Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, July 31, 2019

BUKU: SEEK THE SIGNS OF ALLAH

Tak kenal maka tak cinta, itulah ungkapan yang boleh disamakan bagi merujuk kandungan yang ingin disampaikan oleh penulisnya dalam buku ini. Kandungan yang dimaksudkan adalah mengenali dan mendalami bukti-bukti dan kebenaran wujudnya Allah SWT.

Sebagai insan, adakalanya kita tertanya-tanya macam mana untuk memperkukuhkan lagi kebenaran wujudnya Allah SWT walaupun kita memperakui kewujudan-NYA. Namun, bagaimana kalau kita ditanya oleh anak-anak kecil atau kaum-kaum dari agama lain yang inginkan penjelasan akan tanda wujudnya Allah, pasti kita tidak dapat menjelaskannya jika kita sendiri tidak begitu mengenali Allah SWT.

Melalui buku ‘Seek The Signs of Allah’ ini, penulisnya Dr Nasiroh Omar telah mengumpul beberapa elemen penting akan bukti kewujudan dan kehebatan Allah yang melangkaui segala bentuk elemen yang dicipta oleh manusia.

Segala bentuk ciptaan dan penemuan manusia tidak sama sekali boleh menandingi kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Melalui elemen-elemen ini, penulis menghuraikan dengan membuat perbandingan terhadnya keupayaan manusia dan bertapa hebatnya kekuasaan Allah berbuktikan kepada kandungan Al-Quran.

Penulis: Dr Nasiroh Omar
Penerbit: Dakwah Corner Publications Sdn. Bhd.
No Panggilan: 297.5
Harga: RM25.00

Disediakan oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
PD Bukit Ibam

Tuesday, July 30, 2019

BUKU: KEUTUHAN RUMAHTANGGA BAHAGIA HAK DAN KEWAJIPAN PASAGAN MENURUT ISLAM

Perkahwinan adalah keadaan yang kekal dan penting kerana sangat berperanan dalam kehidupan manusia. Para ulama dan cengdiakawan Islam membahaskan hal perkahwinan melalui banyak penulisan yang dihasilkan sejak dahulu.

Melihat kepada keperluan dan keprihatinan terhadap orang Islam, kami mendapati kebanyakan hasil tulisan berbentuk Islam tentang perkahwinan sangat terhad dalam skop yang tertentu telah ditulis untuk budaya dan latar belakang yang berbeza. Melalui buku ini penulis berusaha membincangkan perkahwinan menurut Sunnah yang sahih.

PENULIS: MUHAMMAD MUSTAFA AL-JIBALY
ISBN978-967-0835-02-0
Nombor Panggilan: 297.4
196 M/s

Disediakan oleh:
Mohd Khalib Bin Abdul Manaf
PAD ROMPIN

Monday, July 29, 2019

BUKU: SIRI CEREKA HIDUP. JUDUL: DERITA PERPISAHAN

NAMA FAIL COVER BUKU: SIRI CEREKA HIDUP
JUDUL: DERITA PERPISAHAN
PENGARANG: AIDA SHAHIRA
PENERBIT: PUSTAKA ILHAM
TAHUN TERBIT: 2014
HARGA: RM14.80
JUMLAH MUKA SURAT: 86
NO. PEROLEHAN: 14-004292
ISBN: 978-983-898-282-5
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK

ULASAN : Buku cerita ini berjudul Derita Perpisahan. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang susah telah ditimpa musibah pergaduhan dan pertumpahan darah akibat daripada pertelagahan politik yang berlaku di kawasan mereka.

Dalam sebuah keluarga yang mempunyai 3 orang anak lelaki yang bernama Zaman, Zuhan, dan Zahim. Mereka bertiga tinggal bersama ibu mereka setelah berpisah dengan bapanya yang hilang dalam pertempuran dan terpaksa ditinggalkan.

Kehidupan keluarga ini amat susah setelah ketiadaan bapa mereka dirumah. Ibunya seorang diri bekerja untuk menyara kehidupan. Mereka bertiga hanya bergantung hidup kepada ibunya. Mereka masih tidak tahu apa akan nasib yang menimpa bapanya.

Pada suatu hari, abang sulung mereka Zaman sedang membaiki basikalnya di kedai tayar sambil sedang memerhati kearah luar. Tiba-tiba, dia terlihat kelibat seorang lelaki tua yang berbaju lusuh serta berjambang lalu dihadapan kedai tersebut. Lantas,fikirannya terus teringat akan bapanya kerana lelaki tua tersebut seakan-akan iras bapanya. Setelah pulang ke rumah, kelibat lelaki tua tersebut sentiasa bermain difikiran Zaman sehinggakan dia sukar untuk melelapkan mata, Zaman seolah-olah merasakan bahawa hatinya mengatakan lelaki tua tersebuat adalah bapanya yang hilang itu.

Setelah 5 tahun mereka berpindah ke Negara jiran, mereka berusaha untuk menyatukan kembali keluarga yang telah terpisah. Zaman mengajak adiknya Zuhan untuk mengekori dan mengenal pasti lelaki tua berbaju lusuh itu. Mereka menunggu sehingga lelaki tersebut lalu di kawasan itu.

Tiba-tiba, sedang mereka asyik mememerhati muncul kelibat lelaki tua itu. Dalam keadaan yang berjambang dan berbaju lusuh lelaki tua tersebut memandang ke arah mereka dan lantas menyebut nama anak-anaknya. Mereka berpelukan erat dan menitiskan airmata. Rupanya bapanya terselamat dalam pertempuran itu dan mencari mereka di merata-rata tempat. Zaman mengajak bapanya pulang untuk bertemu dengan ibunya. Setiba dirumah, Zaman membuat kejutan untuk ibunya akan kepulangan bapanya. Ibunya tergamam dan menangis teresak-esak serta memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berakhirlah derita perpisahan yang dialami oleh mereka sekeluarga.

