Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, March 29, 2013

14. Waktu kita di alam roh Berkata

 14. Waktu kita di alam roh Berkata
Allah pada nyawa,
Bukankan AKu Tuhanmu segala,
Betullah Tuhan itu katanya nyawa.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, March 28, 2013

ANUGERAH PENYUSUN BUKU CEMERLANG (APBC) FEBRUARI 2013

Tahniah kepada Puan Rosmaliza Binti Mohd Yusof kerana atas kesungguhan yang ditunjukkan telah berjaya diletakkan sebagai penerima Anugerah Penyusun Buku Cemerlang bagi Bulan Februari 2013.
Nama: PUAN ROSMALIZA BINTI MOHD YUSOF
Jawatan: PEMBANTU TADBIR (N17)
Rak (Bahagian): 20-23 (Pinjaman Dewasa)

Buku 6: Sistem Pencegahan Kebakaran oleh Yahaya Ramli

Buku: Sistem Pencegahan Kebakaran oleh Yahaya Ramli

No Perolehan: 04908
Call No.  363.377 YAH
ISBN: 978-983-52-0784-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Buku ini membincangkan aspek kebakaran dan puncanya, pemasangan dan operasi beberapa sistem lazim serta senggaraan sistem pencegahan kebakaran. Sistem pencegahan kebakaran yang dibincangkan ini adalah selaras dengan kehendak akta dan peraturan yang dipratikkan di Malaysia, di samping merujuk kepada garis panduan yang diguna pakai oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Buku ini mengandungi lapan bab yang memfokuskan tentang perlindungan dan pencegahan kebakaran, sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan, pemaparan maklumat tentang tiga kelengkapan pencegahan kebakaran, iaitu alat pemadam api mudah alih, pili bomba, dan kili hos.

Selain itu buku ini juga membincangkan mengenai sistem penaik basah dan penaik kering, sistem pemercik automatik, sistem semburan gas karbon dioksida dan sistem pengesanan dan penggera kebakaran, serta aspek pemeriksaan dan senggaraan semua sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan yang lazim digunakan di Malaysia.

Buku ini sesuai digunakan sebagai buku teks atau bahan untuk rujukan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi, politeknik, dan institut latihan kemahiran di Malaysia serta sebagai panduan segera oleh para jurutera dan arkitek yang terlibat dalam aspek reka bentuk, pemasangan dan senggaraan sistem pencegahan kebakaran bangunan.

Judul: Sistem Pencegahan Kebakaran
Pengarang: Yahaya Ramli
Penerbit: Penerbit UTM Press
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 35.00
Muka surat: 176
Rating : 4/5

Buku 5: Teknik Terkini Membina Laman Joomla! oleh Ollie

Kulit Buku: Teknik Terkini Membina Laman Joomla! oleh Ollie

No Perolehan: 05051
Call No.  006.78 OLL
ISBN: 978-967-371-744-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Karya Am

Ulasan:
Buku ini mengupas cara-cara membuat rekaan templat Joomla iaitu daripada memodefikasi templat yang sudah ada hingga cara professional seperti membuat reka bentuk layout, membuat pemotongan, memasukkan kod-kod, dan seterusnya mengumpul atau menyatukan fail-fail tersebut menjadi sebuah templat Joomla. Dengan adanya templat Joomla, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang pemprograman. Buku ini berguna bagi mereka yang memiliki persoalan untuk membuat laman sesawang yang berkesan dan juga professional sesuai dengan kreativiti masing-masing. Kandungan buku ini adalah hasil ‘pengembaraan’ penulis di dunia professional web developing sejak tahun 2004, bermula sebagai karyawan (web developer) hingga hari ini memiliki syarikat web consultant sendiri. Dengan adanya buku ini, pembaca boleh membina laman sesawang yang unik dan berkesan serta lebih professional.

Judul: Teknik Terkini Membina Laman Joomla!
Pengarang: Ollie
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 15.90
Muka surat: 134
Rating : 3/5

Tuesday, March 26, 2013

Perpustakaan UTC Kuantan Pahang

Perpustakaan Awam Pahang akan membuka sebuah perpustakaan di UTC Kuantan. Kini Perpustakaan UTC dalam persiapan akhir oleh kakitangan dan pegawai. Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang berfungsi sebagai pusat sehenti di Terminal Makmur, di sini, akan memulakan operasinya 1hb April 2013.

