Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Abdul Jamal Abdul Hamid. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Abdul Jamal Abdul Hamid. Show all posts

Tuesday, December 1, 2020

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran / Raflis Sabirin / Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana / 2018

ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID

Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran / Raflis Sabirin /  Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana / 2018

Nombor Panggilan:  297.122861 RAF / ISBN:  978-967-2133-37-7 / Bahasa:  Melayu / Kategori:  Agama

Ulasan:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah ALLAH SWT menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia turunkan penyembuhnya (ubatnya). (Riwayat Bukhari dan Ibnu Majah).

Tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.  Kita perlu berusaha untuk mencari ikhtiar untuk penyakit tersebut samaada perubatan medik mahupun perubatan Islam.

Di dalam buku ini ada menerangkan mengenai lebih sepuluh penyakit dan kaedah penjagaannya. Penulis juga turut berkongsi dengan pembaca tentang kaedah pengubatan menggunakan ayat-ayat Suci.

Selain berubat dan mendapatkan rawatan moden, kita perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan aktiviti yang sihat.Walaubagaimanapun, sekuat mana kita berusaha untuk mencari penawar penyakit tersebut, kita perlulah bersandar dan bergantung kepada Allah SWT yang memberikan penyakit dan menurunkan ubatnya.

Judul: Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Pengubatan Al-Quran

Pengarang: Ustaz Raflis Sabirin

Penerbit: Sri Saujana Marketing Pustaka Sri Saujana Sdn. Bhd.

TahunTerbit: 2018

Harga: RM34.00

Muka Surat: 260

Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015

ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID

Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015


Nombor Panggilan: 297.14 GHA / ISBN: 978-967-0716-44-2 / Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Ulasan:

Ilmu Faraid sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam. Jika kita mengambil tahu atau mahir dalam ilmu faraid secara tidak langsung kita akan tahu sedikit sebanyak tentang ilmu berkaitan hukum agama, khususnya ilmu dan hokum dalam bab fiqah. 


Hal ini demikian kerana, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa ilmu antaranya ilmu hisab (matematik), ilmu syarak, ilmu nasab dan persoalan zakat, wakaf, hibah dan seumpanya.  Masih ada segelintir pihak yang masih memandang remeh untuk mempelajari ilmu ini.


Acap kali kita melihat di dada akhbar dan media, bahkan di sekeliling kita juga, berlaku kes perebutan harta pusaka antara adik-beradik selepas kematian ibubapa.


Mereka merasakan ilmu faraid ini hanya berguna apabila seseorang telah meninggal dunia sahaja.


Oleh hal yang demikian, umat Islam digalakkan mempelajari ilmu ini sedikit sebanyak agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris agar boleh diguna pakai ilmu tersebut di kemudian hari.


Judul:Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat

Pengarang:Ustaz Ghazali Ibrahim

Penerbit:Must Read SdnBhd

TahunTerbit:2015

Harga:RM30.00

Muka Surat:348