Sunday, July 28, 2019

Buku Kata-kata paling inspiratif buat para ayah

No Perolehan: 18-001211
ISBN: 978-967-444-782-3
Kategori: 808.882 KAT

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengandungi himpunan kata-kata inspirasi yang merupakan kutipan kata-kata dari pelbagai tokoh yang berada di seluruh dunia berkenaan dengan seorang ayah.

Mereka menganggap seorang ayah bukanlah sekadar lelaki yang hanya memiliki anak, sebaliknya tanggungjawab serta ikatan suci yang terjalin di antara mereka.
Dengan adanya buku ini diharap dapat memberi kata-kata semangat kepada golongan ayah.

Judul: Kata-kata paling inspiratif buat para ayah
Pengarang:
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM16.90
Muka surat: 212
Rating: 4

Ulasan oleh:
Puan Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Friday, July 26, 2019

Buku Kampung Halaman Datuk

No Perolehan: EKER000848
ISBN: 978-983-49-1016-7
Kategori: 895.13

Ringkasan/ Ulasan
Buku KAMPUNG HALAMAN DATUK ini adalah mengisahkan Jun Jie yang berpeluang mengikut datuknya balik ke kampungnya di Xiamendan Quanzhou dalam wilayah Fujian di Negara China.

Ini adalah kisah pengalaman keluarganya sendiri di mana bapa dan adik beradiknya terpaksa meninggalkan kampong halaman untuk mencari kerja di Tanah Melayu atas desakan ekonomi demi mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Judul: Kampung Halaman Datuk
Pengarang:  Ai Wei
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Tahun Terbit:  2017
Harga: RM15.00
Muka surat: 246
Rating: 3

Ulasan oleh: 
Norzini binti Majid,
PD Kerdau

Buku Gurindam 1000 Nasihat

No Perolehan: ESAN 002657
ISBN:978-983-46-0595-7
Kategori:D 899.231 MOH

Ringkasan/ Ulasan

Buku Gurindam 1000 Nasihat ini menghimpunkan sebanyak 1000 nasihat yang amat berguna menyelusuri alam kanak-kanak di alam sekolah rendah, seawall usia remaja di sekolah menengah dan seterusnya alam dewasa di institusi pengajian tinggi.
Banyak nilai murni yang dititipkan merentasi agama dan budaya, seperti menghormati guru dan orang tua, jujur ikhlas, berani, berkata benar, tekun, sifat suka menolong diantara satu sama lain, sikap suka berjimat cermat, pandai menjaga kesihatan diri serta perihatin terhadap alam sekitar.

Gurindam didalam naskah ini banyak menyampaikan nasihat dan pengajaran yang berguna untuk dijadikan pedoman bagi melahirkan warganegara yang sihat dan berakhlak untuk pewaris bangsa dimasa akan datang.

Judul: Buku Gurindam 1000 Nasihat
Pengarang: Mohd. Nor Long
Penerbit: Dewan Bahasa &Pustaka Kuala Lumpur
Harga: RM 9.80
Mukasurat: 129
Rating: -

Ulasan oleh :
Puan Juwahi Md Amin,
PD Siber Sanggang

Thursday, July 25, 2019

Buku Life is a story – make yours the best seller.


PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 5/2019
TAJUK BUKU                  :  Life is a story –make yours the best seller.
PENGARANG                 :  Hanis Yahya
NOMBOR PEROLEHAN:  EJAM000929
NOMBOR PANGGILAN:  297.57
ISBN                                  :  9789672038009
BAHASA                           :  MELAYU
KATEGORI                       :  Agama
ULASAN                           :

Buku ini merupakan catatan perjalanan kehidupan penulis.  Ia merupakan pengalaman peribadi yang boleh dijadikan sempadan atau pengajaran.  Pun begitu perlu diingat perjalanan hidup manusia tidak sama mahupun serupa.  Dalam menjalani liku-liku kehidupan buku ini boleh memberi klu-klu penting agar kita tidak terlalu jauh tersasar.  Pengarang juga menitipkan kata-kata perangsang yang sesuai untuk menempuh liku-liku getir sebagai seorang pelajar dirantauan. 

Gaya penyampaian yang bersahaja membolehkan pembaca secara santai mencerna pandangan dan menyelami isi hati pengarang.  Maksud yang ingin disampaikan diterjemah dengan bahasa yang mudah difahami menjadi daya penarik buku ini.  Ringkas dan bersahaja tetapi padat dengan pengajaran.

Dalam kisah 3 mengenai sampah misalnya pengarang menitipkan pentingnya kebersihan.    Mempraktikkan kebersihan bukan hanya untuk cantik dipandang tetapi memberikan pulangan setimpal kepada pengamal iaitu kesihatan yang baik.  Kesihatan disni bermaksud kesihatan luaran dan hati yang bersih. 

Buku ini memuatkan nukilan-nukilan pendek yang mudah dihadam oleh pembaca.  Ini juga tidak menimbulkan rasa jemu kerana setiap cerita dari dimensi yang berbeza.  Cerita-cerita pendek ini memudahka Riasn pembaca menghabiskankan bacaan sekiranya waktu senggang yang pendek.  Mencerna cerita tersebut dengan sebaik mungkin untuk disemat dalam sanubari.