Orang ramai khususnya warga Kuantan boleh mendapatkan perkhidmatan UTC bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. UTC yang bernilai RM25 juta ini  akan memenuhi keperluan orang ramai untuk menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan agensi kerajaan dan perbankan dengan lebih mudah serta cepat.

Sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan akan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam setiap hari termasuk cuti hujung minggu.

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
14

PERKHIDMATAN DI PERPUSTAKAAN UTC 
TELAH DIPINDAHKAN KE JALAN KEMUNTING.
DISINI DISEDIAKAN PERKHIDMATAN 
YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH SELESA.

Friday, March 22, 2013

Buku 4: 57 Permainan Kreatif untuk Mencerdaskan Anak oleh Hartono Sangkanparn

Kulit Buku  57 Permainan Kreatif untuk Mencerdaskan Anak oleh Hartono Sangkanparn
No Perolehan: 12-05051
Call No. : 371-337 UMI
ISBN: 978-967-371-846-7
Bahasa: Melayu
Kategori: Pendidikan

Buku ini sangat sesuai bagi semua para Ibu bapa terutamanya bagi yang mempunyai anak-anak baru mececah usia 2 hingga 05 tahun. Ini adalah kerana, buku ini memberikan 57 contoh-contoh permainan yang boleh di aplikasikan oleh para ibu bapa mahupun pengasuh atau pengusaha taska untuk mencerdaskan minda anak-anak.

Buku 57 Permainan Kreatif untuk Mencerdaskan Anak ini terbahagi kepada 05 bahagian dimana setiap bahagian telah dibahagikan mengikut kategori tujuan permainan tersebut diadakan. Bahagian pertama membincangkan tentang permainan Meningkatkan Kemampuan Visual Anak.

Bahagian Dua pula membincangkan tentang permainan Meningkatkan Kemampuan Bahasa Anak. Bahagian Ketiga pula berkisar kepad permainan untuk meningkatkan kemampuan mengira. Permain Untuk meningkatkan kemampuan kinestatik pula di bincangkan dalam bahagian empat.

Manakala bahagian akhir pula membincangkan tentang permainan untuk meningkatkan kemampuan interpersonal.
Gaya persembahan dan penerangan yang menarik menjadi antara daya penarik kepada buku ini. Buku ini juga memberikan penerangan terperinci setiap permainan yang boleh dilakukan termasuk bahan-bahan permaina dan cara permainan.

Oleh yang demikian, buku ini wajar dimiliki oleh semua ibu bapa untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi dalam usaha meningkatkan tahap kecerdasan anak-anak.

Judul: 57 Permainan Kreatif untuk Mencerdaskan Anak
Pengarang: Hartono Sangkanparn
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit:
Harga: RM 19.90
Muka surat: 168 m/s
Rating : 4/5

17. Jalan hakikat bukan kepalang

17. Jalan hakikat bukan kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Zahir dan batin semuanya lapang,
Kerana Sir yang empunya pandang.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

13. Wahai sekalian saudara-saudaraku

13. Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Mengenal waktu biarlah tentu,
Jikalau tak kenal waktu itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, March 21, 2013

Buku 4: Diabetic Cookbook; healthy meals, snacks and salads for diabetics oleh Jacqueline Bellefontaine

kulit buku  Diabetic Cookbook; healthy meals, snacks and salads for diabetics oleh Jacqueline Bellefontaine

Sekiranya anda salah seorang pesakit diabetis / kencing manis atau mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit kencing manis,  buku Diabetic Cookbook ini amat sesuai untuk anda dalam urusan menyediakan makanan harian. 
       
Menurut pengarang buku ini; Jacqueline Bellefontaine, kehidupan sebagai pesakit diabetis / kencing manis tidak bermakna anda sentiasa perlu meninggalkan kelaziman kehidupan dalam pemakanan.  Buku Diabetic Cookbook ada jawapannya.  Ia boleh dijadikan panduan dalam menyediakan makanan sama ada untuk pesakit atau diri sendiri agar kehidupan menjadi lebih sihat walaupun dihinggapi penyakit berbahaya tersebut.
       
