Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label ulasan buku PZ5 Lipis. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku PZ5 Lipis. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Buku: PEREMPUAN vs LELAKI oleh Malahayati

Buku: PEREMPUAN vs LELAKI oleh Malahayati

Ulasan:
Buku Perempuan vs Lelaki ini dapat membentuk seorang perempuan menikmati keistimewaan-keistimewaan seperti menguasai etika berkomunikasi secara lisan mahu pun tanpa lisan, mampu menawan lelaki ketika berbicara, mengetahui cara menghadapi ajakan nakal dan gangguan seksual serta bersikap positif terhadap kehidupan dan orang sekitar.

Dalam buku ini, wanita dapat belajar banyak hal tentang cara menghadapi pihak atasan, rakan sekerja lelaki, suami dan anak.Sebagai wanita yang pasti berbeza dengan lelaki, maka caranya tentu saja lebih lembut, lebih dekat dengan sifat-sifat semula jadi seorang wanita.

Tajuk: Perempuan vs Lelaki
Penulis: Malahayati
Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd
Harga: RM 17.00
Mukasurat: 209 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, August 11, 2015

Buku: TIRU MACAM KAMI oleh Dr. Wong Huey Siew & Mohd Nor

Buku: TIRU MACAM KAMI oleh Dr. Wong Huey Siew & Mohd Nor

Ulasan:
Naskah Dr Wong Huey Siew dan Mohd Nor ini menceritakan kisah mengenai kisah dua orang insan yang cukup istimewa. Mereka dikurniakan oleh Allah SWT dengan keupayaan yang sungguh luar biasa, walaupun masing-masing mengalami kecacatan penglihatan.

Kita seharusnya menjadikan kehebatan mereka sebagai contoh teladan.Kelemahan dan kecacatan yang mereka alami tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk berjaya.Cerita mereka wajar dibaca kerana memberi banyak suntikan baru kepada pembaca untuk mengharungi kehidupan dengan penuh keyakinan.

Cacat penglihatan bukanlah alasan untuk anda gagal dalam kehidupan tidak kiralah walau apa jenis kecacatan sekalipun.Semangat mereka sangat tinggi dan cukup mengkagumkan. Jatuh dan bangun dalam kehidupan itu adalah suatu lumrah kehidupan.Percayalah bahawa harapan dan kejayaan memang sentiasa ada disekeliling kita kalau kita inginkannya.

Tajuk: Tiru Macam Kami
Penulis: Dr. Wong Huey Siew & Mohd Nor
Penerbit: KarnaDya
Harga: RM 16.00
Mukasurat: 231 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, August 4, 2015

Buku: ONLINE DENGAN TUHAN oleh Zulkifli Khair

Buku: ONLINE DENGAN TUHAN oleh Zulkifli Khair

Ulasan:
Hasil nukilan Zulkifli Khair ini selain mahu menyentuh betapa mustahaknya hubungan akrab manusia dengan Tuhan, juga mahu mengajak pembaca mengagungkan Allah sebagai Tuhan pencipta dan pentadbir alam semesta, pemberi nikmat dan rezeki serta syariat sebagai protokol yang mesti diakuri dan dipatuhi.

Selain itu, buku ini secara tegas mahu agar golongan muda dan remaja khususnya memanfaatkan teknologi online internet, 3.5G dan seumpamanya sebagai wahana untuk meningkatkan rasa hamba dan darjat iman.

Cintakan bunga
bunga akan layu.
Cintakan manusia
manusia akan mati.
Cintakan teknologi
teknologi akan basi.
Cintakan Tuhan
Tuhan kekal abadi.

Justeru, manfaatkan teknologi agar diri lebih dekat dengan Tuhan dan bukannya semakin jauh dari Tuhan.

Tajuk: Online Dengan Tuhan
Penulis: Zulkifli Khair
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 114 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, July 28, 2015

Buku: CINTA, JODOH & PERKAHWINAN: KAEDAH KAJIAN POTENSI DINAMIK oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury

Buku: CINTA, JODOH & PERKAHWINAN: KAEDAH KAJIAN POTENSI DINAMIK oleh Eddy Rosyadie Mohd Samsury

Ulasan:
Buku ini adalah berkenaan pendedahan mengenai penggunaan kaedah astronumerologi dinamik sebagai satu cara ikhtiar di dalam merancang satu kehidupan kasih saying yang baik.Hidup manusia perlulah sentiasa memiliki strategi untuk menghadapi krisis dan konflik serta strategi untuk menyelesaikannya.

