Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Raub 2017. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Raub 2017. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

BUKU Mengatasi Masalah Penghadaman dengan Jus Buah Buahan PENGARANG Dr AP Bangun PENERBIT Synergi Media 2009

BUKU Mengatasi  Masalah Penghadaman dengan Jus Buah Buahan PENGARANG Dr AP Bangun PENERBIT  Synergi Media 2009

TAJUK BUKU :  MENGATASI MASALAH PENGHADAMAN DENGAN JUS BUAH-BUAHAN.
NO PEROLEHAN : 09-000498
NOMBOR PANGGILAN :  616.3 BAN
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESIHATAN


Ulasan:  Buku ini menerangkan tentang cara mengatasi masalah penghadaman dengan menggunakan jus buah-buahan. Faktor penyebab terjadinya gangguan sistem pencernaan dalan tubuh badan kita. Terdapat banyak jenis buah-buahan di pasaran yang boleh dijadikan jus bagi membantu mengatasi masalah penghadaman. Ia dijadikan bahanpenyahtoksifikasi dalam tubuh kita. Buku ini banyak menerangkan cara penyedian dan khasiat-khasiat yang ada di dalam buah-buahan yang di jadikan jus untuk kesihatan badan selain pemakanan seimbang untuk tubuh badan.

 PENGARANG:  DR. AP. BANGUN, MHA
PENERBIT:  SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 14.90.
MUKA SURAT :  65

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Tuesday, December 5, 2017

BUKU Khasiat dan Manafaat Peria PENGARANG DR TATI SS Subahar PENERBIT Synergi Media 2009

BUKU Khasiat dan Manafaat Peria PENGARANG DR TATI SS  Subahar PENERBIT Synergi Media 2009

TAJUK BUKU :  KHASIAT DAN MANFAAT PERIA
NO PEROLEHAN : 09-000885
NOMBOR PANGGILAN :  582.12 TAT
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESIHATAN

Ulasan:  Peria adalah diantara tumbuhan herba yang dijadikan sebagai alternative dalam perubatan. Peria rasanya pahit tetapi mempunyai khasiat dalam perubatan. Diantaranya peria boleh merawat  penyakit buasir, batuk, bisul yang bengkak atau meradang dan lain-lain penyakit dalam tubuh badan. Buku ini juga menerangkan cara penanaman dan penjagaan buah peria , jenis-jenis peria yang ada dan disertakan juga resepi menggunakan peria dalam mengatasi penyakit.

PENGARANG:  DR. TATI S. S. SUBAHAR
PENERBIT:  SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 14.90.
MUKA SURAT :  63

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Tuesday, November 28, 2017

BUKU Khasiat dan Manafaat Kunyit PENGARANG IR WP. Wiranto PENERBIT Synergi Media 2009

BUKU Khasiat dan Manafaat Kunyit PENGARANG  IR WP. Wiranto PENERBIT Synergi Media 2009

TAJUK BUKU :  KHASIAT DAN MANFAAT KUNYIT
NO PEROLEHAN : 09-000882
NOMBOR PANGGILAN :  582.12 WPW
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESIHATAN

Ulasan:  Kunyit atau Curcuma Domestica Val diantara bahan masakan asas dalam kehidupan seharian. Selain digunakan dalam masakan ianya juga mempunyai khasiat untuk dalam perubatan. Ia berfungsi sebagai antioksidan, antiradang, antikanser dan antitumor. Buku ini menerangkan kepelbagaian penggunaan kunyit dalam kehidupan seharian selain digunakan dalam masakan. Ianya bermanfaat bagi pembaca mengenali lebih dalam mengenai tumbuhan herba ini. Juga diterangkan penggunaan kunyit dalam perubatan dan cara-cara mengadun kunyit untuk dijadikan ubat atau penawar bagi sakit diantaranya demam, hidung tersumbat, cirit-birit, kegatalan ,keputihan bagi wanita dan sebagainya. Buku ini sangat berguna sebagai panduan pembaca untuk mempraktiskan kepenggunaan bahan daripada kunyit untuk dijadikan ubat.