Pengarang                      :  Hanis Yahya
Penerbit                          :  Mustread
Tahun Terbit                  :  2017
Mukasurat                      :  381
Rating                               :  7/10

Disediakan oleh            :  
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu

Buku Misteri Firaun Musuh Para Nabi

No Perolehan: 05762
ISBN: 9789675564215
Kategori: Agama Islam
Ringkasan/ Ulasan

Mendengar nama Firaun terus teringat cerita-cerita kemungkaran dan kezalimannya. Membaca buku Misteri Firaun Musuh Para Nabi ini memberikan lebih pengetahuan mengenainya. Kisah misteri yang diceritakan di dalam buku ini beserta ilustrasi dan menarik untuk bacaan.

Berbekalkan kajian mendalam melibatkan pandangan dan kajian tokoh-tokoh agama, pakar-pakar sejarah dan para intelektual, buku ini lengkap untuk pebacaan dan menambah ilmu pengetahuan.

Judul: Misteri Firaun Musuh Para Nabi
Pengarang: Dr. Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit: PTS Milennia
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM60.00
Muka surat: 303
Rating: 5

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Wednesday, July 24, 2019

buku Semanis Madu Sepahit Hempedu

ULASAN BUKU (PAD BENTONG) BIL 5/2019
No. Perolehan : 05412/03
Call No : F KHA
ISBN : 9838523763
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu

Ulasan : Buku  Semanis Madu Sepahit Hempedu  karya Khadijah Hashim ini membentangkan kisah pahit manis kehidupan Manusia yang dikumpul dan diadaptasikan menjadi cerpen.

Salah satu kisah yang diceritakan dalam buku ini adalah kisah pergolakan rumah tangga seorang wanita yang bernama Ainon berkahwin dengan Azlan dan memperolehi zuriat yang bernama Noni dan Lina. Perkahwinan mereka yang telah menjakau sepuluh tahun, musnah apabila Azlan berkahwin dengan wanita lain.

Kekusutan Ainon bertambah apabila madunya itu sering menelefon beliau dan mengganggu kehidupan seharian. Caci dan kutukan sering dilemparkan oleh madunya.

Klimaks kisah ini apabila perkahwinan mereka hancur disebabkan oleh madunya itu. Kisah ini juga memaparkan tentang kesabaran Ainon yang memilih untuk tinggal bersendirian membesarkan anak-anaknya.

Judul : Semanis Madu Sepahit Hempedu
Pengarang : Khadijah Hashim
Penerbit : ‘K’ Publishing
Tahun Terbit : -
Harga : RM 5.90
Muka Surat : 86
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Halid bin Zainal
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Tuesday, July 23, 2019

Buku RIMBA HARAPAN

PD JANDA BAIK SIRI 5/2019
NO. PEROLEHAN : 05-04735
CALL. NO : KNP/899.2333/KER
ISBN : 983-137-844-X
BAHASA : MALAYSIA
KATEGORI : FIKSYEN

ULASAN :

”Pusaka ini akan kekal di sini”
Demikian detik hati Pak Kia yang yang mengenangkan tanah ini akan kekal menjadi milik keturunannya.
               
Novel garapan sasterwan negara yang mengisahkan perjuangan dan jerih perih anak watan bentong demi meneruskan hidup di daerah bertuah ini iaitu kampung Janda baik.Jerit perih bersawah akan bungkar kerana kapal korek Tuan Pekok.Ikatan silaturahim dan kekeluargaan mewarnai hidup Pak Kia dan adiknya dalam meneruskan kehidupan.Pengkhianatan dan penyelewangan merajai sifat tamak individu seperti pendekar dalam melangsungkan kehidupannya.Kecelaruan dalam agama menjejaskan hubungan yang tua dan yang muda.

Penghijrahan adalah jalan terbaik untuk meneruskan kehidupan walau di ceruk mana pun.Perhitungan dengan haiwan liar menunjukkan siapa yang lemah dan yang kuat.Kesyirikan mewarnai jiwa yang kosong,manakala yang alim menyendiri.Sedikit sebanyak kisah hidup manusia dititip dalam novel Rimba harapan ini,secebis kejujuran untuk tatapan semua.


JUDUL : RIMBA HARAPAN
PENGARANG : KERIS MAS
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TAHUN TERBIT :2003 ( dengan kerjasama Rhythm Distributor Sdn Bhd)
HARGA : RM 42.90
MUKA SURAT : 270 muka surat
RATING : 9/10

DI SEDIAKAN OLEH :
HARUL AZAM BIN MAT NOOR
PEMBANTU PUSTAKAWAN
PERPUSTAKAAN DESA JANDA BAIK

Monday, July 22, 2019

Buku: Sampai Bila Makan Gaji?

PAD BENTONG – Bil. 5/2019
No. Perolehan : DBEN 001587
Call No : 339.2/MOH
ISBN : 978-967-5994-52-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Kemasyarakatan ( Ekonomi )

Sampai Bila Makan Gaji?” menceritakan tentang pendapatan kita yang tidak mencukupi jika hanya dengan makan gaji sahaja. 9 daripada 1 punca pendapatan kita adalah dari bidang perniagaan. Oleh itu buku ini mengajar kita tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan. Pelbagai topik yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya ialah, kelebihan bidang keusahawanan, rahsia ahli perniagaan berjaya, 5 kualiti usahawan yang berjaya dan sebagainya tentang keusahawanan.