Dengan memiliki buku ini, kita boleh melihat pelbagai kaedah yang akan digunakan untuk mengenal pasti potensi yang positif dan negatif di dalam perihal cinta, jodoh dan perkahwinan.Jangan panik sekiranya anda melihat terdapatnya potensi negatif pada anda kerana ia sekadarsatu petunjuk untuk anda lakukan sesuatu dengan segera.Lagipun kebanyakan potensi negatif mampu dikawal atau diubah menjadi potensi positif.

Eddy Rosyadie berpengalaman di dalam mengendalikan perihal cinta jodoh dan perkahwinan menggunakan Kaedah Potensi Dinamik gubahan beliau sendiri hasil daripada kajian penyelidikan ke atas pelakuan manusia.Beliau juga telah membantu ramai individu dan pasangan mereka untuk mengenali potensi cinta mereka dengan lebih berkesan sehingga melangkah ke gerbang perkahwinan.

Tajuk: Cinta, Jodoh & Perkahwinan : Kaedah Kajian Potensi Dinamik
Penulis: Eddy Rosyadie Mohd Samsury
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Harga: RM 19.90
Mukasurat: 383 ms

Ulasan oleh:
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Tuesday, July 21, 2015

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Ulasan:
Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita mengandungi 18 kisah penuh motivasi dan inspirasi yang disampaikan dalam gaya penulisan yang ringkas berceloteh, berjenaka seperti perbualan seharian.

Ia pasti menyentuh hati,mengusik minda dan menenangkan jiwa anda.Buku ini mengandungi pelbagai cara untuk hidup dengan lebih positif.Sesiapa yang dahagakan kejayaan, inspirasi, kemurahan rezeki dan cara untuk memperbaiki diri sendiri, buku ini ada jawapannya.

Ianya buku motovasi yang patut dimiliki oleh semua.

Tajuk: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita
Penulis: Zabrina A. Bakar
Penerbit: Wise Words Publishing
Harga: RM -
Mukasurat: 222 ms

Ulasan oleh
FARIDAH MUSTAFA
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Monday, July 14, 2014

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Ulasan:
Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita mengandungi 18 kisah penuh motivasi dan inspirasi yang disampaikan dalam gaya penulisan yang ringkas berceloteh, berjenaka seperti perbualan seharian. Ia pasti menyentuh hati,mengusik minda dan menenangkan jiwa anda.
Jika anda ingin bertukar laluan dari jalan kecil kelebuhraya, inilah buku untuk anda.
Jika anda ingin memecut tangga kejayaan, jawapannya ada dalam buku ini.
Jika anda dahagakan inspirasi, singkap sahaja helaian buku ini dan anda akan menjumpainya.
Jika anda ingin kemurahan rezeki menghujani anda, buku ini akan menunjukkan caranya.
Jika anda ingin mencari jalan untuk memperbaiki diri anda, telitilah kandungan buku ini.
Ianya buku motovasi yang patut dimiliki oleh semua.

Tajuk: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita
Penulis: Zabrina A. Bakar
Penerbit: Wise Words Publishing
Harga: RM -
Mukasurat: 222ms

Tuesday, October 8, 2013

BUKU 12: SENAMAN SILAT JIWA SIHAT: PANDUAN SENAMAN SILAT MELAYU ASLI oleh Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin

BUKU 12: SENAMAN SILAT JIWA SIHAT: PANDUAN SENAMAN SILAT MELAYU ASLI oleh Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin


No Perolehan: 06/04430
Call No.: D 796.81 MAM
ISBN: 983-2334-58-6
Bahasa:  Melayu

Ulasan:
Bangsa yang bertamadun mempunyai budaya pahlawannya yang tersendiri.

Di dunia timur budaya pahlawan ini terserlah dengan seni-seni beladiri bangsa tersebut.

Senaman seni beladiri boleh wujud sebagai adunan yang sebati dalam sesuatu seni beladiri itu ataupun ia boleh wujud dengan keunikannya yang tersendiri.

Bangsa Jepun dengan budaya samurainya mempunyai pelbagai seni beladiri seperti karate, judo dan aikido.Seni beladiri wushu pula telah muncul sebagai lambang kepahlawanan dan kerohanian jatidiri bangsa Cina.

