Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Muhammad Shahril. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Muhammad Shahril. Show all posts

Tuesday, December 1, 2020

Buku KHUBLAI KHAN / Abdul Latip Talib / HIJJAJ RECORD PUBLISHING / 2019

Buku KHUBLAI KHAN / Abdul Latip Talib / HIJJAJ RECORD PUBLISHING / 2019

No Perolehan: 11508 / ISBN: 9789675391996 / Kategori:Kesihatan 297.18

Ringkasan/ Ulasan: 

KHUBLAI KHAN

Beliau memerintah Cina sepenuhnya setelah berjaya menakluk Dinasti Song di Cina Selatan. Khublai Khan akhirnya berjaya menyatupadukan Cina dan mentadbir 58 juta rakyat Cina pada zamannya. 

Khublai Khan berjaya memajukan ekonomi dengan memajukan sistem persawahan dan saliran air.  Beliau melantik pegawai yang berkelayakan, mendirikan sekolah, memberi penghargaan kepada cendekiawan, beliau galakan diadakan pertukaran ekonomi dan kebudayaan dengan negara luar. 

Khublai Khan juga mewujudkan sistem lalu lintas kenderaan berkuda. Setelah kerajaannya kuat maka Khublai Khan meluaskan tanah jajahannya ke luar Cina. 

Mereka menakluk Korea, Tibet dan Vietnam. Kemudia memasuki Eropah dan mengalahkan Rusia, Poland dan Hungari. Cerita ini sangat menarik dan mempunyai sejarah yang besar dan menarik

Judul: KHUBLAI KHAN

Pengarang: Abdul Latip Talib

Penerbit: HIJJAJ RECORD PUBLISHING

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM27.90 

Muka surat: 405

Rating: 5


Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan

Thursday, November 5, 2020

Buku: Asas Fardu Ain Lengkap / Abu Bakar bin Omar Al-Hafiz / Pustaka Ilmuan / 2018

Buku: Asas Fardu Ain Lengkap / Abu Bakar bin Omar Al-Hafiz / Pustaka Ilmuan / 2018

ISBN: 9789675778667 / Kategori: 297.5

Ringkasan/ Ulasan: 

Asas Fardu Ain Lengkap Buku ini amat membantu kita dalam Ajaran Agama Islam. Buku ini merupakan panduan asas ibadat bagi setiap muslim didalam kehidupan seharian. Sebagai pengamal ajaran Islam kita wajiblah mengetahui asas-asas ajaran Islam bagi memastikan ibadat yang kita lakukan tidak sia-sia.

Didalam buku ini,ada menerangkan secara ringkas mengenai Rukun Islam,Rukun Iman,dan beberapa yang menjadi perkara asas penting dalam melakukan ibadat sehari seperti bersuci, solat, puasa, zakat, haji, nikah dan beberapa doa yang biasa diamalkan.

Semoga buku ini akan memberi manfaat dan bimbingan kepada sekalian muslimin dan muslimat agar memperoleh ilmu untuk menghadapai cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia serta mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak.

Judul: Asas Fardu Ain Lengkap/ Pengarang: Abu Bakar bin Omar Al-Hafiz / Penerbit: Pustaka Ilmuan/ Tahun Terbit: 2018 / Harga: RM25.00  / Muka surat: 428

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan


Thursday, September 17, 2020

Buku BRITISH MALAYA / Frank Swettenham / Geroda Merah / Press / 2018

ISBN: 9789671377796. Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan: BRITISH MALAYA. Idea utama adalah untuk membentang semua maklumat penting secara tepat yang membawa kepada campur tangan Britsh ke atas urusan dalaman negeri-negeri melayu bersekutu dan mencatat dengan tepat langkah-langkah yang menyebabkan mereka menjadi wilayah tangugan kota British. 

Keunikan ciri eksperimen dan kejayaanyang dilaluinya sudah cukup menjadi sebab untukmemperincikan usaha-usaha yang telah mengangkat Melayu ke satu tahap yang selesa dan kebahagiaan yang tidak pernah dikecapi di dalam sejarah mereka dan ini telah menguniakan faedah yang sama kepada kaum Cina, India dan British sambil membuka peluang perniagaan baru dan beharga buat pengilang British. 

Banyak lagi kisah yang menarik tentang sejarah buku ini , jangan lepaskan peluang untuk membaca sejarah negara kita supaya akan rasa cinta tentang tanah air.