Pelbagai resepi sihat yang rendah kandungan gula dan lemak serta nasihat-nasihat berguna turut dimuatkan dalam buku ini.  Antaranya termasuk resepi untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, pencuci mulut dan kuih, kudapan serta minuman.
       
Cara serta kaedah penyediaan makanan dan minuman bagi setiap resepi dalam buku ini ditunjukkan satu persatu berserta gambar berwarna.  Ia amat menarik sekali dan mudah difahami. 
       
No.Perolehan : 12-03271
Call No : 641.5631 BEL
ISBN: 9780906239039
Bahasa: Inggeris
Kategori: Teknologi



Judul : Diabetic Cookbook; healthy meals, snacks and salads for diabetics
Pengarang: Jacqueline Bellefontaine
Penerbit: King Books
TahunTerbit: 2012
Harga: RM65.00
Muka Surat: 160
Rating: 5/5


Disediakan oleh:
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka

Wednesday, March 20, 2013

Buku 3: 101 Rekreasi Hati oleh Dr.Zahazan Mohamed

gambar kulit buku  101 Rekreasi Hati oleh Dr.Zahazan Mohamed

Buku 101 REKREASI HATI yang ditulis oleh Dr.Zahazan ini amat menarik sekali kerana ia dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor.  Dipetik daripada buku 300 Hadis bimbingan karya Dr.Zahazan Mohamed dan ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam serta disuntik dengan ilustrasi yang mencuit hati oleh Kartunis Nik (Nik Wafdi Nik Jaafar).

Buku hadis berilustrasi ini merupakan yang pertama diterbitkan seumpamanya.  Tidak hairanlah jika buku 101 REKREASI HATI ini mendapat Anugerah Buku Negara 2012 (Ilustrator Terbaik).
       
Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur serta boleh dijadikan panduan serta bimbingan kepada remaja.  Ia mendekatkan pembaca kepada hadis yang senang difahami dan dihayati.  
       
Setiap helai muka surat dalam buku ini mengandungi sepotong hadis berserta pengajaran yang diikuti dengan lakaran kartun berkaitan dengannya. Menarik bukan???

No.Perolehan: 12-03305
Call No: 297.124 ZAH
ISBN: 9789673880201
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama
Judul: 101 Rekreasi Hati
Pengarang: Dr.Zahazan Mohamed
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
TahunTerbit: 2011
Harga: RM17.00
Muka Surat: 212
Rating: 5/5


Disediakan oleh:
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka

Friday, March 15, 2013

12. Guru yang mursyid hendaklah dicari

12. Guru yang mursyid hendaklah dicari,
Itulah ulamak mewarisi Nabi,
Jika di situ ia mengajari,
Di situlah tuan menyerah diri.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, March 14, 2013

Buku 3: Honk! If You're Malaysian oleh Lydia Teh

Kulit Buku Honk! If You're Malaysian oleh Lydia Teh

Buku ini ditulis berdasarkan permehatian penulis terhadap kehidupan yang berlaku di dalam negara kita. Penulis telah memberikan pandanganya terhadap kehidupan masyarakat di Malaysia berdasarkan beberapa topik.

Boleh dikatakan semua penceritaan yang disampaikan dianggap sebagai sebuah cermin yang memantulkan watak sebenar masyarakat di Malaysia. 

Buku ini ditulis menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Buku ini sememangnya mempunyai kelas humornya yang tersendiri.

MPH Publishing

Wednesday, March 13, 2013

Buku 2: Fenomena alam atau azab Allah oleh Zainal Jain dan Siti Meriam Yusoff


Kulit Buku Fenomena alam atau azab Allah oleh Zainal Jain dan Siti Meriam Yusoff

Buku ini merupakan hasil perbincangan yang mengfokuskan kepada 3 topik utama iaitu Kejadian Alam dan Manusia ; Fitnah Berlaku Akibat Menolak Sunah Atau Peraturan  Allah S.W.T dan juga Fenomena Alam ataupun tanda-tanda hari kiamat.

