Sehinggakan akhlak dan keperibadian sahabat ini begitu unggul dalam kehidupan mereka.

Dalam buku ini menceritakan 20 kisah para sahabat yang jarang diketahui kisah mereka. Antaranya, Anas bin MalikAl-Anshari, Sa’id bin Amir Al-Jumahi, Ath-thuffail Ibnu’Amr Ad-dausi dan lain-lain. Kisah kehidupan para sabahat ini jarang diceritakan.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada kita sebagai pembaca dan umat Islam supaya kembali mengimbau sejarah silam yang penuh dengan tauladan. Kisah sahabat Al-Barra’ Ibnu Malik Al-Anshari. Beliau seorang yang  berambut kusut.badannya berdebu kurus kering dan dipandang lemah orang yang melihatnya. Namun hakikatnya beliau seorang yang gagah dan mampu membunuh seratus orang musyrik seorang diri. Dialah pahlawan yang gagah berani.

Kepada penggemar sejarah Islam, buku ini amat menarik dibaca. Juga sesuai untuk dijadikan panduan kepada kita memahami dan mengenali peribadi para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Judul: Haatus Sahabah : 20 Kisah Sahabat
Pengarangn: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 188
Rating: -

Di sediakan oleh:
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Monday, July 30, 2018

NOVEL Kerana Bossku Mr Pupple Penulis Peppermint Noor Hayati Yasmin

ULASAN BUKU JULAI 2018
No Perolehan : ELUI000746
ISBN: 978067-12923-96
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Novel ini menceritakan kisah kehidupan  seorang doktor di bahagian kecemasan. Dr. Azwa seorang  wanita yang cekal dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang doktor pakar kecemasan.

Dia sanggup bekorban kasih untuk sambung belajar ke peringkat master untuk bergelar doktor pakar.
Kehidupan Dr.Azwa sentiasa sibuk sebagai pelajar dan dalam masa yang sama perlu bertugas sebagai seorang doktor.

Dia bahagia dengan kehidupanya itu, yang mana sentiasa sibuk dan dalam diam, dia meminati seorang doktor pakar yang juga bosnya. Bosnya itu juga merupakan pensyarah ketika di kelas. Dr.Azwa menggelarkan bosnya itu sebagai Mr.Pupple kerana Dr.Firas itu suka memakai kemeja berwarna ungu.

Dalam novel ini, secara keseluruhanya berkisar di dalam hospital bahagian kecemasan. Secara tidak langsung pembaca dibawa oleh penulis meneroka kesibukan situasi di bahagian kecemasan. Sentiasa ada pesakit baru yang pelbagai keadaanya.

Novel ini bukan berkisah tentang cinta semata. Ianya membawa pembaca berfikir  dan memahami kehidupan dan kesibukan sebagai seorang doktor.

Amat menarik untuk dibaca. Secara tidak langsung pembaca mendapat ilmu tentang dunia perubatan. Banyak istilah perubatan dalam novel ini seperti Central venous line (CVL), Defibrillation dan sebagainya.

Judul: Kerana Bossku Mr.pupple
Pengarang: Peppermint
Penerbit: Noor Hayati Yasmin
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 35.00
Mukasurat: 466
Rating: -

Disediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Sunday, July 29, 2018

Buku Travellis Jepun Pengarang Suraya Ali Penerbit MPWS Rich 2017 RM30

ULASAN BUKU JULAI 2018
No Perolehan :  DMAR 17-002168
ISBN: 978-967-0942-12-4
Kategori: Sejarah
Ringkasan / Umum

Buku ini mengesahkan sebuah perjalanan travel untuk dikongsikan untuk individu yang mahu memulakan perjalanan kembara 6 hari ke sebuah negara Jepun.

Buku ini juga boleh dijadikan rujukan dan mengandungi gambar-gambar menarik. Fungsi buku ini bukan sahaja memudahkan seseorang ke Jepun sendirian terutama jika ini kali pertama kesana.