PENGARANG:  IR.W.P. WIRANTO.
PENERBIT:  SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 14.90.
MUKA SURAT :  53

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Wednesday, November 15, 2017

BUKU Ada Apa Di Hari Jumaat PENGARANG Mubdi Al Qathr PENERBIT Wafa Press 2008

BUKU Ada Apa Di Hari Jumaat PENGARANG Mubdi Al Qathr PENERBIT Wafa Press 2008

NO. PEROLEHAN:  DRAU 088339
NO. PANGGILAN:  297.36 MUB
ISBN:  978-979-1414-20-3
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku yang bertajuk Ada Apa di Hari Jum’at yang ditulis oleh Mubdi al-Qathr ini berkisar tentang keistimewaan hari Jumaat berbanding hari-hari lain.  Penulis ada menyatakan tentang mengapa dinamakan hari Jumaat di bahagian mukadimah buku.  Jadi pembaca secara tidak langsung dapat memahami asal usul hari tersebut.  Penulis juga turut membuat pecahan kecil tentang beberapa isu-isu yang berkaitan pada hari Jumaat seperti hukum, adab dan amalan sunnah yang dianjurkan oleh Islam dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada hari tersebut.

Penulis menggunakan bahasa yang ringkas tetapi padat dengan informasi dan terdapat soal jawab di mana jawapannya disertakan sekali dengan riwayat Nabi dan Hadith sahih.

Kesimpulannya, buku ini amat bermanfaat kepada umat Islam untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dan sekaligus dapat mempraktikkan amalan-amalan pada hari Jumaat setelah membaca buku ini.

PENGARANG:  MUBDI AL-QATHR
PENERBIT:  WAFA PRESS
TAHUN TERBIT:  2008
HARGA:  RM 25
MUKA SURAT:  168

DIULAS OLEH:
ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Saturday, September 16, 2017

BUKU PERJALANAN ROH MANUSIA MELALUI 4 ALAM PENGARANG: MUHAMMAD BAIHAQI PENERBIT: AL-HIDAYAH PUBLICATIONS 2012

BUKU PERJALANAN ROH MANUSIA MELALUI 4 ALAM PENGARANG: MUHAMMAD BAIHAQI PENERBIT: AL-HIDAYAH PUBLICATIONS 2012

TAJUK: PERJALANAN ROH MANUSIA MELALUI 4 ALAM
NO. PEROLEHAN: DRAU 04483
NO. PANGGILAN: 297.21 PER
ISBN: 978-983-9188-31-3
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku yang bertajuk Perjalanan Roh Manusia Melalui 4 Alam yang ditulis oleh Muhammad Baihaqi mengisahkan tentang kejadian manusia dan peringkat-peringkat sebelum terjadinya manusia, seterusnya perkembangan hidup manusia mengikut peringat umur.  Penulis juga ada menceritakan perihal kewajipan manusia di muka bumi ini.  Terdapat 18 tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai makhluk Allah di muka bumi ini.  Akhir sekali, penulis menceritakan tentang kehidupan manusia di alam barzakh termasuklah bagaimana keadaan Munkar dan Nakir serta perihal azab di dalam kubur kelak.
Buku yang mempunyai 229 halaman ini amat sesuai dijadikan panduan agar para pembaca dapat muhasabah diri agar menjadi lebih baik dari hari ke hari. 

