Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Bera 2017. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Bera 2017. Show all posts

Wednesday, December 13, 2017

BUKU Pelaburan Hartanan PENGARANG Saufi Karim PENERBIT JOOTAWAN BOOK 2013

BUKU Pelaburan Hartanan PENGARANG Saufi Karim PENERBIT JOOTAWAN BOOK 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 07024
CALL NO. : 332.6324
ISBN :978-967-11866-0-2
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : EKONOMI
ULASAN:

Buku ini membicarakan panduan-panduan dan persediaan awal dalam mendapatkan hartanah kepada seseorang yang inginkan maklumat tentang potensi,tip dan teknik pelaburan hartanah.Pembaca juga akan didedahkan dengan cara-cara berurusan dengan betul untuk mendapatkan pembiayaan kewangan daripada pihak bank berdasarkan pengalaman oleh penulis.Terdapat topik-topik penting dan menjadi tumpuan adalah seperti berikut:

1) Tip membeli rumah bagi mereka yang gajinya cukup-cukup makan
            2)   Rahsia mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman daripada           
                  pihak bank
            3)   Membina aset daripada liabiliti
4) Mengukur tahap kewangan sebelum membeli hartanah

JUDUL : PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL
PENGARANG : SAUFI KARIM
PENERBIT : JOOTAWAN BOOK SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM35.92
MUKA SURAT :179
RATING :4/5

Wednesday, November 15, 2017

BUKU Travelog Seorang Da’i Judul Travelog Seorang Dai PENGARANG Abdul Rahman Mohamed PENERBIT Telaga Biru Sdn Bhd 2009

BUKU Travelog Seorang Da’i Judul Travelog Seorang Dai PENGARANG Abdul Rahman Mohamed PENERBIT Telaga Biru Sdn Bhd 2009

NO. PEROLEHAN :09-000937
CALL NO. :922.97
ISBN :978967-5102-31-8
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :BIOGRAFI
ULASAN:

Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Abdul Rahman Mohamed yang merupakan anak yatim dan telah membesar di singapura serta dikelilingi oleh majoriti masyarakat cina singapura. Abdul Rahman Mohamed merupakan seorang anak yatim daripada keluarga ibu tunggal yang kesempitan hidup,yang tidak mempunyai asas agama sejak kecil, tetapi kemudiannya bertukar menjadi seorang anak muda yang dahagakan ilmu agama, hanya berbekalkan iltizam diri,bukan atas dorongan keluarga dan kewangan yang mewah.mempunyai seorang ibu yang terpaksa berkerja keras untuk menyara keluarga setelah kematian suami.serta memberbesarkan 6 orang anak yang masih kecil.beliau telah menceritakan perjalanan hidup Abdul Rahman Mohamed dari zaman kanak-kanak, zaman remaja dan juga pelbagai rintangan hidup yang telah beliau lalui di zaman dewasa.

Buku ini juga menceritakan pengalaman Abdul Rahman Mohamed sejak belajar di sekolah rendah lagi beliau terpaksa berjaja kuih,bekerja sebelum dewasa dengan penuh cabaran.berbekalkan kegigihan,keberanian dan ketaatan terhadap ibunya,beliau memasuki dunia dewasa untuk mengubah nasibnya dan keluarga dengan menyambung pelajaran ke indonesia.kemudian,setelah berkeluarga,bekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga,beliau berdakwah di merata tempat dalam pelbagai bentuk seperti bersyarah,memberi nasihat,menulis dan lain-lain lagi.

Inilah kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah Abdul Rahman Mohamed, guna mencari kekuatan sebagai bekal dalam perjuangkan kebenaran walaupun pahit untuk menempuhinya.