Judul: Travellis Jepun
Pengarang: Suraya Ali
Penerbit: MPWS Rich Publication
Tahun Terbit: 2017
Harga: Rm 30.00
Muka surat: 229
Rating:-

Disediakan oleh:
(Ruzimah binti Muhamad)
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Maran

Disemak oleh:
(ZULKEPLI BIN HARON)
Ketua Perpustakaan Daerah,
Perpustakaan Awam Daerah Maran

Tuesday, July 10, 2018

BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu Penulis H Saifuddin Aman Penerbit Darul Mughni Trading 2014

ULASAN BUKU JUN 2018
BUKU Jom kenali Islam bersama Ayah dan Ibu Penulis H Saifuddin Aman Penerbit Darul Mughni Trading 2014

No Perolehan : 004682
ISBN: 978-967-0618-29-6
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini ditulis dan disusun untuk bacaan dan perkembangan anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun. Kandungan utama buku ini terdiri daripada tiga topik utama iaitu berkenaan Islam, Iman dan Ihsan.

Ketiga-tiga perkara ini amat dititikberatkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Hal ini kerana Allah memberi kepada kita kenikmatan utama iaitu, kecerdasan otak, emosi dan juga kecerdasan sosial.

Buku ini mengajak anak-anak untuk berfikir secara logik dan kritis serta berorientasikan pada masa hadapan. Anak-anak juga digalakkan berfikir impian dan cita-cita pada masa hadapan.

Oleh itu,ibu bapa berperanan membentuk perkembangan anak-anak supaya mereka membesar mengenali Islam, rasul dan amal ibadat. Buku ini adalah amat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar dan mengenali Islam dengan lebih mudah dan faham.

Buku ini dilengkapi dengan kalimah Allah, Rukun Islam,Rukun Iman serta asas pendidikan Islam.Ianya juga menepati sukatan pelajaran Pendidikan Islam diperingkat sekolah rendah.Mudah –mudahan pembaca serta ibu bapa mendapat manfaat melalui buku ini.

Judul: Jom kenali Islam bersama Ayah &Ibu
Pengarangn: H. Saifuddin Aman
Penerbit: Darul Mughni Trading
TahunTerbit: 2014
Harga: RM 23.92
Mukasurat: 176
Rating: -

Di sediakan oleh
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

BUKU Mudahnya menjemput jodoh Pengarang Mejar B Mohammad Qayyum A Badaruddin Penerbit Casamas Resources 2017 RM21

ULASAN BUKU JUN 2018
BUKU Mudahnya menjemput jodoh Pengarang  Mejar B Mohammad Qayyum A Badaruddin Penerbit Casamas Resources 2017 RM21

No Perolehan: 17-001574
ISBN: 978-967-5994-74-6
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/Ulasan:
Harapan tinggi diletakkan agar memiliki jodoh yang soleh, tampan, mapan, hafal Al-Quran sekian juz, ibadah hariannya bagus, dari keturunan yang baik-baik. Ramai orang yang risau tentang jodohnya, tak sedikit yang risau salah pilih jodohnya.

Kenapa banyak yang gelisah ketika memilih jodoh? Kerana kebanyakkan di antara kita memaksakan definisi dan persepsi peribadi kita tentang jodoh, mengikuti ego yang bahkan sudah bercampur dengan nafsu syahwat dalam menentukan jodoh. Jodoh memang misteri, tidak ada yang tahu tentang siapa jodoh kita, namun kabar baiknya Allah sudah kasi sedikit kebocoran tentang jodoh kita yang mana jika hal ini kita jadikan sebagai acuan tentu akan menjadi isolusi utama kerisauan dan kegelisahan.

Allah membocorkan rahsia tentang jodoh didalam surah An-nur Ayat 26:
“Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik untuk wanita-wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik,dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Ayat diatas Allah jelaskan laki-laki yang baik hanya untuk wanita yang baik begitu juga sebaliknya. Disini kita mendapatkan “clue” keluar jodoh itu adalah cerminan diri kita, sebagaimana diri kita. Jika kita soleh, taat, rajin membaca Al-Quran,baik akhlak dan perilakunya Insha Allah, Allah akan pertemukan juga dengan orang yang seperti itu.

