Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Tugasan Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Tugasan Pelajar. Show all posts

Sunday, July 17, 2016

Pengankutan Awam: cadangan penambahbaikan dan kelemahan

CONTOH JAWAPAN KERJA KURSUS PT3 2016 GEOGRAFI » PENGANGKUTAN
Berikut ialah senarai panduan, contoh dan tips bagi tugasan kajian kes berhubung dengan pengangkutan awam untuk kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 berdasarkan kehendak tugasan yang diberikan Sebagai makluman, kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara seperti yang telah ditetapkan
Tempoh Kerja Kursus Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2016 . Konsep dan takrifan sistem pengangkutan.Bina jadual dan graf /carta pai yang sesuai tentang pengangkutan awam di kawasan kajian. (Jadual dan graf /carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan. Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian. Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan awam di kawasan kajian.
sumber:mysumber.com

Penambahbaikan Pengangkutan Awam 
 Perlu mengambil kira pendekatan yang lebih menyeluruh. Pemanjangan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya ke Subang Jaya, dan laluan Kota Damansara ke Cheras tidak menjamin masalah pengangkutan awam di Lembah Klang dapat diselesaikan.

Penanda aras kualiti pengangkutan awam bergantung kepada kecekapan, keselesaan dan keselarasan keseluruhan kenderaan pengangkutan awam yang sedia ada. Adalah menjadi keutamaan untuk pemanjangan jajaran LRT berkenaan didahului dengan penyelarasan transit awam yang ada.

Jumlah kos untuk membiayai projek pemanjangan jajaran LRT akan memakan kesemua peruntukan penambahbaikan transit awam bagi tempoh lima tahun akan datang.

sumber:utusan

Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan Cadangan untuk Mengatasinya
Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini, terdapat beberapa jenis pengangkutan  awam. Antara perkhidmatan pengangkutan awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi.  Sehingga kini perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan belum memuaskan hati pengguna.

Baru-baru ini, saya sebagai Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan diminta untuk menjalankan satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.
sumber: stpm-study.blogspot.my

Perubahan & Penambahbaikan Pengangkutan Bandar Mulai Tahun Depan
Ketua Makmal NKRA untuk pengangkutan awam bandar, Mohamad Nur Kamal dari Kementerian Pengangkutan berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, apabila berkuatkuasa tahun depan, akan melihat kepada perancangan jangka panjang sistem pengangkutan bandar.

Dalam pembentangannya bertajuk "Mengatasi Masalah Pengangkutan Bandar" pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di sini, Mohamad Nur berkata tujuh cadangan utama itu termasuk melaksanakan Transit Bas Ekspres (BES), tambahan gerabak untuk KTM dan sistem transit aliran ringan (LRT), Terminal Pengangkutan Bersepadu, Transit Bas Rapid (BRT), inisiatif penguatkuasaan, stesen bersepadu dan sistem tiket bersepadu di sekitar Lembah Klang.

Pada majlis sama, anggota makmal, Suhaili Idrus dari Iskandar Malaysia memberi penjelasan mengenai penambahbaikan perkhidmatan bas dan rel yang akan dibuat.

Beliau berkata untuk BES, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) dijangka melancarkan perkhidmatan bas yang akan membawa penumpang ke pusat bandar melalui expressway yang kurang digunakan seperti Kesas, New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Grand Saga dan Penchala Link.
sumber: bernama

Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 - pengangkutan
Rangkaian sistem pengangkutan yang komprehensif dan efisien dengan penghubungan antara dan dalam bandar amat diperlukan bagi mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa.

Bagi warga kota Kuala Lumpur, Bandar Raya perlu berupaya menyediakan satu struktur bandar yang efisien dan saksama, sebaik mungkin, bagi membolehkan semua anggota masyarakatnya mudah sampai ke semua kawasan dan kemudahan agar setiap orang boleh menikmati faedah kehidupan bandar yang maksimum.