PENGARANG: MUHAMMAD BAIHAQI
PENERBIT: AL-HIDAYAH PUBLICATIONS
TAHUN TERBIT: 2012
HARGA: RM 11
MUKA SURAT: 229

DIULAS OLEH:
ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Thursday, August 31, 2017

Buku 100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA Penulis AL-GHOMIDI, ‘ABDUL LATIF BIN HAJIS Penerbit AL-QOWAM 2006

TAJUK BUKU: 100 DOSA YANG DIREMEHKAN WANITA
NO. PEROLEHAN: DRAU 08316
NOMBOR PANGGILAN: 297.3552 ALG
ISBN: 9789793942636
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: AGAMA
 ULASAN:
Buku ini sangat baik untuk dibaca, khasnya golongan wanita. Didalam buku ini mengandungi berbagai-bagai permasalahan mengenai dosa-dosa yang sering dianggap remeh oleh golongan tersebut. Dosa-dosa yang dianggap remeh itu termasuklah seperti penyimpangan-penyimpangan dalam masalah keimanan dan akidah, penyimpangan dalam ibadah, penyimpangan dalam masalah keluarga, penyimpangan dalam hal pakaian dan perhiasan, penyimpangan dalam masalah jenazah, penyimpangan dalam masalah harta, penyimpangan dalam hal lisan dan  akhlak. Oleh itu sebagai jalan penyelesaian kita mestilah membaca buku ini dengan sebaiknya agar kita faham dan tidak beranggapan bahawa dosa yang dianggap remeh itu boleh membawa kita ke jalan yang tidak benar.

PENGARANG: AL-GHOMIDI, ‘ABDUL LATIF BIN HAJIS
PENERBIT: AL-QOWAM
TAHUN TERBIT: 2006
HARGA: RM 41.50
MUKA SURAT: 279

ULASAN OLEH:
JAMALIAH BINTI MOHAMED
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Wednesday, August 30, 2017

Buku SAYANGI ANAK ANDA DARI SISI AGAMA DUNIA Penulis JACKSON YOGARAJAH Penerbit UTUSAN PUBLICATIONS 2012

TAJUK BUKU: SAYANGI ANAK ANDA DARI SISI AGAMA DUNIA
NO. PEROLEHAN: DRAU 06125
NOMBOR PANGGILAN: 649.1 YOG
ISBN: 9789676125941
BAHASA: MELAYU
KATEGORI: SAINS DAN TEKNOLOGI
ULASAN:
Buku ini amat baik untuk dibaca khasnya golongan ibu bapa dimana mendidik anak-anak di zaman ini amatlah mencabar. Oleh itu kita sebagai ibu bapa mestilah mendidik anak kita dengan menerapkan nilai agama dengan sebaiknya. Selain daripada itu kita mesti selalu mengawasi anak-anak khasnya golongan remaja dari terjerumus ke lembah yang hina. Kehidupan dalam keluarga merupakan sekolah pertama dalam pembelajaran emosi (petikan daripada Daniel Goleman). Apa yang perlu dilakukan untuk mendidik bahagian penting dalam kehidupan ialah membangunkan “konsep keseluruhan insan “yang akan membantu dalam mengawal perkembangan emosi, rohani dan mental. Kandungan di dalam buku ini juga menyatakan bahawa semua agama di dunia ini menerapkan nilai-nilai murni untuk dijadikan panduan untuk kejayaan sebuah kehidupan.
PENGARANG: JACKSON YOGARAJAH
PENERBIT: UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN TERBIT: 2012
HARGA: RM 20.00
MUKA SURAT: 228
ULASAN OLEH:
JAMALIAH BINTI MOHAMED
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB
DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Thursday, August 24, 2017

Buku ANEKA CONTOH SURAT RASMI DAN KERTAS KERJA PENGURUSAN Pengarang AMIN HAZYQ N.A SALLEH Penerbit AL FALAH 2007

Buku ANEKA CONTOH SURAT RASMI DAN KERTAS KERJA PENGURUSAN Pengarang AMIN HAZYQ N.A SALLEH Penerbit AL FALAH 2007

TAJUK BUKU : ANEKA CONTOH SURAT RASMI DAN KERTAS KERJA PENGURUSAN.
NO PEROLEHAN : 08-006692
NOMBOR PANGGILAN : 651.75 AMI
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : TEKNOLOGI

Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang cara-cara membuat surat rasmi dan kertas kerja. Lengkap dengan contoh-contoh surat rasmi serta contoh-contoh kertas kerja yang di paparkan untuk memberi kefahaman kepada pembaca cara membuat surat rasmi dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang mudah dan sesuai. Juga dimuatkan panduan tentang penggunaan bahasa melayu yang betul dalam ilmu persuratan rasmi dan penulisan umum. Disamping kita dapat mendalami ilmu kita juga dapat memanfaatkan buku ini sebagai rujukan kepada pembaca. Secara umumnya buku ini sangat membantu.