Tai Chi sebagai amalan gerakan senaman Cina yang mempunyai unsur spiritual yang tinggi kini telah diterima dunia.
Seni silat pula memaparkan budaya pahlawan bangsa Melayu.

Terkandung dalam budaya pahlawan ini unsur-unsur agama, bahasa, adat resam, kesenian dan sejarah yang diwariskan sari satu generasi ke generasi seterusnya.

Adunan unsur-unsur inilah yang menjadikan seni silat sebagai panji jatidiri bangsa Melayu

Tajuk: Senaman Silat Jiwa Sihat: Panduan Senaman Silat Melayu Asli
Penulis: Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin
Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Harga: RM 29.00
Mukasurat: 170 ms

Tuesday, October 1, 2013

BUKU 11: KLIK UNTUK KAYA: 8 RAHSIA JUTAWAN SIBER UNTUK SEMUA oleh Rosli Jamal

BUKU 11: KLIK UNTUK KAYA: 8 RAHSIA JUTAWAN SIBER UNTUK SEMUA oleh Rosli Jamal

No Perolehan: 06/00039
Call No.: D 658.054678 ROS
ISBN: 983-2334-59-4
Bahasa: Melayu

Ulasan:

Ramai di antara kita menaruh harapan tinggi apabila mendengar kehebatan medium perniagaan internet.Namun begitu ramai yang mencuba telah kecundang kerana meredahnya tanpa pedoman, panduan dan ilmu yang mendalam.

Buku ini memberi penyelesaian kepada masalah ini.Panduan dan cara penyampaian buku ini mudah difahami dan amat bermanfaat.Ia bukan sahaja sesuai untuk dijadikan bahan bacaan malah sesuai bagi usahawan untuk dijadikan rujukan dalam dunia perniagaan internet.

Kemampuan penulis mencungkil segala rahsia dalam jaringan perniagaan internet sangat bermanfaat untuk semua bertepatan dengan senario kepesatan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) dan perkembangan ICT pada masa kini.Perniagaan menggunakan medium internet sebenarnya amat mudah untuk dilaksanakan jika mempunyai ilmu yang cukup jadi buku ini adalah jawapannya dan sangat bermanfaat untuk usahawan dan bakal usahawan yang berwawasan tinggi untuk terus maju dan berjaya serta mampu bersaing di peringkat global.

Tajuk: Klik Untuk Kaya: 8 Rahsia Jutawan Siber Untuk Semua
Penulis: Rosli Jamal
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings
Harga : RM 29.00
Mukasurat: 262 ms

Tuesday, September 24, 2013

BUKU 10: “MAMA, SAYA LAPAR….” oleh Wardina Safiyyah

BUKU 10: “MAMA, SAYA LAPAR….” oleh Wardina Safiyyah

No Perolehan: 11/00056PJ
Call No. : D 649.3 WAR
ISBN: 978-983-124-566-8
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Melayani ragam si manja dalam isu pemakanan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa.Kerap kali mereka “tewas” dalam memberi makanan yang seimbang kerana kekurangan ilmu dan pendedahan yang betul dalam menawan selera makan anak-anak.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang dahagakan ilmu sebegini, buku iniada jawapannya. “Mama, Saya Lapar…” sesuai untuk semua ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak.

Terdapat tip dan panduan serta nasihat daripada pakar pemakanan.
Wardina telah menghimpun dan merungkai isu ini dengan cara yang tersendiri.

Penulisannya mudah difahami malah ia turut disusuli dengan fakta sokongan daripada pakar pemakanan.

Buku ini sangat istimewa dan boleh dijadikan hadiah kepada pembaca yang baru menjadi ibu bapa kerana ianya turut memuatkan cerita, pengalaman serta topik-topik berat yang ditulis dengan lebih santai dan menarik.

Tajuk: “Mama, Saya Lapar…”
Penulis: Wardina Safiyyah
Penerbit: Karangkraf
Harga : RM 19.90
Mukasurat: 166 ms

Tuesday, September 17, 2013

BUKU 9: SHAHRIZAT: SUARA WANITA MALAYSIA oleh Vasanthi Ramachandran

BUKU 9: SHAHRIZAT: SUARA WANITA MALAYSIA oleh Vasanthi Ramachandran

No Perolehan: 11/00127PJ
Call No.: D 305.409595
ISBN: 978-983-43023-2-0
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Biografi sesebuah intitusi kerajaan ternyata jarang-jarang sekali ditulis tetapi rakyat terutamanya kaum wanita perlu tahu apa yang Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat lakukan kerana kementerian itu mewakili suara mereka.