Judul: BRITISH MALAYA

Pengarang: Frank Swettenham 

Penerbit: Geroda Merah Press

Tahun Terbit: 2018, Harga: RM 60.00 , Muka surat: 429

Disediakan oleh : Muhammad Shahril, Pembantu Pustakawan

Friday, September 11, 2020

Buku Rahsia Kesihatan Dari Durian / Pangkalan Ide / SAM Synergy Media / 2013

Buku Rahsia Kesihatan Dari Durian / Pangkalan Ide / SAM Synergy Media / 2013

Ringkasan/ Ulasan: Rahsia Kesihatan Dari Durian. Merenung mitos dan fakta tentang durian yang dapat melambatkan proses penuaan dan hipotensi secara bijak. Buah durian matang yang merupakan bahagian yang boleh dimakan, umumnya diambil dalam keadaan segar. Di pasar buah durian ini mengiklankan dirinya melalui bau yang kuat dan unik.buah durian sangat disukai oleh masyarakat umum sedangkan orang barat kebanyakannya kurang menyukaibau durian. Meskipun mendapat gelaran “the king of the Fruit”, atau raja buah durian tetap menjadi buah yang kontroversi. Ternyata buah yang berzat tinggi ini bukanlah buah terlarang kerana kadar lemaknya jauh lebih rendah berbanding lemak haiwan. Jadi jangan gentar makan banyak durian sebab lemak dalam buah ini ergolong dalam lemak tak tepu dan menyihatkan.

Judul: Rahsia Kesihatan Dari Durian

Pengarang: Pangkalan Ide

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM16.90 

Muka surat: 133

Rating: 5

ISBN: 9789673719372. Kategori:Kesihatan 634.65

Disediakan oleh :Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Link [shopee]

Buku Rahsia Kesihatan Dari Mempelam / Pangkalan Ide / SAM Synergy Media / 2013

Rahsia Kesihatan Dari Mempelam

Ringkasan/ Ulasan:  Rahsia Kesihatan Dari Mempelam. Mangga terdiri lebih dari 1000 spesis di dunia dengan nama latinnya mangifera indica dan boleh tumbuh subur di kawasan tropika. Buah mangga banyak mengandungi vitamin A, C, dan E, polifenol, mineal, asid amino, karotenoid. Setiap kandungan tersebut sangat berguna untuk dinutrisi oleh kita. Rasa buah mangga yang manis dan masam sangat menyegarkan, Buah mangga juga boleh diolah mengikut selera penggemaranya sama ada unbtuk dijadikan jus, jeruk, kuih dan sebagainya. Tidak salah untuk meminati buah ni kerana mangga mempunyai banyak khasiat.

Judul: Rahsia Kesihatan Dari Mempelam

Pengarang: Pangkalan Ide

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM16.90 

Muka surat: 144

ISBN: 9789673719433. Kategori:Kesihatan 634.44

Disediakan oleh : Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Link [synergymedia]

Buku: UBATAN DAN KESAN FARMAKOLOGI / Dr. Wan Adesul / SAM Synergy Media / 2018

ISBN: 9789674443481. Kategori:Kesihatan 615 

Ringkasan/ Ulasan: UBATAN DAN KESAN FARMAKOLOGI. Jika dibaca tentang buku ini, opasti sudah ramai yang dapat mengetahui bahawa buku ini berkisarkan tentang pengambilan ubat ubatan yang salah dan cara untuk membetulkannya. 

Ia juga membicarakan tentang kebaikan dan keburukan ubat kepada manusia serta makna ubat dalam kehidupan manusia. Buku ini juga mengupas pelbagai permasalahan lain yang di samping memberi pendedahan awal kepada pesakit tentang pentingnya pemilihan ubat ubatan dengan danya pemantauan daripada doktor supaya tidak barcanggah dengan proses perubatan. 

Buku ini juga memberi pendidikan kepada pembaca untuk membantu para doktor untuk menyesuaikan pengambilan ubat ubatan kepada pesakit sesuai dengan keadaan atau sakit yang dihidapi oleh seseorang itu.

Jom dapatkan buku ini untuk dapatkan banyak lagi informasi yang berguna untuk kesihatan anda!

Judul: UBATAN DAN KESAN FARMAKOLOGI

Pengarang: Dr. Wan Adesul

Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM27.90 

Muka surat: 207

Disediakan oleh : Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Buku: Hindari Kanser / DR. NORMAN M.NORAWI MBBS / True Wealth / 2011

ISBN: 9789633364589. Kategori: 616.07

Ringkasan/ Ulasan: Hindari Kanser. Kanser boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup sihat dan juga dengan mengambil antioksidan yang tertentu. 

Pilihan di tangan anda dan informasi yang penting ini amat perlu difahami dalam usaha seseorang untuk mencegah Kanser. 