PENGARANG:  AMIN HAZYQ N.A SALLEH
PENERBIT: AL FALAH
TAHUN TERBIT: 2007
HARGA:  RM 16.00.
MUKA SURAT :

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Wednesday, August 23, 2017

Buku HIASAN LANGSIR Penulis MARIAM ABU BAKAR Penerbit ALAF 21

Buku HIASAN LANGSIR Penulis MARIAM ABU BAKAR Penerbit ALAF 21

TAJUK BUKU :HIASAN LANGSIR.
NO PEROLEHAN : 03-3765
NOMBOR PANGGILAN :746.94 MAR
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : KESENIAN

Ulasan:  Hiasan dalaman suatu seni yang kreatif dan inovatif. Oleh itu buku ini menerangkan idea untuk  hiasan  langsir yang cantik dan menarik. Pelbagai tip cara mudah untuk menjahit langsir. Paparan gambar sebagai contoh rujukan juga ada di sulami dengan penerangan yang jelas cara jahitan langsir yang menarik. Contoh-contoh langsir yang moden dan tradisional di paparkan  serta di beri cara ukuran yang sepadan. Buku ini sesuai untuk rujukan dan pembelajaran bagi tukang jahit yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara mendekorasi kepelbagaian seni hiasan langsir dan cara menjahitnya.

PENGARANG:  MARIAM ABU BAKAR
PENERBIT: ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD
TAHUN TERBIT: 2003
HARGA:  RM 19.90.
MUKA SURAT :

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Wednesday, August 16, 2017

BUKU INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT PENULIS DATO’ ISMAIL KAMUS DAN MOHD. AZRUL AZLEN AB. HAMID PENERBIT TELAGA BIRU 2009

TAJUK BUKU: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

NOMBOR PEROLEHAN:  DRAU 000511
NOMBOR PANGGILAN:  297.57
ISBN:  978-967-5102-30-1
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA

ULASAN:

Buku yang bertajuk Indahnya hidup Bersyariat, yang ditulis oleh Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid merupakan sebuah buku fardhu ain dan fardhu kifayah yang disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu dari zaman kanak-kanak, alam remaja, dewasa, alam berkeluarga dan syariat bermasyakat serta amalan sunat harian yang boleh diamalkan.  Isi kandungan buku ini ditulis berlandaskan Al-Quran Hadith sahih.  Di samping itu, penulis menggunakan teknik penyampaian yang menarik dan mudah difahami dari segi konteks bahasa.

Kesimpulannya, buku ini amatlah disarankan kepada semua golongan tidak kira sama ada muda mahupun tua untuk dijadikan panduan hidup.

PENGARANG: DATO’ ISMAIL KAMUS DAN MOHD. AZRUL AZLEN AB. HAMID
PENERBIT:  TELAGA BIRU
TAHUN TERBIT:  2009
HARGA:  RM 55.00 (SM), RM 57.00 (SS)
MUKA SURAT:  308

DIULAS OLEH:

ABD JAMAL BIN ABD HAMID
PEMBANTU OPERASI
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Monday, July 24, 2017

Buku 100 YANG TERLAKNAT PENGARANG SALMAN NASHIF AD-DAHDUH PENERBIT PERPUSTAKAAN NASIONAL RI 2008

Buku 100 YANG TERLAKNAT PENGARANG SALMAN NASHIF AD-DAHDUH PENERBIT PERPUSTAKAAN NASIONAL RI 2008

TAJUK BUKU: 100 YANG TERLAKNAT
NO. PEROLEHAN: DRAU 08340
NO. PANGGILAN: 297.22 SAL
ISBN: 978-9791135290
BAHASA: MELAYU (INDONESIA)
KATEGORI: AGAMA

ULASAN:
Buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan. Dilaknat bermaksud “ dijauhkan dari rahmat Allah swt. Jika kita rindu akan kasih sayang Allah di dunia dan di akhirat, maka kita mesti meninggalkan segala apa yang dilarang.