“Shahrizat: Suara Wanita Malaysia” adalah catatan yang lengkap dan komprehensif mengenai perjuangan kementerian ini sebagai kuasa pendesak bagi memastikan kaum wanita, diberikan penghormatan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Buku ini akan menunjukkan bagaimana Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil membawa setiap aspek isu-isu kaum wanita ke tengah dan cuba menanganinya.

Beliau merupakan golongan “wanita baharu”, hybrid khas gabungan antara timur dan barat, seorang insan yang berpendirian dan berkeperibadian tersendiri.

Tajuk: Shahrizat: Suara Wanita Malaysia
Penulis: Vasanthi Ramachandran
Penerbit: Falcon Connection Sdn Bhd
Harga : RM -
Mukasurat        : 296 ms

Tuesday, September 10, 2013

BUKU 8: KAYA DENGAN RUMAH oleh Shamsudin Abdul Kadir

BUKU 8: KAYA DENGAN RUMAH oleh Shamsudin Abdul Kadir

No Perolehan: 08/00251PJ
Call No.: D 332.6324 SHA
ISBN: 978-983-3586—36-3
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Menjana dan mengumpul kekayaan bukannya sesuatu yang sukar dicapai.

Ia tidak ditetapkan hanya untuk orang kaya, berpendidikan ataupun cerdik pandai.Ia boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja.

Apa yang diperlukan oleh setiap individu adalah belajar dan mempelajari perkara biasa dan melakukan perkara biasa itu secara luar biasa.

Buku ini membantu individu yang berada dalam dunia pekerjaan bagi memulakan perjalanan anda ke arah memiliki timbunan harta dengan menjadikan hartanah sebagai tiang bagi mendapatkannya.

Ia juga membongkar rahsia penting melabur dalam hartanah di Malaysia.

Tajuk: Kaya Dengan Rumah
Penulis: Shamsudin Abdul Kadir
Penerbit: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd
Harga : RM 17
Mukasurat: 138 ms

Tuesday, September 3, 2013

BUKU 7: MELESTARIKAN TRADISI BUDAYA MASYARAKAT TIONGHOA DI MALAYSIA oleh Selina S.F.Lee

No Perolehan: 09/00166PJ
Call No. : D 305.895109595 SEL
ISBN: 978-978-967-5378-00-3
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Buku “Melestarikan Tradisi Budaya Masyarakat Tionghoa di Malaysia” merupakan satu himpunan tulisan yang begitu impresif.

Buku ini himpunan koleksi tulisan Selina S.F.Lee yang dihasilkan dalam satu jangkamasa yang panjang, bertahun-tahun untuk melengkapkannya sebagai satu wacana budaya yang menarik dan relevan dibaca oleh segenap lapisan.

Buku ini mengisikan huraian dan hujah-hujah yang beralaskan mengapakah sesuatu amalan buadaya ini dipraktikkan.

Setiap huraian diberi contoh dan bukti yang meyakinkan.
Sesetengahnya merasakan budaya Tionghoa begitu rapat dengan kelompok masyarakat kita di Malaysia, sebagai contohnya Perayaan Tahun Baru Cina yang merupakan satu amalan turun-temurun dalam masyarakat di China.

Namun ada antara kita yang tidak mengetahui akan bagaimana ia bermula, mengapa diamalkan sedemikan atau pantang larang yang dipegang oleh masyarakat Tionghoa di Malaysia.

Pengarang mengupas hal ini dan tentunya dalam konteks untuk membina persefahaman yang lebih kukuh di negara kita, tulisan ini menyumbangkan maklumat yang sangat penting.

Tajuk: Melestarikan Tradisi Masyarakat Tionghoa Di Malaysia
Penulis: Selina S.F.Lee
Penerbit: Cita Kurnia Enterprise
Harga: RM -
Mukasurat: 123 ms

Tuesday, August 27, 2013

BUKU 6: KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR oleh Ahmad Marzuki Ismail

No Perolehan:07/00195PJ
Call No.           :D 302.2 AHM
ISBN: 978-983-195-309-9
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Hasil nukilan Ahmad Marzuki Ismail ini amat sesuai untuk guru-guru, pelajar dan juga ibu bapa.