Judul:  Mudahnya menjemput jodoh.
Pengarang:  MEJAR(B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin
Penerbit:  Casamas Resources SdnBhd
Tahun terbit:  2017
Harga:  RM 21.00
Muka  surat:  242
Rating:

Disediakan oleh:                                                                          Disemak oleh:
Nor Hailah bt Baharom                                                               Zulkepli b Haron
Pembantu Operasi                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Buku Haatus Sahabah 20 Kisah Sahabat Pengarang Ustaz Mohd Hazri Hashim Al Bindany Penerbit Galeri Ilmu 2017 RM20

ULASAN BUKU MEI 2018
Buku Haatus Sahabah 20 Kisah Sahabat Pengarang Ustaz Mohd Hazri Hashim Al Bindany Penerbit Galeri Ilmu 2017 RM20

No Perolehan : ELUI001042
ISBN: 978-983-097-648-8
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan / Ulasan:
Buku ini memaparkan gambaran kehidupan para sahabat yang merupakan insan mulia yang dipilih Allah untuk menjadi sahabat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah generasi pertama yang mendapat bimbingan langsung dari Nabi. Sehinggakan akhlak dan keperibadian sahabat ini begitu unggul dalam kehidupan mereka.

Dalam buku ini menceritakan 20 kisah para sahabat yang jarang diketahui kisah mereka. Antaranya, Anas bin MalikAl-Anshari, Sa’id bin Amir Al-Jumahi, Ath-thuffail Ibnu’Amr Ad-dausi dan lain-lain. Kisah kehidupan para sabahat ini jarang diceritakan.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada kita sebagai pembaca dan umat Islam supaya kembali mengimbau sejarah silam yang penuh dengan tauladan. Kisah sahabat Al-Barra’ Ibnu Malik Al-Anshari. Beliau seorang yang  berambut kusut.badannya berdebu kurus kering dan dipandang lemah orang yang melihatnya. Namun hakikatnya beliau seorang yang gagah dan mampu membunuh seratus orang musyrik seorang diri. Dialah pahlawan yang gagah berani.

Kepada penggemar sejarah Islam, buku ini amat menarik dibaca. Juga sesuai untuk dijadikan panduan kepada kita memahami dan mengenali peribadi para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Judul: Haatus Sahabah : 20 Kisah Sahabat
Pengarangn: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 188

Di sediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Buku Jom Makan Untuk Sihat Penulis Haryati Mat Deris Penerbit Alaf 21 2011 RM13

ULASAN BUKU MEI 2018
Buku Jom Makan Untuk Sihat Penulis Haryati Mat Deris Penerbit Alaf 21 2011 RM13

No Perolehan : 12-02917
No Panggilan : 641.563 JOM

ISBN: 9789831246542
Kategori: Dewasa
Ringkasan/ Ulasan:
Buku yang memberi panduan kepada kita untuk menyediakan menu masakan yang lebih berkhasiat kepada keluarga. Dibahagikan enam bab dengan resepi pilihan terbaik. Antara pengisiannya ialah ramuan alternative sihat, menu seimbangkan berat badan, tambah darah elakan emia, sihat seperti si vegetarian, menu ala hospital dan anti oksidan dalam makanan.

Buku ini membantu kita mengubah cara masakan kepada gaya pemakanan yang lebih baik. Terdapat juga info-info berguna dalam setiap masakan sebagai panduan pemakanan makanan yang sihat masih boleh kekal lazat sekiranya kreatif mencipta resepi. Paling penting sejauh mana pengetahuan kita dalam soal pemilihan makanan kerana yang dimakan itulah menjadi punca kondisi tubuh.

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam kekayaan makanan yang wujud sekarang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Penggunaan herba bagi menggantikan bahan perasa seperti MSG yang mana ia masih mampu mengekalkan keenakan masakan, hanya perlu tambahkan sedikit garam dan rasai kehebatannya. Pengetahuan mengenai pemakanan dikalangan masyarakat dapat membantu dalam memupuk tabiat makan yang betul.

Pepatah ‘mencegah lebih baik dari merawat’ ada kebenarannya, Sayangilah badan kita dan cegah penyakit sebelum ia menyerang. Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat.