Tetapi tanpa kita sedari ianya sudah menjadi amalan kita seharian.Oleh itu buku 100 yang terlaknat ini hadir untuk menjelaskan sifat-sifat perbuatan-perbuatan dan orang-orang yang dilaknat Allah.

Semoga apa yang terdapat dalam buku ini akan menginsafkan kita dan akan merubah hidup kita ke jalan yang diredhai. 

PENGARANG: SALMAN NASHIF AD-DAHDUH
PENERBIT: PERPUSTAKAAN NASIONAL RI
TAHUN TERBIT: 2008
HARGA: RM 41.50
MUKA SURAT: 244

DIULAS OLEH:

JAMALIAH MOHAMED
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

DISEMAK OLEH:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
PENOLONG PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB

Wednesday, June 7, 2017

Buku HIDANGAN SNEK Pengarang SA’ADIAH MOHAMAD Penerbit ALAF 21

Buku HIDANGAN SNEK Pengarang SA’ADIAH MOHAMAD Penerbit ALAF 21

TAJUK BUKU : HIDANGAN SNEK
NO PEROLEHAN : 06-4046
NOMBOR PANGGILAN : 641 SAA
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : TEKNOLOGI

ULASAN : Buku ini menerangkan lengkap dengan gambar mengenai resepi hidangan makanan snek atau makanan kudapan. Pelbagai resepi menarik ada di sediakan didalam buku ini. Ini termasuk resepi kuih tradisonal seperti kuih kerepek pisang, kuih ros dan kuih gulung. Cara penyediaan kuih ini di nyatakan bagi memudahkan pembaca mencuba resepi yang disediakan. Para pembaca di galakkan mencuba resepi ini kerana ia mempunyai 40 jenis resepi masakan snek atau kudapan.

PENGARANG:  SA’ADIAH MOHAMAD
PENERBIT: ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD
TAHUN TERBIT: 2004 CETAKAN KETIGA
HARGA:  RM 4.40.
MUKA SURAT :

ULASAN OLEH :
KAMISAH BINTI ALI
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA ULU GALI

DISEMAK OLEH :
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
KETUA PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH RAUB.

Thursday, April 6, 2017

BUKU Makan Gaji Tapi Kaya PENULIS Shamsuddin Kadir TERBITAN PTS 2010


No. Perolehan: DRAU 02265
No. Panggilan: 650.1 SHA
ISBN: 978-967-369-023-7
Bahasa: Melayu
Kategori:
Ulasan:
Shamsuddin Kadir merupakan seorang pelopor Teori Smart Kaya dan beliau berpengalaman dalam bidang Kewangan. Buku ini perlu dibaca kerana ia dapat membantu mengubah persepsi terhadap kebanyakan isu kehidupan yang berkaitan dengan makan gaji. Buku ini juga ditulis dan diolah dengan bahasa yang sangat mudah. Penulis memberi penekanan tentang cara-cara dan tips-tips tentang cara-cara pengurusan kewangan. Pembaca juga digalakkan untuk mencari dan mencipta serta menjana pendapatan alternatif sampingan selain daripada mengharapkan gaji semata-mata. Shamsuddin Kadir juga ada menulis tentang halangan untuk menjadi kaya. Antara faktor halangan daripada menjadi kaya ialah malu dan alasan. Pembaca juga digalakkan untuk mencari sumber pelaburan terbaik untuk membantu menambah pendapatan.