BUKU : TRAVELOG SEORANG DA’I
JUDUL : TRAVELOG SEORANG DA’I
PENGARANG : ABDUL RAHMAN MOHAMED
PENERBIT :TELAGA BIRU SDN BHD
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM20.00
MUKA SURAT :277
RATING :5/5

BUKU Panduan Memilih Ikan Segar PENGARANG Hamdan Jaafar PENERBIT Dewan Bahasa Dan Pustaka 2012

BUKU Panduan Memilih Ikan Segar PENGARANG Hamdan Jaafar PENERBIT Dewan Bahasa Dan Pustaka 2012

NO. PEROLEHAN: DBER 05434
CALL NO. : R 597.0959 HAM
ISBN: 978-983-46-0551-3
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: SAINS HAIWAN

ULASAN:
Sekiranya kita pengemar ikan yang  bukan dari keluarga nelayan dan  tinggal di kawasan bandar, kita tiada pengetahuan kepada ikan yang segar. Buku panduan memilih ikan  ini dapat membantu pengguna dan pengemar ikan dalam memilih ikan yang segar

Selalunya pengguna memilih ikan berdasarkan deria rasa pembeli seperti sifat fizikal ikan sahaja.

Buku ini menceritakan secara terperinci bahagian ikan yang segar seperti permukaan badan, mata, insang dan keratin otot dalam menilai tahap kesegaran ikan.

Gambar dan keterangan bagi species ikan juga diterangkan secara terperinci dalam mengenali kepelbagaian ikan yang menjadi kegemaran rakyat malaysia.

BUKU: PANDUAN MEMILIH IKAN SEGAR
PENGARANG: HAMDAN JAAFAR
PENERBIT: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TAHUN TERBIT: 2012
HARGA: RM 44.00
MUKA SURAT: 186
RATING: 5/5

Ulasan oleh:
KPD Bera

Tuesday, September 26, 2017

Buku KISAH ORANG KAUNTER Penulis RAFI HARUMIN Penerbit GALERI ILMU 2013

Buku KISAH ORANG KAUNTER Penulis RAFI HARUMIN Penerbit GALERI ILMU 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 13-05506
CALL NO. : 158.1
ISBN :978-983-097-414-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : MOTIVASI

ULASAN:
Kisah Orang Kaunter adalah perkongsian sebuah perasaan dan perhubungan dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi. Di sebalik semua itu, paling penting untuk kita tahu bahawa permulaan kita menjaga hubungan dengan Allah adalah dengan memelihara cara kita berhubungan sesama manusia.

Buku ini tidak lain sekadar bercerita mengenai pengalaman ringkas kehidupan seseorang yang bertugas di kaunter.Bermacam-macam pengalaman yang dilalui penulis, ada masa rasa geram, marah dan lucu bila berhadapan dengan masyarakat yang berbagai ragam.

JUDUL : KISAH ORANG KAUNTER
PENGARANG : RAFI HARUMIN
PENERBIT : GALERI ILMU SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM12.80
MUKA SURAT :210
RATING :4/5

Tuesday, September 19, 2017

BUKU: UNTUK KITA PENDOSA PENGARANG HILAL ASYRAF PENERBIT PTS MILLENNIA 2013

BUKU: UNTUK KITA PENDOSA PENGARANG HILAL ASYRAF PENERBIT PTS MILLENNIA 2013

JUDUL: UNTUK KITA PENDOSA
PENGARANG: HILAL ASYRAF
PENERBIT: PTS MILLENNIA SDN. BHD
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM14.40
JUMLAH MUKA SURAT: 230

NO. PEROLEHAN: 13-003570
ISBN: 978-967-411-076-5
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: AGAMA