 “ Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki Dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang Bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya) “ (at-Talaq)

Judul : Sampai Bila Makan Gaji?
Pengarang : Mejar (B) Mohammad Qayyum A.Badaruddin
Penerbit : CASAMAS Resourses Sdn.Bhd.
Tahun Terbit : Mei 2016
Harga : RM23.50
Muka Surat : 269
RATING : 5/5

Disediakan Oleh :
Yusniza Mohamad Arris 
Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Buku: Perang Arab-Israel 1973

PERANG ARAB-ISRAEL 1973
JUDUL BUKU : Perang Arab-Israel 1973
N0.PENGKELASAN : 950.048 ZAI
ISBN : 978-967-408-106-5
PENGARANG : Zaini Rejab
TARIKH / TAHUN : 2013
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM 18.00
ULASAN :

Perang Arab-Israel 1973 atau lebih dikenali dengan Perang Yom Kippur berlaku dari 6 Oktober hingga 24 Oktober 1973 antara Israel dengan pakatan Mesir dan Syria.

Perang Yom Kippur merupakan sebahagian konflik Arab-Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948. Dalam Perang Enam Hari, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan, Semenanjung Sinai dan Terusan Suez.

Selain itu, Negara-negara arab lain juga menyertai peperangan ini dengan menyediakan senjata tambahan dan kewangan. Berdasarkan beberapa sumber, Iraq telah menghantar satu skuadron jet hunter ke Mesir. Semasa perang berlangsung, Iraq telah menghantar 18 000 tentera dan beberapa ratus kereta kebal. Arab Saudi dan Kuwait memberi bantuan kewangan dan menghantar pasukan tentera bagi bertempur.

Akhir sekali, bagi pihak negara-negara Arab (terutamanya Mesir dalam hal-hal tertentu), kejayaan pihak Arab dalam kempen perang ini mengubati luka psikologi mereka dalam kekalahan Perang Enam Hari. dan membawa mereka kepada rundingan damai bersama Israel. Akibat kesan Perang Enam Hari, ramai percaya perang kali ini membantu memulih kepercayaan dunia Arab bahawa Israel tidak mudah untuk ditewaskan secara kuasa ketenteraan. Oleh itu, perkara ini dapat mengukuhkan pergerakan keamanan dan menamatkan misi memusnahkan Israel secara kekerasan.

DISEDIAKAN OLEH : PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI
DISAHKAN OLEH :

Sunday, July 21, 2019

Buku Agama-Agama Di Dunia

PAD BENTONG – Bil. 5/2019
No. Perolehan : DBEN 002392
Call No : 200 / MOH
ISBN : 9789675295539
Bahasa : Melayu
Kategori : AGAMA

Buku Ingatkan Dia Tentang Setia  Karya Emy Roberto. Mengisahkan tentang perkahwinan  di antara Elly dan Andi yang tidak bahagia kerana kekangan kerjaya dan tuntutan kehidupan masing-masing.

Kesibukan mereka dalam kerjaya telah merenggangkan ikatan perkahwinan yang telah dibina selama 3 tahun. Buku ini menekankan tentang kesetiaan pasangan yang telah berkahwin dalam mempertahankan kesetiaan dan kasih saying antara suami isteri dari berbagai dugaan kehidupan berkejaya dan individu yang sering terlibat dalam kisah mereka.

Klimaks kisah ini berlaku apabila keadaan perkahwinan mereka bergoncang dengan krisis cemburu dan ketidaksetiaan masing-masing.

Judul : Agama-Agama Di Dunia
Pengarang : Mohd Rosmizi Abd Rahman
Penerbit : USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia )
Tahun Terbit : 2016
Harga : RM 30.00
Muka Surat : 215
RATING : 5/5

Disediakan Oleh :
Norazmah Binti Abdul Rani 
Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Bentong.    

Saturday, July 20, 2019

Buku: Ingatkan Dia Tentang Setia

ULASAN BUKU (PD SIMPANG PELANGAI) BIL 5/2019
No. Perolehan : EPEL 000137
Call No : F EMY
ISBN : 9789670718538
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu
Ulasan : Buku Ingatkan Dia Tentang Setia  Karya Emy Roberto
Mengisahkan tentang perkahwinan  di antara Elly dan Andi yang tidak bahagia kerana kekangan kerjaya dan tuntutan kehidupan masing-masing.

Kesibukan mereka dalam kerjaya telah merenggangkan ikatan perkahwinan yang telah dibina selama 3 tahun. Buku ini menekankan tentang kesetiaan pasangan yang telah berkahwin dalam mempertahankan kesetiaan dan kasih saying antara suami isteri dari berbagai dugaan kehidupan berkejaya dan individu yang sering terlibat dalam kisah mereka.

Klimaks kisah ini berlaku apabila keadaan perkahwinan mereka bergoncang dengan krisis cemburu dan ketidaksetiaan masing-masing.

Judul : Ingatkan Dia Tentang Setia
Pengarang : Emy Roberto
Penerbit : Idea Kreatif Publication
Tahun Terbit : 2016
Harga : RM 24.00
Muka Surat : 478
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan Desa Simpang Pelangai

Friday, July 19, 2019

Buku: Kesalahn Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

ULASAN BUKU BULAN MEI  2019 PD KEMASUL
Judul : Kesalahn Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
Pengarang : Raisya Maula Ibnu Rusyd
Penerbit : Al- Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd
Harga : RM 14.00
Muka surat : 201
ISBN : 9789670267500     

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.

Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
Membesarkan anak bukan perkara yang singkat ianya satu proses yang  panjang dan memerlukan kita memberi perhatian yang penuh dalam membentuk anak-anak yang  cemerlang dunia dan akhirat.

Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang dibawa bersama  iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak-anak  soleh yang mendoakan kita.

Disediakan oleh;
Armah binti Abas,
Pembantu Pustakawan Desa Kemasul

Thursday, July 18, 2019

Buku: Berlari Ke Syurga

No Perolehan: DTEM 002221
ISBN: 9789830976365
Kategori: Agama Islam

Ringkasan/ Ulasan

Berkongsi tentang buku ini penuh dengan nukilan nasihat dan cerita yang bermakna.

Setiap apa yang kita lakukan, bukanlah untuk manusia, tetapi hanya untuk Allah.
Jika kita cuba memenuhi kehendak manusia, tidak terdaya kudrat kita kerana nafsu manusia itu tak terhenti.

Penuhi kehendak Allah seupaya mungkin, kemampuan kita terbatas kerana Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tambahkan pengetahuan dengan membaca buku ini.

Judul: Berlari Ke Syurga
Pengarang: Ustaz Ahmad Dasuki
Penerbit: Galeri Ilmu
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM20.00
Muka surat: 98
Rating: 5

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Wednesday, July 17, 2019

Buku ‘Sila Clorox’

No Perolehan: 17 - 000928
ISBN: 978-967-86-0768-1
Kategori: 297.97 KAM

Ringkasan/ Ulasan

Buku ‘Sila Clorox’ adalah sebuah penulisan yang mampu mengetuk pintu hati buat sesiapa sahaja yang mahu mencari makna hidup. Setiap kata yang dibawa, tujuannya adalah satu iaitu mahu membawa hati kembali kepada Tuhan.

Hari ini, ada jiwa yang dahagakan panduan. Ada hati yang mahukan petunjuk. Maka dengan hadirnya buku ini, diharapkan setiap ruang yang kosong dalam jiwa itu akan terisi dengan kalimah lailahaillallah.

Jangan terus biarkan secebis hati kita itu selamanya hitam. Bersih dan cucilah dengan air mata penyesalan agar kasih dan cinta kita untuk Tuhan akan bersambut dan seterusnya mekar sehingga ke nafas terakhir.

Judul: Sila Clorox
Pengarang: Kama Din
Penerbit: Karya Bestari
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM23.00
Muka surat: 198
Rating: 4

Ulasan oleh:
Puan Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Tuesday, July 16, 2019

Buku KETENTERAAN DAN PEPERANGAN

KETENTERAAN DAN PEPERANGAN
JUDUL BUKU :Ketenteraan Dan Peperangan
N0.PENGKELASAN : 355.4 ABU
ISBN :978-983-46-1366-2
PENGARANG :ABU AD AL-HAKIM
TARIKH / TAHUN : 2014
EDISI BAHASA : Bahasa Malaysia
HARGA : RM
ULASAN :

Buku ini memberikan pandangan menyeluruh berkaitan aspek ketenteraan dan peperangan. Huraian buku ini disertakan dengan gambar untuk membantu pembaca memahami situasi perang yang pernah berlaku, khususnya Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Penjelasan buku ini terhad kepada peringkat taktik Yang terendah. Oleh itu, ia sedikit sebanyak dapat membuka minda tentang bagaimanapun pertahankan diurus dan senjata yang bakal digunakan dalam pertikaian antarabangsa.

Antara isi yang dibincangkan dalam buku ini adalah penggunaan armor dalam peperangan. Armor menjadi penting setelah Wehrmacht mendemostrasikan betapa pantas dan efisiennya armor Jerman menakluki Eropah.

Seiring dengan kemajuan teknologi, kereta kebal moden kini bergerak dengan lebih laju, menembak dengan kuasa tembakan yang lebih jitu dan yang penting, boleh menentang pasukan penggempur yang datang dengan pelbagai bentuk mekanisme pertahanan diri. Selain itu, hampir kesemua kereta kebal moden hari ini dipacu oleh enjin diesel. Enjin diesel juga tidak memerlukan kuantiti bahan api yang banyak berbanding enjin gasoline.

Akhir sekali, penggunaan kuasa udara. Salah satu realiti yang dihadapi oleh pakar strategi ketenteraan ialah tanggapan yang dominan, iaitu pihak yang mendominasi ruang udara, laut dan darat. Walaupun hal ini bukan satu fakta yang umum, Perang Teluk telah membuktikan bahawa kelebihan kuasa udara boleh memberikan kelebihan ketenteraan yang berlipat ganda.

DISEDIAKAN OLEH : EN. HALID BIN ZAINAL
DISAHKAN OLEH :

Buku: Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat

ULASAN BUKU MEI 2019
No Perolehan :   EPAL 18/001373
ISBN         :   978-967-14527-6-9
Kategori           :   Agama
Ringkasan / Umum :

Buku 11 Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat ini merumuskan tentang yang mendapat keistimewaan tertentu yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan hamba-Nya yang terpilih. 11 golongan itu ialah :
•Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
•Orang yang ternanti-nanti waktu solat
•Orang yang berada dalam saf hadapan
•Orang yang memenuhkan saf
•Orang yang mengucapkan ‘amin’ bertepatan dengan ‘amin’ malaikat
•Orang yang duduk di tempatnya setelah menunaikan solat
•Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
•Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
•Orang yang membelanjakan harta (infaq)
•Orang yang sedang makan sahur
•Orang yang melawat orang sakit

Di samping membincangkan 11 golongan manusia yang memperoleh doa dan selawat para malaikat menerusi amalan yang dilakukan. Antaranya, berbentuk ketaatan kepada Allah SWT semata-mata yang memerlukan mujahadah dalam melaksanakannya. Selain itu, turut disentuh amalan muslim dalam komteks hubungannya sesama insan.