Ketiga-tiga topik ini dikaitkan dan juga dirumuskan oleh penulis berdasarkan kepada keterangan daripada al-Quran dam Hadis Rasulullah S.A.W.  Penulis juga turut membawa topik tersebut dari pandangan kajian sains.

Buku ini sesuai sebagai bahan bacaan tambahan bagi subjek Agama Islam.

Utusan Publications & Distributors

Tuesday, March 12, 2013

Buku 1 : Koleksi Contoh Teks ucapan Beserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan oleh N.A Salleh


kulit buku Koleksi Contoh Teks ucapan Beserta Panduan Asas Penulisan Teks Ucapan oleh N.A Salleh

Ramai yang mengalami kegagalan untuk menyampaikan ucapan di hadapan khalayak ramai. Walaupun sesorang itu mempunya kemahiran pengucapan awam yang tinggi, akan tetapi tanpa persedian yang betul, sesorang itu hanya akan kelihatan sebagai seorang badut yang hanya membuat lawak tanpa arah tuju.

Oleh itu adalah penting bagi seseorang yang akan menyampaikan ucapan itu, perlukan sebuah teks ucapan yang bagus dan tepat dengan tema atau situasi sesuatu acara itu. Kemudian ditambah dengan kemahiran pengucapan awam yang baik, nescaya ucapan tersbut akan meninggalkan kesan kepada memori pendegarnya.

Di dalam buku ini, ada berpuluh koleksi teks ucapan yang dikumpulkan yang boleh disesuaikan dengan keadaan tertentu. Sesorang individu boleh menggunakan format atau yang disediakan dan digantikan dengan isi-isi yang hendak disampaikan.

Bahkan penulis turut memberikan panduan bagaimana hendak membuat suatu teks ucapan yang baik. Ia boleh dikatakan suatu panduan yang lengkap terutama sekali bagi mereka yang sentiasa menyampaikan ucapan-ucapan dikhalayak ramai.

Perintis Books Sdn Bhd

Friday, March 8, 2013

Buku 2: Blog (Bawa Pemikiran Anda Ketengah) oleh Khairul Aizam Mohamad


Kulit Buku: Blog (Bawa Pemikiran Anda Ketengah) oleh Khairul Aizam Mohamad

Bagi pembaca yang ingin menulis blog sendiri tetapi tidak mempunyai pengalaman bagaimana untuk memulakannya buku ini amat sesuai untuk dibaca. Buku ini menghuraikan apa itu blog, karisma blogawan, ciri-ciri blog, sebar dan promosi serta segala pengetahuan dan teknik berkaitan blog.

Buku ini menerangkan bagaimana untuk mewujudkan corak persembahan bagi sesebuah blog dengan lebih efisyen dan menarik, ia mengetengahkan beberapa idea dan corak pemikiran dari penulis dalam menulis blog secara efektif dan menafaat. Kewujudan blog boleh dijadikan sebagai medan percambahan fikiran dan perkongsian maklumat.

Sesuai dengan judul buku ‘blog (bawa pemikiran anda ketengah)’ amat sesuai kepada pembaca dan pengunjung blog yang mempunyai buah fikiran dan idea yang kreatif serta inovatif untuk dibawa ketengah selaras dengan transformasi pemikiran anda.

Seterusnya menjadi blogawan yang beretika dan bertanggungjawab.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran
7/3/2013

Buku 1: Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim

Kulit Buku 1: Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman oleh Muhd Kamil Ibrahim

Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (THMSI) adalah sebuah buku motivasi dakwah yang cukup berkesan kepada setiap insan muslimin yang membaca.

Penulisnya Profesor Muhd Kamil Ibrahim menampilkan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan bersahaja begitu mudah untuk difahami dengan jelas. Penceritaan dan gambaran yang tulus ikhlas dari sudut sanubarinya dijelaskan satu persatu bermula setelah beliau mendapat taufiq dan hidayah.

