Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 19, 2011

Perkhidmatan Pinjaman Kelompok Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

------------------------------------------------------------------------------------------------------
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN:
1. Lampiran 1 - Syarat Pinjaman Kelompok PPAP
2. Borang 1 - Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP
3. Borang 2 - Permohonan Menjadi Ahli Pinjaman Kelompok PPAP
Anda perlu 'copy' dan 'paste' dalam Microsoft Office Word sebelum mencetak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. PENGENALAN
Sebagai usaha mengembangkan budaya membaca keseluruh negeri Pahang Darul Makmur, Perkhidmatan Bas Bergerak telah dijenamakan semula kepada Perkhidmatan Pinjaman Kelompok.

B. TUJUAN
Menyokong penubuhan perpustakaan mini dan sudut perpustakaan yang BUKAN dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Melalui Perkhidmatan Pinjaman Kelompok Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan berkerjasama dengan jabatan, syarikat swasta, pertubuhan, JKKK, JKKR, KRT dan lain-lain organisasi yang berada di negeri Pahang.

C. KOLEKSI PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK
1. Keloksi Pinjaman Kelompok Negeri: Kuantan sahaja
2. Koleksi Perpustakaan Daerah/Cawangan: Bera, Cameroh Highland, Jengka dan Lanchang
3. Koleksi Perkhidmatan Bas Bergerak: Bentong, Temerloh, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Pekan, Rompin dan Kuantan.

D. JUMLAH BUKU DAN TEMPOH PINJAMAN
1. Maksimum 300 buah buku 3 bulan di Kuantan sahaja
2. Maksimum 100 buah buku 1 bulan di daerah
3. Maksimum 100 buah buku 1 bulan di cawangan

E. PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU
1. Ahli perlu datang sendiri ke perpustakaan yang berkaitan bagi membuat pemilihan buku atau menerima kelompok buku yang telah disiapkan oleh perpustakaan berkenaan.
2. Pemulangan yang dibuat hendaklah di bawah pemantauan ketua lokasi peminjaman.
3. Bagi PAD yang mempunyai perkhidmatan bas bergerak, penghantaran buku untuk peminjaman dan pemulangan akan dilakukan oleh bas bergerak. (Ditawarkan kepada ahli yanga tiada kemudahan kenderaan)
4. Bagi PAD/PAC yang tiada perkhidmatan bas bergerak, ahli Perkhidmatan Kelompok perlu datang sendiri mengambil/memulangkan buku.

F. KESELAMATAN BUKU
•Keselamatan buku-buku yang dipinjam adalah tanggungjawab ahli sepenuhnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
KLIK DISINI UNTUK DAPATKAN:
1. Lampiran 1 - Syarat Pinjaman Kelompok PPAP
2. Borang 1 - Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP
3. Borang 2 - Permohonan Menjadi Ahli Pinjaman Kelompok PPAP. Anda perlu 'copy' dan 'paste' dalam Microsoft OfficeWord sebelum mencetak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Hafiz Kenanga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
. said...

Terima kasih.