ULASAN: Buku yang berjudul Untuk Kita Pendosa ini membuka cerita mengenai kisah kita sebagai seorang umat islam yang tidak terlepas dari melakukan dosa atau terpalit dari najis dosa. Namun begitu, kita masih sentiasa mempunyai harapan untuk berubah ke arah kebaikkan dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
    Menurut buku motivasi oleh seorang hamba Allah yang bernama Hilal Asyarf, dalam penulisannya bahawa jangan sesekali kita berasa tidak mempunyai harapan. Jangan sesekali kita berasa bahawa kita diciptakan menjadi manusia yang derhaka kepada Allah s.w.t kerana kita semua mampu menjadi yang lebih baik dan tidak mustahil hati manusia tidak akan berubah.
    Pelbagai impak kepada diri kita dan juga setiap hari-hari kehidupan kita sekiranya kita masih hanyut bergelumang dengan najis dosa. Namun, kita mampu untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat keji dan perbuatan dosa ini. Perubahan boleh berlaku dalam setiap diri masing-masing tidak kira siapa pun anda setelah Allah menggerakkan hati mereka untuk berubah ke arah kebaikkan, tidak akan ada sesiapa yang menjadi penghalang.
    Niat dan keazaman yang betul mampu menjadikan seseorang itu istiqamah menjadi seorang hamba yang sejati. Di sini permulaannya, membersihkan diri kita bergerak menjadi hamba yang sejati. Bumi kini semakin hari semakin tua dan goyah. Kiamat juga pasti akan muncul tiba. Marilah bersama kita berubah ke arahNya dan sentiasa terus istiqamah untuk menjadi mukmin sejati. AMIN..

Sunday, September 10, 2017

BUKU: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI? PENGARANG: HAMRUDIN HAMIDI PENERBIT: MUSTREAD 2011

BUKU: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI? PENGARANG: HAMRUDIN HAMIDI PENERBIT: MUSTREAD 2011

JUDUL: SIAPA KITA 10 TAHUN LAGI?
PENGARANG: HAMRUDIN HAMIDI
PENERBIT: MUSTREAD SDN. BHD
TAHUN TERBIT: 2011
HARGA: RM15.92
JUMLAH MUKA SURAT: 201

NO. PEROLEHAN: 13-003418
ISBN: 978-967-5426-69-8
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: FALSAFAH DAN PSIKOLOGI

ULASAN : Dalam zaman era globalisasi ini, adakah kita pernah terlintas difikiran untuk berfikir sejenak, siapakah kita 10 tahun lagi? Pilihan semestinya ada ditangan kita, sama ada kita mahu ada peningkatan didalam hidup atau sepuluh tahun lagi kita terus-terusan berada dalam kedudukan kita sekarang.
    Seperti yang kita tahu, kita sentiasa diberikan dayung ditangan untuk kita mendayung kemana-mana yang kita suka sama ada dayung ke hulu atau berdayaung ke tengah lautan. Kita boleh menjadi sesiapa sahaja asalkan pilihan kita itu mampu untuk member manfaat kepada orang lain. Bagi seseorang yang telah banyak menggapai kejayaan dalam hidupnya, pastinya mereka tidak akan memandang kehidupan mereka setakat hari esok atau lusa sahaja, malah mereka akan memandang siapa diri mereka pada 10 tahun yang akan datang.
    Untuk menggapai sesuatu kejayaan, kita pastinya perlu mengharungi pelbagai jalan yang berliku. Malahan, untuk memperoleh kejayaan ini kita sudah tentu menghadapi pelbagai ujian yang membuat diri kita adakalanya berada diatas dan adakalanya berada jatuh dibawah. Justeru, dengan ujian sebeginilah mampu menaikkan kembali semangat dan keyakinan diri untuk membuat satu peningkatan yang lebih lagi untuk memastikan kejayaan itu berada dalam genggaman. Disamping itu juga, perlu menanamkan sifat-sifat dan nilai murni yang baik dalam diri. Kejayaan itu tidak mustahil boleh dicapai oleh sesiapa sahaja, perlulah ada keyakinan diri dan semangat iltizam yang baik bagi meneliti setiap langkah dan merancang strategi yang baik untuk mencapai sesuatu kejayaan yang luar biasa. Setiap rezeki kejayaan itu adalah dari Allah s.w.t, namun usaha yang gigih amatlah diperlukan.