Seterusnya beliau menceritakan rentetan seperti berikut: Bertolak dari rumah - Kelana Jaya - Berpakaian Ihram - KLIA - Niat Umrah - Jeddah - Mekkah - Tawaf di Arafah - Bermalam di Muzdalifah - Mina - Melontar 1 - Tahalul - Melontar 2, 3, 4 - Makkah - Tawaf Haji - Sai - Tahalul - Beramal Ibadat - Madinah - Beramal Ibadat di Masjid Nabi - KLIA dan balik ke rumah. Untuk mengetahui kisah dengan lebih lanjut anda patut membacanya.

Buku 4: Aku Sebuah Pasu Bunga oleh Hanna Najibah (Jawi)

Gambar Kulit Buku: Aku Sebuah Pasu Bunga oleh Hanna Najibah (Jawi)

Buku ini mengisahkan tentang siri autobiografi, “SIRI RIWAYATKU” iaitu kisah sesuatu benda yang dibeli atau diperolehi lalu digunakan sehingga buruk dan rosak.

Buku ini juga menggambarkan tentang perasaan benda tersebut sepanjang hayatnya. Buku ini ditulis dalam tulisan jawi yang mudah dibaca.

Judul: Aku Sebuah Pasu Bunga
Pengarang: Hanna Najibah
Penerbit: Nukilan Unggul
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM6.90
Muka surat: 16
Rating: 5

No Perolehan: 12-03605
Call No.: FJ HAN
ISBN: 9789670287591
Bahasa: Melayu
Kategori: Karya Am

Ulasan oleh PAD Cameron.

Buku 3: Cinta Ini Milik Kita oleh Maisara Sofea

Gambar Kulit Buku: Cinta Ini Milik Kita oleh Maisara Sofea

Cinta pertama cinta yang paling sukar untuk dilupakan. Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati. Cinta anak-anak sekolah menjadi cinta pertamanya membuatkan hatinya begitu setia menanti kehadiran lelaki yang bernama Mohd Ean Nazeerul tanpa menyedari lelaki itu sudah memiliki insan bernama Zamilla.

Kehadiran Ahmad Hazeeq mengisi ruang kosong Nur Maisara namun sepi hatinya tetap tak terubat.

Apakah yang terjadi bila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah. Apakah kasih Nur Maisara masih seperti dulu.

Tegarkah Ahmad Hazeeq melepaskan insan yang bertamu di hatinya untuk lelaki lain?

Judul: Cinta Ini Milik Kita
Pengarang: Maisara Sofea
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM19.90
Muka surat: 524
Rating: 5

No Perolehan: 12-03857
Call No.: F MAI
ISBN: 9789670184265
Bahasa: Melayu
Kategori: Karya Am

Ulasan oleh:
PAD Cameron

11. Cari guru mengenal diri

11. Cari guru mengenal diri,
Yang diamanat olehlah Nabi,
Jangan takut penat dan rugi,
Asalkan dapat ilmu sejati.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, March 7, 2013

Yb Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad Bersama Anak-Anak Yatim Di Perpustakaan Awam Daerah Pekan

YB. Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad, SIMP., DSAP., DIMP., AMP., PKC., PPN. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri telah memghadiri program bersama anak-anak yatim di Perpustakaan Awam daerah Pekan. Seramai 150 anak-anak yatim di daerah Pekan telah dikumpulkan di Perpustakaan Awam daerah Pekan pada 5hb. Mac 2013.

Berita yang ditulis oleh Wartawan Sinar Harian Pekan.

Turut diadakan adalah kempen keahlian perpustakaan.

YB. Dato' Haji Ishak Bin Haji Muhamad juga Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Yatim Pahang (Pekaya) telah menaja pembayaran keahlian perpustakaan untuk 150 orang  anak yatim. Turut hadir adalah setiausaha Pekaya Puan Siti Salmah Ibrahim.
 
keratan akhbar Sinar Harian Pekan 7.3.2013

Peserta pada hari ini dihidangkan dengan resensi buku oleh pelajat sekolah. buku yang dipilih adalah Kolestrol, Kecemerlangan Pendidikan dan Angan-angan Mat Soad. Seterusnya semua peserta termasuk ibubapa, penjaga, guru-guru, ketua kampung dan penghulu.telah dihidangkan dengan KFC,