Struktur asas rangkaian jalan dan rel yang komprehensif telah dibina sejak tahun 1984. Program bagi Kuala Lumpur kini ialah untuk memajukan, memperkemaskan dan melengkapkan sistem pengangkutan secara bersepadu bagi memenuhi keperluan Bandar Raya dan penduduknya sehingga tahun 2020. Dalam hubungan ini DBKL akan membantu pelaksanaan sistem pengangkutan bersepadu.
sumber:dbkl

Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia Idea
Pengangkutan awam mampu mengurangkan bilangan kenderaan yang berada di atas jalan raya. Pengangkutan awam mampu memendekkan tempoh perjalanan seseorang ke tempat kerja kerana mengambil masa yang singkat untuk sampai ke destinasi. Pengangkutan awam mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar terutama pada waktu puncak. Pengangkutan awam berupaya mengelakkan pencemaran udara melalui pembebasan asap karbon monoksida ke udara. Pengangkutan awam berupaya mengurangkan kemalangan jalan raya kerana perjalanan yang selamat dan selesa. Pengangkutan awam berupaya menjimatkan kos pengguna kerana harga tiket yang murah dan tidak membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
sumber: blogcikguazaman.blogspot.my

Pengangkutan Awam Perlu Penambahbaikan
Profesor Pengangkutan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, perkhidmatan bas awam terutamanya perlu penambahbaikan bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan awam negara.Namun begitu, beliau tidak menafikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sudah setanding dengan bandar-bandar besar di Asia Tenggara.Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa kesesakan lalu lintas disebabkan oleh tahap pengangkutan awam yang rendah di Malaysia.

"Kenyataan itu tidak tepat. Kesesakan lalu lintas berpunca daripada peningkatan jumlah perjalanan menggunakan kenderaan peribadi. Ini menyebabkan pertambahan kenderaan di jalan raya.

"Peranan pengangkutan awam adalah untuk mengatasi kesesakan ini dengan memindahkan sebilangan besar pengguna kepada sebuah sistem yang lebih efisien yang mampu membawa lebih penumpang bagi setiap kilometer.

"Contohnya, sebuah bas mampu membawa hampir 60 penumpang berbanding dengan pengangkutan rel yang boleh membawa berlipat kali ganda penumpang,"
sumber: utusan.com.my

Tambah Baik Perkhidmatan Awam dan Kepuasan Pengguna
Bagi menggalakkan lebih ramai orang awam mengguna pengangkutan awam, kerajaan juga terus fokus kepada penambahbaikan kemudahan kepada pengguna seperti membina lebih banyak kompleks 'Park n Ride' di stesen-stesen rel utama, serta meneruskan inisiatif bas Bandar GO-KL secara percuma.    

Di bawah GTP, kerajaan memperlihatkan tiga aliran kerja iaitu membangunkan rangkaian pengangkutan awam bas, rel, dan teksi; mengurus permintaan pengangkutan awam dan integrasi. Aliran kerja bagi perkhidmatan rel merupakan perkhidmatan pengangkutan awam yang paling penting. Oleh itu, kerajaan telah merangka tiga inisiatif utama untuk menambah baik operasi perkhidmatan sedia ada iaitu dengan penambahbaikan perkhidmatan KTM Komuter dan Aliran Transit Ringan (LRT), penambahan kapasiti KL Monorel dan projek peluasan jajaran aliran LRT Kelana Jaya dan Ampang.

Bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti perkhidmatan rel, kerajaan telah menggantikan set tren gerabak dalam meningkatkan kapasiti penumpang, meningkatkan keandalan perkhidmatan rel sehingga mencapai 97.5 peratus pada waktu puncak dan meningkatkan kesalinghubungan dari awal hingga akhir perjalanan melalui kompleks Park N Ride, stesen bersepadu dan laluan pejalan kaki. Di samping itu, dalam menambah baik perkhidmatan LRT, kerajaan akan memperluaskan stesen jajarannya di bawah Program Peluasan Aliran (LEP).

