Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Fatarudin Mohd Ari. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Fatarudin Mohd Ari. Show all posts

Tuesday, January 19, 2021

BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK / WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS / UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN / 2020

BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK / WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS / UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN / 2020

ULASAN BUKU 

Nafkah kepada isteri adalah satu bentuk pemberian wajib rentetan daripada akad perkahwinan yang sah. 

Pemberian nafkah ini adalah satu bentuk tanggungjawab suami kepada isteri.Namun pada masa kini kebanyakan wanita sudah mula menceburi dunia pekerjaan dan mempunyai pendapatan sendiri. 

Oleh itu masyarakat terkeliru sama ada pemberian wajib nafkah kepada isteri masih relevan atau sebaliknya. Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan ini, buku ini hadir menjelaskan secara terperinci akan tanggungjawab suami kepada isteri.

Perbincangan dalam buku ini lebih memberi tumpuan kepada konsep dan falsafah nafkah dalam Islam. Selain itu, ia turut menyentuh tentang bentuk-bentuk dan ciri-ciri nafkah yang perlu diberikan kepada isteri. 

Perbincangan dalam buku ini juga turut meliputi  tentang pengguguran nafkah kepada isteri  serta nafkah dan hak isteri pada perkahwinan.

Moga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

JUDUL BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK

PENGARANG WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS

NO. PANGGILAN 340 . 59  /  WAN

ISBN 978 – 967 – 2231 – 34 - 9

PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

TARIKH / TAHUN TERBIT 2020

EDISI BAHASA BAHASA MELAYU

HARGA RM39.00

Wednesday, September 2, 2020

Buku Tanggam Rumah Melayu oleh Azmal b Sabil DBP 2017

 ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2020. Buku Tanggam Rumah Melayu oleh Azmal b Sabil DBP 2017

JUDUL BUKU TANGGAM RUMAH MELAYU

PENGARANG AZMAL BIN SABIL

NO. PANGGILAN 684.08 / AZM

ISBN 978-983-46-1577-2

PENERBIT DEWAN BAHASA PUSTAKA

TARIKH / TAHUN TERBIT 2017

EDISI BAHASA BAHASA MELAYU

HARGA RM25.00

ULASAN BUKU

Tanggam merupakan warisan seni bina Melayu yang menggambarkan pencapaian teknologi serta kepakaran masyarakat Melayu dahulu berkaitan bahan binaan, iaitu kayu. 

Tanggam ialah satu sistem yang merujuk suatu bentuk penyambungan struktur kayu dan merupakan elemen penting dalam pembinaan kayu tradisi. Buku ini mengetengahkan satu kajian mengenai tipologi tanggam yang mengaitkan reka bentuk, kekuatan serta penggunaannya dalam pembinaan rumah tradisional Melayu. 

Penerbitan buku ini diharap mampu membentuk kerangka pemikiran dalam kajian mengenai warisan tanggam pada masa akan datang.

Link [ pustaka.librarynet ]

Monday, August 10, 2020

Buku PANDUAN HAJI, UMRAH DAN ZIARAH oleh HAJI ABU MAZAYA AL - HAFIZ

 ULASAN BUKU BULAN JANUARI 2020

Buku PANDUAN HAJI UMRAH DAN ZIARAH oleh HAJI ABU MAZAYA AL HAFIZ

 

JUDUL BUKU           PANDUAN HAJI , UMRAH DAN ZIARAH

PENGARANG            HAJI ABU MAZAYA AL - HAFIZ

NO. PANGGILAN     297.352 / ABU

ISBN   978-967-439-314-4

PENERBIT     AL-HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHERS  SDN.BHD.

TARIKH / TAHUN TERBIT 2018

EDISI BAHASA         BAHASA MELAYU

HARGA          RM19.90

 

 

ULASAN BUKU

Buku ini disusun dalam usaha untuk membantu dan membimbing  calon-calon tetamu Allah  SWTdi Tanah Suci . Penyusunan buku ini sangat sistematik dan mengikut tertib dalam melaksanakan ibadah Haji ,Umrah dan Ziarah bermula dari rumah sehinggalah selamat tiba di tanah air semula.

 

Dalam melaksanakan penyusunan buku ini , penyusun juga berusaha untuk menjauhi  dari pelbagai amalan yang menjadi ikhtilaf , iaitu perbezaan pandangan ulama. Bagaimanapun sekiranya didapati ia hanya berkenaan perkara-perkara furuk, dimana InsyaAllah tidak akan mencacatkan ibadah anda.

 

Persediaan yang lengkap adalah amat penting  bagi semua bakal Haji dan Umrah sebelum menyahut panggilan Baitullah. Bukan sahaja dari segi fizikal , kesihatan dan kewangan malah persediaan dari segi psikologi dan ilmu adalah amat dituntut.

 

Buku ini mengandung amalan rukun wajib dan sunat yang dipersembahkan secara ringkas dan praktikal . Disertakan dengan doa-doa serta amalan-amalan yang boleh diamalkan bagi menambahkan keberkatan serta kenikmatan ibadah Haji dan Umrah.

 

Semoga dengan persiapan yang lengkap dan hati yang ikhlas dan khusyuk akan  dianugrahkan  Haji dan Umrah  yang mabrur dan diterima ibadah dan meningkatkan keberkatan  Allah SWT.

 

Moga buku  ini member manfaat kepada para pembaca  sekalian.


[shopee]