Judul: Hindari Kanser

Pengarang: DR. NORMAN M.NORAWI MBBS

Penerbit: True Wealth Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM29.90

Muka surat: 87

Disediakan oleh :Muhammad Shahril. Pembantu Pustakawan

Link [doknorm]

Buku: Doktor Sakit / DR. Atikah Razali / Must Read / 2018

Buku: Doktor Sakit / DR. Atikah Razali / Must Read / 2018

Kategori:808.882

Ringkasan/ Ulasan: 

Doktor Sakit: Keadaan bahagian trauma dan kecemasan hospital daerah itu sedikit kelam-kabut walaupun jam hamper menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pesakit tidak putus-putus datang. Ada pula seorang pesakit yang mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumah, tidak sedarkan diri pula di hospital akibat serangan jantung yang serius. Di tengah kekalutan berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut (dengan izin Allah SWT), tiba-tia terdengar suara seseorang memarahi seorang staf,”Hoi boleh cepat tak buat kerja tu? Saya demam dah dua jam tunggu ni!” Walaupun saat itu matanya boleh melihat jelas doctor, pembantu pegawai perubatan dan jururawat berlari-lari dalam kesibukan. Bagaimana jika ahli keluarga mereka pula di tempat pesakit yang sedang bertarung nyawa? Cuba anda fikirkan kembali, ANDA RASA DOKTOR ADA MASA UNTUK SAKIT? 

ISBN: 9789672038689

Judul: Doktor Sakit

Pengarang: DR. Atikah Razali

Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM21.00 

Muka surat: 200

Rating: 5


Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

Muhammad Shahril Rosniza Elias

Pembantu Pustakawan Ketua Pustakawan

Buku:HIMPUNAN KISAH HAIWAN TELADAN DARI AL-QURAN / E-Media Publication / 2012

Buku: HIMPUNAN KISAH HAIWAN TELADAN DARI AL-QURAN / E-Media Publication / 2012

ISBN: 978-983-3425-17-4

Kategori: Agama 297.122

Ringkasan/ Ulasan: 

HIMPUNAN KISAH HAIWAN TELADAN DARI AL-QURAN

Buku ini menghimpunkan 8 kisah menarik mengenai haiwan yang dipaparkan di dalam al-Quran. 

Ia telah diterbitkan pada tahun 2008. Kemudian, ia telah diulang cetak kali kedua pada tahun 2010. 

Buku ini menyasarkan pembaca dari bawah 12 tahun. Ia juga sesuai dibaca oleh pelajar sekolah menengah kerana ia merupakan salah satu bidang Pendidikan Islam iaitu Sirah. 

Buku ini juga, mempunyai tulisan Rumi dan Jawi untuk membantu kanak-kanak mempelajari tulisan jawi.

Buku ini sangat menarik dengan gaya warna dan sangat mudah difahami

Judul: HIMPUNAN KISAH HAIWAN TELADAN DARI AL-QURAN

Pengarang: E-Media Publication Sdn Bhd

Penerbit: E-Media Publication Sdn Bhd

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM49.90

Muka surat: 128

Disediakan oleh : Muhammad Shahril

Disahkan Oleh : Rosniza Elias

Link [PACLanchang] [PADTemerloh] [emediapublication]

Buku: Ceritakan Kepadaku Tentang Ibadah Haji / Saniyasnain Khan / DARUL MUGHNI TRADING / 2015

Buku: Ceritakan Kepadaku Tentang Ibadah Haji / Saniyasnain Khan / DARUL MUGHNI TRADING / 2015

ISBN: 978-967-0618-31-9

Kategori: Agama 297.652

Ringkasan/ Ulasan: 

Buku ini tentang ibadah haji dan sejarah permulaannya pada 4000 tahun dahulu ketika Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah SWT agar meninggalkan negerinya dan mengembara sehingga sampai ke Tanah Arab. 

Di situlah Baginda meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s.. Kemudian, ia mengisahkan ketabahan Hajar yang berusaha mencari air untuk anaknya dan akhirnya keajaiban berlaku apabila munculnya air zamzam. Selepas itu, ia diikuti dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan pembinaan Kaabah. 

Kini, lebih kurang 2 juta umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Mekah pada setiap tahun untuk menunaikan haji bagi menyahut seruan Allah SWT dan mengikut jejak Nabi Muhammad SAW.

Buku ini sesuai untuk dibaca semua golongan.buku ini sangatlah menarik kerana terdapat warna-warni dan nota-nota kecil sebagai rujukan yg mudah untuk dingati dan difahami.

Judul: Ceritakan Kepadaku Tentang Ibadah Haji

Pengarang: Saniyasnain Khan

Penerbit: DARUL MUGHNI TRADING

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM23.92

Muka surat: 37

Disediakan oleh : Muhammad Shahril

Disahkan Oleh : Rosniza Elias

Link [mphonline]