Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Maran 2015. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Maran 2015. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Buku: Para Kekasih Allah oleh Abdillah F.Hasan

Buku: Para Kekasih Allah oleh Abdillah F.Hasan

No Perolehan: DMAR 14-08048
ISBN: 979-1167-14-1
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang sifat-sifat “para kekasih Allah”. Dengan mengetahui sifat-sifat ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada pembaca supaya menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa beriman kepada Alllah s.w.t.

Semoga kerisauan dan kegelisahan yang sentiasa melanda diri tiada lagi kerana kita yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi, melindungi dan mengasihi umatNya.

Judul: Para Kekasih Allah
Pengarang: Abdillah F.Hasan
Penerbit: Penerbit OASE Mata Air Makna
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 34.50
Muka surat: 160
Rating: -

Tuesday, November 17, 2015

Buku: My Beloved Prophet oleh Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi

Buku: My Beloved Prophet oleh Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi

No Perolehan: DMAR 14-08082
ISBN: 978-979-1303-16-3
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan tentang sejarah dan ulasan-ulasan ayat A-l-Quran dan hadis yang berkaitan dengan fragmen-fragmen kehidupan Rasul. Buku ini menunjukkan kepada setiap Muslim dan setiap orang bahawa Rasulullah s.a.w adalah contoh tertinggi dalam segenap aspek kehiddupan.

Buku ini juga menerangkan tentang keluhuran budi pekerti  dengan mukjizat Nabi akhir zaman.

Judul: Muhammad : My Beloved Prophet
Pengarang: Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi
Penerbit: Qisthi Press
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 93.75
Muka surat: 703
Rating: -

Ulasan:

Tuesday, November 10, 2015

Buku: Memahami komunikasi orang pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

Buku: Memahami komunikasi orang pekak oleh Abdullah Bin Yusoff

No Perolehan: DMAR 14-07921
ISBN: 978-983-46-1571-0
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini mengajak pembaca untuk memahami orang pekak dan cara berkomunikasi dengan mereka. Buku ini mengandungi cara orang pekak berkomunikasi dan status bahasa isyarat mereka.

Penulis buku menimbulkan persoalan baharu iaitu mengklasifikasikan orang pekak sama ada “cacat” atau “pengguna bahasa minoriti”. Buku ini membolehkan pembaca memahami situasi orang pekak dan diharap dapat membantu mereka dalam menjalankan urusan harian.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan komuniti pekak, iaitu ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai warga pekak; para pendidik dan pelajar yang sedang mengikuti bidang pendidikan, khususnya pendidikan khas.

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang linguistik, buku ini juga sesuai kerana kandungannya lebih tertumpu kepada bahasa dan komunikasi.

Judul: Memahami Komunikasi Orang Pekak
Pengarang: Abdullah Bin Yusoff
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00
Muka surat: 245
Rating: -

Tuesday, November 3, 2015

Buku: Keagungan Shalat Subuh oleh Syaikh Nadaa Abu Ahmad

Buku: Keagungan Shalat Subuh oleh Syaikh Nadaa Abu Ahmad

No Perolehan: DMAR 14-08083
ISBN: 979-1189-51-X
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang keutamaan melaksanakan solat subuh, khabar gembira bagi mereka yang solat ubuh dan sebagainya. Dengan membaca buku ini pembaca dapat mengetahui pelbagai keistimewaan mengerjakan solat Subuh.

Judul: Keagungan Shalat Subuh
Pengarang: Syaikh Nadaa Abu Ahmad
Penerbit: At-Tibyan
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 20.00
Muka surat: 172
Rating: -

Ulasan:
Norkamila Mahmud
PAD Maran

Tuesday, October 27, 2015

Buku: aku tunggu dia oleh Nurul Jannah

Buku: aku tunggu dia oleh Nurul Jannah

No Perolehan: DMAR14-06730
ISBN: 978-967-446-008-2
Kategori: Fiksyen

Ringkasan/ Ulasan:
Nadia Asyila, seorang polis wanita yang periang.Dirinya dikelilingi sahabat2 yang gila-gila dan satu kepala dengannya.Dia juga dicintai Iqmal Hisyam ttp tidak pernah membalas kasih lelaki itu.

Hatinya diberikan sepenuhnya kpd Fazr Azammer, lelaki yang tidak pernah mencintainya. Walaupun Fazar Azameer sering menghina ttp lalki itu juga yang terus bertahta di hatinya.