Bagi guru-guru dan ibu bapa, buku ini boleh dijadikan panduan asas kepada pembentukan pelajar dan anak masing-masing.

Buku ini memberi penekanan kepada dua aspek iaitu aspek bertutur dan mendengar dalam kalangan pelajar sekolah.

Penulis mengutarakan beberapa perkara asas di dalam konsep bertutur dan mendengar agar dapat membantu setiap pelajar dalam mengembangkan sahsiah diri.

Bagi guru-guru pula, pengisian dalam penghuraian penulis ini diharapkan dapat membantu mereka mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang ada dalam kalangan pelajar.

Dalam buku ini, penulis memberi penekanan tentang faktor yang mempengaruhi diri seseorang dalam berkomunikasi serta hubungan antara komunikasi dengan interaksi.

Penekanan ini untuk membuka pemikiran pelajar bahawa komunikasi di dalam dan luar sekolah mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan.

Pelbagai elemen dalam komunikasi dijelaskan kepada pelajar supaya mereka prihatin dan peka terhadap sumbangan komunikasi di dalam kehidupan seharian.

Tajuk: Komunikasi Asas Untuk Pelajar
Penulis: Ahmad Marzuki Ismail
Penerbit: Karisma Publications Sdn.Bhd
Harga  : RM -
Mukasurat        : 175 ms

BUKU 5: NIAGA ONLINE oleh Saliyati Suhaimi

No Perolehan:10/00005
Call No.: D 658.72
ISBN: 978-983-124-485-2
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Ledakan teknologi maklumat telah membawa satu fenomena baru yang melanda masyarakat dunia iaitu berniaga di internet.

Melihat kepada kejayaan sesetengah individu yang berniaga secara online mendorong pelbagai pihak memasang angan-angan untuk berjaya menjadi jutawan internet.

Namun begitu impian hanya tinggal impian apabila tersalah percaturan dan kekurangan ilmu dalam berniaga secara online.

Buku Niaga Online ini cuba membantu merealisasikan impian sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam perniagaan sebegini.

Apa yang menarik mengenai buku ini, pembaca di ajar langkah demi langkah untuk membuat perniagaan di internet.

Tajuk: Niaga Online
Penulis: Saliyati Suhaimi
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 10.00
Mukasurat: 214 ms

Tuesday, August 20, 2013

BUKU 4: RAHSIA BISNES MAMAK oleh Muhammad Faisal Sharbudin

No Perolehan: 09/00120PJ
Call No. : D 650.109595
ISBN: 978-983-3586-75-2
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Buku ini mendedahkan beberapa formula berjaya yang digunakan oleh peniaga India Muslim yang sinonim dengan panggilan “mamak”.

Kewujudan mereka dalam dunia bisnes tidak sekadar melibatkan bisnes makanan semata-mata.Bukan sekadar formula kejayaan, buku ini cuba mendedahkan cabaran-cabaran yang bukan kecil yang dihadapi oleh para peniaga India Muslim.

Ia membantu para pembaca melihat dan membuat persediaan sebelum memasuki alam bisnes sebenar.

Kejayaan besar bisnes India Muslim hari ini bermula daripada formula-formula asas dalam bisnes kecil.

Semakin kompleks bisnes itu, formula asas diperkuatkan dengan formula-formula baru yang sesuai dengan keperluan bisnes baru.

Naskah ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan pembaca yang
bercadang melakukan perkara-perkara seperti:

•Mempelajari selok belok dan amalan bisnes India Muslim
•Meningkatkan kualiti bisnes yang ada
•Mengurus kemahiran interpersonal dalam bisnes
•Membuka bisnes baru khususnya restoran, runcit dan perkhidmatan

Tajuk: Rahsia Bisnes Mamak
Penulis: Muhammad Faisal Sharbudin
Penerbit: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd
Harga               : RM 23.00
Mukasurat        : 239 ms

Tuesday, August 13, 2013

BUKU 3: CARI KERJA ADA CARANYA oleh Mohammad Noorizzuddin Dato’ Haji Nooh

No Perolehan:08/00006
Call No.            : D 650.144
ISBN: 978-983-3991-57-0
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Naskah oleh Mohammad Noorizzuddin Dato’ Haji Nooh ini memberi panduan bagaimana untuk mencari kerja kerana pada masa sekarang isu graduan IPT gagal mendapat pekerjaan telah menjadi sungguh hangat sehingga dibincangkan dan dibahaskan di peringkat Dasar Negara.