Wednesday, March 6, 2013

Buku 4: Favourite Recipes for your Baby & Toddler oleh Annabel Karmel

Buku ini merupakan sebuah buku yang lengkap mengenai pemakanan bayi dan kanak-kanak dari 0-3 tahun. Buku ini mengandungi 80 resipi untuk puri, bubur dan sebagainya. Buku karya penulis terkenal iaitu Annabel Karmel ini mengandungi menu dan resipi mengikut peringkat umur bayi. Terdapat juga tip-tip dan panduan kesihatan bagi bayi dan kanak-kanak yang alah pada sesuatu makanan dan ibu-bapa juga boleh mempelajari resipi yang mengandungi pelbagai khasiat dan nutrisi. Buku ini juga mengandungi jadual pemakanan untuk seminggu yang memudahkan ibu bapa dalam merancang pemakanan anak mereka. Buku ini menarik untuk dibaca dalam memastikan pemakanan anak-anak mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan mereka. 

Judul: Favourite Recipes for your Baby & Toddler
Pengarang: Annabel Karmel
Penerbit: Dorling Kindersley Limited
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 97.50
Muka surat: 192
Rating : 4/5

No Perolehan: 12-04493
Call No. 641.56222 KAR
ISBN: 978-1-4053-6657-1
Bahasa: Inggeris
Kategori: Sains Teknologi

ulasan buku ini oleh:
KPD Lipis

Tuesday, March 5, 2013

Kedai Buku 1 Malaysia Kuantan

poster Kedai buku 1Malaysia Kuantan yang akan dibuka pada 16 Mac 2013.

Adalah diharapkan seluruh rakyat Pahang di Kuantan akan menyambut baik inisiatif kerajaan menyediakan Kedai Buku 1 Malaysia di bandar Kuantan. Melalui kedai kerajaan berharap rakyat yang berpendapatan rendah boleh mendapatkan bahan bacaan pada harga yang berpatutan.

Dengan adanya Kedai Buku 1 Malaysia akan lebih memudahkan penduduk Kuantan mendapatkan buku yang terbaik. Sesungguhnya masyarakat Kuantan berhak mendapat peluang membeli bahan bacaan berkualiti dengan harga mampu beli. Semoga usahan yang sedang di usahakan oleh pihak kerajaan dapat dimanafaatkan oleh rakyat.

Kerajaan telah menambah satu lagi produk 1Malaysia untuk penduduk Kuantan. Kedai buku 1 malaysia kuantan akan dibuka pada 16 Mac 2013.

Alamat:
No. 40 & 42, Tingkat Bawah,
Jalan Putra Squre 6,
Putra Squre, 25000 KUANTAN
Pahang Darul Makmur

Buku 3: Kembara Sastera Nisah haron :United Kingdom dan Dublin oleh Nisah Haji Haron

Buku KEMBARA SASTERA NISAH HARON :UNITED KINDOM & DUBLIN   adalah sebuah buku yang ditulis oleh seorang penulis kreatif,perlukisan lokasi geografinya  melalui kata-kata amat berkesan , sehingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang diceritakannya. Sesungguhnya buku ini bukan sekadar mengisi kisah kembara, tetapi lebih daripada itu: tentang nilai persahabatan,nilai persaudaraan dan motivasi betapa perlunya pemikiran yang positif serta bersangka baik kepada Allah kerana dialah maha pemberi segala yang difikirkan hambanya…”Jauh perjalanan luas pandangan”

Judul: Kembara Sastera Nisah haron :United Kingdom dan Dublin
Pengarang: Nisah Haji Haron
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM30.00
Muka Surat: 209 ms
Rating: 4/5

No.Perolehan : DBEN 03982
Call No : 928.9923 NIS
ISBN: 9789830688794
Bahasa: Melayu
Kategori: Sejarah

Disediakan oleh

Mohd Aseri b. Abdul Malek
KPD Bentong




Monday, March 4, 2013

Buku 3: Sejarah Islam: Sejak zaman Nabi Adam hingga abad XX oleh Ahmad Al-Usairy

Buku sejarah Islam ini menerangkan mengenai sejarah masa dahulu sejak zaman nabi Adam a.s. diturunkan oleh Allah S.W.T ke dunia disertai dengan perjalanan hidup para nabi yang mulia. Buku ini juga menerangkan tentang era sejarah Islam secara berturutan sehingga kini. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Sejarah Klasik, Sejarah Rasulullah, Sejarah Khulafaur-Rasyidin, Pemerintahan Bani Umayyah, Pemerintahan Bani Abbasiyah, Pemerintahan Mamluk, Pemerintahan Utsmani, dan Dunia Islam Komtemporari. Buku ini sesuai dibaca bagi menambahkan lagi ilmu mengenai sejarah Islam.
 