Saat selangkah dengan kematian, Nadia Asyila mendapat cinta yang dia inginkan. Bangkit drpd koma, dia member kejutan. Ttp dia lebih terperanjat dgn kejutan yg diterimanya.

Rupa rupanya dia bangun bukan hanya untuk bernyawa kembali ttp dia perlu member nyawa. Kini dia perlu memilih di antara dua orang lelaki yang jujur mencintainya

Judul: Aku Tunggu Dia
Pengarang: Nurul Jannah
Penerbit: Grup Buku Karangkraf
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM15.92
Muka surat: 460
Rating: -

Norkamila Mahmud
PAD Maran

Thursday, August 6, 2015

Buku: Nama-nama indah buat sang bayi oleh Syaikh Bakar ‘Abdulloh Abu Zaid

Buku: Nama-nama indah buat sang bayi oleh Syaikh Bakar ‘Abdulloh Abu Zaid

No Perolehan: DMAR 14-08036
ISBN: 979-3942-58-4
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini menerangkan tentang prinsip-prinsip pemberian nama nak yang sesuai mengikut sunnah dan memuatkan contoh nama yang indah dan bercirikan Islam. Buku ini memberi penekanan bahawa nama yang baik adalah sangat penting sebagai identiti diri yang terisi dengan doa daripada orang tua. Buku ini juga mengulas tentang tasmiyyatul maulud iaitu pemberian nama kepada bayi. Buku ini penting untuk dimiliki oleh kaum muslimin sebagai panduan keilmuanuntuk memilih nama yang Islamik yang sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Judul: Nama-nama Indah Buat Sang Bayi
Pengarang: Syaikh Bakar ‘Abdulloh Abu Zaid
Penerbit: Al-Qowam
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 18.00
Muka surat: 147
Rating: -

Ulasan:

Friday, July 31, 2015

Buku: Sejarah Perguruan Malaysia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Buku: Sejarah Perguruan Malaysia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

No Perolehan: DMAR 14-07799
ISBN: 987-9264-10-4
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ringkasan/ Ulasan:
Pembaca boleh mengetahui tentang Sejarah Latihan Perguruan di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah; Latihan Perguruan Berdasarkan Laporan Pendidikan, Bahagian Pendidikan Guru dan maktab Perguruan di Malaysia.

Buku ini sesuai dibaca keran buku ini mesra pembaca yang kandungannya dimuatkan dengan pelbagai dokumen dan gambar yang ebrkaitan bagi menjelaskan huraian yang diungkapkan.

Penampilan buku Sejarah berbentuk baharu ini diharapkan dapat menarik minat masyarakat umum membaca dan menghargai Sejarah negara ini.

Judul: Sejarah Perguruan Malaysia
Pengarang:
Penerbit: Kementerian Pelajaran Malaysia
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM 79.20
Muka surat: 364
Rating: -

Ulasan:

Sunday, July 26, 2015

Buku: Teknik Pukau Pelanggan oleh Faris Azaki

Buku: Teknik Pukau Pelanggan oleh Faris Azaki

No Perolehan: DMAR 14-07217
ISBN: 978-967-11866-71
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini dihasilkan oleh pelajar dalam Jurusan Sains Komputer dari Universiti Putra Malaysia. Mereka berpengalaman luas dalam bidang internet yang mendorong mereka menghasilkan buku ini bagi membantu orang lain berjaya seperti mereka.

Buku ini mengandungi strategi-strategi untuk memukau pelanggan bagi mendapatkan produk, cara membalas pertanyaan pelanggan sekaligus menarik perhatian mereka untuk terus berminat membeli produk, strategi pemasarn bagi melariskan jualan dan menaikkan potensi pembelian, teknik-teknik memukau pelanggan untuk membeli dan cara mempromosi produk yang paling tepat dan betul.

Judul: Teknik Pukau Pelanggan
Pengarang: Faris Azaki
Penerbit: Jootawan Group Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 23.92
Muka surat: 122
Rating: -

Ulasan:

Thursday, July 23, 2015

Buku: Tanaman Unik oleh Wilson H.P. Chua

Buku: Tanaman Unik oleh Wilson H.P. Chua

No Perolehan: DMAR 14-07867
ISBN: 978-983-46-1451-5
Kategori: Teknologi

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini sesuai untuk semua golongan penggemar tanaman hiasan tidak kira sama ada yang sudah berpengalaman mahupun mereka yang baharu sahaja memulakan aktiviti menanam sebagai satu hobi.