Melalui buku ini mengupas kesemua 11 golongan yang disebukan di atas denan menukilkan sumber-sumber yang sahih daripada al-Quran dan al-hadis. Selain itu, bagi melihat percambahan ilmu di kalangan umut Islam serta mendat kefahaman antarta pro dan kontra sesuatu isu secara menyeluruh. insyaAllah. Selamat Membaca!!!

Judul    : Golongan Manusia Mendapat Doa Malaikat
Pengarang    : Marzuki Mohd Noor
Penerbit    : NAQ Publications
Tahun Terbit    : 2018
Harga    : RM 24.00
Mukasurat    : 243
Rating    :         -

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

Cara paling seronok belajar sejarah

https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-belajar/ini-cara-paling-seronok-belajar-sejarah-guru-ini-kongsi-enam-tip-skor-a-subjek-ini-1.927977


Monday, July 15, 2019

Buku Panduan Pemula Coding Android

ULASAN BUKU Mei 2019
No Perolehan :  EPER 18-001489
ISBN: 978-967-444-669-7
Kategori: Karya Am
Ringkasan / Umum :

Buku Panduan pemula coding android tulisan Ir. Yuniar Supardi ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan fakta, pengumuman dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian informasi.

Panduan pemula coding android ini menerangkan tentang cara untuk menjadi pengembang dengan bahasa Java bagi Android. Penerangan dalam buku ini bermula dari yang mudah sehingga cara-cara membuatprogram database. Anda diajar cara penyediaan dari memuat turun perisian (software) sehingga membuat program android. Buku ini boleh digunakan untuk pelajar, dan semua pembaca yang ingin belajar android dari mula.

Judul: Coding android
Pengarang: Ir. Yuniar Supardi
Penerbit: SAM Synergy Media Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: -
Harga: Rm 19.90
Muka surat: 191
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :


Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

Buku Panduan Asas Ftotografi Digital

ULASAN BUKU MEI 2019
Buku Panduan Asas Ftotografi Digital
Penerbit Dewan Bahasa & Pustaka
No Perolehan: DPEK 18- 005076
Isbn: 978-983-49-0196-7

Ringkasan / Umum

Buku ini dihasilkan sebagai panduan asas yang lengkap dan berguna kepada penggemar dunia fotografi untuk membantu mereka menguasai aspek berkaitan fotografi digital. Buku ini memberikan panduan dan mengajar cara-cara untuk mengawal fungsi kamera digital sepenuhnya bagi mendapatkan hasil foto seperti dikehendaki.

Fotografi ialah satu medium yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya kreatif yang mempunyai unsur seninya yang tersendiri. Kini, fotografi digital telah menguasai dunia fotografi. Selain itu, buku ini memberikan manfaat kepada individu yang ingin mempelajari asas fotografi digital, terutama pelajar institusi pengajian tinggi yang menjurus dalam media fotografi, jurufoto di jabatan kerajaan atau swasta, dan individu yang menjadikan fotografi sebagai hobi dan sumber pendapatan sampingan.

Judul: Panduan Asas Fotografi Digital
Pengarang: Sabki Md. Noh
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun Terbit : 2018
Harga: Rm 30.00
Muka Surat: 172
Rating:-

Disediakan Oleh ;
Isham bin Hamzah
Pembantu Pustakawan
PAD Pekan

Disemak Oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan

Buku HEBATNYA SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA

ULASAN BUKU BULAN JUN  2019
TAJUK BUKU        :   HEBATNYA SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA
PENGARANG        :   AL-HANBALI
NO.PANGGILAN    :   297.22 / ABD
ISBN                          :   978-967-2119-22-7
PENERBIT              :   PUSTAKA IIMUWAN
TAHUN TERBIT            :   2018
EDISI BAHASA        :   BAHASA MELAYU
HARGA                    :   RM 15.00

ULASAN BUKU  :
Buku ini membicarakan mengenai betapa hebatnya syaitan menyesatkan manusia.  Syaitan adalah sejenis makluk yang berasal daripada jin.  Apabila Allah memerintahkan syaitan untuk sujud kepada Nabi Adam, syaitan enggan kerana sikap takbur yang dimilikinya dan merasakan dirinya lebih baik. Syaitan boleh bergerak dengan pantas dan boleh bergerak dalam badan manusia. 

Syaitan mampu mempengaruhi manusia untuk berbuat jahat seperti menggangu orang yang sedang solat.  Syaitan memiliki waktu kegemaran iaitu waktu senja dan memiliki tempat kegemaran seperti di pasar. 

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah seperti menyesatkan manusia, mengkafirkan manusia dan menjadikan manusia penghuni neraka.  Kekuasaan sebenar tidak terletak di tangan syaitan tetapi di tangan kita sendiri.  Syaitan hanya menghasut sementara kitalah yang membuat
Keputusan sama ada untuk mengikutinya atau tidak.

Buku: RAWATAN KESIHATAN SEPANJANG HAYAT

TAJUK BUKU       :   RAWATAN KESIHATAN SEPANJANG HAYAT
PENGARANG    :   DR. WAN ADESUL
NO.PANGGILAN           :   613.4 WAN
ISBN                       :   -
PENERBIT             :   SYNERGY MEDIA 
TAHUN TERBIT     :   2018
EDISI BAHASA       :   BAHASA MELAYU
HARGA                 :   RM 27.90


ULASAN BUKU  :
Buku ini menjelaskan tentang amalan gaya hidup sihat. Alangkah baiknya seandainya semua rakyat di Negara ini mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. 