Wednesday, August 16, 2017

BUKU ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGARANG ZALEHA MUHAMAT PENERBIT UTUSAN PUBLICATIONS 2002

BUKU ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PENGARANG ZALEHA MUHAMAT PENERBIT UTUSAN PUBLICATIONS 2002

NO. PEROLEHAN :DBER 03-11411
CALL NO. : PK 297.577 ZAL
ISBN :967-61-1264-X
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA ISLAM

ULASAN:

Keunikkan buku bertajuk ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM ini adalah gaya penulisannya tentang isu poligami sangat padat,ringkas dan mengikut dalil syarak yang tepat mengikut kesesuaian isu. Fakta yang diutarakan juga berdasarkan kajian dan penyelidikan yang teliti dari kisah sebenar kawasan kajian.
Buku ini ada menceritakan sabda Rasulullah SAW : wahai pemuda-pemuda sekalian,sesiapa dikalangan kamu yang berkemampuan dari segi Al-Baah maka kahwinlah.Mereka yang tidak mampu berpuasalah. Sesungguhnya puasa dapat mengurangkan syahwat yang mendesak supaya berkahwin (Ibn Hajar Al-Asqalani 19;128) Al-Baah bermaksud nafkah zahir. Dalam islam sangat menekankan keadilan dalam nafkah zahir bagi yang ingin berpoligami supaya isteri-isteri tidak teraniaya.Bagi yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir maka hilanglah kelayakkan untuk berpoligami.
           Penulis juga mengatakan islam tidak memaksa isteri sedia ada menerima madu seperti sabda Rasulullah SAW, Bani Hisyam Bin Al-Mughirah pernah meminta izin daripadaku untuk membenarkan Ali(suami anak perempuan Baginda,Saiyidah Fatimah Zahrah) berkahwin dengan anak perempuan mereka.Maka aku tidak izin,tidak izin,tidak izin. Aku tahu tidak lain kehendak mereka itu melainkan supaya Ali menceraikan anakku dan mengawini anak mereka, Sesungguhnya  Fatimah adalah sebahagian daripada daging aku. Apa sahaja yang membuatkan dirinya disakiti,itu juga menyakiti diriku (Ibn Hajar Al-Asqalani 19;391 dan 392). Kisah yang diutarakan dalam buku ini sangat jelas dan bermanfaat untuk bacaan remaja dan dewasa bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

JUDUL : ANALISIS POLIGAMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENGARANG : ZALEHA MUHAMAT
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2002
HARGA :RM
MUKA SURAT :132
RATING :4/5

Monday, July 24, 2017

Novel CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA PENGARANG ANIA MALNA PENERBIT PENERBITAN KARYASENI 2013

Novel CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA PENGARANG ANIA MALNA PENERBIT PENERBITAN KARYASENI 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07712
CALL NO. : F ANI
ISBN :978-967-0246-62-8
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : FIKSYEN MELAYU
ULASAN:
   
Kisah Cintaku Tertinggal Di Korea memaparkan percintaan yang merentas 2 negara, iaitu Malaysia dan Korea yang berbeda dari segi pertuturan, agama dan budaya. Percintaan antara Aimin Hazwani dan Son Min Hyuk penuh dengan pelbagai halangan baik dari segi agama, keluarga dan juga orang ketiga.
   
Buku ini tidak lain sekadar bercerita mengenai pengalaman dua insan yang saling mencintai terpaksa berkorban dalam perjuangkan cinta mereka walaupun ada masa mereka terpaksa  akur dengan kehendak keadaan agar melupakan kepentingan perasaan mereka dan rela menanggung segala derita.

Namun jodoh itu takdir Allah yang meredhai setiap hambanya yang ikhlas menyayangi berlandakan agama bukan berlandaskan nafsu semata. Keikhlasan hati Adam Yusuf menyayangi Aimin Hazwani berlandaskan agama membuat Ayah Aimin meminta Aimin Hazwani menerima lamaran Adam Yusuf.