Buku yang digarapkan ini ditulis dengan begitu menarik dan “mesra graduan” serta boleh dijadikan panduan dan teman yang akrab.Banyak tips yang dikongsi bersama dan ianya amat berguna untuk membimbing graduan.

Jika ditelaah dengan mendalam, buku ini akan memberi manfaat besar kepada semua pembaca khususnya graduan IPT hari ini kerana buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sebagai graduan yang dicampakkan ke dalam kancah pekerjaan yang mencabar.

Melalui pembacaan terhadap buku ini kita akan mengetahui cara untuk merangsang diri, cepat merebut peluang dan betapa pentingnya “fleksibel”, tiada sifat malu dan mempunyai matlamat kerjaya untuk mencari kerja.Bermula era mencari kerja dengan kekemasan diri, penyiapan dokumen dan juga persediaan minda.

Tajuk: Cari Kerja Ada Caranya
Penulis: Mohammad Noorizzuddin Dato’ Haji Nooh
Penerbit: Ameen
Harga: RM 29.00
Mukasurat: 256 ms

Tuesday, August 6, 2013

BUKU 2: 10 GOLONGAN TIDAK MENDAPAT SYAFAAT NABI S.A.W oleh Abu Ahmad Fatanah

No Perolehan:06/00006
Call No. : D 297.2 ABU
ISBN: 983-099-313-2
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Karya penulis Abu Ahmad Fatanah ini menerangkan selain daripada amal soleh yang dibawa ketika bertemu Allah s.w.t ketika di yaumil akhirat ialah mengharapkan syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam erti kata lain, setiap orang mukmin mengharapkan pertolongan Nabi Muhammad s.a.w di dalam menghadapi hari-hari perhitungan di atas segala amalan baik dan amalan jahat.

Buku ini memberi panduan di antara perbuatan atau amalan yang menyebabkan terhijabnya syafaat Nabi Muhammad s.a.w ketika manusia sedang dihisab di yaumil akhirat.

Mudah-mudahan buku ini akan memberi manfaat yang bermakna di dalam perjalanan hidup ini untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Tajuk: 10 Golongan Tidak Mendapat Syafaat Nabi S.A.W
Penulis: Abu Ahmad Fatanah
Penerbit: Al Hidayah
Harga: RM 10.00
Mukasurat        : 150 ms

Tuesday, July 30, 2013

BUKU 1: 17 SIKAP YANG MENGHALANG KEBERKATAN REZEKI oleh Abu Aziz Al Mushiri dan Abu qistina Al-Madani

No Perolehan:06/00012
Call No. : D 297.2 ABU
ISBN: 993-09-515-1
Bahasa: Melayu

Ulasan:
17 Sikap yang menghalang keberkatan rezeki mengupas pelbagai sebab yang menjadi tertutupnya pintu rezeki.

Rezeki merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada semua makhluk yang diciptakan-Nya.Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan berkuasa pula untuk menahan rezeki terhadap sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Rezeki adalah pemberian Allah SWT sehingga membolehkan kita melayari kehidupan ini samada rezeki berupa harta, nyawa, kesihatan, umur yang panjang dan sebagainya.

Oleh itu, sewajarnya kita bersyukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang diberikan-Nya kepada kita sehingga kita dapat meneruskan kehidupan ini.Bagaimanapun terdapat ramai yang cuai dalam memahami makna rezeki, sehingga mereka sanggup melupakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Buku ini mendedahkan perangai dan watak golongan yang terpesona dengan keindahan dunia sehingga mereka melupakan keindahan akhirat.Mereka bertindak melampaui batas dengan melanggar syariat sehinggakan Allah SWT menutup pintu rezeki serta keberkatan mereka.

Walaupun mereka pada zahirnya mereka serba berkecukupan namun pada hakikatnya merekalah golongan yang merana dan terseksa samada di dunia mahupun akhirat.

Semoga dengan pembacaan buku ini dapat memberi panduan kepada umat Islam agar kita dapat menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan.

Tajuk: 17 Sikap Yang Menghalang Keberkatan Rezeki
Penulis: Abu Aziz Al Mushiri dan Abu qistina Al-Madani
Penerbit: Al Hidayah
Harga: RM 15.00
Mukasurat: 242 ms