Progaram itu akan merangkumi projek perluasan aliran LRT ke stesen Kelana Jaya dengan meliputi 12 stesen baharu sebelum berakhir di Stesen Bersepadu Putra Heights. Aliran Ampang pula akan meliputi 12 stesen baharu daripada Stesen Bersepadu Putra Heights sebelum berakhir di Stesen Awan Besar.

Di bawah aliran kerja bas, kerajaan menyediakan 470 bas RapidKL baharu untuk menambah kekerapan bas di sekitar Lembah Klang dan menaik taraf 1,177 perhentian bas di lokasi utama serta membina 372 perhentian bas baharu di sekitar Lembah Klang.
sumber: sinarharian

Borang Soal Selidik PT3 Geografi 2016
Soalan PT3 Geografi 2016 kali ini adalah berkenaan dengan topik Sistem Pengangkutan Awam Tingkatan 2. Berbeza dengan kerja kursus PMR sebelum ini yang kurang menerapkan konsep kemahiran berfikir aras tinggi (kbat), PT3 mewajibkan pelajar membuat kajian kes dan menerapkan elemen kbat. Oleh itu, dalam borang soal selidik mestilah menerapkan elemen kbat yang dapat membantu pelajar untuk membina jadual dan graf yang bersesuaian. Berikut merupakan contoh borang soal selidik sebagai rujukan pelajar.
sumber: cekgunorazimah.com

rujukan:Geografi PT3 2016: Cadangan Penambahbaikan Sistem Pangangkutan Awam.


Monday, March 23, 2015

Himpunan 35 Nama-nama Binatang Dalam Peribahasa Melayu

Berikut adalah senarai peribahasa yang mempunyai kaitan dengan nama binatang. Senarai ini dibuat berdasarkan apa yang ditulis dan apa yang diceritakan. Senarai ini boleh bertambah jika ada maklumat-maklumat tambahan diterima. Berikut adalah senarai binatang yang ada dalam peribahasa:
1. Harimau
2. Gajah
3. Naga/Cacing
4. Anjing/babi
5. Lembu
6. Kucing
7. Kuda
8. Kambing
9. Kerbau
10. Kancil
11. Kijang
12. Kera
13. Keldai
14. Ayam
15. Beruk
16. Badak
17. Belalang
18. Biawak
19. Cacing
20. Cicak
21. Helang
22. Burung gagak
23. Enggang
24. Serigala
25. Unta
26. Buaya
27. Lintah
28. Ular/Belut
29. Tupai
30. Musang/Ayam
31. Kucing
32. Katak
33. Labah-labah
33. Ikan
34. Tikus/Kucing
35. Ubur-ubur

Berikut adalah senarai 80 peribahasa yang mempunyai kaitan dengan nama-nama binatang.

1. Harimau - Sebagai simbol untuk raja dan menunjukkan pangkat dan kekuasaan.
-Anak harimau (anak orang ada kuasa).
-Harimau ditakuti sebab giginya (pembesar itu ditakuti kerana kuasanya).
-Harimau memperlihatkan kukunya (pembesar memperlihatkan kuasanya)
-Harimau menunjukkan belangnya (pembesar memperlihatkan kuasanya).

Harimau juga sebagai seorang yang bersifat bengis dan kejam, mengancam orang lain.
-Anak harimau diajar makan daging (orang yang zalim diberi galakan untuk membuat aniaya)
-Seperti harimau beranak kecil (sifat orang yang sangat bengis dan garang).