Aimin Hazwani perlu melupakan Son Min Hyuk dan menerima Adam Yusuf buat selamanya.Setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah, segala kesukaran adalah madu sebuah kebahagiaan.

NAMA FAIL COVER BUKU : CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA
JUDUL : CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA
PENGARANG : ANIA MALNA
PENERBIT : PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM20.80
MUKA SURAT :702
RATING :4/5

Sunday, April 16, 2017

Buku HULAGU KHAN penulis ABDUL LATIP TALIB penerbit PTS LITERA UTAMA 2009

Buku HULAGU KHAN penulis ABDUL LATIP TALIB penerbit PTS LITERA UTAMA 2009

NO. PEROLEHAN :DBER 09-00761
CALL NO. : F ABD
ISBN : 978-983-3892-41-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : NOVEL SEJARAH ISLAM
ULASAN:
    Orang Monggol berasal dari daerah pergunungan di Monggolia.Mereka mendiami kawasan pergunungan dari Asia Tengah sampai ke Siberia Utara. Kehidupan mereka di kawasan pergunungan yang sering berpindah randah menjadikan orang Monggol mempunyai watak yang kasar, suka berperang dan berani.
    Pada 1215M, Genghis Khan  menakluki Negara China selepas berjaya merobohkan tembok besarnya.Selepas itu Genghis Khan memberi tumpuan meluaskan penaklukan di Timur Tengah.Kemudian Genghis Khan meluaskan jajahan takluknya hingga ke Arzerbaijan.Setiap negeri, wilayah dan daerah yang dilaluinya mereka melakukan pembunuhan, rampasan harta benda dan perkosaan. Banguan dan tempat kediaman dibakar.

Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan.Pada tahun 1255 , Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad.

Selepas berjaya menumbangkan Khalifah Al-Musta’sim Billah dan menakluk kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik.Kemudian beliau cuba menakluk Mesir tetapi tentera Monggol dikalahkan oleh tentera Mamalik Mesir di bawah pimpinan Saifuddin Qutuz di Ain Jalut.

Saifuddin Qutuz memilih Ain Jalut bagi menghadapi tentera Monggol kerana kawasan itu lapang, dikelilingi bukit-bukit yang dipenuhi pokok-pokok. Ini memudahkan tentera Islam bersembunyi dan melakukan serangan.

NAMA FAIL COVER BUKU :  HULAGU KHAN
JUDUL : HULAGU KHAN:KHABAR HITAM DARI TIMUR
PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT : PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM24.00
MUKA SURAT :241
RATING :4/5

Wednesday, March 8, 2017

BUKU Khalifah-khalifah Yang Benar PENULIS Abdul Latip Talib PENERBIT PTS Litera Utama 2010

BUKU Khalifah-khalifah Yang Benar PENULIS Abdul Latip Talib PENERBIT PTS Litera Utama 2010

NO PEROLEHAN : DBER 01935
CALL NO: 297.64 ABD
ISBN : 978-967-5793-00-5
BAHASA : BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA  ISLAM

ULASAN:
Buku ini mengisahkan tentang Khulafa Ar-Rasyidin.Mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga.
   
Abu Bakar As-Siddiq, lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi.Diangkat menjadi khalifah selepas wafatnya Rasulullah SAW. Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa sebagai penghapus nabi-nabi palsu.
   
Umar Al-Khattab, lelaki yang awalnya  keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pelindung agama Islam.Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.
   
Uthman Bin Affan, lelaki yang mengahwini dua puteri Rasulullah SAW. Dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul Al-Quran.
   
Ali Bin Abi Talib, lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan Nabi SAW.Menjadi kanak-kanak pertaman memeluk Islam. Dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh-musuh Islam.   
   