Buku ini merupakan sambungan untuk siri koleksi 1. Buku ini memperkenalkan 12 lagi tumbuhan yang unik daris egi rupa bentuk, corak hidup atu pun sifat akan diperkenalkan. Kandungan buku ini juga tertumpu kepada spesies tempatan dan sebahagiannya pula spesies luar negara.

Contoh tumbuhan unik yang terdapat di negara Malaysia termasuk Amorphophallus, Hoya, Tacca dan sebagainya. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan bagi menambahkan lagi keunikan taman kediaman.

Buku: Tanaman Unik oleh Wilson H.P. Chua
Judul: Tanaman Unik : Koleksi 2
Pengarang: Wilson H.P. Chua
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 36.00
Muka surat: 170
Rating: -

Ulasan:

Friday, July 17, 2015

Buku: solat duha oleh Ustaz Yusuf Mansur

Buku: solat duha oleh Ustaz Yusuf Mansur

No Perolehan: DMAR 14-07834
ISBN: 978-967-371-052-2
Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini membolehkan pembaca mengetahui cara mengerjakan solat duha. Buku ini mengajak pembaca untuk sentiasa menunaikan solat duha dan diharap mendapat penjelasan bagaimana untuk memperoleh rezeki dari Allah s.w.t.

Buku ini menerangkan tentang ibadah solat duha yang amat digalakkan oleh Allah dan RasulNya. Dengan sentiasa mengerjakan solat duha semoga pintu rezeki sentiasa terbuka dan dapat meningkatkan lagi keimanan kepada Allah s.w.t.

Judul: Solat Duha Setiap Pagi
Pengarang: Ustaz Yusuf Mansur
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 16.00
Muka surat: 88
Rating: -


Ulasan:

Friday, July 10, 2015

Buku: Sejarah Matematik oleh Carl B. Boyer

Buku: Sejarah Matematik oleh Carl B. Boyer

No Perolehan: DMAR 14-07041
ISBN: 978-983-068-235-8
Kategori: Sains Tulen

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini ialah terjemahan yang sah daripada buku A History of Mathematics terbitan John Wiley & Sons. Buku ini memaparkan sejarah perkembangan matematik mengikut zaman.

Ia bukan sahaja menyentuh tentang pembangunan matematik Eropah, tetapi juga perkembangan yang disumbangkan oleh tamadun China, India dan Arab. Buku ini merupakan khazanah klasik sejarah matematik dan ahli matematik.

Buku ini juga telah disemak semula untuk disesuaikan dengan khalayak umum. Buku ini mempunyai ciri menarik iaitu lampirannya mengandungi jadual kronologi perkembangan matematik dan sejarah yang memudahkan pembaca untuk membuat rujukan.

Judul: Sejarah Matematik
Pengarang: Carl B. Boyer
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 60.00
Muka surat: 761
Rating: -

Ulasan:

Thursday, July 2, 2015

Buku: Foto Eksotik Landskap & Seni Bina oleh Hairi Raziman

Buku: Foto Eksotik Landskap & Seni Bina oleh Hairi Raziman

No Perolehan: DMAR 14-07403
ISBN: 978-967-0585-51-2
Kategori: Kesenian

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan untuk mempelajari komposisi dan teknik asas seperti Exposure Triangle dan White Balance. Fotografi mempunyai banyak jenis genre yang mempunyai kaedahnya tersendiri.

Pembaca boleh mendapat maklumat tentang tip-tip seperti bagaimana memaksimumkan foto landskap dan seni bina dengan memilih sudut dan teknik yang tepat, menghasilkan dynamic range yang lebih baik pada fotografi landskap dengan menggunakan alat bantu yang tepat.

Selain itu juga pembaca boleh mengetahui cara untuk memanfaatkan hyperfocal distance demi Depth of Field maksimum dan memaksimumkan penggunaan Fish Eye Lens untuk fotografi seni bina.

Buku ini sesuai dibaca kerana informasi yang ringkas dan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua. Buku ini sebagai saluran pembelajaran untu diakses oleh pembaca yang berminat untuk belajar dan berkongsi pengetahuan dalam bidang fotografi.

Judul: Foto Eksotik Landskap & Seni Bina oleh Hairi Raziman
Pengarang: Hairi Raziman
Penerbit: SAM Synergy Media Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 14.80
Muka surat: 128
Rating: -