Judul: Jom Makan Untuk Sihat
Pengarang: Haryati Mat Deris
Penerbit: Alaf 21 Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2011
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 124
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran

Buku Kembara Teladan Pelukis UCHOT Penerbit Humaira 2017 RM12

Buku Kembara Teladan Pelukis UCHOT Penerbit Humaira 2017 RM12

No Perolehan: DMAR 18002273
ISBN: 978-967-0886-62-6
Kategori: Kemasyarakatan

Ringkasan/ Ulasan:

Buku ini memaparkan kura-kura dan keluarganya dalam perjalanan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Sewaktu dalam perjalanan, kura-kura yang minat melukis berasa bosan duduk di dalam lori yang mereka tumpang telah secara sengaja menconteng sebuah beg tangan berjenama milik ibunya. Berang dengan kejadian itu, bapa tirinya telah memarahi kura-kura dan secara tidak sengaja telah tertolak si kura-kura keluar dari lori dan mereka akhirnya terpisah.

Si kura-kura bertekad untuk mencari keluarganya maka bermulalah pengembaraanya ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur, dia bertemu dengan banyak binatang yang mempunyai masalah dan mengambil keputusan membantu mereka. Dapatkah kura-kura membantu haiwan-haiwan yang ditemuinya? Dapatkah dia mencari ahli keluarganya semula? Sama-sama kita ikuti kisah teladan: ikhlaskan hati, pasti disenangi yang penuh dengan unsure humor dan emosi.

Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG) (ZULKEPLI BIN HARON)
PEMBANTU PUSTAKAWAN KETUA PERPUSTAKAAN DAERAH,
PAD MARAN PAD MARAN

Thursday, June 28, 2018

BUKU Mudahnya Menjemput Rezeki PENULIS Fathuri Salehuddin PENERBIT Galeri Ilmu 2017 RM20

ULASAN BUKU APRIL 2018
BUKU Mudahnya Menjemput Rezeki PENULIS Fathuri Salehuddin PENERBIT Galeri Ilmu 2017 RM20

No Perolehan : ELUI001049
ISBN: 978-967-11734-1-1
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Mudahnya menjemput rezeki ini, memperlihatkan kepada kita sebagai pembaca bagaimana cara untuk menjemput rezeki kepada kita. Semuanya bergantung bagaimana kita berurusan dengan Allah S.W.T. Cantiknya urusan kita dengan Allah maka cantiklah juga rezeki hambanya.

Doa adalah senjata paling mustajab bagi kita sebagai hamba Allah. Kehidupan harian kita ini tidak akan bermakna dan sempurna sekiranya kita lalai mengingati Allah. Berdoalah supaya kehidupan kita lebih sempurna dan diberkati. Berdoalah supaya Allah mencurahkan rezeki berlipat kali ganda kepada kita.

Buku ini amat menarik dibaca.

Pembaca akan merasa betapa mudahnya Allah memberi rezeki kepada kita. Selain perlu bekerja dan berusaha dengan gigih, kita sebagai hamba Allah perlu mengutamakan suruhan Allah berbanding urusan dunia.

Judul: Mudahnya menjemput rezeki
Pengarang: Fathuri Salehuddin
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 181
Rating: -

Disediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah,
Perpustakaan Awam Daerah Maran

BUKU Strok: Menangani Kesihatan Cara Holistik PENULIS Nor HanisHashim PENERBIT Synergy Media RM11.00

ULASAN BUKU APRIL2018
BUKU Strok: Menangani Kesihatan Cara Holistik PENULIS Nor HanisHashim PENERBIT Synergy Media RM11.00

No Perolehan : 13-03738
No Panggilan : 616.8106 CAR

ISBN: 9789673719051
Kategori: Dewasa
Ringkasan / Ulasan:
Strok antara penyakit yang menyerang manusia secara senyap tanpa sebarang amaran. Ramai penghidapnya tidak menyedari bahawa mereka mempunyai risiko diserang strok. Sangat sedikit penghidap strok yang boleh pulih seperti sediakala.

Buku ini memuatkan penyebab serta cara-cara mengatasinya dengan ubat tradisional, diet makanan dan terapi jus. Fakta menunjukkan bukan hanya orang berusia di atas 50 tahun yang diserang strok tetapi juga mereka yang berusia di bawah 50 tahun. Penyebab penyakit strok yang tidak boleh dicegah seperti factor keturunan danusia.Terdapat juga factor risiko strok yang dapat dicegah seperti hipertensi, Kolesterol, diabetes, merokok dan minuman beralkohol.