Mereka mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar. Mereka adalah khalifah-khalifah yang benar.

JUDUL: KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR
PENGARANG: ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2010
HARGA: RM55.00
MUKA SURAT: 770
RATING: 4/5

Wednesday, February 8, 2017

BUKU: Hang Nading Laksamana Jihad PENULIS Abdul Latip Talib

BUKU: Hang Nading Laksamana Jihad PENULIS Abdul Latip Talib

NO PEROLEHAN: DBER 13-05405
CALL NO: F ABD
ISBN: 978-967-408-117-1
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: NOVEL SEJARAH
ULASAN:

    Menurut Sejarah Melayu, Laksamana Hang Nadim adalah anak Hang Jebat dengan isterinya Dang Wangi ataupun Dang Inangsih. Semasa Hang Jebat terbunuh di tangan Hang Tuah, Hang Nadim masih dalam kandungan ibunya. Selepas lahir, beliau dijadikan anak angkat oleh Hang Tuah, kemudian dikahwinkan dengan Tun Mas Jiwa iaitu anak perempuan Hang Tuah.
    Selepas Laksamana Hang Tuah hilang tanpa jejak, Khosa Hassan dilantik menjadi laksamana. Selepas Laksamana Khoja Hassan dipecat kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir, jawatan laksamana diberikan kepada Hang Nadim.
    Laksamana Hang Nadim dikurniakan umur yang panjang. Selepas  Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1528, beliau berkhidmat dengan putera sultan baginda iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah II hingga tahun 1564.
    Laksamana Hang Nadim terus berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Shah II (1564-1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 – 1571) dan Sultan Ali Jalla (1571 – 1597).
    Laksamana Hang Nadim menjadikan Johor sebagai pusat gerakannya menyerang Portugis di Melaka.Walaupun Laksamana Hang Nadim gagal menghalau Portugis dari Melaka, namun benih perjuangan yang disemainya itu terus tumbuh dalam kalangan orang Melayu. Bertitik  tolak dari perjuangan Laksamana Hang Nadim itu, pahlawan-pahlawan Melayu terus bangkit berjuang menentang penjajah.

Tuesday, February 7, 2017

BUKU: Perjanjian Hudaibiyah PENGARANG: Abdul Latip Talib

BUKU: Perjanjian Hudaibiyah PENGARANG: Abdul Latip Talib

NO. PEROLEHAN: DBER 13-05907
CALL NO: 297.18 ABD
ISBN: 978-967-408-045-7
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: NOVEL SEJARAH
ULASAN:

Pada akhir tahun ke-5 hijrah, Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW agar semua umat Islam wajib mengerjakan ibadah haji ke Tanah suci Makkah sekiranya mampu. Pada suatu malam tahun ke-6 hijrah, Nabi Muhammad SAW bermimpi beliau bersama para sahabat masuk ke Makkah dengan aman tanpa diganggu oleh sesiapa, lalu menceritakan mimpi tersebut kepada para sahabat. Mereka berasa sangat gembira malah ada antara mereka sudah membuat persiapan mahu berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah.
Bertitik tolak dari mimipi Rasulullah SAW, beliau bersama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Kaum Musyrikin Makkah tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan Islam dari Madinah. Mereka sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman Bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.
Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat berpihak kepada Musyrikin Makkah. Namun hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam. Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan Rasulullah SAW.
Selepas Perjanjian Hudaibiyah, tiga orang pahlawan Quraisy yang hebat iaitu Khalid Al-Walid, Amru Al-Ash dan Uthman Bin Talhah memeluk agama Islam.
Sesungguhnya perjanjian itu mengubah kedudukan Islam menjadi semakin kuat dan kedudukan kaum Quraisy di Makkah menjadi semakin lemah dalam masa yang singkat.

JUDUL: PERJANJIAN HUDAIBIYAH
PENGARANG: ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM19.20
MUKA SURAT: 250
RATING: 4/5