2. Gajah: menunjukkan kuasa dan kekuatan.
-Gajah lalu rumpai layu (perbuatan orang yang berkuasa membawa kesusahan kepada orang yang lemah).
-Gajah masuk kampung, kalau pohon tak tumbang, rumput layu juga). (orang yang berkuasa dapat berbuat sesuka hati kepada orang yang lemah).
-Gajah mati tulang setimbun (orang kaya meninggal dunia banyak meninggalkan hartanya).
-Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah. (kalau para pemimpin berselisih faham rakyat mendapat susah).
-Orang yang berpangkat dan berkuasa hilang pengaruh atau kuasa boleh disamakan dengan gajah yang dibinasakan.
-Gajah dialahkan oleh pelanduk (orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
-Gajah ditelan ular lidi (Orang berkuasa dapat dialahkan orang lemah).
-Gajah empat kaki lagi tersaruk (pembesar sekalipun, ada waktunya akan kehilangan kebesarannya).
-Adat gajah terdorong. (Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya)

3. Naga/Cacing: dianggap simbol orang besar dan berkuasa.
-Cacing hendak menjadi naga (orang kecil hendak menyamai orang besar).
-Cacing menelan naga (orang yang berkusa dapat dialahkan oleh orang yang lemah).
-Naga ditelan ular lidi (orang bangsawan berkahwin dengan orang biasa).

4. Anjing dan babi sebagai simbol kejahatan dan kehinaan.
-Anjing kurap (hina kerana kemiskinan).
-Anjing biasa makan tahi, jika tidak dimakan, mencium ada juga ( orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangi lagi perbuatan itu)
-Seperti anjing dengan kucing (selalu bertengkar).
-Kepala tersangkut dengan kulit babi (mendapat malu besar).
-Mutiara terkalung di leher babi ( tidak tahu menilai barang berharga, yang mulia jadi hina).

5. Lembu: menunjukkan kebodohan.
-Lembu dogol jangan dibalun (orang yang tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh.
-Lembu juga dijadikan simbol orang yang tidak seberapa kuasanya.
-Laksana lembu dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol (orang yang hanya suka menggertak tetapi tidak merbahaya; melawan dengan seberapa kuasanya dalam perkelahian.
6. Kucing: menunjukkan orang yang ditakuti.
-Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi (apabila orang yang ditakuti datang, maka diamlah mereka yang bising.
-Kalau kucing tidak bermisai, takkan ditakuti tikus lagi (orang besar yang hilang martabatnya (pangkatnya) tiak disegani orang lagi.

7. Kuda: simbol orang miskin yang berlagak seperti orang kaya.
-Bak rasa kuda pula kukuran (perihal orang miskin yang berlagak seperti orang kaya).
-Seperti kuda lepas dari pingitan (terlalu gembira sebab lepas dari kurungan atau pembelengguan).
-Anak kuda bulu kasap. (Anak muda yang tidak tahu susah)

8. Kambing: orang yang ditakuti. Kambing juga dijadikan simbol kepada orang yang pengecut, orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonok, keanak-anakan, orang yang malas, orang yang tidak mempunyai kuasa/lemah.
-Kambing keramat (orang yang ditakuti dan bebas membuat sekehendak hatinya).
-Anak kambing tak akan jadi anak harimau (orang yang pengecut (bodoh) tidak akan jadi orang yang berani (pandai).
-Bagai kambing dalam biduk (orang yang ketakutan dan tidak dapat berbuat apa-apa).
-Bagai kambing harga dua kupang (tidak senonoh perangainya, keanak-anakan).
-Bagai kambing dimandikan pagi (perihal orang yang malas dan enggan kalau disuruh melakukan sesuatu).
-Seperti kambing dengan harimau (orang yang lemah bertanding dengan orang yang kuat.
-Umpama kambing kecil, merentak tidak memutus tali, berantuk tidak melambung bumi (orang yang dianggap ringan kerana tidak berkuasa apa-apa).

9. Kerbau: simbol kepada orang yang jahat, orang yang bodoh, hina,
-Bagai kerbau runcing tanduk (orang yang terkenal kerana jahatnya).
-Bagai jelongak kerbau rampung (orang bodoh yang sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang).
-Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekor (berkawan dengan orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian).
-Seperti kerbau dicucuk hidung (orang yang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain).

10. Kancil: simbol kepada kecerdikan/tipu muslihat, lalu dikatakan
-Akal kancil (tipu muslihat yang licin, cerdik dengan tipu muslihatnya).