Strok terbahagi kepada dua jenis iaitu strok iskemik dan strok hemoragik. Strok iskemik terjadi pada sel-sel otak yang mengalami kekurangan oksigen dan nutrisi yang disebabkan penyempitan atau penyumbatan pada pembuluh darah. Manakala strok hemoragik adalah strok pendarahan yang terjadi akibat pecahnya pembuluh darah di otak. Buku ini juga menyediakan menu sihat untuk penghidap strok berserta gambar bagi memudahkan lagi pembaca untuk membuat rujukan

Judul: Menangani Kesihatan Cara HolistikStrok
Pengarang: Nor HanisHashim
Penerbit: Synergy Media
TahunTerbit:
Harga: RM 11.92
Mukasurat: 83
Rating: -

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran

Thursday, June 21, 2018

BUKU APRIL Petunjuk Penggunaan Bahasa Melayu PENULIS Noresah Baharom PENERBIT Institut Terjemahan Buku Malaysia ITBM 2016 RM28

BUKU APRIL Petunjuk Penggunaan Bahasa Melayu PENULIS Noresah Baharom PENERBIT Institut Terjemahan Buku Malaysia ITBM 2016 RM28

No Perolehan :  DMAR 17-001976
ISBN: 978-967-460-306-9
Kategori: Bahasa

Ringkasan / Umum

Buku ini yang merupakan himpunan soalan atau persoalan kebahasaan yang dikemukakan oleh pengguna bahasa kepada penulis serta jawapan yang diberi memaparkan suatu kelainan persembahan.

Penulis mengharapkan agar buku ini dapat dijadikan rujukan mudah kepada pengguna bahasa yang ingin mendapatkan jawapan serta prinsip dibalik setiap soalan dan persoalan yang diutarakan. Buku ini juga dapat menambahkan khazanah kepustakaan ilmu dalam bahasa Melayu.

Judul: Petunjuk Penggunaan Bahasa Melayu
Pengarang: Noresah Baharom
Penerbit: ITBM (Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tahun Terbit: 2016
Harga: Rm 28.00
Muka surat: 206
Rating:-

Disediakan Oleh:

(Ruzimah Binti Muhamad)
Pembantu Pustakawan ,PAD Maran

Thursday, May 10, 2018

BUKU Isteriku Bidadarai 11 Kaedah membimbing keluarga PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016

BUKU FEBRUARI
BUKU Isteriku Bidadarai 11 Kaedah membimbing keluarga PENULIS Ebit Lew PENERBIT Transform Publication 2016

No Perolehan : ELUI001020
ISBN:978-967-11555-3-0
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada pembaca yang mengimpikan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Keluarga yang sentiasa  berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain akan menarik rahmat Allah SWT. Apabila rahmat Allah diperolehi, maka segala urusan akan dipermudahkan termasuk urusan rezeki.

Nikmat dunia ini akan dikecapi apabila kita rasa gembira ketika bersama ahli keluarga. Kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup ini ialah orang yang sangat menghargai keluarga. Rasulullah SAW adalah insan yang mencintai dan menghargai keluarganya dengan bersungguh-sungguh.
Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga. Benarlah rumahku syurgaku.

Menatap wajah ibu ayah serta anak isteri adalah perkara paling nikmat dalam hidup.
Setiap insan akan bahagia jika berjaya memperoleh reda Allah SWT. Allah mencipta syurga bagi setiap insan untuk menikmatinya. Namun hakikat bahagia itu bermula dari hati. Hati adalah penentu kebahagiaan.
Buku ini yang ditulis berdasarkan pengalaman penulis.

Amat bermanfaat dibaca sebagai panduan untuk kita menuju kebahagiaan dalam rumah tangga. Buku ini amat sesuai untuk dibaca semua peringkat umur terutama kepada yang telah berkahwin.

Judul: Isteriku Bidadarai – 11 Kaedah membimbing keluarga
Pengarangn: Ebit Lew
Penerbit: Transform publication
TahunTerbit: 2016
Harga: RM 28.00
Mukasurat: 406
Rating: -

Disediakan oleh : Disemak oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah,
Perpustakaan Desa Luit PAD Maran