Terdapat 4 rahsia hidup sihat yang perlu diamalkan oleh masyarakat seperti berdisplin dalam mematuhi jadual, amalan permakanan yang sihat. Melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan berjalan pantas. 

Umur yang panjang dan harta kekayaan yang banyak tidak berguna jika badan tidak sihat.Anak-anak perlu dididik untuk mengamalkan gaya hidup sihat sejak kecil lagi supaya mereka dapat mempraktikkannya sehingga usia tua. 

Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.  Diharapkan buku ini dapat memberi informasi dan membantu anda dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.   

Artikel Majalah Pendidik Julai 2019 Budaya Membaca

MAJALAH PENDIDIK
Bulan : Julai 2019
Tajuk :  Peranan Sekolah Dalam Budaya Membaca

Ruangan : Rencana Umum
Penulis : Norafizah binti Abdul Razak

Monday, July 8, 2019

MAJALAH PENDIDIKAN : Guru Sekolah Kurang Murid Antara Harapan dan Cabaran

MAJALAH PENDIDIK
Bulan : September  2018
Tajuk : Guru Sekolah Kurang Murid: Antara Cabaran dan Harapan
Ruangan : Rencana Umum
Penulis : Norafizah binti Abdul Razak



RENCANA UMUM MAJALAH PENDIDIK : Speaker's Corner

MAJALAH PENDIDIK
Bulan : Disember 2018
Tajuk : Speakers Corner Latih Murid Petah Berbicara
Ruangan : Rencana Umum
Penulis : Norafizah binti Abdul Razak


LATAR BELAKANG PENULIS CERITA ORANG PAHANG




BIODATA DIRI PENULIS
 Norafizah binti Abdul Razak dilahirkan di Kuala Lipis Pahang merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan & Media Kementerian Pendidikan berkelulusan
 Ijazah Sarjana Muda pendidikan Melayu (sedang menyambung pengajian sarjana (Master Of Human Performance Strategy). Beliau telah berpengalaman sebagai Guru Perpustakaan dan Media selama 26 tahun dan sebagai guru selama 28 tahun. Beliau pernah mendapat  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada  1999 ,2006 dan 2015 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ‘New Deal’: 2011 dan 2012.

Sebelum bertugas di Sekolah Kurang Murid Kg Baharu Jerantut Pahang mulai 2018. Beliau telah menabur bakti selama 20 tahun di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang sehingga melonjakkan Pusat Sumber Sekolah ini sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pernah membantu sekolah ini memenangi  Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2004,2006 dan 2009. Anugerah NILAM Kebangsaan 2003, 2005 dan 2011.

Pemantapan kerjaya dalam bidang Pusat Sumber sekolah adalah sebagai Jurulatih Program NILAM Negeri Pahang.Fasilitator Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang. Jurulatih Program Tunas NILAM Negeri Pahang. Fasilitator  Research Learning(RBL) Peringkat  Kebangsaan.

Selain itu beliau pernah membentang  Kertas Kerja Peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu di  Seminar Pendidikan Khas- UKM Peringkat Antarabangsa (2016),  Seminar Pendidikan Antarabangsa Pekan (2015), Seminar Pedagogi Peribumi Kebangsaan (2015), Seminar Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara (2015), Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Kebangsaan (2014),Panel forum peringkat kebangsaan ( Simposium Kelab Doktor Muda Kebangsaan.
Panel Forum Perkongsian Amalan Terbaik PSS Peringkat Kebangsaan 2018. Seminar Teknologi Pendidikan Antarabangsa 2018.

Beliau juga penyumbang bahan dalam  Majalah KUNTUM terbitan STAR Publications (M) Berhad. ( 2012 – 2017 ). Kolumnis Majalah Pendidik mulai 2017 hingga sekarang.
Panel Penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Pahang. AJK Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang. Pembina Modul Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Kebangsaan. Ahli Persatuan Penulis-Penulis Pahang .

Bahan penulisan yang pernah diterbitkan;
  1. Siri Bacaan Buku Besar Tunas NILAM ( 2016)
  2. Buku Prosiding  Pekan International Education Conference 2015
  3. Buku Prosiding Seminar Pedagogi Kebangsaan 2015
  4. Buku Prosiding International Special Education Conference 2016
  5. Modul NILAM Merentasi Kurikulum (2016)
  6. Modul Program Eskplorasi Buku
  7. Majalah Pendidik.
  8. Modul KUNTUM Dalam Darjah (2016)
  9. Dari Subis ke Bologna : Guru Malaysia Mengubah Dunia (2018)
  10. E-book Modul Galakan membaca ( 2019)
  11. Buku Amalan Terbaik PSS (2019)
  12. Buku cerita kanak-kanak Sejarah Pahang. (2019)

Sepanjang kerjayanya beliau banyak menerima anugerah dalam kerjaya antaranya  Anugerah Perkidmatan Cemerlang pada tahun 1999, 2006, 2015. Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2004,2006 dan 2009. Anugerah Penyelaras PSS Terbaik 2010. Anugerah Khas Hari Guru 2006 dan 2015. Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Terbilang  Negeri Pahang 2016 dan Finalis Ikon Guru sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 dan Top 5 Ikon Guru Perpustakaan & Media Kebangsaan 2018.