Judul: MAKAN GAJI TETAPI KAYA (edisi kemas kini)
Pengarang; SHAMSUDDIN KADIR
Penerbit: PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 20.00

Ulasan oleh:
MOHAMAD ZAFWAN HAFIZUL B. ZAINUDDIN
Pembantu Pustakawan

Disemak oleh:
ABDUL HAKIM BIN ABDUL RASHID
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

Wednesday, February 22, 2017

Buku FAHAMI AL QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA Oleh MOHD SABRI MOHAMMED

Buku FAHAMI AL QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA Oleh MOHD SABRI MOHAMMED

No. Perolehan : DRAU 34581
No. Panggilan  : 297.1226 MOH
ISBN              : 967-86-0278-4
Bahasa            : Melayu
Kategori          : Agama

Ulasan    :
Buku Fahami Al-Quran Menurut Kaedah Para Ulama ini dikarang oleh Mohd Sabri Mohammed. Buku ini telah diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn. Bhd. pada tahun 2007. Buku ini juga mengandungi 279 halaman muka surat.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud “ALLAH menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan berita gembira kepada orang-orang yang beriman ”. Selari dengan firman Allah S.W.T tersebut kerana dengan memahami Al-Quran nescaya manusia tidak akan sesat dan terpesong daripada Akidah.

ALLAH S.W.T menegaskan bahawa dengan memahami Al-Quran, manusia dapat membezakan antara baik dan buruk serta hak dan batil. Ini disebabkan dalam Al-Quran terdapat cerita dan kisah para soleh yang boleh dijadikan panduan dan tauladan.

Juga boleh dijadikan penawar kepada mereka yang benar-benar menghayati dan memahami Al-Quran.

Judul        : FAHAMI AL-QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA
Pengarang        : MOHD SABRI MOHAMMED
Penerbit        : KARYA BESTARI SDN. BHD.
Tahun Terbit    : 2007
Harga        : RM 10.00

Ulasan oleh:
Mohamad Zafwan Hafizul bin Zainuddin
Pembantu Pustakawan

Disemak oleh:
Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah Raub

Sunday, February 12, 2017

Buku: LANDASAN MAUT- SEJARAH HITAM PERANG DUNIA KEDUA. PENULIS:Salleh De Ran

Buku: LANDASAN MAUT- SEJARAH HITAM PERANG DUNIA KEDUA. PENULIS:Salleh De Ran

No. Perolehan: DRAU 02361
No. Panggilan: F SAL
ISBN: 978-983-3892-75-4
Bahasa: Melayu
Kategori: FiksyenSejarah
Ulasan:
Karya asli Salleh De Ran memaparkan kisah sekumpulan pemuda yang menghadapi cabaran selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayupadatahun 1942. Mereka ditangkap dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk bekerja membina landasan keretapi bermula dari Thailand hingga ke Burma bertujuan untuk meluaskan jajahan dan pengaruh Jepun. Tahanan perang dari Negara British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda serta buruh paksa dari India telah dipaksa untuk melakukan kerja pembinaan landasan ini yang mengambil jarak sekitar 415 kilometer. Sepanjang tempoh pembinaan banyak nyawa telah menjadi korban. Mereka tidak tahan untuk melakukan kerja sebegitu berat dan ada antara mereka yang maut kerana cuba melarikan diri. Dengan semangat setiakawan yang tinggi dan tidak pernah kenal erti putus asa serta tawakal kepada Allah mereka berlima akhirnya dapat pulang kepangkuan keluarga masing-masing.

Judul: LANDASAN MAUT
Pengarang; SALLEH DE RAN
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD
TahunTerbit: 2010
Harga: RM 20.00

Ulasan oleh:
Mohamad ZafwanHafizul bin Zainuddin
PembantuPustakawan

Disemak oleh:
Abdul Hakim bin Abdul Rashid
KetuaPerpustakaan Daerah Raub