11. Kijang: simbol kepada negara/tempat asal.
-Kijang dirantai dengan emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan (seseorang itu akan ingat juga negeri asalanya sekalipun senang hidupnya dinegeri orang.
-Seperti kijang lepas ke rimba (orang yang telah kembali ke tempat asalnya dan sukar dijumpai lagi.

12. Kera: Simbol kepada orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, orang yang takut bergaul.
-Kera dapat (diberi) bunga = bagai kera diberi kaca (mendapat (diberi) sessuatu yang tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya).
-Seperti kera kena belacan (sangat gelisah (resah), tidak senang diam).
-Seperti kera sumbang (orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai).

13. Keldai: simbol kebodohan.
-Keldai hendak dijadikan kuda (orang yang bodoh hendak dianggap (dijadikan) orang pandai).

14. Ayam:
-Ayam tak patuk, itik tak sudu (dikatakan kepada seseorang yang hina atau tidak berharga)

15. Beruk:
-Berhakim kepada beruk (meminta hukum kepada orang yang tamak).

16. Badak:
-Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya (seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat diraja).

17. Belalang
-Belalang telah menjadi helang (orang yang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan pandai).

18. Biawak
-Mendukung biawak hidup (melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri),

19. Cacing
-Cacing naik ke muka (kelakuan yang melampau).

20. Cicak:
-Seperti cicak makan kapur (beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; bersenang hati (gembira)

21. Helang: simbol kebesaran, kegagahan,
-Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga (orang miskin mahu meniri kelakuan orang kaya).
-Seperti helang menyongsong angin (gagah dan berani apabila menentang musuh).
-Cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh jua (biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang yang rendah jua yang terpedaya (menanggung rugi)

22. Burung gagak:
-Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya (orang yang sudah bertabiat jahat tidak dapat diperbaiki lagi )

23. Enggang: simbol kebesaran,
-Pipit meminang anak enggang (orang yang miskin meminang anak orang kaya tentu tidak munasabah)

24. Serigala: simbol kejahatan, kecurangan.
-Serigala berbulu domba (orang yang kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang).
-Serigala dengan buah anggur (orang yang mencela sesuatu yang diingininya kerana ia tidak berupaya untuk mendapatkan benda itu).

25. Unta: simbol kebodohan, lurus, patuh.
-Bagai unta menyerahkan diri (orang yang sangat patuh menurut perintah; mengaku salah serta bertaubat daripada kesalahan itu; orang yang bodoh dan lurus itu selalu menjadi keuntungan dan kesukaan orang yang cerdik).

26. Buaya
-Buaya darat (penjahat; kaki perempuan).
-Adakah buaya menolak bangkai (orang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan).

27. Lintah
-Seperti lintah menghisap darah (membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal, menipu dengan cara yang lemah lembut).
28. Ular/Belut
-Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut (yang jahat itu tetap jahat).
-Sudah tampak kaki ular (telah diketahui tingkah laku seseorang yang buruk (yang dahulunya tidak diketahui).
-Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya. (Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya)

29. Tupai
-Seperti kelapa ditebuk tupai (anak dara yang telah rosak sebelum kawin).

30. Musang/Ayam
-Musang berbulu ayam (orang jahat berlagak sebagai orang baik).
-Musang terjun lantai terjungkat (tempat yang dimasuki pencuri ada meninggalkan kesannya).

31. Kucing
-Bagai kucing dibawakan lidi. (Berlari kerana ketakutan.)

32. Katak
-Seperti katak disimbah air. (Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan).
-Alim bagai katak di tepi air. (Mempunyai banya ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya)

33. Labah-labah
-Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut. (Orang jahat yang suka menipu orang)

33. Ikan
-Air keruh, ikan limbat keluar. (Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung.)
-Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah. (Tidak memilih-milih)

34. Tikus/Kucing
-Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. (Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya.)

35. Ubur-ubur
-Bagai ubur-ubur airnya hitam (Daripada tingkahlaku dan bahasanya, kita tahu orang itu jahat).