Kini mulai 2017, beliau banyak memberi latihan dan bimbingan kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tentang Pengurusan Sumber Pendidikan dalam PDPc Alaf 21 dan Strategi PA21 dan Penerapan Elemen KBAT dalam Pdpc . Kini beliau aktif dalam memberi bimbingan kepada sekolah-sekolah dalam Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan ( Research Based Learning ) satu strategi mengupayakan murid-murid terhadap pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan pelajaran.
Kini beliau menjadi rujukan kepada Guru Perpustakaan dan Media seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pengalaman beliau selama 26 tahun dalam Pusat Sumber Sekolah banyak membantu beliau menjadi sumber rujukan kepada GPM baru seluruh Malaysia.

Beliau memohon untuk bertukar ke Sekolah Murid Dari Sekolah yang serba lengkap untuk mengupayakan SKM dan memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak di Sekolah Kurang Murid..


Sudut Cerita Orang Pahang di Perpustakaan Awam Jerantut

Perpustakaan perlu menjadi sumber inspirasi dan kreativiti kepada pengunjung perpustakaan. Perpustakaaan bukan menempatkan buku-buku sahaja tetapi melangkah kepada sempadan yang lebih luas. Untuk itu kerjasa pintar antara Perpustakaan Awam Daerah Jerantut dengan Cikgu Norafizah binti Abdul Razak telah menghasilkan Sudut Cerita Orang Pahang di Perpustakaan Awam Jerantut.

01. Sudut Cerita Orang Pahang di Perpustakaan Awam Jerantut ini diharap dapat dijadikan produk utama yang boleh membantu Perpustakaan Awam Jerantut menjana Jumlah Ahli, Jumlah Pinjaman dan Jumlah Pengunjung.
02. Sudut Cerita Orang Pahang di Perpustakaan Awam Jerantut juga diharap dapat dijadikan produk pelancongan untuk pelancong tempatan. Dengan bantuan rodong-rodong di Jerantut, marilah kita jadikan Sudut Cerita Orang Pahang ini salah satu destinasi pelancongan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Taman Negara.
03.
04.
05.

Cerita Orang Pahang

Judul Buku : Cerita Orang Pahang
Pengarang : Norafizah binti Abdul Razak ( Feeza Noor)
Penerbit : Literasi Resources Kuala Lumpur
Tahun terbitan : 2019
Harga : RM 25.00

Buku cerita orang Pahang menghimpunkan 6 cerita kanak-kanak berkisar kepada  warisan rakyat Pahang. Ia menyentuh tentang kepahlawanan,makanan,metos dan tokoh. Gulai Asam Rong dan Sambal Hitam merupakan jenama makanan Pahang yang sangat terkenal. Keenakan makanan ini menjadikan Pahang terkenal dalam kalendar pelancongan negara. Masakan ini berjaya menarik orang luar datang ke Pahang untuk menikmatinya. Gua Kota Gelanggi dan Walinong Sari merupakan metos terkenal berkaitan dengan sejarah tempat pelancongan terkenal di Daerah Jerantut. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai manakala Puteri Walinong Sari dikaitkan dengan Puncak Gunung Tahan. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Selain sering dikaitkan dengan metos kejadian. Gua Kota Gelanggi dan Gunung Tahan menjadi tarikan besar kepada para pelancung luar dan dalam negara. Kegagahan pahlawan Mat Kilau telah terukir kukuh dalam sejarah negara sebagai pahlawan penentang penjajahan. Beliau antara pejuang bangsa dari Pahang yang banyak menabur bakti dan jasa mempertahankan negara dari belenggu penjajah. Lagenda Pawang Nong merupakan kisah seorang tokoh yang terkenal sebagai Pawang Diraja pada masa dulu. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam perubatan tradisi dan persilatan dan menjadi lagenda kebanggaan rakyat Pahang dan penduduk Ulu Cheka Jerantut. Adalah diharapkan buku ini menjadi sumber rujukan secara didik hibur berunsur sejarah kepada kanak-kanak. Di samping dapat menanamkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan kanak-kanak.




Cerita Orang Pahang

Buku cerita orang Pahang menghimpunkan 6 cerita kanak-kanak berkisar kepada  warisan rakyat Pahang. Ia menyentuh tentang kepahlawanan,makanan,metos dan tokoh. Gulai Asam Rong dan Sambal Hitam merupakan jenama makanan Pahang yang sangat terkenal. Keenakan makanan ini menjadikan Pahang terkenal dalam kalendar pelancongan negara. Masakan ini berjaya menarik orang luar datang ke Pahang untuk menikmatinya. Gua Kota Gelanggi dan Walinong Sari merupakan metos terkenal berkaitan dengan sejarah tempat pelancongan terkenal di Daerah Jerantut. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai manakala Puteri Walinong Sari dikaitkan dengan Puncak Gunung Tahan. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Selain sering dikaitkan dengan metos kejadian. Gua Kota Gelanggi dan Gunung Tahan menjadi tarikan besar kepada para pelancung luar dan dalam negara. Kegagahan pahlawan Mat Kilau telah terukir kukuh dalam sejarah negara sebagai pahlawan penentang penjajahan. Beliau antara pejuang bangsa dari Pahang yang banyak menabur bakti dan jasa mempertahankan negara dari belenggu penjajah. Lagenda Pawang Nong merupakan kisah seorang tokoh yang terkenal sebagai Pawang Diraja pada masa dulu. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam perubatan tradisi dan persilatan dan menjadi lagenda kebanggaan rakyat Pahang dan penduduk Ulu Cheka Jerantut. Adalah diharapkan buku ini menjadi sumber rujukan secara didik hibur berunsur sejarah kepada kanak-kanak. Di samping dapat menanamkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan kanak-kanak.