Judul: Sejarah Islam: Sejak zaman Nabi Adam hingga abad XX
Pengarang: Ahmad Al-Usairy
Penerbit: Akhbar Media
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 59.00
Muka surat: 566
Rating : 4/5

No Perolehan: 12-04647
Call No.  297.09 USA
ISBN: 979-9533-27-9
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Buku 6: Himpunan Kisah HAIWAN TELADAN dari AL- QURAN terbitan E-Media Publication Sdn Bhd

sumber gambar: http://diaryofmuhammad.wordpress.com/2011/03/02/saya-mahu-tunjuk-ajar-pn-halimahton-dari-learnerade-com/

Buku ini menghimpunkan kisah haiwan-haiwan yang diceritakan di dalam al-Quran yang boleh dijadikan teladan oleh anak-anak. Dengan penggunaan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami, buku ini sesuai di jadikan sebagai bahan bacaan yang bermanfaat kepada pembaca. Penyusunan dan penggunaan teks Rumi dan Jawi membantu  anak-anak mahir membaca tulisan jawi. buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan umum.

Ulasan oleh:
Ketua Perpustakaan Cawangan Lanchang

Buku 2: Mencari Islam di China oleh Ann Wan Seng

Buku MENCARI ISLAM DI CHINA adalah sebuah buku yang bukan sekadar berusaha untuk menjejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada Negara itu  untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud Islam akan bangkit semula dari arah sebelah timur.

Judul: Mencari Islam di China
Pengarang: Ann Wan Seng
Penerbit: Must Read  Sdn Bhd
TahunTerbit: 2010
Harga: RM23.00
Muka Surat: 224ms
Rating: 4/5

No.Perolehan: DBEN 04260
Call No: 297.0951 ann
ISBN: 9789675426308
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Disediakan oleh

Mohd Aseri b. Abdul Malek
KPD Bentong

Saturday, March 2, 2013

Buku 5: Raja & Rakyat berpisah tiada : KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah oleh Dato' Halim Ibrahim

sumber gambar: http://pancapersada.blogspot.com/2010/11/majlis-pelancaran-buku-raja-rakyat.html

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan sebuah buku hasil cetusan idea dan titah daripada
kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah Karya ini antara lain mengajak rakyat untuk mengenali sejarah susur galur Kesultanan Pahang yang merupakan kesinambungan kepada Kesultanan Melayu

Bagaimanapun arus kemodenan menyaksikan keutuhan institusi beraja yang menjadi paksi kekuatan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman tersentak seketika  tatkala masyarakat di peringkat nasional sejak kebelakangan ini mula pempersoalkan kedaulatan dan kredibiliti raja-raja Melayu sekarang.

Justeru ,Buku ini  merungkai secara terperinci bagaimana raja-raja keseluruhannya termasuk peranan  Sultan Ahmad Shah yang berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini. karya ini juga secara tidak langsung akan mendedahkan formula disebalik kemajuan yang dicapai oleh negeri Pahang Darul Makmur dan juga merungkai persepsi rakyat terhadap Raja Pemerintah dan persepsi daripada kacamata Raja Penerintah terhadap rakyatnya. sesungguhnya Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan satu rujukan penting kepada masyarakat ,tanpa mengira asal dan keturunan.

Ingatlah bahawa sejarah bangsa bernegara  berlandaskanadat rakyat bersultan dan negeri beraja.

Ulasan oleh:
Ketua Perpustakaan Cawangan Lanchang

Friday, March 1, 2013

10. Tatkala Adam dengan Hawa

10. Tatkala Adam dengan Hawa,
Dendam berahi antara keduanya,
Napi dan Isbat itulah Dia,
Kepada kita menjadi rahsia.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com